PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

STATISTIK KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA : SATU ANALISIS

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

TEKANAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN DAN PENYELESAIANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Amalan Pengurusan Pekerja Kurang Upaya dalam Sesebuah Organisasi Berdasarkan Undang-undang di Malaysia

APLIKASI PRINSIP KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KES HADANAH

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MENGANDUNG ANAK TAK SAH TARAF: KAJIAN KES DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Transcription:

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI DR FARAH NINI DUSUKI FAKULTI UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI MALAYA SEMINAR UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM: PERKAHWINAN LUAR SEMPADAN DAN PERKAHWINAN KANAK-KANAK, 28 NOVEMBER 2018 ANJURAN: MAJLIS DAKWAH NEGARA, YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA & UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SKOP PEMBENTANGAN KERTAS KERJA TAKRIFAN PERKAHWINAN KANAK-KANAK DAN JENIS-JENIS PERKAHWINAN KEDUDUKAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG LATARBELAKANG FENOMENA HINGGA MEMBAWA KEPADA PERMASALAHAN KAJIAN-KAJIAN PERINGKAT NASIONAL YANG PERNAH DIBUAT FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA FENOMENA PERKEMBANGAN MASA KINI ARAH MASA HADAPAN

PERKAHWINAN 3 KANAK-KANAK merujuk kepada suatu ikatan yang sah (menurut undang-undang) atau secara adat di antara dua individu di mana salah seorang atau kedua-dua pasangan berusia di bawah 18 tahun

4 3 JENIS PERKAHWINAN BAWAH UMUR DI MALAYSIA TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG: ISLAM Enakmen Keluarga Islam@ Akta Undang-Undang Keluarga Islam SIVIL ADAT Akta Pembaharuan (Perkahwinan & Perceraian) 1976 Pelbagai undang-undang adat orang asal: Iban, Bidayuh, Penan, Orang Ulu dll

KEDUDUKAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG

6 KERANGKA PERUNDANGAN ANTARABANGSA The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) menyatakan bahawa perkahwinan mesti dimasuki hanya dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak yang bercadang untuk berkahwin Konvensyen Persetujuan untuk Perkahwinan, Umur Minimum untuk Perkahwinan dan Pendaftaran Perkahwinan, 1962 selanjutnya telah menetapkan bahawa Negara-negara mesti mengambil tindakan perundangan untuk menetapkan umur minimum untuk perkahwinan

7 KERANGKA PERUNDANGAN ANTARABANGSA Sebagai pelindungan tambahan bagi kanak-kanak, Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menyatakan: "Pertunangan dan Perkahwinan seorang kanak-kanak tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang, dan tindakan yang bersesuaian, termasuk perundangan, hendaklah diambil untuk menentukan umur minimum untuk berkahwin..... "

8 KANAK-KANAK ISLAM Peruntukan Undang-Undang (Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri/ Akta Wilayah Persekutuan) Seksyen 8: Perkahwinan tidak boleh dilakukan sekiranya seseorang itu berusia kurang daripada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan kecuali dengan kebenaran Hakim Syariah. Negeri Selangor telah meminda Enakmen mereka pada 24 Ogos 2018 dengan menaikkan usia 16 kepada 18 kepada kanak-kanak perempuan yang ingin memohon untuk berkahwin *Pindaan-pindaan yang terbabit akan dibincang kemudian KESAN Kanak-kanak lelaki bawah 18 tahun dan kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun boleh berahwin dengan izin Mahkamah Syariah di dalam keadaan-keadaan tertentu (bagi negeri Selangor usia bagi kedua-duanya adalah 18 tahun) TIADA HAD UMUR MINIMA untuk memohon

9 KANAK-KANAK BUKAN ISLAM YANG BERKAHWIN SECARA UNDANG-UNDANG SIVIL Peruntukan Undang-Undang (Akta Pembaharuan (Perkahwinan & Perceraian) 1976 KESAN Section 10: Any marriage purported to be solemnised in Malaysia shall be v oid if at the date of the marriage either party is under the age of 18 years unless, for a female who has completed her 16 th year, the solemnisation of such marriage was authorised by a license granted by the Chief Minister under subsection 21(2) Perkahwinan tidak sah sama sekali sekiranya kanak-kanak lelaki di bawah usia 18 tahun tetapi sekiranya kanak-kanak perempuan sudah mencapai 16 tahun, permohonan untuk berkahwin boleh dibuat kepada Ketua Menteri 16-21 tahun perlu kebenaran bapa bagi anak sah taraf dan dari ibu bagi yang tak sah taraf Perkahwinan adalah tidah sah sama sekali sekiranya kanak-kanak berusia bawah 16 tahun

10 PERKAHWINAN MENURUT ADAT Undang-Undang Adat Negeri Tiada had umur tertentu yang diperuntukkan namun perkahwinan bawah umur boleh dirasmikan oleh Penghulu masing-masing dengan keizinan ibubapa KESAN Dengan ketiadaan sebarang had umur, mana-mana kanak-kanak tidak kira usia boleh berkahwin dan syarat perundangan yang dikenakan hanya: (i) Keizinan ibubapa; dan (ii) Pengesahan Penghulu

11 Golongan bukan Islam di Sabah dan Sarawak boleh memilih Sama ada untuk berkahwin secara sivil atau adat. Ini lebih ketara di Sabah dan Sarawak dari di Semenanjung Di Sarawak, sijil perkahwinan atau perceraian akan dikeluarkan sama ada oleh Penghulu, (bagi Iban, Bidayuh & Kayan-Kenyah) atau Penghulu, Pemancha & Temenggung (bagi Bisaya & Lun Bawang). Perkahwinan adat di Sarawak adalah berbentuk monogami

12 Syarat-syarat perkahwinan adat di Sarawak (a) Kedua-duanya adalah orang asli/asal Sarawak yang mempunyai (IC) or MyKad Sarawak atau; (b) salah seorang adalah orang asal Sarawak dan seorang tidak tetapi kedua-duanya mesti mempunyai IC atau MYKad Sarawak. (c) Semua perkahwinan adat di Sarawak akan didaftarkan menggunakan online Native Marriage Electronic System (NAMES) setelah smeua syarat-syarat dipenuhi. (d) Selepas perkahwinan dilaksanakan secara adat, Penghulu akan mengeluarkan Sijil Perkahwinan (Surat Tikah) selepas notis satu bulan

13 Tahap umur minima tidak diperuntukkan di bawah undang-undang Adat di Sarawak, bermakna kanak-kanak berusia semuda mana sekalipun boleh berkahwin tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Bagi gadis berusia bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun, satu Surat Keizinan mesti diperolehi daripada ibu/bapa atau penjaga sebelum sijil perkahwinan boleh dikeluarkan; dan Dua saksi mesti hadir semasa pendaftaran, salah seorang adalah Tuai Rumah atau Tua Kampung yang merupakan Penghulu di mana perkahwinan telah berlangsung dan seorang lagi seorang dewasa yang hadir semasa perkahwinan

LATARBELAKANG FENOMENA Perkahwinan bawah umur bukan merupakan fenomena yang baru malah merupakan suatu kelaziman di zaman dahulu (pra dan pasca awal kemerdekaan) di mana kemudahan pelajaran kepada golongan kanakkanak perempuan terutamanya, adalah lebih terhad berbanding kanakkanak lelaki Ibu-ibu Mithali yang diberi anugerah oleh YADIM contohnya ramai yang berkahwin di bawah umur dan mempunyai ramai anak yang berjaya Namun dengan peningkatan pendidikan kepada anak-anak perempuan dan selaras dengan penigkatan ekonomi dan kemodenan, fenomena ini semakin berkuranggan sehinggalah dalam 10 tahun kebelakangan ini kita disedarkan tentang kejadian perkahwinan bawah umur merupakan suatu permasalahan yang mungkin menggugat kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak

15 LATARBELAKANG PERMASALAHAN Perkahwinan kanak-kanak mula menimbulkan suatu kebimbangan di kalangan masyarakat pada tahun 2010 apabila media massa melaporkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikahwinkan dengan seorang lelaki berusia 40 tahun oleh bapanya sendiri di Kelantan. Mujur perkahwinan tersebut telah difaraqkan atas permohonan ibunya sendiri tetapi telah mengejutkan ramai orang tentang kejadian tersebut.

16 LATARBELAKANG PERMASALAHAN Kemudian pada tahun yang sama seorang gadis berusia 14 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 21 tahun dan merupakan sebahagian daripada satu majlis perkahwinan besar-besaran yang telah disensasikan oleh media. Walaupun kebenaran untuk berkahwin telah diperolehi dengan sewajarnya daripada Mahkamah Syariah, ia mengundang rasa tidak puas hati dan keresahan mengenai perkahwinan pada usia semuda itu.

17 LATARBELAKANG PERMASALAHAN Lebih membimbangkan, data yang dikumpulkan bagi saringan HIV pra-perkahwinan yang wajib bagi umat Islam mendedahkan bahawa pada tahun 2009, 477 kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 tahun adalah sebahagian daripada pemeriksaan dan dua daripada mereka adalah lebih kurang dari umur 10 Statistik ini menjadi viral di media (sehingga ia diturunkan) dan mendorong beberapa perbahasan mengenai kewajaran perkahwinan kanak-kanak di media massa

18 KAJIAN-KAJIAN MENGENAI PERKAHWINAN KANAK-KANAK Satu siri kajian telah ditauliahkan oleh UNICEF kepada Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA), USM pada 2012 dan 2014 Pelantikan satu Pasukan Petugas Jangka Pendek Perkahwinan Kanak-Kanak, oleh Majlis Penyelaras Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-kanak pada Mei- November 2013 (dipengerusikan oleh Prof. Dato Noor Aziah Mohd Awal dan dianggotai oleh ahli-ahli dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi yang terlibat). Pelantikan ini dibuat sejurus selepas berlakunya kes di Kota Kinabalu

19 KAJIAN-KAJIAN MENGENAI PERKAHWINAN KANAK-KANAK Majlis Pembangunan Sosial Sarawak menjalankan satu kajian mendalam mengenai kes-kes perkahwinan bawah umur di kalangan umat Islam di Sarawak di antara tahun 2006 hingga 2011 pada bulan Ogos 2011 Kajian ini merupakan salah satu kesan kepada kajian MPSS yang lebih awal di Sarawak bertajuk Perceraian di Sarawak, yang mengenal pasti bahawa perkahwinan di bawah umur, di antara yang berumur 13 hingga 17 tahun merupakan salah satu daripada punca-punca perceraian Kajian yang berskala paling besar adalah kajian yang dibuat oleh Dr Al Adib Samuri dari Fakulti Syariah UKM dan Prof Dato Noor Aziah Mohd AwaL, FUU UKM di bawah tajaan UNICEF pada tahun 2016-2017. Paling terkini adalah kajian oleh Sisters in Islam yang diterbitkan pada 2018.

Hasil kajian Unicef oleh Penyelidik UKM: Kajian terhadap fail di Mahkamah Syariah dan Temubual Dalam kajian ini mereka telah : (a)menganalisa isi 2143 fail kes-kes di 7 buah negeri di Malaysia (b)menemubual 19 Hakim Mahkamah Syariah dan Pegawai mahkamah. (c) Menemubual 140 orang kanak-kanak yang berkahwin di bawah umur perkahwinan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA FENOMENA (dapatan kajian UNICEF 2016-2017) 1. LATARBELAKANG EKONOMI KELUARGA YANG RENDAH Majoriti kanak-kanak yang berkahwin datang dari keluarga yang ibubapanya berpendapatan antara RM300-RM2000 sebulan. Keadaan keluarga banyak mempengaruhi pasangan untuk berkahwin selepas mereka berhenti sekolah. Ada ibubapa yang menumpang rahmat selepas mengahwinkan anak-anak perempuan mereka terutama jika menantu lelaki mereka bekerja. Ada anak-anak yang memberi wang kepada keluarga selepas mereka berkahwin and mereka mendapat pekerjaan yang membuktikan keluarga mereka memerlukan bantuan mereka. 2. SKIL KEIBUBAPAAN YANG TIDAK EFEKTIF Kurang komunikasi dan pemantuan ibubapa terhadap anak-anak terutama bagi anakanak yang telah mula melakukan hubungan seksual. Ibubapa tidak tahu langkah berkesan yang patut diambil sebagai tindakbalas kepada isu seksual dan reproduktif kanak-kanak

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA FENOMENA (dapatan kajian UNICEF 2016-2017) 3. KANAK-KANAK TELAH BERHENTI SEKOLAH : (a) Majoriti Kanak-kanak terutama perempuan telah berhenti sekolah setahun atau dua tahun sebelum berkahwin. Perkahwinan bukan sebab mereka berhenti sekolah tetapi keterlibatan dengan seks luarnikah. (b) Sebab utama ialah keluarga tidak mampu menghantar mereka ke sekolah dan mereka terpaksa mencari kerja, tiada akses kepada sekolah (sekolah jauh), pengalaman belajar yang menakutkan, hamil dan merasakan tiada potensi masa depan dalam akademik.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA FENOMENA (dapatan kajian UNICEF 2016-2017) 4. Isu seksual dan kesihatan reproduktif : Kebanyakan kanak-kanak telah melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka tanpa mengetahui kesan perbuatan tersebut. Mereka juga tiada ilmu mengenai hubungan seks yang selamat yang menyebabkan mereka menjadi hamil sebaik saja selepas mengadakan hubungan seks Kehamilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka ingin berkahwin selain dari mereka ingin mendapat manfaat dan pengiktirafan dari segi perundangan yang boleh diperolehi melalui perkahwinan. Pelindungan undang-undang seperti hak-hak dalam perkahwinan, status kesahtarafan anak, dan perlindungan untuk tidak didakwa kerana merogol. Menurut kanak-kanak mereka mesti BERTANGGUNGJAWAB UNTUK BERKAHWIN selepas mengadakan hubungan seks tanpa nikah

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA FENOMENA (dapatan kajian UNICEF 2016-2017) 5. FAKTOR PENDIDIKAN Separuh dari pemohon lelaki telah tamat SPM tetapi telah terlibat dengan hubungan seks luar nikah maka mereka terpaksa memohon untuk berkahwin sebelum mencapai 18 tahun. Ada 9 kes kanak-kanak dari sekolah agama yang memohon untuk berkahwin awal atau bawah umur walau pun mereka tidak terlibat dengan hubungan seks luar nikah. Mereka ingin berkahwin untuk menjaga diri daripada melakukan maksiat dan juga kerana motivasi agama (religious motivation)

Apakah yang dinilai oleh Mahkamah Syariah? 1. Mahkamah menilai kesediaan pemohon untuk kehidupan berumahtangga dan kemampuan mengadakan hubungan seksual. Ini dinilai 2. Alasan yang diberikan oleh mahkamah Syariah dalam membenarkan permohonan ialah: (i) Kemampuan menanggung nafkah keluarga (ii) Boleh menghafal ayat quran dan faham asas rukun Islam (iii) Mampu mengurus rumahtangga (iv) Sokongan keluarga selepas berkahwin 3. Kebenaran Mahkamah Syariah bagi perkahwinan kanak-kanak termasuk perkahwinan yang diatur keluarga, umur pasangan yang jauh berbeza, dan perkahwinan yang melibatkan warga asing.

Dari 2143 fail kes : 10 permohonan ditolak kerana : (i) sambungan Wujud paksaan (ii) Tiada persetujuan wali. (iii) Kurang pengetahuan ajaran Islam (iv) Tidak bekerja bagi pemohon lelaki (v) Ada rekod jenayah 15 kes pemohon lelaki berusia antara 35 ke 58 tahun. Selebihnya pemohon lelaki berusia 25 tahun ke bawah. Jadi ada 15 kes yang beza umur yang besar antar alelaki dan perempuan. 67 kes melibatkan pertukaran agama iaitu pemelukan Islam 9 kes pemohon ingin berkahwin kerana alasan agama dan tidak terlibat dengan seks luar nikah.

Fakta mengenai Perceraian Dari 2011 sehingga October 2016 Terdapat 6,584 kes perkahwinan bawah 18 tahun. Terdapat 2479 kes perceraian bawah 18 tahun : Kelantan 459 (tertinggi) Sarawak 236

UNDANG-UNDANG ISLAM PERKEMBANGAN TERKINI? Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor telah meminda seksyen 8 bagi menaikkan umur minima kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun dan menambahbaik peruntukan-peruntukan bagi menetapkan syarat-syarat pemerhatian keadaan sosial ekonomi pemohon serta laporan kesihatan yang komprehensif (kesihatan mental & reproduktif) JKSM telah mengeluarkan SOP yang terperinci dan mula berkuatkuasa sejak Ogos 2018 yang lepas UNDANG-UNDANG SIVIL UNDANG-UNDANG ADAT Usaha sedang digiatkan bagi meningkatkan usia kanak-kanak perempuan 16 tahun kepada 18 tahun sebagai usia minima bagi berkahwin Tiada laporan rasmi tentang sebarang perubahan buat masa ini

SOP/Garispanduan JKSM-Pendengaran Kes a. Pendengaran kes dalam kamar b. Pemohon mesti hadir c. Pasangan, ibubapa hadir d. Pastikan umur bawah 16 tahun (sekarang jika diubah ke 18 tahun) e. Tujuan atau sebab ingin berkahwin f. Pemohon bersetuju (dengan rela hati) g. Persetujuan ibubapanya h. Wali mujbir anak perempuan bersetuju i. Latarbelakang keluarga pemohon j. Latar belakang bakal suami k. Adakah perkahwinan untuk kepentingan pemohon l. Persekolah pemohon m.kesihatan n. Kematangan o. Memahami konsep perkahwinan p. Sekufu q. Wali r. Laporan JKM s. Laporan KKM t. Laporan polis

Hasil Kajian Perkahwinan kanak-kanak untuk Unicef: Kedudukan Perkahwinan Kanak-kanak mengikut Islam 1. Mengikut ulama umur bukan syarat sah perkahwinan 2. Mengikut hukum Islam, kanak-kanak boleh dikahwinkan oleh walinya sebelum ia baligh jika dia telah dilihat sebagai bersedia untuk berkahwin secara fizikal. 3. Majoriti ulama berpandangan jika dikahwinkan sebelum baligh, hanya boleh mengadakan hubungan seksual setelah kedua pasangan baligh dan matang. 4. Ulama sebulat suara bahawa kanak-kanak hanya boleh dikahwinkan untuk maslahatan/kepentingannya dan bukan kepentingan walinya atau penjaganya. 5. Perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Aishah adalah pernikahan yang khas dan melalui wahyu dan hanya untuk Nabi saw.

ARAH MASA HADAPAN? Perlu ada suatu plan tindakan bersepadu lengkap dengan jangkamasajangkamasa yang jelas bagi menetapkan: 1. Pemahaman jitu kepada nilai agama dan budaya yang berasaskan nilai dan bukannya bentuk semata-mata (substance over form) 2. Akses kepada Pendidikan terhadap semua kanak-kanak agar mereka tidak keciciran dan terlibat di dalam kancah moral lantas membawa kepada fenomena perkahwinan kanak-kanak; 3. Pendidikan kesihatan reproduktif yang berstruktur dan berkesan bagi memperkasakan kanak-kanak untuk menjaga diri mereka sendiri dengan lebih selamat; 4. Pendidikan kemahiran menjadi ibubapa di peringkat pra dan pasca perkahwinan