HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Similar documents
PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Transcription:

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH Mohd Rasyidi Ali 1, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 2, Abdul Hadi Awang 3, Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib 4. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mohdrasyidi@kuis.edu.my ABSTRAK Surah al-fatihah dinamakan juga Ummu al-kitab kerana ia merupakan satu surah yang menjadi paksi kepada keseluruhan maksud al-quran. Selain itu, ia juga merupakan antara bacaan yang wajib dibaca dalam solat fardhu. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hubungkait antara tahap penguasaan bacaan dengan tahap kefahaman surah al-fatihah dalam kalangan mahasiswa Pusat Asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dengan kaedah soal selidik. Kajian awal mendapati bahawa tahap kefahaman mempunyai hubungkait yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan bacaan yang baik. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai kayu ukur bagi membantu meningkatkan kualiti bacaan dan tadabbur al-quran di kalangan umat Islam umumnya. Kata kunci: Hubungkait, bacaan, kefahaman, mahasiswa pusat asasi, surah al-fatihah. 300

PENGENALAN Al-Quran merupakan kitab ibadah dan panduan utama bagi manusia. Membaca dan memahami al-quran merupakan tuntutan Islam terhadap umatnya lebih-lebih lagi membaca surah al-fatihah. Firman Allah Taala: أ و ز د ع ل ي ه و ر ت ل ال ق ر آن ت ر ت يل Dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil". (Surah Al-Muzzammil: 4) Menurut al-tantawi (1998) menghuraikan perkataan ت ر ت يل itu dengan maksud membaca dengan suara yang merdu, dengan khusyuk dan tadabbur serta beriltizam dengan bacaan yang sempurna lagi sahih dengan melihat kepada makhraj-makhraj hurufnya, waqafnya, hukum mad, izhar, ikhfa dan sebagainya. Ini bermakna bacaan al-quran yang sempurna kualitinya adalah bacaan yang disertai dengan pemahaman dan penghayatan isi kandungannya. Setiap huruf al-quran yang dituturkan adalah ibadah dan akan diganjarkan dengan pahala yang berlipat kali ganda. Selari dengan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas ud r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda: من قرأ حرف ا من كتاب هللا فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها. ال أقول الم حرف ولكن ألف حرف والم حرم وميم حرف. Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut. Dan satu kebaikan itu dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan yang seumpamanya. Aku tidak mengatakan الم itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat al-tirmizi) Memahami al-quran pula adalah syarat mendapat petunjuk dari Allah Taala. Hal ini kerana hidayah atau petunjuk bagi manusia itu bermula dengan memahami kehendak Allah Taala dalam al-quran kemudiannya ia disusuli dengan perlaksanaannya. Justeru Allah Taala menegaskan tentang tujuan penurunan al-quran adalah untuk difahami dan diambil peringatan daripadanya seperti firmannya: ك ت اب أ نز ل ن اه إ ل ي ك م ب ار ك ل ي د ب ر وا آي ات ه و ل ي ت ذ ك ر أ و ل وا ا ل ل ب اب (Surah Shad: 29) Lebih-lebih lagi surah al-fatihah yang merupakan surah yang teragung di dalam al-quran al-karim dan merupakan rukun qawli (pertuturan) yang pertama dalam solat. Tanpa membacanya, maka tidak sah solat. 301

Menghayatinya pula dalam solat adalah satu tuntutan kerana ia sebahagian daripada proses mencapai khusyuk. Menurut al-ghazali (2004) khusyuk itu merupakan suatu yang wajib dalam solat. Surah al-fatihah juga dinamakan dengan Surah al-munajat. Yang mana tidak sempurna munajat tersebut tanpa memahami makna surah al- Fatihah. Oleh yang demikian, Ibn Qayyim (2004) memandang tinggi nilai bagi setiap ayat pada surah al-fatihah sehingga ia perlu difahami dan dihayati sewajarnya. Kata beliau: فلكل آية من آيات الفاتحة عبودبة تخصها Setiap ayat daripada surah al-fatihah itu terdapat nilai ibadah (perhambaan) yang khusus baginya. Antara lain berkenaan kepentingan memahami surah al-fatihah ini seperti yang dinyatakan oleh Mohd Zaki (2016) bahawa di dalam surah al- Fatihah terkandung beberapa prinsip penting tentang nilai tauhid yang menyentuh tentang konsep dan dasar akidah Islam yang sebenar. Surah al- Fatihah juga diangkat sebagai nadi kepada al-quran yang mempunyai prinsipprinsip dan nilai-nilai yang mampu menyediakan sistem terbaik dalam pentadbiran dan pengurusan yang dikehendaki oleh Islam (Abdul Hakim Abdullah et.al, 2016) Dari sudut penggunaan dua bahasa pula iaitu bahasa Arab yang digunakan untuk bacaan dan bahasa Malaysia yang digunakan untuk terjemahan memberi rasa kefahaman serta membentuk minda yang fokus (minfullness) terhadap terapi yang dilalui serta menggalakkan pergerakan kedua-dua belah otak iaitu kiri dan kanan bergerak secara serentak (Ahmad Hisham, (2009)). Memahami surah ini juga mampu membentuk pemikiran, gelagat dan emosi yang lebih positif seterusnya mengurangkan gejala dan masalah sosial dalam masyarakat (Norizan Yusof, 2016). Namun realiti tahap kefahaman pelajar terhadap surah al-fatihah menurut hasil kajian Isahak Haron (2011), beliau mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan. Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama. Oleh yang demikian kajian hubungkait ini penting bagi menilai adakah terdapat hubungan yang signifikan antara bacaan dengan kefahaman surah al- Fatihah dalam kalangan mahasiswa Pusat Asasi. Di samping melihat apakah elemen utama yang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kesempurnaan bacaan dan kefahaman surah al-fatihah dalam kalangan pelajar. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 302

Kajian ini bertujuan menilai hubungkait antara tahap bacaan dengan tahap kefahaman mahasiswa Pusat Asasi terhadap surah al-fatihah. Kajian hubungkait ini sangat penting bagi memastikan kualiti bacaan al-quran dan penghayatan dalam solat lebih bermutu. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kertas kerja ini membincangkan kaitan antara bacaan dengan kefahaman surah al-fatihah di kalangan mahasiswa Pusat Asasi KUIS dengan menggunakan kaedah soal selidik. Persampelan diambil secara rawak tetapi jumlah sampel adalah sama banyak mengikut bidang pengajian bagi mendapatkan data yang seimbang dalam kajian ini. Kajian ini juga menggunapakai kaedah Korelasi Pearson. Kaedah ini digunakan untuk mencari hubungan di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Korelasi Pearson digunakan kerana data bagi kajian adalah data tahap interval. 4.0 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pusat Asasi menawarkan lima program asas pada tahun 2016/2017. Program-program tersebut ialah Kursus asas Pengajian Islam, Asasi Pengurusan, Kursus asas Bahasa Arab, Asasi Komunikasi dan Asasi Teknologi Maklumat. Rajah di bawah menunjukkan taburan respondan kajian. Jadual 1: Taburan Kekerapan Responden Berdasarkan Program Kekerapan Peratus (%) Pengajian Islam 40 20.0 Pengurusan 40 20.0 Teknologi Maklumat 40 20.0 Bahasa Arab 40 20.0 Komunikasi 40 20.0 Jumlah 200 100 Rajah 1: Taburan Kekerapan Respondan Berdasarkan Program Taburan Program Respondan Pengajian Islam Pengurusan Teknologi Maklumat Komunikasi Bahasa Arab 303

Merujuk kepada Jadual 1, sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 200 orang di mana sebanyak 20 peratus respondan diambil daripada setiap program yang mewakili 40 orang bagi setiap program. Pemilihan responden yang sama rata ini adalah bagi mendapatkan data yang seimbang dalam kajian ini. Analisis purata bagi setiap bahagian dijalankan untuk mendapatkan purata keseluruhan bagi setiap bidang dan purata keseluruhan responden (n=200). Perwakilan bagi setiap bidang adalah seperti di bawah: Perwakilan Bidang 1 Bidang Pengajian Islam 2 Bidang Pengurusan 3 Bidang Teknologi Maklumat 4 Bidang Bahasa Arab 5 Bidang Komunikasi Kaitan Antara Bacaan dan Kefahaman Surah Al-Fatihah Analisis purata bagi setiap item bagi bahagian ini dijalankan untuk mendapatkan nilai purata (Min) bagi Persepsi Terhadap Keupayaan Diri Membaca Surah Al-Fatihah dan nilai purata (Min) bagi Tahap Kefahaman Bacaan. Jadual 1: Nilai Purata (Min) bagi Persepsi Terhadap Keupayaan Diri Membaca B il Item Pemboleh Ubah 1. Saya boleh menyebut hurufhuruf dalam surah al-fatihah dengan baik. 2. Saya boleh menyebut kalimahkalimah dalam Surah al-fatihah dengan baik. 3. Saya mengenali waqaf (tempat berhenti) dan ibtida (tempat mula) dalam Surah al-fatihah. 4. Saya mengetahui hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam Surah al-fatihah. 5. Saya boleh membaca surah al- Fatihah mengikut hukum tajwid dengan baik. Surah Al-Fatihah Mengikut Bidang. 304 Purata Keseluruhan Mengikut Bidang 1 2 3 4 5 4.35 4.15 3.97 4.18 4.25 4.45 4.10 4.07 4.17 4.23 4.50 4.00 3.90 4.30 4.08 4.17 3.90 3.90 4.10 3.55 4.23 3.93 3.90 4.00 3.60

6. Saya mempunyai pengetahuan 3.32 3.40 3.45 3.18 3.03 tentang alunan suara dan tarannum dalam bacaan Surah al- Fatihah. 7. Saya mampu membaca Surah al- 3.05 3.20 3.10 3.08 3.05 Fatihah dengan alunan suara dan tarannum dengan baik. 8. Saya mampu membaca Surah al- 4.53 4.33 3.95 4.38 4.18 Fatihah dengan lancar dan fasih. Purata Keseluruhan 4.08 3.87 3.78 3.92 3.74 Berdasarkan hasil purata keseluruhan mengikut bidang pada jadual di atas, dapat dilihat bahawa purata keseluruhan bagi persepsi terhadap keupayaan diri membaca surah al-fatihah bagi bidang Pengurusan, Teknologi Maklumat, Bahasa Arab dan Komunikasi adalah berada pada julat 3.00 sehingga 4.00. Ini bermakna persepsi responden bagi keempat-empat bidang ini adalah neutral berbanding dengan persepsi responden bagi bidang Pengajian Islam yang mempunyai purata 4.08 iaitu positif. Jadual di atas juga menunjukkan tahap keupayaan membaca surah al- Fatihah yang tertinggi adalah pelajar Pengajian Islam iaitu dengan nilai purata 4.08, diikuti dengan pelajar Bahasa Arab 3.92, Pengurusan 3.87, Teknologi Maklumat 3.78 dan Komunikasi 3.74. Jadual 2: Nilai Purata (Min) bagi Tahap Kefahaman Bacaan Mengikut Bidang. B Purata Keseluruhan Item Pemboleh Ubah il 1 2 3 4 5 1. Ayat dalam Surah Al-Fatihah 4.95 4.85 4.65 4.90 4.78 terdapat 7 ayat. 2. Bismillahirrahmaanirrahim 4.70 4.32 4.55 4.82 4.63 adalah satu ayat daripada Surah Al-Fatihah. 3. Surah Al-Fatihah adalah rukun 4.90 4.82 4.63 4.83 4.85 dalam solat. 4. Saya memahami maksud setiap 4.50 4.05 3.90 4.30 3.88 ayat dalam Surah Al-Fatihah. 5. Hari Akhirat disebut dalam 4.65 4.25 3.97 4.27 4.18 Surah Al-Fatihah. 6. Terdapat doa dalam Surah Al- 4.70 4.45 4.13 4.55 4.27 305

Fatihah. 7. Terdapat nama lain bagi Allah 4.70 4.48 4.23 4.50 4.32 dalam Surah Al-Fatihah. 8. Terdapat dua golongan yang 4.45 4.10 4.15 4.43 3.93 tidak diberi nikmat oleh Allah disebut dalam Surah Al-Fatihah. Purata Keseluruhan 4.69 4.42 4.28 4.58 4.36 Berdasarkan jadual 2, Pelajar Pengajian Islam mendapat purata keseluruhan 4.69 bagi tahap kefahaman surah al-fatihah diikuti oleh Bahasa Arab dengan 4.58, Pengurusan dengan 4.42, Komunikasi dengan 4.36 dan Teknologi Maklumat dengan 4.28. Hasil purata keseluruhan bagi setiap bidang pada jadual di atas, dapat dilihat purata keseluruhan bagi tahap kefahaman surah al-fatihah bagi setiap bidang adalah berada di dalam julat 4.00 sehingga 5.00. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan secara puratanya bahawa kesemua bidang mempunyai tahap kefahaman yang sangat baik terhadap surah al-fatihah. Namun jika dilihat pada item 4,5 dan 8 terdapat nilai purata di bawah 4.00 yang melibatkan responden daripada bidang pengajian teknologi maklumat dan Komunikasi. Hal ini kerana item-item tersebut memerlukan kefahaman yang lebih khusus dan mendalam tentang surah al-fatihah berbanding item-item yang lain yang berkait dengan penguasaan ilmu bahasa arab. Analisa nilai purata bagi tahap kefahaman bacaan secara keseluruhan pula membuktikan bahawa ketiga-tiga item yang disebutkan di atas mencatatkan nilai purata yang terendah seperti jadual 3 di bawah. Jadual 3: Nilai Purata (Min) bagi Tahap Kefahaman Bacaan Secara Keseluruhan. Bil Item Pemboleh Ubah Purata Keseluruhan (n=200) 1. Ayat dalam Surah Al-Fatihah terdapat 7 ayat. 4.83 2. Bismillahirrahmaanirrahim adalah satu ayat daripada 4.61 Surah Al-Fatihah. 3. Surah Al-Fatihah adalah rukun dalam solat. 4.81 4. Saya memahami maksud setiap ayat dalam Surah Al- 4.13 Fatihah. 5. Hari Akhirat disebut dalam Surah Al-Fatihah. 4.27 6. Terdapat doa dalam Surah Al-Fatihah. 4.42 7. Terdapat nama lain bagi Allah dalam Surah Al- Fatihah. 4.45 306

8. Terdapat dua golongan yang tidak diberi nikmat oleh 4.21 Allah disebut dalam Surah Al-Fatihah. Purata Keseluruhan 4.47 Berdasarkan hasil purata keseluruhan pada jadual di atas pula, dapat dilihat secara umumnya purata keseluruhan bagi persepsi tahap kefahaman bacaan adalah 4.47. Ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman bacaan responden adalah baik memandangkan ianya berada dalam julat 4.00 sehingga 5.00. Keseluruhan item juga mempunyai purata melebihi 4.00 yang menunjukkan bahawa responden memahami surah Al-Fatihah. Oleh hal yang demikian, secara keseluruhannya, analisis yang dijalankan mendapati bahawa responden mengetahui dan memahami maksud al-fatihah yang dibaca. Jika dilihat pada syarat kelayakan minima bagi kemasukan pelajar ke Pusat Asasi KUIS khususnya Matapelajaran Bahasa Arab dalam SPM; Program Kursus Asas Pengajian Islam mensyaratkan kredit, diikuti dengan Program Bahasa Arab yang hanya mensyaratkan lulus, manakala programprogram lain tidak mensyaratkan matapelajaran tersebut. Oleh itu kertas kerja ini dapat merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara bacaan dengan kefahaman surah al-fatihah di kalangan pelajar Pusat Asasi KUIS adalah seperti berikut: i. Semakin tinggi penguasaan pelajar terhadap bahasa arab, semakin baik tinggi tahap keupayaan bacaan surah al-fatihah. ii. Semakin tinggi tahap kefahaman pelajar terhadap surah al-fatihah, semakin tinggi tahap keyakinan mereka dalam mengukur keupayaan bacaan surah al-fatihah masing-masing. 5.0 KESIMPULAN Tuntutan membaca surah al-fatihah bukan setakat bacaan sahaja tetapi menuntut kefahaman dan penghayatan khususnya dalam solat. Melalui faham surah al-fatihah juga mampu meningkatkan tahap keupayaan diri ketika membaca surah tersebut. Bacaan akan lebih kualiti dan menepati kehendak bacaan yang sebenar iaitu bacaan secara tartil seperti yang dituntut oleh Allah Taala. RUJUKAN Ahmad Hisham Azizan. (2009). Terapi Solat Dalam Menangani Penyakit Gelisah (Anxiety) Menurut Perspektif Psikoterapi Islam, Jurnal Usuluddin, Bil 29 [2009] 1-43 Al-Ghazali (2004), Ihya Ulum al-din, Cet. Dar al-ma rifah. 307

Al-Jauzi, Ibn Qayyim (2004), Asrar al-solah. Dikemaskini oleh Abu Abdullah Hammam Al-Jaza iri. Norizan Yusof & Muhammad Nubli Abd Wahab. 2016. Kesan Terapi Meditasi Surah Al-Fatihah Melalui Ujian Biofeedback Dalam Mengurangkan Tekanan Remaja Bermasalah Di Institut Latihan Teknikal. Proceeding 2 nd International Social Development Conference 2016. 666-672. Mohd Zaki Ahmad & Muhd Zulkifli Ismail. 2016. Nilai Tauhid Dalam Ruqyah Al-Fatihah: Analisis Pragmatik. Proceeding International Conference on Aqidah, Dakwah & Syariah 2016. 1906-1916. Abdul Hakim Abdullah, Ahmad Azrin Adnan, Rohaizan Baru & Ahmad Amirul Ihsan Che Zahari. 2016. Principles of Islamic Management Based On Surah al-fatihah. The Social Sciences @ Medwell Journals. 5467-5476. Qadhi, (2013), Kesan bacaan AL-Quran terhadap otak dan organ manusia. Retrieved from http://khalifahalhidayah.blogspot.my/2013/04/kesanbacaan-al-quran-pada-syaraf-otak.html diakses pada10 Julai 2017. https://umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=2772. diakses pada 10 Julai 2017. 308