Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

*Corresponding author. Keywords: Students Perception, hadith status, textbook, Islamic Educational, Form One and 2 KBSM, SMAP Kajang

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Pendekatan Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP KONSEP PENDIDIKAN QIRAAT: SATU KAJIAN DI DQ DAN MTQN

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AL-HIKMAH. Jilid 9 ISSN M No H

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Knowledge of Fardhu Ain Among Students with Hearing Difficulties

Transcription:

Jurnal al-turath; Vol. 2, No. 1; 2017 e-issn 0128-0899 Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran Nurain bt Zainal Abidin 1, Mohd Faizulamri bin Mohd Saad 2, Mohd Nazri bin Ahmad 2 Email : ainzaba90@gmail.com, faizam@ukm.edu.my, m_nazri @ukm.edu.my 1 Calon Sarjana di Jabatan al-quran dan al-sunnah, FPI, UKM 2 Pensyarah di Jabatan al-quran dan al-sunnah, FPI, UKM Abstrak Menguasai Tadabbur al-quran adalah satu elemen penting dalam menghafaz Al-Quran sebelum digelar Huffaz. Ini adalah satu elemen penting kerana ia boleh membawa kepada berlakunya salahfaham dan kekeliruan dalam menguasai maksud ayat al-quran. Biasanya, masalah ini terjadi dalam kalangan pelajar semasa menghafaz al- Quran tanpa memahami maksud ayat yang dibaca serta tidak merujuk kepada terjemahan ketika membaca al- Quran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al- Quran. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 23. Hasil kajian ini mendapati bahawa skor min keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran adalah pada tahap yang rendah (min = 2.33). Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran antara pelajar lelaki (min = 2.4135) dan perempuan (min = 2.1554). Manakala nilai-t untuk perbandingan di antara keduanya adalah (t = 1.311) dan pada aras signifikan (p = 0.200). Secara keseluruhan, pelajar tahfiz mempunyai pengetahuan yang sangat terhad dalam Tadabbur al-quran dan mereka tidak mempunyai kursus khas atau program dalam Tadabbur al-quran. Justeru, bagi meningkatkan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran, semua pihak berwajib perlu mengambil perhatian sepenuhnya tentang pentingnya pelajar perlu didedahkan dengan Tadabbur al-quran. Kata kunci : Tahap Pengetahuan, Pelajar, Tadabbur al-quran Abstract Mastering Tadabbur al-quran is an important elements in memorizing the holy Quran before one is called a Huffaz in general. This is an important elements as it may leads to misunderstanding and confusion in mastering the versus of al-quran. Commonly, these problems occur among students while memorizing the Quran without understand the versus read and not refering to the translation while reciting the Quran. Hence, this study is conducted to investigate the level of knowledge among the tahfiz students in Tadabbur al-quran. Moreover, this study also tries to identify the difference of the students level of knowledge based on their gender. This study employs a quantitative method using questionnaires. Data is analyse using SPSS version 23. The results of this study founds that the overall mean score of the students knowledge on Tadabbur al-quran is at low level (mean=2.33). The results also reveal that there are no significance difference level of knowledge among the tahfiz students in Tadabbur al-quran between male (min = 2.4135) and female(min = 2.1554) students. While the T-value for the comparison of both male and female is (t=1.311) and the significant level is (p=0.200). Overall, these tahfiz students have a very limited knowledge on Tadabbur al-quran and they do not have specific course or programme on Tadabbur al-quran. Therefore, to enhance level of knowledge of Tadabbur al-quran, the authorities should pay more attention about how importance students need to be disclosed about Tadabbur al-quran. Keywords : Level of Knowledge, Students, Tadabbur al-quran 1. Pengenalan Di dalam pengajian al-quran, salah satu ilmu yang amat penting ialah ilmu Tadabbur al-quran. Oleh itu, bagi mereka yang menghafaz al-quran adalah menjadi satu kemestian untuk mereka menguasai ilmu tersebut untuk 47

lebih memahami dan menghayati al-quran. Mempelajari dan menguasai Tadabbur al-quran dituntut kerana kelemahan dalam pemahaman boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan. Permasalahan yang sering dihadapi pelajar aliran agama khususnya pelajar tahfiz amat membimbangkan apabila terjadinya kesalahan semasa menghafaz al-quran. Ini dapat dilihat ketika pelajar berhenti (Waqf) dan memulai (Ibtida ) semasa membaca ayat al-qur an, mereka akan berhenti dan memulai ayat mengikut kehendak mereka sendiri dengan sesuka hati hingga maksud ayat lari dan tidak sesuai dengan maksud sebenarnya (Syafee Salihin et al. 2014). Menurut Abd. Rauf, pensyarah Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Utusan Online bertarikh 22/06/2012 menyatakan Waqaf Dan Ibtida merupakan salah satu cabang ilmu tajwid yang paling sukar dikuasai oleh seseorang pelajar. Dapatan kajian (Azmil 2015) mendapati kebanyakan pelajar tahfiz tidak mahu mencuba untuk memahami ayat yang dibacanya akan tetapi lebih mengfokuskan kepada hafazan. Secara tidak langsung tahap penguasaan pelajar berkaitan Waqaf dan Ibtida' amat membimbangkan dan dikhuatiri memberi kesan kepada makna ayat al-quran. Selain itu, masalah yang sering berlaku di kalangan pelajar adalah tidak mahu merujuk terjemahan al- Quran ketika membaca al-quran berpunca daripada mereka yang tidak mampu memahami bahasa Arab menyebabkan mereka lebih menumpukan kepada menghafaz al-quran semata-mata tanpa memahami maksud yang terkandung di dalam al-quran (Zahriah Hussin et al. 2015). Oleh itu dapat disimpulkan semua masalah yang berlaku di atas adalah berpunca daripada ketidakfahaman terhadap bahasa Arab. Hal ini kerana untuk memahami maksud ayat al-quran memerlukan kepada ilmu bahasa Arab (Ahmed, 2008; al Jaburi 2010). Persoalan yang timbul di sini adalah, walaupun kebanyakan pelajar tahfiz tahu pemahaman ayat penting semasa menghafaz al-quran, namun masih terdapat di antara mereka yang hanya menghafaz al-quran sahaja tanpa mengambil peduli akan maksud ayat tersebut walaupun telah berada di peringkat menengah. Ini dinyatakan oleh (Munirah et. al. 2014) perkara yang kurang diberi perhatian oleh pelajar pada hari ini adalah amalan tadabbur semasa menghafaz al-quran. Keadaan seperti ini seolah-olah memperlihatkan kepada mereka tentang ketidakjelasan dan ketidaktahuan ilmu Tadabbur al-quran boleh menimbulkan salah faham terhadap maksud ayat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al- Quran serta mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar berdasarkan jantina. Berdasarkan kepada objektif kajian tersebut, hipotesis kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. 2. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ialah kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 33 pelajar di Maahad Tahfiz telah dipilih. Oleh itu, instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibina hasil daripada adaptasi kajian terdahulu yang telah diubahsuai daripada (Abdul Hafiz et al. 2003, 2005). Soal selidik ini mengandungi empat bahagian, iaitu bahagian A ialah latar belakang responden, bahagian B ialah Tahap Pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran, bahagian C ialah Masalah pelajar dalam Tadabbur al-quran dan bahagian D pula ialah Sumber Maklumat Tadabbur al-quran. Walaubagaimanapun, instrumen ini telah dirujuk dan dipersetujui oleh penyelia sebelum membuat kesahan kepada pakar yang berpengalaman. Kajian telah dilaksanakan pada 19 Januari 2017 kepada 33 orang peserta kajian di Madrasah Al- Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan skala jawapan jenis skala Likert lima mata untuk instrumen soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS yang ke-23. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan min dan statistik inferensi yang melibatkan penggunaan Ujian T. Selepas kajian dijalankan, nilai Alpha Cronbach digunakan untuk menentukan nilai kebolehpercayaan alat ukur soal selidik tersebut. Nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.80 menunjukkan aras kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima sebagai instrumen kajian (Hashim 2010). Walaubagaimanapun, (Mohd Majid 2005) menyatakan nilai minimun indeks kebolehpercayaan bagi kajian sains sosial ialah 0.6 ke atas. Jadual 1 di bawah merupakan klasifikasi indeks kebolehpercayaan bagi instrumen yang diuji: 48

Jadual 1: Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Indikator Nilai Alpha Cronbach Sangt Tinggi 0.90-1.00 Tinggi 0.70-0.89 Sederhana 0.30-0.69 Rendah 0.00-0.30 Adaptasi daripada Bryman & Cramer 2005; Amal 2012 Berdasarkan hasil analisis yang diperolehi menerusi kajian ini ujian Alpha Croncbach yang dijalankan. Berdasarkan Jadual 1 di atas, nilai indeks kebolehpercayaan bagi setiap konstruk yang dibina dan digunakan dalam kajian ini adalah amat baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu (0.667 0.929). Secara keseluruhannya item-item yang dibina mempunyai skor nilai alpha yang sangat tinggi iaitu pada aras (0.909). Oleh itu, dapat disimpulkan instrumen yang dibina adalah sah dan boleh dipercayai. 3. Dapatan Kajian Analisis data diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi lima konstruk untuk menguji tahap pengetahuan pelajar melalui kefahaman terhadap bahasa Arab, makna ayat al-quran, asbab al-nuzul, ayat hukum fiqh serta Sirah Nabi. Dapatan kajian ini dianalisis menjadi dua bahagian iaitu satu bahagian ialah hasil analisis statistik deskriptif skor min dan bahagian kedua pula ialah hasil analisis menggunakan statistik inferensi iaitu ujian-t. Oleh itu, analisis deskriptif dalam kajian ini menggunakan jadual intepretasi skor min tahap pengetahuan yang telah dirumuskan oleh (Pallant 2007). Daripada nilai min setiap item diukur berdasarkan jadual intepretasi skor min. (Nur Shazwani et al. 2016) seperti yang dipamerkan dalam Jadual 2 di bawah ini : Jadual 2 : Intepretasi Skor Min untuk Skala Likert Lima Skor Min Intepretasi (Tahap) 1.00-2.33 Rendah 2.34-3.66 Sederhana 3.67 5.00 Tinggi Sumber : (Pallant 2007) a. Tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran : Bahagian ini membincangkan dapatan analisis min, sisihan piawai dan Tahap pengetahuan pelajar yang mengandungi lima konstruk padanya iaitu kefahaman bahasa Arab, makna ayat al-quran, Asbab al-nuzul, ayat hukum Fiqh, dan Sirah Nabi. Jadual 3 : Analisis Min Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Tadabbur Al-Quran Bil Konstruk Min Sisihan Piawai Tahap 1 Kefahaman bahasa Arab 2.066 3.66 Rendah 2 Kefahaman makna ayat al-quran 2.212 4.563 Rendah 3 Kefahaman asbab al-nuzul 2.227 4.485 Rendah 4 Kefahaman ayat hukum Fiqh 2.439 4.129 Sederhana 5 Kefahaman Sirah Nabi 2.712 4.041 Sederhana 49

Jadual 3 menunjukkan dapatan analisis min, sisihan piawai dan Tahap bagi Pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran. Terdapat lima konstruk tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran. Nilai min bagi konstruk pertama bahasa Arab ( min= 2.066). Untuk konstruk kedua makna ayat al-quran (min= 2.122). Konstruk ketiga asbab al-nuzul pula ( min= 2.227). Konstruk empat ayat Hukum Fiqh pula ( min= 2.439). Konstruk kelima ialah Sirah Nabi pula ( min= 2.712). Pengetahuan Tadabbur pertama berdasarkan kepada kefahaman bahasa Arab. Terdapat enam item kefahaman bahasa Arab. Berdasarkan item di atas, nilai min keseluruhan pemahaman bahasa Arab iaitu (min = 2.066, sp = 3.66) menunjukkan pemahaman bahasa Arab di kalangan pelajar berada pada tahap rendah. Di dalam kefahaman bahasa Arab ini terdapat dua item berada pada tahap sederhana, manakala empat yang lain di tahap rendah. Item ini menunjukkan kefahaman terhadap bahasa Arab kurang dikuasai oleh pelajar semasa proses pembelajaran berjalan. Pengetahuan Tadabbur kedua berdasarkan kepada kefahaman makna ayat al-quran. Terdapat tujuh item kefahaman makna ayat al-quran. Berdasarkan jadual di atas, menunjukkan dapatan analisis min keseluruhan bagi kefahaman makna ayat al-quran (min = 2.212, sp = 4.563). Nilai min menunjukkan pemahaman terhadap makna ayat al-quran pada tahap rendah. Dua item menunjukkan nilai min sederhana manakala lima item yang lain berada pada min rendah. Ini menunjukkan pemahaman maksud ayat al-quran kurang dijelaskan semasa proses pembelajaran bermula. Pengetahuan Tadabbur ketiga berdasarkan kepada kefahaman Asbab al-nuzul. Terdapat enam item dalam konstruk kefahaman Asbab al-nuzul. Dapatan min keseluruhan kefahaman Asbab al-nuzul (min = 2.227, sp = 4.485). Nilai min tersebut menunjukkan pemahaman terhadap Asbab al-nuzul di kalangan pelajar adalah pada tahap rendah. Hanya satu item menunjukkan nilai min sederhana, manakala lima item menunjukkan nilai min yang rendah. Ini menunjukkan pelajar tidak diberi penerangan tentang asbab al-nuzul di dalam bilik atau di luar bilik darjah menyebabkan pengetahuan asas menjadi rendah. Pengetahuan Tadabbur keempat berdasarkan kepada kefahaman ayat hukum Fiqh. Terdapat enam item dalam kefahaman ayat hukum Fiqh. Dapatan min keseluruhan kefahaman ayat hukum Fiqh (min = 2.439, sp = 4.129). Nilai min tersebut menunjukkan pemahaman terhadap ayat hukum Fiqh di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Tiga item menunjukkan nilai min sederhana dan tiga item yang lain menunjukkan nilai min rendah. Ini dapat disimpulkan pelajar tidak didedahkan secara khusus tentang kefahaman ayat hukum fiqh kepada pelajar. Pengetahuan Tadabbur yang terakhir berdasarkan kepada kefahaman Sirah Nabi. Terdapat enam item dalam kefahaman Sirah Nabi. Dapatan min keseluruhan kefahaman Sirah Nabi (min = 2.712, sp = 4.041). Dapatan mendapati nilai min tersebut menunjukkan pemahaman terhadap Sirah Nabi di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Analisis dapatan mendapati kefahaman Sirah Nabi berada pada tahap sederhana manakala tiga item lain berada tahap yang rendah. Ini menunjukkan pengetahuan pelajar terhadap Sirah Nabi memuaskan akan tetapi kurang dilakukan semasa proses pembelajaran bermula. Jadual 4 : Analisis Keseluruhan Konstruk bagi Min Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Tadabbur Al-Quran Bil Bahagian Min Sisihan Piawai Tahap 1 Tahap Pengetahuan Pelajar 2.327 1.671 Rendah Jadual 4 menunjukkan dapatan keseluruhan min, sisihan piawai dan tahap pengetahuan pelajar mencatatkan (min = 2.327, sp = 1.671). Secara keseluruhannya, pengetahuan pelajar terhadap ilmu Tadabbur al-quran ini adalah berada pada tahap yang rendah iaitu (min = 2.327). b. Perbezaan Tahap Pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Melalui kajian yang dijalankan pengkaji telah menjawab persoalan kajian ini iaitu : Persoalan : Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur berdasarkan jantina? al-quran Objektif : Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. 50

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Jadual 5 : Hasil Min, Sisihan Piawai, dan Ujian-T Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Tadabbur Al-Quran Kumpulan N Min Sisihan Piawai df Nilai-t Sig. P Lelaki 22 2.4135 0.568445 31 1.311 0.200* Perempuan 11 2.1554 0.44996 *Signifikan pada aras p > 0.05 Berdasarkan kepada Jadual 5 di atas, menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Bedasarkan jadual tersebut, didapati nilai-t perbezaan bagi tahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap Tadabbur al-quran antara lelaki dan perempuan ialah ( t = 1.311 : p > 0.05 ). dengan tahap signifikan (p= 0.200). Formula statistik bagi ujian-t adalah t(df)= t, p) = t(31)= 1.311, 0.200). Nilai signifikan yang ditunjukkan ialah (p=0.200) ini jauh lebih besar daripada aras signifikan yang telah ditetapkan iaitu (0.05). Dapatan ini menunjukkan hipotesis nul (Ho1) gagal ditolak. Ini bermakna (Ho1) iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan pelajar tahfiz terhadap Tadabbur al-quran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah diterima. Oleh itu, faktor jantina tidak mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap Tadabbur al-quran. Kesimpulannya, analisis perbezaan ini menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.adalah sama walaupun nilai min pelajar lelaki (min = 2.4135, sp = 0.568445) adalah tinggi berbanding nilai min pelajar wanita (min = 2.1554, sp = 0.44996). 4. Perbincangan Kajian a. Tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran Dapatan kajian ini mendapati majoriti pelajar kurang memahami dan kurang menyedari akan ilmu Tadabbur al-quran walaupun mengetahui secara asas akan ilmu tersebut. Secara umumnya, kebanyakan pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam memahami bahasa Arab. Dapatan kajian (Md.Noor et al.2016) mendapati tahap penguasaan bahasa Arab semasa membaca, menulis, mendengar dan bertutur baha Arab di tahap yang membimbangkan. Ini kerana (Kamarul 2012) menyatakan pelajar tidak mampu menguasai bahasa Arab adalah disebabkan kurang interaksi berbahasa serta tidak minat bahasa Arab. Kajian (Rosni 2009) turut menyatakan amalan berbahasa Arab terhad dan jarang digunakan, keadaan pelajar yang menjadi lebih bersifat pasif, serta guru tidak berkomunikasi dengan pelajar dalam bahasa Arab menyebabkan ramai pelajar aliran agama tidak mampu menulis dan bertutur dengan baik dalam bahasa Arab. Ini menyebabkan kebanyakan pelajar tidak mengetahui maksud ayat al-quran dan seterusnya mereka tidak mampu untuk memahami dan menterjemah maksud ayat dengan baik. Oleh itu, adalah amat penting untuk setiap pelajar sentiasa cakna akan ilmu bahasa Arab dengan sebaiknya. Seterusnya, dapatan mendapati kefahaman makna ayat al-quran di kalangan pelajar rendah menunjukkan pelajar tidak memahami maksud ayat dengan baik. Ini disebabkan kurangnya penekanan terhadap bahasa Arab. Para pelajar kurang mempraktikkan kemahiran membaca, menulis, bertutur dalam bahasa Arab samada di dalam dan luar kelas walaupun pengetahuan asas bahasa Arab sudah dipelajari sejak sekolah rendah (Ab. Halim 2009). Dapatan konstruk mendapati item mudah mengingat ayat yang dibaca menyebabkan pelajar lebih fokus kepada menghafaz al-quran dengan (min=3.06) berbanding item lain. Dengan itu, kelemahan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah disebabkan mereka kurang memberi penekanan terhadap bahasa tersebut sepanjang proses pembelajaran al-quran berjalan. Seterusnya, Pengetahuan tentang Tadabbur al-quran di kalangan pelajar berdasarkan kepada makna asbab al-nuzul di tahap rendah. Ini disebabkan mereka kurang pendedahan akan ilmu asbab al-nuzul. Hasil dapatan (Ruslan 2014) mendapati pengetahuan asbab al-nuzul ayat boleh menghindari terjadinya salah paham ayat hukum. Ini kerana, pengetahuan tentang sebab akan membawa kepada pengetahuan akibatnya (Khairuddin 2012). Oleh itu, setiap pelajar perlu diberi pendedahan berkaitan asbab al-nuzul dengan sebaiknya ketika proses pengajaran dan pembelajaran al-quran berlangsung. Hal ini terjadi disebabkan pelajar kurang berminat 51

untuk mengetahui tentang ayat hukum fiqh menyebabkan mereka lebih mementingkan akan ayat-ayat yang dihafaz. Seterusnya, pengetahuan pelajar terhadap ayat Hukum Fiqh dan Sirah Nabi adalah sederhana. Ini menunjukkan pelajar mengetahui secara umum tentang kedua-dua kefahaman tersebut, namun kurang didedahkan samada di dalam atau luar bilik darjah. Ayat Hukum Fiqh hanya dapat difahami apabila difahami ayat hukum yang terdapat dalam ayat tersebut. Manakala Sirah Nabi merupakan perkara penting dalam memahami al-quran. Secara umumnya, mereka mengetahui ayat hukum dan kisah-kisah yang terdapat di dalam al-quran. Walaupun begitu, kefahaman terhadap hukum fiqh dan kisah Nabi perlu dipertingkatkan dengan sebaiknya. Oleh itu, setiap pelajar perlu memberi perhatian pada ayat hukum fiqh dan kisah Nabi. Tahap pengetahuan terhadap bahasa Arab dilihat paling rendah rendah menyebabkan mereka sukar memahami maksud tersirat yang terdapat dalam al-quran. Selain itu, pelajar dilihat lebih mempunyai pengetahuan yang tinggi hanya bagi aspek kefahaman terhadap Sirah Nabi. Ini kerana pengetahuan tentang kisah-kisah Nabi telah diketahui dan dipelajari sejak dari kecil, samada ketika di sekolah rendah dan menengah. Walaupun pelajar mengetahui kepentingan Tadabbur dalam memahami al-quran, namun mereka masih tidak mengetahui cara atau kaedah yang sepatutnya digunapakai semasa proses pembelajaran al-quran. Oleh itu, dapat disimpulkan daripada kesemua kefahaman yang dibincangkan, didapati hanya kefahaman terhadap Sirah Nabi yang mencapai tahap pengetahuan yang sederhana dibandingkan dengan yang lain. Secara keseluruhannya pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berada pada tahap yang sangat kritikal dan membimbangkan. Hal ini kerana pengetahuan ilmu Tadabbur secara khusus masih terhad diketahui pelajar. Majoriti pelajar masih keliru dengan cara Tadabbur al-quran yang kurang diketengahkan ketika proses pembelajaran al-quran. Ini dapat dilihat, semasa proses pembelajaran al-quran, pelajar sangat kurang didedahkan dengan ilmu berkaitan Tadabbur al-quran. Oleh itu, usaha daripada semua pihak amat diperlukan untuk memartabatkan Tadabbur al-quran dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, sistem pembelajaran pendidikan Tahfiz perlu diperkemaskan lagi dalam meningkatkan prestasi pelajar tahfiz. c. Perbezaan Tahap Pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Pada keseluruhannya dapatan kajian ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Dapatan kajian ditunjukkan seperti Jadual 6 di bawah : Jadual 6 : Ujian-t perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Bil Hipotesis Analisi ujian Keputusan Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Ujian T Hipotesis diterima Dapatan yang diperoleh menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran berdasarkan jantina. Oleh itu, faktor jantina tidak memainkan peranan dalam menentukan perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-quran. Ini menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan telah memberikan pengetahuan yang sama terhadap Tadabbur al-quran. 5.Kesimpulan Secara umumnya, pengkaji dapat mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar Tahfiz di Maahad Tahfiz Al- Musthafawiyah, Bangi terhadap Tadabbur al-quran. Majoriti pelajar Tahfiz mempunyai tahap pengetahuan Tadabbur al-quran yang rendah. Beberapa kelemahan perlu diatasi dengan segera bagi menongkah cabaran pendidikan semasa ke arah memperkasakan pendidikan tahfiz al-quran. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama meningkatkan semangat cintakan al-quran dalam kalangan generasi muda yang merupakan pelapis untuk meneruskan legasi Tadabbur al-quran dalam melahirkan insan berkualiti yang Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik pada masa akan datang. Oleh itu, kajian cadangan seterusnya ialah keperluan ilmu Tadabbur al-quran dalam kurikulum Tahfiz perlu diselaraskan berdasarkan kepada pelajar yang amat memerlukannya pada masa kini. Ia bertujuan untuk memastikan pendidikan tahfiz dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan tersusun. 52

Rujukan Al-Quran al-karim. Asmawati Suhid, Mohd Faizal bin Mohd Zain, Abdul Muhsin Bin Ahmad, Mohd Aderi Che Noh. 2013. Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang Konsep Menutup Aurat: Suatu Tinjauan Umum. Jurnal Pendidikan Islam. Januari 2013. Vol. 1 Issue 1. Azmil Hashim, Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri, Mohd. Aderi Che Noh. 2013, Hubungan Antara Adab- Adab Pembeajaran Tahfiz Dan Pencapaian Hafazan Pelajar. Dlm. Jurnal Pendidikan Islam. Vol 2. Azmil Hashim,Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali. 2013. Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Qur an Di Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Universiti Kebangsaan Malaysia, Dlm. Jurnal Pendidikan Islam. Vol 1. Azmil Hashim, Abd. Halim Tamuri, 2012, Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Qur an Di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dlm. Jurnal Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 4(2). Khairuddin b. Said. 2012. Kenali al-quran. Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa. Md Noor Bin Hussin (Dr) Saupi Man (Prof. Madya, Dr) Khairatul Aqmar Abd Latif (Dr) Ahmad Redzaudin Ghazali Muhammad Rofian Ismail Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar. 2016. Tahap Penguasaan Bahasa Arab Masyarakat Awam Melalui Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa Arab Di Masjid. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (Irsyad 2016) Muhammad Azhar, Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Ismail Mustari, Roshayati Nasbon, Norhasanatul Fadzilah Awang. 2012. Kemahiran Membaca dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012]. Muhammad Syafee Salihin bin Hasan,Khairatul Akmal Ab Latif, Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi,Ahmad Shahir Masdan. 2014. Kemahiran Waqf Dan Ibtida Dalam Kalangan Pelajar Program Sarjana Muda Al- Quran Dan Alqiraat (Psmaa). Selangor. Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Monika @ Munirah Abd Razzak, Liyana Nadzirah Md Saril, Nor Hizwani Ahmad Thohir, Nik Mohd Zaim Ab Rahim. 2014. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah. Proceedings: The 4th Annual International Qur anic Conference 2014. E-ISBN: 978-967-12182-6-6 2014 Centre of Quranic Research. Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, Nazean Jomhari, & Nor Aziah Mohd Daud, 2016). Tinjauan Pelaksanaan Pendidikan al-quran Bagi Golongan Pekak Di Malaysia. Jurnal al-turath; Vol. 1, No. 2; 2016 Rabiatul Adawiyah bte Abu Bakar, Salina Mohammed Rashid, Ghazali Mohd Ali. 2014. Budaya Berkongsi Pengetahuan Dalam Kalangan Pelajar Pekak: Satu Kajian Penerokaan. Selangor. Dlm. Prosiding Persidangan Antarabangsa dalam Pengurusan dan Muamalah (1st ICoMM).Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 13th 14th November 2014, e- ISBN: 978-967-0850-01-6. Rosni Bin Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ruslan. 2014 Urgensi Asbab Al-Nuzul Ayat-Ayat Ahkam. Fakulti Syariah dan Ekonomi IAIN Antasari, Jl. Jenderal Ahmad Yani Km 4,5 Banjarmasin. Saadah Binti Ibrahim. 2012. Tahap Kefahaman Dan Amalan Terhadap Kefarduan Menutup Aurat Di Kalangan Pelajar Di Tiga Buah Sekolah Menengah Agama Daerah Pekan. Latihan Ilmiah, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Zukifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, Ismi Arif Ismail. 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibu-Bapa Dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor. Institut Sans Sosial (UPM) Journal Islamic and Arabic Education 3(2)2011 31-40. 53