P.KH/DMAT MAKLUMAT AKADEM/K. """ "",/iii""""i PENGHARGAAN

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Takrifan Etika ethos

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Konsep dan Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Tinjauan Falsafah Pragmatisme Dari Aspek Pemikiran Politik Perbandingan

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Transcription:

BP 173.6 183 2003

P.KH/DMAT MAKLUMAT AKADEM/K '~usat Khidmat Maktumat Aka UNIVERSITI MALAYSIA SARA Q4300 Kora Samarahau """ "",/iii""""i 0000118159 PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kumia dan izin Allah, dapat saya menyiapkan Penulisan Ilmiah 2 (SSF 3122) sebagaimana yang disyaratkan sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Ijazah di Universiti Malaysia Sarawak (UNlMAS), Kota Samarahan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada penyelia saya, Dr. Andrew Aeria yang banyak memberikan bantuan, tunjuk ajar serta maklum balas yang amat berguna kepada saya dalam usaha menyiapkan Penulisan Ilmiah 2 ini. Terima kasih juga atas kesanggupan mengambil tanggungjawab menjadi penyelia Penulisan Ilmiah dengan membaca, menyemak serta menilai hasil penulisan saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah, tutor serta penyelaras program Politik dan Pemerintahan UNlMAS atas segala bantuan, nasihat dan bimbingan selama saya berada di UNlMAS. Tidak lupa juga buat rna, ayah serta semua anggota keluarga yang banyak memberi sokongan dalam meneruskan peijuangan ini terutamanya sokongan moral dan kewangan. Tanpa sokongan, bantuan dan galakan daripada kalian, sudah pasti saya tidak dapat meneruskan pengajian dengan baik. Buat rakan-rakan sepeijuangan, sahabat handai 'serta agensi-agensi dan jabatan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyiapan Penulisan Ilmiah 2 ini, terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. Sekian, wassalam.

Kandungan Muka surat 1. Pengenalan...........1 2. Ciri-ciri asas Islrun...4 3. Konsep negara Islrun... '.'... :...7 4. Kriteria-kriteria sebuah negara Islrun...........11 5. Malaysia sebagai sebuah negara Islrun.................17 6. Perbandingan pengertian negara Islrun.........24 7. Halangan kepada kewujudan negara Islrun tulen di Malaysia...32 8. Penilaian secara keseluruhan.............. 37 9. Kesimpulan.......................43 10. Bibliografi....................................46

1. Pengenalan Perkataan Islam diambil dari kata terbitan Arab iaitu 'as lama ' yang berasal dari kata dasar 'salima '. Islam membawa maksud (1) sejahtera, selamat dan damai; dan (2) tunduk, patuh dan menyerah diri. Secara lebih terperinci, Islam ditakrifkan sebagai al-din iaitu cara hidup yang berasaskan kepada kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak Allah dengan mengikuti segal a perintah yang disuruh serta meninggalkan segala larangannya. Perintah dan larangan tersebut telah dijelaskan dengan terperinci dalam al-quran yang diwahyukan kepada N abi Muhammad (Abdalati, 1981: 9). Menurut Kursid dalam buku beliau "Islam: Prinsip, Dasar dan Karakteristiknya ", beliau mendefinisikan Islam sebagai kedamaian dan kesejahteraan jasmani serta rohani individu dan masyarakat yang hanya dapat diperolehi melalui kepatuhan dan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Hujah beliau tersebut adalah berasaskan kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah dan pasti pencipta akan lebih mengetahui apa yang terbaik terhadap ciptaannya (Kurshid, 1981: 2). bermaksud: Berkaitan pengertian Islam juga, Allah telah berfirman dalam al-quran yang "(iaitu) mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati mereka menjadi tenteram. Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik". (AI-Ra'du: 27-28 dalam Abdul Aziz, 1985: 252-253). Oleh itu, seruan setiap rasul yang diutuskan adalah mengarah kepada kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah, khasnya melalui Islam. Penyempumaan ajaran Islam berlaku dengan terutusnya rasul terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah yang telah

menjelaskan segala perrnasalahan dan keraguan yang timbul mengenai cara hidup Islam dengan berlandaskan al-quran. Islam bukan sekadar agama yang menjelaskan tentang hal-hal berkaitan ibadah, dosa dan pahala, syurga dan neraka sahaja, sebaiiknya Islam melibatkan seluruh aspek kehidupan manusia. Islam turnt merangkumi peraturan dalam menangani perrnasalahan sosial, ekonomi, sains dan teknologi, seni malah turnt menyentuh hal-hal kenegaraan dan politik (Haron Din, 1990: 285-288). Jika diselidiki secara terperinci tentang pengertian tersebut, Islam merupakan satu cara hidup yang menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia (syumul). Firman Allah yang berrnaksud:... pada hari ini telah Aku sempumakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat Aku, dan telah Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu ". (Al-Maidah: 3 dalam Abdul Aziz, 1985: 107). Dengan penyempurnaan ini, maka Islam menurut al-quran boleh disimpulkan sebagai penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dengan mengikuti segal a peraturan dan cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah melalui wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad (Surtahman, 1993: 2). Bagaimanapun, untuk mendapat status keislaman sebenar, segala perintah Allah dan sunnah rasulnya perlu diaplikasi sepenuhnya dalam kehidupan umat Islam. Justeru, bagi memudahkan umat Islam menilai pencapaian mereka, syariat Islam itu sendiri telah dibahagikan kepada 3 bidang as as iaitu kepercayaan (iman), amalan (feqah) dan budi pekerti (akhlak). Tahap keislaman sebenar akan dapat dicapai apabila ketiga-tiga bidang tersebut selaras dengan tuntutan al-quran dan al-sunnah (Saedon, 1990: 5). Iman ialah mengaku dengan hati, berikrar secara lisan serta beramal dengan apa yang diakui dan diikrarkan. Keimanan yang sebenar perlu diiringi dengan keredaan hati 2

bagi membebaskan diri dari keburukan, kesesatan dan kejahatan. Amal pula adalah sebagai bukti keimanan yang dilahirkan dengan tindakan dan ia juga merupakan pelengkap kepada keimanan sementara akhlak pula merupakan kesinambungan kepada iman dan amal yang akan melahirkan individu berbudi pekerti mulia seperti sabar, tabah, adil dan syukur. Pada masa yang sama ia mendorong individu tersebut meninggalkan sifat-sifat tercela seperti tamak, dengki, sombong, angkuh dan sebagainya. Dengan adanya kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut akan melahirkan seorang Islam sejati sama ada ia sebagai pemimpin atau orang yang dipimpin. (Al-Jazairi, 1987: 2). Oleh yang demikian, cara hidup Islam yang menyeluruh akan tercapai apabila segal a aspek kehidupan manusia khususnya umat Islam diurus dan ditadbir mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah sebagaimana terkandung dalam al-quran. Vmat Islam juga perlu mencontohi sifat dan keperibadian Nabi Muhammad bagi melengkapkan lagi keislaman mereka. Matl am at Islam tidak akan tercapai dengan perlaksanaan sebahagian sahaja daripada ketetapan-ketetapan tersebut. Dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan secara kritikal berkaitan tajuk Rea1iti Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Penulisan akan dimulakan dengan mengenengahkan ciri-ciri asas Islam dan konsep negara menurut perspektif Islam. Hal ini bertujuan memberi gambaran menyeluruh berkaitan negara Islam kerana perbincangan seterusnya akan berkisar kepada isu-isu negara Islam di Malaysia. Bagi mengupas persoalan negara Islam juga, penulis menyenaraikan beberapa kriteria negara Islam setelah membuat rumusan terhadap beberapa tafsiran ulamak muktabar. Seterusnya, penulis mengenengahkan idea negara Islam menurut pandangan Dr. Mahathir dan dibandingkan dengan pendekatan negara Islam yang dipilih oleh penulis. Dalam bahagian 3

akhir penulisan, penulis turut membincangkan tentang kewujudan golongan yang mempertikaikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dan faktor berlakunya pertikaian tersebut. Sebelum membuat penilaian individu, penulis turut menyentuh pengaruh kepelbagaian agama, bangs a dan budaya di Malaysia dalam melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tulen. 2. em-ciri asas Islam Islam adalah cara hidup yang mempunyai sifat keunggulan dan keistimewaannya yang tersendiri. Berbagai kriteria dan ciri telah digariskan untuk mencapai matlamat Islam sebenar. Kurshid telah menyenaraikan tujuh ciri asas Islam dalam penulisan beliau iaitu (i) cara hidup yang sempurna (ii) kesejagatan dan kemanusiaan (iii) mudah, rasional dan praktik (iv) perpaduan antara kebendaan dan kerohanian (v) keseimbangan antara individu dan masyarakat (vi) unsur-unsur tetap dan berubah, dan (vii) rekod-rekod ajaran yang terpelihara (Kurshid, 1981 : 8-19). Ulwan pula telah menambah beberapa ciri Islam yang lain seperti ketuhanan, memelihara kemaslahatan (kepentingan) manusia, hubungan erat antara pegangan dengan kehidupan dan keharmonian antara syariat dengan hakikat hidup sebenar (Ulwan, 1989: 17-26). Dari aspek ketuhanan, Islam bukan agama ciptaan manusia yang mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Islam juga tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran, budaya, perwatakan individu dan hawa nafsu, sebaliknya ia merupakan cara hidup yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang dipercayai oleh umat Islam sebagai pencipta dan entadbir alamo Selain itu, Islam merupakan cara hidup menyeluruh dan membolehkan 4

penganutnya mengimbangi aspek keduniaan dan keakhiratan, melengkapi aspek roham, jasmani dan spiritual, merangkumi aspek permasalahan paling kecil hingga yang paling besar serta meliputi kehidupan ekonomi, politik, kepercayaan dan sosial manusia (Surtahman, 1993: 4). Matlamat Islam pula ditujukan kepada seluruh umat manusia dan ia lebih bersifat sejagat kerana Islam meletakkan kesamaan antara sesama manusia dan tidak membezabezakan antara satu sama lain berasaskan warna kulit, bangsa, darah dan daerah kelahiran, sebaliknya Islam mementingkan kesatuan secara keseluruhan melalui penerapan nilai-nilai keislaman tersebut. Unsur kesejagatan dalam Islam pula dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti (i) meletakkan manusia pada taraf yang tinggi dan membebaskan mereka dari semua bentuk perbambaan selain kepada Allah (ii) menggariskan satu sistem kehidupan yang menjamin keadilan, sesuai pada setiap tempat dan zaman serta bebas dari pengaruh hawa nafsu, kejahilan dan kelemahan (iii) selaras dan sesuai dengan alam seluruhnya (iv) keupayaan melahirkan tokoh-tokoh unggul dari segi keperibadian, intelektual dan keimanan yang tidak dapat ditandingi, dan (v) disebarkan berasaskan persaudaraan Islam tanpa membeza-bezakan antara satu dengan yang lain (Ishak, 1983: 49). Selain itu, IsliUD merupakan cara hidup tanpa mitologi yang mudah difahami dan diamalkan, tidak keras dan tidak membebankan para penganutnya. Ajaran yang dibawa senang diamalkan malah dalam keadaan-keadaan tertentu ia boleh dipermudahkan seperti sembahyang yang boleh dipendekkan dan boleh dipercepat atau diperlambatkan semasa dalam peijalanan yang jauh. Islam juga menggalakkan manusia berfikir dan mengaktifkan penggunaan akal serta mengambil pengajaran dari setiap kejadian alam 5

kerana banyak rahsia alam yang perlu dipelajari dan diketahui oleh manusia untuk kebaikan kehidupan mereka (Ishak, 1983: 58). Ciri Islam yang lain ialah keseimbangan dan kesaksamaan antara kebendaan dan kerohanian, individu dan masyarakat, kebebasan dan berperaturan serta kesederhanaan antara boros dan kikir. Islam mementingkan kesederhanaan dalam segal a urusan tennasuk dalam hal-hal ibadat dan keduniaan. Selain itu, Islam turut menjaga keseimbangan antara individu dan masyarakat melalui jaminan terhadap hak-hak asasi setiap individu dalam masyarakat seperti memberikan hak dan kebebasan beragama, hak untuk hidup, hak menjaga maruah, hak keberterusan keturunan dan hak keselamatan harta benda. Peraturan yang setimpal pula disediakan bagi menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan dan melanggar ketetapan hak-hak tersebut untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya (Surtahman, 1993: 7). Islam juga merupakan satu cara hidup yang memelihara kebajikan manusia dengan (i) mencukupkan keperluan seperti memelihara agama, jiwa, kehormatan, akal dan keturunan (ii) memenuhi keperluan seperti memberikan kelonggaran untuk berbuka kepada individu yang sedang berpuasa Ramadan ketika sakit, musafrr l (peijalanan yang jauh) atau kerana terlalu penat bekeija, dan (iii) melengkapkan keperluan seperti bersuci dan membersih badan (Ulwan, 1989: 63). Oleh yang demikian, Islam merupakan satu cara hidup menyeluruh dan menyentuh segala aspek kehidupan manusia sama ada melibatkan soal pegangan, ibadah, perbubungan, akhlak, sosial, ekonomi mahupun politik. Dalam erti kata yang lain, Islam turut menyediakan peraturan perhubungan antara manusia dengan pencipta (Allah),, Musafir menurut pengertian Islam bennaksud seseorang yang sedang dalam peijalanan yang jauh bagi melaksanakan tanggungjawab. Jarak peijalanan yang boleh dikategorikan sebagai musafir ialah 2 alah atau 3 mil atau kira-kira 80.64 kilometer (Sulaiman Rasjid, 1981 : 120). 6

manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekeliling serta makhluk-makhluk yang lain. 3. Konsep negara Islam Islam adalah agama yang menyeluruh dan mempunyai perspektif tersendiri dalam mendefinisikan istilah negara atau sistem pemerintahan Islam sebagaimana dituntut oleh Allah melalui al-quran.. Bagi menghuraikan konsep tersebut, terdapat berbagai pengertian dan pandangan yang dikemukakan oleh para cendikiawan dan ahli akademik bagi menjelaskan pengertian negara Islam. Dalam penulisan ulama tradisional, tiada takrifan yang jelas mengenai istilah negara Islam tetapi mereka telah mengemukakan ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah negara sebelum ia layak digelar sebagai sebuah negara Islam. Antara ciri tersebut adalah seperti pemilihan ketua negara dikalangan umat Islam. Negara Islam tidak dapat diwujudkan selagi pucuk pimpinan negara berkenaan dipegang oleh orang bukan Islam. Pemimpin negara Islam juga perlu memenuhi beberapa syarat penting seperti menjamin keadilan 2 dalam negara, berpengetahuan tinggi dalam hal-hal perundangan Islam, sanggup bersifat jujur kepada semua warganegara, ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab, sabar menghadapi segal a masalah serta sempurna anggota dan pancaindera. Selain itu, cara pemilihan pemimpin negara Islam juga perlu dibuat berdasarkan prinsip syura 3 (Sulaiman Rasjid, 1981: 470). 2 Sulaiman Rasjid mendefinisikan keadilan menurut perspektif Islam sebagai orang yang mengerjakan kewajibannya dan menjauhkan diri dari perkara maksiat serta menjaga kehonnatan dirinya (Sulaiman Rasjid, 1981: 469)., Prinsip syura bennaksud mesyuarat yang diadakan dikalangan para ulamak muktabar bagi mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang tidak ada da1i1 qathi (ketetapan al-quran dan al-sunnah) idak pemah ada kata sepakat sebelurnnya (Sulaiman Rasjid, 1981: 473). 7

Bagaimanapun, dalam abad ke-20 ini, semakin ramai cendekiawan Islam yang cuba memberikan definisi masing-masing tentang istilah negara Islam. Antaranya ialah takrifan saijana Islam Maududi yang mendefinisikan negara Islam sebagai negara yang meletakkan lruasa mutlak kepada Allah dengan melaksanakan segal a syariat yang termaktub dalam al-quran dan al-sunnah nabi Muhammad. Beliau juga meletakkan syarat perlaksanaan autoriti mutlak kepada Allah dan penyerahan kuasa yang terbatas kepada manusia sebelum layak diiktiraf sebagai negara Islam (Abdul Halim, 2001). Selain itu, Maududi turut menentang konsep demokrasi sebagaimana ditafsirkan oleh Robert A. Dahl sebagai "Sistem politik yang memberi ruang kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka" kerana demokrasi hanya berasaskan majoriti yang tidak semestinya selari dengan ketentuan al-quran. Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang tertak.luk kepada persetujuan rakyat dan menjalankan tugas-tugas politiknya untuk melaksanakan kehendak rakyat (Maududi dalam Rasul Dahri, 1997: 3). Ayatollah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak mempunyai sebarang persamaan dengan sistem kerajaan yang dicipta dan diatur oleh manusia. Negara Islam bukan bersifat autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa, harta benda dan maruah orang lain. Menurut beliau juga, negara Islam bebas dari sebarang bentuk penyelewengan. Ia adalah negara berperlembagaan yang mempraktikkan corak pentadbiran sebagaimana ditentu dan digariskan oleh al-quran dan al-sunnah. Oleh itu, sesiapa sahaja yang diberi tanggungjawab menerajui negara Islam akan terikat kepada undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-qur' an dan al-sunnah. Pemimpin negara tidak boleh menggubal undang-undang lain yang bertentangan dengan 8

ketetapan al-quran dan al-sunnah walaupun mendapat sokongan majoriti masyarakat melalui proses demokrasi (Ayatollah Khomeini dalam Abdul Halim, 2001). Abu Zahrah dalam membincangkan konsep negara Islam dan bukan Islam pula membawa beberapa pandangan ulama yang terkenal seperti pandangan Abu Hanifah yang meletakkan 3 syarat negara bukan Islam iaitu (i) perlaksanaan hukum bukan Islam di negara tersebut seperti membenarkan amalan riba, arak dan judi (ii) negeri yang tiada perhubungan dengan orang.islam, malah dari segi geografinya terhalang daripada negara Islam, dan (iii) orang Islam atau dhimmi 4 tidak boleh hidup dengan aman malah mereka ditindas dan dianiayai oleh pemerintah. Berdasarkan pandangan ini, beliau mentakrifkan negara Islam sebagai negara yang melaksanakan hukum Islam dan memberi keamanan serta perlindungan kepada orang Islam atau dhimmi (Abu Zahrah dalam Abdul Halim, 2001). Dalam membincangkan konsep negara Islam juga, Abu Yusuf, Muhammad dan beberapa cendikiawan Islam lain berpendapat bahawa penentuan negara Islam dapat dibuat berdasarkan perlaksanaan syariat Islam di negara tersebut. Jika hukum dan peraturan Islam dilaksanakan, ia layak digelar negara Islam dan jika undang-undang dan peraturan lain dipraktik dan lebih diagung-agungkan, negara tersebut bukan sebuah negara Islam. Hujah Abu Yusuf dan Muhammad adalah berasaskan pemilihan dasar untuk mentadbir negara sama ada ia mengikuti cara Islam atau sebaliknya. Islam telah menetapkan peraturan berpolitik dan bernegara tennasuk soal perhubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan perhubungan manusia dengan alamo Oleh itu, tidak wajar sebuah negara yang mengamalkan peraturan dan undang-undang mmi ialah orang bukan Islam yang sanggup bemaung dibawah pemerintahan Islam. 9

ciptaan manusia maim dipanggil sebagai negara Islam sedangkan Islam sendiri turnt menyediakan corak pentadbiran dan pengendalian negara. (Abdul Halim, 2001). Berdasarkan huraian tersebut, Abu Zahrah membuat kesimpulan bahawa pentafsiran para cendikiawan ten tang negara Islam dan bukan Islam dapat dibahagikan kepada dua pandangan iaitu (i) diasaskan h~pada peijalanan dan perlaksanaan hukum Islam dan sistemnya, dan (ii) diasaskan kepada keadaan keamanan orang-orang Muslim dan kawasannya. Sekiranya orang Muslim dan golongan dhimmi mendapat keamanan dan kebebasan di sesebuah negara, ia adalah negara Islam (Abdul Halim, 2001). Abu Zahrah bagaimanapw1 lebih cenderwlg kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya iaitu menganggap semua negara yang penduduk Islam lebih ramai adalah negara Islam walaupw1 W1dang-undang Islam tidak dilaksanakan. Pada masa yang sama, beliau mengharapkan supaya hukum-hukum dari al-quran dan al Sunnah dapat dipraktikkan di negara Islam supaya negara tersebut disepakati oleh para ulamak sebagai sebuah negara Islam tulen. Berdasarkan pandangan Abu Hanifah, beliau mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasan daripada Maghribi sebe1ah barat hingga Turkistan dan Pakistan Timur (Abdul Halim, 2001). Bagi mendapat kefahaman yang lebih jelas berkenaan negara Islam, penulis membawa satu lagi takrifan yang diketengahkan oleh Osman Mia dalam artikel beliau bertajuk "Menubuhkan Negara Islam ". Dalam huraian tersebut beliau tidak bersetuju dengan tafsiran negara Islam sebagai negara yang berasaskan al-quran dan al-sunnah. Beliau juga menolak negara Islam sebagai negara yang diketuai oleh orang Muslim dan lebih separuh kegiatan kerajaannya mengikuti pendekatan yang dibawa oleh Islam. Penolakan dibuat kerana pentafsiran tersebut digambarkan sebagai cara pentadbiran dan 10

bukan asas kenegaraan. Menurut beliau lagi, Negara Islam mesti melindungi umat Islam dari musuh dan kerosakan. Ia mestilah sebuah negara yang membolehkan umat Islam beribadat tanpa diganggu. Oleh itu, beliau mendefinisikan negara Islam sebagai negara yang dianggap oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai negara mereka (Osman Mia, undated). Walaupun berbagai-bagai bentuk tafsiran dan definisi telah dikemukakan berkenaan negara Islam dan ia berbeza-beza antara satu sama lain, namun ia menjurus ke arab satu maksud yang sama iaitu memberi keutamaan kepada Islam untuk dianuti dan diamalkan dengan bebas oleh masyarakat tanpa diganggu atau diancam oleh mana-mana pihak. Daripada kepelbagaian tafsiran tersebut juga, beberapa idea dapat diambil sebagai asas negara Islam seperti (i) dipimpin oleh pemimpin Islam (ii) Islam sebagai agama rasmi negara (iii) budaya Islam sebagai cara hidup (iv) peraturan dan undang-undang Islam sebagai asas perlembagaan negara (v) keadilan sebagai asas kepimpinan, dan (vi) keputusan berdasarkan suara ramai atau syura. 4. Kriteria-kriteria sesebuah negara Islam Mengenai pendirian tentang negara Islam, istilah negara Islam boleh ditafsirkan sebagai negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam dengan menjadikan al-quran dan al Sunnah sebagai asas pemerintahan serta menjadikannya rujukan apabila timbul sesuatu permasalahan. Negara Islam tidak semestinya negara yang menyediakan segal a kemudahan dan kepentingan kepada masyarakat Islam dan membuatkan mereka merasa senang di negara tersebut kerana keamanan umat Islam boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti ancaman dalaman dan luaran, jumlah umat Islam di sesebuah negara, 11

keljasama antara mereka serta peranan yang dimainkan oleh para pemlmpm yang menerajui pemerintahan. Oleh itu, negara Islam juga boleh terdiri dari negara yang urnat Islamnya teraneam dan tidak aman seperti disebabkan gangguan daripada golongan bukan Islam yang sengaja ingin merosakkan Islam dan memeeah-belahkan kesatuan umatnya ataupun disebabkan kekaeauan yang timbul akibat tindakan menyeleweng di kalangan urnat Islam sendiri. Bagaimanapun daripada tafsiran yang dibuat oleh para eendikiawan Islam seperti yang telah dinyatakan, penulis lebih bersetuju dengan takrifan Maududi yang mendefinisikan negara Islam sebagai negara yang meletakkan kuasa mutlak kepada Allah dan menghadkan kuasa manusia hanya sebagai pelaksana kepada peraturan dan syariat yang telah ditetapkan melalui al-quran dan ai-swmah tersebut. Penulis lebih eenderung menerima takrifan Maududi kerana seorang Muslim yang sebenar seharusnya menerima dan percaya terhadap segal a isi kandungan al-quran dan al-swmah yang mengandungi asas dan panduan untuk menjalani kehidupan seharian sama ada seeara bersendirian mahupun bem:lasyarakat. Justeru, tidak ada aiasan untuk seorang yang mengaku dirinya Islam mengkhianati kepereayaan sendiri dengan memutarbelitkan fakta dan ketetapan al Quran dan al-sunnah, yang akhimya menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat umum khususnya masyarakat Islam sendiri. Kelslaman seseorang yang mengaku dirinya Muslim sejati menjadi kabur dan boleh mengelirukan orang lain apabila mereka melakukan tindakan yang menggambarkan sikap berpaling tadah dari agamanya. Mereka meneari peraturan serta undang-undang lain untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian malah sanggup menggubainya sendiri untuk dipraktikkan dalam kehidupan dengan alasan ia lebih sesuai 12

dan tepat. Keadaan ini menunjukkan mereka lebih arif tentang cara hidup yang terbaik bc:rbanding peraturan AUah yang secara lisannya mereka akui sebagai lengkap dan menyeluruh. Bagi penulis, golongan tersebut belum memenuhi kriteria Islam sebenar kmanamasih wujud unsur-unsur keraguan dalam jiwa mereka terhadap ketentuan Allah, tuhan yang mereka sembah, percaya serta akui sebagai pemilik dan penentu peraturan alamo Keraguan terhadap Islam juga terbukti apabila mereka lebih mengagung-agungkan undang-undang ciptaan manusia yang selari dengan keperluan dan kehendak semasa yang kadang kala langsung bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam sendiri. Penulis juga bersetuju dengan tentangan Maududi terhadap konsep demokrasi kerana ia merupakan satu corak pemerintahan yang dicipta oleh manusia dan ia bertentangan dengan asas kepercayaan seorang Islam. Demokrasi seperti didefinisikan oleh Robert A. Dahl sebagai "Sistern politik yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka" telah memberi peluang kepada masyarakat umum untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap sesuatu perkara khususnya berkaitan perundangan yang jelas telah disediakan oleh Islam melaiui al-quran. Suara majoriti yang diperolehi melalui proses tersebut akan menentukan pendirian yang akan dipilih dan dilaksanakan dalam negara walaupun ia bertentangan dengan ketentuan al Quran dan al-sunnah. Penolakan tersebut juga berasaskan realiti yang diakui oleh manusia bahawa mereka boleh membuat keputusan yang salah berasaskan pemikiran yang terbatas dan boleh dipengaruhi oleh nafsu, persekitaran so sial, keadaan ekonomi serta suasana politik semasa (Rasul Dahri, 1997: 3). Sistem demokrasi berbeza dengan pendekatan Islam kerana Islam meletakkan tanggungjawab perlaksanaan peraturan dan undang-undang Islam ke atas setiap individu 13

Muslim dan mereka perlu berusaha kearah mencapai keislaman sebenar walaupun ia ditolak dengan suara majoriti. Selain itu, Islam juga melarang manusia mengkaji dan memilih sarna ada peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tersebut sesuai atau sebaliknya berdasarkan persepsi semasa kerana ketetapan yang dibuat tersebut telah dijamin kesesuaiannya pada semua zaman dan tempat (Rasul Dahri, 1997: 4-5). Demokrasi yang bukan sahaja diagung-agungkan sebagai corak pemerintahan paling adil berbanding sistem pemerintahan yang lain, malah dirumuskan sebagai satu sistem politik yang mengikut dasar dari rakyat, untuk rakyat dan demi kerana rakyat turut bertentangan dengan asas politik Islam. Asas kepercayaan Islam telah menetapkan segala peraturan dan corak pemerintahan mestilah dari Allah, untuk Allah dan demi kerana Allah. Prinsip tersebut telah dinyatakan dengan jelas dalam al-quran yang menghendaki setiap orang Islam bersumpah bahawa setiap aktiviti mereka tennasuk ibadah, sosial, ekonomi, politik malah hidup dan mati mereka mestilah kerana Allah. Oleh yang demikian, dengan adanya penteijemahan dan pengaplikasian prinsip tersebut dalam kebidupan seharian akan melayakkan mereka mendapat status keislaman yang sebenar. Jika perkara sebaliknya berlaku, maka keaslian Islam yang diamalkan tersebut masih diragui (Mustafa Daud, 1990: 43-45). Dalam ayat yang lain, Allah turut menyatakan bahawa manusla dikurniakan dengan hawa nafsu dan melarang manusia terlalu mengikutinya sehingga sanggup melanggar peraturan dan perintah yang telah ditentukan sebaliknya menyeru manusia mengikuti syariat sebagaimana finnannya yang bennaksud: "Kemudian kami jadikan kamu supaya mengikut satu syariat (peratutan dan undang-lindang) dalam urusan (hidup dan agamamu), maka ikutilah syariat ilu, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui " (Al-latsiyah: 18 dalam Abdul Aziz, 1985: 500). 14

Darl ayat di atas, Allah menuntut manusia khususnya umat Islam supaya mengikuti syariat yang telah ditentukan dan melarang mereka dari mengikuti peraturan dan penmdangan yang bertentangan dengan al-quran tersebut. Pendekatan ini juga mempunyai persamaan dengan pandangan Ayatollah Khomeini yang menakrifkan negara Islam sebagai negara yang bukan bersifat autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa untuk menentukan sesuatu keputusan sebaliknya negara yang mempraktikkan kandungan al-quran dan al-sunnah dengan melaksanakan perkara-perkara yang dituntut serta meninggalkan perkara yang dilarang. Menurut beliau lagi, negara Islam bebas dari sebarang bentuk penyelewengan malah merupakan negara berperlembagaan yang mempraktikkan corak pentadbiran sebagaimana ditentu dan digariskan oleh al-quran dan al-sunnah (Abdul Halim, 2001). Begitu juga dengan pendapat-pendapat lain kerana ia menjurus kearah matlamat yang sama iaitu negara yang mengamalkan syariat Islam dan memberi keamanan kepada umat Islam dan golongan dhimrni yang tinggal di negara berkenaan. Bagaimanapun penulis kurang bersetuju dengan pendapat Abu lahrah dan Abu Hanifa yang menganggap semua negara yang penduduk Islamnya lebih ramai sebagai negara Islam walaupun undang-undang Islam tidak dilaksanakan. Penulis bagaimanapun lebih memilih negara yang mengamalkan sistem perundangan Islam sebagai negara Islam walaupun penduduk Islamnya bukan merupakan golongan majoriti. Pandangan ini berasaskan kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat Islam sekiranya undang-undang Islam tidak dilaksanakan kerana kegiatan harian mereka seperti ibadah, sosial, ekonomi dan politik akan dipengaruhi oleh budaya yang dibawa melalui sistem perundangan n tersebut dan ia akan mencacatkan keislaman seseorang. Dalam keadaan tersebut, 15

masyarakat Islam boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti beribadah tetapi dalam hal-hal lain yang Icbih luas seperti berdakwah, mengamalkan nilai dan budaya Islam, aktiviti-aktiviti sosiaj yang lain malah kegiatan ekonomi dan politik mereka akan dikongkong dan dipcngaruhi oleh undang-undang dan peraturan semasa. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa sistem perundangan yang bersifat Islamik adalah perlu sebagai asas kepada pembentukan masyarakat Islam sebenar. Penulis juga keliru dengan pandangan Osman Mia yang tidak bersetuju dengan tafsiran negara Islam sebagai negara yang berasaskan al-quran dan al-swmah, diketuai oleh orang Muslim serta lebih separuh kegiatan kerajaan mengikut pendekatan Islam, sebaliknya mendefmisikan negara Islam sebagai negara yang melindungi umat Islam dari musuh dan kerosakan serta negara yang dianggap oleh umat Islam seluruh dunia sebagai negara mereka (Osman Mia, undated). Bagi penulis, untuk melindungi umat Islam dan membolehkan mereka menganggap sesebuah negara tersebut sebagai negara mereka, perundangan dan cara hidup Islam mestilah diletakkan sebagai asas tertinggi negara, atau mereka boleh berbuat derilikian dengan dipengaruhi oleh faktor lain seperti paksaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai rumusannya, penulis dapat men genal pasti beberapa kriteria negara Islam. Antaranya (i) dipimpin oleh pemerintah yang beragama Islam (ii) mempraktikkan kepimpinan Islam seperti adil, amanah, bertanggungjawab dan sabar (iii) meletakkan perundangan Islam sebagai asas pentadbiran negara, dan (iv) mempunyai masyarakat Islam yang sanggup berusaha mempeijuangkan kepentingan Islam. Oleh itu, antara negara yang dilihat mempunyai sifat-sifat Islamik tersebut adalah seperti Pakistan dan Arab Saudi. Negara-negara ini banyak melaksanakan amalan-amalan 16

praktilc.al yang bersifat Islamik dengan melaksanakan hukum munakahat 5, jenayah dan budud 6 Selain itu, pengamalan budaya dan cara hidup Islam dikalangan masyarakat dua negara tersebutjuga masih kuat (AI-Islam, 2001). 5. Malaysia sebagai sebuah negara Islam Islamisasi telah berlaku di Malaysia sejak sebelum merdeka malah sebelum penaklukan Portugis pada tahun 1511 lagi dan ia berlaku secara berterusan hingga sekarang. Pada masa tersebut masyarakat Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan para ulamak dari Arab dan wilayah-wilayah Islam yang lain seperti Hejaz, Turki dan Mesir. Hubungan yang lebih bersifat perdagangan tersebut telah memberi kesan yang meluas kepada perkembangan tamadun Islam di T anah Melayu termasuklah da1am aspek keagamaan, moral, bahasa, organisasi politik, adat res am dan undang-undang malah hampir dalam setiap lapangan yang terfikir oleh seseorang (Morley, 1949: 143 dalam Amran Kasimin, 1993: 181). Oleh yang demikian tidak hairan jika Islam nampak sinonim dan berkembang di Malaysia walaupun ia merupakan sebuah negara yang terdiri dari pejbagai agama, bangsa dan budaya. Malaysia juga merupakan antara negara yang banyak memainkan peranan dalam pertubuhan-pertubuhan Islam seperti Organization of Islamic Country - OIC untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam disamping menghulurkan pejbagai bentuk bantuan seperti ketenteraan, kewangan, makanan, pakaian S Munakahat ialah tatacara dan hukum berkaitan perkahwinan menu rut Islam. Ia merangkumi syarat-syarat pericahwinan, perceraian, nafkah hak penjagaan anak dan lain-lain (Sulaiman Rasjid, 1981 : 355). 6 Hudud ialah hukuman-hukuman tertentu yang telah ditetapkan dan wajib dilaksanakan terhadap manamana individu yang melanggar larangan-larangan yang telah ditetapkan. Terdapat 5 kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya melalui hudud iaitu (i) kesalahan zina (ii) kesalahan menuduh orang lain berzina "i) kesalahan meminum minuman keras (iv) kesalahan mencuri, dan (v) kesalahan merompak (Sulairnan ~id. 1981: 251). 17

dan scbagainya. Selain itu, Malaysia juga kerap kali mendapat pengiktirafan antarabangsa aehagai negara Islam contoh serta dipimpin oleh pemimpin Islam sebenar yang patut dicontohi sebagai model dalam pembentukan negara Islam tulen. Bagaimanapun, dalam membincangkan isu negara Islam di Malaysia, penerimaan tidale boleh dibuat berasaskan gambaran tersurat tersebut tanpa membuat penilaian tabadap keselarasan idea negara Islam dengan pendekatan yang diaplikasikan oleh Dr. Mahathir di Malaysia. Menurut Dr. Mahathir, keadaan semasa di Malaysia hari ini telah melayakkan Malaysia mendapat status negara Islam sekaligus mendorong beliau membuat perisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam semasa Persidangan Pcrwakilan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) yang ke-30 pada 29 September 2001 (Anual Bakhri, 2001). Penilaian berkaitan lsu negara Islam di Malaysia perlu dibuat secara kritikal bingga ke akar umbj dengan membandingkan keselarasan amalan praktikal yang dilaksanakan di Malaysia dengan kandungan al-quran dan al-sunnah. Negara Islam sebenar akan lahir apabila amalan praktikal yang dilaksanakan dalam negara selaras dengan dua sumber perundangan Islam tersebut. Selain itu, penilaian negara Islam juga tidak boleh dibuat berasaskan pengiktirafan ketua-ketua negara yang menganggap negara mereka sebagai negara Islam, pertubuhan-pertubuhan Islam dan individu-individu yang disifatkan sebagai alim semata-mata. Oleh itu, antara persoalan yang timbul ialah berkenaan keesahan idea negara Islam mengikut acuan Dr. Mahathir sebagaimana dipraktikkan di Malaysia. Hal ini dibangkitkan berikutan terdapat kritikan di kalangan rakyat Malaysia khususnya para impin dan pengikut Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan parti-parti komponen Barisan 18

Altematif (BA) lain yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam sehingga JDeDdorong mereka menentang kenyataan Malaysia sebagai negara Islam. Golongan pcmbangkang kerajaan juga berusaha menghangatkan isu penubuhan negara Islam di Malaysia dan meletakkan isu tersebut sebagai asas peijuangan mereka. Bagi meyakinkan masyarakat dan semua pihak yang terlibat dengan isu negara Islam, para pemimpin serta pengikut parti pembangkang berusaha untuk membuktikan kedudukan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir sebagai sebuah negara bersifat sekular dan kemudiannya mengenengahkan idea mereka yang lebih Islamik. Tidak dinafikan bahawa setiap parti politik sama ada parti kerajaan yang didominasi oleh United Malayan National Organization - UMNO mahupun parti pembangkang yang diketuai oleh PAS, mempunyai agenda dan kepentingan politik tersendiri dalam isu negara Islam yang diperdebatkan tetapi punca dan sebab mengapa isu tersebut dieksploitasi perlu diteliti. Antara faktor yang dapat dikenal pasti ialah masingmasing ingin mempertahankan pendekatan yang menurut mereka lebih Islamik dengan tujuan mengaut keuntungan politik daripada isu tersebut. Pada masa yang sama isu tersebut telah mendesak pentadbiran Malaysia ke arah lebih Islamik. Dalam hal ini, Fred pemah menyatakan bahawa agama merupakan sumber yang mempunyai unsur perasaan yang boleh melengkapkan kedudukan politik dan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, isu tersebut memainkan peranan penting dalam arena politik sesebuah negara lebih-iebih lagi di Malaysia kerana masyarakatnya terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan budaya (Fred, 1980: 26). Di Malaysia, isu Islam amat penting apabila dikaitkan dengan politik kerana terdapat dua ali ran utama politik iaitu UMNO dan PAS yang masing-masing ingin mempertahan keislaman mereka. 19

onnah Mahmood dalam buku beliau 'Rethinking Political Development in South Asia', turut menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa:...islam became a major issue in Malaysian politics with the rises of ddkwah movement by the younger generation of educated Malay" (Nonnah Mahmood, 1994: 70). 8erdasarkan keadaan tersebut, UMNO dan PAS yang mengetahui dan memahami bahawa agama Islam tidak pernah melarang umatnya berpolitik dan menubuhkan parti politile masing-masing berusaha melalui pelbagai cara untuk meyakinkan masyarakat babawa pendekatan mereka adalah selaras dengan tuntutan agama Islam. Antara peadekatan yang digunakan oleh pihak kerajaan ialah (i) mendominasi media sama ada media cetak atau media elektronik dan menggunakan kelebihan tersebut untuk meaerapkan ideologi Islam mereka (ii) pendekatan undang-undang seperti melalui penyalahgunaan Internal Security Act (ISA) 1960 7, dan (iii) pendekatan ekonomi seperti menyediakan keperluan dan bantuan kepada individu yang menyokong tindakan erajaan. Contohnya pihak kerajaan telah menyekat hak kebebasan media terutamanya daiam aspek politik menyebabkan berita-berita politik semasa yang disiarkan disifatkan sebagai berat sebelah (Wan Teh, 1993: 20). Bagi mencapai matlamat ideologi politik kedua-dua pihak tersebut, Shaari (1984) telah menyatakan bahawa PAS adalah parti Islam terulung dan diikuti parti BeIjasa yang kemudiannya dinamakan Hizbul Muslimin. Di sebelah pihak UMNO pula, Sanusi Junid pc:rnah menyebut bahawa parti itu merupakan yang ketiga terbesar di dunia. Justeru, jelas mcnunjukkan bahawa kedua-dua belah pihak masing-masing ingin mempertahankan Inl6nal Security Act (lsa) 1960 ialah akta yang bertujuan mengadakan peruntukan mengenai lamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif, penghapusan _ 1n8Sl1lJl berancang terhadap orang dan harta dalam kawasan-kawasan tertentu di Malaysia, dan _WIlli perkara-perkara yang bersampingan dengannya. 20

mlll yang menurut mereka lebih Islamik supaya mendapat sokongan majoroti IDlIaIlIDJra sokongan yang dipengaruhi faktor agama Islam (Shaari, 1984: 35). 8agaimanapun dalam hal berkaitan negara Islam Malaysia ini, Mohamad Shahir menyatakan bahawa tindakan Dr. Mahathir membuat kenyataan mengenai sebagai Negara Islam adalah satu tindakan yang bij ak dan mampu.-lidjlatlllbankalil Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Menurut " au lagi, pemyataan Malaysia negara Islam juga bukan hanya slogan kosong atau -.diwara yang sengaja diada-adakan, malah ia adalah satu hakikat dan realiti yang tidak boldl dan tidak patut dinafikan lagi. Antara bukti yang dikemukakan bagi menyokong kenyataan bahawa Malaysia adalah negara Islam tennasuk mengemukakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia JID8 memberikan kedudukan istimewa kepada Islam melalui Perkara 3(1) yang yebut "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh 6mtUIcan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan ". Menurut Ahmad Ibrahim, dengan adanya peruntukan "Agama Islam ialah agama bagi Penelcutuan", ia telah melayakkan Malaysia memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pula berperanan sebagai ketua apma Islam selain meletakkan urusan pentadbiran Islam sebagai tanggunjawab kerajaan epri dan Persekutuan (Mohamad Shahir, 2003). Kenyataan Malaysia sebagai negara Islam turut disokong oleh pandangan para uiamak muktabar. Antaranya, pandangan Muhammad bin Hasan as-syaibani yang menyatakan bahawa negara Islam merupakan negara yang dikuasai dan diperintah oleh Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya. 21