KONVO INFO TERKINI KONVOKESYEN KE-61 92/ NOVEMBER 2018 I 3 RABIUL AWAL 1440H I SESI II & III BIL.

Similar documents
Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONVO INFO TERKINI DIISYTIHAR PRO-CANSELOR UTM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KONVO INFO TERKINI KONVOKESYEN KE-61

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BUTIRAN PERIBADI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KONVO 10 STAF UTM BERGRADUASI SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-59 UTM

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

Prof. Dr. Noordin bin Mohd Yusof. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Johor Bahru. Tel :

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H / 2017M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA UniMAP MAC 2010

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

SENARAI EDARAN. Pengurusan Tertinggi. 1. YH. Profesor Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim Naib Canselor

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Transcription:

BIL. 92/2018 AMALAN MEMBACA DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN ILMU SERTA MEMPERKUKUHKAN BAHASA KEBANGSAAN MAHASISWA DIINGAT UNTUK SENTIASA BERPEGANG KEPADA NILAI TERAS UTM TIGA TOKOH TEKNIKAL TERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS PENGERUSI UTM HOLDINGS TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENGURUSAN BIJAK MENGURUS & MENGHARGAI MASA RAHSIA KEJAYAAN SAYA TIGA TIPS UNTUK BERJAYA PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA SUAMI ISTERI SAMA-SAMA GENGGAM IJAZAH KEKURANGAN FIZIKAL BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA INFO TERKINI KONVO KONVOKESYEN KE-61 11 NOVEMBER 2018 I 3 RABIUL AWAL 1440H I SESI II & III

AMALAN MEMBACA DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN ILMU SERTA MEMPERKUKUHKAN BAHASA KEBANGSAAN Johor Bahru, 10 November - Amalan membaca dalam kalangan masyarakat merupakan suatu amalan mulia yang perlu dididik sejak kecil lagi. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merupakan masyarakat membaca seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan slogannya KL Baca - Caring Through Reading. Sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM turut menyambut baik pengiktirafan tersebut dan menzahirkan, Saya berharap, dengan ini, Perpustakaan UTM akan mengatur dan menjalankan lebih banyak aktiviti bagi menjayakan gagasan tersebut. Saya juga berharap warga akademik, alumni dan para graduan UTM, melalui Penerbit UTM Press dapat mengambil dan memanfaatkan peluang ini untuk menghasilkan lebih banyak penerbitan buku-buku ilmiah, penyelidikan dan juga bahan bacaan umum. Baginda juga turut bertitah, Kempen galakan membaca oleh pihak Perpustakaan UTM dan perpustakaan negeri juga haruslah sentiasa diadakan bagi menggalakkan lebih ramai lagi mahasiswa dan juga orang ramai, terutamanya para pelajar sekolah membaca. Saya percaya, dengan amalan membaca ini, kita dapat meningkatkan penguasaan ilmu serta memperkukuhkan bahasa kebangsaan kita dan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Selain itu, baginda Tuanku Canselor dan juga DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor turut mengutuskan ucapan takziah atas pemergian enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah terkorban ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas lombong di Puchong baru-baru ini. Baginda juga turut menzahirkan rasa duka cita dan simpati kepada semua yang terlibat dalam peristiwa tsunami yang melanda daerah Palu dan Donggala di Sulawesi Tenggara pada bulan Oktober yang lalu. Pada majlis konvokesyen kali ke-61 ini, Tuanku Canselor turut berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan kepada YBhg. Tan Sri Dato Mohd. Ramli bin Kushairi serta Anugerah Profesor Emeritus kepada Ir. Ishak bin Abd. Rahman, Sr. Dr. Ayob bin Sharif, dan Ir. Dr. S. Kannan a/l Krishna.

MAHASISWA DIINGAT UNTUK SENTIASA BERPEGANG KEPADA NILAI TERAS UTM Johor Bahru, 10 November Seramai 3652 orang graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menerima ijazah masing-masing bersempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM, sewaktu berucap dalam majlis konvokesyen berkenaan turut memberikan nasihat kepada para graduan, iaitu Ingatlah bahawa ilmu yang saudara-saudari miliki ini adalah satu amanah, dan merupakan satu tanggungawab yang besar untuk membina masyarakat yang makmur dan sejahtera. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para graduan agar sentiasa berpegang kepada nilai teras UTM, iaitu integriti, sinergi, kecemerlangan, dan kelestarian. Beliau menyatakan bahawa, Integriti bukan sekadar menghindari daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa atau tidak jujur. Integriti juga merangkumi antaranya mendisiplinkan diri, menepati waktu, telus, ikhlas dan cekap, mengambil pertanggungjawaban sepenuhnya dan tidak mengambil ringan terhadap tugasan yang diberi, berhemah dan membina personaliti atau karakter yang baik, dan bersedia memperbaiki kelemahan diri. Datuk Naib Canselor turut berkongsi tiga pesanan utama untuk dijadikan panduan bagi mengharungi cabaran era Industri 4.0. Antaranya ialah para graduan perlu mengubah cara berfikir dan tidak boleh terbelenggu dengan kotak pemikiran lama untuk mendepani cabaran revolusi teknologi ketika ini. Graduan perlu lebih berani untuk berminda keusahawanan, menguasai kemahiran untuk mengharungi kehidupan dan bersedia untuk menimba ilmu secara berterusan. Selain itu, graduan perlu melihat dunia ini dengan pandangan yang lebih luas melalui konsep kelestarian kerana apa yang ada di sekeliling kita perlu dikongsi bersama. Tambah Datuk Naib Canselor lagi, Kita perlu menerima perubahan ini dan bersedia melaksanakannya selagi ia memberi kebaikan kepada pemegang taruh terutamanya kepada mahasiswa dan ibu bapa. Kebebasan kepada pelajar memerlukan kebijaksanaan, tindakan berhikmah dan berpegang kepada nilai kesopanan dan saling menghormati. Sebelum mengakhiri ucapan, YBhg. Datuk Naib Canselor turut menyeru agar para graduan yang kini merupakan alumni UTM untuk sama-sama mencurahkan pengetahuan, pengalaman, dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM selain turut sama menyumbang ke dalam Tabung Endownmen dan Tabung Wakaf UTM untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa yang memerlukan.

TIGA TOKOH TEKNIKAL TERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS Johor Bahru, 10 November Tiga tokoh teknikal melakar sejarah tersendiri apabila dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 di sini hari ini. Ketiga-tiga tokoh berkenaan, masing-masing dari bidang Kejuruteraan dan Ukur Tanah, mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkaitan yang melayakkan mereka menerima pengiktirafan ini. DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, selaku Tuanku Canselor UTM telah menyempurnakan pengurniaan gelaran Profesor Emeritus berkenaan kepada Ir. Ishak bin Abdul Rahman, Sr. Dr. Ayob bin Sharif, dan Ir. Dr. S. Kannan a/l Krishna pada sesi pertama istiadat Konvekesyen UTM kali ini. Ir. Ishak bin Abdul Rahman dilahirkan pada 25 September 1941 di Pondok Kuin, Batu Kurau, Taiping, Perak. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya di Perak, beliau kemudiannya menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Maktab Teknik, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajiannya di United Kingdom. Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Sarjana Sains (Hydraulics, Hydrology and Coastal Dynamics) dari University of Strathclyde di Glasgow, Scotland. Memulakan kerjaya di UTM pada Jun 1961 sebagai staf akademik di Maktab Teknik Kuala Lumpur, kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pensyarah B di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Antara jawatan pentadbiran yang pernah dipegang oleh Ir. Ishak ialah Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar); Timbalan Pengarah, Pusat Perniagaan Teknologi Termaju (BATC); dan Pengarah Kampus UTM, Jalan Semarak (yang kini dikenal sebagai Jalan Sultan Yahya Petra), Kuala Lumpur. Atas keterlibatannya dalam beberapa fasa pembangunan, kemajuan, dan kejayaan UTM, maka beliau dilantik sebagai Profesor pada tahun 1991. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Ir. Ishak telah terlibat dalam pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan pembangunan, kemajuan dan kualiti entiti, serta program akademik. Beliau mempunyai kelayakan profesional sebagai Fellow di Institusi Jurutera Malaysia (IEM); Jurutera Profesional Berdaftar di Lembaga

Jurutera Malaysia (BEM); ahli Malaysian Institute of Management (MMIM); ahli ASEAN Engineers (ASEAN Eng.); dan ahli ASEAN Professional Engineering Council (APEC Eng.). Kepakaran beliau diakui di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai wakil Malaysia di International Engineering Meeting (Washington Accord, E.M.F) di Seoul, Korea Selatan (2013); di Kyoto, Jepun (2009); di Singapura (2008); di Washington, Amerika Syarikat (2007); di Dublin, Ireland (2006); dan di Hong Kong (2005). Ketokohannya juga melayakkan Ir. Ishak bin Abdul Rahman menerima pengiktirafan dan dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) pada tahun 1995, Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) pada tahun 1995, dan The Honorary Fellow AFEO (Asean Federation of Engineering Organization) pada tahun 2012. Ir. Ishak bersara wajib pada September 1996 setelah berkhidmat di UTM selama 39 tahun. Penerima anugerah seterusnya ialah Sr. Dr. Ayob bin Sharif, anak kelahiran Paya, Johol, Negeri Sembilan. Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Satelit Geodesi dari University of Newcastle-upon-Tyne, United Kingdom. Dr. Ayob memulakan kerjayanya di UTM (sebelumnya dikenal sebagai Institut Teknik Kuala Lumpur) pada 1973 sehinggalah menamatkan perkhidmatannya pada 2006 sebagai Profesor. Pada tahun 2005, beliau telah diperakukan sebagai Juru Ukur Tanah Berlesen oleh Lembaga Juru Ukur Tanah Malaysia. Sepanjang tempoh perkhidmatannya di UTM, Dr. Ayob telah menyandang pelbagai jawatan, antaranya Ketua Jabatan, Astronomi dan Geodesi (1980 1985), Dekan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi (1994 2001), dan Pengarah, Institut Geospatial Sains & Teknologi (INSTEG) (2003 2006). Sepanjang tempoh menjalankan tugsanya sebagai Dekan, program akademik telah dikemas kini sejajar dengan perkembangan teknologi dan akademik bidang ukur di peringkat antarabangsa. Terminologi Surveying telah digantikan dengan Geomatic untuk memberi gambaran yang lebih luas dalam bidang dan profesion ukur. Di samping itu, fakulti juga telah melaksanakan tiga program baharu dalam disiplin geomatik peringkat Sarjana Muda, iaitu Kursus Geoinformatik (GIS), Sains Remote Sensing, serta Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Bukan sekadar memajukan bidang geomatik (ukur) melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan perundingan bukan sahaja di UTM, Dr. Ayob Shariff turut menyumbang kepakaran dalam komuniti geomatik di Malaysia. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan perundingan menggunakan sistem GPS dan GIS melalui Kajian Pemantauan Pemendapan Tanah Kota Bharu Kelantan (2001), Pembangunan Sistem Informasi Ampangan Negeri Sembilan (2006), Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan, dan Pembangun Sistem Digital Stratabase Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2008). Penerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M.) ini, kini meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Lembaga Pengelola Geospatial Science and Technology College Kuala Lumpur (2014 sehingga kini), dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Juru Ukur Tanah Berdaftar Malaysia (2013 sehingga kini). Penerima anugerah yang sama, Ir. Dr. S. Kannan a/l Krishna pula merupakan pakar dalam bidang tenaga yang telah menerajui pelbagai kajian dan inisiatif berkaitan kecekapan tenaga di peringkat tempatan mahupun global. Mendapat pendidikan awal di Johor Bahru sebelum mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya (1964 1968) di bawah dianugerahi Biasiswa Pengajaran Persekutuan (Federal Teaching Scholarship). Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya (1986) sebelum meneruskan pengajian Sarjana Sains Kejuruteraan di University of Manchester Institute of Science and Technology, United Kingdom melalui tajaan hadiah latihan ITK (1973 1974), diikuti Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya pada 1993 sewaktu beliau telah pun berkhidmat di UTM. Sepanjang berkhidmat dengan UTM, Ir. Dr. S. Kannan telah menyandang beberapa jawatan penting seperti Ahli Jawatankuasa, Kurikulum, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal; Ahli Senat, UTM; Ahli Jawatankuasa Kecil, Penyelidikan Senat; dan Ahli Jawatankuasa, Keutuhan Pengurusan UTM. Beliau yang juga Jurutera Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, sentiasa terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan masyarakat apabila menjadi mentor kepada pensyarah muda di samping membimbing mereka mendapatkan kelayakan sebagai jurutera profesional. Atas dedikasinya yang tinggi terhadap UTM, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan, antaranya Pingat Kebaktian, Kementerian Pertahanan (1986); Anugerah Perkhidmatan Berdedikasi, UTM (1991); Anugerah Penyelidikan, UTM (1991); dan Anugerah Perkhidmatan Masyarakat, UTM (199). Ir. Dr. S. Kannan juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Ahli/ Pengerusi Lembaga Hakim, Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga dalam Bangunan di ASEAN dari tahun 1999 hingga 2006.

PENGERUSI UTM HOLDINGS TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENGURUSAN Johor Bahru, 10 November Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke- 61 menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Pengerusi UTM Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Tan Sri Dato Mohd Ramli bin Kushairi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan. Istiadat penganugerahan berkenaan telah disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor selaku Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia Tokoh berusia 82 tahun ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah UTM sejak tahun 2004. YBhg. Tan Sri Dato Mohd Ramli juga merupakan Pengerusi South Malaysia Industries Berhad, Pengarah MASSCORP Berhad, dan bekas Pengarah Gamuda Berhad. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1961, iaitu sebagai Penolong Setiausaha di Bank Negara Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan khidmat di Lembaga Penasihat Tarif dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dari tahun 1967 hingga 1972. Pada tahun 1972 hingga 1983, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah dan akhirnya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan bagi Kumpulan FIMA Berhad. Tan Sri Dato Mohd Ramli merupakan graduan Ijazah Kepujian dalam bidang Sains Sosial dari Hull University, United Kingdom sebelum menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah di King s College, University of London. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan termasuklah pembabitannya dalam perkhidmatan pemeriksaan kualiti dan kuantiti kepada industri minyak dan gas menerusi Petrotechnical Inspection Sdn. Bhd., pembangunan hartanah melalui Primamuda Holdings Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat sekutu SGS Group of Companies yang berpengkalan di Geneva. Beliau juga terlibat dalam industri tenaga di Indonesia. Ketokohannya dalam bidang perniagaan tidak perlu disangkal lagi apabila beliau pernah menjadi Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia; dan Setiausaha Agung ASEAN-Chambers of Commerce and Industry. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Piawaian & Akreditasi Malaysia di samping merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Standard Kebangsaan. Selain itu, Tan Sri Dato Mohd Ramli turut bergiat aktif dalam beberapa organisasi bukan kerajaan, antaranya ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Bainun dan Yayasan Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2002. Beliau juga ialah ahli dalam Kumpulan Perancang Luar University of Hull, United Kingdom sejak Jun 2003. Kini, beliau dilantik sebagai Presiden Eisenhower Fellows Association, Malaysia yang merupakan sekutu Eisenhower Fellowships, Amerika Syarikat. Tan Sri Dato Mohd Ramli merupakan penerima Anugerah The Brand Laureate Most Eminent Brand ICON Leadership Award 2014 yang dianugerahkan oleh organisasi The Brand Laureate. Beliau juga telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 5 Jun 1999, serta Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 19 April 1988.

BIJAK MENGURUS & MENGHARGAI MASA RAHSIA KEJAYAAN SAYA Johor Bahru, 10 November Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-61 menjadi kenangan manis buat adik Nurzariyatul Syahirah binti Masrol, graduan Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) apabila dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dalam sesi pertama yang berlangsung pagi tadi. Nurzariyatul Syahirah yang memperolehi CGPA 3.9 melahirkan rasa syukur atas kejayaan yang diperoleh hari ini. Berdisiplin, tekun, dan bijak mengurus masa menjadi pegangan beliau selain tidak lupa kepada pepatah Melayu, Masa Itu Emas. Tambahnya lagi, Saya sentiasa fokus semasa belajar dalam kelas agar masa selebihnya boleh digunakan untuk mengulang kaji. Anak sulung daripada lima (5) beradik yang berasal dari Kluang, Johor ini amat aktif menyertai aktiviti kokurikulum. Antaranya program anjuran fakulti, selain menjadi anggota Jawatankuasa Mahasiswa kolej, dan setiausaha Persatuan Anak Johor UTM. Cabaran utama yang dihadapi oleh beliau ialah menyeimbangkan masa yang padat dengan aktiviti ko-kurikulum, menghadiri kelas dan makmal, serta menyelesaikan projek akhir Sarjana Muda. Beliau perlu sentiasa mempunyai inisiatif untuk mengatasi kesibukan yang dilalui saban hari. Inisiatif yang diamalkan ialah menyiapkan setiap tugasan terlebih dahulu agar mempunyai masa setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran di samping memanfaatkan gajet yang dimiliki dengan memasukkan nota dan slide pelajaran untuk memudahkan proses ulang kaji. Nurzariyatul turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada keduadua ibu dan ayahnya atas segala pengorbanan dan jasa mereka selama ini. Tahniah dan selamat maju jaya buat Nurzariyatul Syahirah!

TIGA TIPS UNTUK BERJAYA PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (PINGAT JAYA CEMERLANG)... seseorang mahasiswa itu perlu mengenal pasti matlamat dan membuat pilihan yang bijak...... kekal fokus dalam setiap pilihan yang dibuat...... mempunyai pengurusan masa dan jadual yang baik... Johor Bahru, 10 November Seorang graduan UTM telah melakarkan sejarah hari ini apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-61. Beliau ialah Tan Boon Siang, 24 tahun yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Ketika ditemui pemberita, Boon Siang amat berbesar hati untuk berkongsi tips kejayaan beliau. Pertama, seseorang mahasiswa itu perlu mengenal pasti matlamat dan membuat pilihan yang bijak. Kedua, mereka perlu kekal fokus dalam setiap pilihan yang dibuat dan akhir sekali, mereka perlu mempunyai pengurusan masa dan jadual yang baik. Pengalaman Boon Siang sebagai Naib Presiden Komunikasi Antarabangsa dalam Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 dan juga sebagai Pengarah UTM Karier Karnival telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman kepada beliau untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi rakan-rakan pelajar. Antara masalah yang sering dihadapi ialah tersalah dalam membuat pilihan bidang pengajian serta tidak fokus dalam pembelajaran. Kini, Boon Siang bekerja di sebuah syarikat elektronik sebagai Training Specialist yang bertanggungjawab dalam Unit Talent Development. Harapan beliau kepada mahasiswa junior UTM supaya berpegang pada tiga tips kejayaan tadi dan semoga kejayaan beliau dapat menjadi inspirasi kepada semua.

SUAMI ISTERI SAMA-SAMA GENGGAM IJAZAH Johor Bahru, 10 November Perancangan yang rapi merupakan kunci permulaan bagi sebuah kejayaan. Permulaan sesuatu yang baru pastinya sukar untuk dihadapi. Justeru, kita perlu sentiasa pandang ke hadapan dan hadapi perkara tersebut dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh. Itulah kata-kata semangat yang menjadi kunci kejayaan pasangan suami isteri, Nur Suhaili Abd Aziz (27 tahun) graduan Doktor Falsafah dan Muhammad Khairullah Nor Azmi (25 tahun) graduan Sarjana Falsafah (Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika ditemui di Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Kejayaan mereka pastinya memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang besar sebagai asam garam dalam perjuangan ilmu. Sebagai seorang pelajar, kami perlu bijak mengambil peluang yang hadir, jangan terlalu memilih, sentiasa berfikiran positif terhadap segala cabaran tanpa memikirkan langkah untuk berpatah balik, ujar Muhammad Khairullah yang merupakan anak kelahiran Selangor. Tambahan beliau lagi, kekangan waktu antara keluarga, kerjaya, dan penyelidikan menjadi antara cabaran utama di sebalik tirai kemanisan kejayaan ini. Atas semangat usaha yang gigih dan disiplin yang tinggi, semua masalah dihadapi dapat diselesaikan dengan izin Allah SWT. Bagi Nur Suhaili yang sedang hamil anak pertama, detik bersejarah ini pastinya akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup mereka. Beliau menjadikan sokongan penuh daripada suami dan keluarga sebagai motivasi untuk terus berjaya. Tambahan pula beliau sentiasa mengingati pesan ayahnya melalui ungkapan, Merancang Itu Separuh Daripada Akal untuk terus mengorak langkah merencana resepi kejayaan dalam segala bidang yang diceburi. Beliau turut percaya bahawa penguasaan ilmu pengetahuan sebagai penanda aras untuk menjadi lebih matang.

KEKURANGAN FIZIKAL bukan penghalang untuk berjaya Johor Bahru, 11 November

PENAUNG: Dato Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman dan Encik Abdul Razib Haji Shahuddin SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Salina Shamsuri, Mohd Hafifi Jamal, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin, Syazlin Sarapol GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy Zolkefle FOTO: Nor Azman Sukri, Isyamfazrin, Halid Jamaluddin LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan http://web.utm.my/convocation/facebook: Info Terkini Konvo UTM Hakcipta Terpelihara Universiti Teknologi Malaysia