VOL 7 JUNE 2018 (pp ) ISSN: E-ISSN:

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERWARISAN TANAH ADAT/ULAYAT DI INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM ADAT PERPATIH : SATU TINJAUAN SYARAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KONSEP AL- ADAH MUHAKKAMAH DALAM PEWARISAN TANAH ADAT MENURUT ADAT PERPATIH DI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Keywords: Inheritance, Female, Shariah, Gender Inequity, Islamic Law.

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

Ulasan Buku / Book Review

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

ANALISIS PEMIKIRAN MB HOOKER TERHADAP ADAT DI TANAH MELAYU DALAM KARYANYA ISLAMIC LAW IN SOUTH-EAST ASIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Transcription:

VOL 7 JUNE 2018 (pp. 143-159) ISSN: 1985-7454 E-ISSN: 2590-4396 www.mjsl.usim.edu.my SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi and His Stand Towards the Issue of Inheritance According to Practice of Adat Minangkabau: A Comparative Study Pertaining to Customary Land (Tanah Adat) Issue in Malaysia i* Mualimin Mochammad Sahid, i Amir Husin Mohd Nor, i Azman Ab. Rahman, i Muneer Ali Abdul Rab, i Setiyawan Gunardi, i Mahmoud Mohamed Ali, i Fithriah Wardi, i Nik Rahim Nik Wajis, i Mohamad Ikwan Hami i Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. * (Corresponding author): mualimin.sahid@usim.edu.my ABSTRAK Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang insan agung yang menjadi ikon ulama besar di Nusantara. Beliau bukan sahaja dihormati oleh masyarakat Minang dan Nusantara, malah juga disegani oleh seluruh masyarakat dunia khususnya penduduk Mekah pada awal abad ke-19 dan akhir abad ke-20. Ini berikutan kedudukan beliau sebagai Imam dan Khatib Mazhab Syafi ie dan Mufti Syafi iyyah yang dilantik sebagai rujukan umat berkenaan hukum-hakam yang menjadi pertikaian di kalangan ulama tempatan semasa beliau berkhidmat. Berkaitan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat Minangkabau, Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi mempunyai pandangan yang berbeza dengan ulama lain. Pendirian inilah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah airnya sendiri dan bermastautin di Mekah sebagai satu tanda protes tidak bersetuju dengan amalan pembahagian harta pusaka di kalangan masyarakat Minang. Mengikut amalan adat, pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Minang diagihkan berdasarkan jurai keturunan 143

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 sebelah perempuan yang dikenali sebagai sistem matrilineal. Beliau berpendapat amalan ini bercanggah dengan hukum Allah yang mensyariatkan umat Islam supaya mematuhi hukum syarak dengan menggunakan Faraid sebagai penyelesaian terhadap isu pembahagian harta pusaka. Menerusi kaedah analisa dan perbandingan, artikel ini akan membincangkan tokoh agamawan terkenal ini dan hujah-hujah serta alasan pendirian beliau berkenaan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat masyarakat Minangkabau. Selain itu kajian ini juga akan menganalisa pandangan tersebut dan membuat perbandingan dengan pembahagian harta pusaka (tanah adat) yang diamalkan masyarakat adat Perpatih di Malaysia. Hasil kajian mendapati pandangan Syeikh Khatib al-minangkabawi Syeikh menjadi satu rujukan kepelbagaian pandangan fiqh tentang hukum pewarisan di kalangan masyarakat adat Minang. Ramai kalangan yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau, namun tidak sedikit juga yang mengambilnya kerana hujah dan alasan yang dikemukakan. Walaubagaimanapun, kalangan ulama yang mengharuskan perwarisan adat Minang menjelaskan bahawa keharusan perwarisan ini adalah berdasarkan kepada kategori harta yang diwariskan, iaitu harta pusaka yang berupa pusaka tinggi (tanah adat), kerana jenis harta ini adalah bukan hak milik mutlak kepada individu, tetapi ia adalah milik bersama suku di dalam masyakat adat. Oleh yang demikian, pembahagian warisan tanah adat sama ada dalam amalan adat Minang mahupun adat Perpatih adalah bertepatan dengan dalil syarak iaitu uruf atau adat. Kata Kunci: Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi, Tanah Adat, Minang, Perpatih ABSTRACT Sheikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi is considered as a great scholar who became the iconic scholar in the archipelago (Nusantara). He is not only respected by the Minang people in Nusantara but also honoured and respected by the whole world, especially in Mecca at the beginning of the 19 th and late 20 th centuries. This is due to his position as Imam and Khatib of Mazhab Syafi'ie as well as a Mufti who was appointed as reference 144

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA regarding the laws of disputable issues among local scholars during his time. In relation to the issue of inheritance in the Minangkabau customary practice, Sheikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi has different views with other scholars. It was his stand that led to his decision to leave his own homeland and reside in Mecca as a sign of protest for not agreeing with the practice of division of inheritance among the Minang community. According to customary practices, the distribution of inheritance (pusaka) in the Minang society is distributed on the basis of female side lineage which is known as the matrilineal system. He argues that this practice contradicts the law of Allah in the Islamic law of inheritance known as Faraid. Based on analysis and literature study method, this article will discuss the famous religious scholar and his arguments for his stand on the issue of inheritance in the customs of Minangkabau society. In addition, this study will also analyze the views and make comparisons with the distribution of inheritance (on customary land) practiced by Adat Perpatih people in Malaysia. The findings show that Sheikh Khatib al- Minangkabawi s view is a reference to the diversity of fiqh views on inheritance law among Minang people. Many people disagreed with his view, but some others agreed with it due to its strong arguments. However, the scholars who viewed inheritance system according to Minang Adat (custome) law is permissible if the category of inherited property is a kind of Pusaka Tinggi (customary land), because this type of property is not an absolute property to the individual, but it belongs to the tribe in the customary society. Therefore, the division of customary land inheritance either in the practice of Minang or Adat Perpatih is in accordance with the proposition of Islam within the law uruf or adat. Keywords: Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi, Customary land, Minang, Perpatih Pendahuluan Pembahagian harta pusaka tinggi yang diamalkan oleh masyarakat adat Perpatih di Negeri Sembilan atau lebih dikenali dengan nama Tanah Adat merupakan suatu isu yang sering 145

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 diperkatakan dan ia berterusan sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat pelbagai penulisan yang selalu diperbaharui oleh para pengkaji untuk menerangkan tentang konsep pembahagian Tanah Adat ini, namun masyarakat masih lagi memandang ia adalah suatu konsep yang menyalahi undang-undang Islam. Berdasarkan asal-usulnya, amalan adat Perpatih adalah berasal dari Minangkabau, Sumatra Barat yang mengamalkan sistem matrilineal iaitu mementingkan jurai keturunan daripada ibu dan dan pembahagian pusaka kepada pihak perempuan. Isu pembahagian pusaka berdasarkan amalan adat inilah yang menjadi pertikaian pandangan di antara ramai ulama, salah satunya adalah Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi. Menurut Hamka, Syeikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi menjelaskan bahawa Harta Pusaka minangkabau merupakan harta syubahat, harta dimakan hasilnya. Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi beranggapan bahawa seluruh masyarakat Minangkabau memakan harta haram dan beliau teguh dengan pendapatnya sehingga mengambil keputusan untuk menetap di Mekah dan meninggal di sana pada tahun 1916 (Hamka, 2006). Menerusi penjelasan dalam artikel ini, penulis akan cuba menghuraikan isu berkenaan pusaka dalam amalan adat ini menerusi pandangan beberapa ulama khasnya Syeikh Al-Khatib Al-Minangkabawi. Di samping itu akan dijelaskan juga biodata Syeikh Al-Khatib Al-Minangkabawi yang merupakan salah seorang tokoh ulama terkenal di alam Nusantara, serta pendirian berliau terhadap isu ini. Di antara kepentingan kajian ini adalah untuk menerangkan hujah-hujah dan alasan Syeikh Al-Khatib Al- Minangkabawi terhadap konsep perlaksanaan pembahagian pusaka berdasarkan amalan adat ini. Fokus kajian ini juga untuk membuat satu analisa dan perbandingan konsep matrilineal di antara dua buah negara yang mengamalkannya iaitu Malaysia dan Indonesia. 146

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA 1. Pengenalan 1.1. Latar Belakang Syeikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi. Ahmad bin Abdul Latif bin Abdullah Al-Khatib atau lebih masyhur dengan gelaran Syeikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi, dilahirkan pada tahun 25 Jun 1860 di Kota Tuo, Agam, Sumatera Barat Indonesia. Juga merupakan anak kepada ulama bangsawan Kota Gedang, Bukit Tinggi Indonesia, Abdul Latif Tuanku Abdullah. Syeikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi digelar Syeikh al-masyayikh yang bermaksud guru kepada kepada guru, merupakan guru ilmu al-turath di Masjidil Haram, Mekah. Selain itu beliau juga merupakan imam dan khatib untuk mazhab al-syafi e di Masjidil Haram. Gelaran Al-Khatib adalah sempena jawatannya sebagai khatib di Masjidil Haram. Amalan pada ketika itu adalah mendirikan solat secara berasingan mengikut mazhab masing-masing dan amalan ini diubah dengan disatukan solat jemaah setelah keluarga Saudi mengambil alih daripada Khalifah Uthmaniyyah pada awal kurun ke-20. Beliau turut menjadi mufti al-syafi iyyah yang dijadikan rujukan umat Islam seluruh dunia ketika itu. Apabila terdapat persoalan yang berlegar di sekitar ulama tempatan mengenai sesuatu isu, maka Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi akan menjadi salah seorang yang dirujuk bagi mentarjihkan hukum berkenaan (Mat Rofa Ismail, 2017). Sejak kecil lagi, beliau sudah mempamerkan tanda-tanda kehebatan seperti mampu menghafal Al-Qur an serta mampu memahami ilmu-ilmu Islam secara mendalam. Syeikh Ahmad Al- Khatib Al-Minangkabawi sendiri juga belajar di sekolah formal bernama Kweekschool. Setelah lulus di sekolah tersebut, di samping ilmu agamanya juga yang cukup mendalam, Ayah Syeikh Ahmad Khatib pun mengajak beliau untuk mengerjakan ibadah haji. Ketika itu umur beliau masih sekitar 9 tahun. Setelah ibadah haji selesai, Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi pun membuat keputusan untuk menetap dulu sementara ayahnya kembali ke Indonesia. Di situlah beliau mulai belajar ilmu daripada para ulama hebat di Mekkah. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat gigih berusaha, berdisiplin dan mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. 147

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 1.2. Keilmuan dan karya Syeikh Ahmad Khatib Al- Minangkabawi Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu fiqh. Selain itu anak watan Minang ini juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sejarah, al-jabar, ilmu falak, ilmu hitung, dan ilmu ukur (geometri). Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi juga pakar dalam ilmu geometri dan tringonometri yang berfungsi untuk menentukan arah kiblat, serta berfungsi untuk mengetahui putaran Bumi dan membuat kompas yang berguna di saat berlayar. Selain masalah teologi, dia juga pakar dalam ilmu falak, yang sehingga hari ini ilmu ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita; seperti menentukan waktu solat, melihat anak bulan untuk menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal. Beliau mengarang banyak kitab semasa berada di Mekah. Kitab-kitab tersebut dikarang bukanlah difokuskan pada satu skop ilmu sahaja, bahkan merangkumi ilmu yang pelbagai. Diantara senarai kitab telah dikarang oleh Syeikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi ialah: i. Al-Da i al-masmu fi il-radd ala yuwarritsu : ikhwah wa awlad al-akhwat ma a wujud al-ushul wa l-furu, artinya Seruan yang Didengar Dalam Menolak Pewarisan Kepada Saudara dan Anak-anak Saudara Perempuan Beserta Dasar dan Perincian, ditulis dalam bahasa Arab dan dicetak di Mesir pada tahun 1309 H. ii. Al-Manhaj al-masyru, artinya Cara-Cara Yang Disyariatkan ditulis dalam bahasa Melayu dan dicetak di Mesir pada tahun 1311H. iii. Izhhar Zughal al-kadzibin, artinya menjelaskan kekeliruan para pendusta, berisi penolakan Ahmad Khatib terhadap tarekat naqsyabandi. iv. Dawn al-siraj, artinya perjalanan lampu. Sebuah buku mengenai Mii raj Nabi, dicetak di Kairo tahun 1311 H. v. An-Nafahat, artinya Wangi wangian, sebuah buku tentang fikih. 148

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA vi. Al-Riyadh al-wardiyyah, artinya Kebun Mawar, buku tentang ushul fikih. Diterbitkan di Kair tahun 1311 H. vii. Rawdhah al-husab fi ilma al-hisab, arinya Lapangan Para Ahli Hitung Dalam Ilmu Hitung, sebuah karya yang membahas ilmu hitung dalam ilmu ukur, terutama sebgai ilmu bantu untuk ilmu hukum Islam. Diterbitkan di Kairo pada tahun 1310 H. viii. Al-Jawahir fi a mal al-jaibiyyah, artinya Mutiara-mutiara Dalam Amal-Amal Yang Memerlukan Dana, buku pedoman untuk pengetahuan tentang tanggal dan peristiwa (kronologi), yaitu untuk tujuan yang berhubungan dengan upacara-upacara agama. Diterbitkan di Kairo pada tahun 1309 H. ix. As-Sayf al-battar fi Mahaqqi Kalimat Ba dh ahl al-ightirar, artinya Pedang tajam untuk menangkis Kata-kata Sebagian Orang Yang Sombong, sebuah buku yang dikarang dalam polemiknya dengan Syekh Sa ad Mungka, pembela tarekat Naqsyabandi. x. Al-Ayat al-bayyinat lil-munshifin fi izalah hunafat ba dh al-muta ashshibin, artinya Keterangan yang Jelas bagi Orang yang Insyaf, Guna menghilangkan Kecenderungan sebagian orang yang Ta assub, masih mengenai polemik dengan pembela tarekat Naqsyabandi tersebut di atas (Akhria Nazwar, 1983). Hal ini jelas menunjukkan bahawa Syeikh Ahmad Al- Khatib Al-Minangkabawi seorang yang begitu alim dan mampu menguasai ilmu yang pelbagai bukan setakat ilmu fiqh sematamata, tetapi juga beliau seorang faqih dalam ilmu matematik, ilmu falak dan banyak lagi ilmu lain yang mampu beliau kuasai. Serba sedikit latar belakang ulama nusantara ini diperkenalkan adalah semata-semata untuk menunjukkan bahawa Syeikh Ahmad Al- Khatib Al-Minangkabawi bukan individu sembarangan. Beliau mempunyai kelebihan yang jarang dimiliki oleh masyarakat nusantara. Ini berikutan beliau adalah di antara salah seorang ulama nusantara yang dipilih untuk menjadi Imam Masjidil Haram. Hal ini merupakan suatu perkara yang luar dari kebiasaan bukan sahaja kepada kita masyarakat nusantara, bahkan seluruh bangsa yang bergelar sebagai non-arabic (bukan arab). Setakat 149

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 yang diketahui sehingga saat ini hanya tiga orang termasuk Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi yang pernah jadi imam di Masjidil Haram. Yang lainnya adalah Syaikh Muhammad Nawawi Al-Jawi Al-Bantani dan Syaikh Junaid Al-Betawi. 1.3. Adat Perpatih dan Adat Minangkabau Malaysia dan Indonesia digelar sebagai negara serumpun yang terdiri daripada etnik yang sama. Ia juga boleh dikatakan sebagai saudara kandung baik bahasa mahupun persamaan dari segi ciri-ciri fiziknya. Dikatakan bahawa adat di antara dua negera ini juga ada persamaannya. Adat yang dimaksudkan ialah Adat Perpatih. Namun begitu sepanjang pemerhatian kajian ini dijalankan, masyarakat Indonesia sendiri menggelarkan adat ini sebagai Adat Minangkabau. Sedangkan penduduk di Malaysia menamakannya sebagai Adat Perpatih. Walaupun telah diketahui umum nama Adat Perpatih ini adalah diinspirasikan daripada kisah di antara dua saudara yang bernama Dato Perpatih Nan Sebatang dan Dato Ketemenggungan yang berlaku di tanah Sumatera Barat, Indonesia. Satu temu ramah telah dijalankan di antara pihak pengkaji dengan pihak yang berautoriti yang menerangkan tentang adat ini di Muzium Negeri Sembilan mendakwa bahawa Adat Perpatih di Negeri Sembilan tidaklah secara seratus peratus diambil dari Sumatera Barat, Indonesia. Tetapi adat ini berdiri dengan identitinya yang tersendiri tanpa dinafikan bahawa asal usulnya adalah cetusan dari negara jiran iaitu Indonesia. Ini berdasarkan fakta dan pemerhatian yang dibuat oleh mereka sendiri semasa mengadakan lawatan kajian ke beberapa tempat yang berkait dengan Adat Perpatih di Indonesia. Secara umumnya, perbezaan nama di antara dua negara ini tidaklah membawa kepada impak yang membezakan identiti kedua-duanya. Tetapi ia hanyalah satu perbezaan istilah tanpa membezakan nilai, konsep dan falsafah pengamalan yang dilaksanakan oleh kedua-dua masyarakat. 2.1. Tanah Adat Menurut Adat Perpatih/Minangkabau. Satu fokus yang akan diketengahkan dalam kajian ini ialah soal pembahagian harta di dalam Adat Perpatih/Minangkabau. Menurut masyarakat di Malaysia, pembahagian harta pusaka yang masyhur dikenali dengan nama 150

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA tanah adat. Manakala tanah ulayat (pusaka tinggi) ialah istilah yang digunapakai oleh masyarakat Minang di Indonesia. Menurut Muhammad Aunurrochim (2016), jenis harta dalam masyarakat Minangkabau terbahagi kepada empat, iaitu; harta pusaka tinggi, harta pusaka rendah, harta sepencarian dan harta seorang. Pada kali ini, fokus perbincangan akan lebih tertumpu kepada harta pusaka tinggi. Hal ini kerana menurut beliau lagi harta pusaka adalah harta pusaka tinggi adalah harta yang diwariskan secara turun temurun dari beberapa generasi menurut garis keturunan ibu. Kebiasaannya harta Pusaka Tinggi berupa barang tidak bergerak, seperti rumah, kolam, sawah, ladang, kampung, hutan dan lain-lain diwarisi (bertukar pemiliknya) secara kolektif-alami turun temurun menurut garis ibu (matrilineal) dan tidak boleh dibahagi. Harta pusaka tinggi ini berkaitan dengan sejarah lahirnya sesebuah kampung dan kota yang diikuti dengan membuka sawah ladang sebagai sumber kehidupan. Hasil usaha nenek moyang inilah yang diwarisi oleh generasi sekarang. (Muhammad Aunurrochim, et al., 2016). 2.2. Kaedah Pembahagian Tanah Adat/Ulayat Menurut Adat Perpatih/Minangkabau. Masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih/Minangkabau terkenal dengan satu sistem yang dikenali sebagai sistem matrilineal di mana kaedah pewarisan harta khususnya harta pusaka tinggi ataupun lebih dikenali dengan tanah adat/ulayat adalah dibahagikan kepada waris perempuan atau mengikut jurai keturunan nasab ibu. Harta ini secara hukum adatnya adalah hak kepunyaan suku dan perempuan adalah sebagai pemegang amanah ke atas harta tersebut. Pihak perempuan boleh mengusahakan tanah tersebut disebabkan pada kebiasaannya mereka mereka tidak akan merantau jauh dari kampung halamannya tidak seperti yang dilakukan oleh kaum lelaki. Dalam ini tertentu sekiranya tidak terdapat anak perempuan dalam suatu suku, anak lelaki boleh mengusahakan tanah tersebut sehinggalah ke akhir hayatnya. Harta tersebut diserahkan kepada ahli perut lain dari suku yang sama sekiranya anak lelaki tersebut meninggal dunia. Terdapat lima prinsip asas utama yang berhubung dengan sistem pengurusan harta pusaka iaitu tanah adat. Dan prinsip tersebut diterangkan sebagaimana berikut: 151

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 i. Keturunan adalah dikira berdasarkan jurai nasab ibu. Setiap individu di dalam masyarakat Adat Perpatih adalah dari suku ibunya. Matrilineal adalah satu sistem yang diamalkan dalam amalan Adat Perpatih di mana kaum wanita lebih diutamakan. Mereka dianggap sebagai ibu kandung yang bererti ibu yang melahirkan ahli anggota masyarakat serta menetukan menentukan arah keturunan sesuatu perut. ii. Tinggal di kawasan ibu kepada isteri setelah berkahwin. Ini juga dikenali sebagai matrilocal, di mana kaum lelaki yang berkahwin perlu meninggalkan kampong halamannya semata-mata untuk menetap bersama isterinya di kawasan ibu isteri. Mereka diberi pilihan samada ingin tinggal di dalam rumah yang sama entended family atau tinggal berasingan rumah tetapi di atas tanah ibu kepada isteri. iii. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka. Maksud pepatah di atas ialah kaum perempuan diberi hak untuk mewarisi harta pusaka suku mereka. Manakala kaum lelaki tidak dibenarkan untuk mewarisi arta tersebut. Tetapi kaum lelaki mempunyai hak untuk memegang jawatan ketua adat yang terdapat di dalam Adat Perpatih. iv. Larangan untuk berkahwin sesama suku dan perut Amalan ini dipanggil juga sebagai eksogami iaitu pasangan perkahwinan mestilah berlainan suku atau perut. Mereka menganggap ahli suku atau perut adalah satu keluarga. Sekiranya berlaku, mereka boleh disingkirkan dari perut itu sendiri dan tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka (Nadzan, 1997). v. Proses berkadim Proses ini merupakan satu proses mengambil anak perempuan (anak angkat) daripada ahli perut yang lain dalam suku yang sama bagi membolehkan mereka untuk mewariskan harta kepada waris. Keadaan ini akan berlaku sekiranya waris perempuan dalam sesuatu perut tersebut tiada. Ahli perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan bersama ahli suku kerana harta pusaka yang tiada waris yang akan menuntut akan pergi ke waris di dalam suku yang sama dan bukan 152

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA perut yang sama. Namun begitu harta yang boleh dibahagikan kepada anak angkat ini adalah hanya 1/3 daripada jumlahnya keseluruhan. Selebihnya perlu diberikan kepada warisnya kerana mereka berhak ke atas 2/3 harta perempuan tadi (Makiah Tussaripah Jamil & Jamaliah Mohd Taib, 2016). 3.1. Pandangan Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi Terhadap Sistem Pewarisan Tanah Adat/Ulayat. Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang insan yang begitu hebat. Dalam masyarakat Minangkabau, Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi berperanan sebagai individu yang berusaha untuk merubah amalan khurafat yang diamalkan di dalam masyarakat. Beliau membentuk satu gerakan reformasi yang bermatlamatkan ke arah memurnikan kembali umat Islam dan membimbing mereka supaya menjauhi amalan khurafat. Di antara amalan tersebut ialah amalan bidaah samada diamalkan di Mekah atau Alam Melayu. Biarpun dia bergiat di Mekah, tetapi pelajarnya seperti Haji Abdullah, Haji Abdul Karim Amrullah dan Syeikh Jamil Jambek menggantikan peranan beliau untuk menentang amalan-amalan tersebut diamalkan di tanah airnya (Mat Rofa Ismail, 2017). Amalan Adat Minangkabau harta pusaka diwariskan kepada kemenakan (anak kepada saudara kandung) perempuan, sedangkan kemenakan lelaki berperanan sebagai pembantu dan pengusaha sahaja dalam memelihara dan membangunkan harta pusaka tersebut. Bahkan mereka hanya berhak mendapatkan hasil sahaja yang dijadikan sebagai upah terhadap pekerjaan tersebut. Perkara ini secara jelas bercanggah dengan apa yang ditetapkan dalam agama Islam.Islam memberikan kelebihan kepada kaum lelaki disebabkan tanggungjawabnya adalah lebih besar berbanding tanggungjawab seorang perempuan. Sebaliknya dalam situasi wanita lebih diutamakan. Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi begitu tegas terhadap isu ini dan tidak bersetuju terhadap amalan ini. Berikutan itu, beliau telah menulis dua buah buku mengenai harta pusaka ini, yaitu: الداعي المسموع في الرد على من يور ث إخوة وأوالد األخوات مع وجود (a األصول والفروع 153

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 (Seruan yang Didengar Dalam Menolak Menjadikan Saudara dan Anak-anak Saudara Perempuan Sebagai Ahli Waris Bersama ahli waris asal (usul) dan anak-anak (furu ). Buku ini ditulis dalam bahasa Arab dan dicetak di Mesir pada tahun 1309 H. المنهج المشروع (b (Cara-Cara Yang Disyariatkan), ditulis dalam bahasa Melayu dan dicetak di Mesir pada tahun 1311 H. Menurut beliau lagi, barangsiapa yang masih mematuhi adat yang berasal dari syaitan, yaitu Datuk Perpatih Nan Sabatang dan Datuk Ketemenggungan, maka mereka disisi hukum Allah adalah kafir dan akan dicampakkan ke dalam api neraka. Harta benda yang diperoleh menurut hukum waris kemenakan tersebut adalah dianggap sebagai harta rampasan. Mereka yang mempertahankannya sebagai miliknya berdosa besar. Hujahnya ialah kerana mereka menghabiskan harta benda anak yatim piatu dan dianggap adalah fasik dan tidak boleh dijadikan saksi dalam mana-mana perkawinan menurut Islam. Oleh itu, kesan kepada perkahwinan tersebut adalah tidak sah. Penyelesainnya adalah secara mutlak ke atas wali tersebut untuk bertaubat dan akad nikah perlu diadakan semula. Kalau tidak, mereka itu dihukum murtad dan hendaklah hubungan diputuskan dengan mereka yang tidak mahu menerima hukum waris secara Islam serta mereka tidak berhak untuk dikebumikan dengan Islam (Zulhimma, 2013). 3.2. Pandangan-pandangan lain yang Membolehkan Sistem Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Diamalkan. Perbezaan pendapat di antara para ulama dalam menentukan sesuatu hukum adalah satu perkara yang menjadi kebiasaan di dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini akan menjadi suatu budaya yang subur sekiranya perbezaan atau khilaf terhadap sesuatu hukum tersebut disambut dengan harmoni dan amalan hormat-menghormati antara satu sama lain. Begitu juga berlaku perbezaan pendapat terhadap isu pewarisan tanah adat/ulayat diamalkan dalam masyarakat Minang dan melayu di Negeri Sembilan dan Melaka. Di antara pendapat yang membolehkan amalan ini ialah seperti berikut: 154

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA a) Dr. Syeikh Abdulkarim Amrullah (Ayah kepada Hamka) berfatwa bahawa harta pusaka tinggi adalah sebagai waqaf. Hujah ijtihad beliau adalah berdasarkan kepada sirah Umar Al-Khattab yang menjadikan hartanya sendiri sebagai Musabalah ketika di Khaibar; di mana harta tersebut dibolehkan untuk mengambil isinya tetapi tidak boleh di-tasharruf-kan (jual-beli) padanya. Ini juga العادة محك مة ( fiqh adalah bersandarkan kepada kaedah yang maksudnya: Adat adalah (والعرف قاض diperkukuhkan, dan Uruf (tradisi) adalah berlaku. (Hamka, 2006). b) Hasil tulisan (Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 2016), yang bertajuk Pewarisan Tanah Adat: Kebenaran Perlaksanaanya Menurut Islam ini menyatakan bahawa hukum pewarisan tanah adat diterima oleh Syarak berdasarkan adat yang telah di terimapakai oleh kaum tertentu (uruf) selagi mana ianya tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan ini bertentangan dengan hukum syarak. c) (Hajah Makiah Tussaripah Jamil & Jamilah Mohd Taib, 2012) mendapati bahawa isu pembahagian tanah adat menurut amalan Adat Perpatih bertepatan dengan hukum syarak dengan hujah bahawa ianya mempunyai persamaan dengan konsep wakaf khas yang terdapat di dalam ajaran Islam. d) Menurut (Mualimin Mochammad Sahid, et. al., 2017), beliau mendapati bahawa wakaf keluarga (dzurri) adalah merupakan satu pendekatan yang sesuai dalam urusan pewarisan tanah adat iaitu menjadikan golongan wanita hanyalah sebagai pemegang amanah sahaja. Namun begitu tanah adat/ulayat ini tidak boleh diperjuabelikan tetapi ianya boleh diusahakan untuk memperoleh hasil atau manfaat daripadanya. 155

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 Justeru, berdasarkan kajian mengikut pandangan syarak terhadap isu pewarisan pusaka tanah adat di kalangan masyarakat adat Perpatih di Negeri Sembilan, didapati bahawa isu sebenar adalah seperti berikut: Isu warisan atau pembahagian harta pusaka dalam adat Perpatih telah disalahfahami oleh kebanyakan masyarakat di luar Negeri Sembilan. Telah diperkatakan bahawa hanya perempuan sahaja yang berhak menerima warisan dan lelaki tidak mendapat apa-apa. Ini adalah satu kekeliruan yang perlu diterangkan dan diperbetulkan. Perlu diketahui bahawa Adat Perpatih yang berpaksikan syarak (Kitabullah) sudah tentu tidak akan mengiktiraf amalan yang jelas bercanggah dengan Islam. Oleh itu, isu sebenar dalam pewarisan harta pusaka dalam adat Perpatih adalah seperti berikut: Harta pusaka yang diwariskan mengikut amalan adat hanya kepada perempuan adalah harta daripada jenis pusaka tinggi yang berupa tanah (adat) dan bukanlah semua jenis harta. Kerana selain pusaka tanah adat, ia dibahagikan secara syarak mengikut prinsip faraid. Diantara konsep dan dasar dibolehkannya pewarisan harta pusaka berupa tanah adat ini hanya kepada perempuan dan bukannya diagihkan mengikut hukum faraid adalah kerana pusaka tanah adat ini bukan harta yang masuk kategori harta yang diwariskan secara faraid, dan padas hakikatnya ia adalah bukan milik seseorang (individu) tetapi ia adalah milik bersama (suku). Adapun perempuan yang mewarisi itu hanyalah sekadar penjaga dan pemegang amanah sahaja. Di samping itu, kebenaran pewarisan tanah adat menurut Islam adalah bertepatan dengan dalil syarak iaitu Uruf atau Adat, seperti yang disebut dalam prinsip (qawa id) Fiqh: hukum. Adat itu dapat dirujuk sebagai الع اد ة م ح ك م ة (Gunardi et.al, 2017) dan juga seperti yang termaktub dalam Hadis: م ا ر آه الم س ل م و ن ح س ن ا ف ه و ع ن د هللا ح س ن (Apa yang dilihat orang-orang Islam itu sebagai baik, maka ia juga baik di sini Allah SWT) (Hadith Riwayat Ibnu Mas ud) 4. Kesimpulan 156

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang tokoh ulama nusantara yang perlu dicontohi kerana kesungguhan dan nilai keilmuan yang ada pada diri beliau. Oleh itu segala pandangan dan ijtihad yang dilakukan oleh beliau seharusnya kita hormati walaupun fatwa beliau dilihat bertentangan dengan pandangan majoriti ilmuwan yang lain. Syeikh Ahmad Al-Khatib Al- Minangkabawi beranggapan bahawa seluruh masyarakat Minangkabau memakan harta haram kerana ia menyalahi hukum yang telah ditetapkan syarak. Sebaliknya terdapat pandanganpandangan lain yang mengharuskan perlaksanaan pewarisan harta pusaka ini dengan berpegang kepada beberapa hujah mereka yang tersendiri berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Harus diketahui bahawa pewarisan tanah adat/ulayat adalah berpaksikan kepada tiga prinsip asas iaitu; pertama harta pusaka yang diwariskan mengikut amalan adat hanya kepada perempuan adalah harta daripada jenis pusaka tinggi sahaja. Kedua harta yang dibahagikan secara matrilineal ini bukanlah hak milik mutlak kepada individu, tetapi ia adalah milik kepada sesuatu suku di dalam masyakat adat. Dan pewarisan tanah adat menurut Islam adalah bertepatan dengan dalil syarak iaitu Uruf/Adat. PENGHARGAAN: Artikel ini adalah sebahagian dari penyelidikan FRGS Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bertajuk Model Kepatuhan Syariah Dalam Amalan Adat Perpatih di Malaysia (USIM/FRGS/FSU/32/50816). RUJUKAN Akhria Nazwar. (1983). Syekh Ahmad Khatib, Ilmuwan Islam di Permulaan Abad ini. Jakarta: Panjimas. Az-Zarqani. (1989). Mukhtasarul Maqasidil Hasanah Fi Bayani Kathirin Minal Ahadithil Musytaharah Alal Alsinah. Beirut: Al-Maktabul Islami. Firdauska Darya Satria. (2015). Meninjau Kaidah Al-Adah Muhakkamah sebagai Bagian Dari Urf Adat Kebiasaan Pada Masyarakat Sebagai Dalil Syariah. 157

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 https://www.academia.edu/19975050/meninjau_kai DAH_AL_%C3%82DAH_MUHAKKAMAH_SEBAG AI_BAGIAN_DARI_URF_Adat_Kebiasaan_Pada_Mas yarakat_sebagai_dalil_syariah. (3 Mei 2017) Hajah Makiah Tussaripah & Jamaliah Mohd Taib. (2016). Kajian Adat Perpatih Di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam. Research Gate. Dimuat turun pada 4 Februari 2017 dari https://www.researchgate.net/publication/301893435. Hamka. (2006). Islam dan Adat Minangkabau. Shah Alam: Pustaka Dini. Jabatan Mufti Negeri Sembilan. 2016. Pewarisan Tanah Adat: Kebenaran Pelaksanaannya Menurut Islam. Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Mat Rofa Ismail. (2017). Biografi Agung Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Mochammad Sahid, Mualimin et al, (2017). Perwarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia Dalam Adat Perpatih: Satu Tinjauan Syarak. Malaysian Journal of Syariah and Law, [S.L.], V. 5, N. 1, Aug. 2017. Issn 2590-4396. Available at: <http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/vi ew/44>. Diakses pada: 28 Mei 2018. Muhammad Aunurrochim Mas ad Saleh et al. (2016). Justifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Nadzan Haron. (1997). Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan. Zulhimma. (2013). Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi; Pengaruhnya terhadap Gerakan Dakwah Islam di Indonesia. 158

SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA Gunardi, Setiyawan, Sahid et al. (2017). Konsep Al- Adah Muhakkamah Dalam Pewarisan Tanah Adat Menurut Adat Perpatih Di Malaysia. Malaysian Journal of Syariah And Law, [S.L.], V. 6, P. 161-177, Dec. 2017. Issn 2590-4396. Available at: http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/vie w/67. Diakses pada: 28 Mei 2018. 159

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 160