Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Takrifan Etika ethos

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Ulasan Buku / Book Review

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Vol. 12, No. 3 (2017), 022 ISSN: x

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

BAB 2 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

3.0 TEORI ETIKA 3.1 TEORI TELEOLOGI

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

KEWANGAN ISLAM DAN MAQASID AL-SHARIAH

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KRITIKAN TERHADAP TEORI MORAL BARAT: ANALISIS KE ATAS FAKTOR- FAKTOR MEMPENGARUHI YANG PERTIMBANGAN MORAL

16 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari ah Islamiyah

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Keywords: Objectivity, Research, Value-free, Islam, Social Science

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Transcription:

Pengenalan Teori Fungsionalisme. Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Kajian teori ini lebih tertumpu kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan masyarakat. Teori ini beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan-perubahan semasa. Masyarakat dalam teori fungsionalisme dianggap seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) merumuskan tiga andaian utama ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama bagi menentukan keupayaan struktur masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana sesebuah bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya. Manakala evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur masyarakat ke arah pembaharuan. 1 Teori ini turut mempengaruhi beberapa ahli sosiologi moden Amerika seperti Talcott Parson dan Robert K. Merton. Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam sesebuah struktur masyarakat. Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara merupakan sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial. Manakala fungsi tersembunyi 1 Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. 2006 1

ialah sesuatu yang tidak disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat. Teori konflik Teori konflik telah diasaskan. Beliau ialah seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi yang berasal dari Jerman. oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti oleh Weber. Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini adalah melalui karyanya terkenal iaitu the Communist Menifesto. Pandangan teori konflik mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya. konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. 2 Sesuatu konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok sosial 3. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep dialektik, determinisme dan aktivisme sosial 4. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi. 2 George Simmen. 3 Lewis Coser. 4 Brinkerhoff dan White (1989). 2

Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan. Teori konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran Marx dan aliran Weber. t a) Aliran Marx. Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran sosiologikal terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama 5. Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya. b) Aliran Weber. Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupun teori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa 5 Fatimah Daud (1992). 3

perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan 6 (kristian protestan). Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri. Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun organisasi. Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan sosial dan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka. Dapat disimpulkan di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan perjuangan yang berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing supaya dipandang tingi oleh masyarakat. 6 Weber (1958). 4

PANDANGAN ISLAM (IBNU KHALDUN) DALAM ANALISIS SOSIOLOGI. Dari segi peradaban islam pula, ilmu sosiologi sebagaisains telah wujud seawal zaman Ibnu Khaldun. Khaldun telah terkenal sebagai bapa sosiologi Islam. Kajian Khaldun dalam mukaddimah telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan sosiologi moden. Sebenarnya kajian Khaldun telah mendahului kaedah-kaedah kajian klasik Barat yang hanya muncul beratus tahun setelah peninggalan Khaldun. Namun tidak ramai yang mahu mengakui Khaldun sebagai bapa sosiologi moden semata-mata disebabkan tindakan Khaldun yang tidak memisahkan agama dari kehidupan sosial. Sebenarnya, apa yang dikaji oleh sarjana-sarjana awal Barat telah diteliti oleh Khaldun. Misalnya sekiranya Comte, Durkheim dan Spencer melihat perubahan sosial, Khaldun juga telah mengkajinya. Sekiranya Marx tekenal dengan idea yang radikal hingga melarikan diri ke luar negara, kehidupan Khaldun dipenuhi oleh perjuangan sosial sehingga menyebabkan beliau dipenjarakan kerana tindakannya mengkritik pemerintah. Jika Weber terkenal menganalisis kepentingan kelas, status dan kuasa; Khaldun juga mengkaji faktor-faktor ekonomi,sosial dan politik. Maka dapat lah disimpulkan bahawa daripada secara umumnya terdapat persamaan antara sosiologi Barat dan sosiologi Khaldun. Selain itu, daripada segi interaksionisme, Khaldun sebagaimana yang dinyatakan telah meletakkan landasan ilmunya kepada aga yang sememangnya menghendaki interaksi antara manusia. Secara keseluruhannya, penyelidikan Khaldun adalah setara dengan penyelidikan Barat berlandas alasan-alasan berikut; beliau mengkaji perubahan dan fenomena sosial, mengkaji perkaitan antara institusi sosial, membezakan antara masyarakat primitif dan moden, menghubungkan penikiran sosiologimdengan sejarah, penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal. Khaldun adalah seorang aktivis, kehidupanya dipenuhi oleh perjuangan sosial. Khaldun 5

sentiasa mempersoalkan keadilan dalam masyarakat. Baginya keadilan diperjuangkan untuk kesejahteraan manusia. Khaldun mengiktiraf kewujudan masyarakat yang berstratifikasi tetapi menolak ketidakadilan. Ini dibuktikan dengan kesanggupan berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah, memberi nasihat dan teguran. Khaldun tidak menganjurkan pertentangan revolusi tetapi mahukan supaya perubahan secara reformasi sosial. Ini berbeza dengan tradisi konflik marxist yang bergerak dalam tema revolusi untuk menentang stratifikasi. Maka berdasarkan apa yang di mulakan oleh Khaldun, sosiologi daripada perspektif islam mempunyai unsur-unsur berikut iaitu berteraskan agama, berbentuk aktivisme sosial, mengkaji interaksi mikro dan makro, konsep utama ialah keadilan untuk keseahteraan masyarakat, dan tidak memisahkan agama dengan aspek-aspek lain seperti eonomi, soisl dan politik. Sehubungan dengan pespetif islam tentang sosiologi, Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) telah mencadangkan supaya sosiologi islam perlu bersifat teoritikal (menerokai prinsip-prisip kehidupan sosial berlandaskan Al-Quran), kritikal (mengkaji masyarakat berdasarkan kaedah yang sejajar denga idealisme islam) dan strategik (mempunyai rancangan mengatasi permasaalahan masyarakat berlandaskan keislaman). Bagaimanakah bentuk sosiologi islam?. Pendapat teori interaksionalismemengeai hubungan manusia telah diperjelaskan dalam islam. Dalam islam telah dinyatakan bahawa manusia mempunyai perbagai etnik (manusia dijadikan bersuku-suku dan berbangsa) yang perlu berinteraksi antara satu sama lain (untuk saling mengenali). Juga dinyatakan bahawa manusia bertingkahlaku hasil daripada interaksi mereka. Perangai-perangai manusia adalah pelbagai daripada yang buruk pada satu pihak hingga yang baik pada sebelah pihak yang lain. Jika teori interaksionalisme Barat telah membandingkan sifat-sifat manusia yang lebih baik daripada haiwan; Islam terlebih dahulu telah memaklumka bahawa manusia adalah makhluk terbaik berbanding segala yang wujud didunia. manusia sebagai makhluk terbaik tentulah mempunyai kebolehan untuk mendapatkan 6

ilmu pengetahuan yang akhirnya dapat membuat pertimbangan sendiri mengenai belbagai aspek dalam kehidupan. Dengan kata lain, dengan fikiran waras yang di punyai oleh manusia mereka boleh membuat keputusan sendiri tentang aksi mereka. Sosiologis islam telah menyedari bahawa konflik dalam masyarakat sukar dielakkan dalam proses berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang menyebabkan konflik adalah niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak sama dengan kehendak pihak lain. Ini berbeza dengan teori konflik Marx yang menyatakan pergeseran akan tamat apabila wujud sosialisme dan komunisme. Walaupun disedari konflik tetap berlaku, tidak bermakna pertentangan harus dibiakan. Perlu wujud mekanisme supaya masyarakat seimbang. Perundingan perlu berlaku dan konsensus perlu di capai untuk mengatasi konflik berdasarkan prinsip-prisip keadilan dan kebaikan. Dengan itu masyarakat akan dapat terus stabil. Keseluruhanya sosiologi islam menekankan supaya dicari jalan untuk mencapai kesejahteraan melaui interaksi dalam masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip keadilan. PANDANGAN TOKOH TEORI FUNGSIONAL DAN TEORI KONFLIK MENGENAI AGAMA TOKOH TEORI FUNGSIONALISME: Pendapat Emile Durkheim Terhadap Agama. Dalam teori fungsionalisme, antara tokoh yang turut memperkatakan mengenai persoalan agama ialah Emile Durkhiem. Durkheim telah meletakkan dirinya dalam tradisi positivis yang bermakna apa yang beliau fikir tentang kajiannya berkaitan masyarakat sebagai bersifat objektif (tidak dipengaruhi perasaan) dan secara sainstifik. 7

Beliau juga berpendapat agama merupakan sesuatu diekspresi daripada kesepaduan sosial. Dalam kajian lapangan berkaitan berkaitan penulisannya yang terkenal Elementary Forms Of Relegions Life, Durkheim yang juga merupakan seorang berfahaman sekular berbangsa Perancis, telah melaksanakan kajian selama 15 tahun bagi mengkaji agama primitif antara masyarakat asli di Australia. Minat dasarnya adalah untuk memahami bentuk asas sesebuah kehidupan beragama untuk semua masyarakat. Dalam Elementary Forms, Durkheim menyatakan bahawa agama atau kepercayaan yang masyarakat asli tersebut hormati sebenarnya adalah ekspresi terhadap pemahaman dan anggapan mereka tentang masyarakat itu sendiri. Ia bukan hanya bagi masyarakat orang asli sahaja, malah turut ditujukan kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Agama bagi Durkheim, bukanlah rekaan khayalan imaginasi, walaupun beliau menafikan apa initpati yang diperoleh para penganut agama. Agama merupakan sesuatu yang sebenar dan hak; ianya merupakan suatu ekspresi oleh sesebuah masyarakat itu sendiri. Dan sudah tentu tiada suatu masyarakat pun yang tidak mempunyai agama. Kita melihat agama sebagai suatu kuasa yang lebih besar dan hebat dari diri kita, di mana ianya adalah kehidupan sosial kita dan memberi persepsi tersebut sebuah wajah supernatural. Kemudian mengekspresikan diri kita secara beragama dalam kelompok atau kumpulan, di mana bagi Durkheim membuatkan kuasa simbolik itu lebih bertambah hebat. Agama adalah ekspresi daripada kesedaran terkumpul kita, yang mana menjadi penyambung bagi kesemua kesedaran individu, di mana kemudiannya mencipta sebuah realiti tentangnya (agama). 8

Masyarakat yang kurang kompleks seperti mana masyarakat asli Australia, mempunyai sistem keagamaan yang juga kurang kompleks, termasuk kepercayaan yang berkaitan sesetengah klan. Semakin kompleks sesebuah masyarakat adalah berhubungan dengan masyarakat lain, maka wujud kecenderungan sesebuah sistem agama berkembang secara universal kepada yang hebat. Definisi agama oleh Durkheim, berdasarkan Elementary Forms, adalah seperti berikut, sesebuah agama merupakan sesebuah kesatuan sistem kepercayaan dan amalan yang berelatif dan berkaitan dengan sesuatu yang suci dan agung. Kepercayaan dan amalan bersatu ke dalam sesebuah komuniti moral. Marx menyatakan ianya adalah definisi fungsional terhadap agama yang dimaksudkan beliau adalah Cuma menerangkan apa yang agama lakukan (fungsi agama) dalam kehidupan sosial. Durkheim mendefinisikan agama sebagai sebuah perbandingan yang jelas antara kesucian dan kekarutan. Ini boleh diselarikan dengan perbezaan antara tuhan dan manusia. Definisi ini juga tidak menerangkan dan mencirikan apa sebenarnya yang boleh dirujuk sebagai suci. Oleh itu, kemudian para ahli sosiologi agama (terutama sekali Robert Bellah) telah melanjutkan pendapat Durkheim ini untuk memperkataka tentang tanggapan terhadap agama sivil ataupun agama sesebuah negeri. Smith, William Robertson (1846-1894). Smith merupakan seorang ahli fisiologi, fizik dan arkeologi berbangsa Scotland. Beliau merupakan tokoh besar dalam perkembangan pandangan fungsionalisme terhadap agama dan masyarakat. Beliau menjadi antara penteori terawal yang 9

mencadangkan bahawa ajaran agama adalah penting dalam kehidupan sosial dan mempunyai fungsi utama dalam memperkuat semangat kekitaan dan kesatuan dalam sesebuah kumpulan masyarakat. Pandangannya mempunyai impak yang besar terhadap Emile Durkheim dan Sigmund Frued. Beliau juga mencapai kemasyhuran di atas usahanya untuk mendokumentasikan aspek kepercayaan totemik pada ritual semitik awal; terutamanya dalam upacara korban masyarakat Yahudi. Beliau mendapati bahawa kumpulan puak menunjukkan dan merepresentasikan perpaduan mereka pada tuhan mereka. TOKOH TEORI KONFLIK: Pendapat Karl Marx Terhadap Agama. Pendapat Marx terhadap agama kebanyakannya adalah berdasarkan idea Ludwig Feuerbach. Religion...is the opiate of the masses. Beliau mengatakan agama itu sebagai candu yang merosakkan masyarakat. Pernyataan tersebut ditulis pada 1843 dalam kajiannya iaitu A Coutribution to the Critique of Hegel s Philosophy of Right. Marx mempercayai bahawa agama memberi ubat penenang yang salah untuk mengurangkan penderitaan pemerintah yang kejam, menyalahkan kepercayaan kepada tuhan yang dianggap menjadi penghalang kepada perkembangan fahaman Marxist. Anti Semitisme. 10

Karl Marx sering dilabel sebagai anti-semitisme ataupu dipanggil membenci yahudi. Ianya disebabkan kenyatannya ini, money is the jealous god of israel, in face of which no other god may exist, the god of the jews has become secularized and has become the god of the world. The bill of exchange is the real god of Jew. His god only an illusory bill of exchange, dan juga kenyataan ini, what is the worldly religion of the Jew? Huckstering. What is his worldly. God? Money... 7 Walaupun begitu, kata-kata bermetafora dan sindiran terhadap yahudi hanyalah merujuk kepada yahudi pada zamannya. Max Weber. Max Weber berbeza dengan Karl Marx dan Emile Durkheim berkaitan dengan apa yang beliau fokuskan dalam kajiannnya tentang kesan tindakan agama dan ketidakadilan agama. Disampingkan membincangkan agama sebagai suatu salah faham (candu kepada menusia) atau perpaduan sosial, Weber tidak cuba mengurangkan intipati agama. Beliau mengkaji bagaimana idea dan kumpulan agama berinteraksi dengan aspek lain dalam kehidupan sosial. Oleh itu, Weber sering berusaha untuk mendapatkan maksud subjektif agama kepada individu. Weber memberi penghargaan kepada agama kerana membentuk imej seseorang di dunia ini dan imej dunia ini boleh memberi kesan kepada pandangan mereka terhadap minat mereka dan bagaimana mereka membuat keputusan untuk mengambil tindakan. 7 http://www. Wikipedia. Org/karl marx. 11

Bagi Weber, agama adalah terbaik difahami sebagaimana ia bertindak balas kepada kehendak manusia tentang ketuhanan. Manusia menghadapi pelbagai masalah, beliau mengatakan, dengan persoalan tentang ketuhanan persoalan bagaimana kuasa luar biasa tuhan yang suci berkait rapat dengan ketidaksempurnaan dunia yang telah dicipta- Nya. Manusia harus tahu, sebagai contoh, mengapa wujud ketidaklayakan nasib baik dan penderitaan dunia. Agama menawarkan jawapan yang telah menyediakan peluang untuk penyelamatan terlepas dari penderitaan dan makna ketenangan. Pemburuan kepada penyelamatan adalah sama dengan pemburuan kekayaan (menjadi sebahagian motivasi manusia). Ini kerana agama membantu mendefinisikan motivasi. Weber percaya bahawa agama (khususnya Protestant Calvinisme) sebenarnya membantu membangkitkan kapitalisme moden seperti mana yang dinyatakan dalam kajiannya yang paling terkenal dan kontroversi iaitu The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalisme. Dalam The Protestant Ethic, Weber menyatakan bahawa kapitalisme berkembang di Eropah sebahagiannya kerana bagaiman kepercayaan terhadap takdir diinterpretasikan oleh Puritan Inggeris. Teologi Puritan adalah berdasarkan pandangan Calvinis di mana bukan semua orang harus diselamatkan, hanya beberapa insan terpilih yang boleh mengelakkan kemusnahan dan ini menyimpang daripada ketentuan tuhan. Secara praktikalnya, Weber menegaskan ianya sukar secara psikologinya : manusia benar-benar mahu mengetahui sama ada mereka akan menghadapi kemusnahan atau tidak. Masa berlalu, tabiat bersama-sama semangat kapitalisme kehilangan signifikan dan makna agama mereka. 12

Tesis The Protestant Ethic telah banyak dikritik, ditapis dan dipertikai, tetapi ia masih lagi sumber yang hidup mengenai debat teori dalam sosiologi agama. PERBEZAAN ANTARA TEORI FUNGSIONALISME DAN TEORI KONFLIK BERKENAAN AGAMA Perbezaan dari segi definisi agama: Dalam teori fungsionalisme, Definisi agama oleh Durkheim, berdasarkan Elementary Forms, adalah seperti berikut, sesebuah agama merupakan sesebuah kesatuan sistem kepercayaan dan amalan yang berelatif dan berkaitan dengan sesuatu yang suci dan agung. Agama bagi Durkheim, bukanlah rekaan khayalan imaginasi. Agama merupakan sesuatu yang sebenar dan hak; ianya merupakan suatu ekspresi oleh sesebuah masyarakat itu sendiri. Ini bermakna beliau berpendapat bahawa agama merupakan satu elemen yang sangat penting bagi sesebuah masyarakat. Pembentukan perpaduan masyarakat lebih mudah terbentuk dengan adanya elemen agama yang bertindak sebagai panduan. Ianya berbeza pula dengan pendapat Marx dalam teori konflik. Marx berpendapat bahawa Religion...is the opiate of the masses. Beliau mengatakan agama itu sebagai candu yang merosakkan masyarakat. Selain itu, Marx mempercayai bahawa agama memberi ubat penenang yang salah untuk mengurangkan penderitaan oleh pemerintah yang kejam, dan menyalahkan kepercayaan kepada tuhan yang dianggap menjadi penghalang kepada perkembangan fahaman Marxist. Jadi 13

maksudnya di sini, beliau beranggapan bahwa agama akan melembabkan perkembangan kemajuan manusia malah menyusahkan. Perbezaan sudut pandangan mengenai agama: Apa yang dapat dilihat ialah teori fungsionalisme oleh Durkheim berpandangan positif terhadap agama. Namun sebaliknya bagi teori konflik oleh Marx. Durkheim memandang peranan agama dalam membawa perkembangan sesebuah masyarakat manakala Marx memandang kepada kesan tindakan dalam agama (peraturan dalam agama). Teori konflik Weber pula menekankan aspek persoalan ketidak adilan tuhan. Smith menyatakan bahawa agama adalah penting dalam kehidupan sosial dan mempunyai fungsi utama dalam memperkuat semangat kekitaan dan kesatuan dalam sesebuah kumpulan masyarakat. Pandangannya mempunyai impak yang besar terhadap Emile Durkheim dan Sigmund Frued. Maksudnya di sini ialah nilai yang terdapat dalam ajaran agama akan memperkuat semangat perpaduan masyarakat yang mana apabila sesebuah masyarakat itu mempunyai perpaduan yang kukuh, maka mereka dapat memajukan kelompok mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Perbezaan anggapan dari aspek fungsi agama: Marx berpendapat agama hanyalah sumber kegembiraan, maka ianya bersifat khayalan dan sementara. Jadi beliau menganggap agama bukanlah sesuatu yang penting dalam 14

kehidupan. Berbeza dengan teori fungsionalisme oleh Durkheim, agama membantu sesebuah masyarakat membezakan antara kesucian (kebenaran) dan kekarutan (penipuan). Maksud pernyataan ini ialah agama menunjukkan jalan kepada manusia apakah jalan yang betul ataupun yang salah dalam membuat keputusan. Dalam konteks masyarakat, agama umpama elemen penyatuan sosial masyarakat. KESIMPULAN: Agama merupakan salah satu elemen dalam masyarakat. Pembinaan komuniti dan kerajaan awal manusia juga berteraskan ketuhanan sepertimana kerajaan Islam di Makkah. Masyarakat di atur dan ditadbir berdasarkan nilai-nilai agama. Jika sesebuah kerajaan tidak mempunyai nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni kemanusiaan, maka negaranya akan menjadi negara yang tidak bermoral di mana rakyatnya melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak diri. Sepertimana pendapat Ibnu Khaldun, agama tidak seharusnya dipisahkan dari kehidupan sosial. Malah agama itu sendiri adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan sosial. Segala permasalahan atau konflik boleh diselesaikan melalui pendekatan agama sebagaimana yang dicadangkan oleh para sosiologis Islam. Iaitu, menekankan pencarian jalan untuk mencapai kesejahteraan melalui interaksi dalam masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip-prinsip keadilan. Tidak seperti yang dicadangkan oleh teori konflik Marx. Iaitu pergeseran akan tamat apabila muncul sosialisme dan komunisme yang menekan pengenepian hak sesuatu pihak atau perkara bagi menyelesaikan masalah. Sedang masalah dan konflik tetap akan timbul. 15

Prinsip keadilan dalam agama sudah cukup untuk mengelakkan konflik. Itupun jika ianya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan jujur. Ini kerana konflik timbul adalah disebabkan niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak sama dengan kehendak pihak yang lain. Maka apabila wujud keadlan di kedua-dua belah pihak, maka konflik dapat dielakkan dan diatasi. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=teori %20fungsionalisme&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CDAQFjAA&url=http%3A%2F %2Fimages.haz1201.multiply.multiplycontent.com%2Fattachment %2F0%2FStcfbAoKCGoAAGVGNsI1%2F19412614-perbezaan-pandangan-antara- Teori-Fungsionalisme-dan-konflik-mengenai-agama.doc%3Fkey %3Dhaz1201%3Ajournal%3A1%26nmid %3D290342777&ei=fJvKUI6pM4nJrQf_5IGoBg&usg=AFQjCNEwIEPQic8zJQ8Vb8NJr_l fxexbgg&bvm=bv.1355325884,d.bmk 16