Abstrak Anggapan bahawa Hak Asasi Manusia dan pengamalannya menjadi sebuah penanda aras bagi kejayaan dan kegagalan sesebuah kehidupan bermasyarakat adalah tidak tepat, melainkan setelah dibuat penilaian terlebih dahulu terhadap konsep Hak Asasi Manusia yang diyakini menjadi piawaiannya. Seseorang muslim semestinya lebih mempercayai al-qurʼan yang memiliki konsep tersendiri mengenai Hak Asasi Manusia dibandingkan dengan mengambil sumber lain yang dibuat oleh manusia. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa telah berlakunya pencabulan terhadap Hak Asasi Manusia tidak selalunya benar, apabila pada kenyataannya konsep Hak Asasi Manusia yang digunakan untuk menilainya tidak menepati konsep Hak Asasi Manusia yang diajarkan oleh al- Qurʼan. Penelitian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep Hak Asasi Manusia yang dicungkil daripada al-qurʼan dan pentafsiran ayat-ayatnya yang berkenaan dengan Hak Asasi Manusia oleh segolongan muslim di Indonesia yang berfahaman liberal, khususnya pentafsiran yang berkaitan dengan isu kesetaraan gender dan kebebasan beragama yang diambil sebagai contoh. Pentafsiran ini selanjutnya dibandingkan dan dikontraskan dengan pentafsiran para mufasir. Penelitian ini menggunakan metode induktif-analisis dan perbandingan untuk menentukan sama ada metodologi yang diterapkan oleh golongan ini menepati piawaian metodologi pentafsiran al-qurʼan yang telah diguna pakai ataupun sebaliknya. Penelitian ini telah menemukan bahawa pentafsiran golongan Muslim liberal Indonesia menjurus kepada pentafsiran Barat dengan perspektif liberalnya yang cukup ketara telah mempengaruhi cara mereka memahami konsep Hak Asasi Manusia dalam al-qurʼan. Golongan ini kemudian menggunakan kekeliruan pentafsiran mereka terhadap al-qurʼan ini untuk menjustifikasi pandangan sedia ada mengenai Hak Asasi Manusia. iii
Abstract The belief that the application of human rights is the standard measurement for the success or decay of any living society is inaccurate unless that standard has been assessed and one finds it convincing. A Muslim should deeply believe more in the al- Qurʼan which possesses its own concept of human rights compared to other humanly formulated conceptions of human rights. With this, assertions of human rightsʼ violations are normally untrue if its conception is contrary to the Qurʼanic conception of what constitutes human rights. This research seeks to identify the Qur anic concept of human rights and its interpretation by the Indonesian Liberal Muslim community, especially regarding the issue of gender equality and religious freedom as example. This interpretation is then compared and contrasted against the views of Qur anic interpreters. The research adopts inductive-analysis and comparative methods to ensure whether the method of interpretation applied by this community complies with the established standards for interpreting the Qur an. The study has discovered that the interpretation of the Indonesian Liberal Muslim community is western oriented. This is due to western liberalism strongly influencing their understanding of the al-qur an s conception of human rights. This group then draws on their erroneous interpretation of the al-qur an to justify their existing opinions on human rights. iv
Moto dan Dedikasi Allah SWT berfirman: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), maka jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-anʻam 6:153). Tesis ini penulis dedikasikan untuk: Dua insan yang paling disayangi dan dicintai oleh penulis; ayahanda Abdul Madjid dan ibunda Siti Rahayu. Penulis tidak mungkin dapat melupakan segala jasa dan pengorbanan mereka berdua, demikian pula doa yang dimunajatkan sepanjang masa untuk kebahagiaan dan kejayaan penulis... Insan paling istimewa, isteriku tercinta Sovie Soraya yang tidak dapat penulis bayangkan segala kesabarannya dan pengorbanannya selama mendampingi penulis dan sepanjang menyelesaikan perkuliahan. Ketiga-tiga belahan jiwa penulis, semua putra putri penulis: Maufur Abdul Aziz, Syamil Abdul Karim dan Hanina Nouzha Kareema yang telah menghibur dan menyulut semangat penulis... v
Penghargaan Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyanyang. Segala puja dan puji hanya milik Allah SWT, Tuhan yang telah menurunkan dan mengajarkan al-qurʼan kepada umat manusia sebagai petunjuk dan cara hidup yang serba lengkap. Solawat beserta salam yang mencurah-curah ke atas Nabi Muhammad SAW yang diutus untuk menjelaskan al-qurʼan dan menjadi Qudwah dalam berakhlak dengan al-qurʼan, serta ke atas seluruh keluarga dan para sahabat beliau yang menjadi ikutan bagi seluruh umat dalam mengamalkan ajaran al-qurʼan. ʻAmma Baʻdu, Tiada perkataan dan perasaan yang sepatutnya penulis utarakan setelah menyelesaikan penelitian ini selain rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan rakaman setinggi-tingginya penghargaan yang tulus ikhlas kepada semua pihak yang telah terlibat membantu penulis dalam menyelesaikan penelitian ini sama ada berupa sumbangan fikiran, kewangan dan jasa yang tidak mungkin penulis boleh lupakan. Secara khususnya penghargaan tersebut ingin penulis sampaikan kepada: 1. Profesor Dato' Dr Mohd Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff selaku penyelia tesis ini yang telah banyak membantu penulis dengan tunjuk ajar yang sangat berguna dan bimbingan yang amat bernilai sepanjang menyiapkan penelitian. Demikian sokongan beliau yang tidak henti-henti dalam menyulut semangat kepada penulis sehingga tesis ini dapat diselesaikan. Penulis mengucapkan ribuan terimakasih dan berdoa untuk beliau jazahullah khayral jaza' semoga Allah SWT membalas dengan pahala yang sebesar-besarnya atas ilmu dan segala kebaikannya. 2. Ketua Jabatan al-quran dan al-hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Monika @ Munirah binti Abdul Razzak dan semua pensyarah di vi
jabatan al-qurʼan dan al-hadith yang telah menyumbang fikiran dan saranan, termasuklah penulis sangat berterimakasih kepada seluruh kaki tangan pentadbiran di jabatan al-quran dan al-hadith yang telah memudahkan segala urusan penulisan sehingga tesis ini selesai. 3. K.H Aceng Zakaria, Ketua Umum Persatuan Islam Indonesia sekaligus guru yang penulis banyak menimba ilmu-ilmu yang sangat berharga. 4. Profesor. Datin. Dr. Raihanah Abdullah selaku internal examiner yang banyak memberikan masukan yang sangat berharga kepada penelitian ini, juga kepada Profesor Dr. H.Yunahar Ilyas dan Profesor Madya Dr. Muhammad Aziz Sabjan selaku external examiner. Selanjutnya kepada Profesor Madya Dr. Fauzi Bin Hamat Timbalan Pengarah Ijazah Tinggi APUIM dan juga kepada Profesor Madya Dr. Sohirin Muhammad Solihin, pensyarah di Jabatan Qurʼan dan Sunnah Fakulti Ilmu Wahyu dan Warisan Islam Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia. 5. Dr Abdul Rouf (UIN Jakarta), Dr Henri Shalahuddin dan Ubaidillah al-anshary yang banyak membantu penulis dalam mengumpulkan literatur dan data-data penting yang berkaitan dengan penelitian. 6. Majelis-majelis Taklim kaum ibu antaranya al-ummahat (Shah Alam), al-zahra (Damansara) al-ikhlas (Putrajaya) dan Abang Zaini Bin Mohd Salleh yang telah banyak meluangkan masa untuk bertukar fikiran dan membantu penulis dalam penulisan secara teknikal. Penulis sangat sedar dan mengakui bahawa tanpa bantuan, sokongan juga kerjasama semua pihak sama ada yang penulis senaraikan di atas mahupun tidak, penelitian ini tidak akan diselesaikan dengan baik. Oleh yang demikian, penulis mengucapkan ribuan terimakasih dan berdoa semoga segala kebaikan semua yang terlibat digantikan dengan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Allahumma Amin... vii
Isi Kandungan Halaman Tajuk Penelitian Perakuan Keaslian Penulisan Abstrak (Melayu) Abstract (Inggeris) Moto dan Dedikasi Penghargaan Isi Kandungan i ii iii iv v vi viii Pendahuluan 1 i. Pengenalan 1 ii. Latar Belakang Masalah 4 iii. Pernyataan Masalah 13 iv. Objektif Penelitian 14 v. Kepentingan dan Relevan Penelitan 16 vi. Skop dan Batasan Penelitian 18 vii. Hipotesis Penelitian 19 viii. Ulasan Penelitian Lepas 20 ix. Metodologi Penelitian 27 x. Susunan Sistematika Penulisan 32 BAB I Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Konsepnya 34 1.1. Pendahuluan 34 1.2. Pengertian Istilah "Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia" 35 1.3. Pandangan Ulama Terhadap Ayat Al-Qurʼan mengenai Hak Asasi Manusia 42 viii
1.4. Hak Asasi Manusia Dalam Al-Qurʼan 46 1.4.1. Asas dan Prinsip Hak Asasi Manusia 50 1.4.1.1. Kemuliaan Manusia Sebagai Asas Hak Asasi Manusia 51 1.4.1.2. Prinsip-Prinsip Hak Asasi Manusia 62 1.4.2.1.1. Keadilan (al-ʻadalah) 64 1.4.2.1.2. Kesetaraan (al-musawah) 65 1.4.2.1.3. Kebebasan (al-hurriyyah) 66 1.4.2.1.4. Kemaslahatan (al-maslahah) 68 1.4.2.1.4.1. Memelihara Agama 68 1.4.2.1.4.2. Memelihara Jiwa 69 1.4.2.1.4.3. Memelihara Akal 71 1.4.2.1.4.4. Memelihara Kehormatan dan Keturunan 72 1.4.2.1.4.5. Memelihara Harta 74 1.4.2. Konsep Hak Asasi Manusia 76 1.5. Hak-Hak Asasi Manusia Dalam Al-Qurʼan 82 1.6. Hak Asasi Manusia PBB 1948 Menurut Perspektif Al-Qurʼan 94 BAB II Pentafsiran Liberal Dalam Pengajian Al-Qurʼan di Indonesia 102 2.1. Pendahuluan 102 2.2. Sejarah Masuknya Pemikiran Liberal Ke Dalam Pengajian Al-Qurʼan dan Tokohnya di Indonesia 103 2.2.1. Liberalisasi Pengajian Al-Qurʼan Pasca Kemerdekaan 104 2.2.2. Liberalisasi Pengajian Al-Qur an Pada Zaman Orde Baru 114 2.2.3. Liberalisasi Pengajian Al-Qur an Pada Zaman Reformasi Sehingga Sekarang 127 2.3. Pengaruh Liberalisme Terhadap Pengajian Al-Qur an di Indonesia 132 ix
2.3.1. Kesejagatan dan Sumber Hukum Al-Qurʼan 133 2.3.2. Keaselian Al-Qurʼan dan Kesuciannya 137 2.3.3. Konsep Wahyu dan Pewahyuan 140 2.3.4. Kaedah Pentafsiran Al-Qur an 144 2.3.5. Seruan Orientasi Pengajian Al-Qur an Ke Barat 147 2.4. Analisis Terhadap Liberalisasi Pengajian Al-Qur an di Indonesia 149 Bab III Pentafsiran Golongan Muslim Liberal Terhadap Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia 164 3.1. Pendahuluan 164 3.2. Pandangan Mengenai Ayat Al-Qurʼan Tentang Hak Asasi Manusia 165 3.2.1. Al-Qurʼan dan Halatuju Pentafsirannya 166 3.2.2. Kedudukan Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia 171 3.2.3. Pandangan Terhadap Pentafsiran Ayat al-qurʼan Berkaitan Hak Asasi Manusia 174 3.3. Isu-Isu Pentafsiran Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia 178 3.4. Metodologi Pentafsiran Ayat Al-Qur an Mengenai Hak Asasi Manusia 182 3.4.1. Kepentingan Hermeneutik Dalam Pentafsiran Al-Qurʼan Berkaitan Hak Asasi Manusia 183 3.4.2. Kaedah-Kaedah Asas (Dawabit) Pentafsiran Al-Qurʼan 189 3.4.2.1. Maqasid Shariʻah Sebagai Rujukan Utama 189 3.4.2.2.Pendapat Umum ( al- Aql al-mujtam a) Sebagai Rujukan Tafsir 194 3.4.2.3. Pentafsiran dan Metodologinya Bersifat Relatif 195 3.4.2.4. Kemestian Pentafsiran Secara Kontekstual 197 3.4.3. Metode Pentafsiran Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia 203 3.4.3.1. Mentafsirkan Dengan Ayat Al-Qurʼan 203 3.4.3.2. Mentafsirkan Dengan Hadis Nabi SAW 208 3.4.3.3. Mentafsirkan Dengan Athar Para Sahabat 213 3.4.3.4. Mengambil Pandangan Para Mufasir Terdahulu 216 3.4.3.5. Mengutip Pandangan Para Mufasir Kontemporari 220 x
3.4.3.6. Mentafsirkan Dengan Pandangan Golongan Muslim Moden 224 3.4.3.7. Mentafsirkan Dengan Bantuan ʻUlum al-qurʼan 227 3.4.3.8. Mentafsirkan Dengan Kaedah Usul Fiqh 232 3.4.3.9. Merujuk Kepada Pengertian Dalam Bahasa Arab 237 3.4.3.10. Mentafsirkan Ayat Dengan Menggunakan Kaedah Bahasa Arab 241 3.4.3.11. Mentafsirkan Dengan Menggunakan Logika Akal 245 3.5. Analisis Terhadap Pentafsiran Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia dan Metodologinya 249 BAB IV Analisis Terhadap Pentafsiran Golongan Muslim Liberal di Indonesia 267 4.1. Pendahuluan 267 4.2. Hak Asasi Manusia Mengenai Kesetaraan Gender dan Kebebasan Beragama 268 4.2.1. Kesetaraan Gender di Indonesia 269 4.2.2. Al-Qur an dan Kesetaraan Gender 284 4.2.3. Kebebasan Beragama di Indonesia 291 4.2.4. Al-Qurʼan dan Kebebasan Beragama 296 4.3. Pentafsiran Ayat Al-Qur an Mengenai Kesetaraan Gender 311 4.4. Pentafsiran Ayat Al-Qurʼan Mengenai Kebebebasan Beragama 334 4.5. Analisis Terhadap Pentafsiran Ayat Mengenai Kesetaraan Gender 342 4.6. Analisis Terhadap Pentafsiran Ayat Mengenai Kebebasan Beragama 359 Bab V Penutup 374 5.1. Pendahuluan 374 5.2. Rumusan Hasil Penelitian 374 5.3. Cadangan Penelitian 381 Bibliografi 383 xi
Lampiran-Lampiran 393 Lampiran I : Isu Pentafsiran Ayat Al-Qurʼan Mengenai Hak Asasi Manusia oleh Golongan Muslim Liberal 393 Lampiran II : Perisytiharan Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat 395 xii