STRATEGI PERLAKSANAAN WASIAT YANG EFEKTIF DI MALAYSIA

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PELAKSANAAN HIBAH AMANAH SEBAGAI SUATU INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA ISLAM DI MALAYSIA

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HARTA TIDAK DITUNTUT: PUNCA DAN KAEDAH PENYELESAIANNYA. Unclaimed Property: Factors And Solutions ABSTRAK

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Transcription:

STRATEGI PERLAKSANAAN WASIAT YANG EFEKTIF DI MALAYSIA Ain Noor Liyana Binti Mat Johan 1, Aminah Binti Mohsin, Phd 1 ; Siti Radiaton Adawiyah Binti Zakaria,PhD 1 ; Mohd Shahril Bin Abdul Rahman, PhD 1; Ainur Zaireen Binti Zainudin, PhD 1 ; Norhidayah Binti Md. Yunus, PhD 1 ; Farah Binti Zaini, PhD 2 ; Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad, PhD 3 1 Jabatan Harta Tanah, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor 2 Jabatan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak 3 Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Volume: 3 Issue: 8 [March, 2018] pp.50-58] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com Accepted date: 29 January 2018 Published date: 14 April 2018 To cite this document: Mat Johan, A. N. L., Mohsin, A., Zakaria, S. R. A., Abdul Rahman, M. S., Zainudin, A. Z., Md Yunus, N., Zaini, F., and. Mohammad, M. T. S. (2018). Strategi Perlaksanaan Wasiat yang Efektif Di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 3(8), 50 58. Abstrak: Wasiat merupakan salah satu kaedah yang sangat dituntut dalam Islam bagi menguruskan harta pusaka. Proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah sekiranya si mati meninggalkan wasiat. Walaubagaimanapun, konsep wasiat yang sebenar perlulah difahami oleh pembuat, penerima dan pemegang amanah agar pengurusan wasiat dapat dilaksanakan dengan lancar. Perlaksanaan dan pengurusan wasiat di Malaysia mempunyai pelbagai isu dan masalah hasil daripada ketidakfahaman masyarakat atau pemegang amanah itu sendiri mengenai konsep dan hukum wasiat. Kesannya, harta pusaka berwasiat terpaksa dibekukan kerana terdapat urusan-urusan dokumentasi yang tidak sah dan tidak sempurna. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji strategi yang perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan isu dan masalah yang timbul agar pengurusan wasiat menjadi lebih efektif. Bagi mencapai objektif tersebut, reka bentuk penyelidikan kualitatif diaplikasi. Data sekunder telah diekstrak dari laporan tahunan, jurnal dan buku teks berkaitan. Data primer diperolehi melalui temu bual bersemuka yang telah dijalankan dengan menggunakan soalan separa berstruktur. Data primer dan sekunder kemudiannya dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa strategi yang boleh dipraktikkan bagi penambahbaikan pengurusan harta pusaka berwasiat yang di Malaysia. Kata Kunci:Wasiat, Penambahbaikan, Strategi 50

THE STRATEGIES ON THE IMPLEMENTATION OF EFFECTIVE WILLS IN MALAYSIA Ain Noor Liyana Binti Mat Johan 1, Aminah Binti Mohsin, Phd 1 ; Siti Radiaton Adawiyah Binti Zakaria,PhD 1 ; Mohd Shahril Bin Abdul Rahman, PhD 1; Ainur Zaireen Binti Zainudin, PhD 1 ; Norhidayah Binti Md. Yunus, PhD 1 ; Farah Binti Zaini, PhD 2 ; Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad, PhD 3 1 Jabatan Harta Tanah, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor 2 Jabatan Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak 3 Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Abstract: Wills is one of the highly recommended methods in Islam for managing the estate. The process of claiming an estate will be easier if the deceased leave a wills. However, the actual concept of wills should be understood by the makers, recipients and trustees in order to ensure the management of wills can be implemented smoothly. Implementation and management of wills in Malaysia has various issues and problems arising from the misunderstanding of the community or trustees on the concept and law of wills. As a result, the testament estate has to be frozen because there are illegal and lacking documentation papers. Consequently, this study is focused to study the strategies to resolve the issues and problems, so that the wills management will be more effective. To achieve these objectives, the qualitative research design is applied. Secondary data has been extracted from annual reports, journals and related textbooks. Primary data were obtained through face-to-face interviews that were conducted using semi-structured questions. Primary and secondary data were then collected and analyzed using content analysis methods. The finding shows that there are several strategies that can be implemented for the improvement of management testate estate in Malaysia Keywords: Wills, Improvements, Strategies Pengenalan Wasiat merupakan salah satu instrumen dalam pengurusan harta pusaka selain daripada Faraid dan Takharuj. Faraid merupakan pembahagian harta pusaka kepada ahli waris yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah swt di dalam Al-Quran (Surah An-Nisa, 11-12). Takharuj atau permuafakat pula adalah satu kaedah yang dilakukan sesama ahli waris berasaskan kepada prinsip toleransi, redha meredhai dan persetujuan dalam pembahagian harta pusaka (Zamro, dan Ridzuan, 2006). Manakala wasiat, instrumen yang difokuskan dalam kajian ini, didefinisikan sebagai pesanan yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya sama ada dalam bentuk tulisan, lisan mahupun isyarat dan akan dilaksanakan selepas kematian pewasiat (Kasimah dan Yazid, 2012). Wasiat adalah suatu keperluan dalam perancangan harta pusaka kerana pembahagian harta pusaka menjadi lebih mudah sekiranya terdapat wasiat yang ditinggalkan oleh pewasiat. Wasiat yang ditinggalkan perlulah dilaksanakan secepat mungkin sejurus selepas kematian pewasiat agar waris dan penerima wasiat menerima hak yang telah ditetapkan. Namun begitu, wujudnya isu kelewatan dalam pelaksanaan wasiat (Ikbal, 2009) yang menyebabkan harta tersebut 51

terpaksa dibekukan sementara. Implikasi daripada kelewatan pelaksanaan wasiat akan menyebabkan harta pusaka tidak dapat dibahagikan kepada ahli waris atau penerima wasiat dan seterusnya menyebabkan harta pusaka tersebut tidak diuruskan hingga timbul isu waris berlapis, pertelingkahan dalam institusi keluarga dan sebagainya. Terdapat banyak kajian yang dilakukan ke atas wasiat, antaranya adalah kefahaman masyarakat mengenai wasiat (Kasimah dan Yazid, 2012), tujuan umat Islam melaksanakan wasiat dan tingkahlaku masyarakat dalam membuat wasiat (Suhaili, 2012). Berbeza dengan kajian ini yang bertujuan untuk menangani isu kelewatan pengurusan harta pusaka berwasiat dengan mencadangkan penambahbaikan pengurusan harta pusaka berwasiat agar pengurusan wasiat menjadi lebih efektif. Konsep Wasiat Kata wasiat (الوصية) berasal dari kata wasoitu,) وصيت asy-syaie, usiyyah dan ausoltu iaitu aku menyampaikan sesuatu ataupun menyampaikan pesanan. Dari segi bahasa, wasiat bermaksud wasa iaitu menyampaikan atau menyambung (Musa, 1994). Dari segi istilah, wasiat ialah pesan terakhir yang diucapkan hanya dengan lisan atau disampaikan melalui tulisan oleh seseorang berkenaan harta benda yang dimilikinya kerana merasakan bahawa dirinya akan meninggal dunia (Sufyan, 2015). Secara umumnya, wasiat adalah merupakan salah satu mekanisma perancangan perwarisan harta yang menzahirkan keinginan seseorang individu itu ke atas strategi pengagihan harta yang dimiliki olehnya secara suka rela atau tanpa paksaan dan terlaksana hanya selepas kematian pemilik harta tersebut. Dalam penulisan wasiat, segala pesanan yang baik dan bermanfaat (Syaikh, 2005) boleh dituliskan atau dizahirkan seperti menyatakan hasrat terhadap pengagihan harta kepada insan yang disayangi, pengisytiharan harta dan hutang yang dimiliki, pesanan untuk melunaskan segala hutang-piutang, nama pemegang amanah atau penjaga bagi anak di bawah umur atau kurang upaya serta larangan penggunaan harta untuk tujuan tidak bermanfaat dan sebagainya. Rukun Wasiat Rukun wasiat terbahagi kepada empat perkara. Pertama ialah Mushi iaitu orang yang melakukan wasiat atau dikenali sebagai pewasiat. Kedua, Mushaalah iaitu orang yang menerima wasiat. Manakala rukun ketiga ialah Muushaabih iaitu sesuatu barang atau harta yang diwasiatkan. Rukun terakhir ialah Sighat yang bermaksud lafaz perkataan yang digunakan semasa meninggalkan wasiat contohnya Aku berwasiatkan harta ini kepada fulan bin fulan atau lafaz seperti Aku tinggalkan sepertiga hartaku kepada si fulan bin fulan setelah aku mati dan sebagainya (JAWHAR, 2010; Mustofa, Mustafa dan Ali, 2008). Syarat-Syarat Wasiat Tiga syarat wasiat yang utama yang perlu ada untuk membuat wasiat adalah dokumen wasiat yang ditandatangani oleh pewasiat dan juga dua saksi. Firman Allah swt di dalam Al-Quran (5; 106) menyatakan dengan jelas supaya wasiat yang dibuat perlulah dihadirkan bersama dengan dua orang saksi yang layak. Selain daripada itu wasiat hendaklah dibuat tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) harta yang dimiliki kepada sesiapa pun kecuali atas izin kesemua waris selepas kematiannya (Syaikh, 2005; JAWHAR, 2010). 52

Hukum Wasiat Terdapat beberapa hukum dalam melaksanakan wasiat dan ianya bergantung kepada situasi seseorang itu. Menurut pandangan keempat-empat imam wasiat boleh jadi wajib, sunnah, harus, makhruh dan haram seperti yang dijelaskan dibawah (Akmal, 2013; JAWHAR, 2010). Pertama, hukum wasiat itu menjadi wajib apabila dilihat kepada firma Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 180. Selain daripada itu, ianya menjadi wajib apabila seseorang itu mempunyai kewajiban syara yang dikhuwatiri akan disia-siakan jika dia tidak berwasiat seperti hutang kepada Allah dan manusia. Hutang kepada Allah di mana si mati mempunyai kewajipan zakat yang belum ditunaikan, atau haji yang belum terlaksana. Manakala, hutang kepada manusia ialah mempunyai hutang yang tidak diketahui oleh orang lain selain dirinya sendiri dan kemungkinan si mati juga mempunyai pesanan yang perlu disampaikan tetapi tidak ada saksi, maka wasiat menjadi wajib ke atas dirinya (Syaikh, 2005). Wasiat tidak boleh dipindahkan haknya kepada orang yang diwasiati sehinggalah orang yang berwasiat itu meninggal dunia, dan telah melunaskan segala hutangnya. Tetapi andainya hutang tersebut melebihi harta peninggalan si mati, maka penerima wasiat tadi tidak akan mendapatkan apa-apa dari harta si mati kerana harta tersebut perlulah digunakan terlebih dahulu bagi melangsaikan hutang yang ada. Ali Radhiyallahu anhu, ia berkata, Rasulullah saw memerintahkan hutang dilunaskan sebelum pelaksanaan wasiat dibuat. Dalil firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa ayat 12. (Hasan: [Shahiih Sunan Ibni Majah (no. 2195), al-irwaa (no. 1667)], Sunan Ibni Majah (II/906, no. 2715), Sunan at-tirmidzi (III/294, no. 2205). Kedua, wasiat menjadi Sunnah jika seseorang itu mempunyai harta yang banyak dan mempunyai ahli waris yang kaya serta kaum kerabatnya yang kaya, demikian itu, mereka tidak memerlukan bantuan harta. Maka dalam hal ini, seseorang itu disunnahkan untuk melakukan wasiat dengan mewasiatkan sebahagian hartanya di jalan kebaikan. Ketiga, hukum wasiat diharuskan atau dibolehkan jika ianya ditujukan kepada orang yang kaya, sama ada kerabatnya ataupun bukan kerabat Hukum yang keempat adalah wasiat menjadi makruh apabila seseorang itu mempunyai harta yang sedikit, sedangkan dia mempunyai seorang atau ramai ahli waris lain yang memerlukan bantuan daripada hartanya. Tambahan lagi, wasiat juga menjadi makruh kepada penerima yang fasik jika diketahui bahawa mereka tidak menggunakan dan menguruskan harta tersebut dengan betul dan menggunakannya dalam keadaan kefasikan serta kerusakan. Manakala hukum yang terakhir iaitu kelima adalah haram jika berwasiat melebihi sepertiga harta yang dimiliki. Selain daripada itu, wasiat haram dilakukakan apabila seseorang itu bercadang untuk memberi hartanya kepada ahli waris. Hal ini kerana, ahli-ahli waris akan mendapat hak masing-masing melalui hukum faraid selepas wasiat dilaksanakan. Rasullah saw turut bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang memiliki hak akan hartanya. Maka tidak ada wasiat untuk ahli waris. (Sahih sunan Ibni Majah) 53

Selain daripada itu, wasiat menjadi haram jika perkara tersebut merugikan pewasiat, ahli waris dan keturunanya dan jika wasiat tersebut mengandungi unsur yang dilarang seperti pembinaan bangunan perjudian, kilang arak dan sebagainya (Al Nisa, 12). Isu Perlaksanaan Wasiat di Malaysia Di Malaysia, terdapat beberapa isu yang timbul dalam pengurusan wasiat. Isu ketidakfahaman masyarakat Islam mengenai hukum dan prosedur wasiat dikatakan menjadi punca utama wasiat tidak dipraktikkan secara optimum dalam perancangan harta umat Islam (Nasrul, 2017; Jamaliah, 2012; Naziree, 2008). Ketidakfahaman ini bermula dari peringkat penulisan wasiat sehinggalah ke perlaksanaan wasiat tersebut. Penulisan wasiat merupakan proses yang paling penting kerana peringkat ini termaktubnya sesuatu wasiat. Terdapat implikasi jika penulisan wasiat ditulis tanpa kefahaman terhadap konsep wasiat yang sebenar dan tidak mengikuti undang-undang yang ditetapkan. Sebagai contohnya terdapat elemen-elemen yang membuatkan sesuatu wasiat menjadi tidak sah iaitu elemen pembahagian harta melebihi kadar satu pertiga dan elemen wasiat kepada ahli waris. Masih terdapat segelintir masyarakat yang menganggap dirinya sudah berwasiat sedangkan yang ditulis itu bukanlah wasiat. Oleh itu, Mahkamah syariah yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan wasiat mungkin terpaksa mengeluarkan perintah wasiat tidak sah atas sebab ciri-ciri wasiat tidak dipenuhi. Isu seterusnya adalah tiada atau kurang kesepakatan di antara ahli waris (Naziree, 2008; Anita dan Rendy, 2015). Ini dapat dilihat selepas wasiat dibacakan kepada ahli waris, ada di kalangan mereka tidak bersetuju dengan wasiat tersebut. Oleh itu, proses perlaksanaan menjadi lebih rumit di mana wasiat perlu dibatalkan daripada bahagian waris yang membantah dan dilaksanakan pada bahagian waris yang bersetuju mengikut bahagian mereka dalam pusaka (JAWHAR, 2010). Selain daripada itu, waris dan penerima wasiat tidak mengetahui mengenai wasiat yang dibuat kerana tidak dimaklumkan oleh pewasiat. Tiada pemakluman awal kepada penerima wasiat atau waris menyebabkan adanya pihak yang tidak mempercayai dengan wasi (pemegang amanah) yang dilantik dan seterusnya tiada kerjasama akan diberikan. Di samping itu, isu berkenaan dengan ketidakseragaman sistem atau prosedur oleh agensi-agensi lain. Sebagai contoh dalam sistem pelaburan di mana terdapat syarat bahawa nama yang dibenarkan sebagai penerima dividen hanya seorang sahaja yang dibenarkan, terjadi satu kes di mana pewasiat menamakan ketiga-tiga orang anaknya sebagai penerima dividen. Perkara tersebut tidak boleh berlaku disebabkan oleh prosedur atau syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat pelaburan tersebut, maka wasiat tidak boleh dilaksanakan berkenaan pelaburan tersebut. Seterusnya isu bagi wasiat orang Islam di mana prosedurnya kini tidak memerlukan pengesahan daripada Makhamah Syariah setelah dibuat. Disebabkan perkara ini, terdapat wasiat yang tidak boleh diterima pakai apabila pewasiat mati dan kemungkinan wasiat akan jadi terbatal jika wasiat tersebut tidak ditulis menurut hukum syarak. Selain daripada itu, sekatan undang-undang tanah menyebabkan wasiat tidak dapat dilaksanakan. Hal ini sering berlaku jika melibatkan sebidang tanah di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang mana menurut Akta Kawasan Penempatan Berkelompok 1960, seksyen 14 menetapkan hanya dibenarkan dua orang penama sahaja sebagai pewaris bagi tanah FELDA (Norazila dan Nasrul, 2012). Oleh itu wasiat yang mengandungi penerima lebih dari dua orang tidak boleh dilaksanakan. Begitu juga dengan harta berbentuk saham di dalam kawasan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang mana terdapat sekatan seperti contoh seseorang memiliki tanah seluas lima ekar dan tanah tersebut dilaburkan ke dalam saham. Kemudian, pemilik meninggal dunia dan meninggalkan wasiat bahawa pulangan saham tersebut hendaklah diberikan kepada ketiga-tiga anaknya. Namun 54

begitu, cek hanya dibenarkan keluar untuk satu penama sahaja. Oleh itu, pulangan saham tersebut tidak dapat diberikan kepada manamana anaknya. Tetapi jika anak kedua dan ketiga setuju untuk serahkan hasil pulangan tersebut kepada anak pertama, maka anak pertama boleh memperolehinya,walaubagaimanapun, jika anak pertama mati, pulangan (duit) tersebut tidak boleh diserahkan kepada cucu pemilik saham tadi kerana itu adalah peraturan dan polisi yang ditetapkan, hanya pemilik saham sebenar sahaja boleh meletakkan nama penerima hasil saham tersebut dan anak kedua dan ketiga tadi sudah menolak dan nama mereka terus terbatal dari penerima hasil. Maka pulangan saham tersebut akan terus bertambah tanpa sesiapa memilikinya. Isu yang terakhir adalah tiada akta atau undang-undang tertinggi yang boleh dirujuk oleh semua pihak mengenai pembahagian harta pusaka. Hal ini penting kerana boleh menjadi rujukan kepada semua agensi yang terlibat. Isu-isu ini sekiranya tidak diatasi dengan segera akan memberikan implikasi yang besar terutamanya kepada sebuah institusi kekeluargaan. Wasiat yang dibuat tidak dapat dilaksanakan atau mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Kelewatan pelaksanaan wasiat menyebabkan sebuah keluarga berpecah-belah dan boleh menyebabkan waris-waris berterusan memakan harta yang bukan hak mereka dan harta anak yatim secara sedar ataupun tidak. Firman ALLAH SWT Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta antara kamu dengan cara batil. (An Nisa :29). Oleh yang demikian, isu-isu ini perlu dipandang serius agar wasiat yang ditinggalkan dapat dilaksanakan dengan kadar segera setelah kematian pewasiat. Metodologi Kajian ini telah mengaplikasi reka bentuk kualitatif. Dua data telah diperolehi iaitu data primer dan data sekunder. Data sekunder telah diekstrak daripada kajian-kajian lepas, artikel, jurnaljurnal berkaitan, laman sesawang, dan laporan tahunan. Bagi data primer, kaedah temu bual mendalam secara bersemuka dan temu bual melalui telefon dengan enam orang responden digunakan. Responden merupakan pegawai yang terlibat dalam perlaksanaan dan pengurusan wasiat di Amanah Raya Berhad (ARB). Soalan yang digunakan adalah berbentuk separa struktur. Semasa proses temu bual dijalankan, penggunaan perakam suara dan catatan telah dilakukan supaya data yang diberikan boleh diulang dengar dan dirujuk kembali. Seterusnya, kesemua data akan dianalis dengan menggunakan analisis kandungan. Strategi Dalam Penambahbaikan Perlaksanaan Wasiat Bagi analisis ini, Rajah 1 dan Jadual 1 perlu dibaca bersama bagi mendapat gambaran penuh mengenai jawapan responden terhadap soalan yang diajukan berkaitan dengan strategi penambahbaikan dalam pengurusan harta pusaka berwasiat. Analisis ini dilakukan untuk mengatasi isu dan masalah yang dihadapi dalam pengurusan wasiat, agar wasiat dapat terlaksana dengan efektif. 55

S7 S6 S5 S3 S3 S2 S1 Responden Rajah 1: Analisis Kekerapan Responden Bagi Strategi Penambahbaikan Pengurusan Wasiat Terdapat tujuh cadangan strategi (S) yang berbeza diberikan oleh responden. Semua responden telah memberikan cadangan bagi strategi yang pertama (S1) iaitu perlunya memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai konsep dan kepentingan wasiat melalu kempen atau iklan-iklan. Dua responden (R2 dan R3) memberikan cadangan strategi yang kedua (S2) iaitu peranan ibu bapa yang perlu menerapkan dalam diri anak-anak dengan didikan agama supaya mempunyai jati diri dan sentiasa bersatu dan sepakat di dalam hal-hal berkaitan keluarga. Soalan Jadual 1: Strategi Penambahbaikan Pengurusan Harta Pusaka Berwasiat Kekerapan Strategi (S) Responden (R) 1. Kesedaran kepada masyarakat R1 - R6 mengenai konsep dan kepentingan wasiat (Strategi Penambahbaikan) 0 2 4 6 8 2. Ibu bapa sendiri perlu menerapkan didikan agama dan jati diri di dalam diri anak-anak supaya sentiasa bersatu dan bersepakat dalam setiap hal R2,R3 3. Sistem Kad Pewasiat R2,R4 4. Sistem berkomputer (kemas kini data secara atas talian) R2,R3,R4 5. Menyediakan akta utama untuk dirujuk dalam hal harta pusaka di Malaysia 6. Mempercepatkan tempoh masa pembahagian dokumen 7. Pelajaran berkenaan pengurusan harta pusaka boleh dijadikan subjek tambahan di sekolah rendah mahupun menengah seterusnya ke peringkat IPTA atau IPTS R3 R2, R3 R4 56

Seterusnya responden R2 dan R4 mencadangkan strategi supaya diwujudkan sistem kad pewasiat (S3) di mana pemegang amanah yang dilantik perlu menyediakan satu kad bagi membuktikan bahawa seseorang itu ada meninggalkan wasiat khususnya di ARB yang merupakan pemegang amanah harta pusaka berwasiat di Malaysia. Hal ini bagi mewujudkan kepercayaan kepada ahli-ahli waris dan penerima wasiat sekiranya mereka tidak mengetahui wasiat telah dibuat oleh si mati. Bagi strategi yang keempat (S4) pula, diterima daripada tiga orang responden iaitu R2, R3 dan R4 mengenai sistem komputer berkenaan dengan wasiat selalu dikemaskini maklumatnya seperti status pewasiat, pewaris atau penerima wasiat. Tambahan lagi, R3 menzahirkan strategi supaya satu akta utama perlu digubal bagi menjadi rujukan oleh semua pihak dalam hal harta pusaka di Malaysia (S5), selain itu dapat menyeragamkan undang-undang atau prosedur di agensi-agensi lain. Keseragaman dalam undang-undang akan memudahkan pengurusan harta pusaka berwasiat. Strategi penambahbaikan yang seterusnya (S6) diberikan oleh dua responden iaitu R2 dan R3 menyatakan supaya tempoh masa pembahagian dokumen dalam pendaftaran dan siasatan oleh pentadbir amanah dipercepatkan. Hal ini terjadi apabila melibatkan pihak ketiga seperti bank yang mempunyai prosedur-prosedur tertentu untuk mengeluarkan aset atau liabiliti si mati sehinggakan urusan perlaksanaan wasiat perlu ditangguhkan sehingga melebihi enam bulan. Strategi terakhir (S7) telah disuarakan oleh R4 berkenaan dengan peranan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di mana mata pelajaran berkenaan pengurusan harta pusaka boleh dijadikan subjek tambahan di sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat universiti. Pembelajaran di peringkat awal sangat penting supaya dapat memberi pendedahan awal kepada golongan muda yang mungkin akan mengalami situasi pembahagian harta pusaka berwasiat ini dalam kehidupannya. Kesimpulan Kesimpulannya, kajian ini telah mengenengahkan isu berkaitan dengan pengurusan harta pusaka berwasiat di Malaysia. Isu utama yang dihadapi adalah kurangnya kefahaman, tiada kata sepakat dan maklumat mengenai wasiat tidak diketahui oleh ahli waris yang menyebabkan urusan perlaksanaan wasiat menjadi tertangguh. Seterusnya bagi mengatasi isu-isu tersebut, kajian ini juga telah menyenaraikan beberapa strategu penambahbaikan yang sewajarnya untuk dilaksanakan supaya isu dan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Tambahan lagi, kerjasama daripada pelbagai pihak seperti pewasiat, penerima wasiat, ahli waris, pemegang amanah, pihak bank dan pihak ketiga yang terlibat adalah sangat penting bagi mencapai satu objektif yang sama iaitu pengurusan pembahagian harta pusaka yang efektif, adil dan saksama. Penghargaan Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana memberikan bantuan kewangan melalui Geran Universiti Penyelidikan (GUP-Tier 2, No Vot:Q.J130000.2627.15J51) untuk kajian ini. 57

Rujukan Al- Utsaimin, M., S. (2005). Panduan Wakaf, Hibah, Dan Wasiat. Penerbit Pusaka Imam Asy- Syafi i. Alma amun, S. (2012). Mengkaji Motif Wasiat dan Sikap Meninggalkan Wasiat di Kalangan Umat Islam Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Bugho, M., Al-Khin, M., Asy-Syarbaji, A. (2008). Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie. Jilid 1. Dar al-syamiyyah. Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bakir, S. (2015). Wasiat dan Perancangan Harta Pusaka: Bicara Wasiat/Hibah/Harta Sepencarian. http://pusakaharta.blogspot.my/2015/. Akses pada 1 November 2017 Daud, J. (2012). Dampak Pelaksanaan Wasiat Pada Bandar Tumpat, Kelantan, Malaysia Ditinjau Menurut Hukum Islam. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau. Harun, F., M. (1994). Masalah Wasiat dan Faraid. Unit Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia. Halim, H., A. (2013). Wasiat Dan Hibah: Hukum Dan Prosedur. Seminar Wanita dan Syariah: Mengurus Harta Bukan Sekadar Merancang Kewangan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hussain, M., N. dan Muhamad, N., H., N. (2012). Mekanisme Pembahagian Harta Pusaka Tanah Rancangan: Kajian di Felda Taib Andak Kulai, Johor. Laporan Geran Penyelidikan Universiti, Universiti Teknologi Malaysia. JAWHAR (2010). Manual Pengurusan Wasiat Islam; Hukum Wasiat. Cetakan Edisi Pertama, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Kamaruddin, K., Ahmad, Y., M. (2012). Analisis Kefahaman Penulisan Wasiat Orang Islam Di Negeri Melaka. Islamiyyat: Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam. Kamilah, A. dan Aridhayandi, R., M. (2015). Kajian Terhadap Penyelesaian Sengketa Pembagian Harta Warisan atas Tanah Akibat Tidak Dilaksanakan Wasiat Oleh Ahli Waris Dihubungkan Dengan Buku Ii Kitab Undang-Undang Hukum Perdata Tentang Benda (Van Zaken). Jurnal Wawasan Hukum 32 (1). Majlis Amanah Raya Berhad (2017). Portal Rasmi Amanah Raya Berhad, https://www.amanahraya.my/ms/, Akses pada 20 Oktober 2017. Muda, Z., M. dan Awang. R., M. (2006). Undang-Undang Pusaka Islam: Pelaksanaanya Di Malaysia. Syarikat Percetakan Putrajaya Sdn Bhd. KualaLumpur. Muhamad, N., H., N. (2017). Wasiat Sebagai Instrumen Perancangan Harta Islam: Prosedur dan Perlaksanaan. Jurnal Hadhari 9 (1). Universiti Kebangsaan Malaysia, Press. Salam, I. (2009). Waspada Ketika Berwasiat. Arkib Rencana Utusan Malaysia. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0922&pub=utusan_ Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm. Akses pada 30 Oktober 2017 Yusof, M., N. (2008). Hukum Wisoyah dan Realiti Permasalahannya Dalam Konteks Peranacngan Pusaka Islam. Jurnal Muamalat. (73-102). 58