KESEDARAN DAN KEPATUHAN WANITA TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT EMAS PERHIASAN DI SELANGOR

Similar documents
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KEBERKESANAN MEDIUM MAKLUMAT SEBAGAI PERANTARAAN TERHADAP POTENSI BERZAKAT: KAJIAN KES GOLONGAN MUDA (PELAJAR IPT)

ZAKAT COMPLIANCE INTENTION BEHAVIOR ON SAVING AMONG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA S STAFF FARAH MASTURA BINTI NOOR AZMAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KEPATUHAN ZAKAT OLEH SYARIKAT TERSENARAI AWAM DI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

KEBERKESANAN CERAMAH ZAKAT DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAT KEFAHAMAN DAN AMALAN PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN DI DAERAH SEPANG, SELANGOR

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PENSWASTAAN INSTITUSI ZAKAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBAYARAN SECARA FORMAL DI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

Kesan Pewartaan Zakat ke atas Kepatuhan Membayar Zakat di Baitulmal: Kajian Kes Zakat Pendapatan di Acheh

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH


A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON THE PATTERNS AND ANTECEDENTS OF CHARITABLE GIVING BEHAVIOUR AMONG MUSLIMS IN MALAYSIA SALWA AMIRAH AWANG

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

Mohd Suffian Mohamed Esa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Transcription:

KESEDARAN DAN KEPATUHAN WANITA TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT EMAS PERHIASAN DI SELANGOR Fadilah Mat Nor, Teh Suhaila Tajuddin, Aza Shahnaz Azman fadilahmn@kuis.edu.my, tehsuhaila@kuis.edu.my, azashahnaz@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk menguji tahap kesedaran dan kepatuhan membayar zakat Emas Perhiasan di kalangan wanita di negeri Selangor. Disamping untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran dan kepatuhan membayar zakat tersebut. Kajian ini dikemukakan berikutan tren jumlah kutipan zakat terhadap jenis zakat emas dilihat kerap berada di tangga terbawah dalam senarai kutipan zakat negeri Selangor dan kebanyakkan negeri di Malaysia (Rujuk laporan LZS 2010-1017). Hal ini sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah tahap kesedaran wanita sebagai golongan sasaran serta apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tren ini. Sekalipun kutipan terhadap zakat ini bukanlah sumber utama kutipan di kebanyakkan negeri termasuk Selangor, tetapi pertambahan populasi wanita sebagai golongan sasaran sebagai muzakki wajar dikaji bagi menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan. Justeru, Kertas kerja ini akan mengemukakan dan membentangkan kemajuan penyelidikan seperti dapatan kajian rintis, instrumen kajian serta masalah-maslah yang dihadapi semasa proses mengutip data. Kajian juga telah menggunakan Teori Gelagat Terancang (Teory Of Planned Behavior) bagi mengukur ramalan kepatuhan wanita terhadap pembayaran zakat emas. Kata Kunci: Zakat Emas Perhiasan, Wanita, Tahap Kesedaran, Teori Gelagat Terancang, Niat Kepatuhan. 1

1.0 PENGENALAN 5th Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas. Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-quran yang bermaksud: Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu [At-Taubah (9): 34-35]. Kepatuhan membayar zakat emas merupakan suatu perkara yang penting dalam meningkatkan kutipan zakat. Namun kefahaman masyarakat tentang kewajipan pembayaran zakat emas masih lagi ditahap yang tidak memuaskan. Kutipan zakat adalah bertujuan untuk diagihkan kepada golongan asnaf iaitu miskin (orang yang penghasilannya tidak mencukupi), riqab (hamba atau budak), gharim (orang yang memiliki banyak hutang), muallaf (orang yang baru masuk Islam), fisabilillah (pejuang di jalan Allah SWT), Ibnu Sabil (musafir dan para pelajar perantauan) dan juga amil zakat (panitia penerima dan pengelola dana zakat) seperti mana yang telah dinyatakan di dalam al-quran. Rentetan itu, adalah penting untuk kajian ini dilakukan bagi mengukur tahap pemahaman wanita terhadap zakat emas perhiasan dan mengenal pasti pengaruh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan gelagat dalam meramal kepatuhan wanita terhadap zakat emas perhiasan dengan menggunakan teori gelagat terancang. Oleh itu, pemantauan yang berterusan dan gerak kerja yang cekap perlu ditekankan pada masa kini supaya masyarakat Islam sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim yang wajib menunaikan ibadah zakat. Tambahan pula belum ada kajian tentang zakat emas perhiasan yang khusus dijalankan bagi menjelaskan tentang fenomena gelagat kepatuhan zakat tanaman ini. Justeru, kajian ini cuba 2

untuk memberi penjelasan berkaitan fenomena diatas dengan mengaplikasikan teori dan metodologi daripada kajian-kajian lepas berkaitan dengan gelagat kepatuhan. Disamping itu juga, adalah bertujuan untuk mendapatkan kefahaman mengenai gelagat kepatuhan zakat emas perhiasan dengan mengkaji peranan pembolehubah-pembolehubah dalam teori gelagat terancang tersebut. 1.1 Permasalahan Kajian Zakat emas dibahagikan kepada dua iaitu zakat emas simpan dan zakat emas perhiasan. Kajian ini memfokuskan tentang zakat emas perhiasan kerana merupakan salah satu dari zakat harta yang diwajibkan ke atas umat Islam di Malaysia. Kewajipan ini ditetapkan berdasarkan fatwa negeri-negeri dan ianya tidak seragam di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Ramai di kalangan masyarakat Islam di Malaysia mempunyai persepsi bahawa barang perhiasan tidak dikenakan zakat sebanyak manapun ia dimiliki dengan syarat ia dipakai sebagai perhiasan wanita. Mengikut data pencapaian kutipan zakat di Selangor, statistik menunjukkan prestasi pencapaian kutipan zakat tanaman adalah semakin meningkat dari tahun 2011 hingga 2017, walaubagaimana pun mengikut sumber laporan kutipan dan agihan zakat di Selangor juga mendapati kutipan zakat emas adalah kurang memberangsangkan iaitu di tangga ke tiga terendah berbanding dengan kutipan zakat yang lain (rujuk juga peratusan sumbangan yang tidak pernah melebihi 1% sejak 2011). Jadual 1: Statistik Kutipan Zakat Emas Di Negeri Selangor Tahun 2011 Hingga 2017 Tahun Jumlah kutipan (RM juta) Peratusan Sumbangan Keseluruhan Kutipan (%) 2011 1,310,000 0.33 2012 2,080,000 0.47 2013 2,433,929 0.46 2014 2,501,603 0.42 2015 2,759,502 0.39 2016 2,358,429 0.40 2017 3 111 911 0.41 Sumber : Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Di Negeri Selangor LZS ( 2011-2017) 3

Keadaaan ini menimbulkan kebimbangan dan persoalan mengapa kutipan zakat emas kurang memberangsangkan. Hal ini kerana adalah mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan penduduk wanita di negeri Selangor semakin meningkat. Justeru, satu kajian perlu dijalankan bagi membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kepatuhan wanita terhadap bayaran zakat emas perhiasan berikutan kutipan zakat emas masih di antara yang terendah. Selain itu juga bagi mengukur sejauh mana tahap pemahaman wanita terhadap pembayaran zakat emas perhiasan. Selain daripada itu, kajian-kajian lepas hanya banyak memfokuskan mengenai perbahasan fiqh merangkumi isu uruf, jenis emas dan penetapan uruf mengikut kawasan masingmasing. Justeru masih terdapat jurang kajian yang mengkaji secara emperikal mengenai zakat emas perhiasan. Oleh itu, kajian ini telah mengariskan beberapa persoalan dan objektif kajian bagi membincangkan serta menganalisis isu yang berkaitan. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk: i. Kenalpasti tahap kesedaran dan kepatuhan membayar zakat Emas Perhiasan di kalangan wanita. ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran dan kepatuhan membayar zakat Emas perhiasan. iii. Mencadangkan langkah-langkah bagi institusi zakat meningkatkan dan memperbaiki prestasi kutipan zakat Emas perhiasan di Selangor. Walau bagaimanapun, objektif kertas kerja ini adalah secara khusus ingin membincangkan kemajuan penyelidikan ini. Maka, kertas kerja ini hanya membentang dan menganalisa kepurusan kajian rintis dan beberapa masalah dan cabaran setakat tempoh tersebut. 1.3 Kepentingan Kajian Skop kajian menjurus kepada para wanita di Selangor yang memakai emas untuk perhiasan. Skop kajian yang tertumpu kepada para wanota di Selangor kerana kebanyakan mereka adalah muslim. Justeru, banyak maklumat yang akan dapat diperolehi dalam menjalankan kajian kepatuhan membayar zakat emas perhiasan ini. Selain itu, skop kajian juga tertumpu kepada penggunaan teori gelagat terancang bagi mengenalpasti pengaruh faktor-faktor tersebut dalam 4

perlaksanaan pembayaran zakat emas perhiasanoleh para wanita. Kajian ini bertujuan untuk mngenal pasti tahap pengetahuan wanita terhadap zakat emas perhiasan. Hal ini seterusnya dapat mengukur potensi kaum wanita dalam membayar zakat emas perhiasan mengikut tahap pengetahuan yang telah dikenal pasti. Di samping itu, kajian ini juga bagi mengenal pasti pengaruh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan gelagat yang mempengaruhi kaum wanita dalam gelagat mereka terhadap pembayaran zakat emas perhiasan. Kajian ini juga dapat menunjukkan bagaimana teori gelagat terancang ini mampu mentaksir niat para petani dalam melaksanakan ibadah zakat khususnya kepada zakat emas. Tambahan pula, kepentingan daripada kajian ini juga dapat melihat bagaimana kesediaan para wanita dalam perlaksanaan bayaran zakat emas perhiasan khususnya di Selangor. Bahkan, ia juga boleh dijadikan sumber rujukan bagi kajian pada masa hadapan. 2.0 METODOLOGI Model Kesedaran Pembayaran zakat oleh Hairunnizam Wahi, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor (2010) di dalam jurnal yang bertajuk Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia akan sebagai kerangka teori. Disamping kajian juga akan merujuk kepada Teori Gelagat Terancang (TGT) oleh Ajzen (1998) bagi merangka Model gelagat kepatuhan terhadap zakat emas perhiasan. Bagi tujuan pengumpulan data adalah menggunakan penyelidikan secara kuantitatif hasil daripada kaedah persampelan kluster di dalam persampelan rawak mudah. Kajian kuantitatif hasil daripada kaedah persampelan rawak mudah dengan jumlah responden disasarkan seramai 500 orang. Skop sampel adalah wanita yang bekerja atau yang menetap di Selangor. Instrumen penyelidikan mengunakan borang soal selidik (data primer). Instrument penyelidikan menggunakan borang soal selidik bagi memperolehi data primer. Pembinaan item soal selidik adalah mengikut pembolehubah yang telah dikenal pasti iaitu konstruk bagi demografi, tahap pengetahuan agama terhadap zakat emas, sikap, dorongan sosial dan kepuasan agihan zakat secara keseluruhan. Penganalisaan data statistik deskriptif (frekuensi, min dan peratusan) dan juga menggunakan analisis regrasi berganda untuk mengenal pasti 5

pembolehubah yang signifikan sebagai faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat emas. Model kesedaran yang akan diadaptasi adalah seperti berikut: L = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + β4 X4 + β5 X5 +β6 X6 + β7 X7 + β8 X8 + β9 X9 + β10 X10 + β11 X11 Di mana : L adalah log bagi nisbah odds kepatuhan X1 adalah umur responden X2 adalah dami taraf perkahwinan; X3 adalah dami tahap pendidikan; X4 adalah dami bekerja; X5 adalah dami jenis pekerjaan; X6 adalah jumlah pendapatan bulanan X7 adalah bilangan tanggungan X8 adalah jumlah perbelanjaan bulanan isi rumah X9 adalah sikap X10 adalah norma subjektif X11 adalah kawalan gelagat ditanggap Beberapa pembolehubah telah dikeluarkan daripada model kajian iaitu factor kepuasan/ persepsi agihan zakat kerana telah proksi dengan factor dorongan social. Manakala faktor pengeahuan agama telah diproksikan dengan factor sikap. Kedua-dua factor ini telah termuat di dalam teori gelagat terancang. 3.0 KEPUTUSAN KAJIAN Bagi memastikan kebolehpercayaan terhadap set-set soal selidik yang disediakan, maka satu kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang responden yang terdiri daripada wanita di Selangor. Kajian rintis ini dijalankan dengan tujuan untuk menguji kesahan setiap item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar dijalankan. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul sewaktu soal selidik dijalankan. Secara keseluruhannya, responden memahami soalan yang diberi dan telah menjawab soalan dengan baik. 6

Bagi memperoleh data tersebut, pengkaji telah menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Data Editor versi 24.0 melalui nilai Cronbach Alpha bagi mengetahui ukuran kebolehpercayaan instrumen kajian ini. Jadual 2: Ujian Kebolehpercayaan Kajian Rintis Item Jumlah Soalan (N) Cronbach Alpha Niat 5 0.72 Sikap 5 0.73 Norma Subjektif 5 0.60 Persepsi Kawalan Gelagat 5 0.78 Jadual memaparkan statistik kebolehpercayaan bagi mendapat Cronbach Alpha. Berdasarkan Jadual 2 diatas, berikut adalah keputusan kajian rintis terhadap kebolehpercayaan statistik yang diperolehi. Daripada perolehan data tersebut menunjukkan hasil cronbach s alpha untuk bahagian C iaitu bagi pembolehubah bersandar pula adalah 0.72, manakala untuk pembolehubah tidak bersandar iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan gelagat adalah masing-masing 0.73, 0.60 dan 0.78. Keputusan data ini menunjukkan soalan-soalan yang dinyatakan didalam borang soal selidik adalah sederhana baik dan boleh diteruskan. Menurut Mohammad Najib (1990), nilai kebolehpercayaan pada 0.60 boleh diguna pakai.. 4.0 PERBINCANGAN Berikutan keputusan kajian rintis, kesemua instrument soalan boleh disahkan dan diteruskan ke peringkat seterusnya iaitu pengumpulan data sebenar. Setakat ogos 2018, seramai 218 daripada 500 responden telah berjaya dikutip. Bermakna kajian masih berbaki 292 responden untuk dilengkapkan. Responden adalah terhad kepada wanita yang bekerja atau menetap di Selangor yang merangkumi 3 daerah utama iaitu di Daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang. Beberapa masalah atau cabaran yang telah dikenal pasti sepanjang kajian dijalankan antaranya ialah faktor kepercayaan responden sekalipun soalan kajian tidak bertanyakan tentang jumlah emas yang dipakai. Kebanyakkan responden merasakan 7

soal pemakaian emas adalah peribadi dan tidak patut didedahkan atas sebab keselamatan. Penemuan awal juga mendapati bahawa, kebanyakan responden tidak memahami konsep uruf yang menjadi asas kepada pengenaan zakat emas perhiasan. Walaubagaimanapun agak ramai responden menunjukkan kesediaan membayar emas sekiranya mendapat pendedahan awal dan maklumat oleh pihak berwajib seperti amil dan pihak LZS. 5.0 KESIMPULAN Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk menguji tahap kesedaran dan kepatuhan membayar zakat Emas Perhiasan di kalangan wanita di negeri Selangor. Disamping untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran dan kepatuhan membayar zakat tersebut. Kajian ini dikemukakan berikutan tren jumlah kutipan zakat terhadap jenis zakat emas dilihat kerap berada di tangga terbawah dalam senarai kutipan zakat negeri Selangor dan kebanyakkan negeri di Malaysia (Rujuk laporan LZS 2010-1017). Justeru, Kertas kerja ini akan mengemukakan dan membentangkan kemajuan penyelidikan seperti dapatan kajian rintis, instrumen kajian serta masalah-maslah yang dihadapi semasa proses mengutip data. Kajian juga telah menggunakan Teori Gelagat Terancang (Teory of Planned Behavior) bagi mengukur ramalan kepatuhan wanita terhadap pembayaran zakat emas. Daripada keputusan kajian rintis, kesemua instrumen boleh diteruskan bagi pengumpulan data sebenar. Masalah dan cabaran kajian telah dikenal pasti dan pengkaji telah merangka beberapa strategi bagi memastikan sasaran bilangan responden dapat dipenuhi dalam masa yang ditetapkan. Antaranya akan menjalankan boring soal selidik secara maya atau atas talian bai mempercepatkan proses kutipan data sekaligus menyempurnakan analisis data sebenar. 8

RUJUKAN 5th Ajzen, I. 1991. The Theory of Planned Behaviour. Organization Behaviour and Human Decision Processes, 50, 179-211. Ajzen, I. 2005. Attitudes, Personality and Behaviour (Second). London, UK: Open University Press. Ajzen, I. 2012. The Theory of Planned Behaviour. In Lange, Kruglanski, & Higgins (Eds.), Handbook of Theories of Social Psychology (Vol. 1, pp. 438 439). London, UK: Sage. Ajzen, I., Joyce, N., Sheikh, S., & Cote, N. G. 2011. Knowledge and the prediction of behavior: The role of information accuracy in the theory of planned behavior. Basic and Applied Social Psychology, 33(2), 101 117. Abdul Rahim Abdul Rahman. 2004. Menangani Cabaran Semasa Institusi Zakat di Malaysia: Satu Analisis. IKIM Jurnal. 12/1: 103-115. Abidin, Z., dan Md. Idris, K. 2009. Sikap, Norma Subjektif Dan Kawalan Gelagat Ditanggap Terhadap Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. IJMS, 16 (1), 31 55. Nur Ain Afiqah. 2016. Kefahaman Dan Kesediaan Pengusaha IKS Terhadap Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Kajian Kes di Kawasan Hulu Langat Selangor. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Saad, R. A. J., Bidin, Z., Idris, K. M., & Hussain, M. H. M. 2010. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan. Jurnal Pengurusan 30(3), 49 61. Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2009. Potensi dan Cabaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian. Kumpulan Kajian Ekonomi & Kewangan Islam Pusat Pengajian Ekonomi, UKM. Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan. 2006. Potensi dan Cabaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian di Malaysia. Jurnal Manajemen dan Bisnis 12, no. 1: 65-75. Kamil Md Idris, Chek Derashid, & Engku Ismail Engku Ali. 1997. Zakat penggajian: Suatu tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan Muslimin negeri Perlis, Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Kamil Md Idris. 2002. Gelagat kepatuhan zakat gaji di kalangan kakitangan awam. (Tesis Ph.D tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Malaysia. 9