Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

Similar documents
وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN.

Jurnal Hadhari 6 (2) (2014) AHMAD FAIZUDDIN RAMLI 1, 2 ABSTRAK

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Amalan Pengurusan Pekerja Kurang Upaya dalam Sesebuah Organisasi Berdasarkan Undang-undang di Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

Transcription:

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal The Role Of Sabah Islamic Ngos In Fostering Communal Unity: A Preliminary Studies Abd Hakim Mohad 1, Ros Aiza Mohd Mokhtar 2 & Mufidah Binti Ruji Jaman ABSTRAK Dewasa ini pengaruh NGO dalam masyarakat di Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin terasa. Dalam aspek perpaduan misalnya, pihak NGO juga turut memainkan peranan penting ke arah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya apakah NGO Islam juga menjalankan peranan ini dengan baik, kerana wujud persepsi yang menyatakan bahawa NGO yang berteraskan agama lebih banyak memainkan sentimen agama untuk kepentingan mereka dan bersikap kurang mesra terhadap penganut agama lain sehingga boleh menjejaskan perpaduan. Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan NGO Islam di Sabah dalam isu perpaduan masyarakat. Tulisan ini adalah hasil kajian rintis yang difokuskan kepada dua NGO Islam di Sabah iaitu United Sabah Islamic Association (USIA) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti peranan NGO Islam dalam memupuk perpaduan masyarakat di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana, sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang pernah menjadi aktivis atau pernah menyertai program yang dianjurkan oleh kedua-dua NGO tersebut. Dapatan kajian ini mendapati bahawa NGO Islam di Sabah telah memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit maklumat tentang peranan yang dimainkan oleh NGO agama dalam memupuk perpaduan masyarakat Islam di Sabah. Kata Kunci : NGO, Islam, Perpaduan, Peranan, Toleransi, Sabah. ABSTRACT Lately, the influence of NGOs in Malaysia generally, and in Sabah specifically, has been more evident. For instance, on the question of unity, NGOs have been playing a significant role in promoting unity among the people. The question, however, is whether Islamic NGOs could play this role effectively, as there is the perception that religion-based NGOs drum up religious sentiments for their own benefits, and are less friendly towards adherents of other faiths, potentially harming the cause for unity. This paper, then, discusses the role of Islamic NGOs in Sabah on the question of communal unity. This paper is based on a pilot study that focuses on two Islamic NGOs in Sabah, the United Sabah Islam Association (USIA) and the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM). The objective of this paper is to identify the role of the Islamic NGOs in fostering communal unity in Sabah. This study uses the quantitative method of research, with 40 questionnaires issued to respondents who were once activists or participated in programmes held by the two NGOs. The findings show that Islamic NGOs in Sabah have played an important role in encouraging unity among the 1 Abd Hakim Mohad, PhD, Universiti Sains Islam Malaysia, abdhakim@usim.edu.my 2 Ros Aiza Mohd Mokhtar, PhD, Universiti Sains Islam Malaysia, rosaiza@usim.edu.my 97

people. It is hoped that this study may shed a light on the role of the religion-based NGOs in fostering a sense of unity among the Muslims of Sabah. Keywords : NGO, Islam, Unity, Role, Tolerance, Sabah Pengenalan Sabah terdiri daripada masyarakat yang berbilang suku kaum, etnik budaya, bahasa dan juga agama. Masyarakat Sabah sangat dikenali sebagai masyarakat yang bertoleransi serta mementingkan aspek perpaduan dalam kehidupan seharian. Hal ini antara lain adalah disebabkan oleh persekitarannya yang meraikan kepelbagaian masyarakatnya. Bahkan kita juga boleh melihat kepelbagaian agama wujud dalam sebuah keluarga. Inilah yang menjadi salah satu ciri keunikan masyarakat Sabah. Mereka hidup aman damai dan bersatu padu dalam masyarakat yang majmuk (Ahmad Tarmizi Talib, 2013: 92). Namun, adakah perpaduan kaum di Sabah akan terus terpelihara tanpa perlu usaha untuk mempertahankan dan mengekalkannya? Perlu dinyatakan di sini bahawa hubungan sosial dan perpaduan kaum adalah elemen yang sangat penting ke arah melahirkan masyarakat yang membangun dan maju. Salah satu aspirasi ke arah menjayakan TN50 adalah meningkatkan usaha ke arah perpaduan yang utuh dan kuat untuk menjamin kesejahteraan rakyat tidak kira tua atau muda, semuanya perlu terlibat dalam memupuk semangat perpaduan dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan juga agama. Dalam mesyuarat tahunan kali ke-66 Majlis Belia Malaysia yang telah berlangsung pada 21-22 Julai 2017 menyarankan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan semangat perpaduan dan ia haruslah bermula dengan pemikiran yang terbuka, termasuklah bersedia menerima agama yang berbeza. Dalam pada itu, agama bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti malah perlu dikaji dan difahami agar wujud sikap saling hormat-menghormati dalam berbeza agama (belia.org.my). Konsep Perpaduan Menurut Kamus Dewan (2005: 1111-) perkataan perpaduan berasal dari perkataan padu yang membawa maksud mampat, pejal, padat dan tumpat. Berpadu pula bermaksud bercampur, menjadi satu, menjadi sebati. Manakala maksud bagi istilah perpaduan adalah bermakna penggabungan, perihal berpadu (bergabung menjadi satu), persesuaian dan 98

kecocokan. Dalam konteks Malaysia, perpaduan yang lebih sesuai dan dirasakan boleh dicapai ialah perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity, dan hal ini kita memperakukan secara terbuka. Perpaduan dalam kesatuan iaitu unity in uniformity akan terus menjadi idaman (Shamsul Amri Baharuddin, Ucaptama COSNA: 2014) Perpaduan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian, tanpa perpaduan tidak mungkin negara ini dapat dibangunkan. Kemajuan negara tidak dapat dicapai seandainya rakyat saling bertelingkah sesama sendiri. Semua ini bermula dengan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain yang kemudiannya melahirkan keharmonian hidup bermasyarakat. Dengan perkataan yang mudah, kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada tingginya teknologi yang dimiliki, atau hebatnya ekonomi semata, tetapi juga terletak pada kekuatan perpaduan masyarakatnya. Malaysia telah mencapai tahap ke-19 Global Peace Index 2011 dengan perancangan, pembentukan dasar dan daya usaha pemimpin kerajaan, swasta serta badan-badan bukan kerajaan. Mereka telah menggembleng rakyat untuk menghayati prinsip perpaduan demi untuk kesejahteraan bersama. Keamanan dari sudut perpaduan kaum telah banyak mendatangkan kemajuan dari segi politik, ekonomi, sosial dan imej yang positif di negara ini kepada negara-negara luar (Abdul Rahman, 2014: 179). Tidak dapat dinafikan bahawa tragedi ketegangan kaum pada 13 Mei 1969, telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat di negara ini. Tarikh keramat itu telah menjadi titik tolak kepada negara ini untuk menghayati nilai perpaduan dengan lebih mendalam dan menyebarluaskan usaha penyatupaduan dalam masyarakat. Semua ini bertujuan untuk melahirkan suasana kehidupan yang harmoni. Selain itu, kita juga menyedari hakikat bahawa perpaduan tidak boleh dicapai tanpa usaha dari semua pihak. Malaysia telah merangka dan menyusun strategi untuk mencapai perpaduan dan kesepaduan pada tahap keamanan yang tinggi. Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyatakan bahawa usaha ke arah perpaduan kaum telah melalui tiga fasa, pertama dari 1969 hingga 1981, di mana agenda perpaduan kaum tertumpu pada membina keyakinan untuk menyebarkan perpaduan kaum bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian. Fasa kedua, dari tahun 1982 hingga 2000 agenda perpaduan tertumpu pada pengukuhan dan penyebaran semangat perpaduan melalui konsep kejiranan di kawasan bandar. Fasa ketiga 99

pula dari 2001 hingga ke hari ini, yang memberi fokus kepada agenda mengukuhkan pengurusan konflik dan memperkasakan kegiatan perantaraan dalam kegiatan komuniti (Abdul Rahman, 2014: 179). Menurut Ramli Awang (2003: 3) asas dalam membentuk perpaduan dalam masyarakat adalah dengan saling memahami antara satu sama lain. Kefahaman ini menjadi asas dalam membentuk perpaduan. Memahami akan kebudayaan sesuatu kaum juga memahami dan menghormati pegangan dalam sesuatu agama. Selain itu, berlapang dada dan saling bertimbang rasa. Asas ini akan lahir dari jiwa yang memahami erti sebenar nilai kemanusiaan. Tambahan lagi, sikap saling tolong-menolong sesama masyarakat adalah antara asas yang perlu ada dalam mengekalkan keutuhan perpaduan. Perlu dinyatakan di sini bahawa, untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat, aspek yang perlu dilihat adalah dari segi dalaman dan juga luaran. Aspek dalaman ialah tindakan dan amalan yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah masyarakat. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memelihara perpaduan dan segala-galanya bermula pada diri sendiri, anggota keluarga dan seterusnya pada masyarakat. Aspek luaran pula adalah perkara yang boleh menggugat perpaduan pada anggota masyarakat (Ramli Awang, 2003: 4). Pandangan Islam pula menurut al-quran dari surah al-hujurat ayat 13, manusia itu terbahagi kepada pelbagai bangsa, puak dan keluarga dan manusia itu tetap berasal dari satu keturunan sahaja. Berteraskan idea kesatuan (tauhid) dari sudut keturunan dan kejadian yang ditanamkan kepada seluruh umat manusia di sinilah lahirnya kesatuan dan kesepaduan antara umat manusia. Prinsip ini bukan satu teori tapi satu kenyataan kerana dengan mengamalkan prinsip tersebut akan terserlah persamaan di kalangan semua lapisan masyarakat manusia kerana kelebihan manusia bukan terletak pada keturunan, mahupun bangsa tapi kelebihan mereka adalah sejauh mana kepatuhan individu itu terhadap perintah Penciptanya. Bukan itu sahaja prinsip ini juga telah berjaya menghapuskan segala kecacatan yang berbentuk diskriminasi, perbezaan ras, warna kulit dan bahasa. Asas kepada perpaduan Islam adalah Al- Quran dan Sunah, atas sebab itu Islam menganjurkan umatnya untuk memahami dan mengamalkan isi kandungan kitab suci Al-Quran, hanya dengan berpandukan kepada al- Quran sahaja manusia dapat menikmati konsep perpaduan sebenar (Ramli Awang, 2003: 18) 100

Menelusuri Makna NGO Perkataan NGO merupakan singkatan dari Non Government Organization. Merujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Non bermaksud bukan dan Government membawa maksud kerajaan atau pun pemerintah (Joyce M. Hawkins: 141). Organization pula membawa maksud organisasi atau pertubuhan, dengan itu Non Government Organization bermaksud Pertubuhan Bukan Kerajaan. Selain itu, ciri penting NGO adalah ia merupakan badan organisasi yang tidak mempunyai kepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan perkhidmatan mahupun memantapkan sesuatu polisi awam (Margeret P. Karns, Encylopedia Britannica). NGO Islam pula adalah merujuk kepada NGO yang menjalankan aktiviti berteraskan prinsip-prinsip Islam (Ros Aiza Mohd Mokhtar et.al., 2017) NGO Islam sebagai Agen Perpaduan Muhammad Abu Bakar (1987: 81) menganalisis peranan umat Islam dalam agenda perpaduan nasional melalui artikelnya yang bertajuk Islam, Etnisiti dan Integrasi Nasional, Beliau mengkaji pertubuhan dan parti politik yang ingin menonjolkan peranan Islam dalam memupuk perpaduan nasional. Antara pertubuhan yang membawa agenda tersebut ialah ABIM, PAS, dan juga beberapa pemimpin UMNO berserta slogan mereka yang menunjukkan bahawa perpaduan mampu memupuk keamanan dan keharmonian. Slogan yang di bawa oleh ABIM (1976) adalah Islam sebagai Penyelesaian kepada Masalah Masyarakat Majmuk PAS pula membawa slogan Islam Agama Universal. Menurut mereka apabila sudah menerima Islam, maka masalah perpaduan tidak akan timbul lagi kerana penerimaan undang-undang Islam dan pendekatan Islam boleh diterima umum untuk perpaduan kerana Islam membawa kebaikan kepada semua pihak. Secara keseluruhannya Islam mengajak manusia untuk mengamalkan dan menghayati kitab suci al- Quran, dan dengan memahami dan mengamalkan apa yang dituntut dalam al-quran, maka manusia mampu menikmati nilai perpaduan yang sebenar. 101

Namun untuk mendapat impak maksima dalam mengamalkan isi yang terkandung dalam al-quran untuk mencapai perpaduan mempunyai cabarannya juga. Menurut Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya Dilema Melayu-Islam (2008) perpaduan antara Melayu muslim di negara ini terhalang kerana sesetengah pihak taksub kepada kepartian dan berkumpulan. Mereka juga membesarkan perbezaan dan tidak jujur dalam bersatu. Berdasarkan dapatan kajian Mohd Ridhuan Tee (2010), integrasi kaum di Malaysia agak bersifat negatif kerana setiap kaum lebih bersifat perkauman. Latar belakang setiap kaum seperti sejarah pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kuat mencengam budaya politik setiap kaum dan secara tidak langsung setiap kaum hanya memperjuangkan kepentingan masing-masing. Oleh yang demikian kehadiran NGO Islam yang bersikap sederhana amat dialualukan kerana diyakini dapat membawa masyarakat ke arah interaksi yang positif. USIA dan ABIM merupakan dua NGO Islam yang telah lama bertapak di Sabah serta menyumbang kepada agenda perpaduan dalam kalangan masyarakat. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif, di mana borang soal selidik telah digunakan untuk pengumpulan data. Seramai 40 orang responden terlibat dalam kajian ini, iaitu 20 orang dalam kalangan ahli NGO Islam itu sendiri, dan 20 orang lagi terdiri daripada peserta yang pernah mengikuti program yang dianjurkan oleh NGO Islam tersebut. Kajian ini dilakukan di Kota Kinabalu, Sabah dengan menumpukan pada dua NGO Islam yang utama di Sabah iaitu USIA dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sampel dan analisis hanya diukur dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Teknik statistik deskriptif yang digunakan ialah mod, skor min, peratusan (%) dan kekerapan (F) yang dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah dan histogram (Cohen, Manion & Morrison, 2011). Soal selidik yang direka mengandungi dua bahagian utama, pertama, sebagai penyampai maklumat demografi responden iaitu memberikan maklumat tentang individu atau ciri-ciri kumpulan seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan, agama dan sebagainya. Kedua, bertujuan untuk memberikan maklumat dalam bentuk pengukuran pemboleh ubah (variable) sama ada individu atau kumpulan (Cohen, Manion & Morrison, 102

2011). Soalan-soalan dibentuk menggunakan konstruk utama yang diambil daripada Teori Kesepaduan Sosial oleh Wolley (1998) yang memberi tumpuan kepada memupuk perpaduan masyarakat. Lima Skala Likert telah digunakan sebagai kayu ukur bermula daripada sangat bersetuju (5) hingga sangat tidak setuju (1) terhadap kenyataan yang diberikan. Profil Responden Jadual 1: Demografi Responden Profil Kategori Bilangan Peratus Kategori NGO USIA ABIM (Sabah) 20 Orang 20 Orang 50% 50% Umur Kurang dari 20 Tahun 20 Tahun- 29 Tahun 30 Tahun- 39 Tahun 40 Tahun- 49 Tahun 50 Tahun- 59 Tahun Orang 17 Orang 5 Orang 5 Orang 30% 4 1 1 Jantina Lelaki Perempuan 22 Orang 18 Orang 55% 45% Kaum/Etnik Kadazan Dusun Bajau Murut Kedayan Iranun Lundayeh Melayu Melayu Brunei Bugis Lain-lain 2 Orang Orang 5 Orang 2 Orang 2 Orang 6 Orang 7 Orang 5% 30% 1 5% 5% 15% 17.5% Agama Islam 40 Orang 100% Sektor Pekerjaan Kerajaan Swasta Sendiri NGO 18 Orang 6 Orang 8 Orang 8 Orang 45% 15% 20% 20% Status Pekerjaan Bekerja Tidak Bekerja Sedang Belajar Lain-lain 34 Orang 2 Orang 3 Orang 85% 5% 7.5% Pendapatan Individu Bawah 1,000 1,000-2,999 3,000-4,999 10,000 ke atas Orang 20 Orang 7 Orang 30% 50% 17.5% 103

Status Bujang 16 Orang 40% Perkahwinan Berkahwin 24 Orang 60% Tahap Pendidikan Tidak bersekolah PMR/SRP/LCE/SRA SPM/MCE/SC/ O STPM/HSC/A Diploma Ijazah Sarjana Ph.D 2 Orang 1 6 Orang 8 Orang 10 Orang 5% 15% 20% 25% Dapatan Kajian Jadual 2: Peranan NGO Islam di Sabah dalam Isu Perpaduan Nasional. ITEM PERNYATAAN Sangat Tidak Setuju 1 NGO ini berusaha menyampaikan dasar-dasar Negara demi meningkatkan perpaduan nasional 2 NGO ini berusaha member kesedaran tentang tanggungjawab masyarakat dalam program perpaduan nasional 3 NGO ini berusaha memastikan penglibatan ahli dalam program perpaduan nasional 4 NGO ini terlibat secara aktif dalam program perpaduan nasional anjuran kerajaan 5 NGO ini menggunakan pendekatan atas-bawah (top down) dalam merencana program perpaduan nasional Tidak Setuju Agak Setuju 0% 0% 10 25.0% 0% 0% 11 0% 1 0% 2 5.0% 0% 3 7.5% 10 25.0% 14 17 4 Setuju 10 25.0% 14 10 25.0% 7 17.5% Sangat Setuju 20 50.0% 17 4 15 37.5% 14 13 3 MEAN 4.25 4.15 4.08 3.90 3.75 6 NGO ini menggunakan pendekatan bawah-atas (bottom up) dalam merencana program perpaduan nasional 0% 4 16 40.0% 8 20.0% 3.70 7 NGO ini menggunakan pendekatan kerjasama bestari (smart partnership)dalam merencana program perpaduan nasional. 8 NGO ini berusaha mendapatkan sokongan moral agensi awam untuk melaksanakan program perpaduan nasional. 0% 4 0% 0% 11 17 4 3.80 4.13 104

9 NGO ini berusaha mendapatkan sokongan kewangan daripada agensi awam untuk melaksanakan program perpaduan nasional. 10 NGO ini berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi awam untuk melaksanakan program perpaduan nasional 11 NGO ini berusaha mendapatkan khidmat kepakaran (penceramah bertauliah, pakar rujuk) daripada agensi awam untuk melaksanakan program perpaduan nasional. NGO ini mempromosi program perpaduan nasional secara bersemuka. 13 NGO ini mempromosikan program perpaduan nasional melalui media sosial (conh:laman web, emel, facebook, instagram,tweeter,whatsaap,we chat dan lain-lain.) 14 NGO ini mempromosikan program perpaduan nasional secara iklan bertulis. (contoh: akhbar, majalah, artikel, dll.) 0% 1 13 3 0% 0% 14 0% 0% 0% 4 0% 4 1 4 11 11 9 2 15 37.5% 11 8 20.0% 8 20.0% 7 17.5% 9 2 11 15 37.5% 20 50.0% 17 4 18 45.0% 17 4 3.90 4.03 4.20 3.95 3.98 3.93 15 NGO ini mempromosikan program perpaduan nasional melalui media (contoh dan televisyen) 1 4 14 7 17.5% 14 3.73 16 NGO ini menerima pandangan daripada ahli rukun tetangga dalam merencana program perpaduan nasional 1 4 14 9 2 3.68 17 NGO ini menerima pandangan daripada PIBG dalam merencana program perpaduan nasional. 18 NGO ini menerima pandangan daripada institusi pendidikan dalam merencana program perpaduan nasional 0% 3 7.5% 0% 1 16 40.0% 16 40.0% 9 2 8 20.0% 15 37.5% 3.75 3.93 105

Perbincangan Kajian ini telah dilakukan ke atas dua NGO Islam di Kota Kinabalu iaitu ABIM dan USIA. Responden pada setiap NGO ini diambil seramai 20 orang dari setiap NGO, iaitu 10 orang ahli dan 10 orang lagi bukan ahli dan jumlah keseluruhan adalah 40 orang. Bagi menjawab peranan NGO Islam terhadap isu perpaduan, analisa peratusan digunakan. Kajian ini mendapati bahawa peranan NGO Islam di Sabah memberi komitmen yang tinggi dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Sabah. Lapan belas item merangkumi peranan NGO Islam menunjukkan skor min adalah antara 3.68 sehingga 4.25. Skor min yang paling tinggi adalah item yang pertama iaitu NGO ini berusaha menyampaikan dasar-dasar negara demi meningkatkan perpaduan. Item ini mencatatkan skor min 4.25. Hal ini menunjukkan responden amat bersetuju bahawa NGO Islam berperanan dalam membantu kerajaan untuk menyampaikan dasar dasar perpaduan kepada masyarakat. Hal ini sedikit sebanyak telah ruang kepada kita untuk melihat perpaduan masyarakat bertapak dengan lebih kukuh di negara ini. Secara tidak langsung ia menjadi bukti bahawa tanggapan bahawa kepentingan etnik adalah segala-galanya bagi kaum-kaum yang ada di negara ini berbanding kepentingan nasional (Ridhuan Tee, 2010), masih boleh diperdebatkan. Bagi item kedua iaitu NGO ini berusaha memberi kesedaran tentang tanggungjawab masyarakat dalam program perpaduan nasional, skor min yang dicatatkan ialah 4.15, yang juga tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa NGO Islam memainkan peranan dalam memberikan kesedaran tentang tanggungjawab masyarakat dalam program perpaduan nasional. Hal ini sangat baik di mana sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh kerajaan dapat dibantu oleh NGO berkenaan. Justeru amat wajar sekali NGO seperti ini disokong oleh kerajaan, sebagaimana sokongan yang diterima oleh NGO seperti PERKIM (Nur A thiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao, 20). Apa yang pasti, sokongan kerajaan khususnya dalam hal kewangan akan menggalakkan lagi penganjuran programprogram yang memberi manfaat besar kepada masyarakat dan negara, terutamanya dalam aspek perpaduan. Manakala skor min yang paling rendah pula adalah item NGO ini menerima pandangan daripada ahli rukun tetangga dalam merencana program perpaduan nasional 106

(3.68). Kebarangkalian ini berlaku mungkin disebabkan kerjasama di antara rukun tetangga kurang melaksanakan program bersama. Seharusnya NGO Islam berperanan mewujudkan suasana perpaduan seperti apa yang telah dikatakan oleh Abdul Salam (2014: 86) agama mempunyai tempat utama dalam pembentukan perpaduan nasional kerana setiap orang mempunyai agama yang dianuti dan diamalkan. Jadi tidak menjadi satu masalah untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak meskipun bukan dari NGO Islam. Menurut Ishak Saat (2014: 207) Malaysia terdedah kepada kegiatan yang boleh mengganggu perpaduan dan keselamatan Negara, kerana terlalu taksub dengan kepada pemimpin atau kumpulan politik mereka menimbulkan isu sensitif untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati. Perkara ini juga berlaku di negeri Sabah. Dengan itu NGO hendaklah menjadi penggerak dan berperanan untuk menyumbang kepada keutuhan perpaduan di Sabah. Kesimpulan Pelaksanaan program berkumpulan sebagaimana yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan seperti ini secara tidak langsung telah membantu kerajaan untuk mempromosikan usaha ke arah perpaduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini bertepatan dengan konsep kesatuan dalam kepelbagaian yang dijadikan acuan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Usaha yang dijalankan oleh pihak NGO Islam, khususnya yang membawa kepada interaksi positif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum merupakan sumbangan yang penting. Apatah lagi sekiranya NGO Islam tersebut berusaha membawa agenda penyatupaduan tanpa dibatasi oleh sempadan kaum, etnik dan agama. Hal ini sudah semestinya dapat meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat. Usaha seperti ini perlu sentiasa disokong dan dihidupkan tanpa pandangan yang prejudis agar semua pihak dapat terlibat secara aktif dalam membawa agenda perpaduan di tengah masyarakat. NGO Islam juga disarankan agar menjadikan perpaduan sebagai tema dan objektif utama dalam setiap program dan aktiviti agar semangat perpaduan tersebut dapat disemai dan diperluaskan kepada seluruh masyarakat. Dengan tekad dan semangat yang kuat, akhirnya segala cabaran yang wujud dalam masyarakat dapat diatasi dengan baik dan berhemah. 107

Penghargaan Penulis merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang telah membiayai kajian ini melalui Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) di bawah projek GL00151.. Rujukan Abdul Rahman Abdul Aziz. 2014. Konsep Perpaduan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Majlis Profesor Negara dengan kerjasama Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Abdul Salam. 2014. Perlukah dialog antara Islam & Kristian? Dakwah (24/14). pp. 16-20. ISSN 06-5938 Abu Dzarin Taharem. 2004. Cetusan Minda. Penerbitan Minda Ikhwan, Selangor Darul Ihsan. Ahmad Tarmizi Talib (et.al). 2013. Toleransi Sosio-Agama di Sabah dan Sarawak (LaporanPenyelidikan, Universiti Putra Malaysia) Belia.org.my France Wooley (1998). Social Cohesion and Voluntary Activity: Making Connections. Centre for the Study of Living Standards, Conference on the State of Living Standards and the Quality of Life in Canada. October 30-31, Ontario. Ishak Saat, Nabir Hj Abdullah & Adnan Jusoh.2014. Perpaduan Malaysia Tanggungjawab Bersama. Majlis Profesor Negara dengan kerjasama Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Joyce M. Hawkins. 1999. Oxford English Dictionary. Oxford University Press Kamus Dewan, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Louis Cohen, Lawrence Manion & Keith Morrison (2011). Research Method in Education. Edisi ke-7. London & New York: Routledge. Margaret P. Karns, Encylopedia Britannica. /www.britannica.com/contributor/margaret-p- Karns/66 Mohd Ridhuan Tee. 2010. Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61-84. ISSN 1985-6830 Muhammad Abu Bakar. 1987. Penghayatan Sebuah Ideal: Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 108

Nur A thiroh Masyaa il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao. 20. Program Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Satu Tinjauan Dari Segi Pendidikan. Proceeding International Conference on Research in Islamic and Arabic Education. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Pahrol Mohamad Juoi. 2008. Dilema Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Ramli Awang. 2013. Islam Alternatif Perpaduan Sejagat. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Takzim. Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Aiedah Abdul Khalek, Sarjit S. Gill & Ahmad Tarmizi Talib. 2017. Penerapan Elemen Perpaduan Masyarakat dalam Program NGO di Sabah: Satu Tinjauan Awal. Dlm. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 2). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). ISBN: 978-967-0850-96-2. p. 42-49. Shamsul Amri Baharuddin, Ucaptama COSNA: 2014 Shamsul Amri Baharuddin. 1990. Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 109