MODUL PROMOSI 1. Latar belakang KISDAR? Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam Perak dan Adat Istiadat Melayu Perak. Pada September 1999 seramai 11 orang pensyarah perintis telah diambil bagi memulakan operasi penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan. Pada Oktober 1999, seramai 47 orang pelajar perintis telah diambil bagi mengikuti 3 program pengajian iaitu pengajian Diploma Syariah Islamiyyah, Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dan Diploma Usuluddin. Pada peringkat awalnya, Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Enakmen kawalankawalan sekolah agama Islam 1996 di bawah Jabatan Agama Islam Perak. Kampus sementara Kolej Islam Darul Ridzuan terletak di Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh. Kampus ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 16 Oktober 1999. Pada 17 November 2000, Dewan Undangan Negeri Perak telah meluluskan Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan yang menjadikan Kolej Islam Darul Ridzuan sebagai sebuah badan berkanun yang diletak terus di bawah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Setelah hampir sedekad kewujudan Kolej Islam Darul Ridzuan ini di alamat Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh, kini Kolej Islam Darul Ridzuan mempunyai kampus tetapnya sendiri yang tersergam indah di puncak Bukit Chandan yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang canggih dan terkini. 2. Adakah KISDAR ini sebuah institusi Pengajian Tinggi Awam? Kolej Islam Darul Ridzuan merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta tetapi merupakan badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Perak. 3. Apakah program-program yang ditawarkan di KISDAR? i. Diploma Syariah Islamiyyah ii. Diploma Usuluddin iii. Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab iv. Diploma Perbankan dan Kewangan Islam v. Diploma Perakaunan vi. Diploma Teknologi Maklumat Kursus baru yang ditawarkan di Kisdar i. Diploma Pengurusan Muamalat ii. Diploma Kaunseling Islam iii. Diploma Komunikasi Islam iv. Diploma Pentadbiran Perniagaan v. Diploma Pengajian Islam
4. SYARAT KELAYAKAN MASUK KISDAR ( BM WAJIB KREDIT ) Diploma Usuluddin Diploma Syariah Islamiyyah Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab Wajib lulus (salah satu) QURAN SUNNAH, SYARIAH, BAHASA ARAB Diploma Teknologi Maklumat Wajib lulus MATEMATIK Diploma Perakaunan 3 kredit (BM, MATEMATIK) Salah 1 kena kredit EKONOMI ASAS / PRINSIP PERAKAUNAN / PENT.PENIAGAAN Wajib lulus B.INGGERIS Diploma Perbankan Islam 3 kredit (BM, Matematik, P.Islam) Wajib lulus B.INGGERIS Diploma Pentadbiran Perniagaan 3 kredit(bm, BI, Matematik, P.Perakaunan, Perdagangan ) Diploma Pengajian Islam Wajib lulus (salah satu) P.ISLAM, QURAN SUNNAH, SYARIAH, BAHASA ARAB, B.ARAB KOMUNIKASI. Diploma Kaunseling Islam Diploma Komunikasi Islam Wajib lulus (salah satu) B.INGGERIS, B.ARAB @ P.ISLAM. Diploma Pengurusan Muamalat Wajib lulus (salah satu) B.ARAB, QURAN SUNNAH, P.ISLAM, SYARIAH.
5. Adakah kesemua program ini mendapat pengiktirafan daripada MQA? Kursus-kursus pengajian di Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat pengiktirafan penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Diploma dari mana-mana IPTA tempatan. 6. Siapakah penaja pinjaman pelajaran di KISDAR? a. Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) b. Dermasiswa Fisabilillah c. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri (SUK) 7. Apakah syarat minimum pinjaman tersebut? a. Warganegara Malaysia b. SPM dengan 3 kepujian c. Lulus Bahasa Malaysia 8. Bagaimana saya ingin memohon pinjaman tersebut? Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (HEP) yang akan uruskan 9. Apakah yang menyebabkan pinjaman pelajaran saya ditarik? Pointer turun 2.0 kebawah/ gagal / ada tindakan tatatertib 10. Apakah kelebihan KISDAR? a. Yuran pengajian yang murah & dibiayai oleh kerajaan negeri b. Kemudahan infrastuktur yang lengkap & moden c. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. d. Kelayakan diiktiraf oleh JPA & MQA. e. Pensyarah yang berkelayakan dan profesional dari dalam dan luar Negara. f. Kemudahan WiFi 11. Berapakah yuran pengajian yang dikenakan setiap semester? RM 1500 setiap semester termasuk asrama / untuk 3 tahun RM9000 12. Bilakah sesi pengambilan pelajar baru diadakan? 2 kali setahun iaitu bulan Jun dan November 13. Jika saya telah mendaftar dan memulakan pengajian separuh jalan dan saya ingin berhenti, apakah prosedur-prosedur yang perlu saya lakukan? a. Hantar surat memohon untuk berhenti dari pengajian ke Hal-Ehwal Akademik (HEA) b. Buat clearance di setiap jabatan c. Pulangkan kad matrik untuk di potong 14. Berapakah jumlah yang dikenakan terhadap saya? Pro-rate dari hari mendaftar hingga hari berhenti 15. Jika saya ingin menangguhkan pengajian saya, apakah prosedur-prosedur yang perlu saya lakukan? a. Hantar surat penangguhan kepada Hal-Ehwal Akademik (HEA) b. Maklumkan kepada HEA untuk tangguh
16. Adakah kemudahan asrama disediakan dan berapakah jumlah yang perlu dibayar? Ya, RM 500.00 setiap semester 17. Adakah saya diwajibkan untuk tinggal di asrama? Pelajar tahun pertama diwajibkan tinggal di asrama 18. Berapa lamakah tempoh pengajian bagi setiap program yang ditawarkan? Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun ( 6 semester ) 19. Bagaimanakah etika pemakaian di KISDAR a. Etika berpakaian bagi Siswa: - Pelajar mestilah berkemeja lengan pendek atau panjang, bertali leher dan berseluar slack. - Bahagian bawah baju perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) - Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi perlulah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam - Baju berbutang perlulah dikenakan butang sepenuhnya - Baju hendaklah sentiasa kemas. - Pelajar diwajibkan berstokin - Selipar, terompah dan capal tidak dibenarkan - Seluar jeans tidak dibenarkan b. Etika berpakaian bagi Siswi - Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan seperti hokum syarak - Pakaian yang tidak menutup aurat tidak dibenarkan dalam kawasan kolej - Pakaian yang jarang, ketat dan menjolok mata adalah dilarang - Pelajar tidak dibenarkan memakai skirt dan seluar jeans - Selipar, terompah dan kasut bertumit tinggi tidak dibenarkan 20. Adakah KISDAR menyediakan perkhidmatan melanjutkan pelajaran di luar negara? Ya a) Universiti of Cairo Mesir b) Universiti of Jordan c) Universiti Yarmouk d) University Mu tah e) Universiti Ahlu Al-Bait f) Universiti Hashimmiyyah, Jordan g) Universiti Mohammad Al-Khamis, Morocco h) Universiti Qarawiyyin, Rabat, Morocco i) Institut Agama Islam Negeri Sumatra Utara, Medan (IAIN) j) Universitas Panca Budi k) Universitas Medan Area Kecuali Universiti Al-Azhar Mesir
21. Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke luar Negara? Pngk 2.75 ke atas 22. Adakah KISDAR menjamin peluang pekerjaan kepada graduannya? Ya. Bergantung pada pointer. 23. Bagaimanakah cara bayaran pendaftaran di KISDAR? Pembayaran dibuat atas nama KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN di CIMB BANK : 08210002419055 Semasa hari pendaftaran wajib bawa wang pendaftaran RM 1565.00 termasuk yuran semester RM325, asrama RM500 dan yuran pendaftaran RM740 24. Berapakah bilangan jumlah pelajar yang berada di KISDAR sekarang? Hampir seribu orang 25. Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh KISDAR? a. Bilik Makmal komputer b. Perpustakaan c. Asrama d. Bilik Kuliah e. Pusat Islam / Masjid f. Kelengkapan Sukan dan Rekreasi g. Auditorium h. Kemudahan Pengangkutan ( Bas & Van kolej ) i. Dewan Serbaguna j. Kemudahan Klinik k. Kedai Koperasi l. Gimnasium m. Wifi
26. Apakah prospek kerjaya bagi setiap kursus pengajian di KISDAR? Diploma Usuluddin : Pegawai Hal Ehwal Islam Pegawai Tadbir : Diplomatik Penerbit Rancangan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan : Pegawai Tadbir : Pegawai Latihan : Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti : Pegawai Penerbitan : Pegawai Penguasa Kastam, Bomba, Penjara : Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera : Pegawai Sumber Manusia : Pegawai Penyiasat Pegawai Penguatkuasa : Pegawai Agama Daerah : Pegawai Arkib : Pegawai Perancang Bandar dan Desa : Pegawai Penguatkuasa Maritim : Pegawai Polis Pegawai Berita : Pegawai Pembangunan Masyarakat : Pegawai Belia dan Sukan : Pegawai Penerangan : Pegawai Psikologi : Pegawai Kesatria : Pegawai Perancang Bahasa : Pegawai Khas Agama Diploma Syariah Islamiyyah : Penolong Pegawai di Jabatan Agama Islam : Pendakwah : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam : Guru Agama Diploma Bahasa Dan Kesusasteraan Arab : Guru bahasa : Pendakwah : Penterjemah : Jurubahasa : Ahli Akademik : Penolong Pegawai Tadbir Diploma Perbankan dan Kewangan Islam : Pegawai Bank : Pegawai Perlaburan : Pegawai Kewangan : Pegawai Takaful/Insurans : Penganalisa Pengesanan Penipuan : Pegawai Pematuhan Shariah : Pegawai Kutipan : Pegawai Pentadbiran
Diploma Perakaunan : Pegawai Juruaudit : Penolong Eksekutif Kewangan : Penolong Eksekutif Perakaunan : Penolong Eksekutif Kewangan & Akaun : Pembantu Pegawai Juruaudit Diploma Teknologi Maklumat : Juruteknik : Pereka Efek / Pereka Multimedia : Pereka Kesan Bunyi : Pengaturcara Multimedia : Ilustructional Specialist : Audio Grafik/Pakar Audio : Video Grafik/Pakar Video : Project Manager : Pereka Web/Pembangun Web : Penyunting Audio/Video : Pengarah Seni : Pakar Animasi : Pengarah Antaramuka : Pereka Watak : Penolong Pegawai Sistem Maklumat : 3D Model : Ilustrasi : Pereka Cerita Diploma Komunikasi Islam : Penulis Skrip : Penolong Editor : Penulis Karya Kreatif : Wartawan Majalah, Akhbar, Tv : Penyiaran, Pengiklanan & Perfileman Diploma Pengurusan Perniagaan : Pengurus Jualan : Usahawan : Pengurus Pemasaran : Pengurus Operasi : Penolong Eksekutif Pentadbiran Diploma Pengurusan Muamalat : Pengurus Jualan : Usahawan : Pengurus Pemasaran : Pengurus Operasi : Penolong Eksekutif Pentadbiran
Diploma Kaunseling Islam : Kaunselor di sektor awam & swasta : Perunding Kerjaya : Pengawai Antidadah : Pegawai Rundingcara : Pegawai Sumber Manusia : Pegawai Personel : Pegawai Latihan : Pegawai penyelidikan : Pegawai Pembangunan : Pegawai Perangkaan : Pegawai/pekerja Sosial : Pegawai Kebajikan Masyarakat : Pegawai Pembangunan Penduduk : Pengajar/Guru/Pegawai bagi Pendidikan Khas : Pakar Perkembangan Kanak-kanak : Pegawai Perunding Keluarga : Pegawai Rundingcara Diploma Pengajian Islam : Pendakwah. : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Pusat Zakat, Pembangunan Keluarga & Kaunseling, Jabatan Mufti & Perundangan Syarak : Penolong Pegawai di Jabatan Agama Islam. : Guru Agama. 27. Bagaimanakah caranya saya ingin memohon melanjutkan pelajaran di KISDAR? a. Isi borang di dalam iklan akhbar/website b. Datang terus ke KISDAR c. Layari website www.kiperak.edu.my d. Hubungi En. Mohammad Burhan di talian 0139220177 dan En. Khairol Anuar 0129397523. Sms juga dilayan.