TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PERASMIAN LOJI RAWATAN AIR KG. SENAWAR KUALA KANGSAR

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM GAMIFIKASI KITAR SEMULA. Muhammad Hazim bin Mohd Hafis Dr Amirah binti Ismail

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI KALANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA. LOW HOCK HENG SITI ZALEHA OMAIN PM Dr HISHAMUDDIN MD SOM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

Kata kunci: Alam sekitar, kerajaan, keselamatan, kepenggunaan, kesihatan, media massa, NGO, pencemaran, pendidikan alam sekitar.

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

32/,6,.(3(1'8'8.$11(*$5$1(*$5$$6($16$78 7,1-$8$1. Rahmah, M.A * 3(1*(1$/$1

SIGNIFICANT EVENTS AND DEVELOPMENTS

Transcription:

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PERASMIAN LOJI RAWATAN AIR KG. SENAWAR TARIKH: 15 JAMADIL AKHIR 1438 / 14 MAC 2017 (SELASA) MASA: 10.00 PAGI TEMPAT: LOJI RAWATAN AIR KG. SENAWAR,. Salam Sejahtera

Firman ALLAH Subhanahu Wata ala dalam ayat 68 dan 69 Surah Al- Waqiah berbentuk pertanyaan bermaksud; Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkan? 1 Jawapannya terkandung dalam pelbagai ayat di dalam Al-Quran, antaranya dalam ayat-ayat 48, 49 dan 50, Surah Al-Furqaan, bermaksud; Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih, Agar (dengan air itu) Kami menghidupkan negeri yang mati (tandus) dan Kami memberi minum kepada sebahagian apa yang telah Kami ciptakan, (berupa) haiwan-haiwan, ternakan dan manusia yang ramai. Dan sesungguhnya, Kami telah mempergilirkan (hujan) itu di antara mereka agar mereka mengambil pelajaran tetapi kebanyakan manusia tidak mahu (bersyukur) bahkan mereka mengingkari (nikmat). 2 1 Al Quran, Al Waqiah (56:68,69) 2 Al Quran, Al Furqaan, (25:48,49,50,54)

2. Air adalah anugerah daripada ALLAH Subhanahu Wata ala. Perkataan air disebut enam puluh tiga (63) kali di dalam Al-Quran; 3 tiga puluh tiga (33) ayat Al-Quran, secara spesifik mengisahkan penciptaan dan nikmat air; air tercipta selepas Allah mencipta syurga dan alam. 4 3. Air merupakan elemen penting dalam kehidupan. Tubuh manusia mengandungi sekurang-kurangnya enam puluh peratus (60%) air. Tanpa air, manusia dianggarkan hanya boleh hidup tidak melebihi tujuh hari. 5 Kesemua sel hidup memerlukan air untuk berfungsi, selaras dengan firman Allah yang terkandung dalam ayat 30 Surah Al Anbiyaa dan ayat 45 Surah An Nuur, yang bermaksud;...dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup... 6 Dan ALLAH telah menciptakan semua jenis haiwan dari air,... 7 4. Ayat 32 Surah Ibrahim mengisahkan rahmat yang dinikmati daripada air hujan hingga Allah mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki dan telah menundukkan sungai-sungai untuk manfaat manusia. 8 Pembangunan tamadun berkait rapat dengan air, berlaku di kawasan-kawasan yang mengalir sungai yang besar lagi panjang. Sungai-sungai Nil, Hwang Ho, Indus, Tigris dan Eupharates adalah sungai-sungai yang telah berperanan mempengaruhi pembangunan 3 www.ecomena.orgs>tag>water in holy quran. 4 Imanreza.net 5 http://www.independent.co.uk/life style/health and families/health news/how long a person can survive without watera6873341.html 6 Al Quran, Al Anbiyaa, (21:30) 7 Al Quran, An Nuur, (24:45) 8 Al Quran, Ibrahim (14:32)

beberapa tamadun besar dunia, di Mesir, di China, di India dan di Mesopotamia. 9 Sungai di lokasi-lokasi tersebut berfungsi sebagai sumber kehidupan, menyuburkan pembangunan ekonomi berasaskan pertanian di samping menjaringkan perhubungan dengan merangkaikan hubungan sesama manusia. Air turut mendorong manusia mencipta pelbagai inovasi dan teknologi hebat seperti pembinaan akueduk (aqueduct) di Rom dan Iran, ketika kedua-dua empayar tersebut berada di mercu kuasa. 5. Kejayaan mencipta teknologi penjana kuasa berteraskan air, telah menambah peranan air dalam kehidupan insan, berperanan signifikan dalam sektor industri ketika berlakunya revolusi industri. Idea menggunakan air sebagai sumber kuasa untuk menggerakkan jentera bermula dengan penciptaan enjin berkuasa wap yang digunakan untuk menggerakkan lokomotif; di samping turut membantu perkembangan pesat industri tekstil, apabila mesin pemintal kapas (spinning wheel) direka semula oleh Richard Arkwright dengan menggunakan kuasa air. 10 Ciptaan-ciptaan tersebut, bukan sahaja telah meningkatkan produktiviti pengeluaran, tetapi telah membuka minda manusia bahawa penggunaan air, tidak hanya terbatas untuk tujuan minuman, basuhan dan pertanian. 6. Penggunaan air menggerakkan industri turut berlaku di Negeri Perak. Industri perlombongan bijih timah bermula pada tahun 1848, 9 http://www.rivervalleycivilizations.com/index.html 10 Outman, L. James, Outman, M. Elisabeth, 2003, Industrial Revolution Almanac, Thomas Gale, pp71

setelah Long Jaafar menemui bahan tersebut di daerah Larut, dan aktiviti melombong berlangsung dengan menggunakan teknik mendulang. 11 Jentera-jentera perlombongan berbentuk kapal korek dan pam kelikir yang memberikan hasil lebih produktif, mula dibawa masuk oleh orang-orang Eropah melalui syarikat-syarikat pelaburan mereka; menjadi titik tolak kepada era baru, pengeluaran bijih timah secara besar-besaran, 12 hingga berjaya meletakkan Negeri Perak mencapai status pengeluar utama bijih timah di dunia ketika itu. 7. Walaupun permukaan bumi diliputi tujuh puluh satu peratus (71%) air, 13 tetapi hanya dua perpuluhan lima peratus (2.5%) daripada jumlah tersebut bersifat air tawar. 14 Sungai yang berperanan sebagai pembekal utama bekalan air tawar, hanya membekalkan kurang daripada kosong perpuluhan satu peratus (0.00002%) keseluruhan sumber air dunia. 15 Jumlah penduduk dunia semakin bertambah; diunjurkan bertambah daripada 7.5 bilion pada tahun 2017 kepada 9.9 bilion pada tahun 2050. 16 Pertambahan penduduk bermakna permintaan terhadap air yang boleh diminum (potable water) akan turut meningkat. 8. Kekurangan air adalah satu fenomena yang sedang melanda dunia ketika ini. Rakyat wajib sedar bahawa bekalan air yang tidak mencukupi, bakal mencetuskan krisis, kerana air adalah keperluan 11 http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota long jaafar perak 12 http://eesyuen97.blogspot.my/2015/08/perlombongan bijih timah sebelum dan_31.html 13 https://water.usgs.gov/edu/earthhowmuch.html. 14 http://www.greenfacts.org/en/water resources/ 15 https//water.usgs.gov/edu/earthwherewater.html. 16 www.newsweek.com.pop.growth.

paling asas kehidupan. Krisis bekalan air bukan satu fiction atau cerita rekaan. Malah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan mendapatkan sumber air, boleh menjadi punca memungkinkan manusia berperang pada masa akan datang. Satu perlima penduduk dunia, dilaporkan, tidak mendapat akses kepada air yang boleh diminum. Lebih separuh penduduk dunia, dilaporkan tinggal di kawasan-kawasan yang menghadapi tekanan untuk mendapatkan bekalan air. Kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara kita, turut mengalami krisis kekurangan bekalan hingga catuan air terpaksa dilakukan. 9. Dalam usaha mahu meminimumkan bencana daripada risiko yang sedang dihadapi, tindakan secara proaktif, strategik dan terancang hendaklah dilakukan dalam lima perkara berikut: Pertama: memelihara dan memulihara sumber-sumber air serta kawasan tadahan air, dengan memastikan alam sekitar yang mapan. Kedua: mengurus sumber air secara bersepadu. Ketiga: teknologi baru. menaiktaraf sistem air sedia ada dengan merintis

Keempat: mempelbagaikan sumber air dengan meneroka sumber-sumber alternatif antaranya, potensi air bawah tanah, air yang dikitari semula (recycle water), serta penuaian air hujan. Kelima: program pendidikan agar pengguna sedar dan turut mengambil tanggungjawab memelihara sumber air dan tidak melakukan pembaziran. 10. Memelihara dan memulihara sumber air serta budaya menggunakan air secara berhemah dan optimum adalah tanggungjawab setiap rakyat. Rakyat yang selama hari ini dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran tropika, yang beranggapan bahawa air adalah bahan yang mudah diperoleh, wajib disedarkan akan tanggungjawab menghargai air, tidak melakukan pencemaran terhadap sumber-sumber air, dan dididik tidak membazir. Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam pada satu ketika melintasi Saad ibn Abi Waqqas Radiallahuanhu yang sedang berwuduk dengan menggunakan air yang banyak. Lalu Baginda bertanya; Mengapakah dengan pembaziran ini? Saad bertanya kepada Baginda; Apakah di dalam soal berwuduk pun dikira pembaziran? Baginda menjawab, Ya, (membazir tetap membazir) walaupun kamu berada di sungai yang mengalir. 17 17 Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Program pendidikan tentang nilai dan kepentingan air, serta tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara sumber air perlu disemaikan di dalam keluarga, di bangku sekolah, di tempat bekerja, di kalangan badan-badan bukan kerajaan serta pertubuhan sukarela dan di rumah-rumah ibadat. Mulakan sikap menghargai dan menghormati air, dengan langkah permulaan, tidak lagi membuang sisa buangan dan sampah ke dalam parit, longkang dan sungai. Langkah tersebut mungkin langkah kecil, tetapi langkah yang besar dan berimpak tinggi, bermula dengan satu langkah kecil yang dilakukan secara beramai-ramai, hingga tersemai satu keinsafan dan satu kesedaran, hingga diperlihatkan sebagai satu amalan harian dan satu budaya di kalangan warga. 12. Menyediakan air bersih kepada rakyat adalah antara matlamat penting yang terkandung dalam agenda pembangunan lestari yang dilancarkan di peringkat global ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Agenda tersebut telah dikunjungi semula dan dihidupkan kembali dalam sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2015; dengan memperkenalkan tema baru Transformasi Dunia Kita: Agenda 2030. Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab utama setiap Kerajaan mengambil langkah dan memperuntukkan pelaburan kewangan untuk membolehkan rakyat jelata dapat menikmati bekalan air bersih. Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa Saad bin Ubadah Radiallahuanhu bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam,

Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama? Baginda menjawab, Memberi air. 18 13. Langkah yang diusahakan oleh Lembaga Air Perak membangunkan Loji Rawatan Air Kg. Senawar ini adalah langkah bertanggungjawab, memenuhi peranan yang amat penting untuk memenuhi keperluan asasi rakyat. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Beta menyediakan kemudahan asas yang penting ini adalah tanggungjawab fardu kifayah yang disempurnakan selaras dengan Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, dan seiring dengan agenda pembangunan lestari yang dirumuskan dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rakyat sewajarnya menghargai usaha Kerajaan dan Lembaga Air Perak ini. Beta merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir selaku Ketua Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Lembaga Air Perak yang telah memberikan keutamaan kepada pembangunan projek ini dan kepada seluruh warga Lembaga Air Perak yang telah merealisasikan rancangan pembangunan loji ini. Semoga usaha baik ini diterima oleh ALLAH Subhanahu Wata ala sebagai amal makruf yang diberikan ganjaran dunia ganjaran akhirat. 18 Shahih Abu Daud.

14. Semoga kualiti hidup rakyat akan terus meningkat, dan rakyat pula menunjukkan sifat syukur terhadap anugerah ILAHI dengan melakukan keadilan terhadap alam dan persekitaran, dan memulihara sumbersumber air kurniaan ILAHI, demi kepentingan anak cucu kita di masa hadapan. 15. Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim, Beta merasmikan Loji Rawatan Air Kg. Senawar Kuala Kangsar.