ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Similar documents
ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

LEGAL FRAMEWORK OF ZAKAT IN MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

Islamic Law of Property LAB2033 DR. ZULKIFLI HASAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

CABARAN PELAKSANAAN WAKAF UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERUNDANGAN DI MALAYSIA

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Jasri Jarnal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasnizam Hashim' Universiti Sains Islam Malaysia. Abstrak

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: KAJIAN KESERAGAMAN DAN KETIDAKSERAGAMAN BAGI PERUNTUKAN KESALAHAN TATASUSILA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

SKOP DAN PERANAN BADAN PENGUATKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI SARAWAK: KUPASAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDINGS OF 2ND UUM INT.ERNA~IONA lb IC BUSINESS MJXNAGEMENTr DNFERENCE 20~ 8 (IBM 2018)

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DY. ZAINAB BINTI AWG HAJI TUAH

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

KE ARAH PENUBUHAN BADAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA 1

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Transcription:

86 [JANUARI 2019] ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA (Comparative Analysis of Offences and Punishments Related to Zakat in the Syariah Criminal Offences Enactment of The States Of Malaysia) Muhammad Hafiz Badarulzaman, mdhafiz@uum.edu.my Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia. Siti Nabilah Sulaiman, nabilahsulaiman87@gmail.com Pusat Pengajian Perniagaan Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia. Published online: 1 January 2019 To cite: Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman. (2019). Analisis perbandingan kesalahan dan hukuman berkaitan dengan zakat dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 31(1), 86 104. Abstrak Enakmen negeri merupakan suatu set undang-undang yang digubal dan diluluskan pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis kesalahan dan hukuman berkaitan dengan zakat berdasarkan enakmen negeri dengan meneliti pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia, undang-undang bertulis, iaitu perlembagaan, enakmen Dewan Bahasa dan Pustaka. 2019. This work is licensed under the term of the Creative Commons Attribution (CC BY) (http://creative commons.org/licenses/by/4.0/) Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 86

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 87 dan undang-undang subsidiari, serta kajian sejarah perundangan zakat di Malaysia. Kajian yang dilakukan bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah kajian sejarah dan kajian perbandingan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan teknik deskriptif, iaitu jadual dan carta, serta analisis berbentuk nisbah dan kadar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan dari segi kesalahan dan hukuman antara enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia. Kata kunci: zakat, enakmen, Majlis Agama Islam Negeri, undangundang syariah Abstract The state enactment is a set of laws that has been enacted and passed at the State Legislative Assembly (DUN) throughout Malaysia. This article intends to analyze the offences and punishments that relates to zakat based on the state enactments. This article will begins briefly by describing the administration and management of zakat in Malaysia. Next, this article will look into the literature review of the sources of written law starting with constitution, enactments and subsidiary law as well as the legal study of zakat in Malaysia. This article is a legal study and a qualitative in nature and uses historical and comparative approach. The findings of this study will be analyzed by using descriptive techniques such as tables and charts as well as ratio and proportional analysis. The findings of the study by comparing the state criminal offence enactments show that there is a difference in the sense of offences and punishments. Besides, the subsidiary laws also do have its differences and similarities in terms of offences and penalties. In short, this article proposes that special provisions regarding offences and punishments must be inserted in all state enactments throughout Malaysia. This is due to the facts that some states are not having special provisions which relates to offences and punishments of zakat. Keywords: zakat, enactment, State Islamic Religious Council, Islamic law Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 87

88 KANUN [JANUARI 2019] PENDAHULUAN Pengurusan dan pentadbiran zakat di Malaysia bermula semenjak zaman prapenjajahan lagi. Menurut Mohamed et al. (1995), pengurusan zakat tidak ditadbir secara formal tetapi diletakkan di bawah kuasa Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu setiap negeri (Adibah dan Joni Tamkin, 2015). Sehingga hari ini, semua aspek yang berkaitan dengan pentadbiran zakat berada di bawah bidang kuasa negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Bersandarkan bidang kuasa tersebut, MAIN mewujudkan beberapa buah institusi untuk melaksanakan proses kutipan dan agihan zakat. Sungguhpun begitu, beberapa institusi zakat dikorporatkan supaya menjadi sebuah institusi yang bertanggungjawab penuh terhadap kutipan dan agihan zakat di negeri tertentu kerana wujudnya desakan agar kutipan dan pengagihan dana zakat di Malaysia supaya lebih cekap dan berkesan. Menurut Norazlina dan Abdul Rahim (2011), terdapat lapan institusi zakat di bawah MAIN dikorporatkan bermula dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan pada tahun 1991, diikuti oleh Pusat Zakat Selangor, Pahang dan Pulau Pinang pada tahun 1995, Pusat Pungutan Zakat Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun 2000, Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 2001 dan yang terakhir, Pusat Zakat Sabah yang dikorporatkan pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, setakat ini, hanya Selangor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang dikorporatkan sepenuhnya, iaitu mencakupi urusan kutipan dan juga agihan. Kesemua institusi yang mentadbir dan menguruskan zakat tertakluk pada sistem perundangan di Malaysia, iaitu undang-undang syariah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri menerusi penggubalan enakmen pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Enakmen yang diluluskan dan diwartakan, terutamanya yang berkaitan zakat diguna pakai oleh MAIN. Oleh sebab itu, setiap enakmen negeri yang ditadbir oleh MAIN berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap enakmen negeri di Malaysia, terdapat empat perkara penting yang akan dibahaskan Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 88

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 89 mencakupi bidang kuasa pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia, enakmen khusus yang berkaitan dengan zakat, enakmen yang berkaitan dengan kesalahan zakat dan hukumannya, serta analisis terhadap undang-undang subsidiari yang menjelaskan enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri di seluruh Malaysia. SOROTAN KAJIAN Antara sumber undang-undang dalam sistem perundangan di Malaysia termasuklah undang-undang bertulis (Noor Aziah, 2008). Undang-undang bertulis terdiri daripada perlembagaan persekutuan, perlembagaan negeri, statut, enakmen, undang-undang subsidiari dan undang-undang kecil (Ahmad dan Ahilemah, 2002). Meskipun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara, hal ehwal agama Islam tetap tertakluk pada bidang kuasa negeri seperti yang termaktub dalam jadual sembilan, senarai II - senarai negeri, perenggan 1 Perlembagaan Persekutuan: hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam negeri; adat Melayu; zakat, fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini Berdasarkan perenggan ini difahami bahawa segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan hukum syarak dari segi Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 89

90 KANUN [JANUARI 2019] undang-undang diri dan keluarga, terutamanya zakat bagi orang yang menganut agama Islam yang tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan akan ditadbir dan diuruskan oleh MAIN. Terdapat empat belas MAIN di seluruh Malaysia, iaitu satu MAIN bagi setiap negeri (tiga belas negeri) dan satu MAIN untuk wilayah persekutuan. Setiap MAIN bertanggungjawab untuk mentadbir zakat melalui kutipan dan agihan (Azizah dan Abd. Halim, 2009). Senarai MAIN berdasarkan zon di Malaysia adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 menunjukkan bahawa pentadbiran agama Islam di zon utara terdiri daripada Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, manakala zon tengah hanya melibatkan Wilayah Persekutuan dan Selangor. Pentadbiran agama Islam yang melibatkan zon selatan pula meliputi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala zon timur ditadbir oleh Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sementara itu, Sabah dan Sarawak masing-masing mewakili zon Sabah Sarawak. Jadual 1 Senarai Majlis Agama Islam Negeri berdasarkan zon di Malaysia. Majlis Agama Islam Negeri Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Majlis Agama Islam Melaka Majlis Agama Islam Selangor Majlis Agama Islam Johor Majlis Agama Islam Perlis Majlis Agama Islam Kedah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Majlis/Jabatan Agama Islam Sarawak Majlis/Jabatan Ugama Islam Sabah Zon Selatan Selatan Tengah Selatan Utara Utara Tengah Utara Timur Timur Utara Timur Sabah/Sarawak Sabah/Sarawak Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 90

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 91 Pembahagian zon dalam artikel ini bertujuan memudahkan analisis dan perbincangan. Merujuk jadual sembilan, senarai II - senarai negeri, perenggan 1, mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa terhadap sebarang pertikaian berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, terutamanya zakat yang melibatkan orang yang beragama Islam. Hal ini selaras dengan bidang kuasa mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang menyatakan: Mahkamah syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu per satu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah manamana undang-undang bertulis: Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa terhadap hal yang melibatkan penganut agama Islam termasuklah bagi sebarang kesalahan yang melanggar rukun Islam dan mana-mana undang-undang bertulis dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5000 atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut. Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa sidang DUN mempunyai kuasa untuk menggubal undangundang yang berkaitan dengan Senarai Dua, termasuklah zakat yang Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 91

92 KANUN [JANUARI 2019] boleh didengari oleh mahkamah syariah seperti yang dijelaskan dalam perenggan berikut: (2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undangundang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana perkara lain, badan perundangan sesuatu negeri boleh membuat undangundang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu per satu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. Berdasarkan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dibincangkan, difahami bahawa undang-undang syariah berada di bawah bidang kuasa negeri. Negeri boleh membuat undangundang yang dikenali sebagai enakmen melalui usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Apabila usul tersebut diterima, maka usul tersebut akan melalui beberapa proses bacaan sebagai rang undang-undang (RUU). Setelah selesai proses bacaan dan dipersetujui secara kolektif oleh semua ADUN di sidang DUN, RUU tersebut akan diwartakan dan digazetkan sebagai enakmen. Dalam konteks perbincangan artikel ini, enakmen yang berkaitan dengan undang-undang syariah akan menentukan sistem perundangan zakat negeri-negeri di seluruh Malaysia. Menurut Ahmad Hidayat (2006), Enakmen Kutipan Zakat Kelantan 1927 No. 4 merupakan undang-undang pertama yang dikanunkan meskipun dimansuhkan pada hari ini. Enakmen Zakat Kedah 1955 (No. 4) pula merupakan satu-satunya undang-undang khusus yang berkaitan dengan zakat yang kekal sehingga hari ini sejak digazetkan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan selepas melalui beberapa pindaan pada tahun 1962 dan 1982 (Muhammad Hafiz et al., 2015). Walau bagaimanapun, enakmen tersebut dipinda menjadi Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015. Oleh itu, dirumuskan bahawa setiap negeri di seluruh Malaysia mempunyai enakmen yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan zakat. Namun, enakmen tersebut pelbagai dan sesetengahnya mempunyai persamaan dan sesetengahnya yang lain mempunyai perbezaan dari segi peruntukan atau seksyen yang khusus mahupun kewujudan undang-undang subsidiari. Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 92

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 93 METODOLOGI KAJIAN Kajian undang-undang sering dirujuk sebagai kajian yang sistemik terhadap undang-undang, masalah perundangan, kombinasi tertentu atau kesemuanya (Anwarul, 2007). Oleh itu, artikel ini dianalisis menggunakan kaedah kajian undang-undang dengan merujuk peruntukan undang-undang yang terdapat dalam enakmen negeri dan undang-undang subsidiari. Kajian dalam artikel ini bersifat kualitatif dan tidak menggunakan teknik statistik kuantitatif (David, 2010). Kaedah kajian sejarah, iaitu melihat asal usul sesebuah institusi itu ditubuhkan atau melihat cara sesuatu peruntukan digubal turut digunakan dengan meneliti tahun gubalan sesebuah enakmen dan tahun penubuhan sesebuah institusi. Selain itu, kajian perbandingan juga diguna pakai bagi mengkaji titik persamaan dan perbezaan antara dua situasi dalam sistem undang-undang yang sama (Anwarul, 2007). Kajian perbandingan dibuat antara satu enakmen negeri dengan enakmen negeri yang lain yang terletak di bawah undang-undang syariah. Data primer yang digunakan dalam kajian ini ialah enakmen negeri dan perundangan kecil yang dirujuk melalui laman portal E-Syariah yang diselia oleh Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia (JKSM). Walau bagaimanapun, data yang diperoleh ini tidak lengkap sepenuhnya dan dua data lain yang turut dirujuk ialah portal LawNet yang diselia oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), iaitu sebuah percetakan rasmi undang-undang milik kerajaan persekutuan dan portal milik MAIN supaya data tersebut lengkap dan boleh dianalisis. Kajian kepustakaan turut dilaksanakan dengan menganalisis data sekunder seperti buku, jurnal dan laporan undang-undang bagi menyokong data primer. Instrumen yang diguna pakai ialah analisis dokumen. Semua dokumen yang dianalisis ialah dokumen rasmi yang meliputi enakmen negeri dan undang-undang subsidiari yang diperoleh secara dalam talian. Analisis dapatan kajian ini dibuat menggunakan teknik deskriptif, iaitu jadual dan carta, serta nisbah dan kadar. Nisbah dan kadar diukur dengan melihat perbezaan dan persamaan antara dokumen. Kadar peratusan yang dihitung pula adalah Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 93

94 KANUN [JANUARI 2019] berdasarkan jumlah keseluruhan sampel yang diguna pakai, iaitu empat belas negeri yang mewakili seratus peratus (100%). Manamana negeri yang mempunyai perbezaan dan persamaan sama ada secara berkumpulan mahupun berdiri secara persendirian akan dihitung secara pembahagian peratusan daripada 14 negeri. Kajian ini membuat andaian bahawa semua data yang diperoleh adalah daripada sumber kajian yang benar. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia Enakmen kesalahan jenayah, khususnya zakat dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) (Muhammad Hafiz et al., 2016). JAIN merupakan badan berkuasa agama yang bertanggungjawab terhadap MAIN. Hampir seluruh enakmen negeri memperuntukkan bahawa Pengarah atau Yang Dipertua JAIN akan menjadi ahli MAIN. Bahkan, kriteria Pengarah atau Yang Dipertua JAIN dinyatakan secara jelas dalam enakmen negeri. Sebagai ilustrasi, seksyen 79 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Perlis) menyatakan: Majlis boleh melantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam negeri Perlis seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai-pegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam. Enakmen tersebut secara jelas menyebut bahawa Pengarah atau Yang Dipertua JHEIPs mestilah dalam kalangan penjawat awam yang akan dibantu oleh Pegawai-pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) bagi menjalankan siasatan, pendakwaan, penguatkuasaan dan tangkapan bagi kesalahan yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Perlis). Secara keseluruhannya, terdapat 14 buah JAIN di Malaysia yang bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dapat dilihat melalui Jadual 2. Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 94

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 95 Jadual 2 Senarai jabatan agama Islam negeri. Negeri Perlis Kedah Perak Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Jabatan Agama Islam Negeri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEIPs) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Hampir keseluruhan JAIN mempunyai bahagian yang hampir sama di bawah jabatan masing-masing. Bahagian tersebut mencakupi bahagian dakwah, pengurusan, pendidikan, pengurusan masjid dan surau, penguatkuasaan, pendakwaan dan undangundang keluarga. Setiap bahagian ini memenuhi kehendak dan semangat yang termaktub dalam perlembagaan (jadual sembilan, Perlembagaan Persekutuan). Antara bidang tugas utama di bawah JAIN ialah bahagian penguatkuasaan yang bertanggungjawab dalam urusan pencegahan kemungkaran dan penguatkuasaan hukum syarak (Alias et al., 2015). Penguatkuasaan hukum syarak meliputi enakmen kesalahan jenayah syariah, terutamanya zakat. JAIN yang akan diketuai oleh pengarah atau Yang Dipertua akan dibantu oleh PPA, termasuklah pegawai masjid yang terdiri daripada naqib masjid, imam, imam ratib, bilal dan pembantu bilal (Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007). Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 95

96 KANUN [JANUARI 2019] Jadual 3 Senarai peraturan yang digubal oleh JAKIM. Semua pegawai tertakluk pada beberapa peraturan dan undangundang yang digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum menguatkuasakan enakmen kesalahan jenayah syariah (Rujuk Jadual 3). Berdasarkan enakmen yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat, terdapat perbezaan dari segi kesalahan dan hukuman antara 14 buah negeri. Sebanyak sembilan buah negeri (64.29%) mempunyai peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri masing-masing. Jadual 4 menunjukkan bahawa negeri tersebut terdiri daripada Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Johor, Terengganu dan Sarawak. Enakmen kesalahan jenayah syariah yang paling lama menguatkuasakan kesalahan dan hukuman yang berkaitan dengan zakat ialah negeri Melaka, iaitu pada tahun 1991, manakala enakmen negeri yang baru sahaja dikuatkuasakan ialah Sarawak dan Terengganu, iaitu pada tahun 2001. Jadual 4 Enakmen yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat. Negeri Enakmen Bahagian Terengganu Enakmen 7 Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 Bahagian V - Kesalahan yang Berhubung dengan Keadilan dan Ketenteraman Awam Sarawak Ordinan 46 Kesalahan Jenayah Bahagian V - Kesalahan Perak Peraturan Syariah 2001 Enakmen 3 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 Tahun Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 Kod Etika Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri 2008 Arahan Ketua Pendakwa Syarii 2011 Pelbagai Bahagian IV - Kesalahan yang Berhubung dengan Maruah Agama dan Institusinya Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 96

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 97 sambungan Jadual 4 Negeri Enakmen Bahagian Pulau Pinang Enakmen 3 Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 Bahagian III - Kesalahan yang Berhubung dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya Negeri Sembilan Melaka Johor Enakmen 4 Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Enakmen 6 Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 Enakmen 4 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Selangor Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Pahang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Bahagian IV - Kesalahan Darihal Pelbagai Kesalahan dan Saksi untuk Mendakwa Bahagian IV - Kesalahankesalahan Lain Bahagian III - Kesalahan yang berhubung dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya Bahagian III - Kesalahan yang berhubung dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya Bahagian V - Kesalahan Pelbagai Sementara itu, wilayah persekutuan merupakan satu-satunya negeri (7.14%) yang mengguna pakai akta kesalahan jenayah syariah yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat seperti dalam Jadual 2. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana faktor sejarah dan kedudukan wilayah persekutuan yang tidak mempunyai sistem raja dan Yang Dipertua Negeri. Segala cadangan undang-undang Jadual 5 Akta kesalahan jenayah syariah. Negeri Enakmen Bahagian Wilayah-wilayah Persekutuan Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III - Kesalahan yang Berhubung dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 97

98 KANUN [JANUARI 2019] yang berkaitan dengan agama sekiranya ingin dikuatkuasakan perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan parlimen. Di samping itu, sebanyak dua buah negeri, iaitu 21.43 peratus tidak mempunyai peruntukan khusus yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat dalam enakmen kesalahan jenayah syariah. Negeri tersebut ialah Perlis dan Kedah seperti dalam Jadual 6. Peruntukan yang berkaitan dengan negeri Perlis ialah seksyen 30, iaitu kesalahan tidak menyerahkan wang yang dipungut merangkumi wang baitul mal, wakaf, zakat, fitrah dan derma dianggap melakukan kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM5000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun. Di negeri Kedah pula, kesalahan zakat boleh dirujuk melalui seksyen 15, iaitu menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama. Subseksyen 2 menyatakan: Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara mencegah orang lain daripada membayar zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Subseksyen ini bermaksud sekiranya seseorang menghasut seseorang yang lain untuk tidak membayar zakat, maka orang tersebut boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun. Kelantan dan Sabah (21.43%) pula merupakan Jadual 6 Negeri yang menggunakan peruntukan lain dalam enakmen kesalahan jenayah syariah. Perlis Kedah Negeri Enakmen Seksyen dan Huraian Enakmen Jenayah dalam Syarak (Pindaan) 2007 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 Seksyen 30. Tidak menyerahkan wang atau harta yang dipungut. Seksyen 15, iaitu menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama. Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 98

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 99 dua buah negeri yang menggunakan enakmen lain untuk mendakwa kesalahan yang berkaitan dengan zakat. Kelantan memperuntukkan kesalahan zakat di bawah Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 melalui seksyen 106 bagi kesalahan tidak membayar zakat. Seseorang itu jika disabitkan kesalahan tidak membayar zakat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya. Sementara itu, Sabah merupakan negeri yang menggunakan Enakmen Zakat dan Fitrah 1993 dan mempunyai 15 peruntukan berkaitan dengan kesalahan zakat. Peruntukan tersebut bermula dari seksyen 58 hingga seksyen 73. Kesalahan zakat dalam enakmen tersebut merangkumi kesalahan pembayar zakat dan amil, serta kuasa yang diberikan kepada pendakwa untuk mendakwa kesalahan zakat. Negeri Sabah juga merupakan negeri yang paling banyak mempunyai peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan zakat di Malaysia. Jadual 7 Peruntukan kesalahan dalam enakmen lain. Negeri Enakmen Sabah Enakmen Zakat dan Fitrah 1993 Kelantan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 Rajah 1 Perbezaan penggunaan peruntukan dalam enakmen dan akta. 64.29% 14.29% 14.29% 7.13% Peruntukan khusus dalam enakmen kesalahan jenayah syariah Peruntukan khusus dalam enakmen kesalahan jenayah syariah Enakmen khusus yang berkaitan dengan zakat Akta kesalahan jenayah syariah Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 99

100 KANUN [JANUARI 2019] Secara keseluruhannya, peratusan perbezaan penggunaan set undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat adalah seperti yang terdapat dalam Rajah 1. Terdapat sembilan buah negeri (64.29%) yang mempunyai peruntukan khusus yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri, dua buah negeri (14.29%) menggunakan peruntukan lain bagi kesalahan zakat dan hukumannya dalam enakmen kesalahan jenayah syariah, dua buah negeri (14.29%) lagi pula mengguna pakai kesalahan zakat dan hukumannya dalam enakmen khusus yang berkaitan dengan zakat, serta hanya satu negeri (7.13%) yang mengguna pakai akta kesalahan jenayah syariah yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI ZAKAT Undang-undang subsidiari pada peringkat negeri ialah undangundang yang diwujudkan bagi menerangkan secara terperinci sesebuah enakmen negeri. Undang-undang subsidiari tersebut selalunya dikenali melalui penggunaan perkataan peraturanperaturan atau kaedah-kaedah. Antara undang-undang subsidiari di bawah enakmen negeri yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran zakat adalah seperti yang berikut: Jadual 8 Undang-undang subsidiari zakat. Negeri Melaka Undang-undang Subsidiari Zakat Peraturan-peraturan Pungutan Zakat dan Fitrah, Urusan Wakaf dan Baitulmal Negeri Melaka 1982 Pahang Kaedah-kaedah Zakat dan Fitrah (Pindaan) 2001 Sarawak Undang-undang Zakat dan Fitrah 1970 Selangor Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 Peraturan-peraturan Pungutan Zakat dan Fitrah, Urusan Wakaf dan Baitulmal (Melaka) 1982 mengandungi 18 peraturan, bermula dengan penubuhan LUKMAL (Lembaga Urusan Wakaf, Zakat Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 100

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 101 dan Baitulmal), proses lantikan dan pembatalan lantikan, prosedur mesyuarat sehinggalah yang melibatkan hal kewangan. Walau bagaimanapun, peraturan ini menjadi satu-satunya undang-undang subsidiari yang tidak menyatakan kesalahan dan penalti, termasuklah nisab zakat, tanggungjawab amil, serta hal yang berkaitan dengan kutipan dan agihan. Kaedah-kaedah Zakat dan Fitrah (Pahang) 2001 pula merupakan kaedah yang dikanunkan di bawah Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam 1991. Terdapat 10 kaedah yang bermula dengan nama kaedah, tarif amil, kewajipan bayaran zakat dan fitrah, kewajipan dan kuasa kadi, serta kewajipan dan kuasa Yang Dipertua MAIN. Kaedah ini merupakan kaedah yang ringkas dan tidak mempunyai tafsiran yang berkaitan dengan jenis zakat, nisab, serta kesalahan dan penalti. Sementara itu, Undang-undang Zakat dan Fitrah (Sarawak) 1970 yang dahulunya dikenali sebagai Undang-undang Zakat dan Fitrah 1966 (mempunyai 21 peraturan dan satu jadual) dipinda pada tahun 1970. Enakmen ini memuatkan peraturan pertama yang khusus untuk orang yang beragama Islam, disusuli dengan Tabung Zakat dan Fitrah, peranan MAIN, pelantikan amil, hal kewangan, serta kesalahan dan penalti. Undang-undang subsidiari yang terakhir seperti yang termaktub melalui carian Portal E-Syariah ialah Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 merupakan peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang subsidiari ini mengandungi 63 peraturan dengan dua jadual dan 14 bahagian. Antara bahagian tersebut termasuklah permulaan, kuasa majlis untuk memungut dan mengagihkan, pentadbiran zakat dan fitrah, pelantikan amil dan ejen, zakat, zakat harta dan pendapatan, fitrah, notis dan pemberitahuan zakat, taksiran zakat, semakan semula dan rayuan, pengagihan, kesalahan dan penalti, kewangan dan bahagian am. Berdasarkan peraturan 4, majlis melantik Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mentadbir dan menguruskan semua perkara yang berhubung dengan zakat dan fitrah di Selangor. Oleh yang demikian, segala urusan yang berkaitan dengan zakat perlu dirujuk kepada LZS. Oleh itu, sehingga kini, Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 101

102 KANUN [JANUARI 2019] boleh dianggap yang terbaik dan komprehensif dalam kalangan jenis undang-undang subsidiari zakat. KESIMPULAN Sistem perundangan zakat telah wujud di Malaysia sejak penjajahan British lagi. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bukti kewujudan sistem tersebut yang kini berkembang, serta dikanunkan dan diwartakan sebagai undang-undang di setiap negeri. Hampir setiap negeri mempunyai enakmen kesalahan jenayah syariahnya tetapi tidak semua negeri mempunyai peruntukan khusus yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat. Oleh itu, dicadangkan agar peruntukan khusus yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat diwujudkan dalam setiap enakmen negeri di seluruh Malaysia. Penggubalan peruntukan khusus yang berkaitan dengan kesalahan dan hukuman zakat diharap dapat meningkatkan sistem kutipan dan agihan zakat supaya menjadi lebih efisien dan sistematik. Bagi negeri yang sudah mempunyai peruntukan, kaedah hukuman dan penguatkuasaannya hendaklah dilaksanakan kerana sejarah telah membuktikan keberkesanannya. RUJUKAN Adibah Abd. Wahab dan Joni Tamkin Borhan. (2015). Analisis prestasi kutipan zakat di Malaysia. In Nor Aini Ali, Azizi Che Seman, & Mohamad Taqiuddin Mohamad (Eds.), Isu kontemporari pengurusan dan pembayaran zakat di Malaysia. Kuala Lumpur: MAIWP. Ahmad Hidayat Buang. (2006). Dilema perundangan zakat di Malaysia: Antara penguatkuasaan dan strategi pujukan/galakan/insentif membayar zakat. In Abd. Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir (Eds.), Zakat: Pensyariatan, perekonomian dan perundangan. Bangi: Penerbit UKM. Ahmad Ibrahim, & Ahilemah Joned. (2002). Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559). Alias Azhar, Mohammad Azam Hussain, Muhammad Hafiz Badarulzaman, Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 102

Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia 31 KANUN (1) Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman 103 Fauziah Mohd. Noor, & Shuhairimi Abdullah. (2015). Khalwat menurut hukum Islam dan undang-undang jenayah syariah di Malaysia: Satu tinjauan. Paper presented at The 8th UUM International Legal Conference 2015. Sintok: UUM Press. Anwarul Yaqin. (2007). Legal research and writing. Kelana Jaya: Lexis Nexis. Azizah Dolah, & Abd. Halim Mohd. Noor. (2009). Kaitan zakat dan cukai di Malaysia. In Abd. Halim Mohd. Noor et al. (Eds.). Pengintegrasian zakat dan cukai di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti. David Silverman. (2010). Doing Qualitative Research. London: Sage Publication Ltd. Enakmen Jenayah dalam Syarak (Pindaan) (Perlis) 2007. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah) 2014. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013. Enakmen 3 Enakmen Jenayah (Syariah) (Perak)1992. Enakmen 3 Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996. Enakmen 4 Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992. Enakmen 4 Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997. Enakmen 6 Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. Enakmen 7 Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Kaedah-kaedah Zakat dan Fitrah (Pindaan) (Pahang) 2001. Mohamed Abd. Wahab et al. (1995). Malaysia: A case study of zakah management. In el-ashker, & Sirajul Haw (Eds.), Institutional Framework of zakah: Dimensions and Implications. Jedah: IRTI/IDB. Muhammad Hafiz Badarulzaman, Alias Azhar, & Che Thalbi Md. Ismail. (2015). Isu perundangan zakat perbankan di sebuah institusi perbankan Islam terpilih Malaysia. In Abd. Halim Mohd. Noor, & Mohamed Saladin Abdul Rasool (Eds.), Fiqh zakat: Addressing fiqh zakat issues in the contemporary world. Melaka: IKaZ. Muhammad Hafiz Badarulzaman, Alias Azhar, & Che Thalbi Md. Ismail. (2015). Pengurusan zakat perbankan di Jabatan Zakat Negeri Kedah: Satu tinjauan. Paper presented at The 8th UUM International Legal Conference 2015. Sintok: UUM Press. Muhammad Hafiz Badarulzaman, Alias Azhar, Shuhairimi Abdullah, Mohammad Azam Hussain, & Fauziah Mohd. Noor. (2016). Amalan hisbah di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri- Negeri: Tinjauan terhadap peranan pegawai-pegawai penguat kuasa Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 103

104 KANUN [JANUARI 2019] agama. Paper presented at The 5th International Conference of Law and Society (ICLAS V). Kuala Terengganu: UNISZA. Noor Aziah Mohd. Awal. (2008). Pengenalan kepada sistem perundangan di Malaysia. Petaling Jaya: International Law Book Services. Norazlina Abd. Wahab, & Abdul Rahim Abdul Rahman. (2011). Efficiency and governance of zakat institutions. Paper presented at World Universities 1 st Zakat Conference, Kuala Lumpur, 22 24 November. Ordinan 46 Kesalahan Jenayah Syariah (Sarawak) 2001. Peraturan-peraturan Pungutan Zakat dan Fitrah, Urusan Wakaf dan Baitulmal Negeri Melaka 1982. In el-ashker, & Sirajul Haw (Eds.), Institutional framework of zakah: Dimensions and implications. Jedah: IRTI/IDB. Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012. Portal E-Shariah, Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah. Retrieved from http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/ undang2009.nsf/listspls?openform at 15 Mac 2016. Undang-undang Zakat dan Fitrah (Sarawak) 1970. Diperoleh (Received): 25 Oktober 2017 Diterima (Accepted): 28 Februari 2018 Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 104