PENDEKATAN ISTITABAH MELALUI RUNDING CARA AKIDAH DI JABATAN MUFTI SELANGOR DAN PERMASALAHAN BERKAITAN

Similar documents
KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PENGGUNAAN MODUL ISTITABAH DALAM MENGENDALIKAN KESALAHAN AKIDAH DI SELANGOR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERANAN DAN PELAKSANAAN RUNDING CARA KEKELUARGAAN: SATU KAJIAN DI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5 th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Transcription:

1038 PENDEKATAN ISTITABAH MELALUI RUNDING CARA AKIDAH DI JABATAN MUFTI SELANGOR DAN PERMASALAHAN BERKAITAN Zanariah Dimon,Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Nurulfathonah Mohd Effendy, Hamidi Abd. Ghani, Zulqarnain Hassan, Nordin Mat Piah & Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Kolej Islam Sultan Yahya Petra, Kelantan (KIAS) ABSTRAK Istitabah adalah satu proses memberi peluang untuk bertaubat bagi mereka yang melakukan kesalahan akidah seperti ajaran sesat dan murtad. Pendekatan yang digunakan sama ada melalui proses runding cara akidah atau menahan pesalah di pusat pemulihan akidah bagi tempoh tertentu. Proses runding cara akidah dikendalikan oleh pihak jabatan mufti di peringkat negeri khususnya bagi kes-kes permohonan keluar Islam. Walau bagaimanapun, pelbagai isu timbul dari segi kerelaan pemohon, kekangan panel perunding, isu-isu perundangan dan sebagainya. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjelaskan pengalaman Jabatan Mufti Selangor dalam mengendalikan proses runding cara akidah tersebut dan permasalahan berkaitan. Kajian telah dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan temubual separa struktur. Dapatan kajian menunjukkan runding cara akidah dapat membantu pemohon untuk kembali kepada ajaran Islam atau sekurang-kurangnya mempertimbangkan semula permohonan keluar Islam mereka di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan, kaedah tersebut perlu kepada penambahbaikan supaya prinsip maqasid syariah dalam aspek pemeliharaan agama di Malaysia dapat diutamakan. Kata kunci: Istitabah, runding cara akidah, pemeliharaan agama 1. Pendahuluan Istitabah menurut Maizatul et al. (t.th) membawa maksud taubat, apabila telah melakukan kesalahan atau mengingkari perintah Allah s.w.t. Taubat bermaksud menyesali dan menginsafi perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat yang telah dilakukan. Kemudian memohon keampunan dari Allah s.w.t dan berjanji bahawa tidak akan mengulangi perbuatan itu kembali. Manakala Wan Mohd Fazrul et al. (2013) menyatakan perkataan istitabah membawa erti satu prosedur rasmi yang digunakan sebelum seseorang itu dijatuhkan hukuman had riddah dalam kesalahan yang melibatkan murtad. Ia merupakan satu anjuran atau proses memberi peluang untuk bertaubat bagi mereka yang melakukan kesalahan dari segi syarak khususnya berkaitan akidah. Kesalahan akidah yang dimaksudkan ialah kesalahan yang berkait penyelewengan ajaran Islam yang bertentangan dengan syariat seperti ajaran sesat, doktrin palsu, kesalahan yang berkait dengan murtad dan percubaan murtad. Pendekatan istitabah yang dijalankan adalah berbentuk rundingan dan khidmat nasihat akidah kepada pemohon untuk kembali menerima Islam sebagai agama dalam hidup. Rundingan akidah dilaksanakan sama ada secara sukarela atau dengan perintah mahkamah atau tahanan di pusat pemulihan akidah (Ashikin et. al 2017). Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai proses istitabah melalui kaedah runding cara akidah khususnya yang dilaksanakan di Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor. 278

2. Masalah Kajian Istitabah sangat penting untuk memastikan seseorang yang terlibat dengan kesalahan akidah dan murtad kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ini bertepatan dengan kaedah sadd aldhara i` dalam membanteras gejala riddah dan penyelewengan akidah. Ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam penghinaan terhadap agama Islam. Allah berfirman dalam surah al- Maidah ayat 85 yang bermaksud: Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan Dia di akhirat Termasuk orang-orang yang rugi. Agama Islam adalah sebuah agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Oleh itu, sebarang bentuk atau unsur-unsur yang membawa kepada penghinaan terhadap agama Islam akan menerima akibat daripada Allah s.w.t., sepertimana dalam surah al-baqarah ayat 19 iaitu: Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) diantara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab- Nya. Menurut Fazrul et. al (2013), istitabah bukan sahaja dapat mengelak kesan negatif dari segi moral pesalah akidah bahkan dapat mengelak kesan negatif dari segi keagamaan, kekeluargaan, harta, psikologi dan lain-lain lagi. Dengan perlaksanaan istitabah dapat memberi peluang kepada pesalah untuk diterima semula oleh masyarakat. Malah dapat membanteras gejala ini daripada merebak ke dalam masyarakat yang semakin maju ke hadapan. Persoalan akidah bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ia berkait maqasid shari`ah iaitu dalam aspek penjagaan agama (hifz al-din). Gejala kerosakan akidah seperti permohonan tukar agama atau murtad perlu dipandang serius dalam usaha memelihara akidah umat. Kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy (1997), Kamariah Ali (1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah sudah menjadi polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada umat Islam. Berdasarkan perundangan di Malaysia, terdapat perbezaan dari aspek prosedur penukaran agama atau permohonan murtad. Antaranya Sabah telah menetapkan dua hukuman untuk kesalahan keluar agama dalam Enakmen Kesalahan Jenayah. Pertama, Seksyen 55 Kesalahan Menghina Agama Islam dan akan dikenakan hukuman penjara atau RM 2000 atau keduaduanya (Jadual 1). Kedua, Seksyen 63 1995 Percubaan Murtad (Jadual 1) serta telah memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi orang Islam yang ingin keluar agama (Ashikin et. al 2016). Melaka turut menetapkan hukuman bagi mereka yang murtad pada Seksyen 66 Percubaan Murtad. Kedua-dua negeri memperuntukkan kesalahan tersebut sebagai jenayah syariah tetapi mengambil pendekatan yang berbeza iaitu pemohon ditahan di Pusat Bimbingan Islam tidak lebih daripada enam bulan untuk Melaka dan 36 bulan bagi tempoh di Sabah (Asyikin et. al 2016). Ia bertujuan untuk mendidik mereka kembali kepada Islam dan mengkehendaki mereka untuk bertaubat. Sekiranya pemohon bertaubat daripada kesalahan keluar agama 279

maka mereka akan dibebaskan. Akan tetapi Ashikin et. al (2016) menyatakan bahawa kajian lepas mendapati Pusat Bimbingan Islam di Sabah tidak pernah beroperasi walaupun undangundang ini wujud pada tahun 1995. Seterusnya Kelantan yang turut meletakkan hukuman sama dengan Melaka dan Sabah tetapi mempunyai perbezaan dari segi Enakmen Syariah. Bagi undang-undang Negeri Kelantan kesalahan murtad tidak termasuk dalam enakmen jenayah syariah dan tetap dikenakan hukuman bagi mereka yang memohon murtad iaitu pemohon akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Islam selama 36 bulan supaya mereka melalui proses runding cara serta dikehendaki untuk bertaubat (Ashikin et. al 2016). Setelah meneliti hukuman ketiga-tiga negeri ini, ia tidak memperincikan kaedah atau prosedur yang dilaksanakan. Negeri Sembilan telah memperuntukan undang-undang bagi mereka yang memohon keluar Islam atau pengesahan status agama dalam bentuk prosedur dan tatacara yang lebih khusus (Helwa. 2013). Pemohon perlu membuat permohonan keluar agama Islam di Mahkamah Tinggi Syariah serta ia ditangguhkan dan dirujuk kepada Jabatan Mufti bagi mengendalikan proses taubat. Selepas itu, pemohon perlu menghadiri sesi kaunseling dan nasihat untuk bertaubat dalam tempoh 90 hari. Kes ini akan ditamatkan sekiranya pemohon telah bertaubat dalam tempoh menjalani sesi kaunseling. Namun, jika pemohon tetap dengan pendiriannya untuk murtad maka pihak mahkamah akan memberikan tempoh satu tahun lagi untuk pemohon bertaubat (Zulkili et al. 2007). Tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam kesalahan akidah ini mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada gerakan yang cenderung kepada fahaman liberal. Kumpulan ini mengemukakan pelbagai bantahan atas slogan hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia khususnya bagi masyarakat Muslim. Antaranya, Islam Interfaith Commision (IRF) atau Inter Religious Centre (IFC), Kumpulan Artikel 11, Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) dan lain-lain. Mereka berpandangan para penganut agama Islam perlu diberi kebebasan beragama dan beramal mengikut kehendak tersendiri (Nazneen et al. 2017: 16). Malah terdapat usaha yang telah dilaksanakan oleh Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) dengan mengusulkan laporan COMANGO 2013 untuk semakan kedudukan Hak Asasi Manusia (HAM) di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan muktamad Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland pada tahun 2013. Antara kenyataan yang melibatkan penganut agama Islam dalam laporan tersebut adalah (COMANGO 2013): 10.1.5. In 2011 the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) raided Damansara Utama Methodist Church (DUMC) after receiving an anonymous tip that Muslims were attending a proselytization event; 10.1.6. There is no freedom of religion for Muslims of other sects as only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e.g., Shiite, are labelled as deviant and actions may be taken against them; and 10.1.9. The Malay translation of Allah, Liberty & Love was banned by the Home Minister. Religious officials arrested a Muslim bookstore manager and a Muslim director of a publishing house for distributing a publication contrary to Syariah law. Both have now been charged in the Syariah court. 280

Daripada sejumlah isu dan kes yang berlaku ini, ia memberi gambaran bahawa kesalahan akidah telah memberikan impak terhadap sosio perundangan di Malaysia. Justeru, tumpuan perlu diperkasakan terhadap mekanisme pengawalan dan pencegahan agar garis panduan yang jelas dan seragam dapat disediakan dalam berhadapan dengan fenomena ini. Berdasarkan amalan sedia ada, terdapat perbezaan keputusan mahkamah dalam berhadapan dengan kesalahan akidah iaitu sama ada pesalah dikenakan hukuman berbentuk denda, penjara atau sebatan atau dikenakan istitabah melalui kaedah ditahan di pusat pemulihan, melalui proses kaunseling atau tiada proses pemulihan dikenakan. Persoalannya, bagaimana amalan runding cara akidah dapat mengelakkan gejala murtad ini berterusan dalamm kalangan orang Islam. Apakah permasalahan yang berkaitan dengan proses tersebut? dan bagaimanakah modul pemulihan yang dilaksanakan bagi proses tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada pendekatan yang digunakan dalam proses istitabah dengan mengambil kira pelaksanaannya di Unit Rundingcara Akidah, Jabatan Mufti Selangor. 3. Metodologi Kajian Kajian ini adalah berkaitan runding cara akidah yang dilaksanakan di Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor (JMS) melalui kaedah kaunseling atau penasihatan akidah. Oleh itu bagi mencapai objektif kajian, pengkaji memilih reka bentuk kualitatif. Pengkaji memilih temubual separa struktur dengan kaedah bersemuka secara individu dengan informan kajian. Ia adalah format kaedah temu bual yang terletak di antara temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Penemubual menyoalkan beberapa soalan formal yang telah dibina sebelum sesi temu bual, malahan mempunyai kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden terhadap soalan yang telah ditanyakan (Chua. 2006). Fokus temubual adalah di sekitar objektif kajian iaitu mengenal pasti amalan istitabah yang dilaksanakan melalui kaedah runding cara atau penasihatan akidah. Dalam kertas kerja ini, data diperolehi melalui temubual separa struktur bersama Penolong Mufti, Jabatan Mufti Selangor. 4. Istitabah Melalui Runding Cara Akidah Kesalahan berkaitan permohonan keluar Islam atau percubaan keluar Islam di Mahkamah Syariah boleh berlaku melalui permohonan tukar agama, permohonan tukar nama Melayu- Islam, peminggiran cara hidup Islam oleh saudara baru dan permohonan tukar agama bagi saudara baru. Ini kerana Mahkamah Syariah sahaja yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau sebaliknya. (Mohd Azam Mohd Adil 2007). Proses yang perlu dilalui oleh pemohon murtad iaitu sesi kaunseling dan nasihat yang bertujuan untuk memujuk pemohon kekal dalam agama Islam dikenali sebagai istitabah. Setiap permohonan murtad perlu melalui Mahkamah Syariah dan diserahkan kepada Jabatan Mufti serta melalui Unit Runding Cara Akidah yang akan menguruskan proses kaunseling dan taubat pemohon (Ashikin et al. 2017). Unit Runding Cara Akidah yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan proses istitabah terhadap semua pemohon murtad dan menghantar laporan perkembangan pemohon. Menurut Ashikin et al. (2017) di Jabatan Mufti terdapat sesi runding cara akidah yang dilaksanakan oleh saudara baharu yang berdakwah dan sebangsa dengan pemohon untuk membantu Unit Runding Cara Akidah. Penyampaian ilmu agama Islam dan perbandingan agama oleh mereka yang pernah menganut agama lain sebelum memeluk Islam adalah lebih berkesan kerana penyampaiannya merangkumi pengetahuan tentang agama lain sebelum memeluk Islam (Ashikin et al. 2017). Berkenaan dengan keputusan permohonan murtad sama ada diluluskan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah. 281

Pada dasarnya, peluang untuk bertaubat hendaklah diberi kepada orang Islam yang murtad selaras dengan hak kebebasan beragama yang diberi kepada setiap individu. Oleh itu,menerusi prosedur yang ada di Negeri Sembilan, mahkamah akan memastikan pemohon menjalani proses kaunseling dan bimbingan akidah bagi tempoh sehingga setahun. Tujuan kaunseling tersebut adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab pemohon mahu keluar daripada agama Islam dan memberi bimbingan akidah yang berterusan khususnya kepada mualaf yang bermasalah. Tetapi seandainya setelah melalui sesi kaunseling tersebut, dan pemohon masih berdegil untuk keluar dari agama Islam, maka mahkamah dengan rasa berat hati terpaksa mengisytiharkan bahawa individu tersebut bukan seorang Islam. Ada juga kes mahkamah menolak permohonan menukar agama setelah menerima laporan kaunseling daripada Pegawai Pembimbing Akidah. Dalam kes Dalam kes Permohonan Rashidah Moideen, [kes mal bil 05100-043-0065-2007) Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah menolak permohonan keluar agama Islam daripada pemohon setelah berpuas hati dengan laporan Pegawai yang mengendalikan sesi rundingcara akidah sebanyak 10 kali dan mendapati pemohon mempunyai kefahaman yang baik dan jelas tentang Islam. Bezanya dengan Kelantan dan Melaka adalah, proses rundingcara atau bimbingan akidah ini dilaksanakan dengan perintah mahkamah tetapi pemohon tidak dikenakan tahanan. Proses berlaku secara sukarela dan dengan kehendak pemohon. Berbeza dengan peruntukan di Kelantan dan Melaka yang meletakkan proses runding cara dalam bentuk tahanan dengan perintah Mahkamah Syariah minima enam bulan (Melaka ) dan sehingga 36 bulan (Kelantan) di Pusat Bimbingan Akidah yang diwartakan. Setakat ini hanya terdapat satu pusat bimbingan akidah yang telah diwujudkan di negeri Selangor iaitu Pusat Pemurnian Akidah di Ulu Yam Bharu, Selangor. Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman merupakan pusat tahanan kepada pesalah akidah yang diperintahkan oleh Mahkamah Syariah bagi menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan yang berhubungan dengan akidah sama ada di Selangor atau negeri lain. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama ia turut menempatkan kes-kes sukarela setelah mendapat kebenaran Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (www.mais.gov.my. 27 Jun 2018) Bagi negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, P.Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Sarawak, tiada peruntukan kaunseling atau bimbingan akidah sebagai satu prosedural dalam undang-undang yang diperuntukkan. Keperluan kepada perkara tersebut sebenarnya adalah sangat mendesak bagi mengendalikan kes-kes yang melibatkan permohonan keluar agama sebagai satu kaedah mengawal dan menangani situasi tersebut. 5. Amalan Istitabah di Jabatan Mufti Selangor 5.1 Proses istitabah Istitabah di Selangor dilaksanakan di bawah bidang kuasa al-riqab, Majlis Agama Islam Selangor. Manakala Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor mengendalikan runding cara akidah atau penasihatan akidah melalui perintah mahkamah selepas pemohon mengemukakan permohonan keluar Islam atau pengesahan status agama di Mahkamah Syariah dalam tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah. yalah, apabila pergi ke mahkamah, mahkamah perintahkan supaya benda ini dilaksanakan sesi nasihat ni, ataupun penasihatan akidah ni, diarahkan kepada MAIS dan MAIS arahkan kepada pejabat mufti. Jadi kami kendalikan berdasarkan kandungan perintah mahkamah. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 08:53) 282

...tapi kami tak sebut unit Istitabah. Unit Penasihatan Akidah. Ataupun perunding bicara. Sebab prosesnya seolah-olah macam kita bagi ilmulah kepada dia orang ni mohon ke mahkamah untuk pengisytiharan penentuan. (Tn Hj. Mohd Darudin. JMS. 07:29) Sesi penasihatan akidah dilaksanakan oleh panel yang dilantik. Panel adalah bertauliah dan telah menjalani kursus mediasi serta mempunyai kepakaran dalam hukum syarak dan akidah. Sesi dilakukan di pejabat Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor menerusi kaedah bersemuka secara individu di antara panel dengan pemohon atau keluarga pemohon. Panel kita ambil daripada NGO dari mereka yang ada figure lah senangnya. Macam bro Shah Kirit, Shahfitri, Firdaus Wong antaranyalah, ada yang kita latih. (Tuan Hj. Mohd Darudin. JMS. 22:03, 22:08) 5.2 Modul Modul yang digunakan semasa proses rundingcara akidah bersifat kaunseling dalam bentuk penasihatan akidah. Ia berbeza dengan modul istitabah Majlis Agama Islam Selangor yang menekankan aspek rawatan dan sokongan. Topik-topik modul berkaitan asas-asas akidah, perbandingan agama, perundangan, al-quran dan sains. Pendekatan yang digunakan melalui kaedah mediasi, penggunaan kes-kes benar dan simulasi. ya, kami pun ada juga macam penggubal modul lah. Penggubal modul kami, kami beri nama penasihatan akidah. Perunding bicara macam tu lah. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 03:38)... sebab kami lebih kepada kaunseling lah. Kaunseling kemudian kita masukkan juga asas-asas ayat al-quran, asas-asas akidah. Tapi mereka ni dah tegar dah. (Tn; Hj. Mohd Darudin. JMS. 16:34) 5.3 Tempoh Masa Istitabah Dilaksanakan Tempoh istitabah melalui perintah mahkamah ditetapkan dalam masa enam bulan. Oleh itu, menurut informan, sesi penasihatan akidah dilaksanakan sebanyak 12 kali sepanjang tempoh tersebut. Kehadiran pemohon adalah secara sukarela dan tiada paksaan. Pemohon diberi layanan baik dan elaun kehadiran sebanyak RM50.00 setiap kali sesi. Tujuannya untuk meringankan kos perjalanan pemohon setiap kali menghadiri sesi di Jabatan Mufti Selangor. tapi kena patuh lah sebab dia 12 kali dalam tempoh enam bulan. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 12:03) layan. Kalau tengok kita punya proses pun sambut dengan senyuman yang manis. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 36:00) 5.4 Latar belakang Pemohon Menurut informan, kebanyakan kes yang membuat permohonan keluar Islam di Mahkamah Syariah dan diperintahkan untuk menjalani proses penasihatan akidah adalah dalam kalangan saudara baru. kebanyakannya muallaf...ada dua satu yang dilahirkan Islam maknanya statusnya Islam sebab kami peringkat awal dulu, orang-orang ini Islam ke tidak. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 23:29) 283

Namun begitu, ada juga kes-kes melibatkan pemohon yang dilahirkan Islam dalam kalangan keluarga Islam, tetapi berlaku perceraian ibu bapa dan mereka dijaga oleh saudara bukan Islam yang tidak mempraktiskan agama Islam dalam kehidupan seharian. Ada juga kes yang melibatkan orang Islam khususnya berbangsa Melayu yang menjalin hubungan cinta dan berhasrat berkahwin dengan bukan muslim. Begitu juga rundingcara akidah ada melibatkan kes-kes pemohon yang cenderung dan menunjukkan tanda-tanda keluar Islam tetapi belum mengemukakan permohoan tukar agama di Mahkamah Syariah....yang kebanyakannya kes-kes begitu yang Islam ini maknanya dilahirkan Islam dan dibesarkan dengan keluarga bukan Islam, tak praktis Islam dan sebagainya. Satu lagi yang masuk Islam kemudian nak balik semula ke agamanya. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 24:35) Nak keluar Islam tak ada, tapi tanda-tanda itu bukan perintah Mahkamah kami tak handle lah. Nasihat sekali dua, kemudian dia tak bersedia meneruskan itu, habis begitu sajalah. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 25:09) 5.5 Kesan Runding Cara Akidah dalam Proses Istitabah Runding cara atau penasihatan akidah yang dilaksanakan di unit ini walaupun dengan perintah mahkamah, tetapi amalannya ia bersifat sukarela dan tiada paksaan. Tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya pemohon enggan atau culas menghadiri sesi runding cara tersebut. Walaubagaimanapun, menurut informan, hidayah itu adalah daripada Allah SWT. Oleh itu, ia sangat subjektif untuk menentukan keberkesanan amalan rundingcara ini dalam mengekang usaha mereka untuk murtad tetapi sekurang-kurangnya menurut informan proses penasihatan akidah ini akan melambatkan permohonan keluar Islam pemohon. Ada juga pemohon yang menarik balik permohonan keluar Islam di Mahkamah Syariah selepas mengikuti sesi rundingcara tersebut. Dia berbalik dengan penyakit dan juga ubat dan bukan ubat yang menyembuhkan tapi ialah hidayah daripada Allah SWT. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 16:57) Ada yang menarik balik. Mungkin yang menarik balik sebab give up pun mungkin. Kita tak tahu. Ada yang nak kahwin, kita usahakan cari jodoh, bakalnya kita Islamkan. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 19:05) 6. Permasalahan dalam Proses Rundingcara Akidah 6.1 Sikap Pemohon Pemohon sering menimbulkan provokasi kepada panel semasa sesi rundingan sama ada dari segi sikap dan kepatuhan dalam menghadiri sesi yang diadakan ataupun dari segi penampilan. Tapi akhir sekali pintu mahkamah dia dah tegar dah. Sebab tu bila dia datang jumpa kami, dia provokasi. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 09:45) Ya, dia provokasi maknanya, Hindu dia buat penampilan lebih Hindu dari Hindu bila datang. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 10:32) Selain daripada itu, dalam kebanyakan kes juga, pemohon mendapat sokongan dan bantuan daripada peguam muslim yang mewakili mereka dalam permohonan keluar Islam di Mahkamah Syariah. 6.2 Modul Tiada modul khusus yang digunakan semasa sesi runding cara akidah. Ia dilaksanakan mengikut kesesuaian dan permasalahan pemohon. Ini berbeza dengan modul pemulihan di 284

Baitul Iman yang menggunakan Modul Istitabah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Ia lebih kemas dan mantap meliputi aspek saringan, rawatan dan pemulihan, pengukuhan dan sokongan. ya lah, nak mematuhi perintah mahkamah itu bukan senang. Kita bukan ada panel yang proper, kita bukan ada kaedah proses yang proper. (Tn. Hj. Mohd Darudin.JMS. 09:35) 6.3 Panel Perunding Panel perunding kebanyakannya terdiri dalam kalangan NGO dan tidak kesemua mereka mempunyai kepakaran yang mendalam dalam isu-isu berkaitan perbandingan agama. Kami ada panggil dia untuk memberi input dari segi perbandingan agama ni. Kemudian saya offer lah sebab ada kes-kes yang latar belakangnya Buddha kan di apun kira senang cakap tak sanggup lah. (Tn. Hj. Mohd Darudin. 23:03) 6.4 Isu Perundangan Tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengenai proses istitabah di negeri Selangor. Ia hanyalah prosedur yang melibatkan proses selepas permohonan keluar Islam atau pengesahan status agama difailkan di Mahkamah Syariah. Itu tafsiran saya, sebab saya mula-mula mendapat perintah, saya mencari dekat mana punca dia. Kita tak ada prosedur. (Tn Hj. Mohd Darudin. JMS. 12:40)... sebab tu istitabah mula-mula dulu diperintahkan mula-mula dulu tak ada garis panduan mahkamahnya pun hendaklah menjalani perintah istitabah selama 60 hari... 60 hari dia kata turun rumah ziarah. (Tn. Hj. Mohd Darudin. JMS. 19: 47) 7. Kesimpulan Runding cara akidah atau penasihatan akidah yang dijalankan di Unit Khidmat Nasihat, Jabatan Mufti Selangor dapat membantu pemohon untuk kembali kepada ajaran Islam atau sekurang-kurangnya membolehkan mereka mempertimbangkan semula permohonan keluar Islam di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan, kaedah tersebut perlu kepada penambahbaikan terutamanya mengenai punca kuasa perundangan, modul yang khusus dan kepakaran panel perunding yang bertauliah dan terlatih dalam mengendalikan emosi dan sentimen pemohon serta isu-isu perbandingan agama semasa proses penasihatan akidah. Ini sangat penting supaya prinsip maqasid syariah dalam aspek pemeliharaan agama di Malaysia dapat diutamakan. Rujukan Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Malaysia: Mc Graw Hill. Helwa Mohammad Zainal dan Jasri Jamal. 2013. Kedudukan Murtad dan Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif Undang-undang di Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 17: 13-36. http://www.mais.gov.my. 27 Jun 2018 Mohd Azam Mohamed Adil, Jangan Pinggirkan Kuasa Sebenar Mahkamah Syariah. Utusan Malaysia. 31 Mei 2007 Mohd Darudin Taib. 2017. Penolong Mufti. Unit Khidmat Nasihat. Jabatan Mufti Selangor. Temubual 19 Disember 2017 285

Nazneen bt Ismail, Nurulfathonah bt Mohd Effendy, Kamal Azmi b Abd Rahman, Siti Saleha bt Salleh dan Indriaty bt Ismail. 2017. Isu Hak Kebebasan Beragama di Malaysia. ICLIJ 2017, Pusat Penyelidikan UKM di Langkawi. Nor Ashikin Md. Nasir dan Siti Zubaidah Ismail. 2017. Amalan Mahkamah Syariah Mengisytiharkan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Kanun, Januari 2017: 1-36. Wan Mohd Fazrul Azdi, Kamaluddin Nurdin Marjuni, Mohd Rumaizuddin Musa, Azman Abd Rahman, Mohd Zaliridzal Zakaria dan Mohammad Fadzil Mat Yacob. 2015. Istitabah Model for Malaysia: A Preliminary Exposition. Ulum Islamiyyah Journal, Vol. 15, Jun 2015, Universiti Sains Islam Malaysia: 111-124. Wan Mohd Fazrul Azdi, Mohd Rumaizuddin Musa, Azman Abd Rahman, Mohd Zaliridzal Zakaria dan Mohammad Fadzil Mat Yacob. 2013. Model Istitabah: Cadangan Konsep dan Pelaksanaannya dalam Intervensi Permasalahan Riddah Kontemporari di Malaysia. Jurnal al-abqari, Vol. 3, Universiti Sains Islam Malaysia: 57-71. Zulkifli Hassan dan Norfadhilah Mohd Ali. 2007. Kedudukan Murtad Menurut Perspektif Undang-undang di Malaysia. Diskusi Syariah dan Undang-undang, anjuran Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 17 Januari 2007: 1-17. 286