KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI BAHASA AL-QURAN

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Khairun Nisaa bt Mohd Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

BUTIRAN PERIBADI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

Transcription:

KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI BAHASA AL-QURAN MD NOOR BIN HUSSIN (DR) MOHD ZAKI AHMAD SAIFULAH SAMSUDIN (DR) Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Bahasa Al-Quran atau Bahasa Arab merupakan bahasa ilmu yang perlu dipelajari oleh semua peringkat samada secara formal atau tidak formal. Kebiasaannya Bahasa Al-Quran diajarkan serta dipelajari di institusi-institusi pendidikan; sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi dengan menggunakan istilah Bahasa Arab, bukannya Bahasa Al-Quran. Namun, bagi masyarakat awam istilah Bahasa Al-Quran lebih dirasai kepentingan dan keperluan mempelajarinya. Rentetan itu, ia juga turut diajarkan dan dipelajari di kalangan masyarakat awam di pelbagai premis terutamanya surau dan masjid. Justeru, makalah ini akan melihat secara deskriptif kepentingan dan keperluan mempelajari Bahasa Al-Quran. Kata Kunci: Bahasa Al-Quran, kepentingan, keperluan, Masyarakat Awam Pengenalan: Bahasa Al-Quran atau Bahasa Arab merupakan bahasa ilmu yang perlu dipelajari oleh semua peringkat samada secara formal atau tidak formal. Kebiasaannya Bahasa Al-Quran diajarkan serta dipelajari di institusi-institusi pendidikan; sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi dengan menggunakan istilah Bahasa Arab, bukannya Bahasa Al-Quran. Namun, bagi masyarakat awam istilah Bahasa Al-Quran lebih dirasai kepentingan dan keperluan mempelajarinya. Rentetan itu, ia juga turut diajarkan dan dipelajari di kalangan masyarakat awam di pelbagai premis terutamanya surau dan masjid (Md Noor, 2017). 275

Penggunaan Istilah Bahasa Al-Quran: Bahasa A-Quran merupakan istilah lain yang digunakan bagi merujuk kepada Bahasa Arab. Penggunaan istilah Bahasa Al-Quran ini terdapat pada penulisan buku, jurnal, prosiding dan penulisan-penulisan umum. Istilah ini juga turut digunakan dalam organisasi pendidikan seperti yang digunakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, iaitu Jabatan Bahasa Al-Quran (Department of Qur anic Language). Jabatan ini diwujudkan untuk menawarkan kursus Bahasa Arab berdasarkan versi Al-Quran Al-Karim (the Qur anic version of Arabic Language courses). 1 Kursus yang ditawarkan bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami Al-Quran dan Hadis. Bagi penulisan buku, Dr Khalid Zaheer (2013) telah memperkenalkan Qur'anic Arabic for Beginners 2. Manakala Hafiza Iffath Hasan (2010) juga menggunakan istilah Bahasa Al-Quran dalam bukunya yang berjudul Qur'anic Language Made Easy 3. Dalam aspek yang lain, Azhar Bin Muhammad (2005) melihat bahawa Al-Quran telah memberikan nafas baru dan sumbangan yang besar terhadap perkembangan Bahasa Arab. Al- Quran telah dapat memanjangkan lagi hayat bahasa ini, menyatukan kepelbagaian dialeknya dan menjadikannya sebagai bahasa intelektual dan ketamadunan. Apa yang lebih penting, al-quran telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa yang kaya dengan kosa kata, bahasa yang utuh dengan tata bahasa dan gaya bahasanya hingga dapat mengatasi bahasa-bahasa lain. Penggunaan Bahasa AL-Quran bagi merujuk kepada Bahasa Arab sangat sesuai kerana pemahaman A;-Quran terikat dengan pemahaman terhadap Bahasa Arab. Hasyim Asy ari (2016) menyatakan keunggulan bahasa arab dengan tidak hanya terletak sebagai bahasa agama, akan tetapi bahasa arab mempunyai keistimewaan dalam segi ilmu kebahasaannya. Dengan mengkaji ilmu kebahasaannya akan dapat menikmati keindahan tata bahasa Al-Qur an yang merupakan unsur kemukjizatan AL- Qur an. Dengan kesempurnaan tata bahasa Al- Qur an tidak akan ada yang bisa meniru Al- Qur an. Penggunaan istilah Bahasa Al-Quran juga akan menjadikan seseorang terasa dekat dengan Bahasa Arab. Ini kerana hampir setiap hari orang muslim akan bersentuhan, berinteraksi serta berdialog Al-Quran tersebut sehingga terasa akrab dengannya. Selain itu tentunya tulisan ini juga berusaha menghadirkan pembelajaran Bahasa Arab yang mudah, jelas serta familiar dengan para peminat Bahasa yang indah itu. (Muammar, 2014) 1 http://www2.iium.edu.my/cfs/departments/qld 2 http://www.al-mawrid.org/index.php/learning/quranic-arabic-for-beginners/view/quranic-arabic-for-beginnerslesson-1 3 Terbitan: IQRA' International Educational Foundation. 276

Bahasa Arab Al-Quran juga merupakan bahasa yang jelas, sarat makna, bernas, indah, aktual, kontekstual, dan logic sesuai dengan fungsinya sebagai petunjuk kehidupan bagi manusia (hudan li an-nas). (Muhbib, 2017). Justeru, banyak tulisan dan penyelidikan yang dijalankan bagi mencerahkan lagi realiti ini seperti kajian yang dijalankan Arifuddin (2014). Beliau mengkaji tentang sisi kekuatan imaginasi gaya bahasa Al-Quran bertujuan untuk meneguhkan keberadaan Al-Quran sebagai kitab mukjizat bagi Nabi Muhammad saw mengemukakan makna dan huraiaal-qurann yang hidup dan bergerak. Disamping itu, keinginan masyarakat awam untuk mempelajari Bahasa Al-Quran juga bertitik tolak daripada tuntutan memahami Al-Quran dan kesempurnaan Ibadah kepada Allah swt. Ibadah Solat sebagai contoh, Allah Ta ala pun telah menetapkan bahwa cara manusia berkomunikasi dengannya dengan menggunakan Bahasa Arab. Solat itu menjadi tidak sah sekiranya tidak menggunakan Bahasa Arab. Begitu juga dengan beberapa Ibadat yang lain (Md Noor, 2016). Justeru, peluang mempelajari Bahasa Al-Quran diperluaskan dan bukan hanya menjadi hak eksklusif kepada golongan pelajar di institusi pengajian, bahkan ia diajarkan kepada semua pihak baik belia mahupun golongan berusia melalui kelas percuma, pengajian bersiri berbayar, kuliah secara terbuka dan lain lain lagi (Redzaudin, Md Noor, 2016) Kepentingan Bahasa Al-Quran: Kepentingan Bahasa: Dalam al-quran al-kari:m, kepentingan penganugerahan potensi atau kemahiran berbahasa mempunyai pertalian dengan pembelajaran dan pengilmuan kepada manusia yang termaktub dalam surah al-baqarat pada ayat 31: Maksud ayat: { و ع ل م آد م األ س م اء ك ل ه ا ث م ع ر ض ه م ع ل ى ال م ال ئ ك ة ف ق ال أ نب ئ ون ي ب أ س م اء ه ؤ الء إ ن ك نت م ص اد ق ين } Dan Allah telah mengajar Adam tentang nama-nama benda dan kegunaannya (hakikat) segala kejadian, kemudian ditunjukkan kepada para Malaikat lalu Dia Allah berfirman: Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar. Di sebalik ayat tersebut, Nabi Adam a.s. telah mempelajari daripada Allah s.w.t ilmu pengetahuan melalui medium kemahiran berbahasa, bukan sekadar pengenalan nama segala kejadian di alam semesta ini, bahkan turut meliputi sifat-sifat, kegunaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu. Ayat ini turut memberikan pengertian bahawa keturunan Adam a.s. 277

iaitu manusia dikurniai Allah s.w.t ilmu bahasa atau ilmu pengenalan yang berkaitan pula dengan penguasaan dalam cabang-cabang ilmu yang lain (Awang Sariyan, 2007 :75). Demikianlah rapatnya penguasaan atau pembelajaran ilmu bahasa dengan penguasaan cabang-cabang ilmu lain melalui alat potensi berbahasa yang boleh diaplikasi dalam bentuk gagasan pendidikan bersepadu, termasuk pendekatan bersepadu dalam pendidikan bahasa. Pada hakikatnya, penganugerahan bahasa ini adalah amat penting bagi manusia. Ini kerana mereka dapat memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa dan mengaplikasikannya untuk tujuan berkomunikasi, menlahirkan perasaannya, menyampaikan ilmu dan mengakumulasinya, mengabadikan ilmu itu, mencipta keindahan melalui kesusasteraan, dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban daripada satu generasi kepada generasi yang lain (Mangantar Simanjuntak, 1982 : 1). Kepentingan Bahasa Arab Dalam kajian ini, penulis memetik mengenai kepentingan pembelajaran Bahasa Arab daripada beberapa kajian yang berkenaan. Antara kajian tersebut ialah Muhammad Aliyy al-khu:liyy (1982 :19-20). Berikut ialah kepentingan bahasa Arab secara ringkas: i- Bahasa Arab ialah bahasa al-quran al-kari:m. Dengan bahasa tersebut setiap muslim dapat membaca dan memahami isi kandungan al-quran yang mengandungi perintah-perintah suruhan dan larangan serta hukum-hukum syarak. ii- Bahasa Arab ialah bahasa solat. Setiap muslim yang menunaikan solat mesti mengguna pakai bahasa Arab. Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang berkait dengan rukun asasi dalam Islam. Justeru itu, pembelajaran Bahasa Arab adalah wajib ke atas setiap muslim. iii- Bahasa Arab ialah bahasa hadith. Justeru itu, setiap muslim yang ingin membaca hadith dan menguasai isi kandungannya hendaklah mengetahui bahasa Arab. iv- Bahasa Arab ialah suatu bahasa yang mempunyai status ekonomi bagi negara Arab, kerana mereka mempunyai kekayaan sumber minyak dan galian. Oleh itu, bahasa Arab menjadi medium yang penting bagi sesiapa yang ingin berurusan dengan negara-negara Arab dari segi ekonomi mahupun politik. v- Bahasa Arab diguna pakai sebagai bahasa pertama oleh 22 buah negara Arab dan bahasa kedua di kebanyakan negara Islam. Ini menunjukkan 1/7 penduduk dunia menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertama. Di samping itu, banyak penutur natif bahasa Arab mempelajarinya kerana didorong oleh ajaran Islam. 278

Bahasa Al-Quran dan Matlamat Negara Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah di Malaysia berkait rapat dengan matlamat dan hala tuju negara untuk menghadapi cabaran masa depan dan merealisasikan matlamat berkaitan hubungan antarabangsa dari aspek berikut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999 : 2) : A) Politik Antarabangsa Pengetahuan Bahasa Arab perlu dan berharga kerana Malaysia kini telah mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan politik antarabangsa. Pandangan Malaysia telah mendapat tempat di persidangan antarabangsa seperti Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan sebagainya. B) Bahasa Bangsa-Bangsa Bersatu Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa rasmi yang digunapakai di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pengetahuan bahasa tersebut adalah sangat penting untuk membolehkan perwakilan Malaysia memainkan peranan yang berkesan pada peringkat politik antarabangsa. C) Bahasa Penting Dunia Pengetahuan bahasa kedua khususnya Bahasa Arab akan memudahkan perhubungan pada peringkat antarabangsa dengan negara-negara yang menutur bahasa tersebut. Apa yang berlaku di negara luar sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan negara kita. Pengetahuan bahasa Arab sudah tentu dapat mempertingkatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara tersebut. D) Ilmu Pengetahuan Pembelajaran Bahasa Arab di negara kita ialah bertujuan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan di bidang pengetahuan Islam dan Bahasa Arab di samping bidang sains dan teknologi dari negara-negara Islam seperti bidang kedoktoran dan lain-lain. Ini kerana pengetahuan sains dan teknologi merupakan hasil penemuan sarjana-sarjana Islam yang silam. Kita umat Islam adalah bertanggungjawab memartabatkan kembali ilmu-ilmu peninggalan silam itu di tempat yang sewajarnya. E) Perkembangan Perindustrian Perkembangan perindustrian yang pesat di negara kita adalah disebabkan oleh bahan mentah yang banyak dan iklim politik yang positif. Ini sudah pasti akan menarik pelabur-pelabur luar untuk 279

menanam modal di sini. Penguasaan Bahasa Arab akan membolehkan lebih banyak rombongan dihantar ke negara-negara Arab bagi meningkatkan perdagangan dua hala. Justeru, rakyat Malaysia akan menikmati lebih banyak peluang pekerjaan, pendapatan negara akan meningkat dan kualiti hidup penduduk akan bertambah lebih efektif. F) Pelancongan Rakyat Malaysia yang mampu menguasai dewibahasa atau lebih akan dapat menarik lebih ramai pelancong luar dari negara Arab ke negara kita. Usaha-usaha untuk memperkenalkan negara kita kepada negera-negara itu akan dilaksanakan dengan lebih efektif dan kondusif. Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sejumlah bajet yang besar bagi memperkembangkan sektor industri tersebut. Adalah wajar bagi kita membekalkan pekerja yang menguasai dan mahir menggunakan Bahasa Arab untuk menjayakan usaha tersebut. Keperluan Mempelajari Bahasa Al-Quran: Keperluan mempelajari Bahasa Al-Quran boleh diperlihatkan dalam perkara-perkara yang berkait dengan keperluan agama atau ibadah, keperluan pelancongan, keperluan perniagaan dan sebagainya. Bagi keperluan Bahasa Arab untuk tujuan Agama, kajian Najib Jaafar (2013) menunjukkan betapa pentingnya Bahasa Arab Tujuan Agama dalam akademik dan kerjaya. Keperluan mempelajari Bahasa Al-Quran bagi tujuan Ibadah boleh dilihat dalam pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah seperti yang telah diperakukan oleh Mohd Sollah Mohamed (2016) dalam dapatan kajianya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti jemaah Haji dan Umrah menginginkan satu modul khas untuk membantu mereka dalam menunaikan Haji dan Umrah untuk mengejar kesempurnaan ibadah Haji dan Umrah. Bagi Keperluan mempelajari Bahasa Al-Quran Untuk Pelancongan Islam, kajian Imran Ahmad (2017) mendapati Pelancong Arab menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka pada setiap kali percutian musim panas kerana Malaysia memiliki aset berharga dengan kekayaan alam tropika yang mewah dengan kepelbagaian flora dan fauna dan masyarakat berbilang kaum. Tidak kurang juga pusat membeli belah yang tumbuh bagai cendawan di negara ini menggamit para pelancong dari Timur Tengah. Kesimpulan: Secara umumnya, maqalah menunjukkan secara jelas akan kepentingan dan keperluan mempelajari Bahasa Arab. Maqalah juga menunjukkan penggunaan Bahasa Al-Quran boleh menjadikannya lebih dekat kepada pelajar khususnya masyarakat awam kerana Al-Quran Al- 280

Karim dibaca secara kerap samada di dalam solat atau luar solat. Justeru, penggunaan Bahasa Al- Quran boleh diperluaskan khususnya di kalangan masyarakat awam untuk menarik minat mereka untuk mempelajarinya. Rujukan: Ahmad Redzaudin Ghazali, Dr. Md Noor Hussin, Saupi Man, Khairatul Akmar Abd Latif, Mohammad Rofian Ismail, Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar, Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab Di Masjid, e-journal of Arabic Studies & IslamicCivilization e-issn: 2289-6759 Volume 3-2016 Arifuddin, Daya Imajinasi Gaya Bahasa Al-Quran dalam Perspektif Ilmu Retorika Arab, Proceeding International Seminar Living Phenomena of Arabic Language and Al-Quran, 2014, Yogyakarta - Universitas Ahmad Dahlan 2014 Awang Sariyan. (2007). Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd. Azhar Bin Muhammad, Beberapa Aspek Keunikan Dan Keistimewaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Al-Quran, Jurnal Teknologi, 42(E) Jun. 2005: 61 76 Universiti Teknologi Malaysia (http://eprints.utm.my/1827/1/jtjun42e5.pdf) Khalid Zaheer, Qur'anic Arabic for Beginners, Al-Mawrid A Foundation for Islamic Research and Education, 2013-2014. Hafiza Iffath Hasan, Qur'anic Language Made Easy, IQRA' International Educational Foundation (2010) Hasyim Asy ari, Keistimewaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Al-Qur an, Jurnal Manajemen Pendidikan Islam (Nidhomul Haq) ISSN 2503-1481, Volume 1 (01) 21-28 (http://ejournal.ikhac.ac.id/index.php/nidhomulhaq/article/view/4/5) Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Asing Dalam Sistem Persekolahan Malaysia. Kertas Kerja yang disediakan oleh Jawatankuasa Bahasa Asing. Pada 26 Mac 1999. Luthfi, Muammar, Pembelajaran Bahasa Arab Dengan Media Al-Qur an, Modeling: Jurnal Program Studi PGMI 1, no. 1 (March 17, 2014): 15-21. Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek Bahasa Dan Pengajaran. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Md Noor Bin Hussin, Saupi Man, Khairatul Akmar Abd Latif, Mohammad Rofian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali, Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar, Tahap Penguasaan Bahasa Arab Masyarakat Awam Melalui Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa Arab Di 281

Masjid, Prosiding Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah (IRSYAD), 2016. (http://conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1056-irsyad-2016.pdf) Md Noor Hussin, Saupi Man, Khairatul Akmar Abd Latif, Mohammad Rofian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali, Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar, Pelaksanaan Pengajaran Bahasa Arab Di Masjid Negeri Dan Daerah Di Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2017. Muhammad Aliyy al-khu:liyy. (1982). Asa:li:b Tadri:s al-lughat al- Arabiyyat. Riyad : Mata:bi al-furzuduq al-tija:riyyat. Muhbib Abdul Wahab, Logika Bahasa Al-Quran, Fakultas Ilmu Tarbiyah Dan Keguruan, UIN Jakarta, 2017. Mohammad Najib Jaffar, Kirembwe Rashid Abdul Hameed, Hishomuddin Ahmad, Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama: Analisis Keperluan Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi di Universiti Sains Islam Malaysia, Ulum Islamiyyah Journal, Unlversltl Salns Islam Malaysia, Vol.10 (June) 2013. Mohd Sollah Mohamed, Prof. Madya Dr. Mohammad Seman, Keperluan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Analisis Kajian, Jurnal Kesidang Journal of Kesidang Jilid 1 2016. Mohammad Imran Bin Ahmad1, Mohammad Najib Bin Jaffar, Model Analisis Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam: Kajian Awal, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 4 Bil 2 (2017) 282