PEMBENTANGAN PSM AHIBS UTM SPACE

Similar documents
BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

TRANSFORMASI HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA DARI SUDUT EMOSI SELEPAS MEMELUK ISLAM DI JOHOR

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

Tahap Keaktifan Aktiviti Dakwah Remaja Di Masjid-Masjid Negeri Selangor: Satu Tinjauan

ISU DAN PERMASALAHAN MUALAF (CINA) DI MALAYSIA

AL-HIKMAH. Jilid 9 ISSN M No H

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

Transcription:

PEMBENTANGAN PSM AHIBS UTM SPACE DEC 18 TAJUK (TIDAK MELEBIHI 15 PATAH PERKATAAN) Nama Pelajar, Nama Penyelia Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru *Corresponding author: ahmad@utm.my Abstrak (Tidak Melebihi Patah Perkataan) Hubungan masyarakat Cina dan Melayu di negeri Terengganu telah terjalin sebelum kedatangan penjajah Barat lagi. Tempoh hubungan sosial yang telah lama berlaku telah melahirkan kelompok Cina yang berakulturasi budaya Melayu dan ada dalam kalangan mereka yang melakukan penukaran agama. Dalam konteks semasa, komuniti Cina Muslim merujuk kepada kelompok yang telah melakukan pemelukan agama Islam dan mereka melakukan penyesuaian semula kehidupan berdasarkan kerangka ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Muslim yang dominan. Mengambil kira masyarakat Melayu Muslim merupakan kelompok yang dominan di negeri Terengganu, pengaruh budaya Melayu berperanan dalam membentuk dimensi baru sosio budaya kehidupan masyarakat Cina Muslim. Objektif kajian ini adalah bertujuan melihat tahap kesepaduan budaya Melayu dalam kehidupan komuniti Cina setelah melakukan penukaran agama. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif persampelan bertujuan dengan responden seramai 86 orang. Analisis statistik dengan ujian min (purata) dan peratus digunakan bagi mengukur tahap, persepsi dan aplikasi masyarakat Cina Muslim terhadap penglibatan dan pengamalan komuniti Cina Muslim terhadap budaya-budaya lazim masyarakat Melayu di negeri Terengganu. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden berada dalam pada tahap kesepaduan yang tinggi dalam penglibatan diri aktiviti-aktiviti budaya masyarakat Melayu di negeri Terengganu. Justeru, kajian ini menjelaskan bahawa faktor persamaan agama mempercepatkan proses kesepaduan budaya dalam sesebuah masyarakat. Kata Kunci : Tahap, Kesepaduan, Budaya, Cina Muslim, Terengganu (Tidak Melebihi 5 Kata Kunci) Abstract The relationship between the Chinese and Malays communities in the state of Terengganu have been established before the arrival of the Western colonization. The long-standing social relations periods has culturally spawned Chinese acculturating cultures and among them have converted to a new religion. In the current context, the Chinese Muslim community refers to the groups that have embraced Islam and are reorganizing their lives based on the framework of Islamic teachings and the dominant culture of Muslim society. Taking into account the Malay Muslim community is the dominant group in the state of Terengganu, the influence of Malay culture plays a role in shaping a new dimension of socio-cultural life of the Chinese Muslim community. The objective of this study is to look at the level of Malay cultural integration in the life of the Chinese community after conversion. This study uses a quantitative sampling method with a total of 86 respondents. Statistical analysis with mean (average) and percentage tests is used to measure the level, perception and application of the Chinese Muslim community towards the involvement and practice of the Chinese Muslim community towards the cultures of the Malay community in Terengganu. The findings show that most respondents are in a state of high integrity in the involvement of Malay cultural activities in the state of Terengganu. Hence, this study explains that religious equality factors accelerate the process of cultural integration in a society. Keywords: Level, Integrity, Culture, Chinese Muslim, Terengganu (Not More Than 5 Keywords) 1. PENGENALAN Perkataan budaya berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu buddayah-buddi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Dalam bahasa Inggeris budaya dirujuk sebagai culture manakala dalam bahasa Latin disebut sebagai colere yang bermakna mengerjakan atau menanam (Rajagopal, 16). Jelasnya, budaya bolehlah dikatakan sebagai sesuatu yang dikerjakan oleh manusia berdasarkan kreativiti akal pemikirannya. Edward (197) melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Secara keseluruhannya, Harris (198) berpandangan budaya merupakan satu sistem yang kompleks dan lengkap yang dilahirkan melalui proses pertukaran dari satu bentuk ke bentuk yang lain dalam sesebuah masyarakat. Biarpun begitu, terdapat perbezaan takrif budaya yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Muslim. Malik Bennabi misalnya menyatakan kebudayaan sebagai kompilasi nilai akhlak dan nilai sosial yang memberi kesan dalam kehidupan individu sama ada secara sedar atau tidak (Ali al-qurayshi, 1996). Dengan demikian, kebudayaan menjadi tali yang mengikat tingkah laku seseorang individu dengan sistem hidup di kawasan yang didiami. Justeru, selain pembangunan material, kebudayaan di dalam perspektif Islam merangkumi aspek idea, pemikiran, tingkah laku dan adab (Sa id, 1988). Ismail Said (9) membahagikan budaya kepada tiga bahagian iaitu budaya yang bersifat kognitif yang merangkumi aspek bahasa, penggunaan simbol dan nilai. Keduanya ialah budaya normatif yang merangkumi peraturan bagi mengawal tingkah laku dan ketiganya ialah budaya benda seperti rumah, pakaian; dan makanan. Tan C.B () menjelaskan akulturasi budaya Melayu Terengganu dalam komuniti Cina berlaku secara langsung atau diubah suai sehingga menjadi sebahagian daripada struktur kehidupan mereka. Unsurunsur kesepaduan ini dimanifestasikan dalam kehidupan kerana faktor interaksi sosial yang lama dan ditonjolkan dalam aspek pergaulan seharian, pengalaman tinggal bersama (misalnya di kampung) dan perkongsian aktiviti sosial Sekaligus melalui proses sosialisasi ini, nilai Pembentangan Projek Sarjana Muda 18, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM SPACE

3 Ali & Ahmad (18) dan aturan hidup masyarakat lain difahami, diikuti dan dipraktis dengan lebih dekat (Tan Y.S, 11). Kajian ini memberi fokus kepada beberapa aspek perkongsian budaya seperti gotong royong, kenduri kendara, sambutan perayaan dan penggunaan bahasa Melayu Terengganu dalam kalangan komuniti Cina Muslim.. LATAR BELAKANG MASYARAKAT CINA NEGERI TERENGGANU Berdasarkan bancian penduduk 15 bagi negeri Terengganu, jumlah komuniti Cina di negeri ini ialah seramai 8,8 orang atau.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk (Jabatan Perangkaan Malaysia, 15). Sejarah awal komuniti Cina di negeri Terengganu boleh dilihat daripada catatan Wang Ta Yuan seorang ahli peniaga China ketika melawat Temasik pada tahun 139M. Wang Ta Yuan telah singgah ke Kuala Terengganu dan beliau mendapati bahawa telah ada penempatan masyarakat Cina di negeri tersebut (Purcell, 1965). Nyata sekali, penempatan masyarakat Cina di negeri Terengganu telah wujud sejak abad ke-1m. Pada abad ke-18m masyarakat Cina memainkan peranan yang penting dalam urusan perniagaan di Terengganu apabila pihak kerajaan memperuntukkan ruang perniagaan yang khusus kepada masyarakat Cina (Kassim, 1965). Tan () juga menjelaskan bahawa kesepaduan pengaruh budaya Melayu yang boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat Cina Terengganu khususnya kelompok Hokien (Cina Peranakan) ialah dalam aspek bahasa, pemakanan, seni bina rumah dan pakaian. Bertitik tolak dari tinggal di kampung-kampung seperti di kampung Tirok, Jeram, Pulau Bahagia, sebahagian besar masyarakat Cina Peranakan telah berhijrah ke bandar utama di negeri Terengganu dan bercampur dengan kelompok Cina yang tinggal di bandar. Kelompok Cina bandar juga dikenali sebagai Cina Jati terdiri daripada etnik Hainan, Kantonis, Hakka dan Toechew. Biarpun berbeza agama, suasana dan iklim pembentukan budaya masyarakat Cina di negeri Terengganu memperlihatkan wujudnya korelasi kesepaduan budaya masyarakat Melayu tempatan. Penerimaan budaya Melayu yang terserlah dalam kehidupan seharian mencerminkan bahawa cara hidup masyarakat Cina di negeri Terengganu yang agak fleksibel, mudah berakulturasi dan bersifat terbuka terhadap pengaruh persekitaran. Menurut Norhana (1), pengalaman pergaulan di kampung atau di sekolah telah membuka ruang kepada masyarakat Cina untuk mengenal lebih dekat budaya hidup dan agama masyarakat Melayu Muslim. Berdasarkan data dari Pejabat Agama Negeri Terengganu (1), seramai 3 orang telah memeluk agama Islam di negeri ini dari tempoh 199 hingga 11. Jumlah 53 orang daripadanya adalah terdiri daripada masyarakat Cina. 3. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif pensampelan bertujuan (purposive sampling). Populasi sebenar sampel ialah seramai 9 orang dan jumlah sampel yang diperolehi seramai 86 orang. Berdasarkan jadual Krejcie & Morgan, sekiranya populasi kajian adalah 95 maka sampel yang terbaik ialah 76 orang (Ahmad, 9). Item soal selidik diukur menggunakan skala likert 1 hingga 5 sebagaimana yang disarankan oleh Mohd Najib (3) iaitu 1 bagi Sangat Tidak Bersetuju (STB), bagi Tidak Bersetuju (TB), 3 bagi Tidak Pasti (TP), bagi Setuju (S) dan 5 bagi Sangat Setuju (SS). Apabila skor min dibahagikan kepada 3 tahap, ianya memberi petunjuk iaitu 1. hingga.33 adalah Rendah,.3 hingga 3.67 adalah Sederhana dan 3.68 hingga 5. adalah Tinggi. Data kuantitatif yang diperoleh ini diproses menggunakan perisian komputer Statistical package For Science (SPSS. For Windows) untuk menganalisis data deskriptif. Analisis statistik dengan ujian min (purata) dan peratus digunakan bagi melihat interpretasi responden terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Ujian rintis telah dilaksanakan dan perolehan nilai alpha pada bacaan.8 menunjukkan dapatan ini berada dalam kebolehpercayaan yang tinggi (Ahmad, 9). DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN Responden adalah terdiri daripada 86 masyarakat Cina yang beragama Islam di negeri Terengganu iaitu orang lelaki dan orang perempuan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah berkahwin dengan pasangan Melayu Muslim yang merangkumi 7.1% atau seramai 6 orang. Seramai 11 orang masih belum berkahwin, 8 orang berstatus duda atau janda manakala hanya 5 orang sahaja daripada responden yang memilih bukan Melayu sebagai pasangan hidup. Suasana pengalaman hubungan komuniti Cina Muslim dan Melayu memperlihatkan lukisan dan corak kehidupan sebenar komuniti Cina dalam beragama, menyesuaikan diri dan bersepadu dengan budaya hidup serta adat resam masyarakat Melayu. Proses kesepaduan dan menerpa nilai-nilai Islam melalui perkongsian budaya masyarakat Melayu ini boleh diperhatikan dalam adat resam masyarakat Melayu Muslim, sambutan perayaan dan perkongsian aktiviti agama. JADUAL 1: Kesepaduan Pengaruh Budaya Melayu 1. Kehidupan saya banyak dipengaruhi oleh budaya hidup masyarakat Melayu Muslim. 1 1.% 3 3.5%.7% 6 7.1% 16 18.6%. Dalam konteks hubungan pasca konversi masyarakat Cina dengan masyarakat Melayu Muslim, didapati aspek kesepaduan budaya masyarakat Melayu Muslim banyak mempengaruhi kehidupan mereka. Berdasarkan jadual 1 di atas, dapatan skor min. menunjukkan Pembentangan Projek Sarjana Muda 18, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM SPACE

Ali & Ahmad (18) kesepaduan budaya masyarakat Melayu Muslim terhadap kehidupan komuniti Cina Muslim adalah tinggi. Sebanyak 7.1% memilih untuk bersetuju dan 18.6% menyatakan sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Apa yang pasti, pengalaman hidup komuniti Cina Muslim berhubung rapat dengan kehidupannya ketika sebelum memeluk agama Islam. Berkait dengan ini, Tan Y.S (11) menyatakan tahap kesepaduan yang tinggi boleh ditemui dalam kehidupan komuniti Cina yang pernah tinggal di perkampungan masyarakat Melayu Muslim. Memperhalusi dengan lebih lanjut, Tan Y.S (11) menyatakan memakai pakaian seperti kain sarung dan kain lepas; dan menyediakan makanan seperti masakan asam pedas, budu, pucuk paku, tempoyak merupakan kelaziman ditemui dalam budaya hidup masyarakat Cina kampung. JADUAL : Kesepaduan Penglibatan Dalam Kenduri Tetangga. Saya terlibat dalam majlis kenduri yang dianjurkan oleh jiran Melayu Muslim. % %.7% 56 65.1% 6 3.%.6 Proses kesepaduan budaya ini juga boleh diperhatikan masyarakat Cina Muslim melibatkan diri dalam aktiviti budaya bersifat majlis keraian seperti kenduri yang dianjurkan oleh jiran tetangga masyarakat Melayu Muslim sangat tinggi apabila dapatan menunjukkan skor min.6 mata. Jadual di atas menunjukkan 65.1% responden bersetuju dan 3.% sangat bersetuju terhadap soalan yang dikemukakan. JADUAL 3: Kesepaduan Penglibatan Dalam Gotong Royong 3. Saya mengikuti aktiviti gotong royong, majlis perkahwinan atau kenduri yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu Muslim. %.7%.3% 56 65.1% 7.9%.16 Begitu juga kesepaduan penglibatan masyarakat Cina dalam aktiviti gotong royong, majlis perkahwinan dan kenduri-kendara yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu Muslim adalah tinggi apabila skor min menunjukkan.16. Hasil dapatan skor min yang tinggi menunjukkan masyarakat Cina Muslim di negeri Terengganu telah bersedia dengan baik untuk menerima dan meraikan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Dalam perihal ini Shahrul dan Razaleigh (1) menyatakan golongan mualaf perlu bersepadu dengan Muslim asal dengan menerima perubahan identiti seperti menukar nama dan tabiat lama mereka seperti makanan, permainan, perayaan dan sebagainya. JADUAL : Tahap Keselesaan. Saya merasa selesa melibatkan diri aktiviti bersama masyarakat Melayu Muslim..3% 1 11.6% 6 7.% 7 5.7% 1.% 3.87 Mengambil kira penglibatan masyarakat Cina dalam budaya komuniti Melayu begitu tinggi, kebanyakan masyarakat Cina Muslim merasa selesa melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat Melayu Muslim. Justeru, berdasarkan jadual, hasil dapatan skor min 3.87 menunjukkan tahap keselesaan mereka masih berada pada skala yang tinggi. Ini bermakna semakin kerap komuniti Cina Muslim terlibat dalam aktiviti masyarakat Melayu, semakin tinggilah tahap keselesaan melibatkan diri dalam aktiviti bersama. Dengan demikian, Tan Yao Sua (11) menyatakan kesepaduan budaya masyarakat minoriti budaya golongan majoriti tidak mungkin berlaku melainkan faktor interaksi yang kerap. JADUAL 5: Berkunjung ke rumah rakan Melayu 5. Saya berkunjung ke rumah masyarakat Melayu Muslim pada Hari Raya Idil Fitri. % 1 1.%.3% 51.% 39 5.3%.1 Selanjutnya, pengalaman kesepaduan hubungan inter etnik masyarakat Cina Muslim juga boleh dilihat dalam perkongsian sambutan Hari Raya. Dapatan berdasarkan jadual 5 di atas menunjukkan masyarakat Cina pasca konversi mengunjungi rumah masyarakat Melayu Pembentangan Projek Sarjana Muda 18, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM SPACE

5 Ali & Ahmad (18) Muslim pada Hari Raya Idil Fitri berada pada tahap kesepaduan paling tinggi apabila skor min memperoleh.1. Sebanyak 51.% berpendirian bersetuju dan 5.3% menyatakan sangat bersetuju terhadap soalan yang diberikan. JADUAL 6: Kesepaduan Penglibatan Tradisi Melayu Ketika Idil Fitri 6. Saya menyambut Hari Raya mengikut tradisi masyarakat Melayu. % 7 8.1% 1 11.6% 51 59.3% 18.9% 3.93 Lantaran itu, perkongsian ini amat mendedahkan komuniti Cina Muslim terhadap tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Muslim ketika menyambut Hari Raya. Skor min 3.93 menunjukkan tahap kesepaduan komuniti Cina Muslim terhadap budaya Melayu setelah memeluk Islam berada pada skala yang tinggi. JADUAL 7: Mengadakan Rumah Terbuka 7. Saya melakukan rumah terbuka sempena Hari Raya Idil Fitri dan menjemput rakan/keluarga dari masyarakat Melayu Muslim. % 7 8.1% 5 5.8% 57 66.3% 17 19.8% 3.98 Hasil dapatan seterusnya menunjukkan bahawa komuniti Cina Muslim turut sama melakukan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya dengan menjemput rakan dan keluarga dari masyarakat Melayu berada pada tahap yang tinggi apabila skor min menunjukkan 3.98. Hasil dapatan menunjukkan 66.3% bersetuju dan 19.8% menyatakan sangat bersetuju memperlihatkan tahap kesepaduan budaya Melayu ketika menyambut Hari Raya berada dalam keadaan yang menggalakkan. Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan responden memilih pasangan dari bangsa Melayu untuk mendirikan rumah tangga. Dalam perihal ini Wang (1) menyatakan Cina Muslim memahami dan mempelajari budaya Melayu dengan baik kerana faktor perkahwinan campur. Gambaran ini diserlahkan melalui berdasarkan hasil dapatan item kunjungan ziarah, penglibatan dalam perayaan yang mengandungi unsur-unsur tradisi Melayu dan mengadakan rumah terbuka berada pada tahap yang tinggi. JADUAL 8: Kesepaduan Dalam Menggunakan Bahasa Melayu Terengganu 8. Saya dapat menggunakan bahasa Melayu Terengganu dengan baik ketika berinteraksi..7% 1 16.3% 5 5.8% 6 53.5% 17 19.8% 3.67 Berdasarkan jadual 8 di atas, hasil dapatan menunjukkan kebanyakan responden bersetuju menyatakan bahawa mereka dapat berinteraksi menggunakan bahasa Melayu Terengganu dengan baik ketika melibatkan diri dalam aktiviti. Biarpun begitu, sebanyak 16.7% yang tidak bersetuju dan.7% sangat tidak bersetuju terhadap soalan yang dikemukakan. Justeru itu, perolehan skor min 3.65 darjah persetujuan menunjukkan tahap kesepaduan komuniti Cina Muslim dalam menggunakan bahasa Melayu dialek Terengganu berada pada skala yang sederhana. Keupayaan masyarakat Cina berkomunikasi menggunakan bahasa loghat Terengganu bukanlah perkara baharu. Dalam kajian yang dilakukan oleh Tan C.B (1993) ke atas masyarakat Cina di Terengganu menyatakan they have number of a Malay Cultural features and they speak Kelantan or Terengganu Malay among themselves. Penggunaan perkataan Terengganu kampung seperti perkataan brodong (berkawan), peseng (perangai), lepor (lontar), tak mboh (tidak mahu), tak dok aroh (tidak boleh buat apa-apa) dan dok leh (tidak boleh). Ini menunjukkan komuniti Cina Muslim di negeri Terengganu menguasai bahasa Melayu Terengganu dengan baik (Azarudin & Khadijah 16). 5. RUMUSAN Tahap kesepaduan budaya dalam kalangan komuniti Cina Muslim di negeri Terengganu memaparkan ia berada pada tahap yang tinggi. Mengambil kira budaya hidup dan adat resam masyarakat Melayu Muslim yang banyak berbaur dengan nilai-nilai keagamaan Islam, sekali gus pembelajaran tentang amalan Islam mendedahkan juga nilai budaya masyarakat tersebut. Memandangkan sebahagian besar responden berkahwin dengan masyarakat Melayu Muslim, proses kesepaduan budaya Melayu tidak dapat dielakkan Pembentangan Projek Sarjana Muda 18, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM SPACE

6 Ali & Ahmad (18) 6. PENGHARGAAN Pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 6-IRMI/DANA/ 5/3/ARAS (11/16) di bawah Universiti Teknologi Mara kerana menyediakan dana bagi penyelidikan yang dijalankan. Rujukan Ahmad, S.L (9). Pengenalan Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM. Ali al-quraysyi. (1996). Malik Bin Nabi dan Pergolakan Sosial. (Mohd Sofwan Amrullah, Terjemahan). Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Azarudin A. dan Khadijah M.K. (16). Perkaitan Akulturasi Budaya Dan Hubungan Antara Agama: Kajian Terhadap Komuniti Cina Pra Konversi Di Negeri Terengganu. Jurnal Hadhari: An International Journal 8, no. 1 : 85-1 Bahagian Dakwah, Pejabat Agama Negeri Terengganu. (1). Pemelukan Agama Islam 199-11 di Negeri Terengganu. Kuala Terengganu: Pejabat Agama Negeri Terengganu. Edward B. T.. (197). Primitive Culture: Researches Into The Development Of Mythology, Philosophy, Religion, Art, And Custom. New York: Gordon Press. Ismail Said H.A. (9). Pengajian Sosial : Siri Pendidikan Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications. Sdn.Bhd. Jabatan Perangkaan Malaysia. (15). Demografi Penduduk Mengikut Etnik. Putra Jaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. Harris. M. (198). Kemunculan Teori Antropologi: Sejarah Teori-teori Kebudayaan. (Norazit Selat, Terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim A.(eds). 1965). Kisah Pelayaran Abdullah. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Mohd Najib A.G. (3) Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Penyelidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Norhana N.A. (1 Mac 1) Saudara Baru di Negeri Terengganu. Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu, merangkap Pengerusi MACMA Terengganu. Dalam temu bual dengan penulis di Pejabat Darul Fitrah di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Purcell,V. (1965). The Chinese in Southeast Asia. London: OUP. S Rajagobal, S. (16). Kajian Semantik Penggunaan Frasa Nama Bahasa Tamil Berunsurkan Budaya Dalam Blog Thirutamil/Sumadi A/P S. Rajagobal. Tesis PhD. Universiti Malaya. Sa id H. (1988). Kay La amdi Ba I dan an Ihtiyajat al- Asr. Kaherah : Mu assasah al-khalij al- Arabi. Syahrul Azman Shaharuddin & Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (1) Tahap Kefahaman, Penerimaan dan Integrasi Golongan Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Jurnal al-hikmah, V. 6. 66-77. Tan, C.B. (). Chinese Minority in A Malay State. The Case of Terengganu in Malaysia. Singapore: Eastern Universities Press. Tan C.B. (1993) Chinese Peranakan Heritage in Malaysia And Singapore. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Tan Y.S. (11). Akulturasi Peranakan Cina di Tirok, Terengganu dalam Jurnal Terjemahan Alam & Tanadun Melayu :, 151-16. Wang, R.M. Chinese Muslims in Malaysia History and Development, Retrieved from http://1..11.99/eng/malaysia /ChineseMuslim_in_Malaysia.asp. Pembentangan Projek Sarjana Muda 18, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM SPACE