KUMPULAN ASNAF-ATAREK

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PENILAIAN PENGETAHUAN

ISI KANDUNGAN. iv v vi ix x

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

ERBEKALAN CUTI UNIVERSITI UNIT PERKHIDMATAN & SARAAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN (BPSM&P) JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UNIT PERKHIDMATAN DAN SARAAN PEJABAT PENDAFTAR

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

Pemandu Bas Terma & Syarat

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

Plat Kaca Terma & Syarat

Arahan Kerja Selamat Bekerja Di Jalanraya. Pen. Pengurus OSHE Management, PPM, ND. No Muka Surat /01/14 All Pages Original issue DCA

Polisi ipad Pensyarah

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (Fakulti Farmasi) yang dilantik terus;

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KURSUS PASCA PERALIHAN KERJAYA (PERSARAAN) TAHUN 2017 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

POS Rakan Penunggang Motosikal Terma & Syarat

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PA Care Terma & Syarat

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

Administrative Policy Bahasa Malaysian translation from English original

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

2.0 WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN. 4.0 ETIKA PAKAIAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Kandungan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

Arahan Kerja Selamat Mengangkat Beban Berat. Disahkan Tarikh Versi Muka Surat Perubahan Dokumen Versi

PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh

Transcription:

KUMPULAN ASNAF-ATAREK BUKU PANDUAN KAKITANGAN PINDAAN KALI KE-6 JULY 2010 Disediakan Oleh: Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Kuala Lumpur No 89-3 Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju(KLSC) 53300 Wangsa Maju, W.P Kuala Lumpur www.atarek.com.my

PRAKATA Kumpulan ASNAF-ATAREK telah di tubuhkan pada tahun 1989 yang terdiri daripada beberapa buah firma seperti Atarek Kamil Ibrahim & Co, Atarek Kamil Tax Services, Asnaf Biz Solution, KNJ Corporate Services, Kamilia Ibrahim & Co dan Abdul Rahman Azzubir & Co. Kesemua firma yang bernaung dibawah Kumpulan ASNAF-ATAREK serta merta tertakluk dibawah panduan buku kakitangan ini. Buku panduan kakitangan ini merupakan pindaan yang ke-7 yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan yang mengendalikan hal elwal berkaitan kesemua kakitangan. Buku panduan kakitangan ini juga tertakluk dibawah undang-undang Akta Pekerjaan 1955 dan terdapat beberapa pindaan dalaman secara berperingkat berdasarkan kepada keperluan semasa. Con t.. Disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Kuala Lumpur Kumpulan ASNAF-ATAREK

ISI KANDUNGAN 1.0 JANGKAMASA BEKERJA... 1 1.2 Waktu Rehat dan Makan Tengahari... 1 1.3 Waktu Solat Fardhu... 1 2.0 CUTI... 2 2.1 Cuti Am... 2 2.2 (Dimansuhkan)... 2 2.3 Cuti Tahunan... 2 2.4 Cuti Sakit... 3 2.5 Time Off... 3 2.6 Cuti Kahwin... 3 2.7 Cuti Aktiviti Keagamaan... 4 2.8 Cuti Bersalin... 4 2.9 Cuti Ehsan... 5 2.10 Cuti Tanpa Gaji... 5 2.11 Cuti Belajar... 5 3.0 GAJI... 5 4.0 KEMUDAHAN PERUBATAN... 6 5.0 LAIN-LAIN KEMUDAHAN... 7 5.1 Kerja Lebih Masa... 7 5.2 Elaun Kerja Luar (Per Diem)... 7 5.3 Elaun Perjalanan... 8 5.4 Elaun Perpindahan... 8 5.5 Elaun Perpindahan (Sara Hidup)... 8 5.6 Elaun Makanan... 9 6.0 ETIKA BERPAKAIAN... 9 7.0 PERTUKARAN/PINJAMAN KAKITANGAN... 10 8.0 REKOD MASA... 10 9.0 DISIPLIN... 10 9.1 Disiplin Diri... 10 9.2 Langkah-langkah Peraturan Disiplin. Penggantungan/Pembuangan Kerja... 10 9.3 Jenis-Jenis Salah Laku... 11 9.3.1 Salah Laku Kecil... 11 9.3.2 Salah Laku Besar... 12 10.0 PERLETAKAN JAWATAN/PEMBERHENTIAN KERJA... 14 11.0 POLISI AM... 15 11.1 Keselamatan... 15 11.2 Panggilan Telefon... 15 11.3 Pelawat... 15 11.4 Kebersihan Pejabat... 15 11.5 Perkahwinan Sesama Kakitangan... 15 12.0 PERSARAAN... 16 13.0 PINDAAN DAN PERUBAHAN... 16

1.0 JANGKAMASA BEKERJA Hari dan waktu bekerja adalah seperti berikut:- Hari Isnin hingga Jumaat Ahad hingga Khamis Pejabat Semenanjung dan Kuching Miri dan Kota Kinabalu Pejabat Semua negeri kecuali Kelantan, Kedah dan Terengganu Kelantan, Kedah dan Terengganu Waktu 8.30 Pagi hingga 5.30 Petang 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang Semua kakitangan adalah dimestikan untuk menggunakan sistem perekod masa harian seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Waktu bekerja di bulan Ramadhan akan di ubah mengikut kesesuaian dan budi bicara pihak pengurusan. 1.2 Waktu Rehat dan Makan Tengahari Waktu rehat dan makan tengahari pada hari bekerja (kecuali hari Jumaat) ialah dari pukul 1.00 petang 2.00 petang kecuali bagi cawangan di Kuching ialah dari pukul 12.30 tengah hari 1.30 petang manakala bagi Miri dan Kota Kinabalu bermula dari jam 12.00 tengah hari 1.00 petang. Pada hari Jumaat masa rehat dan solat Jumaat bagi kakitangan ialah di antara 12.30 tengah hari 2.30 petang. Manakala bagi cawangan-cawangan di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu waktu rehat dan solat Jumaat ialah 12.00 tengah hari 2.00 petang. Waktu rehat di bulan Ramadhan akan di ubah mengikut kesesuaian dan budi bicara pihak pengurusan. 1.3 Waktu Solat Fardhu Semua kakitangan yang beragama Islam disarankan supaya menunaikan solat fardhu di awal waktu. Bagi kakitangan lelaki adalah digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Waktu solat fardhu (Zohor dan Asar) bagi kakitangan lelaki ialah 15 minit selepas masuknya waktu solat bagi kawasan masing-masing. [PINDAAN 6.0] 1

2.0 CUTI 2.1 Cuti Am Pihak firma mengiktiraf hari cuti am yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai cuti yang bergaji. Jika hari cuti am jatuh pada hari rehat, hari berikutnya akan diganti sebagai hari rehat. Cuti rehat firma ialah Sabtu dan Ahad kecuali pejabat cawangan Kelantan, Kedah dan Terengganu hari Jumaat dan Sabtu. Tiada gantian cuti rehat jika cuti am kerajaan jatuh pada hari Jumaat bagi cawangan Kelantan, Kedah dan Terengganu dan Sabtu bagi cawangan yang lain. Bila diperlukan pihak firma boleh mengarahkan kakitangan supaya bekerja pada hari cuti am atau pada hari rehat. Pihak firma boleh menggantikan cuti am dengan hari lain atau membayar gaji dengan kadar cuti am. 2.2 (Dimansuhkan) 2.3 Cuti Tahunan Kakitangan hendaklah membuat permohonan bagi cuti tahunan dalam masa tujuh (7) hari sebelum tarikh permulaan cuti. Setiap kakitangan yang telah disahkan di dalam jawatan adalah berhak kepada cuti tahunan sepenuhnya seperti berikut:- KAKITANGAN (OPERASI / PENTADBIRAN JUMLAH CUTI TAHUNAN TAHUN 1 2 3 4 5 ke atas PENOLONG PENGURUS KE 12 14 16 18 20 ATAS / EKSEKUTIF KANAN KE ATAS SENIOR / EKSEKUTIF 10 12 14 16 18 JUNIOR KE BAWAH / PEMBANTU KE BAWAH 8 10 12 14 16 Cuti tahunan hendaklah diambil pada masa yang memuaskan bagi firma. Cuti tahunan boleh diambil menurut pilihan kakitangan tetapi kelulusan adalah di atas budi bicara firma. Di masa seseorang kakitangan sedang dalam cuti tahunan, jika mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunan tersebut adalah disifatkan sebagai belum digunakan. [PINDAAN 6.0] 2

Cuti tahunan hendaklah dihabiskan dalam masa tahun berkenaan. Cuti tahunan yang tidak digunakan tidak dibenarkan untuk dibawa ke tahun yang berikutnya atau diganti dengan bayaran wang. Cuti-cuti yang tidak digunakan dianggap batal. 2.4 Cuti Sakit Setiap kakitangan yang telah disahkan di dalam jawatan adalah berhak kepada cuti sakit bergaji seperti berikut:- JUMLAH CUTI SAKIT BERGAJI TAHUNAN TAHUN 1 dan 2 3 dan 4 5 ke atas 14 18 22 Sekiranya penghospitalan diperlukan, seseorang kakitangan boleh mengambil cuti sehingga enam puluh (60) hari dengan syarat jumlah bilangan hari cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar tidak boleh melebihi enam puluh (60) hari pada keseluruhannya. Kakitangan mestilah memberitahu kepada pihak majikan bahawa dia telah mendapat sijil sakit dan tidak dapat hadir bekerja pada hari itu dan sijil sakit mestilah diserahkan kepada Pegawai Pentadbiran dan Perjawatan sebaik sahaja datang semula untuk bertugas. Sekiranya seseorang kakitangan mendapat cuti sakit yang telah disahkan oleh doktor yang berdaftar tetapi tidak memberitahu atau cuba untuk memberitahu tentang cuti sakitnya dalam masa lebih daripada empat puluh lapan (48) jam dari masa ia mendapat cuti sakitnya akan dianggap sebagai tidak hadir. 2.5 Time Off Time off boleh diambil oleh kakitangan yang ingin menyelesaikan masalah peribadi. Kakitangan perlu mendapat kelulusan daripada pengurus jabatan sekurang-kurangnya dua (2) jam sebelum kakitangan meninggalkan pejabat. Kakitangan yang sudah mencukupi jumlah lapan (8) jam time off perlu mengisi borang cuti dan dikira satu (1) hari serta ditolak dalam cuti tahunan. Sekiranya penggunaan time off melebihi daripada dua (2) jam, ia akan dikira sebagai cuti separuh hari. 2.6 Cuti Kahwin Cuti kahwin diberikan sebanyak tiga (3) hari tanpa rekod kepada seseorang kakitangan tetap yang disahkan jawatan untuk perkahwinan pertama sahaja. [PINDAAN 6.0] 3

2.7 Cuti Aktiviti Keagamaan Bagi kakitangan tetap yang beragama Islam yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat sekurang kurangnya lima (5) tahun dan ingin menunaikan haji atau umrah, pihak firma akan memberikan insentif seperti berikut:- Ibadah Haji Bagi ibadah haji cuti bergaji akan diberi dengan maksima selama empat puluh lima (45) hari. Selain daripada gaji penuh, sumbangan turut diberikan kepada kakitangan tersebut maksima sebanyak RM 2,000. Ibadah Umrah Bagi ibadah umrah pula cuti bergaji akan diberi maksima selama sepuluh (10) hari sahaja. Di samping itu kemudahan pakej umrah akan diberi separuh daripada harga pakej dan tertakluk kepada maksima RM 3,000. Bagi kakitangan tetap yang bukan beragama Islam yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat sekurang kurangnya lima (5) tahun dibenarkan mengambil cuti bergaji untuk lawatan keagamaan dengan maksima selama sepuluh (10) hari cuti bergaji dengan syarat menunjukkan surat akuan ketua agama Rumah Ibadat. Pihak firma akan memberikan insentif:- Sumbangan kewangan maksima sebanyak RM 3,000 Insentif bagi aktiviti keagamaan cuma akan diberikan sekali sahaja bagi sepanjang tempoh perkhidmatan kakitangan tersebut. 2.8 Cuti Bersalin Kakitangan tetap wanita yang telah disahkan dalam jawatan adalah layak untuk faedah bersalin kepada lima (5) kali bersalin sahaja selama berkhidmat dengan firma tanpa mengambil kira anak keberapa. Bagi kakitangan yang mengalami keguguran yang memerlukan masa cuti sama dengan masa cuti bersalin adalah dipertimbangkan, bergantung kepada nasihat doktor yang bertauliah. Seseorang kakitangan wanita hendaklah memberitahu firma secara bertulis tidak kurang dari satu minggu sebelum tarikh di mana dia mungkin memulakan cuti bersalin.tanpa mengira tarikh bersalin, cuti bersalin bergaji akan diberi tidak lebih dari enam puluh (60) hari. Sebarang ketidakhadiran disebabkan oleh kesakitan selepas berakhirnya tempoh cuti bersalin hendaklah dikira sebagai cuti sakit biasa. [PINDAAN 6.0] 4

Kakitangan tetap lelaki yang mana isterinya bersalin layak menerima cuti tanpa rekod selama tujuh (7) hari dari hari isterinya bersalin tetapi perlulah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan secara bertulis dan tertakluk kepada kelulusan. Cuti hujung minggu atau hari kelepasan am yang lain akan dikira termasuk dalam tempoh tujuh (7) hari di atas. 2.9 Cuti Ehsan Cuti ehsan selama satu (1) hari boleh diperolehi sekiranya terdapat kematian di kalangan keluarga terdekat (ibu/ayah/isteri/ suami/abang/adik/kakak/ibubapa mertua). Salinan sijil kematian perlu disertakan dalam tempoh tiga (3) hari sebagai bukti terdapat kematian di kalangan keluarga terdekat. Jika seseorang kakitangan gagal mengemukakan sijil kematian dalam tempoh tiga (3) hari, maka cuti tersebut dikira sebagai cuti biasa yang akan ditolak dari cuti tahunan. Selain daripada hal kematian, cuti ehsan juga boleh dipertimbangkan mengikut budi bicara pihak pengurusan. 2.10 Cuti Tanpa Gaji Atas budi bicara pihak Pentadbiran dan Perjawatan, cuti tanpa gaji boleh dipohon oleh seseorang kakitangan setelah semua cuti rehat dihabiskan. 2.11 Cuti Belajar Cuti belajar boleh dipohon oleh kakitangan tetap yang sudah disahkan dalam jawatan selepas lima (5) tahun dalam perkhidmatan. Kakitangan di dalam cuti belajar layak mendapat separuh gaji hanya untuk jangkamasa setahun. Manakala bagi kakitangan tetap yang mengikuti pengajian separuh masa dan menduduki peperiksaan, kakitangan tetap tersebut layak untuk memohon cuti bergaji semasa tempoh peperiksaan tersebut. Cuti ini hanya layak untuk pengambilan kursus yang berkaitan dengan keperluan semasa dalam firma. Kelulusan cuti adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan. 3.0 GAJI Gaji bulanan akan dibayar pada setiap hujung bulan iaitu pada 30 haribulan setiap bulan dan tidak lewat daripada 7 haribulan bulan berikutnya. [PINDAAN 6.0] 5

4.0 KEMUDAHAN PERUBATAN Tuntutan perubatan kepada kakitangan tetap yang disahkan jawatan dihadkan kepada RM 600 setahun bagi kakitangan bukan pengurus manakala kakitangan pengurus yang berkhidmat had tuntutan sebanyak RM 800. Kos perubatan ini termasuk kos pergigian, penjagaan mata kecuali kos untuk cermin mata dan kanta sesentuh. Kos selain daripada perubatan biasa perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan. Semua kakitangan yang mencapai umur 40 tahun ke atas layak untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan setiap tiga (3) tahun sekali dan kos ditanggung sepenuhnya oleh firma. Kakitangan juga boleh membuat tuntutan perubatan untuk isteri yang tidak berkerja, anak, ibubapa dan ibubapa mertua selagi jumlah yang dihadkan belum habis digunakan. Bagi kakitangan wanita yang melahirkan anak atau keguguran, bil perubatan akan ditanggung oleh firma. Kemudahan ini tertakluk dan terhad kepada 30% dari jumlah gaji kasar atau maksima sebanyak RM 700. Bagi kakitangan lelaki yang isterinya melahirkan anak, bil perubatan juga akan ditanggung oleh firma tertakluk kepada 25% daripada gaji kasar atau maksima sebanyak RM 525. Firma juga akan membayar kos perundingan perubatan, kos sebarang ubat atau X-ray yang dilakukan di klinik panel atau dalam kes kecemasan oleh doktor kerajaan atau doktor yang berdaftar. Segala kemudahan tidak meliputi perkaraperkara berikut:- Sebarang perbelanjaan yang timbul dari kesakitan, kecederaan atau kecacatan disebabkan oleh perubatan yang menyalahi peraturan, kecuaian yang nyata, kelakuan yang tidak berhemah oleh kakitangan, penglibatan dalam sukan berbahaya, percubaan membunuh diri, perlakuan perbuatan yang melanggar undang-undang, pendedahan diri kepada bahaya yang tidak wajar (kecuali dalam ikhtiar menyelamatkan nyawa manusia), serangan yang dicetuskan oleh kakitangan, penyalahgunaan dadah, penggunaan alkohol atau sebarang perbuatan yang mengganggu keamanan, berkelakuan sumbang atau pembedahan plastik. Sebarang perbelanjaan untuk rawatan kes-kes mental yang telah disahkan. Sebarang perbelanjaan bagi sebarang rawatan kesakitan atau kemalangan yang timbul daripada pekerjaan yang menjadi tuntutan sah di bawah Akta Keselamatan Sosial Kakitangan dan sebarang perundangan insuran. [PINDAAN 6.0] 6

5.0 LAIN-LAIN KEMUDAHAN 5.1 Kerja Lebih Masa Semua kakitangan layak menerima imbuhan kerja lebih masa kecuali Rakan kongsi, Prinsipal, Pengarah dan Pengurus. Kakitangan yang bertangga gaji dari RM 1,500 ke atas adalah tidak layak menerima imbuhan di atas. Kadar bayaran kerja lebih masa adalah seperti yang tertakluk di dalam Akta Buruh 1955, Seksyen 60 dan Akta Buruh (Pindaan) 1989 di mana kadarnya adalah seperti berikut:- Kerja Lebih Masa Pada hari biasa Pada hari rehat Waktu kerja biasa Melebihi waktu kerja biasa Pada hari kelepasan Am Waktu kerja biasa Melebihi waktu kerja biasa Kadar 1.5 kali 1.5 kali 2.0 kali 2.0 kali 3.0 kali 5.2 Elaun Kerja Luar (Per Diem) Bagi kakitangan yang berkerja di luar pejabat yang jaraknya daripada pejabat sejauh lebih 60 kilometer (lebih 120 kilometer pergi balik) dan berada ditempat pelanggan selama lapan (8) jam temasuk perjalanan pergi balik adalah dianggap sebagai kerja luar dan layak mendapat elaun kerja luar. Elaun kerja luar merangkumi kos makan dan lain-lain kos yang berkaitan seperti panggilan penting atau kecemasan, dobi, internet, faks dan keraian. Kadar elaun sehari semalam adalah seperti berikut:- Kumpulan Hotel (dengan resit)(rm) Elaun Kerja Luar(RM) Lojing (jika tidak tinggal di hotel)(rm) Prinsipal/Pengarah 200 70 70 Pengurus Kanan 180 60 60 Pengurus/Ketua Jabatan 160 50 50 Penolong 140 40 40 Pengurus/Eksekutif Kanan Senior/Eksekutif 120 30 30 Junior/Pembantu Kebawah 100 20 20 [PINDAAN 6.0] 7

5.3 Elaun Perjalanan Kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri diarahkan bertugas keluar daripada pejabat boleh membuat tuntutan elaun kiraan kilometer. Semua elaun kiraan kilometer mengikut jawatan kakitangan seperti berikut:- Jenis Kenderaan/Jawatan Kakitangan Jumlah Elaun (per Kilometer) Kereta : (RM) Penolong Pengurus ke atas 0.60 Senior 0.50 Junior 0.40 Motosikal 0.40 5.4 Elaun Perpindahan Kakitangan yang diarahkan bertukar ke cawangan lain boleh membuat tuntutan elau perpindahan bagi menampung segala perbelanjaan pembungkusan barangan, upah buruh dan perbelanjaan yang bersangkutan. Kadarnya adalah seperti berikut:- Jarak (KM) Telah Berkahwin (RM) Bujang (RM) 50 100 101 400 401 600 600 ke atas 1,000 2,000 3,000 4,000 500 1,000 1,500 2,000 5.5 Elaun Perpindahan (Sara Hidup) Seseorang kakitangan yang diarahkan bertukar ke cawangan lain, boleh membuat tuntutan elaun Sara hidup bagi dirinya dan keluarganya tiga hari sebelum berlepas dan tiga hari sesudah sampai ke tempat bertugas yang baru. Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:- Pemohon Kakitangan / isteri / suami dan anak-anak berumur 12 tahun ke atas Kanak kanak berumur kurang 12 tahun Kadar (RM) 15.00 Sehari Seorang 7.50 Sehari Seorang [PINDAAN 6.0] 8

5.6 Elaun Makanan Firma akan memberi elaun makanan kepada kakitangan yang membuat kerja di tempat pelanggan bagi sebarang tugasan yang mempunyai yuran professional melebihi RM 5,000 (tidak termasuk belanja luar poket). Elaun ini diberikan bagi tugasan yang tidak membolehkan elaun kerja luar kawasan dituntut dan berada seharian di tempat pelanggan sekurang kurangnya lapan (8) jam. Elaun yang diberikan adalah seperti berikut:- Jawatan Elaun makan bagi sehari (RM) Pengurus keatas 10.00 Senior 8.00 Junior 6.00 6.0 ETIKA BERPAKAIAN Etika berpakaian semasa bertugas hendaklah kemas. Semua kakitangan hendaklah mematuhi etika pakaian yang sopan dan menutup aurat. Sila rujuk jadual di bawah bagi kakitangan lelaki:- Kakitangan Ikhtisas Kakitangan Bukan Ikhtisas Kemeja berwarna muda berlengan panjang dan bertali leher. Seluar berwarna gelap. Kemeja bercorak dan berjalur yang ketara tidak dibenarkan. Berpakaian kemas Bagi kakitangan wanita yang beragama Islam hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat. Kakitangan wanita dibenarkan memakai seluar panjang yang sesuai dan longgar beserta blaus yang labuh. Kakitangan bukan beragama Islam dibenarkan memakai skirt tetapi mestilah di bawah paras lutut (Sila rujuk lampiran untuk panduan etika berpakaian kakitangan wanita) Semua kakitangan dikehendaki berpakaian berwarna biru pada setiap hari Selasa sebagai warna pakaian rasmi firma. Pada hari Jumaat, jika tidak ketempat pelanggan, kakitangan lelaki dibenarkan memakai baju Melayu yang lengkap dengan bersamping. [PINDAAN 6.0] 9

7.0 PERTUKARAN/PINJAMAN KAKITANGAN Kakitangan boleh dipinjamkan atau ditukarkan ke mana-mana jabatan atau cawangan mengikut keperluan semasa firma. Tempoh masa tersebut adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Walaubagaimanapun pinjaman ini tertakluk kepada keperluan kerja dan arahan pihak pengurusan. 8.0 REKOD MASA Semua kakitangan adalah dimestikan bagi menyediakan laporan rekod masa mingguan. Laporan yang telah disemak oleh setiap pengurus hendaklah dihantar ke ibu pejabat selewat-lewatnya jam 11.00 pagi setiap hari Isnin minggu berikutnya. 9.0 DISIPLIN 9.1 Disiplin Diri Seseorang kakitangan dikehendaki mengamalkan disiplin diri dengan mematuhi segala peraturan dan arahan firma untuk mengekalkan layanan yang adil dan saksama kepada semua kakitangan. 9.2 Langkah-langkah Peraturan Disiplin, Penggantungan dan Pembuangan Kerja Bergantung kepada peringkat dan jenis kesalahan yang dilakukan, tindakan disiplin akan diambil dalam bentuk nasihat lisan, surat nasihat, surat amaran, penggantungan kerja dan akhir sekali pembuangan kerja. Kakitangan yang terus menerus tidak menunjukkan sebarang kemajuan atau melanggar peraturan dan arahan mengenai prestasi dan kelakuan dan tidak hadir bekerja selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan walaupun telah diberi amaran, akan dibuang kerja. Salah laku besar boleh mengakibatkan pembuangan kerja serta merta. Pembuangan kerja serta-merta bererti diberhentikan tanpa notis atau bayaran bergantung kepada notis dan keputusan lembaga soal selidik. [PINDAAN 6.0] 10

9.3 Jenis-Jenis Salah Laku Seorang kakitangan itu adalah dianggap melanggar peraturan jika dia melakukan mana-mana kesalahan berikut: 9.3.1 Salah Laku Kecil Tidak Datang Kerja Dan Kelewatan Ponteng, dengan sengaja dan tanpa alasan, datang lewat, tiba lewat atau meninggalkan tempat kerja lebih awal bagi shif waktu rehat atau waktu makan atau waktu balik. Merokok di Kawasan Yang dilarang Antara kawasan yang dilarang adalah seperti di sekitar ruang pejabat dan kawasan tangga. Gangguan Am Bersorak, mencerca (termasuk menjerit-jerit) oleh mana-mana kakitangan atau kumpulan kakitangan terhadap kakitangan atau kumpulan lain di kawasan pejabat. Melakukan Perbuatan Yang Tidak Bermoral Melakukan perbuatan tidak bermoral dalam kawasan syarikat seperti menganggu kakitangan yang lain, mengeluarkan perkataan yang tidak sopan dan menyentuh sensitiviti kakitangan yang lain. Menjalankan perniagaan persendirian di waktu pejabat Berpakaian tidak kemas dan tidak menepati etika berpakaian yang ditetapkan Menggunakan peralatan pejabat untuk kepentingan diri sendiri termasuk menggunakan telefon pejabat untuk menerima/membuat panggilan peribadi melebihi 3 minit Melayari internet, chatting bagi tujuan peribadi di waktu pejabat Tidur semasa waktu pejabat [PINDAAN 6.0] 11

9.3.2 Salah Laku Besar Tidak Mengikut Arahan Tidak mematuhi sebarang arahan yang munasabah dan berpatutan mengikut undang-undang, dari seorang yang lebih kanan, sama ada dilakukan secara persendirian ataupun bersama orang lain umpamanya : a) Keengganan seorang kakitangan mematuhi arahan pihak pengurusan b) Tidak menghormati pihak pengurusan dalam bentuk keengkaran atau kekasaran/keganasan Mencuri Atau Menggelapkan Wang Mencuri, memalsukan, membuka rahsia perdagangan, tidak jujur, termasuk terhadap harta benda dan perniagaan firma dan juga harta benda kakitangan lain Merosakkan Harta Benda Dengan Sengaja Merosakkan, membazir, memusnahkan harta benda firma Keganasan Menyebabkan kekacauan dalam kawasan firma berpunca dari pergaduhan atau menyebabkan kecederaan tubuh kepada orang lain Mabuk atau Penyalahgunaan dadah Datang kerja dalam keadaan mabuk atau dipengaruhi oleh dadah atau pun membawa minuman keras atau dadah ke dalam kawasan firma Dihukum Telah dihukum atau dipenjarakan kerana sebarang jenayah di bawah Undang-undang Malaysia Memberi Keterangan Yang Salah Merahsiakan atau tidak memberi penyataan yang sebenar mengenai latar belakang peribadi atau lain-lain perkara penting. Sebarang kenyataan yang salah yang dibuat di dalam borang memohon pekerjaan, kad kerja atau rekod kerja yang lain Menerima Wang Atau Hadiah Mengambil kesempatan daripada kedudukan seseorang untuk menerima wang atau harta-benda dari orang lain dan mengambil bahagian dalam sebarang perniagaan yang tidak dibenarkan dalam kawasan firma [PINDAAN 6.0] 12

Membocorkan Rahsia Perniagaan Mengeluarkan kenyataan dan keterangan mengenai hak milik firma yang menyalahi undang-undang Mogok Yang Menyalahi Undang-undang Mengambil bahagian di dalam sebarang mogok yang menyalahi undang-undang atau sengaja melambat - lambatkan kerja atau menghasut orang lain berbuat demikian Merusuh Dan Berkelakuan Tidak Senonoh Bergaduh dengan kakitangan lain atau dengan pihak atasan, berkelakuan tidak senonoh, menggunakan bahasa yang kasar dan lucah semasa atau selepas waktu kerja di kawasan pejabat Meninggalkan Tempat Bertugas Setiap kakitangan dimestikan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Pengurus sebelum meninggalkan tempat bekerja Berjudi Dalam apa bentuk jua pun - menjual tiket tanpa kebenaran seperti loteri atau meminta sumbangan tanpa kebenaran di kawasan firma berhubung dengan sebarang bentuk perjudian atau loteri Enggan Bertukar Kerja Keengganan bertukar kerja kerana keperluan operasi ke lokasi yang lain Meminta Sokongan Sebarang pengedaran surat siaran, risalah, poster dan sebagainya yang meminta sokongan bagi perjuangan yang kontroversi atau yang berbentuk ekstrim/keterlaluan di kawasan pejabat [PINDAAN 6.0] 13

10.0 PERLETAKAN JAWATAN/PEMBERHENTIAN KERJA Jika keadaan memerlukan seseorang kakitangan berhenti dari bekerja dengan firma, surat perletakan jawatan yang dialamatkan kepada Pegawai Pentadbiran dan Perjawatan hendaklah dihantar. Tempoh notis yang diperlukan adalah sama bagi ke dua - dua pihak kakitangan dan firma mengikut peruntukan Akta Buruh 1955 dan Akta Buruh (Pindaan) 1989 adalah seperti berikut :- Tempoh Perkhidmatan Kakitangan dalam tempoh kontrak atau percubaan dan kakitangan tetap yang telah bekerja kurang daripada lima (5) tahun Pemberian Notis Kakitangan tersebut perlu memberi satu (1) bulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis Kakitangan tetap yang telah bekerja lebih daripada lima (5) tahun Kakitangan tersebut perlu memberi dua (2) bulan notis atau membayar dua (2) bulan gaji sebagai ganti notis Kakitangan yang dibuang kerja kerana berkelakuan buruk dan melakukan sebarang kesalahan yang dinyatakan tidak berhak mendapat sebarang notis atau bayaran. Kakitangan hendaklah menyerahkan apa-apa alatan atau pakaian kepunyaan firma yang telah diberikan kepada mereka semasa menjalankan tugas kepada Pegawai Pentadbiran dan Penjawatan pada hari terakhir perkhidmatannya. [PINDAAN 6.0] 14

11.0 POLISI AM 11.1 Keselamatan Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan untuk mematuhi segala peraturan dan arahan keselamatan. Laporkan dengan segera sebarang keadaan atau kelakuan yang berbahaya di dalam kawasan firma. Alat keselamatan dan perlindungan hendaklah digunakan sekiranya difikirkan perlu. Bagi kakitangan terakhir keluar pejabat pastikan semua alat elektrik dan penghawa dingin ditutup dan pintu dikunci. Kebenaran khas daripada Pengurus untuk keluar dari kawasan firma termasuklah bagi kes-kes kecemasan. Di luar waktu bekerja, kebenaran hendaklah diperolehi untuk masuk ke kawasan pejabat. 11.2 Panggilan Telefon Panggilan peribadi luar kawasan kecuali dalam kes kecemasan adalah tidak dibenarkan. Semua panggilan peribadi hendaklah direkodkan dan akan dibilkan kepada mereka yang berkenaan pada setiap hujung bulan. 11.3 Pelawat Setiap pelawat tidak dibenarkan memasuki ruang bekerja. Pelawat akan diarahkan ke tempat penyambut tetamu sebelum dibenarkan berjumpa dengan sesiapa yang berkenaan. Semua kakitangan dikehendaki memastikan pelawat hanya berada di ruang tetamu sahaja. 11.4 Kebersihan Pejabat Semua kakitangan bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat kerja dan kawasan pejabat. Kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian khusus ialah bilik air dan tandas, kawasan ruang tetamu, bilik mesyuarat, kawasan komputer dan meja persendirian. Berikut adalah langkahlangkah untuk menjaga kebersihan: Tidak membuang sampah merata-rata Mengemaskan tempat kerja apabila selesai tugas Memasukkan sisa makanan ke dalam tong sampah bertutup. 11.5 Perkahwinan Sesama Kakitangan Sekiranya terdapat kakitangan yang berkahwin dengan kakitangan firma yang lain, mana-mana kakitangan bagi pasangan tersebut perlu berhenti bekerja dalam tempoh sebulan dalam kumpulan firma dan cawangan dari tarikh pernikahan. [PINDAAN 6.0] 15

12.0 PERSARAAN Firma telah menetapkan umur bagi persaraan kakitangan tetap adalah seperti berikut :- Kakitangan Tetap Lelaki Perempuan Umur 55 tahun 55 tahun 13.0 PINDAAN DAN PERUBAHAN Semua peraturan-peraturan di atas tertakluk kepada pindaan dan perubahan mengikut keperluan dan polisi firma dan juga tertakluk kepada pindaanpindaan Akta Buruh yang di wartakan oleh kerajaan. Peraturan-peraturan umum yang tidak disebutkan disini hendaklah dirujuk kepada Akta Buruh 1955, Akta Buruh(Pindaan) 1989, Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah. [PINDAAN 6.0] 16