PERSEPSI BELIA ISLAM TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA : SATU ANALISIS

Similar documents
ANALISIS LATARBELAKANG DAN SIKAP BELIA TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA

SIKAP BELIA TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

The Unbelief Thinking among Muslim Youth in Malaysia

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN DERMA SUSU ABSTRAK

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

Kefahaman Wanita Islam Kelas Menengah di Lembah Klang Terhadap Islam Liberal

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Takrifan Etika ethos

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Transcription:

PERSEPSI BELIA ISLAM TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA : SATU ANALISIS Noor Hafizah Mohd. Haridi Norsaleha Mohd. Salleh Zainora bt Daud Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor noorhafizah@kuis.edu.my Ahmad Munawar bin Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan persepsi belia terhadap pemikiran tidak beragama di Malaysia. Pemikiran tidak beragama merujuk kepada satu istilah ketiadaan pegangan agama dalam konteks mengamalkan cara hidup bebas berpaksikan hak asasi manusia. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan 43 orang belia di salah sebuah IPT, di Malaysia yang terdiri daripada 28 mahasiswa pengajian Islam dan 15 orang mahasiswa pengajian bukan Islam. Instrumen soal selidik telah dibina oleh kumpulan penyelidik dan kandungannya telah disahkan oleh panel pakar. Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi belia terhadap pemikiran tidak beragama. Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang mencapai tahap α = 0.84 adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan skor min bagi konstruk persepsi adalah rendah iaitu min 1.96 ( p=0.54 ). Dapatan ini menunjukkan sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama adalah rendah. Kata kunci : persepsi belia islam, pemikiran tidak beragama

PENGENALAN Proses globalisasi dan dunia tanpa sempadan secara langsung telah mendedahkan manusia dengan berbagai-bagai perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk. Golongan yang mudah terpengaruh dan menerima kesan yang besar kepada proses ini ialah belia, kerana mereka adalah antara golongan yang mudah menerima unsur luar dan menerimanya tanpa tapisan yang bijaksana (Ulwan 2003). Usia belia yang takrifkan bermula pada usia 15 tahun hingga 40 tahun merupakan waktu cabaran bagi menentukan gaya hidup, identiti dan pemikiran seseorang. Sebab itulah apabila pelbagai serangan pemikiran menyerap masuk dalam pemikiran seseorang sama ada melalui saluran media, komunikasi, internet dan lainlain, kita dapati agak sukar untuk ditolak melainkan mereka yang mempunyai kefahaman yang jelas tentang agama Islam dan pengajarannya. LATAR BELAKANG Pemikiran tidak beragama atau dalam bahasa Arab al-ladiniyyah dan dalam bahasa Inggeris Non Religious ia merujuk kepada bentuk pemikiran yang dikenali sebagai Sekularisme (Fuad Muhsin al-rawi, 2009: 318). Istilah ini merujuk kepada satu ideologi atau fahaman yang menghapuskan kepercayaan kepada Tuhan manakala sekularisasi bermaksud satu proses pemecahan dan fahaman masalah-masalah dunia ini mengarahkan kecerdasan semata-mata ( H.M. Rasjidi. Dr. 1972: 5). Menurut konteks tidak beragama dimaksudkan sebagai deisme, nontisme, ignotisme, anti agama atau humanisme sekular. Pemikiran ini berasal daripada Barat yang mengamalkan cara hidup bebas yang berpaksikan hak asasi manusia yang bertentangan dengan konsep ajaran Islam. Gagasan ini diperkenalkan oleh Rocco Caporale dan Antonio Grumelli (1972) melalui tulisan mereka yang bertajuk The Culture of Unbelief. Menurut William J. McKinney, Jr. (1972), gagasan ini tidak mempercayai kewujudan Tuhan, walau bagaimanapun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menolak kewujudan Tuhan. Seolah-olah kepercayaan mereka berada antara iman dan atheis akibat keraguan yang timbul dalam diri. Dalam konteks Malaysia, pemikiran tidak beragama telah banyak dikaji oleh sarjana dan diperdebatkan dalam kalangan aktivis Islam, namun istilah pemikiran tidak beragama jarang diketengahkan dalam kajian sebelum ini. Sering ditemui kajian seperti humanisme, sekularisme, pluralisme dan sebagainya. Jelasnya pemikiran ini muncul impak daripada pasca modenisasi dan globalisasi yang dibawa oleh Barat dalam dunia Islam melalui penjajahan, pendidikan dan media yang disalurkan melalui serangan pemikiran. Serangan pemikiran Barat kepada dunia Islam telah menular dan telah berjaya menguasai pemikiran masyarakat, khususnya golongan belia. PERMASALAHAN KAJIAN Dalam konteks negeri Selangor, ciri-ciri pemikiran tidak beragama boleh dilihat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Sister in Islam (SIS Forum), Islamic Renaisanse Front (IRF), Projek Dialog, ungkapan yang diketengahkan oleh Benz Ali, golongan belia dalam Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), Oktober Pest, Program I want to touch a dog dan Konsert K-Pop yang hangat diperkatakan dewasa ini. 2

Sister in Islam (SIS) adalah sebuah syarikat yang telah diasaskan Zainah Anwar, Aminah Wadud dan rakan-rakan (Rafidah Hanim 2015). SIS melalui laman web dan face book miliknya banyak mempersoalkan keadilan undang-undang hudud ke atas wanita seumpama mereka membantah pesalah yang melakukan sumbang mahram itu dihukum sebat oleh mahkamah syariah. Malah mereka mempersoalkan hukuman sebat kepada wanita yang didapati bersalah minum arak, walaupun wanita terlibat menerima hukum itu dengan lapang dada. SIS ini juga menyokong wanita muslimah menyertai pertandingan ratu cantik, malah mereka mempertikaikan sistem fatwa yang melarang penglibatan wanita muslimah dalam pertandingan tersebut. Mereka juga secara terang menyokong kebebasan beragama dan menukar agama bagi orang-orang Islam walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan di Malaysia dan agama Islam itu sendiri. Begitu juga mereka mendakwa bahawa berhijab bagi wanita muslimah bukanlah satu kewajipan malah merupakan satu satu proses arabisasi daripada negara Arab. Islamic Renaissance Front (IRF) adalah sebuah pertubuhan yang diketuai oleh seorang doktor perubatan bernama Ahmad Farouq Musa. Dalam tulisannya, Ahmad Farouq (2014) berpendapat sesungguhnya harus difahami bahawa negara bukanlah sesuatu daripada Tuhan tetapi daripada rakyat. Negara harus melayani rakyat keseluruhannya dan bukan hanya kumpulan tertentu berdasarkan agama mereka. Negara harus menjadi neutral dalam semua aspek. Harus juga dinyatakan dengan jelas bahawa negara adalah produk manusia dan menguruskan negara memerlukan daya usaha manusia dan bukannya inspirasi wahyu. Mentadbir negara berada dalam wilayah politik dan bukan dalam wilayah wahyu. Manakala Projek Dialog (2015) adalah sebuah website yang dianggotai oleh Faisal Tehrani, Benz Ali dan rakan-rakan banyak mempromosi kebebasan beragama, budaya dan mazhab. Malah website ini juga mempromosi kebebasan amalan lesbian, gay, biseseksual dan transgender (LGBT) yang boleh memberi kesan kepada kecelaruan identiti seseorang. Khalid Mohd Ismath melalui blog edisi politik (2013) merupakan seorang anak muda yang mendapat perhatian masyarakat kerana kenyataan dan tindakan yang bertentang dengan undang-undang di Malaysia. Dalam satu status pada face book milik akaunnya mendakwa bahawa beliau tidak kisah sekiranya pemimpinnya seorang LGBT, tidak beragama atau sosial. Apa yang penting dia melaksanakan amanah rakyat dan negara serta tidak menyalahgunakan kuasa.malah kebebasan bersuara yang diperjuangnya mengakibatkan beliau tanpa rasa bersalah membuat kenyataan berikut: Penat lelah ahli bawahan PAS buat kerja jatuhkan BN, Ust Azizan Razak sembrono naikkan nama pemuda BN dalam TV3 tadi. Ini Sial Celaka. Ungkapan sial dan celaka melalui kenyataan di atas tidak wajar dilontarkan kepada seorang yang lebih dewasa, apatah lagi sekiranya tokoh itu adalah seorang ulama. Malah kecaman seumpama ini tidak menggambarkan peribadi yang berakhlak dan berbudaya Timur. Benz Ali (2014) dalam tulisannya di Website Projek Dialog berkata: sesiapa sahaja yang mahu berbeza kepercayaan dengan kita, mahu berbeza Tuhan dengan kita, atau tidak mahu percaya Tuhan sepertimana kita, ditahan dan dirampas kepercayaannya? Ini beberapa kenyataan yang dibuat oleh berbagai pertubuhan dan individu yang mempunyai ciri-ciri pemikiran tidak berasaskan disiplin agama. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana pemikiran seumpama ini mempengaruhi cara fikir golongan belia Islam di Institusi Pengajian Tinggi Negeri Selangor. Rentetan daripada permasalahan, satu kajian perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti pemikiran tidak beragama dalam kalangan belia 3

negeri Selangor dengan memfokuskan kajian terhadap golongan belia Islam yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Negeri Selangor. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik iaitu Skala Pemikiran Tidak Beragama.(Wiersma 2000; Gay dan Airasian 2000). Pengkaji telah memilih Selangor sebagai tempat kajian kerana negeri Selangor mempunyai subjek dan data yang mampu menjawab persoalan kajian serta tujuan kajian. Neuman (2006), Marohaini Yusof (2004) dan Sidek Mohd. Noah (2002) mencadangkan empat faktor untuk ditimbangkan dalam pemilihan tapak atau lokasi kajian; kaya dengan data, unfamiliarity, sesuai dan mempunyai rangkaian sosial yang baik. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada belia Islam yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang belajar di seluruh Negeri Selangor. Kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih sampel dalam kajian ini adalah kaedah persampelan secara rawak. Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap ahli mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini (Ary et al. 1996). Secara umumnya, kajian ini akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif. Instrumen yang dibentuk bagi mengumpulkan data yang diperlukan ialah melalui pengedaran soal selidik yang telah dibina oleh sekumpulan penyelidik. Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian A: Latar belakang responden. Bahagian B: Maklumat tentang Pemikiran Tidak Beragama yang mengandungi tiga konstruk utama iaitu Pengetahuan, Persepsi dan Sikap. Ketiga-tiga konstruk ini digunakan untuk mengukur elemen pemikiran tidak beragama yang terdiri daripada pemikiran humanisme, sekularisme, pluralisme dan liberalisme. Instrumen kajian telah dibina oleh sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing yang kemudiannya diuji melalui ujian rintis kepada sekumpulan belia Islam seramai 43 orang. Ujian Cronbach Alpha bagi ujian rintis mencapai tahap α = 0.84 adalah tinggi. Sebanyak 43 soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian rintis. Data yang dikumpulkan daripada 43 orang sampel rintis diproses dua kali untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen yang digunakan. Seterusnya data dibersihkan serta menyingkirkan sebarang outliers yang mengganggu. DAPATAN KAJIAN Kajian ini melaporkan dapatan persepsi pemikiran tidak beragama dalam kalangan belia Islam di Negeri Selangor. Responden kajian yang dipilih secara rawak adalah seramai 43 orang. Analisis deskriptif frekuensi dan peratusan digunakan untuk menerangkan profil responden kajian. Mana kala analisis deskriptif min, sisihan piawai dan peratus digunakan bagi mengenal pasti persepsi pemikiran tidak beragama responden. 4

PROFIL KAJIAN Kajian profil dilakukan kepada 43 orang belia Islam yang belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri Selangor (sila rujuk jadual 1) bagi mengenalpasti profil responden kajian. JADUAL 1 Profil sampel mengikut jantina, status dan taraf pendidikan ibu bapa Faktor Kategori N Peratus Jantina Lelaki Perempuan 23 20 53.5 46.5 Umur 25 ke bawah 26 ke atas 42 01 97.7 2.3 Lokasi kediaman Bandar Luar Bandar 27 16 62.8 37.2 Pendapatan dalam keluarga Bawah RM5000 RM5000-RM9,999 Atas RM10,000 30 10 3 20.4 69.9 10.1 Bidang Pengajian Pengajian Islam Bukan Pengajian 28 15 65.1 34.9 Islam Jumlah 43 100 Berdasarkan jadual 1 kajian di laksanakan kepada seramai 23 orang responden (53.5%) lelaki dan 20 orang (46.5%) responden perempuan. Ini menunjukkan jumlah responden lelaki melebihi jumlah responden perempuan dalam kajian ini. Dari segi umur hampir kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini berumur 25 tahun ke bawah seramai 42 orang responden (97.7% ). Manakala hanya seorang responden (2.3 % ) berumur 26 tahun ke atas. Merujuk kepada lokasi kediaman pula seramai 27 responden ( 62.8% ) berasal dari bandar. Manakala seramai 16 orang responden (37.2% ) berasal dari luar bandar. Merujuk kepada pendapatan dalam keluarga seramai 30 orang responden ( 69.9% ) mempunyai pendapatan bawah RM5000. Manakala 10 orang responden ( 20.4% ) mempunyai pendapatan RM 5000 RM 9,999 dan 3 orang responden ( 10.1 % )mempunyai pendapatan dalam keluarga atas RM 10,000. Merujuk kepada bidang pengajian pula, seramai 28 orang responden ( 65.1% ) adalah pengajian Islam. Manakala 15 orang responden ( 34.9% ) mempunyai latar belakang pengajian bukan pengajian Islam. Kajian profil juga diteruskan untuk mengenalpasti penghayatan Islam responden dalam kehidupan, gred pendidikan Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sejauhmana responden mengambil berat terhadap ceramah agama serta medium yang digunakan oleh responden bagi mendapatkan pengetahuan Islam (sila rujuk jadual 2). 5

JADUAL 2 Profil sampel berdasarkan penghayatan, gred pendidikan Islam dan kecenderungan agama Faktor Kategori N Peratus Penghayatan Islam dalam kehidupan Tidak mengambil berat 1 2.3 Kurang mengambil berat 10 23.3 Mengambil berat 32 74.4 Gred Pendidikan Islam SPM Mengikuti ceramah agama Medium yang digunakan bagi mendapat pengetahuan Islam A B C Tidak mengambil berat Kurang mengambil berat Mengambil Berat Buku/majalah/akhbar Smeinar/kursus/bengkel Media sosial/eletronik Rakan-rakan Lain-lain 30 10 3 1 11 31 14 3 20 2 4 97.7 2.3 7.0 2.3 25.6 72.1 32.6 7.0 46.5 4.7 9.3 Jumlah 43 100 Berdasarkan jadual 2, seramai 32 orang responden ( 74.4% ) mengambil berat tentang penghayatan Islam dalam kehidupan, 10 orang responden ( 23.3% ) kurang mengambil berat dan hanya seorang responden ( 2.3% ) tidak mengambil berat. Dapatan dari soalselidik juga menunjukkan 30 orang responden ( 97.7 % ) mendapat gred A dalam Pendidikan Islam di peringkat SPM. Seramai 10 orang responden ( 23.2 % ) responden mendapat gred B dan selebihnya 3 orang responden ( 7.0% ) responden mendapat Gred C. Merujuk kepada kecenderungan dan minat responden mengikuti ceramah agama menunjukkan 31 orang responden ( 72.1% ) mengambil berat, 11 orang responden ( 25.6 % ) kurang mengambil berat dan hanya seorang responden ( 2.3 % ) tidak mengambil berat. Manakala medium yang digunakan oleh responden bagi mendapat pengetahuan Islam menunjukkan seramai 20 orang responden ( 46.5% ) mendapat pengetahuan Islam dari media sosial / elektronik, 14 orang responden ( 32.6% ) mendapat pengetahuan Islam dari buku/ majalah dan akhbar. Manakala 4 orang responden ( 9.3% ) lain-lain, 3 orang responden ( 7.0 ) mendapat dari seminar/ kursus/ bengkel dan 2 orang responden ( 4.7% ) mendapat pengetahuan Islam dari rakanrakan. PERSEPSI PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA Persepsi merujuk Kamus Dewan merupakan gambaran atau bayangan hati atau fikiran tentang sesuatu pandangan menerusi pancaindera individu tertentu. Persepsi adalah suatu proses penggunaan pengetahuan yang telah dimiliki (yang disimpan didalam ingatan) untuk mendeteksi atau memperoleh dan menginterprestasi stimulus (rangsangan) yang diteriman oleh alat indera seperti mata, telinga, dan hidung (Matlin, 1989; Solso,1988). Persepsi tidak terjadi dengan membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar sesuatu bunyi-bunyian yang wujud di sekeliling alam. Tetapi ia merupakan suatu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan yang diberikan kepada manusia. Kecenderungan manusia sentiasa memilih segelintir daripada ransangan-ransangan yang memberi makna kepadnya, iaitu melalui cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti di sekelilingnya. Oleh itu, perkra yang diperhatikan itu dikenalpasti, diinterpretasi, diorganisasikan dan difahami supaya makna yang tersirat diperolehi dan akhirnya kederiaan itu dipersepsi oleh manusia 6

(Shaleh,2009). Kajian ini membahagikan persepsi belia kepada empat aliran pemikiran utama iaitu Humanisme, Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Jadual 3: Persepsi Belia terhadap pemikiran tidak beragama Subtopik STS TS KS S SS Min S.P Manusia berhak membuat keputusan tanpa terikat dengan peraturan agama 74.4 11.6 11.6 2.3 0 1.41 0.79 Manusia bebas melakukan 67.4 18.6 4.7 4.3 0 1.55 0.95 apa sahaja mengikut kehendak mereka Manusia mampu mengatasi masalah dengan hanya menggunakan kekuatan pemikiran. 67.4 16.3 9.3 7.0 0 1.55 0.93 Agama dan dunia adalah 53.5 7.9 16.3 9.3 14.0 2.23 1.52 dua perkara yang berbeza Mempercayai kewujudan Allah SWT itu adalah wajib 0 0 0 7.0 93.0 4.93 0.25 Politik tanpa agama boleh membangunkan kehidupan. 79.1 11.6 7.0 0 2.3 1.34 0.81 Semua agama menyembah Tuhan yang sama 55.8 18.6 20.9 2.3 2.3 1.76 1.01 Semua agama membawa manusia ke arah kebaikan di dunia dan akhirat 53.5 11.6 9.3 20.9 4.7 2.11 1.38 Sesiapa yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan syurga walaupun tidak beragama Islam 65.1 11.6 16.3 7.0 0 1.65 0.99 Agama tidak mempunyai kepentingan dalam kehidupan 88.4 9.3 2.3 0 0 1.13 0.41 Tingkah laku yang baik 65.1 14.0 16.3 2.3 2.3 1.62 1.00 menjadi keutamaan berbanding agama Wanita boleh rosak jika bergantung kepada lelaki 37.2 18.6 32.6 9.3 2.3 2.20 1.12 Min Keseluruhan Min Sisihan Piawai 1.96 0.54 Dalam jadual 3 di atas, secara keseluruhan dapatan terhadap persepsi pemikiran tidak beragama dalam kalangan responden adalah rendah ( min = 1.96, sp = 0.54). Ini menggambarkan responden mempunyai kesedaran dan kurang terpengaruh dengan pemikiran tidak beragama. Hal ini dapat diperhatikan melalui jawapan responden kepada 7

instrumen soal selidik yang diedarkan. Kebanyakan responden mempercayai kewujudan Allah SWT sebagai perkara yang wajib (min=4.93, sp=0.25) adalah tinggi. Namun dapatan ini masih membimbangkan kerana terdapat juga responden secara tidak sedar atau pun tidak terpengaruh dengan gejala tidak beragama. Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan persepsi responden terhadap item agama dan dunia adalah dua perkara yang berbeza (min= 2.23,sp=1.52), wanita boleh rosak jika bergantung kepada lelaki (min=2.20, sp=1.12 dan item semua agama membawa manusia ke arah kebaikan di dunia dan akhirat (min=2.11, sp=1.38) di tahap sederhana rendah. Dapatan ini jelasnya menunjukkan elemen pemikiran tidak beragama sedar ataupun tidak telah mula menguasai pemikiran responden terutama pemikiran Sekular, Pluralisme dan Liberalisme. KESIMPULAN Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti belia sangat mengambil berat tentang Islam. Ini disokong dengan faktor-faktor yang menyumbang terhadap penghayatan Islam iaitu tahap pendidikan, minat mengikuti ceramah agama dan peranan media sosial. Manakala tahap pengetahuan belia terhadap pemikiran tidak beragama berada di tahap yang sangat memuaskan, selari dengan persepsi dan sikap yang berada di tahap yang sederhana rendah. Ini menunjukkan pengetahuan agama dan pengetahuan kepada pemikiran tidak beragama mempengaruhi persepsi dan sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama. Walau bagaimanapun, skor min bagi persepsi dan sikap belia yang mencapai tahap sederhana rendah itu menggambarkan bagaimana tahap pemikiran tidak beragama dalam kalangan belia Islam berada pada tahap yang agak membimbangkan. Ini disokong dengan pemikiran belia berkaitan aliran humanisme, sekularisme, pluralisme dan liberalisme berada pada tahap sederhana rendah. Ini dibuktikan dengan kes-kes murtad yang berlaku di Malaysia, walaupun mereka telah murtad tetapi mereka berpura-pura melaksanakan ajaran Islam seperti kes Elena, Esther, Joshu dan lainlain. Ini menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan berkaitan ajaran Islam tetapi persepsi mereka sangat lemah berkaitan ajaran Islam sehingga memudahkan mereka murtad dan terpesong daripada ajaran Islam. Ini disokong dengan kajian bahawa belia pengajian Islam perlu bertanggungjawab memastikan perkembangan isu-isu semasa digerakkan selaras dengan tuntutan tradisi pengajian iaitu al-quran dan al-sunnah. Kekuatan jati diri dan sikap belia terhadap al-quran dan al-sunnah akan mampu menangkis serangan-serangan pemikiran seperti aliran Humanisme, Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. 8

RUJUKAN Buku Buku oleh seorang penulis Abdul Hadi Mustaqim. 2010. Humanisme dalam pemikiran AbdurRahman Wahid. Tesis Sarjana. Universiti Islam Sunan Kalijaga. Jogjakarta. al-attas, Syed Mohammad Naguib. 1978. Islam and Secularism Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM). Anis Malik Taha. 2005. al-ta adudiyah al-diniyah ru yah Islamiyah. Gombak: UIAM Babbie, E. R. 2001. The practise of social research. Ed. ke-9. USA: Thompson Learning. Corliss Lamont. 1997. Philosophy of Humanisme. Half-Moon Foundation, Inc. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 2005. Ihya ulum al-din. Kaherah: Dar al-tauzi wa al-nasyr al-islamiyah. Kerlinger, F. 1973. Foundations of behavioral research. Ed. ke-2. New York: Holt, Rinehart and Winston. Kerlinger, F. 1986. Foundations of behavioral research. Ed. ke-2. New York: Holt, Rinehart and Winston. Malik Badri. 1979. The dilemma of muslim psychologist. London: MWH London Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mill, J. S. 2001. On liberty1859. Canada: Batoche Books Kitchener. Neuman, W. Lawrence. 2006. Social research methods. Ed. Ke- 5. New York: Pearson Education Inc. Sekaran, Uma. 2003. Research methods for business. Ed. Ke- 4. New York: John Wiley & Sons, Inc. Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang: Perkhidmatan Percetakan FPP. al-silmy. Abd Rahim Somail. 2009. Haqiqat al-libraliyah wa mawqif al-islam minha. Jedah: Markaz al-ta sil li al-dirasat wa al-buhuth. al-rawy, Fuad Husin. 2009. al-fikr al-islamy fi muwajahah al-fikr al-gharby. Amman: dar al-makmun li al-nasyr wa al-tauzi. Wiersma, W. 2000. Research methods in education: An introduction. Needham Heights: A Division of Simon & Schuster Inc. 9

Buku oleh dua atau tiga penulis Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. 1996. Introduction to research in education. Orlando, Florida: Harcourt Brace College Publishers. Berenson, M. L. & Levine, D. M. 1992. Basic business statistics: Concepts and applications. Ed. Ke-5. New Jersey: Prentice Hall. Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. 1993. How to design and evaluate research in education. Ed. Ke-2. New York: McGraw Hill Inc. Gay, L. R. & Airasian, P. 2003. Educational research: Competencies for analysis and applications. Ed. ke-7. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. Ulwān, c Abd al-allah Nāsih. 2003. Pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Terj. Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional. Artikel dalam sebuah buku yang disusun seseorang Ahmad Farouq Musa. 2014. Pengejaran yang tidak berkesudahan terhadap Negara Islam. Dlm. Ahmad Farouk Musa. 2014. Wacana Pemikiran Reformis. Jil II. Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Front Berhad. Mohd. Farid Mohd. Shahran. 2012. Akidah Islam dan faham pluralisme agama. Dlm. Ismail Mina. Pluralisme agama satu gerakan iblis memurtadkan ummah. Kuala Lumpur: MUAFAKAT. Rafidah Hanim Mokhtar. 2015. Sejarah gerakan feminisma. Dlm Norbahiah Misran, Norsaleha Mohd Salleh, Zakiah Abd. Rahman dan Suriani Sudi. 2015. Wanita dan cabaran globalisasi. Putrajaya: Konwanis Consultansy. Yusri Mohamad. 2012. Ancaman pluralisme agama di Malaysia. Satu tinjauan awal. Dlm. Ismail Mina. Pluralisme agama satu gerakan iblis memurtadkan ummah. Kuala Lumpur: MUAFAKAT. Artikel Artikel dalam sebuah jurnal/prosiding William J. McKinney, Jr. 1972. Reviewed Work: The Culture of Unbelief by Rocco Caporale, Antonio Grumelli. Journal of Review of Religious Research. Vol. 14, No. 1, Religious Commitments, Roles, and Organizations. pp. 47-50 Malik Badri. 2012. Seminar Homoseksual dan Gender dalam Perspektif Islam dan Psikologi. Selasa 29/5/2012. Universitas Ibnu Khaldun. Rusydi Alias dan Norsaleha Mohd. Salleh. 2010. Pemikiran al-banna dan ideologi Barat: Pertembungan dua agenda. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Konvensyen pemikiran Hasan al-banna dalam melakar agenda bangsa. 30 Januari 2010. Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya. 10

Spilka, B., Hood, P. W., Hunsberger, B. & Gorsuch, R. 2003. The psychology of religion an empirical approach. Ed. Ke-3. NewYork: The Guilford Press. Tesis Azma Mahmood. 2006. Pengukuran tahap penghayatan pendidikan Islam pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan. Bangi: UKM. Erawati Toelis. 2005. Pengaruh iklim kerjasama, motivasi kerja dan gaya kepimpinan pengetua terhadap kepuasan kerja guru. Tesis Ph. D. Fakulti Pendidikan: UKM Norsaleha Mohd. Salleh. 2015. Penghayatan akidah, ketenangan hati dan ketenangan rohani pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan. Bangi. UKM. Internet http://www.projekdialog.com/author/faisal/ (2 Ogos 2015) http://edisi-politik.blogspot.com/2012/04/barisan-nasional_22.html ( 8 Feb 2013) http://www.projekdialog.com/featured/ada-apa-dengan-tuhan/ (29 Mac 2014) 11

12