RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

LEGAL FRAMEWORK OF ZAKAT IN MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BAB EMPAT DATA & ANALISIS PERBANDINGAN MAIS DAN PZM DALAM PENETAPAN KADAR URF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MEMELIHARA KEMURNIAN AKIDAH DAN AMALAN MUSLIM: PERANAN DAN CABARAN INSTITUSI MUFTI DALAM ERA GLOBALISASI

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

KE ARAH PENUBUHAN BADAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA 1

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE PROPOGATION OF DOCTRINE OF DEVIANT RELIGIOUS TEACHINGS IN THE CYBER NET

MALAYSIA. Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA DITERBITKAN DENGAN KUASA RANG UNDANG-UNDANG

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

FATWA BERHUBUNG WASIAT WAJIBAH DAN KESERAGAMAN PERUNTUKANNYA DALAM FATWA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Islamic Law of Property LAB2033 DR. ZULKIFLI HASAN

Kedaulatan Kesultanan Selangor Dari Perspektif Sejarah Perundangan

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Transcription:

Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp. 236-244] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA REFERENCE TO MAZHAB IN FATWA DELIBERATION: ANALYSIS ON THE ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW IN MALAYSIA Mohammad Azam Hussain 1 Haji Hairuddin Megat Latif 2 Mohd. Zakhiri Md. Nor 3 Md. Rejab Md. Desa 4 Al-Hanisham Mohd Khalid 5 Muhammad Azri Mohd Akhir 6 1,2,3,4,5 Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Email: 1 hmazam@uum.edu.my, 2 hairuddin@uum.edu.my, 3 zakhiri@uum.edu.my, 4 rejab@uum.edu.my, 5 hanisham@uum.edu.my 6 Pembantu Penyelidik Siswazah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara Malaysia. Email: irza5892@yahoo.com Accepted date: 16-12-2018 Published date: 31-12-2018 To cite this document: Hussain, M. A., Megat Latif, H. H., Md. Nor, M. Z., Md Desa, M. R., Mohd Khalid, A. H. & Mohd Akhir, M. A. (2018). Rujukan Kepada Mazhab Dalam Ketetapan Fatwa: Analisa Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 3 (13), 236-244. Abstrak: Empat mazhab utama yang diiktiraf dalam Islam dalam memahami undang-undang Syariah adalah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Di Malaysia, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah merupakan agama Persekutuan tanpa menghuraikan dengan lebih lanjut aspek mazhab yang perlu diikuti oleh umat Islam di negara ini. Bagi majoriti umat Islam di Malaysia, mazhab Syafie adalah merupakan rujukan dan pegangan dalam amalan seharian. Persoalan yang timbul, apakah kedudukan undangundang berkaitan rujukan kepada mazhab dalam ketetapan fatwa di negeri-negeri di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, artikel ini mengkaji peruntukanperuntukan undang-undang di negeri-negeri di Malaysia dalam mengawalselia urusan fatwa. Kajian ini mendapati bahawa, majoriti undang-undang yang mengawalselia urusan fatwa di negeri-negeri di Malaysia, telah menetapkan bahawa rujukan kepada pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mazhab Syafie adalah merupakan keutamaan dalam penetapan hukum Syarak. Namun begitu, sekiranya pandangan diterima (qaul muktamad) itu berlawanan dengan kepentingan awam, maka rujukan kepada pandangan diterima (qaul 236

muktamad) dalam mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dijadikan rujukan. Kajian juga mendapati bahawa hanya negeri Perlis yang menetapkan rujukan kepada al-quran dan al- Sunnah dalam penetapan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu. Kata Kunci: Fatwa, Mazhab, Pentadbiran Fatwa, Undang-undang Islam, Hukum Syarak. Abstract: The four major sects recognized in Islam in understanding the Syariah law are the Hanafi, Maliki, Syafie and Hanbali. In Malaysia, Article 3 of the Federal Constitution stipulates that Islam is the Religion of the Federation without elaborating further on sectarian aspect that needs to be followed by Muslims in the country. For the majority of Muslims in Malaysia, Shafie sect is a reference and guidance in their daily practice. The question arises, what is the legal position regarding reference to the sect in the fatwa deliberation in the states of Malaysia. By using content analysis method, this article examines the provisions of laws in the states of Malaysia in regulating the fatwa affairs. This study found that, the majority of laws regulating fatwa affairs in the states of Malaysia have stipulated that the reference to the accepted view (qaul muktamad) of the Syafie sect is a priority in the Syariah deliberation. However, if that accepted view (qaul muktamad) is contrary to the public interest, then the reference to the accepted view (qaul muktamad) of the Hanafi, Maliki or Hanbali sects can be used as a reference. The study also found that only the state of Perlis, which provides a reference to the al-quran and al-sunnah in the fatwa deliberation by the State Fatwa Committee. Keywords: Fatwa, Mazhab, Fatwa Administration, Islamic Law, Syariah Ruling. Pendahuluan Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan bahawa pentadbiran agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74(2)). Setiap negeri adalah diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi mengatur hal ehwal orang Islam termasuk undang-undang Islam atau hukum Syarak. Kerajaan-kerajaan negeri melalui badan perundangan masing-masing berkuasa menggubal undang-undang Islam dan menubuhkan organisasi pentadbiran dan pelaksanaan undangundang berkenaan, seperti penubuhan Majlis-majlis Agama Islam dan Mahkamah-mahkamah Syariah sebagaimana terkandung di dalam Jadual Kesembilan, Senarai II Senarai Negeri (Farid Sufian Shuaib, 2008). Ini termasuklah pentadbiran berkaitan dengan urusan fatwa. Setiap negeri secara umumnya mempunyai undang-undang yang mentadbir urusan fatwa di negeri berkenaan. Persoalan timbul, sejauh manakah undang-undang yang mentadbir urusan fatwa di negeri-negeri menjelaskan berkaitan dengan rujukan kepada pandangan mazhab oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam penetapan sesuatu hukum Syarak. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat kedudukan undang-undang berkaitan dengan rujukan kepada mazhab sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang mentadbir urusan fatwa di negeri-negeri di Malaysia. Undang-undang yang Mengawalselia Urusan Fatwa di Malaysia Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang berkaitan dengan urusan fatwa yang tersendiri. Ini boleh dilihat di dalam Jadual 1 berikut: 237

Jadual 1: Undang-Undang yang Mengawalselia Urusan Fatwa di Negeri-Negeri di Malaysia Negeri Enakmen/Akta/Ordinan Perlis Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (En. 4/2006) Kedah Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 6/08 / En. 10) Pulau Pinang Perak Selangor Wilayah-wilayah Persekutuan Negeri Sembilan Melaka Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En. 4/04 / En. 2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (En. 4/04) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (En. 1/03) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (En. 10/03) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 (En. 7/02) Johor Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 16/03) Pahang Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 (En. 3/91) Terengganu Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (En. 2/01) Kelantan Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (En. 4/94) Sarawak Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41/2001) Sabah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 (En. 13/92) Berdasarkan kepada Jadual 1 di atas, dapat diperhatikan bahawa semua empat belas (14) buah negeri di Malaysia mempunyai undang-undang yang tersendiri dalam mengawalselia urusan fatwa di negeri masing-masing. Tiga belas (13) buah negeri mempunyai peruntukan undangundang yang terkandung di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri. Manakala sebuah negeri sahaja iaitu negeri Kedah mempunyai undang-undang yang terasing 238

daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang dinamakan sebagai Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 6/08 / En. 10). Kedudukan Rujukan kepada Mazhab dalam Undang-undang yang Mengawalselia Urusan Fatwa di Malaysia Berdasarkan kepada analisa yang dilakukan terhadap peruntukan undang-undang yang mengawalselia urusan fatwa di negeri-negeri di Malaysia, secara umumnya kajian mendapati keseluruhan undang-undang yang ada mempunyai peruntukan khusus sebagai panduan kepada para Mufti negeri atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri berkaitan dengan rujukan kepada mazhab-mazhab sebelum diputuskan sesuatu fatwa. Perbezaan yang berlaku adalah dari segi kedudukan susunan seksyen dan tajuk bagi peruntukan berkaitan yang boleh dibahagikan kepada: (a) Qaul muktamad yang hendaklah diikuti Johor (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 16/03), seksyen 54); Melaka (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 (En. 7/02), seksyen 42); Negeri Sembilan (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (En. 10/03), seksyen 54); Pulau Pinang (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En. 4/04 / En. 2), seksyen 54); Perak (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (En. 4/04), seksyen 43); Selangor (Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (En. 1/03), seksyen 54); Terengganu (Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (En. 2/01), seksyen 54); dan Sarawak (Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41/2001) seksyen 39). (b) Nas-nas yang hendaklah diikuti Wilayah Persekutuan (Akta Pentadbiran Undangundang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), seksyen 39); (c) Nas yang akan diikuti Pahang (Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991 (En. 3/91), seksyen 41); (d) Nas-nas yang diikuti Sabah (Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1992 (En. 13/92), seksyen 40); (e) Qaul muktamad hendaklah diikuti Kedah (Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 6/08 / En. 10), seksyen 26); (f) Rujukan yang mesti diikuti Kelantan (Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (En. 4/94), seksyen 37); (g) Sumber yang hendaklah diikuti Perlis (Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (En. 4/2006), seksyen 54); Berdasarkan kepada analisa yang dilakukan terhadap undang-undang yang berkaitan, didapati sepuluh (10) buah negeri mempunyai peruntukan yang sama. Manakala empat (4) buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Sarawak mempunyai peruntukan yang berbeza dari segi struktur ayat dan juga mempunyai peruntukan-peruntukan tambahan. Ini boleh diperhatikan dalam Jadual 2 berikut: 239

Jadual 2: Ringkasan Peruntukan Berkaitan dengan Rujukan Mazhab Negeri-negeri Wilayah-Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Negeri Pulau Pinang, Perak, Sabah, Selangor, Terengganu Ringkasan Peruntukan Undang-undang (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa, atau memperakukan apa-apa pendapat, Mufti/Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie. (2) Jika Mufti/Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti/Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. (3) Jika Mufti/Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun pandangan diterima (qaul muktamad) daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti/Jawatankuasa Fatwa bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan pandangan diterima (qaul muktamad) daripada mana-mana Mazhab yang empat itu. Kedah (1) Dalam mempertimbangkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 21 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 25 Jawatankuasa Fatwa hendaklah, pada lazimnya mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijma Ulamak dan Qiyas. (2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. (3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun pandangan diterima (qaul muktamad) daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa 240

membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, maka fatwa itu bolehlah diputuskan mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan pandangan diterima (qaul muktamad) daripada mana-mana mazhab yang empat itu. Kelantan (1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah Ulama hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Shafie. (2) Jika Majlis atau Jamaah Ulama berpendapat bahawa pandangan diterima (qaul muktamad) dari Mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis atau Jamaah Ulama bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mengikut pandangan (qaul) dari mana-mana Mazahab Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka pandangan (qaul) Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut. Sarawak (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 37, atau memperakukan pendapat di bawah seksyen 38, Majlis hendaklah pada lazimnya mengikut pendapat-pendapat yang diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie. (2) Jika Majlis berpendapat bahawa dengan mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie itu akan membawa kepada suatu keadaan yang bertentangan dengan kepentingan awam, maka Majlis boleh, dengan keizinan khas Yang di-pertua Negeri, mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. (3) Jika Majlis berpendapat bahawa tiada satu pun pandangan diterima (qaul muktamad) daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada suatu keadaan yang bertentangan dengan kepentingan awam, maka Majlis boleh, dengan keizinan khas Yang di-pertua Negeri, membuat fatwa mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan pandangan diterima (qaul muktamad) mana-mana satu daripada 241

empat Mazhab itu. (4) Semasa membuat apa-apa fatwa di bawah subseksyen (2) atau (3), Majlis boleh menerangkan secara terperinci dan dengan memberi apa-apa penjelasan yang diperlukan tentang peruntukanperuntukan dan prinsip-prinsip yang diikutinya. Perlis (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengikut Al-Quran dan atau Sunnah Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam. (2) Pada mengeluarkan sesuatu fatwa di bawah Bahagian ini Majlis dan Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengambil ingatan terhadap Adat Istiadat Melayu atau Undang-undang Adat Istiadat Melayu yang terpakai dalam Negeri Perlis. Dapatan Kajian Berdasarkan kepada enakmen-enakmen yang mengawalselia urusan pentadbiran fatwa di negeri-negeri melibatkan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Selangor dan Terengganu, seseorang Mufti atau Jawatankuasa Fatwa dalam memperakukan atau mengeluarkan sesuatu fatwa, rujukan hendaklah dilakukan kepada: (a) Mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Syafie; (b) Jika pandangan-pandangan itu berlawanan dengan kepentingan awam, hendaklah mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali; dan (c) Jika tidak ada pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) daripada keempatempat mazhab yang tidak berlawanan dengan kepentingan awam, maka isu yang berbangkit boleh diselesaikan dengan hemat sendiri tanpa terikat dengan mana-mana mazhab yang empat. Peruntukan yang hampir sama dalam peruntukan undang-undang di negeri Kedah apabila menetapkan bahawa pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Syafie hendaklah secara lazimnya diikuti apabila Jawatankuasa Fatwa mempertimbangkan apa-apa fatwa atau memperakukan apa-apa pendapat dalam sesuatu isu berbangkit. Bagi negeri Kedah, undangundang secara jelas menetapkan bahawa pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Syafie yang dirujuk itu adalah berlandaskan kepada al-quran, Hadis, Ijma Ulamak dan Qiyas. Ini berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia yang tidak menjelaskan elemen berlandaskan kepada al-quran, Hadis, Ijma Ulamak dan Qiyas. Demikian juga, sekiranya berlaku keadaan di mana pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mazhab Syafie itu jika diikuti boleh berlawanan dengan kepentingan awam, maka rujukan kepada pandangan diterima (qaul muktamad) daripada mazhab Hanafi, Malik dan 242

Hambali boleh diikuti. Namun undang-undang menetapkan bahawa ia perlulah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Mana Mulia Sultan yang memerintah negeri Kedah Darulaman terlebih dahulu. Enakmen juga memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Fatwa untuk menggunakan hematnya sendiri dalam mengeluarkan sesuatu fatwa sekiranya tidak ada pandangan diterima (qaul muktamad) daripada keempat-empat mazhab untuk diikuti yang tidak bertentangan dengan kepentingan awam. Negeri Kelantan juga menetapkan bahawa pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Shafie adalah merupakan ikutan secara lazim dalam Jamaah Ulama mengeluarkan sesuatu fatwa. Sekiranya pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Shafie bertentangan dengan kepentingan awam, maka Jamah Ulama boleh mengikut qaul mana-mana mazahib Islam yang muktabar. Juga perlu mendapat keizinan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Namun begitu, di negeri Kelantan, dalam kes fatwa berkaitan dengan akidah, maka pandangan (qaul) Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang perlu diikuti. Sama juga halnya dengan negeri Sarawak, di mana Majlis Islam Sarawak yang berkuasa untuk mengeluarkan fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Syafie. Juga sekiranya ketiadaan pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mahab Syafie, maka rujukan boleh dibuat kepada pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Dalam hal ini, keizinan khas daripada Yang di-pertua Negeri adalah diperlukan. Juga sekiranya berlaku ketiadaan pandangan diterima (qaul muktamad) daripada keempat-empat mazhab, maka Majlis boleh membuat fatwa tanpa terikat dengan pandangan diterima (qaul muktamad) mana-mana mazhab dengan syarat keizinan khas daripada Yang di-pertua Negeri. Undang-undang juga menetapkan bahawa Majlis boleh menerangkan secara terperinci dan dengan memberi apa-apa penjelasan yang diperlukan tentang peruntukan-peruntukan dan prinsip-prinsip yang diikutinya. Bagi negeri Perlis pula, peruntukan yang ada dilihat sama sekali berbeza dengan peruntukan yang wujud di negeri-negeri lain di Malaysia. Negeri ini menetapkan bahawa, dalam pengeluaran fatwa atau memperakukan apa-apa pendapat, Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengikut al-quran atau Sunnah Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam. Demikian juga undang-undang menetapkan bahawa Jawatankuasa Fatwa perlu mempertimbangkan juga perihal Adat Istiadat Melayu atau Undang-undang Adat Istiadat Melayu yang berkuatkuasa di negeri Perlis. Kesimpulan Berdasarkan kepada analisis kandungan terhadap peruntukan-peruntukan yang wujud dalam undang-undang pentadbiran fatwa di negeri-negeri di Malaysia, dapat diperhatikan bahawa setiap negeri mempunyai peruntukan berkaitan dengan rujukan terhadap empat mazhab yang diiktiraf dalam perundangan Islam dalam menetapkan sesuatu hukum Syarak yang berbangkit. Kajian mendapati bahawa rujukan kepada pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mazhab Syafie adalah merupakan pandangan yang lazim diterima pakai dalam memutuskan sesuatu hukum Syarak. Namun begitu, ini tidak menafikan rujukan kepada pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab-mazhab yang lain iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali sekiranya pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mazhab Syafie adalah bertentangan dengan kepentingan awam. Demikian juga undang-undang tidak menghalang seseorang Mufti atau Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan fatwa dengan tidak berpegang kepada pandangan diterima (qaul muktamad) mana-mana mazhab yang sekiranya itu lebih 243

sesuai dan selari dengan kepentingan awam. Namun begitu didapati negeri Perlis adalah satusatunya negeri yang hanya menetapkan bahawa dalam pengeluaran sesuatu fatwa berkaitan hukum Syarak, rujukan hendaklah dilakukan kepada al-quran dan al-sunnah. Ini secara tidak langsung menjadikan peruntukan undang-undang di negeri Perlis berbeza dengan lain-lain negeri di Malaysia. Penghargaan Kumpulan penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas pemberian geran penyelidikan FRGS bagi menjalankan penyelidikan bertajuk: Keterikatan Mazhab Dalam Pelaksanaan Undang-undang Islam Di Malaysia: Pembentukan Satu Model Undang-Undang. Rujukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (En. 4/94). Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 6/08 / En. 10). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 16/03). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 (En. 7/02). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En. 4/04 / En. 2). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (En. 1/03). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (En. 10/03). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (En. 4/04). Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 (En. 4/2006). Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (En. 2/01). Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pahang) 1991 (En. 3/91). Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Sabah) 1992 (En. 13/92). Farid Sufian Shuaib. (2008). Powers and Jurisdiction of Syariah Courts in Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: LexisNexis Malaysia Sdn. Bhd. Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41/2001). Perlembagaan Persekutuan. 244