Kaedah Andargogi Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Andragogy Method Of The Quranic Education For The Deaf Adults

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

BUTIRAN PERIBADI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KEPENTINGAN PENGAJARAN AL-QURAN UNTUK PERKEMBANGAN PSIKOLOGI ANAK-ANAK AUTISME

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

CURRICULUM VITAE FOR GHAZALI YUSRI ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA. Ghazali Yusri Abd Rahman

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Transcription:

Kaedah Andargogi Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Andragogy Method Of The Quranic Education For The Deaf Adults Muhammad Sayuti Bin Sabdan 1, Norlidah Alias 2, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof 3, & Nazean Jomhari 4 ABSTRAK Pendidikan al-quran adalah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu pendidikan Islam yang perlu dipelajari oleh setiap Muslim. Mempelajari ilmu al-quran terutamanya ilmu tilawah al-quran memerlukan kemahiran dari sudut pendengaran (mendengar cara sebutan yang betul) serta pertuturan yang jelas (menyebut makhraj dengan betul). Walau bagaimanapun, ia menjadi keterbatasan bagi golongan pekak dewasa untuk membaca al-quran. Ini adalah kerana golongan pekak mempunyai ketidakupayaan yang terhad dari sudut pendengaran mahupun pertuturan berbanding dengan orang normal. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keperluan kaedah andragogi pendidikan al-quran bagi golongan pekak dewasa. Oleh yang demikian, penyelidik telah menemu bual empat orang guru pendidikan al-quran masalah pendengaran berkenaan dengan kaedah yang diaplikasikan untuk membaca al-quran bagi golongan pekak dewasa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat kaedah yang digunakan oleh guru pendidikan al- Quran masalah pendengaran terhadap golongan pekak dewasa iaitu; kaedah verbal, kaedah Fakih, kaedah mentransliterasikan huruf Arab ke rumi, dan kaedah isyarat Arab. Penyelidik mendapati kaedah andragogi pendidikan al-quran bagi golongan pekak dewasa adalah berbeza-beza di setiap tempat. Oleh yang demikian, perlunya pembangunan serta penyusunan modul al-quran terhadap golongan pekak dewasa agar pengajaran dan pembelajaran al-quran dapat dilaksanakan dengan yang sistematik dan berkesan. Kata Kunci: Kaedah Pendidikan Al-Quran, Golongan Pekak ABSTRACT Quranic Education is one of the branches of Islamic education that should be learned by all Muslims. Learning to recite Quran properly which is known as tilawah al-quran requires skills of hearing (hearing the correct pronunciation) and clear pronunciatiation (reciting the makhraj correctly). However, it is limited to deaf adults to recite the Quran. This is because the deafs have limited disability of hearing compared to normal people. The objective of this study was to identify the needs of the andragogy method of the Quranic education for the deaf adults. Therefore, researchers have been interviewing four Quranic teachers in respect of the method applied to recite al-quran for the deaf adults. Findings show that there are four methods used by Quranic teachers for the deaf adults, namely; verbal method, method of Fakih, method of transliteration of Arabic to Malay, and method of Arabic sign language. Researchers found the method andragogy of Quranic education for deaf adults varies at each site. Therefore, researchers see there is the need for the development and compilation of the Quranic teaching module for the deaf adults, so that teaching and learning the Quran can be 1 Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, mr.muhdsayuti@gmail.com 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, drnorlidah@um.edu.my 3 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, zulkifliy@um.edu.my 4 Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, nazean@um.edu.my 405

done in a systematic and effective way. Keywords: Methods of Teaching Quran, Deaf Pendahuluan Menurut Noornajihan Jaafar et al. (2014) bahawa pendidikan Islam merupakan pendidikan yang mempunyai strategi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan tahap kognitif pelajar itu sendiri. Bahkan ia juga perlu bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar sama ada golongan normal mahupun golongan OKU. Selain itu, mengajar ilmu pendidikan Islam juga memerlukan sokongan dan bimbingan agar dapat meningkatkan lagi tahap motivasi dan minat pelajar (Zulfadhli Zafik & Jawiah Dakir, 2013). Malah ilmu agama Islam juga perlu disampaikan tanpa mengira pangkat, harta, keturunan, serta kekurangan/ keupayaan (Juwairiah Hassan, 2009). Sesungguhnya Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu (Surah Al- Mujadalah: 11). Sabda Rasulullah S.A.W.; ا ن هللا ال ينظر ا ىل صوركم وأمولكم ولكن ينظر ا ىل قلوبكم وأعمالكم Maksudnya: Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak melihat kepada ruparupa kamu, dan harta-harta kamu, tetapi Dia (Allah S.W.T.) melihat kepada hati-hati kamu, dan amalan-amalan kamu. (Muslim, no. Hadith: 2564) Golongan OKU juga boleh dikenali sebagai golongan istimewa (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016) yang mempunyai kepelbagaian keupayaan seperti deria, komunikasi, dan tingkah laku (Wan Sabri Wan Husin et al., 2013). Manakala menurut Hasuria Che Omar (2009), golongan OKU adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan dari sudut psikologi, fisiologi, bentuk, atau fungsi badan. Berbeza pula dengan pandangan Azman Ab Rahman et al., (2014), bahawa istilah yang sesuai adalah dhu al-ihtiyajat al-khassah bermaksud seseorang yang memerlukan bantuan secara khusus. Golongan OKU boleh dikategorikan kepada enam kumpulan iaitu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012); i. Masalah penglihatan (buta). ii. Masalah pendengaran (pekak). iii. Kesukaran bertutur. 406

iv. Ketidakupayaan fizikal. v. Ketidakupayaan pelbagai. vi. Masalah pembelajaran (Autisme, Sindrom Down, Dyslexia, dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)). Golongan masalah pendengaran atau boleh dikenali sebagai golongan pekak adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran sama ada ringan, sederhana, dan teruk (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Manakala menurut Williams (2015) golongan pekak terbahagi kepada dua, iaitu; i. Pekak (tahap keupayaan pendengaran yang rendah dan boleh menggunakan implan koklea untuk mendengar). ii. Pekak teruk (tahap keupayaan pendengaran teruk iaitu tidak dapat mendengar walaupun menggunakan implan koklea). Pendidikan al-quran merupakan salah satu cabang ilmu pendidikan Islam selain daripada ilmu akidah, syariah, as-sunah, ibadah, dan akhlak (Siti Fathimatul Zahrah Yusri & A thiroh Tan Abdullah, 2015). Salah satu asas dalam mempelajari ilmu al-quran terutamanya tilawah al-quran ialah ilmu tajwid (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Manakala asas bagi ilmu tajwid adalah Makhraj huruf iaitu menyebut huruf-huruf hijaiyyah menggunakan beberapa rongga mulut (Niraida Md Noor, 2015). Ia memerlukan kemahiran keupayaan pendengaran dan pertuturan yang baik untuk mendengar dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah dengan betul (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Oleh kerana ketidakupayaan golongan pekak untuk mendengar dan menyebut dengan baik, ia menjadi kekangan bagi golongan ini untuk menguasai ilmu tilawah al-quran dengan lebih baik berbanding dengan golongan tipikal / normal. Walau bagaimanapun, Allah S.W.T tidak akan membebani hambanya. Firman Allah S.W.T; ال ي ك ل ف ا ه لل ن ف س ا إ هال و س ع ه ا Maksudnya; Allah S.W.T tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Al-Baqarah, 2: 286) 407

Berdasarkan kajian Ab Aziz Mohd Zin et al. (2009); Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2016); Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2016) bahawa pelaksanaan pendidikan al-quran bagi golongan Orang Kurang Upaya khususnya golongan pekak dewasa masih di tahap rendah serta tidak sistematik. Selain itu, menurut Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2017) bahawa terdapat dua isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru al-quran bagi golongan pekak dewasa iaitu kurangnya latihan andargogi al-quran bagi guru dan modul pengajaran dan pembelajaran al-quran yang kurang sistematik. Golongan pekak dewasa juga berharap pendidikan al-quran bagi orang pekak dapat diperkembangkan lagi seperti golongan tipikal yang lain. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keperluan kaedah andargogi al-quran bagi golongan pekak dewasa. Oleh itu, penyelidik akan membincangkan berkenaan dengan kaedah-kaedah yang diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan al-quran masalah pendengaran dalam tilawah al-quran bagi golongan pekak dewasa. Metodologi Kajian Penyelidik melaksanakan kaedah temu bual separa berstruktur ke atas empat orang guru pendidikan al-quran bagi golongan pekak dewasa. Temu bual separa berstruktur ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru-guru tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran terhadap golongan pekak dewasa di Malaysia. Prosedur Pemilihan Responden Responden dipilih berdasarkan keterlibatan serta pengalaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan al-quran bagi golongan pekak dewasa. Responden G1, G2 dan G3 adalah normal. Manakala responden G4 adalah pekak. Prosedur Pengumpulan Data Temu bual separa berstruktur ke atas keempat-empat responden dirakam. Seterusnya dikumpul dan ditranskripkan ke dalam bentuk Microsoft Word. 408

Prosedur Analisis Data Data akan dianalisis secara tematik selepas temu bual separa berstruktur ditransripkan ke dalam bentuk Microsoft Word. Selepas itu, data disemak dan disahkan oleh responden semula bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan (Mohamad Azhar, Kamarul Ariffin & Abdul Shatar Che Abd Rahman, 2012; Muhammad Sayuti Sabdan, 2014). Dapatan Kajian Dapatan kajian ini terbahagi kepada tiga dapatan, iaitu; 1. Keterlibatan dalam pendidikan al-quran bagi golongan pekak. 2. Kaedah pengajaran tilawah al-quran bagi golongan pekak dewasa. 3. Harapan terhadap pendidikan al-quran bagi golongan pekak dewasa. 1. Keterlibatan Responden Dalam Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Responden G1 terlibat dalam pendidikan al-quran pekak bermula sewaktu bertugas sebagai guru pendidikan Islam pendidikan khas masalah pendengaran. Sebelum dan selepas bersara responden masih aktif mengajar al-quran kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang pekak. especially untuk pekak la. Aa ss pernah mengajar untuk sekolah government kerajaan hampir belasan tahun, hampir 20 tahun lebih. Kemudian, aa sekarang dah bersara la dan saya mula melibatkan diri dalam aa anak-anak ini especially dalam pendidikan al-quran ini untuk golongan pekak dewasa aa (G1:7) Manakala responden G2 pada mulanya hanya bersahabat dengan orang pekak. Selepas itu, timbullah kesedaran untuk membantu golongan pekak dan hal ini turut meningkatkan tahap motivasi responden G2 untuk melanjutkan pelajaran ke bidang diploma bahasa isyarat bagi menguasai bahasa isyarat. Seterusnya terlibat dengan pendidikan al-quran pekak dewasa ketika menjadi sukarelawan di Akademi Fakih Intelek. Ok latar belakang pendidikan saya, saya lepasan aa aa diploma pendidikan jurubahasa isyarat dan aa saya terlibat dalam pendidikan al- Quran aa bermula pada 2012, 2012 sehinggalah sekarang. (G2:4) 409

Bermulanya pendidikan untuk aa golongan pekak ini adalah dari Sri Petaling la. Masa tu ber bersahabat dengan golongan pekak dan kita melihat bahawa mereka ini perlukan sokongan dari sudut aa dari sudut ilmu agama aa (G2:13) saya terlibat dalam Quran aa di Akademi Fakih Intelek keti ketika itu saya dijemput untuk menyertai sebagai sukarelawan. (G2:20) Seterusnya, responden G3 juga bermula dengan menjadi sukarelawan di Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) disebabkan kekurangan guru pendidikan Islam bagi golongan pekak dewasa. saya ni just sebagai sukarelawan. Sukarelawan di Persatuan aa Orang Pekak Negeri Sembilan membantu orang pekak sebab aa kekurangan tenaga pengajar sebab tiada tak ada yang maksudnya yang berani ke depan untuk mengajar orang pekak. (G3:3) Akhir sekali iaitu responden G4 (pekakk) juga turut menyedari tentang keperluan golongan pekak mempelajari agama Islam. Seterusnya, beliau bergiat aktif melalui Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dalam memperjuangkan hak-hak pendidikan Islam bagi golongan pekak. saya belajar daripada seorang ustaz normal lah dan ada penterjemahan dia selalu belajar dan mula faham timbul kesedaran tentang agama. Kemudian saya belajar asas, bermula daripada asas belajar dan selepas itu aa ke setiap negeri kat mana boleh belajar saya akan pergilah dan ada daripada orang pekak daripada negara-negara lain pun datang antaranya daripada negara Arab. Selepas itu aa k kami persatuan pekak pergi ke Qatar untuk belajar kepada mereka bagaimana untuk aa al-quran aa belajar al-quran. Aa dan kami baharu tahu adanya persatuan untuk orang pekak Muslim dan di situ kita mula belajar al-quran sikit-sikit lama-lama aa semakin mahir. (G4:13) 2. Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Responden G1 menggunakan kaedah verbal bagi yang boleh bertutur dan mendengar. Selain itu, responden juga menggunakan kaedah Fakih (berasaskan nombor dan warna) seperti yang dilaksanakan di sekolah-sekolah pendidikan khas masalah pendengaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala, responden G2 turut menggunakan kaedah yang sama iaitu kaedah Fakih. 410

mengajar anak itu sebenarnya secara verbal. Verbal itu maknanya mengikut tahap keupayaan lah. Kalau di hadapan saya itu orang yang ada sisa pendengaran masih elok, boleh masih boleh mengikut pertuturannya pun masih aa boleh (G1:87) ejaan jari dan juga membatang jadi kita aa telah memperkenalkan seperti kaedah Fakih itu asasnya adalah bermula dengan ejaan jari dan membatang setiap huruf yang ada. (G1:93) membunyi suku kata melalui ejaan jari adalah murid. (G1:104) kaedah yang saya gunakan ke atas golongan pekak dewasa adalah kaedah Fakih yang mana diguna pakai di sekolah-sekolah aa di bawah Kementerian (G2:61) Kaedah yang diguna pakai ini adalah mereka akan meng mengisyaratkan huruf-huruf hijaiyyah, huruf-huruf al-quran menggunakan isyarat aa jarijari mereka yang telah di pattern kan. (G2:71) Seterusnya, responden G3 pula mengaplikasikan kaedah membaca al-quran kepada tiga cara iaitu menulis huruf Arab, rumi dan maksud ayat al-quran secara berulang-ulang. Menulis huruf Arab ke rumi bermaksud mentransliterasikan huruf-huruf Arab kepada rumi seperti huruf ب kepada tulisan rumi iaitu Ba. Biasa saya gunakan kaedah yang biasa lepas tu macam cikgu-cikgu biasa mengajar sentiasa berulang. Ulang, ulang, ulang, ulang sebab dorang kebanyakan nya tak ada asas contoh huruf hijaiyyah pun kena start balik. Kena kenal huruf, lepas kenal huruf, dah kenal huruf baharu dorang ajar sambungan-sambungan ayat dia more kepada penghafalan lah. (G3:72) Huruf hijaiyyah ب kita kena gunakan BA (eja) so dia tahu bunyinya macam mana. (G3:79) Gunakan Arab dan menulis pun dalam bentuk Arab dan dituliskan terjemahan nya sekali tiga serentak (G3:109) Dalam satu-satu masa so maknanya dia bolehlah kenal huruf, dia boleh menulis, dan boleh menterjemahkan sekali tiga. (G3:11) Akhir sekali iaitu responden G4 mengaplikasikan kaedah isyarat Arab seperti mana yang digunakan oleh golongan pekak Arab. Arab. Arab ok. Huruf hijaiyyah Arab. Yang kedua perkataan-perkataan lafaz dalam aa lafaz Arab. Isyarat? Dan aa isyarat Arab. Aa jadi kaedah yang digunakan aa lafaz.. Aa Huruf-huruf hijaiyyah Arab, kemudian 411

aa perkataan-perkataan Arab dan terjemahan aa diteruskan dalam isyarat Arab. (G4:78) Contohnya untuk hafalan ا ب ت mereka faham terus menulis. Sudah itu diubah dengan isyarat dan mudah faham. (G4:85) 3. Harapan Terhadap Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Responden G1 dan G2 berharap golongan pekak dewasa ini dapat diberi ruang dan peluang dalam pendidikan al-quran seperti mana golongan normal. Kerana al-quran itu membawa rahmat kepada seluruh alam termasuklah golongan istimewa. Saya amat mengharapkan lah aa kalau boleh tak ada di kalangan orang yang masih ketinggalan dalam aa pendidikan al-quran. Sebab apa, aa selama ini mereka sangat terpinggir aa yang kita hanya boleh katakan ialah seperti mereka ini tak wujud untuk mengetahui tentang al-quran. (G1:19) Baik, harapan saya adalah aa bagaimana golongan pekak ini mendapat juga aa pendidikan tentang ilmu al-quran sebagaimana golongan yang normal kerana mereka juga manusia, mereka juga punya akal, mereka juga punya nafsu. Jadi untuk mereka juga rahmatan, aa rahmat untuk al-quran itu supaya mereka juga dapat manfaat daripada al-quran itu. (G2:29) Manakala responden G3 dan G4 pula berharap golongan pekak ini dapat mendekatkan diri kepada al-quran dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Termasuklah dalam ibadah seperti solat dan lain-lain. kalau boleh se dapat dorang dapat mesra Al-Quran pun dah cukup Alhamdulillah lah. Dorang rapat dengan Al-Quran sebab itulah sebab dorang memang tak da tempat lain nak mengajar.( G3:41) Harapan saya, harap dah orang pekak boleh baca al-quran dan boleh mengamal. Mengamal selalunya di mana mengamal? Di waktu lima, waktu solat aa itu mereka boleh amal baca. Selepas solat bukalah buku al-quran satu muka surat cukup. Maknya mereka dah hafal mana mereka tak faham. (G4:50) 412

Perbincangan Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa kaedah pendidikan al-quran bagi golongan pekak dewasa adalah berbeza-beza di setiap tempat. Hal ini turut dinyatakan oleh Muhammad Sayuti Sabdan et al. (2016) dan Ab Aziz Mohd Zin et al. (2009). Responden G1 menggunakan kaedah verbal dan kaedah Fakih. Manakala responden G2 juga turut menggunakan kaedah yang sama iaitu kaedah Fakih. Kaedah Fakih termasuk dalam kurikulum pendidikan Islam pendidikan khas masalah pendengaran (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas, 2011). Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai kekurangan dari sudut cara bacaan yang mengelirukan bagi golongan pekak (Muhammad Sayuti Sabdan, 2014). Rajah 1.1: Penggunaan nombor satu hingga sepuluh serta pengulangan semula nombor satu di awal bacaan dalam kaedah Fakih Sumber: Nor Aziah Mohd Daud (2012) Rajah 1.2: Warna mewakili setiap tanda bacaan Sumber: Nor Aziah Mohd Daud (2012) 413

Rajah 1.3: Peringkat Asas: Pengenalan huruf hijaiyyah tunggal Sumber: Nor Aziah Mohd Daud (2012) Seterusnya responden G3 menggunakan kaedah mentransliterasikan Arab ke rumi. Namun begitu, kaedah ini adalah tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 24, pada 5-6 Jun 1989, bahawa tulisan al-quran tidak boleh diubah ke tulisan selain daripada huruf Arab (Kementerian Dalam Negeri Malaysia, 2016). Walau bagaimanapun, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarah Wilayah Persekutuan kali ke-103, pada 27 Julai 2017, berkenaan cadangan fatwa penggunaan transliterasi menunjukkan bahawa membenarkan penggunaan transliterasi dalam bacaan al- Quran bagi golongan Orang Kurang Upaya pendengaran adalah seperti syarat-syarat berikut (Zulkifli Mohamad al-bakri, 2017); 1. Adanya tulisan secara bersama. 2. Hanya bersifat wasilah untuk sementara sahaja. 3. Mengikut standard antarabangsa dalam transliterasi. 414

Rajah 1.3:Tulisan kalimah al-quran (Arab) ke tulisan rumi Akhir sekali adalah kaedah yang digunakan oleh responden G4 iaitu kaedah isyarat Arab. Kaedah ini juga diaplikasikan di negara-negara seperti Arab Saudi. Oleh yang demikian, golongan pekak perlulah diberi peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu al-quran seperti mana golongan normal yang lain (Ab. Aziz Mohd Zin et al., 2009; Muhammad Sayuti Sabdan, 2014; Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Rajah 1.4: Kaedah isyarat Arab 415

Kesimpulan dan Cadangan Kesimpulannya, kajian-kajian ilmiah serta kaedah-kaedah bacaan al-quran yang sesuai bagi golongan pekak dewasa perlu diperbanyakkan lagi. Ini adalah kerana masih kurangnya kajian terhadap golongan pekak di Malaysia (Zainuddin Ibrahim et al., 2014) terutamanya dalam pendidikan al-quran (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Selain itu, perlu ada penyelarasan serta penyeragaman kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian (Muhammad Sayuti Sabdan et al., 2016). Hal ini dapat memberi dorongan serta motivasi bagi golongan pekak untuk mendekatkan diri kepada al-quran dan seterusnya dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rujukan Al-Quran al-karim Ab Aziz Mohd Zin, Mohamad Kamil Ab Majid, Anisah Ab Ghani, Mohd Fauzi Hamat, Nor Raudah Hj Siren & Juwairiah Hassan. (2009). Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Kuala Lumpur. Azman Ab Rahman, Norakyairee Mohd Raus, Hussein 'Azeemi Abdullah Thaidi, & Mohammad Naqib Hamdan (2014). Fiqh Jenayah Orang Kelainan Upaya. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Hasuria Che Omar. (2009). Penterjemahan dan Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Juwairiah Hassan. (2009). Pelaksanaan Dakwah Kepada Orang Pekak Di Terengganu. Sarjana Usuluddin. Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kementerian Dalam Negeri Malaysia. (2016). Kenyataan Media: Penjualan dan Pengedaran Mashaf Al-Quran Yang Tidak Mendapat Perakuan LPPPQ. Diperoleh pada 09 Mei 2016 daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/terkini/2611-kenyataan-mediapenjualan-dan-pengedaran-mashaf-al-quran-yang-tidak-mendapat-perakuan-lpppq Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas. (2011). Pendidikan Islam Masalah Pendengaran Tahun dua. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Azhar Mat Ali, Kamarrul Ariffin Abdul Rahman, & Abdul Shatar Che Abd Rahman. (2012, June). Pengukuran Pencapaian Kemahiran Bahasa Murid Prasekolah Orang Asli dari. In Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG. 416

Muhammad Sayuti Sabdan. (2014). Penilaian Penggunaan Kaedah Fakih Berasaskan Teknologi dan Gaya Pembelajaran Bagi Murid Pekak. Disertasi, Ijazah Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean Jomhari, & Nor Aziah Mohd Daud. (2016). Pedagogi Al-Quran Bagi Golongan Pekak: Suatu Kajian Literatur. Persidangan Kebangsaan Kurikulum Masa Depan 31 Mei 2016. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Zulkifli Mohd Yusof, Nazean Jomhari, Nor Aziah Mohd Daud, dan Noor Fadilah Md Aslie (2016). Tinjauan Pelaksanaan Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Di Malaysia. Jurnal Al-Turath, 1(2),43-51. e-issn 0128-8-0899. Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean Jomhari, Nor Aziah Mohd Daud, & Noor Fadilah Md Aslie. (2016). Pelaksanaan Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Di Malaysia: Suatu Tinjauan. Seminar Serantau Pendidikan Islam Orang Kurang Upaya 2016, 23 Ogos 2016. Bangi: Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean Jomhari, Syamsul Azizul Marinsah, & Noor Fadilah Md Aslie. (2017) Isu dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Pendidikan Al-Quran Bagi Golongan Pekak Dewasa Di Malaysia. Seminar On Future Education 2017. 4 th 5 th August 2017. Kuala Lumpur. Niraida Md Noor. (2015). Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Nor Aziah Mohd Daud. (2012). Kaedah Mudah Pelajari al-quran bagi OKU: Fakih al- Quran hadiah buat golongan istimewa. Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research. Noornajihan Jaafar, Norakyairee Mohd Raus, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Norzulaili Mohd Ghazalid, Robiatul Adawiyah Mohd Amat, Syed Najihuddin Syed Hassan, Mahyuddin Hashim, Ab Halim Tamuri, Norshidah Mohamed Salleh, & Mohd IsaHamzah. (2014). Quran Education for Special Children: Teacher as Murabbi. Creative Education 2014. Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan. (2015). Tulisan Kalimah al-quran (Arab) Ke Tulisan Rumi. Diperoleh pada 21 April 2016 daripada https://www.facebook.com/137994669605482/photos/a.971288112942796.10737418 33.137994669605482/971294406275500/?type=3&theater Siti Fathimatul Zahrah Yusri & A thiroh Masyaa il Tan Abdullah. (2015). Pengajaran Pendidikan Islamn Terhadap Muallaf: Satu Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 123-456-7890-98-7. 417

Wan Sabri Wan Husin, Mohd Zaini Mat Abas, Nor Aziah Mohd Daud, Norakyairee Mohd Raus, Nazean Jomhari, & Afifah Salleh, (2013). Modul Pembangunan Institusi Pendidikan al-quran Bagi Anak Istimewa. Pembentangan. In The 3rd Annual International Qur'anic Conference, Centre of Quranic Research (CQR), (13-13 Mac 2013) Universiti Malaya Kuala Lumpur. Williams, C., (2015). Writing in Young Deaf Children. Review of Educational Research, 85(4), pp 630-666. Zainuddin Ibrahim, Ngu. K. S., Norlidah Alias, & Dorothy Dewitt. (2014). Pembangunan Modul Pedagogi Pembelajaran Berasaskan Padlet Untuk Pelajar Pekak Di Institut Pengajian Tinggi. Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran, 21 Mac 2014. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Kuala Lumpur. Zulfadhli Zafik & Jawiah Dakir. (2013). Bimbingan Dan Kaunseling Islam Terhadap Mualaf Di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor. Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 (ICMUD 2013) 7-8 September 2013. Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2017). Hukum Menulis Al-Quran Menggunakan Abjad Roman / Latin. Diperoleh pada 6 Jun 2018 daripada http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa-umum/1028-irsyad-al-fatwa-172-hukum-menulis-al-quranmenggunakan-abjad-roman-latin?templatestyle=15 418