Tinjauan Awal Gaya Hidup dan Amalan Spiritual dalam Kalangan Profesional Muslim

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

MODAL INSAN KOPERASI :

Transcription:

140 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Tinjauan Awal Gaya Hidup dan Amalan Spiritual dalam Kalangan Profesional Muslim SALASIAH HANIN HAMJAH 1, MUHAMMAD ADIB SAMSUDIN 2, RAJA NOR ASMANI RAJA YAAKOB 3, IZZAH NUR AIDA ZUR RAFFAR 4, NOOR AMILA ABDUL HALIM 5 & ROSMAWATI MUHAMMAD RASIT 6 Abstrak Terdapat pelbagai gaya hidup dalam kalangan profesional muslim di Malaysia. Dalam kalangan mereka, ada yang menjalani kehidupan dengan gaya hidup yang selari dengan kehendak syara. Ada pula yang menjalani kehidupan sebaliknya sehingga menyimpang daripada nilai-nilai murni kesan perubahan sosiobudaya dan perkembangan globalisasi. Misalnya keterlibatan mereka dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti merempit, melepak, berfoya-foya, clubbing dan minum arak yang melanggar tata susila ketamadunan budaya. Justeru itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti gaya hidup profesional muslim dan mengkaji amalan spiritual yang dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 25 orang responden dalam kalangan profesional muslim telah dipilih secara kesenangan (convenience sampling) di Lembah Klang. Hasil kajian mendapati antara gaya hidup profesional muslim dari aspek hajiyyah, item saya membeli pakaian yang sesuai dalam keperluan kerjaya saya mencapai nilai min paling tinggi (min=3.64) diikuti item saya memastikan membaca untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran saya (min=3.60). Antara amalan spiritual yang mendapat nilai min paling tinggi ialah item saya menunaikan solat lima waktu (min=3.8), saya berpuasa di bulan Ramadan (min=3.8) dan saya menunaikan zakat fitrah (min=3.6). Dapatan ini menunjukkan bahawa profesional muslim ada mempraktikkan amalan spiritual dalam gaya hidup seharian mereka. Kata Kunci: professional, muslim, maqasid syariah, gaya hidup, spiritual. 1 2 3 4 5 6

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 141 Pengenalan Gaya hidup (lifestyle) adalah perkara penting dalam kehidupan manusia kerana ia melambangkan pola kehidupan seharian seseorang. Engel (1990) mendefinisikan gaya hidup sebagai suatu corak yang dipilih oleh seseorang untuk digunakan dari sudut bagaimana seseorang meluangkan masa dan duit. Manakala, Salleh Amat et al. (2009) menjelaskan bahawa gaya hidup adalah cara seseorang mengendalikan kehidupan sehariannya yang meliputi interaksi sosial, hiburan, amalan beragama serta penglibatan dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam hal ini, terdapat 4 bentuk gaya hidup (lifestyle) yang dikenal pasti telah diamalkan oleh profesional Muslim khususnya seperti gaya hidup moden, hedonisme, konsumtif dan Islam. Gaya hidup moden adalah satu pola tingkah laku yang diamalkan dengan ciri-ciri kehidupan masa kini dan berpandukan kepada gaya hidup Barat. Manakala, gaya hidup hedonisme adalah gaya hidup yang berlandaskan kepada kepuasan diri melalui hiburan dan kegembiraan diri mereka (Siti Zaleha 2014). Gaya hidup konsumtif pula adalah suatu gaya hidup atau pola yang dikendalikan oleh keinginan membeli barang-barang yang bukan keperluan, boros dan berlebihan dalam memberi sesuatu untuk memenuhi hasrat kesenangan duniawi semata-mata (Lisa Yusnita 2003). Sementara itu, gaya hidup yang menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat adalah gaya hidup Islam di mana seorang Muslim menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah SWT dengan memahami dan mengamalkan segala ajaran Islam bercirikan syariat Allah SWT (Abdul Mujieb 2009). Berdasarkan bentuk-bentuk yang telah dijelaskan di atas menunjukkan peri pentingnya gaya hidup Islam atau dengan kata lain gaya hidup berlandaskan kepada maqasid syariah diamalkan dalam konteks kehidupan profesional Muslim. Hal ini disebabkan golongan profesional adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan, latihan yang meluas, berkhidmat kepada masyarakat, keahlian dalam badan profesional, persijilan serta pentauliahan, dianggap kumpulan yang terpelajar dalam masyarakat, keputusannya dapat mempengaruhi orang lain dan berkepimpinan di luar bidang profesion masing-masing (Janib 2001). Justeru, gaya hidup profesional muslim yang berasaskan maqasid syariah bukan hanya mampu melahirkan golongan profesional yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang profesional bahkan mereka dapat mengamalkan gaya hidup Islam menurut maqasid syariah sebagai panduan dalam setiap perbuatan seterusnya membina kesejahteraan spiritual. Sejak kebelakangan ini, maqasid syariah telah menjadi isu perdana di Malaysia. Kajian mengenai maqasid syariah juga semakin banyak dilakukan seperti kajian yang dilakukan oleh Mohamad Zaidi (2015), Nur Farahiyah et al. (2016) dan Mohd Suhadi et al. (2016). Hal ini menunjukkan bahawa isu ini dipandang serius ke arah perkembangan pembangunan masyarakat dan negara Malaysia khususnya. Kerajaan juga telah melaksanakan indeks syariah

142 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Malaysia dalam usaha untuk memperkukuhkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam (Indeks Syariah Malaysia 2016). Maqasid syariah dapat difahami sebagai salah satu elemen penting yang diambil kira dalam proses penentuan sesetengah hukum syarak bagi isu-isu dan masalah hukum samasa (Azman & Muhamad Nasir 2016). Al-Ghazali (1973) mendefinisikan maqasid syariah sebagai tujuan untuk memelihara lima perkara asas manusia (usul al-khams) iaitu untuk memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Al-Raysuni (1995) pula menjelaskan bahawa maqasid syariah bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh syariat Islam untuk kepentingan hamba-hambanya ketika mensyariatkan sesuatu hukum. Justeru, berasaskan kepada keperluan manusia, maqasid syariah dapat dibahagikan kepada tiga jenis kategori. Pertama, maqasid dharuriyah. Objektif ini paling diutamakan kerana ia menyentuh survival seseorang atau sesebuah masyarakat. Mengikut para fuqaha maqasid, objektif ini merangkumi lima perkara yang dikenali sebagai lima kepentingan asas, iaitu: agama (al-din), nyawa (al-nafs), akal atau minda (al- Aql), harta (al-mal), maruah dan keturunan (al-muru`ah/ al-nasab). Kepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang paling penting dalam kehidupan manusia dimana kehidupan manusia akan menjadi rosak sama ada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi (al Syatibi 2004). Kedua, maqasid hajiyah. Objektif ini berada pada keutamaan kedua selepas dharuriyat. Malah dalam beberapa keadaan keutamaan ditingkatkan sejajar dengan kedudukan dharuriyat. Keperluan hajiyyat iaitu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat yang mana manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi (al Syatibi 2004) seperti keharusan jual beli, sewaan, pinjaman dan keringanan melakukan ibadat ketika sakit atau bermusafir (a-najjar 2008). Ketiga, maqasid tahsiniyah atau takmiliyah. Objektif ini mendapat keutamaan paling rendah kerana ia melibatkan kemewahan dan keselesaan sahaja. Bagaimana pun, dalam sesetengah keadaan keutamaannya akan ditingkatkan sejajar dengan maqasid hajiyah kalau diperlukan. Keperluan tahsiniyat iaitu keperluan yang berbentuk keselesaan dan kecantikan (al Syatibi 2004). Contoh maqasid ini ialah keharusan memakai pakaian yang berwarna-warni, kenderaan yang mewah dan keharusan menggunakan gelaran-gelaran yang baik (al-najjar 2008). Meskipun gaya hidup secara Islam atau berlandaskan maqasid syariah amat dituntut dalam kalangan profesional Muslim berikutan peranan dan kepentingan golongan ini dalam masyarakat umum, namun terdapat juga sesetengah profesional muslim di Malaysia yang menjadikan kewangan dan kerjaya mereka menjadi agenda utama kehidupan. Keutamaan kewangan dan kerjaya menjadikan kehidupan jauh tersasar daripada kehendak agama menyebabkan golongan professional juga keliru dalam mencorakkan gaya hidup mereka. Amalan gaya hidup yang sibuk dengan kerjaya menyebabkan berlakunya ketidakstabilan emosi seperti keresahan, tekanan, kebimbangan dan mengalami tanda-tanda stres termasuklah sering sakit kepala, ketidakhadaman, rasa lesu tanpa sebab, degupan jantung cepat dan kurang selera makan (Tee

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 143 2006). Akibatnya, jika emosi ini tidak dikawal akan mendatangkan emosi yang lebih buruk seperti kemurungan, rasa ingin bunuh diri sehingga boleh menyebabkan kecelaruan psikologi dan penyakit mental (Fariza 2005). Gaya hidup yang tidak berlandaskan ajaran Islam juga boleh menjadi faktor kepada berlakunya gejala sosial. Menurut Mohd Nahar (2007), budaya dan gaya hidup Islam semakin terhakis dalam diri umat Islam kerana masyarakat lebih senang dan mengagungkan budaya kuning seperti hedonisme. Hedonisme merupakan satu sistem nilai Barat yang menilai kebaikan hanyalah semata-mata keseronokan yang sama dengan nilai moral mereka iaitu kesenangan dan keberuntungan, objektif utamanya ialah keseronokan (Mustafa Kamil 1994). Antara amalan gaya hidup hedonisme seperti pergaulan bebas, ketagihan dadah, hiburan di luar batas ajaran agama seperti black metal dan sebagainya (Abdul Ghafar et al. 2011). Menurut Mohd Janib (2001), terdapat juga golongan profesional melanggar etika yang seharusnya dipatuhi seperti melarikan wang pelanggan atau mengenakan bayaran yang tinggi kepada mereka dalam perkhidmatan. Berdasarkan beberapa isu dan kes yang telah dikemukakan menunjukkan bahawa terdapat segelintir dalam kalangan profesional Muslim pada masa kini mengamalkan jenis gaya hidup yang boleh menyebabkan mereka tersasar daripada ajaran agama. Gaya hidup yang tidak berpandukan kepada maqasid syariah boleh menyebabkan kesejahteraan hidup dari aspek spiritual tidak tercapai. Justeru, kajian ini penting untuk menjamin kesejahteraan spiritual dalam kalangan profesional muslim dengan cara mengamalkan gaya hidup yang berlandaskan kepada maqasid syariah. Persoalan kajian seperti apakah gaya hidup golongan profesional muslim pada masa kini? apakah amalan spiritual yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan profesional? akan dibincangkan dalam kajian ini. Objektif Kajian Antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk; 1. Mengenal pasti gaya hidup golongan profesional muslim. 2. Mengkaji amalan spiritual yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan profesional. Metodologi Kajian Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Instrumen utama yang digunakan dalam pengumpulan data di lapangan ialah borang soal selidik. Seramai 25 orang responden dalam kalangan profesional muslim telah dipilih secara

144 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 kesenangan (convenience sampling) di Lembah Klang. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Setiap pemboleh ubah kajian telah diuji nilai alpha cronbach terlebih dahulu. Jadual 1 menunjukkan nilai alpha cronbach bagi ujian analisis kebolehpercayaan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Oleh kerana nilai alpha cronbach bagi semua pemboleh ubah melebihi 0.6, maka instrumen kajian ini mempunyai ketekalan dan kebolehpercayaan yang boleh diterima. Jadual 1 Nilai Alpha Cronbach (Α) Pemboleh Ubah Kajian Bil. Pemboleh ubah Nilai Alpha Cronbach (α) 1. Hajiyyah.880 2. Ibadah.724 Hasil Kajian dan Perbincangan Gaya hidup profesional Muslim dalam kajian ini dilihat berdasarkan maqasid syariah iaitu dharuriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Walau bagaimanapun kertas kerja ini hanya membincangkan dari aspek hajiyyah sahaja. Hasil kajian menunjukkan gaya hidup profesional Muslim dari aspek hajiyyah mencatatkan nilai min paling tinggi pada item saya membeli pakaian yang sesuai dalam keperluan kerjaya saya (min=3.64) diikuti item saya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran saya (min=3.60), item saya membelanjakan wang yang lebih untuk keluarga (min=3.48), item saya membawa keluarga bersiar-siar di tempat rekreasi (min=3.48), item saya memiliki rumah yang selesa (min=3.40), item saya memperuntukkan sejumlah wang untuk sedekah atau derma (min=3.40), item saya meningkatkan kemahiran untuk memastikan peningkatan prestasi kerjaya (min=3.36), item saya kadang-kadang membawa anak-anak makan di luar (min=3.24), item saya mengambil makanan kesihatan tambahan (supliment) (min=3.20), item saya membuat pelaburan untuk menjamin masa depan keluarga (min=3.16), item saya memberikan kelas tuisyen kepada anak-anak (min=3.12), item saya menyertai aktiviti NGO secara aktif (min=3.04), item saya menyertai aktiviti komuniti tempat tinggal secara aktif (min=3.00), item saya mendaftar sebagai ahli profesional dalam bidang kita (min=2.92), item saya memiliki lebih dari sebuah kereta (min=2.80), item saya memastikan bersenam secara konsisten (min=2.76) dan item yang paling rendah ialah saya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala (min=2.64).

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 145 Jadual 2 Gaya Hidup Berdasarkan Hajiyyah Bil ITEM Sangat Tidak B2.1 Saya memiliki rumah yang selesa B2.2 Saya memberikan kelas tuisyen kepada anak-anak B2.3 Saya kadang-kadang membawa anak-anak makan diluar B2.4 Saya membawa keluarga bersiar-siar di tempat rekreasi B2.5 Saya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran saya B2.6 Saya membeli pakaian yang sesuai dalam keperluan kerjaya saya B2.7 Saya membelanjakan wang yang lebih untuk keluarga B2.8 Saya mengambil makanan kesihatan tambahan ( supliment) B2.9 Saya memiliki lebih dari sebuah kereta B2.10 Saya memastikan bersenam secara konsisten B2.11 Saya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala B2.12 Saya membuat pelaburan untuk menjamin masa depan keluarga B2.13 Saya mendaftar sebagai ahli profesional dalam bidang kita B2.14 Saya meningkatkan kemahiran untuk memastikan peningkatan prestasi kerjaya B2.15 Saya menyertai aktiviti NGO secara aktif B2.16 Saya menyertai aktiviti komuniti tempat tinggal secara aktif B2.17 Saya memperuntukkan sejumlah wang untuk sedekah atau derma 12% (3) Tidak 16% (4) 2 4 2 32% (8) 16% (4) 12% (3) 48% (12) 4 56% (14) 4 4 72% (18) 4 56% (14) 4 4 56% (14) 6 (16) 6 (15) Sangat 48% (12) 4 48% (12) 6 (15) 6 (16) 28% (7) 2 2 4 28% (7) 2 4 Min 3.40 3.12 3.24 3.48 3.60 3.64 3.48 3.20 2.80 2.76 2.64 3.16 2.92 3.36 3.04 3.00 3.40 Sumber Soal Selidik : UKM AP-2014-020 Analisis berdasarkan peratus pula mendapati majoriti responden 10 (25 orang) dalam kajian ini bersetuju pada item saya membawa keluarga bersiarsiar di tempat rekreasi, item saya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran saya, item saya membeli pakaian yang sesuai dalam keperluan kerjaya saya dan item saya memperuntukkan sejumlah wang untuk sedekah atau derma. Kemudian, diikuti dengan item saya memiliki rumah yang selesa (96%, 24 orang), item saya membelanjakan wang yang lebih

146 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 untuk keluarga (96%, 24 orang), item saya mengambil makanan kesihatan tambahan (supplement) (96%, 24 orang), item saya meningkatkan kemahiran untuk memastikan peningkatan prestasi kerjaya (96%, 24 orang), item saya kadang-kadang membawa anak-anak makan di luar (92%, 23 orang), item saya memberikan kelas tuisyen kepada anak-anak (8, 21 orang), item saya menyertai aktiviti komuniti tempat tinggal secara aktif (8, 21 orang), item saya membuat pelaburan untuk menjamin masa depan keluarga (8, 20 orang), item saya menyertai aktiviti NGO secara aktif (8, 20 orang), item saya mendaftar sebagai ahli profesional dalam bidang kita (68%, 17 orang) serta item saya memiliki lebih dari sebuah kereta (6, 16 orang). Manakala minoriti responden (6, 15 orang) bersetuju terhadap item saya memastikan bersenam secara konsisten dan item saya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Secara keseluruhan tahap hajjiyah responden berada pada tahap yang stabil dan memberangsangkan ini kerana hajjiyah adalah keperluan sekunder dimana jika tidak wujud ia tidak sampai mengancam keselamatan manusia namun akan mengalami kesusahan dan kesukaran bahkan mungkin berpanjangan, tetapi tidak sampai kehancuran. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti amalan spiritual yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan profesional. Walau bagaimanapun kertas kerja ini hanya memfokuskan kepada aspek ibadah sahaja. Amalan spiritual yang menunjukkan nilai min tertinggi dalam kalangan responden adalah pada item saya berpuasa di bulan Ramadhan (min=3.88), diikuti item saya menunaikan solat 5 waktu (min=3.80), item saya menerima segala ketentuan Allah dengan redha (min=3.76), item saya menunaikan zakat fitrah (min=3.60), item saya membaca al-quran (min=3.16), item saya berusaha melakukan ibadah kepada Allah walaupun ia bukan ibadah wajib (min=3.08), item saya melakukan solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardu) (min=3.00), item saya membaca al-quran beserta memahami tafsirnya (min=3.00), item saya membaca al-quran dengan penuh penghayatan (min=3.00), item saya menunaikan haji apabila mampu (harta, kesihatan, kuota) (min=2.52), item saya melakukan Qiamulail (min=2.48), item saya melakukan puasa sunat (min=2.40), dan item saya berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis (min=2.16). Manakala item saya melakukan umrah pula mendapat skor min yang paling rendah (min=1.80). Jadual 3 Amalan Spritual Melalui Ibadah Bil ITEM C2.1 Saya menunaikan solat 5 waktu C2.2 Saya berpuasa di bulan Ramadhan C2.3 Saya menunaikan haji apabila mampu(harta,kesihatan,kuota) Sangat Tidak 32% (8) Tidak 2 12% (3) Sangat 92% (23) 96% (24) Min 3.80 3.88 2.52

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 147 C2.4 Saya menunaikan zakat fitrah C2.5 Saya melakukan solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardu) C2.6 Saya melakukan puasa sunat C2.7 Saya membaca al-quran C2.8 Saya membaca al-quran beserta memahami tafsirnya C2.9 Saya membaca al-quran dengan penuh penghayatan C2.10 Saya berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis C2.11 Saya melakukan Qiamulail C2.12 Saya melakukan umrah 28% C2.13 Saya berusaha melakukan ibadah kepada Allah walaupun ia bukan ibadah wajib C2.14 Saya menerima segala ketentuan Allah dengan redha (7) 2 68% (17) 16% (4) 2 2 8 (21) 48% (12) 6 (16) 2 2 2 6 (15) 16% (4) 4 8% (2) 4 2 72% (18) 2 8% (2) 32% (8) 2 2 32% (8) 76% (19) 3.60 3.00 2.40 3.16 3.00 3.00 2.16 2.48 1.80 3.08 3.76 Sumber Soal Selidik: UKM-AP-2014-020 Analisis berdasarkan peratus pula mendapati majoriti responden bersetuju dengan item saya menerima segala ketentuan Allah dengan redha (10, 25 orang), diikuti dengan item saya berpuasa di bulan Ramadhan (96%, 24 orang), item saya menunaikan solat 5 waktu (92%, 23 orang), item saya menunaikan zakat fitrah (92%, 23 orang), item saya membaca al-quran (8, 21 orang), item saya membaca al-quran dengan penuh penghayatan (8, 20 orang), item saya melakukan solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardu) (76%, 19 orang), item saya membaca al-quran beserta memahami tafsirnya (76%, 19 orang), item saya berusaha melakukan ibadah kepada Allah walaupun ia bukan ibadah wajib (76%, 19 orang), item saya menunaikan haji apabila mampu (harta, kesihatan, kuota) (48% 12 orang), item saya melakukan Qiamulail (48% 12 orang), item saya melakukan puasa sunat (32%, 8 orang), item saya berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis (16%, 4 orang) dan item saya melakukan umrah (8%, 2 orang). Secara keseluruhannya kajian mendapati ibadah yang kerap dilakukan oleh golongan profesional Muslim ialah berpuasa di bulan Ramadhan. Dapatan kajian menunjukkan responden mempraktikkan amalan spiritual melalui ibadah solat, puasa, zakat dan membaca al-quran dalam kehidupan mereka. Ini bertepatan dengan kajian Salasiah & Noor Shakirah (2014) yang menjelaskan bahawa tiga aspek utama dalam Islam ialah aqidah, akhlak dan ibadah. Aspek ibadah contohnya, bukan sahaja melambangkan kepatuhan

148 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 seorang hamba kepada Penciptanya, tetapi dapat memberikan banyak manfaat dalam kehidupan manusia. Selain dapat memberikan ketenangan jiwa, menyedarkan tentang hakikat diri dan menginsafi kelemahan diri, ibadah juga dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini berlaku kerana ibadah yang dilaksanakan dengan khusyuk dan tawaduk dapat mendekatkan seseorang kepada Allah S.W.T. untuk memohon pertolongannya bagi mencari jalan keluar terhadap kemelut yang dilaluinya (Salasiah et al. 2012). Amalan-amalan ibadah khusus pula dipertanggungjawabkan ke atas hamba untuk dilaksanakan sebagai satu latihan amali bagi membuktikan kepatuhan yang sempurna seperti rukun Islam yang lima iaitu mengucap syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Ia juga merangkumi kewajipan agama yang diketahui kebanyakan manusia seperti sedekah, umrah dan tilawah al-quran (al-bayanuni 1984). Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa profesional muslim ada mempraktikkan amalan spiritual dalam gaya hidup seharian mereka. Antara gaya hidup utama profesional muslim dari aspek hajiyyah adalah membeli pakaian yang sesuai dalam keperluan kerjaya (min=3.64) diikuti memastikan diri mereka membaca untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran (min=3.60). Manakala, antara amalan spiritual yang mendapat nilai min paling tinggi dalam kalangan responden ialah menunaikan solat lima waktu (min=3.8) dan berpuasa di bulan Ramadan (min=3.8) serta menunaikan zakat fitrah (min=3.6). Justeru, kajian mencadangkan supaya golongan profesional muslim sama ada berkhidmat di sektor kerjaan mahupun swasta seperti akauntan, peguam, doktor, jurutera dan kaunselor dapat mempraktikkan gaya gidup berdasarkan maqasid syariah secara keseluruhannya agar golongan yang dikenali sebagai bijak pandai, berpengaruh dan berketerampilan ini mampu mempamerkan gaya hidup yang menjadi contoh teladan kepada masyarakat umum. Amalan-amalan spiritual yang amat dituntut oleh syara juga sangat digalakkan kepada golongan profesional muslim untuk dilaksanakan dengan baik agar seimbang kejayaan diri mereka di dunia mahupun di akhirat. Rujukan Abdul Ghafar Don, Syabuddin Gade & Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus. 2011. Dakwah Bersepadu: Model Dakwah Alternatif Menghadapi Budaya Hedonisme. Jurnal Al- Hikmah 3: 9 21. Abdul Mujieb. 2009. Kamus Istilah Fiqh. Selangor: Advance Publication.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 149 Azman Mohd Noor, Muhamad Nasir Haron & Muhammad Nazir Alias. 2016. Kepentingan Memahami Maqasid Syariah Dalam Pembangunan Ekonomi Negara. Universiti Islam Antarabangsa: Jabatan Fiqh Dan Usul Al-Fiqh. al-bayanuni, Muhammad Abu al-fath. 1984. al- Ibadah Dirasah Manhajiyyah Syamilah fi Daw al-kitab wa al-sunnah. Kaherah: Dar al-salam. Engel J.F, Blackwel, R. D. & Miniard, P.W. 1990. Consumer Behavior. USA: Dryden Press. Fariza Md. Sham. 2005. Tekanan Emosi Remaja Islam. Jurnal Islamiyyat 27: 3 24. al-ghazālī, Abū Hāmid. 1973. al-mustasfā min Īlm al-usūl. Kaherah: al-maktabah al- Tijāriyyah. Indeks Syariah Malaysia (Info Ringkas). 2016. JAKIM: Unit Indeks Syariah Malaysia. Lisa Yusnita. 2003. Gambaran Terjadinya Perilaku Konsumtif dalam Membeli Telepon Selular. Kertas Kerja (tidak diterbitkan). Jakarta: Universitas Atma Jaya. Mohamad Zaidi Abdul Rahman. 2015. Maqasid al-shariah dalam Pentadbiran Negara: Satu Tinjuan Sejarah Islam. Jurnal Fiqh 12: 1-10. Mohd Nahar Mohd Arshad. 2007. Hidup Kaya Tanpa Riba. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd. Mohd Suhadi Mohamed Sidik, Md Noor Saper & Fauziah Saad. 2016. Aplikasi Kaedah Maqasid Syariah dalam Kaunseling Keluarga. Prosiding Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2016. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Janib Johari. 2001. Etika Profesional. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mustafa Kamil Ayub. 1994. Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah. Petaling Jaya : Budaya Ilmu SDN. BHD. al-najjār, Abd al-majīd. 2008. Maqāṣid Al-Sharī ah Bi Ab ād Jadīdah. Beirut: Dār al- Kutub al- Ilmiyyah Nur Farahiyah binti Mat Daud, Ahmad Irdha Mokhtar & Zulkefli Aini. 2016. Kepentingan Maqasid al-shariᶜah dalam Pengurusan Media Massa bagi Menangani Masalah Sosial Masyarakat di Malaysia. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. al-raysūnī, Aḥmad. 1995. Nazariyyah al-maqāsid Inda al-imām al-shātibī. Riyadh: Dar al- Alamiyyah li al-kitab al-islami. Salleh Amat, Zuria Mahmud, Amla Salleh & Hashimah Ibrahim. 2009. Hubungan antara Gaya Hidup dan Tanggungjawab Remaja Malaysia. Konvensyen PERKAMA 2-3 Jun 2009. Serdang: Universiti Putera Malaysia. al-shāṭibī, Ibrahīm Ibn Mūsā al-lakhmī. 2004. Al-Muwāfaqāt Fī Usūl al-sharīᶜah. Beirut: Dār al-kutub al- Ilmiyyah. Siti Zaleha Shafi e. 2014. Gaya Hidup Remaja dan Hubungannya Dengan Pengamalan Islam di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail & Noor Shakirah Mat Akhir. 2012. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 59 : 87 92. Salasiah Hanin Hamjah & Noor Shakirah Mat Akhir. 2014. Islamic Approach in Counseling. Journal of Religion and Health 53 : 279-289.

150 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Tee, Sook kim. 2006. Stres Kerja di Kalangan Guru Sekolah Teknik di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia: Jabatan Asas Pendidikan.