Pembentukan Peribadi Dan Akhlak Berdasarkan Analisis Teori Al-Ghazali Dan Barat

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Takrifan Etika ethos

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Pengurusan Stres Dalam Ekosistem Kesejahteraan Individu Menurut Perspektif Islam. Wan Nornajwa Wan Othman Fadzila Azni Ahmad

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

BAB 2 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BAB 2 TEORI ASAL-USUL AGAMA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

KRITIKAN TERHADAP TEORI MORAL BARAT: ANALISIS KE ATAS FAKTOR- FAKTOR MEMPENGARUHI YANG PERTIMBANGAN MORAL

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Journal of Islamic and Arabic Education 7(2), 2015 1-8, ISSN 1985-6326 1 Salbiah Mohamed Salleh*, Mohd Aderi Che Noh, & Jamil Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia salbiahukm81@gmail.com* ABSTRAK Artikel yang menggunakan pendekatan konseptual ini bertujuan untuk mengetengahkan pandangan Imam Ghazali dan teori barat tentang pembentukan peribadi dan akhlak individu. Teori barat yang menjadi asas perbincangan ialah Teori Psikoanalisis Freud, Teori Personaliti Jung, Teori Behaviorisme dan Teori Penaakulan Moral Kohlberg. Hasil analisis, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara sarjana muslim dan barat yang boleh dijadikan rujukan dan perbincangan. Kata kunci: pembentukan peribadi dan akhlak, teori al-ghazali, teori barat, analisis persamaan dan perbezaan ABSTRACT This paperwork employs a conceptual approach which aims to put forward Imam Ghazali s perspectives and western theories in shaping individual s personality and of personal and morality. A western theory selected as the groundwork is Freud s Psychoanalysis Theory, Jung s Jung Personality Theory, Behaviourism theory and the theory of Kohlberg Moral Reasoning. Based on the analysis, there are some similarities and distinctions between the Muslim and Western scholars that are valuable for reference and discussions. Keywords: personality and morality shaping, Al Ghazali theory, western theory, similarities and distinctions theory PENGENALAN Agama dan kehidupan merupakan unit eksklusif yang diterima sebagai satu kesebatian yang sungguh bermakna. Sebagaimana Islam meletakkan kedudukan agama sebagai ad-deen, iaitu satu cara hidup yang syumul dan tersusun (Haron Din 2000). Walau bagaimanapun sebelum tahun 1990, ahli psikologi barat berpandangan kajian tentang agama merupakan satu bidang yang tidak bermanfaat, tidak memberi impak bahkan hanya merugikan (Miller & Thoresen 2003). Hal ini menyebabkan mereka menyembunyikan unsur ketuhanan kerana mendakwa tiada bukti empirikal yang wujud bahkan menganggap individu yang percaya kepada Tuhan merupakan orang yang hilang akal (al-attas 1978). Sedangkan pada hakikatnya bapa psikologi barat (contoh James, Freud dan Jung) mula mengembangkan teori psikologi manusia dengan memasukkan unsur agama secara tidak langsung dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan manusia (Wullf 1997). Pada dekad ini, situasi berikut mula mengalami perubahan drastik dan signifikan. Kita mula menyaksikan banyak kajian empirikal yang menerima agama sebagai satu pemboleh ubah dan menerima agama dalam kajian. Sebagai contoh kajian yang mengaitkan agama dengan kesihatan (Hood et al 2009; Abu Raiya et al. 2008), agama dengan persekitaran tempat kerja (Miller & Ewest 2013), agama dengan pendidikan (Mohd Aderi 2008 & Abdullah & Ling 2015) dan agama dengan pengukuran (Jamiah Manap 2005). Pada hakikatnya, amalan dan kepercayaan beragama mula digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang dan diakui mempunyai hubungan ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih bermakna dan tenang (Pargament 1997).

2 Sebelum ini kajian keagamaan lebih tertumpu kepada agama lain seperti agama Kristian dan Yahudi (Almarri 2009), namun paradigma tersebut mula berubah apabila pengkaji muslim mula mengambil insiatif dengan cara melakukan kajian dalam bidang agama Islam (Abu Raiya 2014). Pertambahan kajian empirikal yang dilakukan dalam bidang agama seiring dengan perkembangan teori psikologi memberi impak yang positif kepada mereka yang taat beragama. Hal ini dikukuhkan oleh Hood et. al (2009) yang menjelaskan bahawa pada ketika ini keyakinan kepada bidang psikologi agama sebagai satu legasi tersendiri dalam dunia penyelidikan mula diakui oleh semua pihak. Justeru, pada masa kini kita semua mula memahami apa pendapat psikologi tentang agama. Namun, keterangan agama tentang psikologi manusia, asal usul, perkembangan dan konflik dalaman manusia masih menjadi satu tanda tanya dan menjadi kompleks untuk difikirkan oleh kebanyakan ahli psikologi (Abu Raiya 2014). Ini kerana kepelbagaian kepercayaan, amalan dan nilai yang dipraktiskan oleh agama yang berbeza pastinya memberi jawapan yang berbeza apabila membincangkan tentang unsur manusia. Bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul, ahli falsafah dan sarjana muslim seperti al-razi, al-farabi,ibnu Sina dan al-ghazali cuba merungkaikan perkembangan peribadi dan akhlak manusia berdasarkan dalil naqli dan bukti empirikal (Haque 2004). Antara sarjana yang membincangkan tentang peribadi manusia secara komprehensif ialah Imam Ghazali. Pendapat Imam Ghazali tentang kejadian manusia diakui ramai dan dijadikan sandaran teori dalam pelbagai kajian samada dalam negara atau di luar negara (Siti Aisyah et.al 2008 & Alkanderi 2012). TEORI PERIBADI AL-GHAZALI Al-Ghazali (1058-1111) dikenali sebagai sarjana muslim yang ulung sepanjang zaman (Watt 1953). Beliau merupakan ahli falsafah, ahli teologi, dan ahli sufi yang menulis hampir 70 buah buku dalam tempoh kehidupannya. Buku beliau yang terkenal tentang peribadi manusia ialah The Revival of Religious Sciences (1995) yang ditulis berdasarkan dalil-dalil ayat al-quran, hadis dan falsafah. Idea al-ghazali berkenaan kejadian manusia dijadikan sandaran dalam banyak kajian yang dilakukan seperti (Siti Aisyah et.al 2008 & Alkanderi 2012). Pada asasnya al-ghazali membahagikan manusia kepada empat struktur, iaitu hati, roh, nafsu dan aqal. Walaupun beliau menggunakan istilah yang umum untuk menerangkan tentang struktur dalaman manusia, namun hakikatnya setiap satu saling berkait dan disebut secara jelas dan terang dalam al-quran kecuali istilah aqal. Istilah aqal tidak muncul dalam al-quran namun dinyatakan dalam pengertian berbeza seperti berfikir, memahami dan mengetahui. Kesemua aktiviti ini dilaksanakan oleh objek, iaitu aqal. Kelebihan aqal ialah ia umpama suis yang menggerakkan setiap tingkah laku manusia. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia digerakkan oleh aqal, namun hati diibaratkan seperti raja yang mengawal setiap tindak tanduk manusia samada ke arah kebaikan atau keburukan (al-ghazali 1988). Manusia merupakan makhluk jasadiah dan ruhiyyah yang kompleks. Maksudnya manusia terdiri daripada objek fizikal yang boleh dilihat secara zahir dan unsur dalaman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Unsur dalaman inilah yang dipanggil ruhiyyah yang sentiasa berinteraksi secara aktif dalam diri manusia yang akhirnya ditonjolkan dalam bentuk tingkah laku dan perbuatan. Fizikal manusia boleh dinilai dengan mata kasar manusia, namun unsur ruhiyyah hanya dapat dinilai oleh Allah. Hal ini diterangkan oleh Allah dalam (Surah Al-A raf 7: 26 ) yang bermaksud: Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Journal of Islamic and Arabic Education 7(2), 2015 1-8, ISSN 1985-6326 3 Seterusnya al-ghazali membahagikan nafsu kepada tiga peringkat, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu ammarah bissu dan nafsu lawwamah. Peringkat nafsu yang paling tinggi ialah nafsu mutmainnah, iaitu peringkat nafsu yang paling tinggi dan sentiasa bersifat dengan sifat baik. Nafsu lawwamah merupakan peringkat pertengahan yang sentiasa konflik samada melakukan kebaikan atau keburukan. Namun, nafsu ini akan menyesal setiap kali melakukan kesilapan. Peringkat nafsu yang paling rendah dan keji ialah nafsu ammarah bissu. Nafsu ini hendaklah diperangi oleh manusia dengan iman dan amal kerana nafsu ini akan menjurus kepada akhlak yang buruk seperti riya, ujub dan dendam (al-ghazali 1988) Aqal pula merupakan pusat intelektual yang paling tinggi. Manusia merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah kerana dikurniakan aqal. Ini kerana aqal berperanan untuk mengetahui, memahami, menaakul dan memberi tindakan refleks atas setiap sesuatu. Aqal manusia berhubung terus dengan hati (qalb) untuk menyeimbangkan antara ilmu, pemikiran dan perbuatan (al-attas 1978). Aqal yang dikurniakan sejak lahir merupakan anugerah oleh Allah, namun aqal yang muktasab merupakan satu peringkat yang lebih tinggi yang hanya dapat diperolehi dengan pengalaman dan pembelajaran (Ibnu Qayyim 2005). Seterusnya al-ghazali (t.th) membincangkan roh sebagai entiti bawah sedar yang membekalkan tenaga menghidupkan manusia serta sebagai sumber wahyu, penciptaan dan inspirasi. Roh jasadiah merupakan nyawa manusia dan roh rohaniyyah merupakan bisikan ketuhanan yang disebut sebagai latifah rabbaniyyah. Baik atau buruk keadaan roh manusia bergantung kepada tingkat keimanan dan amalan. Manusia yang sentiasa mengamalkan syariat Allah akan menyuburkan roh manakala sekiranya manusia melanggar perintah Allah roh tersebut akan rosak dan musnah. Hati secara jasadiah bermaksud jantung manakala secara rohaniah hati merujuk kepada satu unsur halus yang mampu mengenal Allah. Hati berperanan sebagai pemimpin untuk memproses kesemua input dan mesej dari semua struktur kejadian manusia. Hati sebagai nukleus kejadian manusia berkuasa untuk menentukan setiap tindak tanduk manusia. Sabda Rasulullah (saw) dalam riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Jika segumpal daging itu baik maka seluruh jasadnya menjadi baik. Sekiranya ia rosak maka keseluruhan badan akan rosak. Ingatlah, segumpal daging itu ialah hati (Muslim 2001: 4178) Kesemua struktur dalam diri manusia akan berhubung secara dinamik untuk menghasilkan satu tingkah laku. Roh sebagai entiti abstrak yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Hati berfungsi untuk menerima hidayah, manakala nafsu akan mentadbir naluri manusia sementara akal terlibat untuk memhami dan membina ilmu. Kesemua struktur ini akan sentiasa bergelodak dan mencari arah dalam penonjolan tingkah laku. Sekiranya unsur dalamannya tenang dan baik, maka terhasillah satu bentuk tingkah laku yang dinamakan akhlak yang baik. Namun sekiranya komunikasi dalaman diri manusia bercelaru dan mengalami konflik maka terhasillah tingkahlaku yang negatif, iaitu akhlak yang buruk. Pada hakikatnya, al-ghazali mendefinisikan akhlak sebagai suatu yang mudah, spontan dan tidak memerlukan pemikiran terlebih dahulu (al-ghazali 1988). Namun, beliau turut menjelaskan dari sudut psikologi, iaitu tingkah laku manusia wujud daripada komunikasi dalaman struktur tubuh manusia. Tingkah laku yang sentiasa menjadi rutin dan kebiasaan akan muncul secara mudah pada bila-bila masa. Tingkah laku yang dibiasakan, didisiplinkan akan dilaksanakan secara spontan tanpa memerlukan pertimbangan inilah akan menjadi akhlak (Hassan Langgulung 1991).

4 Hal yang sama dibincangkan oleh Misykawaih (1966) tentang akhlak. Beliau berpendapat akhlak terbahagi kepada dua, iaitu ; (1) bersifat tabii dan semulajadi seperti cepat marah dan mudah menangis dan (2) situasi kejiwaan yang diperolehi melalui disiplin yang konsisten yang akan membentuk satu tabiat yang dipanggil akhlak. Kedua-dua sarjana bersetuju bahawa akhlak merupakan satu terjemahan jiwa manusia yang membawa kepada satu perbuatan yang spontan dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam diri individu. Konsep akhlak yang dibincangkan oleh Islam bukanlah aspek serpihan yang berpecah dan diasingkan. Akhlak dalam Islam melibatkan hubungan yang dinamik melibatkan hubungan dengan Allah selaku pencipta, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam (Darraz 1987; al-qardhawi 2001). Hubungan dengan Allah merupakan peringkat yang paling tinggi yang perlu dipelihara oleh manusia. Antaranya ialah ikhlas, amanah dan bertaqwa kepada Allah. (Mohd Nasir 2005). Hubungan dengan manusia pula melibatkan muamalah dalam perhubungan seharian melibatkan hubungan hati dan hubungan fizikal (Mohd Nasir 2005). Antaranya ialah sifat adil, kasih sayang, sabar, prihatin, lemah lembut dan menjaga penampilan. Seterusnya melibatkan hubungan dengan alam, iaitu menjaga alam dengan baik serta tidak merosakkan alam kerana alam merupakan sebahagian kehidupan Allah di muka bumi (al-qardhawi 2001). TEORI BARAT Rajah 2.0: Teori Peribadi al-ghazali (1988) (adaptasi Zaharah Hussin 2008) Teori Psikoananalisis Freud (1923) Sigmund Freud secara jelas menafikan wujud unsur ketuhanan, fungsi agama atau kerohanian dalam kejadian, tingkah laku dan personaliti manusia (Abu Raiya 2014). Teori ini berpendapat personaliti manusia terhasil daripada integrasi antara struktur-struktur id, ego dan super ego (Huffman 2007) Beliau menggambarkan manusia dipengaruhi oleh satu keadaan sedar dan keadaan tidak sedar. Keadaan tidak sedar manusia dapat melindungi kesedaran kita apabila berhadapan dengan emosi dan ketegangan. Id merupakan struktur tanpa sedar yang memandu individu kepada keinginan seperti makanan, minuman dan keseronokan. Id biasanya dominan pada diri kanakkanak dan orang dewasa yang masih berperangai negatif. Super-ego berperanan secara kontradiks dengan id kerana sentiasa menggesa manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan keseronokan. Ego berperanan untuk memenuhi kehendak id namun cuba menjadi penengah dan pengimbang antara kehendak id dan super-ego.

Journal of Islamic and Arabic Education 7(2), 2015 1-8, ISSN 1985-6326 5 Teori Personaliti Jung Carl Gustav Jung merupakan antara pelopor dalam bidang psikologi yang membincangkan unsur ketuhanan dan kerohanian dalam personaliti manusia. Jung dan Freud mempunyai idea yang sama tentang struktur dalaman manusia, namun Jung percaya bahawa kejadian manusia merupakan satu fitrah agama (Dunne 2002). Jung bersetuju dengan keadaan sedar dan tidak sedar sebagaimana dibincangkan oleh Freud. Namun Jung melihat unsur tidak sedar yang wujud dalam diri manusia merupakan satu unsur yang tidak berkembang secara sendiri tetapi melibatkan satu unsur metafizik. Akhirnya unsur metafizik yang ditonjolkan itu merupakan satu kepercayaan kepada kuasa Tuhan sebagai satu kuasa ghaib yang sentiasa mengawal tingkah laku dan tindak tanduk manusia. Teori Behaviorisme Tokoh behaviorisme percaya kepada tingkah laku merupakan satu gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan. Perkara ini telah dibuktikan oleh Pavlov melalui kajian beliau terhadap seekor anjing (Mok Soon Sang 2004). Proses pelaziman yang dijalankan telah membuktikan bahawa anjing akan mengeluarkan air liur sebagai respons apabila loceng dibunyikan sebagai tanda makanan akan diberikan. Namun apabila rangsangan lazim diberi tetapi tidak diberikan makanan, maka anjing pada peringkat awal memberikan respons tetapi akhirnya gerak balas lazim semakin tiada dan terus hilang. Teori Penaakulan Moral Lawrence Kohlberg (1984) Lawrence Kohlberg merupakan pelopor kepada Teori Perkembangan Moral yang muncul pada akhir tahun 1950-an. Beliau berpendapat perkembangan moral manusia ditentukan oleh perkembangan kognitif. Peringkat bayi, kanak-kanak sehingga dewasa mengalami perubahan peringkat perkembangan moral yang berbeza kerana dipengaruhi oleh daya taakul daya pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara. Beliau membahagikan tahap perkembangan moral kepada tiga tahap, iaitu (1) penaakulan moral pra-konvensional; (2) penaakulan moral konvensional dan (3) penaakulan moral poskonvensional (Bouton 2007). Teori ini juga turut berpegang kepada prinsip hukuman dan ganjaran, pertimbangan nilai tradisional dan masyarakat serta perjanjian sosial dan prinsip etika universal. ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TEORI AL-GHAZALI DAN TEORI BARAT Analisis Persamaan Teori al-ghazali dan Barat Walaupun Freud dikenali sebagai ahli psikologi yang anti-agama, namun agak mengejutkan bahawa idea beliau tentang id, ego dan super ego menyamai dengan konsep yang diperkenalkan oleh al- Ghazali tentang nafsu lawwamah, nafsu ammarah bissu dan akal. Id seperti nafsu ammarah bissu sentiasa mencari keseronokan dan kepuasan dalam hidup sedangkan super-ego sebagaimana nafsu lawwamah berusaha mengajak manusia melakukan kebaikan. Akhirnya wujud satu unsur penengah yang mengimbangkan tuntutan baik dan buruk, iaitu ego yang diperkenalkan oleh Freud dan nafsu lawwamah yang diperkenalkan oleh al-ghazali. Kedua-dua tokoh menggambarkan personaliti manusia yang berstrukutur, dinamik dan topografik. Apabila Freud membincangkan tentang konsep ego yang wujud untuk mengawal unsur id yang sentiasa mengarah kepada perlakuan yang buruk. Begitu juga al-ghazali menjelaskan peranan aqal sebagai suis menentukan sesuatu tingkah laku. Freud bersetuju ego berperanan sebagai pengimbang antara tekanan dalaman dan luaran bagi mewujudkan satu situasi yang tenang dan aman. Satu titik kesamaan wujud apabila al-ghazali menekankan peranan aqal untuk mendidik nafsu ammarah bissu dan Freud membincangkan peranan ego untuk mendisiplinkan id. Mereka secara jelas mengakui sekiranya unsur negatif dapat diatasi, maka manusia akan mencapai tahap yang paling tinggi (nafsu mutmainnah) (Surah al-fajr 89: 27-30).

6 Carl Jung dilihat mempercayai unsur metafizik yang menentukan tindak tanduk dan peribadi manusia (Huffman 2007). Unsur metafizik ini merupakan satu unsur yang tidak boleh dijelaskan tapi ia memberi pengaruh kepada perbuatan manusia. Begitu juga Islam melihat setiap perbuatan manusia adalah bergantung kepada kuasa dan kehendak Allah. Allah telah menentukan qada dan qadar, iaitu ada takdir yang boleh diusahakan, berubah dan ada takdir yang telah tetap dan tidak akan berubah (Haron Din 2000). Kepercayaan kepada unsur metafizik yang berkuasa menentukan perbuatan manusia merupakan satu kepercayaan yang menyamai dengan agama Islam. Al-Ghazali secara terperinci menyebut tentang latifah rabbaniyyah yang wujud dalam diri manusia yang dapat mempengaruhi perilaku dan tindakan manusia. Peringkat perkembangan moral yang dicadangkan oleh Kohlberg menyamai perkembangan rohani dan tingkah laku yang dibincangkan oleh al-ghazali. Islam sendiri mengakui kewujudan dua peringkat kognitif manusia, iaitu mumayyiz dan baligh. Mereka yang mumayyiz tapi masih belum baligh tidak tertaklif hukum ke atasnya kerana masih belum memenuhi syarat (Abdul Muhsein 2014). Peringkat pengamalan nilai moral ke atas individu bergantung kepada peringkat perkembangan kognitif kerana keupayaan dan kemampuan manusia yang berbeza. Hal ini turut diakui oleh Islam sebagaimana firman Allah dalam (Surah al-baqarah 2:286) yang menerangkan tentang Allah tidak akan membebani manusia lebih daripada kemampuannya. Analisis Perbezaan Teori al-ghazali dan Barat Sistem nilai yang digariskan oleh al-ghazali merupakan nilai sejagat dan universal bersumberkan dalil yang sahih serta berlandaskan syariat. Namun nilai yang menjadi pegangan teori barat merupakan nilai keluarga, nilai masyarakat dan nilai negara yang pastinya tidak sesuai untuk diamalkan dalam situasi negara yang berbeza. Sebagai contoh dalam tahap 2 penaakulan moral konvensional Kohlberg menekankan kepada persetujuan orang lain, harapan keluarga dan undangundang masyarakat sebagai satu kod moral yang perlu dipatuhi. Sedangkan keluarga, masyarakat dan negara yang berlainan pastinya mempunyai hala tuju nilai yang berbeza (Solomon, Watson & Battistisch 2001). Hal ini membawa kepada konflik yang berpanjangan dalam kalangan masyarakat barat tentang matlamat moral yang ingin dicapai (Veugelers 2008). Nilai yang diamalkan oleh Islam boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan tempat, namun nilai barat hanya sesuai dipraktikkan oleh orang tertentu dan tempat tertentu sahaja. Walaupun Jung (1938) menerima agama sebagai suatu yang bermakna dan stabil, namun Freud secara jelas menyebut agama sebagai satu mass delusion, iaitu khayalan semata-mata. Dalam hal ini al-ghazali secara jelas memperihalkan tentang unsur roh sebagai unsur ketuhanan yang wujud dalam diri manusia. Walaupun persoalan roh merupakan rahsia ketuhanan (Surah al- Isra 17:85), namun beliau menjelaskan tingkah laku yang baik yang dilakukan oleh manusia merupakan cerminan roh ketuhanan yang wujud dalam diri manusia (al-ghazali 1988). Perbahasan Freud yang menafikan perkaitan Tuhan dengan tingkah laku manusia merupakan satu perbezaan yang ketara timbul antara teori ini dengan teori al-ghazali. Teori barat menggunakan binatang untuk mengkaji tingkah laku manusia. Contohnya Pavlov telah menggunakan anjing dan Skinner menggunakan tikus dalam eksperimen yang dijalankan (Mok Soong Sang 2004). Namun, hakikatnya Islam berpendapat kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada tingkah laku manusia. Ini kerana Islam mempercayai bahawa manusia ialah sebaik-baik kejadian yang dianugerahkan akal (al-ghazali 1988) yang tidak boleh sama sekali disamakan dengan haiwan. Secara dasarnya, jiwa manusia dan jiwa haiwan adalah berbeza dan memerlukan kajian yang berlainan sebelum dilakukan sebarang kesimpulan.

KESIMPULAN Journal of Islamic and Arabic Education 7(2), 2015 1-8, ISSN 1985-6326 7 Kesimpulannya ahli psikologi Islam dan barat berusaha mengenali personaliti, sahsiah, tingkah laku dan tabiat manusia dengan cara yang berbeza berdasarkan ilmu dan kepakaran masingmasing. Imam Ghazali walaupun dikenali terpengaruh dengan pendapat Socrates, namun pendapat beliau tentang peribadi dan akhlak manusia merupakan satu hujah yang bersumberkan wahyu. Ahli psikologi barat pula membincangkan aspek tersebut dari sudut kajian, pengalaman dan pemerhatian sahaja. Hasil analisis yang dilakukan terdapat beberapa persamaan yang boleh diterima dan beberapa perbezaan yang boleh diperdebatkan lagi oleh pengkaji-pengkaji lain. Namun, kita tidak boleh menafikan struktur manusia yang bersumberkan wahyu merupakan satu struktur yang benar, lengkap dan universal kerana ia bersumber dari pencipta yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. RUJUKAN Abdullah, G. K. & Ling, Y. 2015. Spirituality at Workplace and Commitment to Change : The case of secondary school teachers in Malaysia 4(4), 180 183. Abdul Muhsien Bin Sulaiman, 2014, Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak Murid Dari Aspek Hubungan Guru-Murid Berasaskan Abu Talib Al-Makki (W.386h/996m), Tesis Phd UM Abu Raiya, H., Pargament, K. I., Mahoney, A. & Stein, C. 2008. A Psychological Measure of Islamic Religiousness: Development and Evidence for Reliability and Validity. International Journal for the Psychology of Religion, 18(4), 291 315. doi:10.1080/10508610802229270 Abu-Raiya, H. 2014. Western Psychology and Muslim Psychology in Dialogue: Comparisons Between a Qura nic Theory of Personality and Freud s and Jung s Ideas. Journal of Religion and Health, 53(2), 326 338. doi:10.1007/s10943-012-9630-9 Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978. Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. al-ghazali, al-imam Abu Hamid Muhammad ibn al-ghazali. 1988. Ihya' Ulumuddin Jiwa Agama.Terj.Tk. Hj Ismail Yaakub Sh. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Al-Ghazali, M. 1995. The revival of religious sciences, 3rd part. Beirut: Dar al-fikr Alkanderi, L. 2001. Exploring Education in Islam: Al-Ghazali s Model of the Master-Pupil Relationship Applied to Educational Relationship within the Islamic Family. Education, (December), 1 239. Al-Marri, T. S. K., Oei, T. P. S., & Al-Adawi, S. 2009. The development of the short Muslim practice and belief scale. Mental Health, Religion and Culture, 12, (5), 415-426. doi: 10.1080/13674670802637643 Al-Qardhawi, Yusof. 2001. Iman dan Kehidupan. Ter. Fachruddin HA. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. Bouton, M.E. 2007. Learning and behavior: a contemporary synthesis.underlamd, Mass: Sinauer Associates, Publishers Darraz, Muhammad Abdullah. 1987. Prinsip Akhlak Berdasarkan al-qur an. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Dunne, C. 2002. Carl Jung: Wounded Healer of the Soul. An Illustrated Biography. NY: Continuum International Publishing Group. Haque, A. (2004). Psychology from Islamic perspective: Contributions of early Muslim scholars and challenges to contemporary Muslim psychologists. Journal of Religion and Health, 43, 357 377.

8 Haron Din. 2000. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Langgulung. 1991. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hood, R. W., Jr, Hill, P. C., & Spilka, B. 2009. The psychology of religion: An empirical approach (5th ed.). New York: Guilford Press. Huffman, K. 2007. Psychology in Action. 8th Ed. USA: John and Wiley. Ibn Qayyim al-jawziyah. 2005. al-ruh. Beirut: Dar Ibn Kathir. Jamiah Manap. 2005. Kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Religiositi dan Personaliti Muslim. Tesis master tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Jung, C. G. (1938). Psychology and Religion. New Haven, CT: Yale University Press. Jung, Miller, D. W. & Ewest, T. 2013. The Present State of Workplace Spirituality: A Literature Review Considering Context, Theory, and Measurement/Assessment. Journal of Religious & Theological Information, 12(1-2), 29 54. doi:10.1080/10477845.2013.800776 Miller, W. R., & Thoresen, C. E. 2003. Spirituality, religion, and health. American Psychologist, 58, 24 35. Misykawaih, Abu Ali Ahmad. 1966. Tahdib al-akhlak. Helmi Hidayah (Penyunting) Menuju Kesempurnaan Akhlaq. Bandung: Pustaka Mizan Mohd Aderi Che Noh. 2008. Hubungan antara amalan pengajaran guru dan pencapaian tilawah al-quran murid tingkatan dua di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Mohd Nasir bin Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pargament, K.I. (1997), The Psychology of Religion and Coping: Theory, Research, Practice, Guilford Press, New York, NY.