ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Amalan Pengurusan Pekerja Kurang Upaya dalam Sesebuah Organisasi Berdasarkan Undang-undang di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

TAHAP PENGETAHUAN HIBAH HARTANAH DALAM PERANCANGAN HARTA ORANG ISLAM

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

Transcription:

Volume: 3 Issue: 15 [December, 2018] pp.20-28] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA ANALYSIS ON LEVEL OF UNDERSTANDING AMONG SHARIAH NON- COMPLIANT MONEY PAYERS IN MALAYSIA Fatimah Salwa Abd. Hadi 1 Fidlizan Muhammad 2 Mohd Yahya Mohd Hussin 3, Azila Abdul Razak 4 Nurhanie Mahjom 5 Mohamad Azahari Ahmad 6 1,2,3,4,5 Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 1 fatimahsalwa@fpe.upsi.edu.my 6 Unit Pematuhan Syariah,Bahagian Pengurusan Syariah & Pembangunan Angkasa, ANGKASA. Accepted date: 22-11-2018 Published date: 20-12-2018 To cite this document: Hadi, F. S. A., Muhammad, F., Hussin, M. Y. M., Razak, A. A., Mahjom, N., & Ahmad, M. A. (2018). Analisis Tahap Kefahaman Pembayar Wang Tidak Patuh Syariah di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Education and Development, 3 (15), 20-28. Abstrak: Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pembayar wang tidak patuh syariah terhadap konsep dan sumber-sumbernya. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 115 responden yang terdiri daripada pembayar wang tidak patuh syariah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pembayar tentang wang tidak patuh syariah masih berada di tahap yang rendah dan sederhana. Manakala tahap pengetahuan berkaitan sumber-sumber wang tidak patuh syariah pula berada pada tahap yang tinggi dan sangat tinggi. Justeru, semua pihak mesti memainkan peranan untuk menyampaikan pengetahuan yang tepat kepada masyarakat tentang wang tidak patuh syariah. Hal ini penting bagi membantu masyarakat menghindarkan diri daripada terlibat dengan perolehan wang tidak patuh syariah atau menyucikan harta mereka sekiranya telah terlibat dengan aktiviti yang dilarang tersebut. Kata Kunci: Wang Tidak Patuh Syariah, Pembayar, Tidak Halal 20

Abstract: The main objective of this study is to identify the level of understanding of shariah non-compliant money payers with regards to its concepts and sources. This study used the questionnaire as the instrument and involved 115 respondents who were living in Kuala Lumpur and Selangor. The findings showed that the level of understanding of the payer on the concept of non-compliant money were low and moderate. However, the understanding towards the sources of Shariah non-compliant money were at high and very high levels. Hence, all parties must play their role to convey accurate knowledge to the public about shariah non-compliant money. It was so important to help the public get rid from any shariah non-compliance money or purifying their properties if they have been involved with the prohibited activities. Keywords: Shariah Non-Compliant Money, Payer, Non-Halal Pengenalan Sebagai sebuah negara yang mempunyai dwi sistem kewangan iaitu secara Islam dan konvensional, Malaysia bukan sahaja menggalakkan persaingan secara sihat dalam kalangan pemain industri, bahkan turut dapat memberi alternatif kepada masyarakat bagi menjalankan aktiviti ekonomi mengikut pilihan masing-masing. Meskipun situasi ini mempunyai keunikannya tersendiri, golongan yang beragama Islam perlu lebih berhati-hati supaya tidak terlibat dengan perolehan, harta atau wang yang tidak selari dengan ajaran Islam. Hakikatnya, terdapat ramai umat Islam pada masa kini yang terlibat dengan aktiviti penghasilan wang tidak patuh syariah seperti wang Riba hasil simpanan di bank-bank konvensional, sekuriti-sekuriti tidak patuh syariah, perlindungan insurans dan sebagainya (Murid Fadzli, 2008). Bagi membersihkan perolehan yang tidak patuh syariah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam yang dikendalikan pada tahun 2009 telah memutuskan beberapa perkara termasuklah penyerahan wang tidak patuh syariah (WTPS) kepada Baitulmal untuk maslahah umum. Selari dengan ketetapan tersebut, jumlah bayaran WTPS di Baitulmal telah mengalami peningkatan dari tahun ke tahun(majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor, 2017). Meskipun begitu, adakah peningkatan jumlah bayaran tersebut terjadi disebabkan tahap kefahaman masyarakat yang baik terhadap konsep WTPS. Selain itu, sejauh mana para pembayar faham tentang sumbersumber WTPS?Justeru, terdapat dua objektif yang disasarkan dalam kajian ini iaitu mengenal pasti tahap kefahaman pembayar terhadap konsep WTPS dan juga mengenal pasti tahap kefahaman pembayar terhadap sumber-sumber WTPS. Sorotan Literatur Secara umumnya, terdapat banyak perbincangan yang telah dibahaskan berkaitan dengan harta atau wang yang tidak patuh syariah (WTPS). Meskipun begitu, kebanyakan kajian lebih menjurus kepada perbincangan berkaitan definisi, hukum, sumber, dalil, kaedah penyucian dan sebagainya. Menurut Al-Zuhayli (2003), harta atau wang tidak patuh syariah (WTPS) ditakrifkan sebagai pendapatan yang diperoleh melalui cara yang menyalahi undang-undang syariah dan ianya tidak boleh dimiliki atau dimanfaatkan oleh Muslim. Dalam situasi semasa, Al-Qaradawi (2003) menjelaskan bahawa WTPS datang daripada pelbagai sumber. Ini 21

termasuklah hasil daripada perjudian, pertaruhan, transaksi Riba, pelaburan yang tidak patuh syariah, jual beli aset yang menyalahi undang-undang, insurans, aktiviti hiburan yang dilarang, penjualan tembakau atau barang-barang yang berbahaya, sekuriti yang tidak sah di sisi Islam dan segala bentuk aktiviti yang melanggar ajaran Islam. Setiap hasil atau pendapatan yang haram atau kotor ini perlu dibersihkan. Hal ini penting bagi memastikan setiap Muslim terhindar daripada sebarang dosa akibat menyimpan atau menggunakannya. Terdapat pelbagai cara yang telah dibincangkan oleh para ulama Muslim kontemporari untuk membersihkan WTPS. Menurut keterangan Al-Zarqa (2004), kesemua hasil yang dilarang ini perlu dikumpulkan dalam akaun khas dan dipisahkan daripada pendapatan yang dibenarkan. Kemudian, ia harus diserahkan kepada orang miskin dan orang yang memerlukan atau disalurkan sebagai sumbangan yang akan digunakan untuk manfaat umat Islam. Dalam hal ini, Al-Zuhayli (2005) berpendapat bahawa satu-satunya cara untuk membebaskan diri daripada terlibat dengan harta yang menyalahi syariah adalah dengan menyalurkan harta kepada orang miskin atau menyalurkannya sebagai sumbangan untuk dimanfaatkan oleh Muslim yang lain. Justeru, dapat disimpulkan bahawa kesemua harta, perolehan, keuntungan atau sebarang pulangan yang menyalahi syariah mesti disucikan. Ia tidak boleh disimpan atau digunakan apatah lagi untuk kepentingan peribadi. Menurut Al-Haq (2005), harta atau wang yang diperoleh melalui cara yang salah mestilah dikembalikan kepada pemilik sebenar. Sekiranya pemilik tersebut telah mati, maka warisnya mempunyai hak untuk memiliki harta tersebut. Namun begitu, sekiranya waris tidak dapat diketahui, harta tersebut harus disalurkan sebagai sumbangan kepada golongan fakir dan miskin. Meskipun begitu, sekiranya pemilik sebenar tidak diketahui, harta tersebut perlu disalurkan untuk kepentingan umum. Dalam hal ini, Ibn Rushd (2004) dan Al-Mawardi (1994) berpandangan bahawa sebarang harta atau wang yang menyalahi undang-undang syariah boleh dilupuskan dengan menyerahkannya kepada Baitulmal sekiranya pemiliknya tidak diketahui. Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam 2009, harta-harta yang diperoleh dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti Riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rasuah, rampasan dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat atau kepentingan diri sendiri. Kesemua harta atau perolehan yang diperoleh melalui jalan tersebut perlu dibersihkan melalui kaedahkaedah berikut. Pertama; diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah umum, kedua; diserahkan kepada golongan fakir dan miskin, ketiga; sekiranya harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan kepada pemiliknya. Sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut perlu diserahkan kepada warisnya. Sekiranya pemilik atau warisnya tidak dapat diketahui, maka harta tersebut perlu diserahkan kepada Baitulmal. Selanjutnya, hanya sebilangan kecil sahaja kajian empirikal yang pernah dijalankan berkaitan isu ini. Ini termasuklah kajian yang dijalankan oleh Saidatolakma, Sayed Sikandar dan Zuraidah(2017). Meskipun begitu, kajian ini memberi fokus tentang pandangan baharu 22

berkaitan penyucian pendapatan tidak halal dengan mengetengahkan konsep haram dalam Islam serta perkara-perkara bertentangan syariah yang berlaku di bank-bank Islam di Malaysia. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Wasiullah et.al (2017) pula memberi penekanan terhadap penyucian perolehan yang tidak selari dengan ajaran Islam dalam konteks pelaburan terutamanya dalam pasaran saham. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penyucian sedia ada untuk mengira pendapatan yang tidak bersih untuk disucikan mempunyai kekurangan sama ada dari sudut konseptual dan praktikal. Berbeza dengan kajian-kajian yang pernah dijalankan, kajian yang akan dijalankan ini memberi fokus terhadap WTPS di peringkat individu. Penilaian hanya melibatkan tahap kefahaman individu terhadap konsep WTPS dan sumber-sumbernya. Metodologi Kajian Tujuan utama kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pembayar tentang konsep wang tidak patuh syariah (WTPS) dan sumber-sumber terjadinya wang atau harta yang tidak patuh syariah. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dan diedarkan secara rawak kepada pembayar WTPS di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Maklumat berkenaan pembayar diperoleh melalui pelbagai sumber seperti Majlis Agama Islam Negeri atau berdasarkan maklumat daripada pembayar WTPS itu sendiri. Seramai 155 responden telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Namun begitu, hanya 115 borang soal selidik sahaja yang lengkap diisi dan boleh diguna pakai. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif seperti min dan sisihan piawai. Bagi menentukan tahap kefahaman masyarakat terhadap item-item yang digunakan dalam kajian ini, penentuan tersebut dilakukan berdasarkan nilai min seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah: Jadual 1: Penentuan Tahap Pemboleh Ubah Berdasarkan Petunjuk Skor Min Skor Min Tahap 1.00 1.89 SangatRendah (SR) 1.90 2.69 Rendah (R) 2.70 3.49 Sederhana (S) 3.50 4.29 Tinggi (T) 4.30 5.00 Sangat Tinggi (ST) Sumber: Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan (BPPDP), 2006. Sebagai contoh, sesuatu item itu berada di tahap yang sangat rendah sekiranya nilai min terletak di antara 1.00 hingga 1.89. Sekiranya nilai min bagi item tersebut terletak di antara 1.90 hingga 2.69, maka item tersebut berada pada tahap yang rendah. Sementara itu, item tersebut berada pada tahap yang tinggi jika nilai min terletak di antara 3.50 hingga 4.29. Jika nilai min terletak di antara 4.30 hingga 5.00, maka item tersebut berada pada tahap yang sangat tinggi. 23

Dapatan Kajian Maklumat Demografi Jadual di bawah merupakan maklumat responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan. Kesemua responden adalah beragama Islam. Lebih daripada 60 peratus adalah lelaki dan hanya 34.78 peratus sahaja perempuan. Lebih daripada separuh responden (64.35 peratus) mempunyai ijazah sarjana muda dan terdapat juga sebahagian kecil (7.83 peratus) mempunyai kelulusan di peringkat doktor falsafah. Berdasarkan kepada umur, hampir 40 peratus responden berumur di antara 31 hingga 35 tahun dan kurang daripada 30 peratus berumur di antara 21 hingga 25 tahun. Selanjutnya, seramai 34 responden terlibat dengan pekerjaan di sektor awam, 39 responden di sektor swasta manakala selebihnya bekerja sendiri. Lebih 50 peratus responden mempunyai pendapatan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan. Jadual 2: Maklumat Responden Kajian Profil Responden Jantina Pendidikan Tertinggi Umur Pekerjaan Pendapatan bersih (bulanan) Note: () nilai peratus Lelaki Perempuan Keterangan Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah 21 25 tahun 26 30 tahun 31 35 tahun Kerajaan Swasta Sendiri RM1,001 RM2,000 RM2,001 RM3,000 RM3,001 RM4,000 RM4,001 RM5,000 RM5,001 Muslim N= 115 75 (65.22) 40 (34.78) 74 (64.35) 32 (27.82) 9 (7.83) 33(28.70) 39 (33.91) 43 (37.39) 34 (29.57) 39 (33.91) 42 (36.52) 9 (7.83) 24 (20.87) 59 (51.30) 11 (9.57) 12 (10.43) Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Wang Tidak Patuh Syariah Terdapat 10 item yang digunakan dalam kajian ini untuk mengukur tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep wang tidak patuh syariah.ini termasuklah "Saya tahu bahawa penyucian wang tidakpatuh syariah bukan melalui zakat", "Saya tahu bahawa pembayaran wang tidak patuh syariah boleh dikeluarkan oleh sendiri oleh individu tersebut", "Saya tahu bahawa pembayaran wang tidak patuh syariah boleh dibayar di Baitulmal", "Saya tahu 24

bahawa Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan wang tidak patuh syariah", "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada waris jika pemiliknya telah meninggal dunia", "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah boleh diserahkan kepada fakir miskin", "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada pemilik asalnya", "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah tidak boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga", "Saya tahu bahawa wang atau harta tidak patuh syariah merujuk kepada semua jenis harta yang diperoleh daripada sumber yang bertentangan dengan syariat" dan "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah boleh digunakan untuk maslahat umum jika pemilik wang atau harta tersebut tidak berjaya dikenal pasti". Jadual 3: Kefahaman Masyarakat Terhadap Wang Tidak Patuh Syariah Bil Item Keterangan SisihanPiawai Min Tahap 1 Saya tahu bahawa penyucian wang tidak patuh syariah bukan melalui zakat 0.98 3.12 S 2 Saya tahu bahawa pembayaran wang tidak patuh syariah boleh dikeluarkan oleh sendiri oleh individu tersebut 0.73 3.04 S 3 Saya tahu bahawa pembayaran wang tidak patuh syariah boleh dibayar di Baitulmal 0.45 3.28 S 4 Saya tahu bahawa Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan wang tidak patuh syariah 0.87 2.87 S 5 Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada waris jika pemiliknya telah meninggal dunia 0.75 2.98 S 6 Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah boleh diserahkan kepada fakir 0.61 2.99 S miskin 7 Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada pemilik 0.98 3.09 S asalnya 8 Saya tahu bahawa wang tidak patuh Syariah tidak boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga 0.65 2.52 R 9 Saya tahu bahawa wang atau harta tidak patuh Syariah merujuk kepada semua jenis harta yang diperoleh daripada sumber yang bertentangan dengan syariat 0.96 2.44 R 10 Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah boleh digunakan untuk maslahat umum jika pemilik wang atau harta tersebut tidak berjaya dikenal pasti Nota: S = Sederhana (nilai min adalah 2.70 hingga 3.49) R = Rendah (nilai min adalah 1.90 hingga 2.69) 0.68 2.67 R 25

Nilai sisihan piawai bagi kesemua item adalah rendah iaitu kurang daripada 1. Sementara itu, terdapat 7 item yang mempunyai nilai min di antara 2.70 sehingga 3.49. Ini termasuklah "Saya tahu bahawa penyucian wang tidak patuh syariah bukan melalui zakat", "Saya tahu bahawa pembayaran wang tidak patuh syariah boleh dikeluarkan oleh sendiri oleh individu tersebut", "Saya tahu bahawa pembayaran wang tidak patuh syariah boleh dibayar di Baitulmal", "Saya tahu bahawa Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan wang tidak patuh syariah", "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada waris jika pemiliknya telah meninggal dunia", "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah boleh diserahkan kepada fakir miskin" dan "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada pemilik asalnya". Berdasarkan nilai min tersebut, tahap kefahaman masyarakat terhadap ketujuh-tujuh item tersebut berada pada tahap yang sederhana. Selanjutnya, terdapat 3 item yang mempunyai nilai min di antara 1.90 hingga 2.69. Item tersebut adalah "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah tidak boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga", "Saya tahu bahawa wang atau harta tidak patuh syariah merujuk kepada semua jenis harta yang diperoleh daripada sumber yang bertentangan dengan syariat" dan "Saya tahu bahawa wang tidak patuh syariah boleh digunakan untuk maslahat umum jika pemilik wang atau harta tersebut tidak berjaya dikenal pasti". Nilai min tersebut menunjukkan bahawa tahap kefahaman masyarakat adalah rendah terhadap itemitem tersebut. Sumber Wang Tidak Patuh Syariah Terdapat 15 item yang disenaraikan sebagai sumber wang tidak patuh syariah dalam kajian ini. Ini termasuklah perjudian, pertaruhan, hasil penjualan barangan tidak halal, hasil penjualan rokok atau barangan seumpamanya, perlindungan insurans konvensional, dividen bank konvensional, rasuah, hasil jualan barang curi, hasil rompakan, hasil perkhidmatan pelacuran, hasil Rampasan, transaksi riba', dividen pelaburan tidak patuh syariah, hasil sorok barang (ihtikar) dan juga jual beli yang tidak jelas (gharar). Bil Jadual 4: Sumber Wang Tidak Patuh Syariah Item Keterangan Sisihan Piawai Min Tahap 1 Perjudian 0.98 4.23 T 2 Pertaruhan 0.85 4.66 ST 3 Rasuah 0.85 3.65 T 4 Transaksiriba' 0.78 4.50 ST 5 Dividen bank konvensional 0.75 3.78 T 6 Hasil sorok barang(ihtikar) 0.88 4.09 T 7 Hasilpenjualan barangan tidakhalal 0.86 4.21 T 8 Hasilpenjualanrokokatau barangan 0.92 4.12 T 9 seumpamanya Hasiljualan barangcuri 0.76 3.98 T 10 Hasil rompakan 0.75 3.78 T 11 Hasilperkhidmatan pelacuran 0.96 4.51 ST 26

12 Hasil rampasan 0.97 4.23 T 13 Perlindungan insurans konvensional 0.82 3.96 T 14 Dividen pelaburan tidak patuh syariah 0.79 4.11 T 15 Jual beli yang tidak jelas (gharar) 0.85 4.44 ST Nota: ST = Sangat Tinggi (nilai min adalah 4.30 hingga 5.00) T = Tinggi (nilai min adalah 3.50 hingga 4.29) Kesemua item yang digunakan mempunyai nilai sisihan piawai yang kecil iaitu kurang daripada 1. Sementara itu, terdapat 4 item yang mempunyai nilai min di antara 4.30 hingga 5.00. Ini termasuklah pertaruhan, hasil perkhidmatan pelacuran, transaksi riba' dan jual beli yang tidak jelas (gharar). Berdasarkan nilai min tersebut, tahap kefahaman masyarakat tentang sumber wang tidak patuh syariah terhadap 4 item tersebut adalah sangat tinggi. Dalam erti kata lain, masyarakat mengetahui dengan jelas bahawa keempat-empat item tersebut merupakan sumber wang tidak patuh syariah. Sementara itu, 11 item yang lain mempunyai nilai min di antara 3.50 hingga 4.29. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan masyarakat berkaitan item-item yang diketengahkan sebagai sumber wang tidak patuh syariah berada di tahap yang tinggi. Itemitem tersebut termasuklah perjudian, hasil penjualan barangan tidak halal, hasil penjualan rokok atau barangan seumpamanya, perlindungan insurans konvensional, dividen bank konvensional, rasuah, hasil jualan barang curi, hasil rompakan, hasil Rampasan,dividen pelaburan tidak patuh syariah dan hasil sorok barang (ihtikar). Kesimpulan Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan, tahap pengetahuan pembayar terhadap konsep wang tidak patuh syariah dapat disimpulkan berada pada tahap yang rendah dan sederhana. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai tahap pengetahuan yang sangat tinggi dan tinggi berkaitan sumber-sumber wang tidak patuh syariah. Justeru, kesemua pihak harus menggembleng tenaga menyampaikan maklumat yang diperlukan oleh masyarakat terutamanya yang beragama Islam dalam menghadapi kepelbagaian transaksi ekonomi sama ada yang patuh dan tidak patuh syariah. Kefahaman masyarakat terhadap wang tidak patuh syariah bukan sahaja penting bagi membolehkan mereka mengelak daripada terjebak dengan mana-mana transaksi tidak patuh syariah, bahkan turut memberi alternatif bagaimana cara untuk membersihkan harta sekiranya pernah terlibat dengan mana-mana transaksi tidak patuh syariah. Rujukan Ahmad Mukhlis & Irfan Syauqi Beik (2013). Analysis of Factors Affecting Compliance Level of Paying Zakat: A Case Study in Bogor Regency. Jurnal al-muzara ah, Vol I (1), 83-106. Al-Haq, Jad al-haq Ali Jad (2005). Buhuth wa FatawaIslamiyyah fi QadayaMu asirah. Kaherah: Al-Azhar al-sharif. Al-Mawardi, Abu al-hasan Ali (1994). al-hauaial-kabir. Beirut: Dar al-kutub. Al-Qaradawi, Yusuf (2003). The Lawful and the Prohibited in Islam (1st ed.). London: Al- Birr Foundation. 27

Al-Zarqa, Mustafa (2004). Fatawa Mustafa al-zarqa. Damsyik: Dar al-qalam. Al-Zuhayli, Wahbah Mustafa (2003). FatawaMuasirah. Damsyik: Dar al-fikr. Bahagian Perancangandan PenyelidikanDasar Pendidikan (BPPDP) (2006). PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KualaLumpur:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). Henderson, J. C. (2010). Sharia-Compliant Hotels. Tourism and Hospitality Research, 10(3), 246-254. Ibn Rushd, Abu al-walid Muhammad Ibn Ahmad (2004). Bidayat al-mujtahid wa-nihayat al-muqtasid. Beirut: Dar al-kutub. Muhamad Muda, Ainulashikin Marzuki & Amir Shahabuddin (2005). Internal and External Factors Influencing Individual s Participation in Zakat: Preliminary Results. Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 2(1), 77-92. Murid Fadzli (2008). Wang Syubhah: Kaedah Pelupusan Menurut Ulama Dan Fatwa Semasa. Kuala Lumpur: Buletin JAWHAR, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Nor Zafir Md Salleh,Abu Bakar Abdul Hamid, Noor HazarinaHashim&Siti ZalehaOmain (2014). ThePracticeof Shariah-Compliant Hotel in Malaysia. InternationalJournal of Trade,Economicand Finance, 5(1), 26-30. Nur Barizah Abu Bakar & Hafiz Majdi Abdul Rashid (2010). Motivations of Paying Zakat on Income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics and Finance, 2(3), 76-84. Pengurusan Wang Tidak Patuh Syariah.(t.t.).Diperoleh pada Disember16,2017,daripada http://www.mais.gov.my/perkhidmatan/perkhidmatan-baitulmal/pengurusan-wang-tidak patuh-syariah?start=1 Saidatolakma Mohd Yunus, Sayed Sikandar alhaneef dan ZuraidahKamaruddin(2017). Purification of Non-Halal Income in Malaysian Islamic Banks: An Overview. Journal of Islamic in Asia, 14(2), 305-326. Wangtak patuh syariah.(t.t.). Diperoleh padadisember15, 2017, daripada http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/2015-11-20-07-49-26/wang-tak-patuhsyariah Wasiullah Shaik Mohammed, MuftiAbdul Kader Barkatulla, Mohammed Husain Khatkhatay, Zaffar Abbas, (2017). Purging of Impure Income: A Comparative Study of The Existing Purging Methodologies. ISRA International Journal of IslamicFinance, 9(1), 62-80. 28