SUMBANGAN GURU TAKMIR DALAM PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN MASYARAKAT ISLAM DI JOHOR

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

BUTIRAN PERIBADI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN PENAMBAHBAIKAN

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Transcription:

SUMBANGAN GURU TAKMIR DALAM PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN MASYARAKAT ISLAM DI JOHOR Azmi Shah Suratman Kamarul Azmi Jasmi Azhar Muhammad Ahmad Kilani Mohamed Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Suggested Citation: Suratman, A. S., Jasmi, K. A., Muhammad, A, & Mohamed, A. K. (2004 ). Sumbangan Guru Takmir dalam Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Islam di Johor in Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004 at Asiania Resort, Langkawi, on 25-27 September 2004, pp 1-8. ISBN 983-29-750-50. Abstrak Guru takmir merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi masyarakat Islam. Sumbangan mereka kepada kemakmuran masjid dengan memberikan pendidikan pembangunan diri masyarakat sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat Islam Malaysia umunnya dan masyarakat Islam Johor khususnya. Kajian yang dilakukan di Johor di tiga daerah besar iaitu Johor Baharu, Batu Pahat dan Kluang jelas menunjukkan sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat ini. Kajian ini juga menghasilkan dapatan yang menggalakkan satu pengurusan yang lebih rapi dan tersusun dalam menyelaraskan sumbangan guru-guru takmir di masjid-masjid dan penyelarasan kurikulum pengajaran mereka agar segala sumbangan mencapai matlamat yang diharapkan oleh karajaan, masyarakat dan rakyat.

SUMBANGAN GURU TAKMIR DALAM PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN * MASYARAKAT ISLAM DI JOHOR Azmi Shah Suratman Kamarul Azmi Jasmi Azhar Muhammad Ahmad Kilani Mohamed Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Guru takmir merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi masyarakat Islam. Sumbangan mereka kepada kemakmuran masjid dengan memberikan pendidikan pembangunan diri masyarakat sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat Islam Malaysia umunnya dan masyarakat Islam Johor khususnya. Kajian yang dilakukan di Johor di tiga daerah besar iaitu Johor Baharu, Batu Pahat dan Kluang jelas menunjukkan sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat ini. Kajian ini juga menghasilkan dapatan yang menggalakkan satu pengurusan yang lebih rapi dan tersusun dalam menyelaraskan sumbangan guru-guru takmir di masjid-masjid dan penyelarasan kurikulum pengajaran mereka agar segala sumbangan mencapai matlamat yang diharapkan oleh karajaan, masyarakat dan rakyat. Pengenalan Peranan guru-guru takmir di Johor adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam pengamalan dan perkembangan agama Islam kini telah mula dirasakan penting oleh banyak pihak. Tidak kira daripada golongan-golongan yang mempunyai kepentingan untuk menyebarkan ideologi, fahaman dan pemikiran baru dalam masyarakat atau daripada pihak kerajaan. Merujuk perkembangan seperti yang tersebut di atas, maka, pihak kerajaan negeri Johor telah menguatkuasakan pengharaman segalanya melainkan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri terhadap pengajaran guru-guru takmir atau segala bentuk penyampaian agama Islam di masjid-masjid atau dalam masyarakat. Pengharaman tersebut berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Bilangan 14, iaitu 'Kaedah-kaedah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama 1991' dan 'Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah' nombor empat tahun 1997 (warta Kerajaan Johor, 1999). Enakmen-enakmen irii divvartakan dengan harapan agar penyebaran pemikiran, fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan kerajaan negeri atau inazhab semasa masyarakat Islam Johor atau ajaran Islam yang menyeleweng dapat dibendung dengan baik. Enakmen bilangan empat/ll(l) tertulis sebagai, "Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubung dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan * Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004 di Asiania Resort, Langkawi. pada 25-27Sep. 2004 anjuran Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM).

di bawah Kaedah Sembilan Kaedah-kaedah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama, 1991 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan oleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya ". Warta Kerajaan Johor, 1999: 258 Hukuman yang berat yang dikenakan kepada pihak pengerusi masjid dan kepada penceramah yang berceramah tanpa tauliah ini sudah cukup menunjukkan keseriusan pihak berkuasa untuk membendung anasir yang tidak baik dari berkembang dalam masyarakat Islam di Johor. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri masih melihat kepentingan pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat yang berupa pengajaran di masjid-masjid dengan membenarkan mereka terus menyumbangkan bakti dengan syarat mendapat kebenaran bertulis atau tauliah daripada pihak berkuasa negeri. Usaha kerajaan negeri Johor bagi meneruskan kesiriambungan Islam dan pengamalannya di samping menjamin kesatuan umat Islam melalui pengajaran guru-guru takmir yang bertauliah juga perlu di lihat daripada penggunaan silibus dan kitab di kalangan mereka. Penggunaan kitab-kitab daripada pelbagai aliran dan fahaman yang tidak terkenal atau yang bukan terdapat dalam Mazhab Shafi c i yang menjadi aliran mazhab semasa masyarakat Islam Johor sudah tentu menyukarkan lagi penyatuan umat Islam dalam masyarakat. Pihak kerajaan negeri Johor sudah tentu tidak mempunyai masalah dalam usaha meneruskan pengajaran dan pendidikan agama Islam dalam masyarakat jika karya ulamaulama Shatl i dalam ahli Sunnah Wa al-jamaah yang terkenal seperti Al-Imam Al-Nawawi, Ibnu Hajar, Khatib Syarbini dan Syeikh Ramli (Muhammad Arsyad b. Abdullah, t.t.) digunakan oleh guru-guru takmir. Tetapi apa yang berlaku pola menunjukkan karya ulamaulama yang telah diiktiraf sebagai tokoh agama yang disegani dalam Mazhab Shafi c i ini jarang digunakan oleh guru-guru takmir dalam pengajaran mereka di masjid. Justeru, satu kajian yang bertujuan menghasilkan fakta baru terhadap satu aliran pengajaran guru-guru takmir di masjid-masjid dengan membuat kajian khusus terhadap hasil karya ulama terkenal umat Islam dalam mazhab Shatl c i iaitu Al-Imam Al-Nawawi. Setakat ini. Tumpuan kajian adalah melihat pandangan guru-guru takmir terhadap hasil karya Al- Imam Al-Nawawi dan penggunaannya dalam pengajaran-pengajaran mereka di masjid. Kajian ini dijalankan dengan harapan satu kesedaran yang baru kepada pihak kerajaan untuk membuat penyelarasan terhadap pengajaran guru-guru takmir di masjid pada masa akan datang supaya tujuan penyatuan umat Islam dapat dilaksanakan dengan lebih lancar bersandarkan ketokohan ulama yang dihormati dalam mazhab ShafTi seperti Al-Imam Al- Nawawi dengan karya-karyanya. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat berikut: (1) Sejauh mana guru-guru takmir mengenali Al-Imam Al-Nawawi selaku ulama yang terkenal dalam mazhab Shafi c i.

(2) Mengukur pengetahuan guru-guru takmir tentang karya Al-Imam Al-Nawawi dalam perkuliahan (pengajaran) agama di masjid-masjid dan surau. Dapatan Kajian Sebanyak 209 set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru takmir yang berdaftar di tiga daerah iaitu Daerah Johor Bahru, Daerah Kluang dan Daerah Batu Pahat. Hanya 179 set borang soal selidik yang dijawab dengan sempurna oleh responden kajian. Bakinya sebanyak 24 set borang soal selidik tidak dijawab langsung dan juga tidak lengkap dijawab. Daripada jumlah 179 responden, sebanyak 41 daripada 43 responden datang daripada daerah Johor Bahru. Manakala daerah Batu Pahat jumlah responden ialah 99 daripada 125 dan Kluang pula berjumlah 39 daripada 41 responden. Penyelidik hanya menganalisis berdasarkan borang soal selidik yang lengkap dijawab, ini kerana terdapatnya kesuntukan masa bagi menyempurnakan pengedaran semula borang kaji selidik kepada kesemua responden untuk menjawab kembali borang tersebut dengan lengkap. Data dianalisis dalam tiga bahagian utama iaitu bahagian A (latar belakang responden), bahagian B (pengetahuan responden terhadap Al-Imam Al-Nawawi) dan bahagian C (pengetahuan responden terhadap karya Al-Imam Al-Nawawi dan pengajarannya di Masjid-masjid). Semua hasil dapatan digambarkan dalam Jadual 1-9. Jadual 1 Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan Peratus (%) Lelaki 158 88.3 Perempuan 21 11.7 Jadual 2 Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan Peratus (%) Lelaki 158 88.3 Perempuan 21 11.7 N = 179 Kamarul Azmi et. al., 2003:36 Jadual 3 Taburan Responden Mengikut Umur Umur Kekerapan Peratus (%) <25-25-30 4 2.2 30-35 7 3.8 35-40 6 3.4 40-45 8 4.5 45-50 13 7.3 50-55 47 26.3 >55 94 52.5

N - 179 Kamarul Azmi et. al., 2003:37 Jadual 5 Pekerjaan ibu bapa Pekerjaan Kekerapan Peratus (%) Pensyarah Universiti.. Pegawai Agama Daerah/Negeri 18 10.1 Guru/Pengetua Sekolah Menengah 4 2.2 Guru/Pengetua Sekolah Menengah Agama 1 0.6 Guru/Pengetua Sekolah Arab Menengah 1 0.6 Guru/Guru Besar Sekolah Rendah 7 3.9 Guru/Pengetua Sekolah Agama Negeri Johor 57 31.8 Lain-lain 91 50.8 Jadual 5 Taburan Responden Mengikut Kumpulan Pelajar Kumpulan. Kekerapan Peratus (%) Dewasa 123 68.7 Dewasa sahaja 52 29.1 Kanak-kanak sahaja 4 2.2 N = 179 Kamarul Azmi et al, 2003: 41 Jadual 6 Taburan skor mengenai pengetahuan responden terhadap Imam al-nawawi No Kern STS TS TP I s SS Min 1 Al-Imam Al-Nawawi di anggap sebagai ulama Bil - - 4 107 68 4.36 yang berwibawa dalam mazhab Shafi c i % - 2.2 59.8 38.0 2 Al-Imam dihormati dalam dunia Islam pada Bil - 2 5 112 60 4.28 masa beliau % - 1.1 2.8 62.6 33.5 3 Al-Imam Al-Nawawi seorang yang zuhud Bil - 1 10 121 47 4.20 % - 0.6 5.6 67.5 24.3 4 Al-Imam Al-Nawawi warak dari perkara Bil - 5 20 98 56 4.15 syubhat % - 2.8 11.2 54.7 31.3 5 AHmam Al-Nawawi memanfaatkan seluruh Bil - - 8 116 55 4.26 umurnya % - - 4.5 64.8 30.7 6 Al-Imam Al-Nawawi banyak menghasilkan Bil - 1 10 143 25 4.07 buku % - 0.6 5.6 79.8 14.0 7 Buku-buku yang dlhasilkan oleh beliau sangat Bil - - 11 120 48 4.21 bermutu tinggi penulisannya % - 6.1 67.1 26.8 N = 179 Jadual 7 Taburan Skor Mengenai Karya-Karya Al-Imam Al-Nawawi Yanq Di Ketahui oleh Resnonden

No Item Tidak Tahu Tahun Jumlah 1 Al-Hadith al-arba c iin Bil 10 169 179 % 5.6 94.4 100 2 Riyad al-solihin min Ka\am Sayyid al- Bil 21 158 179 Mursalin % 11.7 88.3 100 3 Al-Adzkar Bil 95 84 179 % 53.1 46.9 100 4 Rawdat al-talibin Fi al-fiqh Bil 71 108 179 % 39.7 60.3 100 5 Al-Tibyan Fi Adab Haml Al-Quran Wa Bil 137 42 179 Mukhtasarihi % 76.5 23.5 100 6 Al-Minhaj Sham Sohih Muslim Bil 80 99 179 % 44.7 55.3 100 7 Minhaj al-talibin Bil 50 129 179 % 27.9 72.1 100 8 Al-Majmu c Bil 94 85 179 % 52.5 47.5 100 N = 179 2003:46 Jadual 8: Taburan Skor Mengenai Kitab Al-Imam Al-Nawawi Yang Digunakan Oleh Responden No Item Tidak Guna Guna Jumlah 1 Al-Hadith al-arba c iin Bil 22 157 179 % 12.3 87.7 100 2 Riyad al-solihin min Kalam Sayyid al-mursalin Bil 41 138 179 % 22.9 77.1 100 3 Al-Adzkar Bil 124 55 179 % 69.3 30.7 100 4 Rawdat al-talibin Fi al-fiqh Bil 104 75 179 % 58.1 41.9 100 5 Al-Tibyan Fi Adab Haml Al-Quran Wa Bil 164 15 179 Mukhtasarihi % 91.6 8.4 100 6 Al-Minhaj Sharh Sohih Muslim Bil 117 62 179 % 65.4 34.6 100 7 Minhaj al-talibin Bil 97 82 179 % 54.2 45.8 100 8 Al-Majmu c Bil 147 32 179 % 82.1 17.9 100

RUMUSAN DAN CADANGAN Rumusan Latar Belakang Responden Taburan ini sudah menggambarkan dominasi kalangan kaum lelaki dalam proses memberi khidmat pengajaran agama dalam masyarakat yang merupakan tanggungjawab sebenar kaum lelaki. Selain itu, kebiasaannya pengajaran guru-guru takmir ini dilaksanakan di masjidmasjid. Pada kebiasaannya para audien terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita. Justeru sukar bagi kaum wanita untuk turut serta memberikan pengajaran di masjid-masjid melainkan jikalau untuk pengajaran di kalangan wanita sahaja. Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang berusia lebih 55 tahun iaitu mewakili 52.5%. Umur ini merupakan umur persaraan bagi kakitangan kerajaan. Penurunan jumlah responden meningkat berdasarkan berkurangnya tahap umur. Ini menunjukkan bahawa semakin meningkat umur seseorang guru takmir itu, semakin dipilih oleh masyarakat untuk mengajar di masjid-masjid. Ini berdasarkan sikap masyarakat yang lebih hormatkan mereka yang lebih tua dan menganggap golongan ini sudah cukup berpengalaman lagi matang dalam kehidupan untuk menyampaikan segala ilmu-ilmu agama yang mereka ada kepada masyarakat. Pendidikan agama yang tinggi terutamanya mereka yang mempunyai pendidikan bahasa Arab merupakan asas utama kepada meningkatnya kemampuan mereka membaca kitab-kitab Arab terutamanya karangan-karangan terkenal Al-Imam Al-Nawawi. Tanpa pengetahuan bahasa Arab yang tinggi sudah tentu merupakan penghalang utama kepada guru-guru takmir untuk membaca kitab-kitab tersebut melainkan melalui kitab-kitab yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. kebanyakan daripada responden mendapat pendidikan agama yang baik. Berdasarkan hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa 61.5% daripada jumlah keseluruhan responden mendapat pendidikan agama di Sekolah Khas Negeri Johor. Pada peringkat pendidikan agama ini, bahasa Arab tidak diberikan penekanan yang kuat untuk membolehkan para pelajar menguasai Bahasa Arab kecuali melalui tambahan usaha-usaha yang lain. Namun begitu sebanyak 53 orang responden dianggap mempunyai pencapaian yang baik untuk membaca kitab-kitab Arab yang belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Jumlah ini mewakili 34 responden daripada lulusan Syahadah Thanawiyyah, sembilan responden daripada diploma, tujuh responden daripada Sarjana Muda dan tiga responden daripada lepasan Sarjana. Kebanyakan pekerjaan yang dilakukan oleh para responden banyak. mem bantu membentuk kedudukan yang baik di mata masyarakat yang membolehkan mereka dipilih sebagai guru takmir. Kebanyakan responden sangat bersetuju dengan pandangan ulama-ulama silam terhadap Al-Imam Al-Nawawi bahawa beliau merupakan seorang ulama yang dihormati dalam dunia Islam lagi sangat berwibawa. Selain itu, beliau mempunyai peribadi yang zuhud, warak dan tidak mensia-siakan umurnya. Dari segi produtiviti penuiisan juga beliau seorang ulama yang banyak menghasilkan kitab-kitab yang tinggi mutunya. Berdasarkan lapan buah karya utama Al-Imam Al-Nawawi yang telah disenaraikan oleh penyelidik, hanya lima kitab sahaja kebanyakan responden mengetahuinya, manakala bakinya iaitu sebanyak tiga kitab lagi bukan tiada responden yang mengetahuinya, akan

tetapi hanya lebih banyak responden yang tidak mengetahuinya daripada yang mengetahuinya. Peningkatan pengetahuan responden kepada karya Al-Imam Al-Nawawi juga banyak bergantung kepada peranan penterjemahan samada yang dilakukan oleh individu atau kerajaan. Daripada lapan karya itu juga dua kitab sahaja yang kebanyakan responden menggunakannya sewaktu mengajar di masjid dan bakinya iaitu sebanyak enam buah kitab, terdapat juga responden yang menggunakannya, akan tetapi bilangannya kurang daripada yang tidak menggunakannya semasa mengajar di masjid. Guru-guru takmir dalam kajian ini mempunyai latar belakang yang berlainan samada dari segi pendidikan, umur, pekerjaan, jantina dan lain-lain. Namun latar belakang mereka yang berlainan ini tidak sedikit pun menunjukkan kekurangan pengetahuan mereka terhadap kedudukan Al-Imam Al-Nawawi sebagai tokoh ulama yang ulung. Beliau dianggap ulama yang ulung dari aspek keperibadian malah ulung dari segi penghasilan karya-karya yang banyak serta bermutu. Ini menggambarkan bahawa ketokohan beliau selaku ulama Islam yang ulung diterima oleh hampir semua peringkat masyarakat yang mempunyai asas-asas pendidikan agama di Negeri Johor. Guru-guru takmir tersebut yakin dan percaya tentang ketinggian sifat peribadi Al- Imam Al-Nawawi yang begitu berwibawa, dihormati, zuhud, wara' lagi sangat memanfaatkan kehidupannya. Beliau juga merupakan tokoh yang banyak menyumbangkan hasil karya Islam yang memberi pedoman kepada umat Islam sepanjang zaman yang melangkau sempadan masa, negara, bangsa dan mazhab. Sifatnya yang terpuji dan ketokohannya dalam ilmu pengetahuan menjadi pendorong utama kepada penerimaan segala hasil karya beliau di kalangan ulama khususnya di kalangan guru-guru takmir di negeri Johor ini. Namun begitu oleh sebab kebanyakan karya-karya beliau diterbitkan dalam Bahasa Arab dan kurangnya usaha menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu menjadikan karya-karya bermutu beliau tidak dapat disebarkan di kalangan guru-guru takmir yang kurang pendidikan Bahasa Arab apatah lagi untuk disebarkan ke dalam masyarakat Islam. Namun begitu, didapati karya-karya beliau yang sudah diterjemahkan seperti Kitab al-hadith al-arba c iin dan Kitab Riyad al-solihin menjadi pilihan utama di kalangan mereka yang ingin menyumbangkan kepada tenaga dalam pengajaran dan pembelajaran dalam rangka usaha membangunkan masyarakat Islam di negeri Johor. Saranan dan Cadangan Meningkatkan perterjemahan kitab-kitab warisan Islam lama terutamanya kitab-kitab karangan Al-Imam Al-Nawawi Masih banyak khazanah lama Islam seperti hasil-hasil karya Al-Imam Al-Nawawi yang belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kekurangan terjemahan kitab-kitab tersebut ke dalam bahasa Melayu menyebabkan masyarakat Melayu Islam kurang mendapat manfaat ketinggian dan kehebatan mutu hasil karya-karya tersebut. Hakikat sebenar bahawa masyarakat Melayu Islam yang tidak boleh berbahasa Arab banyak memanfaatkan hasil-hasii karya kitab-kitab lama yang telah diterjemahkan untuk kegunaan pendidikan masyarakat sebagaimana yang ditunjukkan dalam penyelidikan ini. Justeru, pihak-pihak kerajaan dan swasta perlu meningkatkan usaha penterjemahan kitabkitab warisan Islam lama ini. Mudah-mudahan karya-karya terjemahan tersebut mampu

menjadi kurikulum asas kepada guru-guru takmir yang tidak mampu berbahasa Arab dan menjadi bahan pembacaan umum kepada masyarakat umum agar seluruh umat Islam mendapat manfaat daripada ketinggian warisan Islam tersebut. Rujukan Al-Nawawi, (1995). Riyad al-solihin. (Tahkik oleh Ali Abd Al-Hamid Boltah Ji). Lahore Pakistan: Kutub Khanah Faidha. Al-Nawawi, (2000). Riyad al-solihin. (Terjemahan oleh Unit Al-Quran, Sunnah dan Tafsir, pusat penyelidikan Islam, Bahagian hal ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, jilid 1-4, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Al-Suyuti, (t.t). Al-Minhaj al-sawifi al-tarjamah Al-Imam Al-Nawawi, Bairut: Dar al-kutub al-ilmiah. Hasan Hj. Al-Nawawi, (1990). Riwayat Hidup Al-Nawawi. Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan Ke Tiga, Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Kuala Lumpur: Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia. Hashim Hj. Yahya, (1990). Pandangan Ulama Tarhadap Al-Nawawi. Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan Ke Tiga, Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Kuala Lumpur: Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia. Ibnu c Atar, (1991). Tuhfat al-tolibin fi Tarjamah al-nawawi, Iskandariah: Muassasah Syabab al-jamiah. Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). (2000). Bahagian Pendidikan. Johor Baharu: JAIJ. http: //www.johor.net.my/kij/pendidikan 1.htm Muhamad b. Solih al- Uthaimin, (2002). Syarh Riyad al-solihin. At-Qahirah: Dar al- c Aqidah Li al-turath. Muhamad Jamal Al-Din Al-Qasimi (t.t.). Maifizat al-mu 'min min Ihya' c Ulum al-din. Bairut: Dal al-fikr. Muhammad Arsyad b. Abdullah, (t.t.). Sabil al-muhtadin Li Tqfaqquhfi Amr al-din. Singapura: PustakaNasional. Muhammad b. c Allan, (1977.). Dalil al-falihin Li Turuq Riyad al-solihin. Cairo: tanpa tempat cetakan. Muhammad Jamal Al-Din AI-Qasimi Al-Damsyiqi, (t.t.) Maifizat al-mu 'minin min Ihya c Ulum al-din, (Ringkasan dari Al-Ghazali). Bairut: Dar al-fikr. Mustafa Said Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, Al-Ustaz Mahyuddin Mustawin, Al-Ustaz AH Al- Syirbiji dan Al-Ustaz Muhammad Amin Lutfi, (1992). Nuzhat al-muttaqin Sharh Riyad al-solihin min Kalam Sayyid al-mursalin. Bairut: Mu'assah al-risalah. Juzuk 1-2. Pauzi bin Haji Awang, (1990). Penganth Matn Arba'in dan Riyad al-solihin dalam masyarakat Malaysia. Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan Ke Tiga, Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Kuala Lumpur: Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia. Warta Kerajaan Johor, (1999). Kaedah-kaedah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama 1991. Johor Baharu: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.