PERKEMBANGAN TAFSIR MAUDHU I

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED ( ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH

THREE CHARACTERS REPRESENTED MATERIALISM IN JANE AUSTEN S MANSFIELD PARK

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BEHAVIOR CONTROL REFLECTED IN OKKY MADASARI S THE YEARS OF THE VOICELESS NOVEL (2013): AN INDIVIDUAL PSYCHOLOGICAL APPROACH

THE UNIQUENESS OF MYSTIC AMONG THE SOCIETY OF MANDAILING IN LONGAT

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Ulasan Buku / Book Review

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

STUDENTS DIFFICULTIES IN READING COMPREHENSION AT THE EIGHTH GRADE OF MTS NURUL ISLAM BANJARMASIN YEAR 2013/2014

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

CLASSROOM TECHNIQUES USED TO IMPROVE STUDENTS SPEAKING SKILL: A NATURALISTIC STUDY AT ENGLISH TUTORIAL PROGRAM AT UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

METODOLOGI HERMENEUTIKA DALAM MENTAFSIR AL-QURAN

APAKAH AL-QUR'AN MEMERLUKAN HERMENEUTIK? *

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

METAPHORS CORRESPONDENCES OF SOURCE AND TARGET DOMAIN ON THE GOSPEL OF JOHN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

THE REPRESENTATION OF THE POOR PEOPLE: THE REFLECTION OF VICTORIAN ERA POVERTY IN DICKENS S GREAT EXPECTATIONS A THESIS

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

Kaedah Tafsiran al-quran Halo-N di dalam Buku al-fathun Nawa

Transcription:

PERKEMBANGAN TAFSIR MAUDHU I NOR HANNA DARPEN SAHLAWATI ABU BAKAR sahlawati@kuis.edu.my Jabatan Al-Quran Dan Al-Sunnah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Kajian ini membincangkan mengenai perkembangan tafsir maudhu i iaitu metode yang sudah lama digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w namun pada ketika itu tafsir maudhu i tidak dinamakan sebagai tafsir maudhu i. Matlamat kajian ini untuk mengetahui perkembangan tafsir maudhu i dengan lebih mendalam. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen yang dibuat secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan tafsir maudhu i berkembang dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ke zaman moden. Tafsir maudhu i ini juga dapat menjawab halhal semasa yang berlaku pada zaman sekarang. Kata kunci: perkembangan, tafsir, maudhu i. 1.0 Pengenalan Pentingnya umat nabi Muhammad s.a.w bagi memahami al-quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mana al-quran itu sendiri turunnya dalam Bahasa arab. Dan ianya memerlukan metode tafsir yang mudah untuk memahami al-quran itu dengan lebih mendalam dan maknannya sampai ke hati bagi setiap umat nabi Muhammad s.a.w agar apa yang tersirat itu dapat diamalkan dalam kehidupan bagi setiap muslim di negara ini. Perkembangan tafsir al-quran telah wujud pada zaman nabi Muhammad s.a.w lagi, tidak dapat dinafikan melalui sejarah. Perkembangan ini berkembang secara pesat sehigga sampai ke negara barat mahupun timur, malah orang islam atau bukan islam mengetahui pentafsiran al-quran dan perkara ini berkembang seiring dengan perjalanan risalah dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Masalah-masalah dan keperluan-keperluan manusia ketika itu, tidak sebesar keadaan yang dilalui masyarakat muslim masa kini dimana terdapat pelbagai masalah yang ditemui mutakhir ini.( Ali Akbar, 2011 ) Pada ketika itu nabi Muhammad s.a.w sendiri yang menjadi tempat rujukan bagi umatnya. Namun setelah nabi Muhammad s.a.w wafat masalah dan keperluan yang datang pada umat nabi Muhammad s.a.w semakin mencabar sehingga perkembangan tafsir quran itu meluas dan berkembang. Tambahan pula al-quran yang diturunkan dalam Bahasa arab yang memiliki susunan ayat yang tertib dan tinggi, membuat para ulama dan mufasir menggunakan pelbagai metode dan corak tafsir dalam memahami ayat-ayat al-quran. 159

Sejarah perkembangan tafsir dimulai pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat. Pentafsiran ayatayat al-quran pada saat itu secara ijmali yang mana tafsiran ketika itu tidak memberikan penjelasan yang cukup. Dalam tafsir mereka pada umumnya sukar menemukan huraian yang sempurna, kerana itu tidak pelik apabila dikatakan bahawa metode ijmali merupakan metode tafsir al-quran yang pertama kali muncul dalam kajian tafsir al-quran. ( Hujair A.Sanaky 2008) Oleh itu, penulis ingin berkongsi pengetahuan apa yang telah penulis dapatkan melalui kajian yang telah dikaji ini. Untuk mendapatkan maksud tafsiran keadaan kedua-dua kalimah yang sama ini dengan menggunakan metode atau corak tafsir yang dikemukan dalam kitab-kitab tafsir tentang kedua kalimah ini oleh para ulama dan mufasir. 2.0 Pengertian Tafsir Maudhu i Maksud tafsir menurut Imam al-zarkasyi ialah ilmu untuk memahami al-quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan mengeluarkan hukum untuk beramal dengan hukum tersebut. Manakala menurut Imam al-suyuti menaqalkan pandangan Abi Hayyan berkenaan tafsir iaitu tafsir ialah ilmu yang membahaskan bagaimana berinteraksi dengan al-quran, hukumhukumnya dan maknanya. Dan menurut Ibn Taimiyyah ketika mentafsirkan al-quran perlu melihat kepada 3 perkara iaitu: siapa yang menyampaikan, kepada siapa diturunkan dan kepada siapa ditujukan. (Nurzatil Ismah Bt Azizan,t.t) Jadi maksud secara keseluruhan tafsir itu adalah ilmu untuk memahami makna-makna yang terkandung al-quran, atau menerangkan maksud-maksud ayat-ayat al-quran secara tersembunyi, atau menjelaskan hukum-hukum yang terdapat dalam ayat-ayat al-quran tersebut. Oleh itu,maksud-maksud ayat-ayat al-quran yang tersirat dapat difahami dengan baik dan menjadi seseorang itu beramal akannya. Seterusnya maksud maudhu i pula, menurut bahasa maudhu i berasal dari perkataan maudhu yang bermaksud masalah atau isi )وضع) wada a yang merupakan isim maf ul dari kata (موضوع( pembicaraan yang berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan manusia yang terkandung dalam al- Quran. Oleh demikian, tafsir maudhu i bermaksud mentafsirkan ayat-ayat al-quran berdasarkan tema atau topik permasalahan. (Mukhlisin, 2015) Dalam kitab tafsir maudhu i oleh Dr. Solah, menurut bahasa maudhu i berasal dari perkataan maudhu (موضوع( yang merupakan isim maf ul wada a )وضع) bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya sama ada ianya bermaksud al-hath ( memasukkan sesuatu pada tempatnya) dan al-khafad (pengurangan) ataupun bermaksud pertemuan dan menetapkan sesuatu pada tempatnya. Manakala menurut istilah tafsir maudhu i bermaksud kontemperari atau isu-isu semasa. Dalam memberikan maksud tafsir maudhu i, Dr. Mustofa Muslim memberikan maksud tafsir maudhu i secara istilah lima bahagian: Pertama, maksud tafsir maudhu i ialah ilmu yang berkaitan tentang keperluan-keperluan maqasid Quraniyah melalui surah dan lain-lain. Kedua,mengumpulkan ayat-ayat al-quran yang berbeza dalam surah-surah al-quran yang berkait dengan satu tajuk dari segi hukum-hukum dan lafaz dan mentafsirkan mengikut maqasid Quraniyyah. 160

Ketiga, tafsir maudhu i adalah ilmu yang memiliki kaedah,asas dan usul dan juga mempunyai manhaj dan jalan yang telah ditetapkan dalam perbahasan tersebut. Keempat, mengumpulkan ayat-ayat al-quran yang ingin dibahaskan dalam satu tajuk atau dari satu istilah dari surah-surah yang berlainan, sama ada ayat-ayat yang hendak dibahas itu dalam istilah yang sama atau yang membahaskan tentang istilah-istilah dan lafaz yang hampir yang berkaitan. Dan yang terakhir maksud tafsir maudhu i ialah mentafsirkan ayat-ayat al-quran dengan kaedah tema bukan mentafsirkan secara tahlili. Tambahan juga mentafsirkan mengikut maqasid Quraniyyah untuk membenarkan lagi tujuan maqasid al-quran melalui perbahasan yang mengikut tema dalam ayat-ayat tersebut. Oleh demikian dapat difahami bahawa maksud tafsir maudhu i adalah satu cara mentafsirkan al- Quran dengan menentukan satu tajuk/tema yang akan di bincangkan, lalu menghimpun ayatayat yang berkait dengan tajuk tema tersebut. Sebagaimana yang telah dijelaskan diatas, metode maudhu i ini tidak menganalisis ayat demi ayat yang tersusun seperti yang terkandung dalam al- Quran seperti pentafsiran yang lain pada umumnya.( Isnu Hidayat,2017). Dan juga menurut al-firmawi (t.t) tafsir maudhu i adalah mengumpulkan ayat-ayat al-quran yang mempunyai maksud yang sama dalam erti sama-sama membahas satu topik masalah dan menyusunnya berdasarkan kronologi dan sebab penurunannya ayat-ayat tersebut. Kemudian mufasir mulai memberikan keterangan dan penjelasan serta mengambil kesimpulan bahawa dalam membahas suatu tema diharuskan untuk mengumpulkan seluruh ayat yang menyangkut tema tersebut. Pentafsiran secara tema/tajuk merupakan suatu metode yang tidak banyak dibahas dari segi kaedah, corak dan tahap-tahap oleh para ahli tafsir terdahulu walaupun di era sekarang ini sudah banyak yang mengkaji dan memberi arahan-arahan dalam penulisan tafsir. (Shofaussamawati,2013) 3.0 Perkembangan Tafsir Maudhu i Tafsir Maudhu i telah wujud lagi pada zaman Nabi Muhammad Saw dan Nabi Muhammad sendiri yang telah mentafsirkan ayat dengan ayat. Pada ketika itu, cara pentafsiran itu dikenali dengan nama tafsir bi al-ma thur. Dalam kitab al-bidayah fi al-tafsir al-maudhu i oleh Abd al- Hayy al-firmawi mengatakan bahawa semua pentafsiran ayat dengan ayat disebut sebagai tafsir maudhu i dalam bentuk awal.( Mukhlisin,2015) Menurut Quraish, tafsir tematik berdasarkan surah dibawakan pertama kali oleh seorang guru besar jurusan tafsir, fakultas Ushuluddin Universitas al-azhar, Syaikh Mahmud Syaltut, pada Januari 1960. Karya ini termuat dalam kitabnya, Tafsir al-qur an al-karim. Sedangkan tafsir maudhu i berdasarkan tema dibawa pertama kali oleh Prof. Dr. Ahmad Sayyid al-kumiy, seorang guru besar di institusi yang sama dengan Syaikh Mahmud Syaltut, jurusan Tafsir, fakultas Ushuluddin Universitas al-azhar, dan menjadi ketua jurusan tafsir sampai tahun 1981. Model tafsir ini ditulis pada tahun1960 (Quraish Shihab, 1994) Namun kalau merujuk pada sumber lain, kelahiran tafsir tematik jauh lebih awal dari apa yang dicatat Quraish Shihab, baik tematik berdasar surah mahupun berdasarkan tema. Seperti tafsir 161

tematik berdasar surah al-quran yang dibawakan oleh Zarkashi, dengan karyanya al- Burhân, (al-zarkashi, 1988), selain itu salah satu contoh yang paling awal yang menekankan pentingnya tafsir yang menekankan perbahasan surah demi surah, iaitu Suyuti dalam karyanya al-itqân. (al- Suyuti,1985) Kerana itu, meskipun tidak suatu yang umum tafsir tematik sudah diperkenalkan sejak sejarah awal tafsir. Lebih jauh, perumusan konsep ini secara metodologi dan sistematik berkembang di masa kontemporer. Demikian juga jumlahnya semakin bertambah di awal abad ke 20, baik tematik berdasarkan surah al-qur an maupun tematik berdasar subjek/ topik. 4.0 Corak Atau Langkah-Langkah Metode Maudhu i Dalam kitab tafsir maudhu i yang dikarang oleh Dr. Solah, alwan atau corak tafsir maudhu i terbahagi kepada tiga bahagian: 1) Tafsir Maudhu i menurut mustolah, 2) Tafsir Maudhu i menurut tema, 3) Tafsir Maudhu i menurut surah-surah.( Dr Solah Abd Fatah,1996) Dari definisi metode maudhu i, sekurang-kurangnya ada dua langkah dalam proses pentafsiran secara maudhu i: pertama mengumpulkan ayat-ayat yang berkenaan dengan satu maudhu tertentu dengan memperhatikan masa dan sebab turunnya. Kedua mempelajari ayat-ayat tersebut secara teliti dengan memperhatikan kaitan satu dengan yang lainnya dalam peranannya untuk menunjuk pada permasalahan yang dibicarakan. Akhirnya, suatu kesimpulan dapat dibuat mengenai dilalah ayat-ayat itu (Syafe i, 2006). Langkah-langkah tafsir Qur an dengan Metode Maudhu i. Pada tahun 1977, Prof. Dr. Abd Al Hayy Farmawi, yang berjawatan sebagai guru besar pada Fakulti Usuluddin Al-Azhar, menerbitkan buku yang bertajuk Al-Bidayah Fi Al-Tafsir al-maudhu i dengan mengemukakan secara terperinci langkah-langkah yang harus ditempuh untuk memasukkan metode maudhu i. Langkah-langkah tersebut adalah: a. Menetapkan masalah yang akan dibahas (topik). b. Menghimpun ayat-ayat yang berkaitan dengan masalah tersebut. c. Menyusun ayat-ayat sesuai dengan masa turunnya, disertai pengetahuan tentang asbab alnuzul-nya. d. Memahami hubungan ayat-ayat tersebut dalam surahnya masing-masing. e. Menyusun pembahasan dalam kerangka yang sempurna (out line). f. Melengkapi pembahasan dengan hadits-hadits yang bersesuaian dengan isi-isi perbahasan. g. Mempelajari ayat-ayat tersebut secara keseluruhan dengan cara menghimpun ayat-ayatnya yang mempunyai pengertian yang sama, atau menyepakati antara yang am (umum) dan yang khash (khusus), mutlak dan muqayyad (terikat), atau yang pada lahirnya bertentangan, sehingga kesemuanya bertemu dalam satu muara, tanpa perbedaan atau pemasaan (Shihab, 1994). 162

h. Menyusun kesimpulan-kesimpulan yang menggambarkan jawaban al-qur an terhadap masalah yang dibahas ( Depag RI, 1989). Ada juga langkah-langkah lain yang dapat digunakan untuk metafsirkan Al-Qur;an dengan metode maudhu i. Adapun langakah-langkah yang dapat ditempuh menurut Dr. H. M. Sa ad Ibrahim, M.A, adalah: a. Merumuskan tema dan sub topik yang dibahaskan. b. Menghimpun ayat-ayat yang sama tema dan relevan dengan tema. c. Menghimpun hadits nabi s.a.w. yang sama tema dan relevan dengan tema. d. Menghimpun tafsir ayat-ayat tersebut. e. Menghimpun syarah (Penjelasan) hadis. f. Menghimpun teori-teori ilmiah. g. Menyusun tema berdasarkan tema dan sub topik. h. Menggabungkan dengan teori-teori ilmiah. i. Menyimpulkan ajaran al-quran tentang tema sesuai dengan topik. Dalam pengembangan metode tafsir maudhu i dan langkah langkah dalam menafsirkan Qur an dengan menggunakan metode ini, Dr Quraish Shihab mempunyai beberapa catatan, antara lain: a.menetapkan masalah apa yang hendak dibahas. Penetapan masalah yang dibahas mestilah sudah ditetapkan, untuk menghindari percampuran antara metode tafsir maudhu i dengan tafsir tahlili, akibat pembahasan-pembahasan yang bersifat sangat teori, maka beliau memberikan pandangan, hendaklah yang dibahas itu diutamakan pada persoalan yang menyentuh hal masyarakat dan hendaklah hal-hal itu berkait apa yang dirasakan oleh mereka. Mufassir dengan menggunakan metode maudhu i diharapkan agar terlebih dahulu mempelajari masalah-masalah masyarakat, yang sangat memerlukan jawaban al-quran, misalnya petunjuk al-quran yang berkait tentang kemiskinan, penyakit, dan lain-lain. b.menyusun turutan ayat sesuai dengan masa turunnya Iaitu hanya diperlukan dalam upaya mengetahui perkembangan petunjuk al-quran menyangkut persoalan yang dibahas, tambahan pula bagi mereka yang berpendapat ada nasikh dan mansukh dalam al-quran. Bagi mereka yang bermaksud menguraikan suatu kisah, atau kejadian, maka turutan yang diperlukan adalah turutan peristiwa itu diturunkan. c. Meskipun metode ini tidak mengharuskan huraian tentang pengertian kosa kata, namun kesempurnaannya dapat dicapai apabila sejak dini mufassir berusaha memahami kosa kata ayat dengan merujuk kepada penggunaan al-quran sendiri. Perlu digaris bawah ini bahwa, meskipun dalam langkah-langkah tidak dikemukakan menyangkut sebab nuzul, namun tentunya hal ini tidak dapat diabaikan karena sebab nuzul 163

mempunyai peranan penting dalam memahami al-quran. Hanya ini tidak dicantumkan disana kerana tidak harus dicantumkan dalam huraian, tetapi harus dipertimbangkan ketika memahami erti ayat-ayat tersebut (Shihab, 1994). 4.0 Kesimpulan Tafsir maudhu i berkembang dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ke zaman moden. Tafsir maudhu i ini juga dapat menjawab hal-hal semasa yang berlaku pada zaman sekarang. 5.0 Rujukan Ali Aljufri 2014.Metodologi Tafsir Modern-Kontemporer. Atik Wartini. tt.corak Penafsiran M. Quraish Shihab Dalam Tafsir Al-Misbah. Hujair A. H. Sanaky. 2008. Metode Tafsir Perkembangan Metode Tafsir Mengikuti Warna Atau Corak Mufassirin. Universitas Islam Indonesia Yogyakarta Mukhlisin. 2015.Metode Tafsir Maudhu I Dalam Kajian Ayat-Ayat Al-Ahwal Al-Syakhsiyyah,. Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri ( Stain ) Watampone Nurzatil Ismah Bt Azizan t.t.metodologi Tafsir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 164