PROSPEKTUS. AMANAH SAHAM DARUL IMAN (Dilancarkan pada 31 Oktober 1994)

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

RISALAH KETERANGAN PRODUK

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

RISALAH KETERANGAN PRODUK

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 19 JANUARI 2015 (TARIKH MATANG)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PARA PELABUR HARUS BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI MERIT DAN RISIKO PELABURAN.

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PROSPEKTUS INDUK 1 Dana Siri PB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Mengukur Risiko Kabur Kadar Tukaran Asing (Measuring Fuzzy Foreign Exchange Rate Risk)

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SAHAM KEUTAMAAN DALAM ISLAM

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Plat Kaca Terma & Syarat

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

PENILAIAN PENGETAHUAN

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK KECAIRAN BARU YANG BERKUALITI TINGGI YANG PATUH SHARIAH

Polisi ipad Pensyarah

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Kesan Pengklasifikasian Patuh Syariah Terhadap Kemeruapan Pulangan Stok Axis-Reit

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

Transcription:

PROSPEKTUS AMANAH SAHAM DARUL IMAN (Dilancarkan pada 31 Oktober 1994) Pengurus PTB UNIT TRUST BERHAD (310155-K) Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat, 1965 (Subsidiari milik penuh Permodalan Terengganu Berhad) Pemegang Amanah CIMB ISLAMIC TRUSTEE BERHAD (167913-M) Pelabur-pelabur adalah dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Prospektus ini dan Surat ikatan sebelum melabur dalam Tabung Unit Amanah ini. Sekiranya ada sebarang keraguan, sila dapatkan pandangan daripada penasihat profesional. Bagi maklumat berkaitan faktor-faktor risiko tertentu, yang mana patut dipertimbangkan oleh bakal pelabur, sila lihat Bab Faktor-faktor Risiko di muka surat 8 Prospektus ini. Prospektus ini bertarikh 30 April 2016 dan tamat pada 29 April 2017.

KENYATAAN TANGGUNGJAWAB Prospektus ini telah disemak dan diluluskan oleh Pengarah-pengarah PTB Unit Trust Berhad, pengurus Tabung Unit Amanah ini dan mereka secara bersama dan berasingan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan semua maklumat. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan, atau ada fakta lain yang tertinggal yang akan menjadikan sebarang kenyataan di dalam prospektus ini palsu atau mengelirukan. KENYATAAN PENOLAK TUNTUTAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memberi kebenaran kepada Tabung Unit Amanah ini dan satu salinan prospektus ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran, dan pendaftaran prospektus ini, tidak boleh dianggap sebagai menunjukkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan Tabung Unit Amanah ini atau bertanggungjawab di atas kebenaran mana-mana kenyataan yang dibuat atau laporan yang dizahirkan di dalam prospektus ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana bahagian syarikat pengurusan yang tidak dizahirkan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas isi kandungan prospektus ini. Tiada apa-apa gambaran dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia terhadap ketepatan atau kesempurnaan prospektus ini dan dengan nyata menegaskan menolak apa-apa tuntutan liabiliti terhadap sebarang kerugian akibat dari atau oleh kebergantungan ke atas kesemua atau mana-mana bahagian isi kandungan prospektus ini. PELABUR-PELABUR HENDAKLAH MEMBUAT PENELITIAN SENDIRI BAGI MENILAI KEBAIKAN SERTA RISIKO SESUATU PELABURAN. SEKIRANYA TIMBUL KERAGUAN SEMASA MEMPERTIMBANGKAN KEPUTUSAN UNTUK MEMBUAT PELABURAN, PELABUR-PELABUR HENDAKLAH MENDAPATKAN BANTUAN PENASIHAT PROFESIONAL DENGAN SEGERA. KENYATAAN TAMBAHAN Tiada unit akan diterbitkan atau dijual berdasarkan Prospektus ini selepas satu tahun daripada tarikh Prospektus ini. Pelabur-pelabur adalah dimaklumkan bahawa mereka boleh mendapatkan hak tuntut di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 bagi kesalahan melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan sekuriti termasuk apa-apa kenyataan di dalam Prospektus ini yang palsu, mengelirukan, atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau bagi apa-apa perbuatan yang mengelirukan atau memperdayakan berhubung dengan Prospektus ini atau kelakuan mana-mana individu lain yang berkaitan dengan Tabung ini. Amanah Saham Darul Iman telah diperakui sebagai tabung unit amanah patuh Syariah oleh Jawatankuasa Syariah yang telah dilantik untuk tabung.

PENGENALAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kepada pelabur-pelabur dan bakal pelabur; Amanah Saham Darul Iman (ASDI) adalah sebuah tabung ekuiti yang berteraskan Syariah yang memberi fokus atau tumpuan kepada perkembangan modal dan perolehan. Objektif pelaburan ASDI bermatlamat untuk memberi pemegang-pemegang unit suatu tahap pendapatan yang menarik dan berterusan, serta peningkatan modal menerusi pelaburan berisiko munasabah yang dilaksanakan mengikut Surat ikatan, Garis panduan, Akta dan undang-undang sekuriti di dalam sekuriti-sekuriti di pasaran tempatan dan asing yang memenuhi prinsip-prinsip Syariah. Pengadunan portfolio sekuriti yang dipelbagaikan adalah sebahagian daripada strategi pelaburan tabung ASDI, yang mensasarkan pulangan bagi jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Pelaksanaan strategi pelaburan tabung juga mengambilkira peruntukanperuntukan Garis panduan yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tabung ASDI terdedah kepada faktor-faktor risiko seperti risiko pasaran, risiko pengkelasan semula status Syariah, risiko saham tertentu, risiko pengurusan dan sebagainya. Untuk keterangan lebih lanjut tentang faktor-faktor risiko ini, sila rujuk ke muka surat 8 Prospektus ini. Sebagai sebuah tabung unit amanah yang berteraskan Syariah, ASDI merupakan tabung unit amanah yang sesuai bagi pelabur-pelabur yang mempunyai matlamat jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang serta ingin mendapatkan pulangan daripada pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Caj-caj dan yuran-yuran akan dikenakan kepada pelabur, secara langsung dan tidak langsung, apabila membeli unit-unit ASDI;- Caj jualan sebanyak 5% daripada NAB seunit; Yuran tahunan Pengurus; Yuran tahunan Pemegang Amanah; Lain-lain caj dan yuran yang berkaitan dengan operasi Tabung. Bermula 1 April 2015, semua caj dan yuran yang dikenakan kepada pelabur atau Tabung akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebanyak 6% dan semua kutipan cukai ini akan diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia. Pelabur-pelabur dan bakal pelabur bolehlah merujuk ke muka surat 52 Prospektus ini bagi mendapatkan maklumat di mana unit-unit ASDI boleh dibeli dan dijualbalik. Saya mengambil kesempatan di sini menasihatkan pelabur-pelabur dan bakal pelabur supaya membaca Prospektus ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur. Dato Wan Ismail bin Wan Yusoh Pengerusi PTB Unit Trust Berhad Prospektus ASDI i

KANDUNGAN Muka Surat Takrif Singkatan/Istilah 1 2 Bab 1 Maklumat Korporat Pengurus dan Pihak Berkaitan 3 4 Bab 2 Data Utama ASDI 5 7 Maklumat Tabung 5 Yuran Dan Caj 6 Lain-lain Maklumat Berkaitan 7 Bab 3 Faktor-faktor Risiko 8 10 Risiko Pelaburan Di Dalam Tabung Unit Amanah 8 Risiko Khusus Berkaitan Dengan ASDI 9 Jenis, Ciri-ciri Dan Risiko Pelaburan 10 Faktor Mengurangkan Risiko Pelaburan 10 Bab 4 Profil Tabung ASDI 11 16 Objektif Pelaburan ASDI 11 Polisi Pelaburan 11 Strategi Pelaburan 11 Pelaburan Yang Dibenarkan 12 Had-had Pelaburan 13 Asas Penilaian Pelaburan 14 Proses Kelulusan Status Sekuriti Oleh Jawatankuasa Syariah 15 Zakat ASDI 16 Bab 5 Maklumat Prestasi ASDI 17 18 Purata Pulangan Tahunan 17 Jumlah Pulangan Tahunan 17 Asas Pengiraan Pulangan 17 Pengagihan Pendapatan 17 Nisbah Dagangan Portfolio 18 Pengagihan Aset 18 Lain-lain Maklumat Kewangan Dan Data Prestasi 18 Bab 6 Sorotan Maklumat Kewangan Terdahulu ASDI 19 Ringkasan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Tabung 19 Yang Diaudit Untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober Ringkasan Penyata Aset Dan Liabiliti Tabung Yang Diaudit 19 Untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober Perbelanjaan Tahunan Tabung Bagi Tahun Kewangan 19 Berakhir 31 Oktober 2014 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan Tabung Bagi Tiga Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober 19 Prospektus ASDI ii

Bab 7 Yuran, Caj Dan Perbelanjaan 20 22 Caj Jualan 20 Caj Tebusan (Belian Balik) 20 Yuran 20 Rebet Dan Komisen 22 Bab 8 Maklumat Urusniaga ASDI 23 27 Penentuan Titik Penilaian Dan Pengiraan Harga-harga Unit 23 Penetapan Semula Harga-harga Unit 23 Polisi Satu Harga 23 Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) 24 Bagaimana Unit-unit Boleh Dibeli Dan Dijual 25 Menukar/Memindah Milik Unit-unit 26 Tempoh Penelitian 26 Polisi Pengagihan Pendapatan 27 Wang Yang Tidak Dituntut 27 Bab 9 Pengurusan Dan Pentadbiran Tabung ASDI 28 34 Profil Korporat Pengurus 28 Pencapaian Kewangan Pengurus 28 Tugas Dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah 29 Profil Kakitangan Pengurusan Utama 31 Jawatankuasa Pelaburan 32 Jawatankuasa Syariah 33 Bab 10 Pemegang Amanah 35 37 Maklumat Korporat 35 Pencapaian Kewangan 35 Pengalaman 35 Tugas Dan Tanggungjawab Pemegang Amanah 36 Kenyataan Tanggungjawab Pemegang Amanah 36 Pendakwaan Dan Pengadilan 36 Wakil Pemegang Amanah 36 Obligasi Pemegang Amanah 37 Bab 11 Terma-Terma Ketara Surat ikatan 38 41 Hak Pemegang Unit 38 Sekatan Pemegang Unit 38 Tanggungan Pemegang Unit 38 Yuran Dan Caj Maksima Yang Dibenarkan 39 Kenaikan Kadar Yuran Dan Caj Daripada Kadar Yang Dinyatakan Dalam Prospektus dan Kadar Maksima Surat Ikatan 39 Perbelanjaan Yang Dibenarkan 39 Persaraan, Pemecatan Atau Penggantian Pengurus 40 Persaraan, Pemecatan Atau Penggantian Pemegang 40 Amanah Penamatan Tabung Amanah 41 Mesyuarat Pemegang-pemegang Unit 41 Bab 12 Syarat-Syarat Dan Kelulusan 42 Prospektus ASDI iii

Bab 13 Transaksi Pihak Berkaitan / Percanggahan Kepentingan 43 Bab 14 Percukaian 44-50 Bab 15 Maklumat-Maklumat Tambahan 51 52 Maklumat Perkembangan ASDI 51 Perkhidmatan Pelanggan 51 Pelan Takaful Berkelompok 51 Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram 52 Di Mana Unit-unit Boleh Dibeli 52 Bab 16 Keizinan 53 Bab 17 Dokumen Yang Boleh Didapati Untuk Pemeriksaan 53 54 Bab 18 Notis Akta Perlindungan Peribadi 2010 55-56 Borang Permohonan Unit-Unit ASDI Lampiran Prospektus ASDI iv

TAKRIF SINGKATAN / ISTILAH Di dalam Prospektus ini, sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya, singkatan atau istilah berikut akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah ini: Akta Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 ASDI atau Tabung Bursa Malaysia Bursa Securities CBP FIMM Garis panduan Harga Unit-unit Hari Perniagaan Hari Urusniaga Amanah Saham Darul Iman Bursa Malaysia Berhad Bursa Malaysia Securities Berhad Cukai Barang dan Perkhidmatan / Goods and Services Tax (GST) Federation of Investment Managers Malaysia Garis panduan Tabung Unit Amanah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertarikh 3 Mac 2008 serta pindaan-pindaan yang diterbitkan dari semasa ke semasa. Harga untuk membeli unit dan/atau menjual balik ialah pada NAB seunit Tabung. Hari di mana Bursa Securities berurusniaga. Hari di mana Pengurus berniaga. Jangkamasa Terakru Setiap tempohmasa dua belas (12) bulan berakhir pada 31 Oktober setiap tahun kecuali Jangkamasa Terakru pertama yang bermula pada tarikh Surat ikatan dan berakhir pada 31 Oktober 1995. Mesyuarat Agung Luarbiasa Nilai Aset Bersih atau NAB NAB Seunit Nilai Aset Kasar NDP NPP Pemegang Amanah Mesyuarat Pemegang Unit yang dipanggil oleh Pengurus atas permintaan tidak kurang daripada 50 atau satu per sepuluh jumlah pemegang unit, yang mana lebih rendah. Nilai semua aset Tabung ditolak nilai semua liabiliti Tabung pada tarikh penilaian. NAB dibahagi dengan bilangan unit dalam edaran pada Hari Perniagaan. Nilai Aset sebelum ditolak Yuran Pengurusan dan Yuran Pemegang Amanah pada tarikh penilaian. Nisbah Dagangan Portfolio. Nisbah Perbelanjaan Pengurus. CIMB Islamic Trustee Berhad. Prospektus ASDI 1

Pemegang Unit atau Pemegang-pemegang Unit Pemegang Bersama Pengagihan Pendapatan Pengurus atau PUTB Portfolio Resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa RM dan Sen Sekuriti Boleh Pindah (Transferable Securities) Surat ikatan SC atau Suruhanjaya Sekuriti Individu dan/atau institusi yang masih didaftarkan di bawah peruntukan Surat ikatan sebagai pemegang kepada unitunit ASDI termasuk Pengurus dan Pemegang Bersama. Individu yang pada sesuatu ketika memegang unit-unit atau pecahan unit di bawah peruntukan Surat ikatan bersama individu lain. Pemegang Bersama tidak semestinya didaftarkan sebagai Pemegang Unit atau pecahan unit di atas sijil kerana hanya nama pemohon pertama di dalam Borang Permohonan akan didaftarkan sebagai Pemegang Unit. Perolehan bersih Tabung (jika ada) yang diagihkan kepada pemegang-pemegang unit sama ada dalam bentuk tunai dan/atau unit-unit tambahan pada akhir setiap Jangkamasa Terakru. PTB Unit Trust Berhad. Sektor pelaburan yang dibenarkan oleh Tabung iaitu: (1) sektor ekuiti sekuriti ekuiti tersiarharga dan sekuriti ekuiti tidak tersiarharga. (2) sektor pasaran wang instrumen kewangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan. (3) Sektor bon - sekuriti bon dan instrumen pendapatan tetap berteraskan syariah. (4) Sektor sekuriti di pasaran asing - sekuriti di pasaran asing yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Usul yang diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa. Ringgit Malaysia dan Sen. Ekuiti, debentur, bon dan waran. Surat ikatan bertarikh 24 Oktober 1994 dan Surat ikatan- Surat ikatan Tambahan di antara PUTB (sebagai Pengurus) dan CIMB Islamic Trustee Berhad(sebagai Pemegang Amanah) dan Pemegang-pemegang unit amanah, yang bersetuju mematuhi peruntukan Surat ikatan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Prospektus ASDI 2

1 MAKLUMAT KORPORAT PENGURUS DAN PIHAK BERKAITAN PENGURUS : PTB Unit Trust Berhad(310155-K) PEJABAT BERDAFTAR : Lot PT 3071 Kawasan Perindustrian Chendering 21080 Kuala Terengganu Tel Faks : 09-617 7771 : 09-617 7772 PEJABAT URUSNIAGA : Kuala Terengganu 29.01 KT Business Centre (KTBC) Jalan Sultan Mohamad 21100 Kuala Terengganu Tel Faks E-mail Laman web : 09-6220999 (5 talian) : 09-6229555 / 09-6238444 : putb@ptbgroup.com.my : www.asditrg.com Petaling Jaya Unit 628, Tingkat 6, Blok A, Lobby B Kelana Centre Point No.3 Jalan SS 7/19 47301 Petaling Jaya Tel Faks : 03-7880 0879 : 03-7803 5779 LEMBAGA PENGARAH : JAWATANKUASA PELABURAN : Dato Wan Ismail bin Wan Yusoh (Pengerusi bukan bebas) Dato Mazlan bin Ngah (bebas) Datuk W. Mohd Albakri bin W. Md. Noor (bebas) Dato Mohamad bin Shahul Hameed (bebas) Sulaiman bin Salleh (bebas) Md Som bin Mangy (bukan bebas) Dato Wan Ismail bin Wan Yusoh (Pengerusi bukan bebas) Datuk W. Mohd Albakri bin W. Md. Noor (bebas) Sulaiman bin Salleh (bebas) Md Som bin Mangy(bukan bebas) JAWATANKUASA SYARIAH : Dr. Ab. Halim bin Muhammad Dato Dr. Zulkifly bin Muda Catatan : SC telah memberikan kelulusan kepada PUTB lanjutan masa sehingga 27 Julai 2016 atau sehingga penasihat Syariah baru dilantik, yang mana lebih awal untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan iaitu penasihat Syariah untuk Tabung hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang. [Sila rujuk muka surat 42 untuk maklumat lanjut] JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN RISIKO : Dato Mazlan bin Ngah (Pengerusi) Datuk W. Mohd Albakri bin W. Md Noor Sulaiman bin Salleh Prospektus ASDI 3

PEMEGANG AMANAH : PEJABAT BERDAFTAR CIMB Islamic Trustee Berhad (167913-M) Level 13, Menara CIMB Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel Faks : 03-2261 8888 : 03-22610099 Laman web : http://www.cimb.com PEJABAT URUSNIAGA Level 21, Menara CIMB Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel Faks : 03-2261 8888 : 03-22619889 WAKIL PEMEGANG AMANAH: PEJABAT BERDAFTAR CIMB Bank Berhad (13491-P) Level 13, Menara CIMB Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel Faks : 03-2261 8888 : 03-22618889 Laman web : http://www.cimb.com PEJABAT URUSNIAGA Level 21, Menara CIMB Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel Faks : 03-2261 8888 : 03-22619892 SETIAUSAHA SYARIKAT : Saliza binti Abdul Rahman(LS 8098) Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Lot PT 3071 Kawasan Perindustrian Chendering 21080 Kuala Terengganu PEGUAM UNTUK KETEKUNAN WAJAR : Kamilia Ibrahim & Co. Suite 89-2, Jalan Wangsa Delima 5 Sek 5 Wangsa Maju (KLSC) 53300 Kuala Lumpur JURUAUDIT : PENASIHAT PERCUKAIAN : Ernst & Young [ AF 0039 ] Chartered Accountants Tingkat 9, Menara PERMINT Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Ernst & Young Tax Consultants Sdn. Bhd. [ 179793-K ] Unit 10 D-J, Level 10, Menara Zenith Jalan Putra Square 6 25000 Kuantan, Pahang JURUBANK : CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) No 24 KT Business Centre Padang Hiliran 21572 Kuala Terengganu FEDERATION OF INVESTMENT MANAGERS MALAYSIA : 19-06-1, 6th Floor Wisma Tune 19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Tel : 03-2093 2600 Faks : 03-2093 2700 Laman web : www.fimm.com.my Prospektus ASDI 4

2 DATA UTAMA ASDI Bab ini hanya merupakan ringkasan maklumat-maklumat utama berkaitan Tabung dan pelabur-pelabur dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan prospektus ini sebelum membuat keputusan melabur. MAKLUMAT TABUNG Tabung Kategori Tabung Jenis Tabung Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan Tanda Aras Prestasi Risiko utama melabur di dalam Tabung ini Saiz Tabung yang diluluskan Profil Pelabur Amanah Saham Darul Iman. Tabung Ekuiti berteraskan Syariah. Tabung Pendapatan dan Pertumbuhan. Objektif pelaburan Tabung mestilah bermatlamat untuk memberi pemegang-pemegang unit suatu tahap pendapatan yang menarik dan berterusan, serta peningkatan modal menerusi pelaburan berisiko munasabah yang dilaksanakan mengikut Surat ikatan, Garis panduan, Akta dan undang-undang sekuriti di dalam sekuriti-sekuriti di pasaran tempatan dan asing yang memenuhi prinsip-prinsip Syariah. Mewujudkan satu portfolio sekuriti yang dipelbagaikan melalui pelaburan dalam sekuriti ekuiti tersenarai dan tidak tersenarai serta instrumen pasaran wang mengikut prinsip-prinsip Syariah. Kandungan ekuiti adalah sehingga 95% daripada NAB Tabung dan sekurang-kurangnya 5% dalam bentuk tunai dan aset cair. [Sila rujuk muka surat 11 untuk maklumat lanjut] FBM Shariah Bursa Malaysia. [Sila rujuk muka surat 12 untuk maklumat lanjut] Faktor risiko utama ialah risiko pasaran saham, risiko pengkelasan semula status syariah, risiko saham tertentu, risiko pembiayaan pinjaman, risiko pengurusan, risiko kecairan, tiada jaminan pengagihan pendapatan, risiko pematuhan dan risiko negara. [Sila rujuk muka surat 8 untuk maklumat lanjut] 500,000,000 unit. Pelabur yang inginkan pelaburan berisiko sederhana yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah; Pelabur yang memerlukan pengurus dana dan juga kepakaran bagi pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah; Pelabur yang ingin memperolehi pulangan dalam jangka masa sederhana (3 5 tahun) dan jangka masa panjang (5 tahun ke atas) bagi pelaburan yang berlandaskan prinsipprinsip Syariah; dan Prospektus ASDI 5

Pelabur yang ingin mempelbagai portfolio pelaburan di dalam sekuriti-sekuriti yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Polisi Pengagihan Pendapatan Pada akhir setiap Jangkamasa Terakru Tabung, pengagihan pendapatan (jika ada) akan diagih samada dalam bentuk tunai dan/atau dalam bentuk unit-unit tambahan. [Sila rujuk muka surat 26untuk maklumat lanjut] YURAN DAN CAJ Jadual di bawah menerangkan caj-caj yang akan dikenakan secara langsung apabila membeli atau menjual unit-unit Tabung. Caj Jualan seunit Caj Tebusan (Belian Balik) seunit Lain-lain Caj Kadar maksima 5%* berasaskan NAB Tabung dikenakan dalam tempoh Prospektus berkuatkuasa. [Sila rujuk muka surat 20untuk maklumat lanjut] Tiada caj dikenakan dalam tempoh Prospektus berkuatkuasa. [Sila rujuk muka surat 20untuk maklumat lanjut] Caj RM3 dikenakan bagi setiap satu sijil, jika ada permohonan untuk Sijil Unit. [Sila rujuk muka surat 21untuk maklumat lanjut] Pelabur boleh berunding dengan Pengurus untuk caj-caj yang lebih rendah. Jadual di bawah menerangkan yuran-yuran yang akan dikenakan secara tidak langsung apabila melabur di dalam Tabung. Yuran Tahunan Pengurus Yuran Tahunan Pemegang Amanah Lain-lain Yuran 1.5% setahun di atas Nilai Aset Kasar Tabung yang diakru secara harian. [Sila rujuk muka surat 20untuk maklumat lanjut] 0.09% setahun di atas Nilai Aset Kasar Tabung yang diakru secara harian. [Sila rujuk muka surat 21untuk maklumat lanjut] Yuran-yuran dan kos sebagaimana yang telah ditetapkan. [Sila rujuk muka surat 21untuk maklumat lanjut] Bermula pada 1 April 2015, yuran-yuran dan caj-caj di atas dikenakan CBP pada kadar 6%. Kadar ini boleh berubah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kastam Diraja Malaysia. Prospektus ASDI 6

LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKAITAN Surat ikatan Bertarikh 24 Oktober 1994. Surat ikatan Tambahan Pertama Bertarikh 9 Mei 1996. Surat ikatan Tambahan Kedua Bertarikh 30 April 1999. Surat ikatan Tambahan Ketiga Bertarikh 25 April 2001. Surat ikatan Tambahan Keempat Bertarikh 14 April 2006. Adalah diingatkan bahawa terdapat yuran dan caj yang terlibat semasa membeli dan menjual unit-unit. Pelabur-pelabur dinasihatkan untuk menimbang yuran dan caj yang dikenakan sebelum melabur. Pelabur juga diingatkan bahawa harga-harga unit ASDI dan pengagihan pendapatan (jika ada) berkemungkinan akan turun ataupun naik pada masa-masa akan datang. Bagi maklumat berkaitan faktor-faktor risiko tertentu, sila lihat Bab Faktor-faktor Risiko di muka surat 8 Prospektus ini. Adalah diingatkan bahawa prestasi silam Tabung bukanlah menjadi petunjuk bagi prestasi Tabung pada masa akan datang. RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG Prospektus ASDI 7

3 FAKTOR-FAKTOR RISIKO RISIKO PELABURAN DI DALAM TABUNG UNIT AMANAH Tabung unit amanah akan terdedah kepada elemen-elemen risiko yang tidak dapat dielakkan dan pelabur hendaklah memberi pertimbangan kepada risiko-risiko tersebut yang antara lainnya ialah: - Risiko Pasaran Risiko pasaran merujuk kepada kebarangkalian bahawa pelaburan akan kehilangan nilai kerana penurunan secara umum dalam pasaran saham, disebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan / atau faktor-faktor lain, yang akan menyebabkan penurunan dalam Nilai Aset Bersih (NAB) tabung unit amanah. Risiko Pengkelasan Semula Status Syariah Risiko ini merujuk kepada risiko ekuiti patuh Syariah yang dipegang oleh tabung unit amanah akan dikelaskan semula sebagai tidak patuh Syariah dalam kajian semula secara berkala oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, penasihat Syariah atau lembaga Syariah indeks Islam yang berkaitan. Jika ini berlaku, Pengurus akan mengambil langkah yang perlu untuk melupuskan ekuiti tersebut. Terdapat kebarangkalian kehilangan peluang kepada tabung unit amanah disebabkan tabung unit amanah tidak dibenarkan untuk mengekalkan keuntungan modal yang diperoleh daripada pelupusan ekuiti tidak patuh Syariah. [Sila rujuk muka surat 16 untuk maklumat lanjut mengenai pelupusan ekuiti tidak patuh Syariah] Risiko Saham Tertentu Harga saham tertentu boleh berubah sebagai tindak balas kepada keadaan yang memberi kesan kepada syarikat-syarikat individu seperti prestasi kewangan yang buruk, berita mengenai kemungkinan penggabungan atau kehilangan kakitangan utama syarikat. Manamana pergerakan harga buruk saham itu akan menjejaskan NAB tabung unit amanah. Risiko Pembiayaan Pinjaman Risiko ini berlaku apabila pelabur mengambil pinjaman/pembiayaan untuk membiayai pelaburan mereka. Apabila pelaburan dibuat dengan menggunakan wang yang dipinjam, antara risiko yang wujud adalah termasuk pelabur berkemungkinan tidak mampu untuk membayar pembayaran balik pinjaman mereka. Sekiranya unit-unit tabung unit amanah digunakan sebagai cagaran, pelabur berkemungkinan perlu untuk menambah nilai cagaran jika harga unit jatuh di bawah paras tertentu disebabkan oleh keadaan pasaran. Jika gagal berbuat sedemikian, unit-unit tersebut boleh dijual pada nilai aset bersih yang lebih rendah bagi setiap unit berbanding nilai aset bersih seunit pada masa pembelian bagi tujuan menyelesaikan pinjaman. Risiko Pengurusan Risiko ini merujuk kepada pengurusan harian tabung unit amanah oleh pengurus yang akan memberi kesan kepada prestasi tabung unit amanah. Sebagai contoh, akibat daripada pandangan yang tidak tepat tentang pasaran atau kegagalan mematuhi polisi dalaman, mandat pelaburan, surat ikatan, undang-undang yang berkaitan atau garis panduan kerana faktor-faktor seperti kesilapan manusia atau kelemahan dalam operasi proses dan sistem, Prospektus ASDI 8

pengurus berkemungkinan akan membuat keputusan pelaburan yang boleh menjejaskan prestasi tabung unit amanah. Risiko Kecairan Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset tersebut yang diniagakan di pasaran. Jika tabung unit amanah memegang aset yang tidak cair, atau sukar untuk dilupuskan, nilai tabung akan terjejas apabila ia terpaksa menjual aset tersebut pada harga yang lebih rendah. Tiada Jaminan Pengagihan Pendapatan Pengagihan pendapatan kepada pemegang unit adalah daripada perolehan di atas pelaburan. Oleh yang demikian, jumlah pengagihan dan/atau kadar pengagihan tidak boleh dipastikan atau ditetapkan. Pengurus juga tidak boleh menjamin sama ada pengagihan (sekiranya ada) dapat dikekal atau ditingkatkan. Risiko Pematuhan Risiko pengurus dan mereka yang berkaitan dengan skim tabung unit amanah yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Surat ikatan, undang-undang yang terpakai bagi skim, polisi-polisi dan prosedur-prosedur Garis panduan, mengambil langkahlangkah yang tidak wajar atau bertindak secara tidak jujur. Ketidakpatuhan kepada mematuhi peraturan-peraturan ini mungkin boleh memberi kesan negatif kepada nilai pelaburan tabung. Risiko Matawang Tabung mungkin akan terdedah kepada risiko ketidaktentuan nilai matawang apabila membuat pelaburan di pasaran asing. Turun naik kadar tukaran asing boleh menjejaskan nilai portfolio pelaburan asing tabung, yang turut memberi kesan kepada keseluruhan nilai tabung. Risiko Negara Pelaburan tabung unit amanah di mana-mana negara mungkin terjejas oleh perubahan dalam keadaan ekonomi dan politik, sekatan dalampenghantaran balik mata wang atau perkembangan lain dalam undang-undang atau peraturan-peraturan negara-negara di mana tabung membuat pelaburan. Sebagai contoh, keadaan ekonomi negara di mana tabung membuat pelaburan yang semakin merosot boleh menjejaskan nilai pelaburan tabung di negara-negara berkenaan. Ini seterusnya boleh menyebabkan nilai aset bersih tabung atau harga unit jatuh. Risiko Waran Pelaburan tabung di dalam waran (jika ada) mungkin akan menghadapi risiko kehilangan modal (harga penuh waran dan kos transaksi) sekiranya tidak dijual atau ditukarkan pada atau sebelum tamat tempohnya. Waran juga mempunyai risiko kecairan, di mana pasaran tidak cair boleh menjejaskan harga waran tersebut. Pengurus meminimakan risiko-risiko ini dengan melabur di dalam waran yang diterbitkan oleh syarikat yang berwibawa sahaja. Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa prestasi tabung unit amanah tidak dijamin, dan pelabur hendaklah meneliti risiko sebelum membuat keputusan untuk melabur. Prospektus ASDI 9

RISIKO KHUSUS BERKAITAN DENGAN ASDI Prestasi ASDI adalah tertakluk kepada prestasi harga saham di Bursa Securities atau di bursa-bursa di mana pegangan pelaburan ASDI disenaraikan. Prestasi saham-saham individu, yang diadunkan di dalam portfolio, akan turun dan naik mengikut perubahan nilai pasaran pelaburan. Turun-naik ini mungkin ketara dalam jangka masa pendek. Ini menyumbang kepada risiko pasaran semasa melabur dalam Tabung. Walaubagaimanapun impak ini boleh dikurangkan melalui proses pelaburan portfolio yang dipelbagaikan oleh Pengurus. Di samping itu, ASDI tidak boleh melabur di dalam syarikat-syarikat dan industriindustri yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah. Justeru itu walaupun ASDI mampu memenuhi kemahuan pelabur-pelabur yang berkeinginan pulangan pelaburan secara halal, prestasi ASDI tidak boleh dibandingkan dengan prestasi tabung-tabung unit amanah yang tidak mempunyai sekatan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah seperti ASDI. Pelabur-pelabur perlu memahami bahawa pelaburan ekuiti boleh membawa risiko yang tinggi dan pelabur hendaklah meneliti profil risiko Tabung sebelum membuat keputusan untuk melabur. Prestasi silam bukan menjadi petunjuk bagi prestasi ASDI pada masa akan datang. JENIS, CIRI-CIRI DAN RISIKO PELABURAN Bagi pelaburan di pasaran ekuiti, syarikat-syarikat tersenarai yang mempunyai potensi pertumbuhan modal dan dapat memberikan dividen yang stabil lazimnya akan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan harga pasaran dan risiko sektor pelaburan. Instrumen pasaran bon pula memiliki ciri-ciri pendapatan tetap dengan profil risiko iaitu nilai sekuriti ini tertakluk kepada perubahan dalam kadar faedah asas, perubahan penarafan kredit serta sukar untuk dicairkan jika tiada pembelinya. Pelaburan di pasaran wang yang merupakan simpanan di institusi kewangan akan menerima risiko yang minima namun pulangan yang diperolehi adalah rendah. FAKTOR MENGURANGKAN RISIKO PELABURAN Di mana pelabur menganggap risiko-risiko pelaburan sebagai sangat utama dalam mempertimbangkan keputusan untuk melabur, maka faktor berikut hendaklah diambilkira dalam mengurangkan risiko-risiko tersebut :- Pelabur perlu mendapatkan kepakaran pengurusan profesional daripada pengurus berpengalaman yang boleh mentadbir dana secara berkesan; Pelabur boleh juga melabur dalam lain-lain bentuk pelaburan seperti wang tunai, simpanan tetap, hartanah yang mana tahap risikonya lebih rendah daripada pelaburan di dalam tabung unit amanah. Prospektus ASDI 10

4 PROFIL TABUNG ASDI ASDI ialah sebuah tabung unit amanah yang dikategorikan sebagai tabung ekuiti yang berteraskan Syariah dan mula beroperasi pada 31 Oktober 1994. ASDI merupakan sebuah dana yang mengandungi kepelbagaian aset dengan mengutamakan pelaburan dalam sektor ekuiti. OBJEKTIF PELABURAN ASDI Objektif pelaburan Tabung mestilah bermatlamat untuk memberi pemegang-pemegang unit suatu tahap pendapatan yang menarik dan berterusan, serta peningkatan modal menerusi pelaburan berisiko munasabah yang dilaksanakan mengikut Surat ikatan, Garis panduan, Akta dan undang-undang sekuriti di dalam sekuriti-sekuriti di pasaran tempatan dan asing yang memenuhi prinsip-prinsip Syariah. Sebarang perubahan objektif pelaburan Tabung hanya akan dibuat melalui Mesyuarat Agung Luarbiasa dan kelulusan Pemegang Amanah. POLISI PELABURAN Pada amnya, polisi pelaburan Tabung ialah untuk melaksanakan satu pelan tindakan untuk melabur di dalam portfolio yang mengandungi kepelbagaian sekuriti ekuiti tersenarai dan tidak tersenarai, sekuriti bon, sekuriti di pasaran asing dan instrumen pasaran wang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ini bertujuan untuk memberikan gabungan pulangan yang optima daripada dividen yang diperolehi dari pelaburan ekuiti, bon dan pasaran wang, keuntungan pelaburan dan juga peningkatan nilai aset Tabung. STRATEGI PELABURAN Strategi pelaburan akan berpandu kepada objektif pelaburan dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan politik serta perkembangan di dalam dan di luar negara yang mempengaruhi prestasi pasaran ekuiti dan pasaran bon, di samping melibatkan analisa risiko. Secara keseluruhannya, strategi pelaburan yang dilaksanakan mensasarkan pulangan untuk jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang bagi tempoh di antara 3 5 tahun. Pengadunan strategi pelaburan akan mengambil kira Garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tabung membuat pelaburan di dalam sebuah portfolio pelbagai yang terdiri daripada ekuiti patuh Syariah, pasaran wang Islam dan lain-lain pelaburan yang dibenarkan. Pengurus akan melaburkan sekurang-kurangnya 70% dan sehingga 95% daripada modal Tabung dalam ekuiti patuh Syariah dan sekurang-kurangnya 5% dalam bentuk tunai dan aset cair. Tabung diurus secara aktif dalam usaha untuk mencapai objektif pelaburannya. Fokus utama pelaburan ekuiti patuh Syariah tertumpu kepada pelbagai syarikat berkaitan indeks, saham cip biru dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan, yang disenaraikan di Bursa Securities. Dalam mengenalpasti syarikat seumpama ini, penelitian akan diberikan kepada prospek pertumbuhan pendapatan, kekukuhan kewangan syarikat, nilai aset bersih, pegangan tunai, pulangan dividen serta pengurusan yang berwibawa. Walaupun Tabung diurus secara aktif, kekerapan dagangan sangat bergantung kepada peluang pasaran. Prospektus ASDI 11

Tabung juga mungkin akan menyertai tawaran awam permulaan (Initial Public Offering - IPO) syarikat patuh Syariah yang disenaraikan di Bursa Securities, melabur dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah dan deposit Islam untuk membantu menjana pulangan. Pengurus boleh, sebagai tindak balas kepada pasaran yang buruk, ekonomi, politik dan suasana-suasana lain yang di luar jangka, menggunapakai strategi defensif sementara dengan meningkatkan paras aset cair ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya dalam keadaan pasaran lebih baik, Pengurus mungkin mengurangkan paras aset cair ke tahap yang lebih rendah bagi mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendedahan yang lebih tinggi di dalam pasaran ekuiti. Apabila ini berlaku, pengagihan portfolio Tabung akan diubah dengan sewajarnya. Tanda Aras Prestasi Pelaburan Pengurus mengguna pakai tanda aras mengukur prestasi pelaburan tabung dengan merujuk Kadar Pulangan Dengan Pemberat Masa (Time Weighted Rate of Return). Kaedah pengukuran adalah seperti berikut: NAB Akhir - NAB Awal NAB Awal di mana NAB Akhir adalah sebelum pengagihan Di samping itu prestasi ASDI akan juga dibandingkan dengan indeks FBM Shariah, Bursa Malaysia. Indeks Komposit, Bursa Malaysia juga turut digunakan sebagai panduan memandangkan ia merupakan petunjuk utama pasaran saham. Maklumat berhubung tanda aras indeks-indeks ini boleh didapati di dalam laporan bursa saham samada melalui media elektronik, media cetak dan juga laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com. Pelabur dimaklumkan bahawa profil risiko prestasi tanda aras adalah tidak sama dengan profil risiko prestasi Tabung. Menangani Risiko Pelaburan Walau dalam apa bentuk strategi yang diambil, semua dan setiap pelaburan akan berkait rapat dengan elemen risiko yang boleh menjurus kepada hakisan modal atau pelaburan. Risiko ini terbit daripada volatiliti harga sekuriti sebagai tindakbalas kepada aktiviti syarikat, sentimen pasaran dan keadaan ekonomi. Risiko-risiko berkaitan pelaburan sekuriti seperti risiko pasaran, risiko kecairan dan risiko portfolio ditangani oleh Pengurus dengan mempelbagaikan portfolio sekuriti dari masa ke semasa selaras dengan perubahan pasaran. Sektor pasaran wang akan diberi tumpuan yang lebih ketika pasaran ekuiti mengalami arah aliran tidak menentu yang ketara. Pengurus boleh mengambil beberapa strategi seperti mengubah agihan aset Tabung untuk mengimbangi dengan risiko dan pulangan setelah mengambilkira arah aliran pasaran. PELABURAN YANG DIBENARKAN Sekuriti syarikat-syarikat, dana dan indeks yang disenaraikan di Bursa Securities; Sekuriti-sekuriti tidak tersenarai termasuk sekuriti-sekuriti yang belum tersenarai tetapi telah menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk penyenaraian dan sebutharga di Bursa Securities; Prospektus ASDI 12

Sijil-sijil pelaburan Kerajaan; Bil Penerimaan Islam, Bon Mudharabah Cagamas dan Sekuriti Hutang Islam yang mempunyai sekurang-kurangnya penarafan BBB oleh Rating Agency of Malaysia Berhad (RAM) dan Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC); Unit-unit Tabung Amanah Hartanah yang tiada kaitan dengan ASDI dan disenaraikan di Bursa Securities; Pelaburan dalam sekuriti-sekuriti di pasaran asing yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berkuasa pasaran asing mestilah ahli Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO); Unit-unit dalam lain-lain skim unit amanah; Baki matawang Malaysia dalam tangan, deposit matawang Malaysia dengan institusi perbankan Islam, termasuk Sijil-sijil Pelaburan; dan Sebarang bentuk pelaburan yang mungkin dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Syariah dari masa ke semasa. HAD-HAD PELABURAN Nilai pelaburan ASDI dalam saham biasa di dalam mana-mana satu penerbit mestilah tidak boleh melebihi 10% daripada NAB Tabung; Nilai pelaburan ASDI di dalam mana-mana sekuriti boleh pindah dan pasaran wang di dalam mana-mana satu penerbit mestilah tidak boleh melebihi 15% daripada NAB Tabung dan nilai pelaburan ASDI dalam sekuriti boleh pindah selain debentur mestilah tidak melebihi 10% daripada sekuriti yang diterbitkan; Nilai pelaburan deposit ASDI dalam/dengan satu institusi kewangan mestilah tidak boleh melebihi 20% daripada NAB Tabung; Nilai pelaburan ASDI dalam instrumen pasaran wang mestilah tidak boleh melebihi 10% daripada instrumen yang diterbitkan; Nilai pelaburan ASDI dalam skim unit amanah mestilah tidak boleh melebihi 25% daripada unit/saham dalam mana-mana skim unit amanah; Had-had pelaburan perlu dipatuhi setiap masa berdasarkan nilai pasaran terkini pelaburan Tabung berbanding NAB Tabung. Walaubagaimanapun, kelonggaran melebihi sehingga 5% daripada had yang ditetapkan adalah dibenarkan dalam tempoh 3 bulan sekiranya ketidakpatuhan tersebut disebabkan oleh peningkatan atau penurunan NAB Tabung (samada peningkatan atau penurunan nilai pelaburan, kesan belian unit atau bayaran yang dibuat oleh Tabung); Pelaburan ASDI tidak boleh melebihi 10% daripada Nilai Aset Bersih Tabung di dalam mana-mana sekuriti yang tidak disenaraikan; Nilai pegangan ASDI dalam bentuk waran dan opsyen mestilah tidak boleh melebihi 10% daripada Nilai Aset Bersih Tabung; Prospektus ASDI 13

Pelaburan ASDI dalam sekuriti-sekuriti di pasaran asing yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti tidak boleh melebihi 30% daripada Nilai Aset Bersih Tabung; ASDI tidak boleh melabur di dalam mana-mana sekuriti kecuali sekuriti-sekuriti yang telah ditakrifkan sebagai Permitted Investments di dalam Surat ikatan (untuk melihat senarai takrifan tersebut, sila rujuk kepada muka surat 12 di bawah tajuk Pelaburan yang Dibenarkan ; dan Paras kecairan minima Tabung, iaitu paras minima pegangan aset-aset dalam bentuk tunai atau setara dengannya yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah yang mungkin diubah mengikut keperluan semasa. Kadar yang dipersetujui buat masa ini ialah 5% dari NAB Tabung. ASAS PENILAIAN PELABURAN Instrumen Kaedah Pengiraan (a) (b) (c) Sekuriti patuh Syariah tersiarharga Sekuriti patuh Syariah tak tersiarharga Sekuriti bon berteraskan Syariah Harga pasaran. Walaubagaimanapun, sekiranya- (i) penilaian berdasarkan harga pasaran tidak menggambarkan nilai saksama bagi sekuriti-sekuriti ini, sebagai contoh ketika keadaan pasaran tidak normal; atau (ii) tiada harga pasaran boleh diperolehi, termasuk di dalam keadaan di mana penggantungan sebut harga sekuritisekuriti melebihi tempoh 14 hari, atau kurang sebagaimana yang dipersetujui oleh pemegang amanah, oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti ini perlu dinilaikan pada nilai saksama, sebagaimana yang ditentukan oleh syarikat pengurusan atau wakil pengurusan tabungnya dengan suci hati (good faith), berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas mendapat nasihat teknikal yang bersesuaian. (i) Harga tawaran semasa langganan. (ii) Nilai saksama seperti yang ditentukan oleh syarikat pengurusan atau wakil pengurusan dananya berdasarkan kaedah atau asas yang disahkan oleh Juruaudit dan diluluskan oleh Pemegang Amanah. Untuk sekuriti hutang Islam tersenarai, harga dagangan terakhir yang disebut oleh agensi harga bon (BPA) yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti akan digunakan. Di mana syarikat pengurusan berpandangan bahawa harga yang disebut oleh BPA bagi bon tertentu berbeza dengan harga pasaran lebih dari 20 mata asas, syarikat Prospektus ASDI 14

pengurusan atau wakil pengurusan dananya boleh menggunakan harga pasaran, asalkan syarikat pengurusan atau wakil pengurusan dananya- (i) merekod asasnya untuk penggunaan harga bukan daripada BPA; (d) (e) (h) Sekuriti patuh Syariah di pasaran asing Unit dalam skim unit amanah patuh Syariah Deposit patuh Syariah- /Instrumen pasaran wang Islam (ii) mendapatkan kelulusan dalaman yang perlu untuk menggunakan harga yang bukan daripada BPA; dan (iii) menyimpan jejak audit bagi semua keputusan dan asas bagi penggunaan hasil pasaran. Bagi sekuriti hutang Islam tidak tersenarai, nilai saksama yang merujuk kepada purata hasil indikatif yang disebut oleh tiga (3) institusi bebas dan berwibawa akan digunakan. Nilai pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah di pasaran asing akan ditukarkan setiap hari kepada RM dengan menggunakan kadar pertukaran wang asing yang dipetik samada dari Reuters atau Bloomberg pada jam 4:00petang waktu United Kingdom pada hari yang sama, sebagaimana Standard No. 004 (FMUTM/IMS (R&D)-004) yang dikeluarkan oleh FIMM. NAB Seunit yang terakhir disiarkan. Nilai Nominal. PROSES KELULUSAN STATUS SEKURITI OLEH JAWATANKUASA SYARIAH Portfolio pelaburan ASDI meliputi sekuriti-sekuriti yang telah diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti. Bagi sekuritisekuriti yang belum diluluskan patuh Syariah oleh MPS, kedudukan atau status sekuriti tersebut akan ditentukan/diputuskan oleh Jawatankuasa Syariah Tabung. Dalam melaksanakan proses kelulusan ke atas sekuriti-sekuriti yang berada dalam status tersebut, Jawatankuasa Syariah akan mengkaji semua aspek aktiviti syarikat berkenaan daripada perspektif Syariah. Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, syarikat-syarikat akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti teras yang bercanggah dengan Syariah seperti yang berikut: a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah); b) Perjudian dan pertaruhan; c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan; d) Insurans konvensional; e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah; Prospektus ASDI 15

f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan; g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah. Selain itu, Jawatankuasa Syariah Tabung juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain. Dividen yang diterima daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga diambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Syariah Tabung. Jawatankuasa Syariah juga melihat kepada aspek-aspek tambahan seperti pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan, aktiviti teras syarikat yang mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukat Islam yang diperakui oleh Islam. Proses Pelupusan dan Pembersihan Sekuriti Tidak Patuh Syariah Bagi sekuriti-sekuriti patuh Syariah yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah sama ada oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya SekuritiMalaysia atau Jawatankuasa Syariah PUTB, Pengurus akan melupuskan sekuriti-sekuriti ini apabila nilainya melebihi kos pelaburan asal. Bagi sebarang keuntungan yang diperolehi hasil dari penjualan sekuriti-sekuriti tidak patuh Syariahdan dividen yang diterima sehingga tarikh pengumuman, Pengurus dibolehkan untuk menyimpan keuntungan tersebut. Walaubagaimanapun, sebarang lebihan keuntungan modal dan dividen yang diperoleh daripada penjualan sekuriti tersebut selepas hari pengumuman, hendaklah disalurkan kepada badan-badan kebajikan atau baitulmal. Tabung dibenarkan untuk memegang pelaburan di dalam sekuriti yang telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah sekiranya harga pasarannya adalah di bawah harga pelaburan asal. Tabung juga dibolehkan untuk menyimpan dividen yang diterima dalam tempoh pegangan sehinggalah jumlah dividen yang diterima dan harga pasaran sekuriti tersebut menyamai kos pelaburan asal. Pada ketika itu, sekuriti tersebut hendaklah dijual. Bagi pelaburan yang telah dibuat dalam sekuriti yang tidak patuh Syariah, penjualan perlu dilaksanakan dalam masa sebulan daripada tarikh mengetahui kedudukan sekuriti tersebut. Sebarang keuntungan atau dividen yang diterima semasa atau selepas penjualan sekuriti tersebut akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan atau baitulmal. Tabung hanya boleh menyimpan jumlah kos pelaburan asal. Sekiranya berlaku kerugian selepas pelupusan sekuriti tersebut, Pengurus akan menanggung kerugian tersebut dengan memastikan nilai kerugian tersebut dikembalikan semula kepada Tabung. ZAKAT ASDI Jawatankuasa Syariah ASDI telah memutuskan bahawa tanggungjawab membayar zakat adalah kewajipan pemegang-pemegang unit sendiri iaitu sebagai individu, syarikat ataupun pertubuhan. Oleh yang demikian, pelabur adalah disarankan membuat urusan pembayaran zakat berdasarkan pengiraan masing-masing. Pihak Pengurus sedia memberi bantuan dan maklumat kepada pemegang unit dalam urusan yang berkaitan. Prospektus ASDI 16

5 MAKLUMAT PRESTASI ASDI PURATA PULANGAN TAHUNAN (%) Setahun Tiga tahun Lima tahun Sepuluh tahun (12.85) (2.73) (0.71) 3.88 JUMLAH PULANGAN TAHUNAN (%) 2015 2014 2013 2012 2011 2010 2009 2008 2007 2006 (12.85) (1.40) 6.05 6.71 (2.08) 19.28 23.16 (31.64) 25.66 5.90 Bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2015, pencapaian Tabung merosot sebanyak 12.85% berbanding Indeks FBM Shariah Bursa Malaysia (indeks penanda aras Tabung) yang merosot pada kadar 7.14%. Berkuatkuasa 1 November 2007, Tabung telah menukar penanda arasnya daripada Indeks Syariah KLSE kepada Indeks FBM Shariah Bursa Malaysia berikutan pengunduran Indeks Syariah KLSE pada November 2007. ASAS PENGIRAAN PULANGAN 1. Jumlah Pulangan = Pertumbuhan Modal + Pulangan Pendapatan 2. Pertumbuhan Modal = (NAB seunit * akhir / NAB seunit awal) - 1 3. Pendapatan = Pengagihan pendapatan seunit / NAB seunit awal 4. Purata Pulangan Tahunan = Jumlah pulangan dibahagi dengan bilangan tahun yang dikehendaki. * NAB seunit adalah selepas pengagihan PENGAGIHAN PENDAPATAN Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober 2015 2014 2013 Pengagihan Pendapatan Seunit Kasar (sen) 1.00 3.00 3.00 Bersih (sen) 1.00 3.00 3.00 Pada tahun 2015, pengagihan pendapatan diagihkan dalam bentuk unit sebanyak 1.0 sen seunit. Pada tahun 2014, pengagihan pendapatan diagihkan dalam bentuk unit sebanyak 3.0 sen seunit. Pada tahun 2013, pengagihan pendapatan diagihkan dalam bentuk gabungan sebanyak 2.0 sen tunai bersih seunit dan 1.0 sen di dalam bentuk unit. Prospektus ASDI 17

NISBAH DAGANGAN PORTFOLIO (NDP) NDP adalah nisbah purata bagi jumlah belian dan jualan pelaburan tabung ASDI berbanding purata saiz tabung. Semakin tinggi atau meningkat nisbah ini, semakin tinggi aktiviti pembelian dan/atau penjualan sekuriti-sekuriti. 2015 2014 2013 0.21 kali 1.03 kali 0.81kali NDP tahun kewangan 2015 menurun sebanyak 79% berbanding 2014. Ini adalah terutamanya disebabkan oleh penurunan ketara aktiviti jual beli sekuriti tersiar harga, di mana jumlah dagangan kedua-dua aktiviti ini menurun melebihi 80%. NDP tahun kewangan 2014 meningkat 27% berbanding tahun kewangan 2013 disebabkan terutamanya oleh peningkatan aktiviti belian dan jualan saham di mana jumlah masing-masing meningkat sebanyak 30% dan 44%. PENGAGIHAN ASET Baki Pada 31 Oktober (Peratusan Atas Nilai Aset Bersih) 2015 2014 2013 Sekuriti tersiarharga Dagangan/Perkhidmatan 33.07 38.67 39.57 Pembinaan 17.49 18.48 14.92 Barangan Industri 9.16 11.43 5.04 Hartanah 7.58 8.52 11.43 Perladangan 5.25 7.65 11.16 Syarikat Projek Infrastruktur 4.34 2.82 2.82 Barangan Pengguna 2.63 1.04 0.91 Kewangan 1.04 0.21 - REIT 0.93 0.92 2.52 Tunai 18.51 10.26 11.63 Jumlah 100.00 100.00 100.00 LAIN-LAIN MAKLUMAT KEWANGAN DAN DATA PRESTASI 2015 2014 2013 NAB Seunit Tertinggi 0.3710 0.4223 0.4438 NAB Seunit Terendah 0.2845 0.3764 0.3893 NAB Seunit Sebelum Pengagihan 0.3233 0.4010 0.4367 NAB Seunit Selepas Pengagihan 0.3133 0.3710 0.4067 Adalah diingatkan bahawa prestasi silam Tabung bukanlah menjadi petunjuk bagi prestasi Tabung pada masa akan datang. Prospektus ASDI 18

6 SOROTAN MAKLUMAT KEWANGAN TERDAHULU ASDI RINGKASAN PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TABUNG YANG DIAUDIT UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OKTOBER 2015 2014 2013 RM( 000) RM( 000) RM( 000) Jumlah Pendapatan (20,002) 964 14,224 Jumlah Perbelanjaan 2,718 3,510 3,474 (Kerugian)/Keuntungan Bersih Sebelum Cukai (22,720) (2,546) 10,750 (Kerugian)/Keuntungan Bersih Selepas Cukai (22,720) (2,485) 10,751 RINGKASAN PENYATA ASET DAN LIABILITI TABUNG YANG DIAUDIT UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OKTOBER 2015 2014 2013 RM( 000) RM( 000) RM( 000) Jumlah Pelaburan 152,059 172,725 185,842 Aset Lain 2,113 5,230 6,041 Jumlah Aset 154,172 177,955 191,883 Jumlah Liabiliti (4,998) (13,996) (16,142) Nilai Aset Bersih 149,174 163,959 175,741 Modal Pemegang Unit 446,265 433,568 429,583 PERBELANJAAN TAHUNAN TABUNG BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OKTOBER 2015 Yuran Jumlah Yuran Perbelanjaan Pemegang Perbelanjaan Pengurus Lain Amanah Tahunan RM 000 % * RM 000 % * RM 000 % * RM 000 % * ASDI 2,360 1.50 142 0.09 216 0.14 2,718 1.73 * berdasarkan peratusan purata NAB NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN TABUNG BAGI TIGA (3) TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OKTOBER 2015 (%) 2014 (%) 2013 (%) 1.73 1.94 1.92 NPP tahun kewangan 2015 menurun sebanyak 10% berbanding 2014. Ini adalah terutamanya disebabkan oleh penurunan yuran pengurusan dan pemegang amanah sebanyak 13%. Selain itu, belanja berkait pemerolehan sekuriti tersiar harga juga menurun sebanyak 83%. Penyata Kewangan ASDI yang diaudit ada dibentangkan di dalam Laporan Tahunan Tabung berakhir 31 Oktober 2013, 2014 dan 2015. Pelabur-pelabur boleh memohon untuk mendapatkan Laporan-laporan Tahunan ini di pejabat Pengurus. Adalah diingatkan bahawa prestasi silam Tabung bukanlah menjadi petunjuk bagi prestasi Tabung pada masa akan datang. Prospektus ASDI 19

7 YURAN, CAJ DAN PERBELANJAAN Caj-caj yang dikenakan oleh Syarikat Pengurus ketika pelabur membeli atau menjual balik unit-unit Tabung. CAJ JUALAN Kadar maksima caj jualan sebanyak 5% dari NAB seunit dikenakan oleh Pengurus selama tempoh Prospektus ini berkuatkuasa. Pengiraan caj jualan adalah seperti ilustrasi di bawah: NAB pada 23 Feb 2016 (RM) = 153,832,843 -------------------------------------------------- ------------------- Unit dalam edaran pada 23 Feb 2016 = 487,322,000 NAB Seunit pada 23 Feb 2016 (RM) = 0.315669810 Caj Jualan seunit (RM) = 0.315669810 X 5%* (kadar caj jualan) = RM0.015783491 Pengurus melaksanakan pelarasan pembundaran kepada sembilan (9) titik perpuluhan ke atas caj jualan. Pelabur boleh berunding dengan Pengurus untuk caj-caj yang lebih rendah. CAJ TEBUSAN (BELIAN BALIK) Bagi tempoh selama Prospektus ini berkuatkuasa, tiada caj tebusan (belian balik) dikenakan oleh Pengurus apabila pelabur menjual balik unit-unit pegangannya. YURAN Mengurus sesuatu Tabung biasanya melibatkan perbelanjaan seperti yuran Pengurus, yuran Pemegang Amanah, bayaran juruaudit dan profesional dan lain-lain belanja berkaitan Tabung yang dibenarkan oleh Surat ikatan. Yuran Tahunan Pengurus Pengurus akan dibayar suatu kadar tidak melebihi 1.5% setahun di atas Nilai Aset Kasar Tabung yang dikira berdasarkan asas harian dan kadar ini telah dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah dari masa ke semasa. Kadar yuran tahunan Pengurus hanya boleh dinaikkan jikalau Pengurus dan Pemegang Amanah telah bersetuju untuk menaikkan yuran tersebut dan setelah Pemegang-pemegang Unit diberitahu tentang kenaikan tersebut. Tarikh kuatkuasa kenaikan yuran tersebut mestilah juga dinyatakan dan prospektus tambahan/baru mestilah dikeluarkan dahulu di mana yuran tahunan Pengurus yang baru telah juga dinyatakan. Tarikh kenaikan yuran tahunan Pengurus mestilah tidak lebih daripada 90 hari daripada pengeluaran prospektus tambahan/baru. Prospektus ASDI 20