SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU

Similar documents
Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu

The Biography of Haji Mat Lintar: An Al-Quran Scholar from Terengganu

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Pengajian Tarannum Sebelum Dan Semasa Era Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Contributions by Rogayah Sulong in Teaching and Learning the Al-Quran

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SEJARAH TOKOH TARANNUM DI MALAYSIA. Abdullah, 2 Wan Nasyrudin Wan Abdullah

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KETOKOHAN HAJI ABDUL RAHIM AHMAD DALAM BIDANG TARANNUM DAN KAEDAH TILAWAHNYA.

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUTIRAN PERIBADI

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PENDAHULUAN. Kemantapan iman, ilmu dan amal individu dan masyarakat hanya akan berkekalan apabila

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Transcription:

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU NAJMIAH OMAR & NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN Abstrak: Ketokohan qariah wanita dalam bidang tarannum al-quran kurang diketengahkan dalam arena penyelidikan. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan ketokohan empat orang tokoh wanita yang banyak memberi sumbangan dalam bidang tilawah al-quran khususnya dalam bidang tarannum. Mereka berjaya mengharumkan nama negara dan memartabatkan mutu bacaan al-quran di negeri Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan biodata empat orang tokoh qariah wanita di negeri Terengganu iaitu Hajjah Sepiah binti Mohamad, Hajjah Masnah binti Awang, Hajjah Azizah binti Zakaria dan Hajjah Aminah Omar. Di samping itu, kajian ini untuk mengenalpasti sumbangan mereka dalam bidang tarannum al-quran. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif melalui temubual semi-struktur responden berkenaan dan kajian dokumentasi. Lokasi kajian bertumpu kepada daerah di negeri Terengganu yang melibatkan tempat tinggal responden kajian. Hasil kajian mendapati usaha yang bersungguh-sungguh, ketekunan, dan latihan yang berterusan adalah rahsia kejayaan seseorang qari atau qariah. Kata kunci: Sumbangan, qariah, wanita, tarannum, al-quran, Terengganu. PENGENALAN Artikel ini memuatkan empat orang qariah wanita yang pernah menjadi johan dalam Majlis Tilawah al-quran (MTQ) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu Hajjah Sepiah binti Muhammad, Hajjah Masnah binti Awang, Hajjah Azizah binti Zakaria dan Hajjah Aminah binti Omar. HAJJAH SEPIAH BINTI MUHAMMAD Hajjah Sepiah binti Mohamad dilahirkan pada 7 Mac 1950 di Kg Nasi Dingin. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Kebangsaan Kg. Getang. Beliau mula mempelajari al-quran daripada ibu dan juga dengan isteri seorang ustaz sekolah Kebangsaan Kg. Getang yang bernama ustaz Ariffin. Selain itu, Hajjah Sepiah mempelajari al-quran dengan Dato Hajjah Rogayah di Masjid Kg. Wakaf Tapai, Marang Terengganu buat pertama kali dan mulai mengenali beliau semenjak daripada pengajian tersebut. Ketika itu, Hajjah Sepiah berusia 14 tahun pada tahun 1964. Pada masa itu, Dato Hajjah Rogayah mengesan bakat beliau. Hajjah Sepiah menjelaskan: Selesai mengaji al-quran, Dato Hajjah Rogayah meminta orang ramai memanggil saya. Dato Hajjah Rogayah meminta saya mengikuti bacaan Dato Hajjah Rogayah membaca surah al-tahrim ayat 8 hingga ayat 12. Ayat-ayat itu masih menjadi kenangan kepada saya hingga ke hari ini. Setelah itu, Dato Hajjah Rogayah mengajak saya tinggal bersama dengan beliau untuk mengasah bakat yang dimiliki oleh beliau. Setahun kemudian, saya memasuki musabaqah pada tahun 1965 dan ketika itu beliau berusia 15 tahun. Saya dapat mempelajari tarannum dalam masa yang singkat iaitu selama setahun sahaja. 230

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 Selain daripada saya, rakan-rakan yang turut sama tinggal di asrama rumah Dato Hajjah Rogayah ialah Khatijah dari Mersing, Johor. Selain itu, Tuan Chik, Che Ku Melah, dan Che Ku Salmi yang tinggal di Kg Getang. 1 Hajjah Sepiah juga banyak menghadiri kursus di peringkat negeri Terengganu. Beliau menjelaskan: Antara jurulatih yang pernah menyampaikan kursus ialah Dato Haji Awang iaitu menantu kepada Haji Mat Lintar jurulatih bahagian tajwid, Dato Yusuf Manaf, bahagian tajwid, Dato Hajjah Rogayah binti Sulong jurulatih bahagian tarannum, dan Tan Sri Sheikh Ismail al-hafiz, jurulatih bahagian tajwid. Selain daripada itu juga, saya menghadiri kursus-kursus yang diadakan di Kuala Lumpur dan Pahang antara tahun 1991 hingga tahun 1999. Hingga hari ini, saya pergi ke Pasir Mas, mempelajari tarannum dengan Tuan Haji Nik Jaafar. HAJJAH MASNAH BINTI AWANG Hajjah Masnah Awang mula mempelajari asas-asas ilmu tarannum daripada Dato Hajjah Rogayah binti Sulong. Ketika itu, beliau masih di peringkat remaja iaitu 15 tahun. Hajjah Masnah mula mengenali Dato Hajjah Rogayah ketika mempelajari al-quran dengan beliau di Masjid Kg. Pengadang Baru, Kuala-Terengganu. Setelah Dato Hajjah Rogayah dapat mengesan bakat beliau, Dato Hajjah Rogayah mengajak tinggal bersama dengan beliau untuk mendalami ilmu tarannum. Hajjah Masnah tinggal di rumah Dato Hajjah Rogayah binti Sulong bersama rakan-rakan yang lain. Jadual 1: Peringkat Permulaan Pembelajaran Di Kalangan Qariah Qariah Kanak-kanak 7-12 Remaja 13-19 Dewasa 20 dan ke atas Wook binti Hasan / Rogayah binti Sulong / Siti Mas Ismail / Raziyati Ali / Sepiah binti / Muhammad Masnah binti Awang / Halimah binti Ibrahim / Fatimah binti Ibrahim / Nasirah binti Ibrahim / Norhidayah Abdul / Rahman ( Sumber: Temubual) Dalam jadual di atas menunjukkan qariah wanita mulai mengenali al-quran pada peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Peringkat remaja merupakan peringkat terbanyak. Pepatah melayu menjelaskan melentur buluh biar dari rebung. Peringkat kanakkanak merupakan peringkat asas mengenali al-quran manakala peringkat remaja adalah peringkat pemantapan ilmu tarannum. Pada tahap ini, qariah wanita mula mempunyai suara yang sebenar. Pada tahap ini merupakan peringkat suara yang boleh diasah dan 231

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 dibentuk dengan mudah, di samping wanita sudah mencapai tempoh kematangan dalam dirinya. Selain daripada Hajjah Masnah, terdapat pelajar-pelajar dari Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak yang tinggal bersama-sama dan mempelajari al-quran pada siang hari dan ilmu tarannum pada waktu malam dengan Dato Hajjah Rogayah dan Megat Osman Megat Chik. Pelajar dari Sabah bernama Balqis. Hajjah Masnah mengambil masa selama 3 hingga 4 tahun untuk mahir dengan ilmu tarannum. Selepas beliau mahir dengan ilmu tarannum, Dato Hajjah Rogayah mengajak beliau membaca al-quran bertarannum di hadapan orang ramai di masjid-masjid di Hulu Terengganu selepas solat Isyak. Ketika itu, Hajjah Masnah berusia 19 tahun. Antara tujuan aktiviti tersebut adalah untuk mengutip derma dan sumbangan untuk tabung kebajikan anak-anak yatim Darul Falah yang terletak di Kampung Bukit Payung. Hajjah Masnah turut sama menyumbang tenaga bersama Dato Hajjah Rogayah binti Sulong dan Dato Haji Mohd Salleh bin Hj Awang atau dikenali dengan nama pena MISBAHA. 2 Hajjah Masnah mula menjinakkan diri dalam majlis tilawah dengan memasuki pertandingan di peringkat daerah. Setelah Hajjah Masnah memasuki pertandingan, pejabat agama menghantar beliau menghadiri kursus-kursus sebagai latihan berterusan. Hajjah Masnah juga, turut dibimbing oleh guru-guru tarannum yang lain seperti Tuan Haji Nik Jaafar dari Malaysia dan juga guru tarannum dari Indonesia. 3 Petua yang diberikan oleh Hajjah Masnah dalam menjaga suara ialah menjaga pemakanan. Beliau berpesan agar elak daripada makanan pedas kerana boleh menyebabkan suara menjadi tidak licin. Elakkan makan timun kerana ia bergetah dan juga ais batu. Air suam dapat mengelokkan suara. Selain itu mesti mengamalkan tidur yang cukup. Selain itu, antara senaman untuk memanjangkan pernafasan yang sering diamalkan oleh beliau ialah berlatih membaca ayat al-quran sepanjang mungkin sehingga habis nafas. Contohnya, membaca surah al-fatihah dalam satu nafas atau berhenti dengan sempurna di tempat yang tiada nafas. 4 HAJJAH AZIZAH BINTI ZAKARIA Azizah Zakaria tinggal Kg. Sungai Tong, Setiu. Beliau mempelajari tarannum al-quran dari Dato Hajjah Rogayah binti Sulong di surau Kg. Tepoh, Kuala Terengganu, dan pernah menjadi johan qariah peringkat negeri Terengganu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1982, 1992, dan 2005 serta pernah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 5 Pada tahun 2014, Hajjah Azizah mewakili daerah Setiu dan menjadi naib johan di peringkat negeri Terengganu. Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 kerana barah usus. HAJJAH AMINAH BINTI OMAR Hajjah Aminah binti Omar dilahirkan pada 8 Mei 1947 di Kampung Telaga, Kuala-Berang, Terengganu dan dibesarkan di kampung tersebut, kemudian Hajjah Aminah menetap di Kampung Tajin, Kuala Berang. Hajjah Aminah mendapat pendidikan rendah Sekolah Kebangsaan Telaga dan pendidikan menengah di Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Hajjah Aminah berumahtangga dengan Haji Samad bin Hassan dan dikurniakan tujuh orang anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. 6 Dari aspek pembelajaran tarannum al-quran, Hajjah Aminah mendapat bimbingan daripada Tan Sri Sheikh Ismail bin Muhammad, Ustaz Muda@Jusoh bin Ismail, dan Dato Hajjah Rogayah binti Sulong. Hajjah Aminah binti Omar pernah menjadi johan dalam Majlis tilawah al-quran di peringkat negeri Terengganu sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1981, 1983, 1985, dan 1987. 7 Hajjah Aminah turut berjaya menjadi johan qariah di 232

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 1983. 8 Hajjah Aminah telah pulang ke rahmatullah pada awal bulan Disember tahun 2014 di rumah beliau yang terletak di Kuala Berang. Sumbangan Qariah Wanita di Negeri Terengganu Jadual di bawah ini menunjukkan keempat-empat orang qariah wanita dalam menyertai MTQ di peringkat negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan antara tahun 1960 hingga 2013, penyertaan keempat-empat qari wanita adalah seperti jadual di bawah: Jadual 2: Tahun Kemenangan Qariah Dalam Majlis Tilawah al-quran Peringkat Negeri Bilangan Nama Qariah Tahun kemenangan 1. Hajjah Sepiah@Safiah 1967, 1968 dan 1988 Muhammad 2. Hajjah Masnah Awang 1994, 1996 dan 1999 3.. Hajjah Azizah Zakaria 1982 dan 2005 4 Hajjah Aminah Omar 1981,1983, 1985 dan 1987 Seterusnya, jadual di bawah menunjukkan penyertaan qariah yang mewakili daerah dalam negeri Terengganu. Jadual 3: Qari Lelaki dan Wanita Daerah Hulu Terengganu Qari Lelaki Jusoh @Muda bin Ismail Muhammad Noor bin Muhamad Ismail bin Embong Qari Wanita Aminah bin Omar Wook binti Hasan Sepiah binti Muhamad Nasirah binti Ibrahim Sumber: Temubual Sebanyak tiga orang qari mewakili MTQ bagi daerah Hulu Terengganu dan empat orang qariah wanita mewakili daerah Hulu terengganu anatara tahun 1960 hingga 2013, termasuk Hajjah sepiah Muhammad dan Hajjah Aminah Omar. Sumbangan Hajjah Sepiah dalam Bidang Tarannum Sumbangan Hajjah Sepiah dalam bidang tarannum ialah menjadi juara dalam Majlis Tilawah al-quran di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa serta mengharumkan nama di mata dunia. Beliau memenangi banyak kemenangan seperti menjadi johan dan naib johan. Pada tahun 1967, Hajjah Sepiah menjadi johan tilawah al-quran di peringkat negeri Terengganu. Begitu juga, tahun 1968, Hajjah Sepiah turut menjadi johan di peringkat negeri Terengganu. Pada tahun 1981, Hajjah Sepiah menjadi johan di peringkat daerah Hulu Terengganu. Pada tahun 1988, 1994 dan 1997, Hajjah Sepiah memperolehi naib johan di peringkat negeri Terengganu. Pada tahun 1988, Hajjah Sepiah menjadi johan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau aktif memasuki MTQ antara tahun 1960-an hingga 1980-an. Kemenangan beliau melambangkan kepakaran, ketekunan, kesungguhan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang tarannum al-quran. 233

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Jadual 4: Kemenangan Hajjah Sepiah binti Muhammad Di Peringkat Negeri Bilangan 1 2 3 Tahun 1967 1968 1998 Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM) Dalam jadual di atas menunjukkan bahawa Hajjah Sepiah menjadi johan di peringkat kebangsaan sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1967, 1968 dan 1998. Pertama kali Hajjah Sepiah menjadi johan ketika berusia seawal 17 tahun. Jadual 5: Johan Qari dan Qariah Dari Tahun 1960-1969 Nama 1961 1962 1963 1964 1965 1966 1967 1968 Muda Ismail / / Yusof Abdullah / / / Yasin Embong / Salleh bin Awang / Wook bt Hasan / / Sepiah Muhammad / / Rogayah Sulong / / / / / Sumber: Temubual Jadual di atas menunjukkan rakan-rakan seangkatan Hajjah Sepiah yang turut menjadi johan dalam MTQ antara tahun 1960 hingga 1969. Dalam jadual di atas, bagi qariah wanita, Hajjah Rogayah binti Sulong mendominasi kekerapan kemenangan dalam MTQ peringkat negeri manakala dua tahun berikutnya dimenangi oleh Hajjah Sepiah Muhammad. Jadual 6: Kemenangan di Peringkat Antarabangsa Bilangan 1 Tahun 1998 Sumber: Buku Sejarah Majlis Tilawah al-quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, 20-21 Dalam majlis tilawah al-quran di peringkat antarabangsa pula, Hajjah Sepiah menjadi johan pada tahun 1998. Pada ketika itu beliau berusia 48 tahun. Selain itu, Hajjah Sepiah menjadi guru al-quran kepada orang dewasa dan mengajar tarannum al-quran pada setiap minggu di Masjid Kg Tengkawan dan menjadikan sebahagian rumah beliau sebagai surau tempat mengajar al-quran. Hajjah Sepiah juga membuka kelas tarannum kepada remaja yang berusia antara 16 hingga 20 tahun seramai 15 orang khusus untuk mempelajari selok-belok tarannum. 9 Selain itu, beliau turut menjadi jurulatih kepada bakal peserta yang ingin memasuki pertandingan tilawah dalam MTQ. 234

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 Sumbangan Hajjah Masnah Awang Dalam Bidang Tarannum Dalam majlis tilawah al-quran antara tahun 1960 hingga 2013, Hajjah Masnah Awang mewakili daerah Marang, Terengganu. Antara qari yang mewakili daerah Marang adalah seperti dalam jadual di bawah ini: Jadual 7: Qari dan Qariah Daerah Marang Qari Lelaki Hafas Ali Tirmizi Ali Qari Wanita Masnah Awang Raziyati Mohd Ali Sumber: Temubual dengan qari-qari negeri Terengganu antara tahun 2012 hingga 2013 Hajjah Masnah banyak memberi sumbangan dalam bidang ilmu tarannum dan mempunyai kaedah yang tersendiri dalam mengajar ilmu tersebut. Pengajaran beliau ialah dengan cara mengajar harakat satu persatu sehingga mahir. Satu-satu harakat itu sekali dengan tali suara dan tempat letak suara barulah beralih ke harakat seterusnya. Beliau aktif mengajar ilmu tarannum secara khusus di Dewan Masjid Kg Rawai, Bukit Payung pada setiap pagi Sabtu. Anak murid beliau terdiri daripada lelaki dan perempuan seramai 15 orang. Pada hari Isnin, Hajjah Masnah mengajar al-quran di Masjid Kg. Rawai. Pada hari Selasa pula, beliau mengajar al-quran di Masjid Kg. Alor Limbat. Beliau juga turut aktif mengajar al-quran di Pejabat Agama Negeri Terengganu pada setiap pagi Rabu. Beliau juga turut mengajar di Pejabat Agama Daerah Marang pada setiap pagi Khamis dan di Masjid Kg. Jerung pada petang Khamis. Setiap hari, aktiviti beliau padat dengan pengajaran al-quran. 10 Hasil daripada pengajaran beliau melahirkan ramai guru-guru al- Quran dan tarannum di daerah Marang. Petua yang diberikan oleh Hajjah Masnah dalam menjaga suara ialah menjaga pemakanan. Beliau berpesan agar elak daripada makanan pedas kerana boleh menyebabkan suara menjadi tidak licin. Elakkan makan timun kerana ia bergetah dan juga ais batu. Air suam dapat mengelokkan suara. Selain itu mesti mengamalkan tidur yang cukup. Selain itu, antara senaman untuk memanjangkan pernafasan yang sering diamalkan oleh beliau ialah berlatih membaca ayat al-quran sepanjang mungkin sehingga habis nafas. Contohnya, membaca surah al-fatihah dalam satu nafas atau berhenti dengan sempurna di tempat yang tiada nafas. 11 Jadual 8: Johan Qari dan Qariah Dari Tahun 1990 hingga 1999 Nama 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 Ismail Embong / Yusof Embong / / Mohamad Ismail / / Mazlan Ibrahim / Muhammad bin Awang Teh / / Daud bin Che Man / Haji Ali@Alias bin Abdul / Rahman Siti Mas Ismail / / / Azizah Zakaria / 235

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Halimah Ibrahin / / Masnah Awang / / / Hasnah Sulong / Sumber: Temubual Jadual 8 menunjukkan Hajjah Masnah Awang memenangi Johan dalam MTQ peringkat negeri Terengganu sebanyak 3 kali. Kemenangan beliau menunjukkan kebolehan, kesungguhan dan ketekunan beliau dalam bidang tarannum al-quran. Sumbangan Hajjah Azizah Zakaria Dalam Bidang Tarannum Hajjah Azizah Zakaria pernah mewakili negeri Terengganu dalam MTQ di peringkat Kebangsaan pada tahun 1982 dan 2005. Jadual 9: Qari dan Qariah Daerah Kuala Terengganu Qari Lelaki Hj. Ibrahim bin Taib Hj. Mohamad Yasin bin Embong Hj. Muhammad Nor bin Muhammad Hj. Daud bin Mat Saman Ramli bin Haji Ahmad Hj. Salleh bin Awang Hj. Muhammad Yusof bin Abdullah Mohamad bin Ismail Haji Yusop bin Embong Engku Ali bin Muhamad Ismail bin Embong Qari Wanita Rogayah binti Sulong Nik Maliah binti Ismail Hajjah Siah @Embat binti Mohd Amin Ramlah binti Salleh Safiah binti Muhamad Fatimah binti Ibrahim Hasnah binti Sulong Azizah Zakaria Zaharah binti Embong Sumber: Temubual dengan qari-qari negeri Terengganu antara tahun 2012 hingga 2013 Jadual di atas menunjukkan sebelas orang qari lelaki yang mewakili daerah Kuala Terengganu antara tahun 1960 hingga 2013. Manakala sebanyak sembilan orang qariah wanita mewakili daerah Kuala Terengganu. Selain itu, Hajjah Azizah Zakaria turut mewakili daerah Kuala Terengganu dalam MTQ dan pernah menjadi johan negeri. Jadual 10: Johan Qari dan Qariah dari Tahun 2000 hingga 2009 Nama 00 01 02 03 04 05 06 07 08 09 Mazlan bin Ibrahim / Muhammad bin Awang Teh / / Hafas Ali / / / / Tarmizi Ali / / Azizah Zakaria / Nasirah Ibrahim / / Raziyati Mohd Ali / / Fatimah binti Ibrahim / Sumber: Temubual 236

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 Dalam jadual di atas, jumlah qari yang terlibat sepanjang tahun 2000 hingga 2009 seramai 8 orang. Antara pelapis baru yang muncul dalam sedekad ini ialah Hafas Ali, Tarmizi Ali, Nasirah Ibrahim dan Raziyati Mohd Ali. Jumlah kekerapan terbanyak yang menjadi johan dalam majlis tilawah al-quran ialah Hafas Ali iaitu sebanyak 4 kali. Tiga daripada qari di atas terdiri daripada anak murid Dato Hajjah Rogayah iaitu Muhammad Awang Teh, Azizah Zakaria dan Nasirah Ibrahim. Hajjah Azizah Zakaria sentiasa aktif menyertai majlis tilawah al-quran sebaris dengan pelapis baru walaupun beliau aktif dalam bidang tarannum pada era 80-an. Ini menunjukkan semangat yang diberikan oleh Hajjah Azizah Zakaria dalam memartabatkan al-quran dan keinginan yang mendalam terhadap al- Quran. Hasil daripada penilaian menunjukkan bahawa untuk memantapkan diri dalam bidang tarannum seseorang qari perlu mempelajari tarannum lebih daripada seorang guru. Dari situ, seseorang qari dapat memantapkan kemahiran yang ada pada mereka. Selain itu juga, seseorang perlu memilih guru yang berpengalaman dan berkemahiran kerana guru yang pakar akan melahirkan anak murid yang pakar. Sumbangan Hajjah Aminah Omar dalam Bidang Tarannum Dalam aspek pengajaran al-quran dan tarannum, Hajjah Aminah tidak terkecuali terlibat mengajar al-quran kepada masyarakat sejak usia muda beliau. Antara anak murid beliau yang berjaya ialah ustazah Nasirah yang pernah menjadi johan qariah di peringkat negeri Terengganu dan seterusnya mewakili negeri di peringkat kebangsaan. Antara tips yang dapat diperolehi daripada Hajjah Aminah ialah perlu mendalami bacaan al-quran dengan bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi berdasarkan situasi pada zaman ini dilengkapi dengan bermacam-macam kelengkapan dan kemudahan untuk mendalami al-quran. Jadual 11: Johan Qari dan Qariah Dari Tahun 1980 hingga 1989 Nama 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 Mohamad bin Ismail / Rashid Ali / / Daud Mat Saman / Muhammad bin Awang Teh / / / Che Ku Salleh bin Che Ku / Long Ali@Alias bin Abdul Rahman / Ismail bin Embong / Siah@Embat / / / Azizah Zakaria / Aminah Omar / / / / Halimah Ibrahim / / Sumber: Temubual Jadual di atas menunjukkan kemenangan yang diperolehi oleh para qari di peringkat negeri Terengganu antara tahun 1980-1989. Selain itu, jadual tersebut menunjukkan kemenangan yang diperolehi oleh Hajjah Azizah Zakaria iaitu pada tahun 1982 dan kemenangan yang diperolehi oleh Aminah Omar pada tahun 1981,1983, 1985, dan 1987. Dalam jadual di atas, jumlah keseluruhan qari ialah sebanyak 11 orang. Daripada bilangan tersebut, 7 orang daripada qari adalah anak murid Hajjah Rogayah binti Sulong 237

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 iaitu Muhammad bin Awang Teh, Siah@Embat, Azizah Zakaria, Sepiah Muhammad, Aminah Omar dan Halimah Ibrahim. Kesimpulannya, pada era ini anak murid kepada Hajjah Rogayah binti Sulong mendominasi kemenangan sebagai Johan dalam Majlis Tilawah al-quran. Qariah yang paling banyak menjadi johan dari segi kekerapan ialah Aminah Omar. Qariah kedua ialah Siah@Embat dan Muhammad bin Awang Teh iaitu sebanyak 3 kali. Antara guru tarannum yang memainkan peranan besar dalam era ini ialah Hajjah Rogayah binti Sulong dan Haji Ahmad Ma sum Pergau. Keempat-empat qari wanita tersebut adalah anak murid kepada Hajjah Rogayah Sulong. Mereka diberi pengajaran secara esklusif oleh Hajjah Rogayah. Mereka adalah antara anak murid yang tinggal menetap di rumah Hajjah Rogayah dan mempelajari al-quran dan tarannum siang dan malam. Mereka tinggal di rumah Hajjah Rogayah bersama pelajar dari Sabah dan Sarawak yang dihantar oleh kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak. KESIMPULAN Hajjah Sepiah Mohamad, Hajjah Masnah Awang, Hajjah Azizah dan Hajjah Aminah Omar pernah memainkan peranan yang besar dalam bidang tarannum al-quran. Kepakaran yang mereka perolehi adalah hasil daripada asas pendidikan dan pentarbiyahan yang diberikan oleh guru mereka iaitu Dato Hajjah Rogayah binti Sulong yang menggilap bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka sehingga melahirkan kepakaran dalam bidang tarannum, iaitu satu bidang yang jarang dimiliki oleh manusia biasa dalam bidang seni lagu al-quran. Selain itu, keempat-empat tokoh qariah yang disebutkan ini adalah hasil anak didik kepada seorang guru yang terkenal iaitu Dato Hajjah Rogayah binti Sulong. Hubungan mereka dengan guru sangat akrab dan mereka saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Semangat cintakan al-quran tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu dan membuatkan mereka memdalami ilmu al-quran secara berterusan serta mengajarkannya pula kepada generasi baru. Oleh itu, artikel ini menunjukkan, wanita turut memberi sumbangan yang penting dalam bidang tarannum al-quran di peringkat negara. Jasa wanita melahirkan bakat-bakat yang terpendam dan menyerlahkan kecintaan umat kepada kitab suci al-quran. Keempatempat tokoh ini dipilih kerana mereka pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Rujukan Mohamad bin Saari. Johan Qari dan Qariah Malaysia.2007 Putrajaya: JAKIM. Muhammad Zamri bin Nik, Penolong Pengarah (Ukhuwwah), b.p. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676, Kuala-Terengganu, Terengganu. Najmiah binti Omar. Pengajian Tarannum Al-Quran Di Terengganu Dari Tahun 1960-2013: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran Rogayah Binti Sulong. 2017. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, tesis PhD yang tidak diterbitkan. Temubual dengan Hajjah Masnah Awang ( Qariah Negeri Terengganu) pada 24 Disember 2014. Temubual dengan Hajjah Sepiah binti Mohamad ( Qariah Negeri Terengganu) pada 9 Januari 2015. 238

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 Nota Hujung 1 Temubual dengan Hajjah Sepiah binti Mohamad ( Qariah Negeri Terengganu) pada 9 Januari 2015. 2 Temubual dengan Hajjah Masnah Awang ( Qariah Negeri Terengganu) pada 24 Disember 2014. 3 Ibid. 4 Ibid. 5 Muhammad Zamri bin Nik, Penolong Pengarah (Ukhuwwah), b.p. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676, Kuala-Terengganu, Terengganu. 6 Mohamad bin Saari, Johan Qari dan Qariah Malaysia, ( Putrajaya: JAKIM, 2007), 135-136. 7 Muhammad Zamri bin Nik, Penolong Pengarah (Ukhuwwah), b.p. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676, Kuala-Terengganu, Terengganu. 8 Mohamad bin Saari, 50 Tahun Tilawah al-quran Malaysia, ( Putrajaya: JAKIM, 2008), 63. 9 Temubual dengan Hajjah Sepiah binti Mohamad ( Qariah Negeri Terengganu) pada 9 Januari 2015. 10 Ibid. 11 Ibid. 239