Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PROSPEKTUS. AMANAH SAHAM DARUL IMAN (Dilancarkan pada 31 Oktober 1994)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

RISALAH KETERANGAN PRODUK

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL (P54725) 1 MAT NOOR BIN MAT ZAIN

RISALAH KETERANGAN PRODUK

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

Isu Spekulasi dan Perjudian dalam Urus Niaga Saham Secara Kontra

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Aplikasi Prinsip Wa d Dua Hala dan Cadangan Penerokaannya dalam Lindung Nilai

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Plat Kaca Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

PENAFIAN Liabiliti dengan keputusan anda sendiri FutureCash tidak menawarkan Nasihat Pelaburan atau Perkhidmatan Broker Amaran undang-undang

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Kesan Pengklasifikasian Patuh Syariah Terhadap Kemeruapan Pulangan Stok Axis-Reit

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

ISLAM HADHARI DAN PENDEKATANNYA DI DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

ISU-ISU PERUNDANGAN DALAM INSTRUMEN PEMBIAYAAN BERDASARKAN PRINSIP IJÓRAH

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 19 JANUARI 2015 (TARIKH MATANG)

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

Parameter Syariah Dalam Produk Berstruktur Islam

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PARA PELABUR HARUS BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI MERIT DAN RISIKO PELABURAN.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Transcription:

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH 1

ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. OBJEKTIF 3. SKOP PELAKSANAAN AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH 4. PANDUAN PELABURAN DAN JUAL BELI 5. PANDUAN DAGANGAN LAIN YANG BERKAITAN 6. PENGKLASIFIKASIAN SEKURITI PATUH SYARIAH 7. SENARAI INSTRUMEN PATUH SYARIAH YANG DITAWARKAN OLEH BURSA SECURITIES 3 4 5 6 8 9 11 2

1. Pengenalan 1. PENGENALAN Mengiktiraf keperluan untuk memudahkan masyarakat menjalankan aktiviti pelaburan dan jual beli sekuriti patuh Syariah yang menyeluruh (end-to-end) secara efisien, sebuah pasaran kondusif telah dibangunkan melalui penubuhan Pelaburan Syariah di Bursa Malaysia (Shariah Investing on Bursa Malaysia). Dalam membangunkan kerangka Pelaburan Syariah di Bursa Malaysia yang menyeluruh bagi pelaburan dan jual beli instrumen pasaran modal patuh Syariah (selepas ini dirujuk sebagai Sekuriti Patuh Syariah ), Bursa Malaysia telah menerbitkan Amalan Terbaik Pelaburan Syariah (selepas ini dirujuk sebagai Amalan Terbaik ) yang komprehensif untuk para pelabur memastikan keseluruhan aktiviti pelaburan dan jual beli mereka adalah, tanpa was-was, selaras dengan parameter prinsip Syariah yang kukuh. Amalan Terbaik ini juga bertujuan menggalakkan para pelabur yang melabur dalam dan berjual beli Sekuriti Patuh Syariah di Bursa Malaysia untuk menjalankan aktiviti mereka melalui Organisasi Peserta/ Broker Saham berdaftar yang mengendalikan perniagaan pembrokeran saham selaras dengan prinsip Syariah sama ada secara penuh (full-fledged) atau menerusi tingkap Islam (Islamic window) ( PO Islam ). 3

2. Objektif 2. OBJEKTIF Amalan Terbaik Pelaburan Syariah ini diterbitkan demi memenuhi objektif-objektif berikut: (i) Memberi panduan kepada para pelabur yang melabur dalam dan berjual beli Sekuriti Patuh Syariah akan Pelaburan Syariah di Bursa Malaysia; (ii) Menyarankan amalan-amalan terbaik untuk diterapkan oleh para pelabur sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti pelaburan dan jual beli Sekuriti Patuh Syariah masing-masing; (iii) Sebagai panduan pelengkap kepada Metodologi Saringan Syariah yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah ( MPS ) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( SC ) untuk para pelabur; dan (iv) Menyediakan satu pasaran komprehensif untuk komuniti pelaburan Syariah bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata penerbit instrumen dan pelabur global. 4

3. Skop pelaksanaan amalan terbaik pelaburan syariah 3. SKOP PELAKSANAAN AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH Amalan Terbaik ini adalah untuk digunakan oleh para pelabur yang mempunyai akaun dagangan dengan PO Islam. Senarai PO Islam disertakan bersama untuk rujukan. Sila rujuk sisipan di belakang. 5

4. Panduan pelaburan dan jual beli 4. PANDUAN PELABURAN DAN JUAL BELI 4.1 Pelaburan Syariah di Bursa Malaysia menyediakan satu persekitaran yang baharu kepada para pelabur yang menginginkan Sekuriti Patuh Syariah. Dengan perantaraan PO Islam, sama ada secara langsung atau secara dalam talian, para pelabur dapat menggunakan perkhidmatan Bursa Malaysia dan mengambil manfaat dari Pelaburan Syariah yang menyeluruh dan komprehensif. 4.2 Melalui PO Islam berkenaan, para pelabur dapat melabur dan jual beli Sekuriti Patuh Syariah yang tersenarai di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad ( Bursa Malaysia Securities ). Kedua-dua perkhidmatan dagangan dan pasca dagangan yang disediakan oleh Bursa Malaysia adalah patuh Syariah; penyelesaian dagangan pula disempurnakan melalui institusi-institusi kewangan Islam (seperti yang terdapat dalam Senarai Institusti Perbankan Berlesen oleh Bank Negara Malaysia). Berikut merupakan ilustrasi persekitaran baharu untuk para pelabur yang menginginkan Sekuriti Patuh Syariah: Pelabur PO Islam Penghantaran Pesanan Beli dan Jual - Sekuriti Patuh Syariah Sekuriti Patuh Syariah Perkhidmatan Patuh Syariah Dagangan Penjelasan Depositori Penyelesaian PO Islam Institusi Kewangan Islam 6

4. Panduan pelaburan dan jual beli 4.3 Pembeli dan penjual Sekuriti Patuh Syariah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan PO Islam untuk aktiviti dagangan mereka di Bursa Malaysia. 4.4 Dagangan mereka di Bursa Malaysia hendaklah dilaksanakan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. 4.5 Setiap dagangan sekuriti akan mengguna pakai mekanisme beli-dan-jual (bai ). 4.6 Mekanisme beli-dan-jual ini dianggap sempurna dan sah apabila urus niaga dijalankan atas terma harga, jenis dan kuantiti sekuriti yang tertentu. Sebarang ketidakpastian boleh menyebabkan urusniaga ini terbatal atau boleh dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan. 4.7 Seseorang pembeli boleh menjual sekuriti tersebut apabila Klausa 4.6 di atas telah dipenuhi walaupun penyelesaian dagangan hanya akan berlaku pada hari T+3 (tiga hari selepas urus niaga). Ini berdasarkan prinsip milikan konstruktif (qabdh hukmi) di mana hak pemilikan sekuriti dianggap telah berpindah kepada pembeli walaupun milikan fizikal hanya akan berlaku di masa hadapan. Kontrak jualan yang sah dan boleh dikuatkuasakan (yang dikeluarkan oleh PO Islam) adalah bukti pemindahan langsung hak pemilikan sekuriti daripada penjual kepada pembeli. 7

5. Panduan dagangan lain yang berkaitan 5. PANDUAN PELABURAN DAN JUAL BELI LAIN YANG BERKAITAN 5.1 Para pelabur hendaklah berurus niaga dalam Sekuriti Patuh Syariah sahaja pada setiap masa sejajar dengan Kaedah Saringan Syariah yang ditetapkan oleh MPS SC. Senarai Sekuriti Patuh Syariah boleh didapati di laman web SC. Kaedah Saringan Syariah yang ditetapkan oleh MPS SC disertakan bersama untuk rujukan seperti di LAMPIRAN 1. 5.2 Para pelabur dibenarkan untuk menjalankan urus niaga menggunakan pembiayaan margin dengan syarat struktur pembiayaan tersebut adalah patuh Syariah. 5.3 Kelayakan pembiayaan margin seseorang pelabur adalah ditentukan oleh PO Islam. 5.4 PO Islam dibolehkan untuk mensyaratkan cagaran bagi pembiayaan margin yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah. 5.5 Pampasan ke atas kerugian sebenar yang diakibatkan oleh perbezaan daripada dagangan normal dan memerlukan aturan alternatif hendaklah diberikan kepada PO Islam dan/ atau pelabur yang berkenaan. PO Islam dan/ atau pelabur tersebut tidak boleh mendapat sebarang manfaat mahupun keuntungan daripada pampasan tersebut. 5.6 Para pelabur Muslim diwajibkan untuk membayar zakat ke atas keuntungan daripada aktiviti jual beli Sekuriti Patuh Syariah mereka kepada pusat pengumpulan zakat yang bertauliah atau yang dilantik oleh pemerintah. Pengiraan bayaran zakat disertakan bersama untuk rujukan seperti di LAMPIRAN 2. 8

6. Pengklasifikasian sekuriti patuh syariah 6. PENGKLASIFIKASIAN SEKURITI PATUH SYARIAH Senarai Sekuriti Patuh Syariah sebagaimana yang dirujuk dalam Klausa 5.1 adalah disemak dan dikemaskini berdasarkan Kaedah Saringan Syariah yang ditetapkan oleh MPS SC dua kali setahun pada setiap bulan Mei dan November. 6.1 Pengendalian Sekuriti yang Telah Diklasifikasikan Semula 6.1.1 Sesuatu sekuriti patuh Syariah boleh diklasifikasikan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah lanjutan daripada semakan oleh MPS SC akibat daripada faktor-faktor seperti perubahan dalam kegiatan perniagaan dan kedudukan kewangan syarikat. 6.1.2 Ekoran daripada pengklasifikasian semula tersebut, para pelabur adalah bertanggungjawab untuk memastikan sama ada harga pasaran semasa sekuriti berkenaan melebihi, bersamaan dengan atau kurang daripada kos pelaburan mereka. 6.1.3 Sekiranya harga pasaran sekuriti yang telah diklasifikasikan semula pada tarikh penguatkuasaan senarai kemas kini Sekuriti Patuh Syariah sebagaimana yang dirujuk dalam Klausa 5.1 adalah melebihi atau bersamaan dengan kos pelaburan, pelabur yang mempunyai sekuriti tersebut hendaklah melupuskan pegangan mereka serta-merta. 6.1.4 Sebarang dividen yang diterima sehingga tarikh senarai kemas kini berkuat kuasa serta keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti yang telah diklasifikasikan semula pada tarikh senarai kemas kini berkuat kuasa boleh disimpan oleh pelabur. 6.1.5 Sebarang dividen yang diterima dan/ atau keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti yang telah diklasifikasikan semula selepas tarikh senarai kemas kini berkuat kuasa hendaklah disalurkan kepada baitulmal dan/ atau badan-badan kebajikan yang diluluskan. 9

6. Pengklasifikasian sekuriti patuh syariah 6.1.6 Para pelabur dibenarkan untuk memegang pelaburan dalam sekuriti yang telah diklasifikasikan semula sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut pada tarikh senarai kemas kini berkuat kuasa adalah kurang daripada kos pelaburan. Mereka juga dibenarkan untuk menyimpan dividen yang diterima sepanjang tempoh pegangan sehingga jumlah dividen yang diterima dan harga pasaran sekuriti tersebut bersamaan dengan kos pelaburan. Sebaik sahaja nilai pasaran sekuriti yang telah diklasifikasikan semula adalah bersamaan dengan kos pelaburan, para pelabur hendaklah melupuskan sekuriti tersebut. Ilustrasi pelupusan sekuriti yang telah diklasifikasikan semula yang dirujuk dalam Klausa 6.1.12 hingga Klausa 6.1.6 disertakan bersama untuk rujukan seperti di LAMPIRAN 3. 6.1.7 Semasa tempoh pegangan, para pelabur dibenarkan untuk melanggan: (i) Sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang mana sekuritinya telah diklasifikasikan semula yang dipegang oleh pelabur, seperti terbitan hak, terbitan bonus, terbitan khas dan waran (tidak termasuk sekuriti yang tidak patuh Syariah seperti stok pinjaman); dan (ii) Sekuriti patuh Syariah syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat yang mana telah diklasifikasikan semula yang dipegang oleh para pelabur, dengan syarat mereka menyegerakan pelupusan sekuriti telah diklasifikasikan semula tersebut 6.2 6.2.1 6.2.2 6.2.3 Amalan Terbaik Penyucian Pendapatan Tidak Patuh Syariah/ Tercemar Pendapatan tidak patuh Syariah/ tercemar adalah pendapatan hasil daripada aktiviti perniagaan tidak patuh Syariah. Selain daripada keadaan-keadaan tertentu berkaitan pendapatan dividen daripada sekuriti tidak patuh Syariah, status tidak patuh Syariah dan penyucian pelaburan hanya akan dikira dan dilakukan selepas pelabur mengetahui akan status pelaburan tersebut yang telah diklasifikasikan semula sebagai tidak patuh Syariah. Para pelabur bertanggungjawab untuk mengenalpasti pendapatan yang tercemar dan dinasihatkan untuk menyalurkan pendapatan tersebut kepada baitulmal dan/ atau badan-badan kebajikan yang diluluskan. 10

7. Senarai instrumen patuh syariah yang ditawarkan di bursa securities 7. SENARAI INSTRUMEN PATUH SYARIAH YANG DITAWARKAN OLEH BURSA SECURITIES Para pelabur boleh memilih untuk melabur dalam mana-mana instrumen patuh Syariah yang ditawarkan oleh Bursa Securities yang berikut: (i) i-securities (sekuriti patuh Syariah) i-stocks (saham patuh Syariah) i-indices (indeks patuh Syariah) i-etfs (dana dagangan bursa patuh Syariah) i-reits (amanah pelaburan hartanah patuh Syariah) Lain-lain (ETBS, Amanah Perniagan dan Stapled Securities) (ii) Sukuk Sukuk dagangan bursa 11

Lampiran 1:Metodologi saringan syariah LAMPIRAN 1 KAEDAH SARINGAN SYARIAH Tahap 1: Tanda Aras Aktiviti Perniagaan Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai keseluruhan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut: (i) Tanda aras 5% Tanda aras 5% ini diguna pakai bagi perniagaan/ aktiviti berikut: perbankan konvensional; insuran konvensional; perjudian; arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya; babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya; makanan dan minuman tidak halal; hiburan tidak patuh Syariah; tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya; pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah); dan aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah. Bagi perniagaan/ aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/ aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 5% (< 5%). 12

Lampiran 1:Metodologi saringan syariah (ii) Tanda aras 20% Tanda aras 20 % ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut: operasi hotel dan rumah peranginan; jual beli saham; pembrokeran saham; sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah. Bagi perniagaan/ aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/ aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20% (< 20%). Tahap 2: Tanda Aras Nisbah Kewangan Bagi tanda aras nisbah kewangan, MPS SC mengambil kira perkara berikut: (i) Tunai ke atas Jumlah Aset Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen konvensional, manakala tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen Islam tidak diambil kira dalam pengiraan ini. (ii) Hutang ke atas Jumlah Aset Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah, manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini. Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat, mestilah kurang daripada 33% (< 33%). 13

Lampiran 1:Metodologi saringan syariah Tahap 3: Saringan Kualitatif Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti syarikat dari perspektif ajaran Islam. Rujukan: http://www.sc.com.my/revised-screening-methodology/ http://www.sc.com.my/data-statistics/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/ 14

Lampiran 2:Pengiraan bayaran zakat LAMPIRAN 2 PENGIRAAN BAYARAN ZAKAT Pengiraan berikut adalah bertujuan untuk memberikan panduan bayaran zakat: (i) Sekuriti Patuh Syariah yang dipegang sepanjang satu tahun hijri, tertakluk kepada nisab (paras nilai pendapatan minima): Nilai Terendah Sekuriti (Bilangan Unit Sekuriti x Harga Terendah Tahunan) x 2.5% (ii) Sekuriti yang dibeli dan dijual dalam tempoh satu tahun hijri, tertakluk kepada nisab: Keuntungan daripada Jualan Sekuriti (Harga Jual Kos Pelaburan) x 2.5% Rujukan: http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-zakat/zakat-saham 15

Lampiran 3:Pengendalian sekuriti yang telah diklasifikasikan semula (ilustrasi) LAMPIRAN 3 PENGENDALIAN SEKURITI YANG TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEMULA (ILUSTRASI) AD Jumaat, 27 Nov 2015 AD + 1 Isnin, 30 Nov 2015 AD + 10 Jumaat, 11 Dec 2015 Harga Pasaran > Kos Pelaburan => Dilupuskan + Keuntungan Modal + Dividen => Dilupuskan + Dividen (sebelum atau pada AD) - Dividen (selepas AD) + Keuntungan Modal (sebelum atau pada AD) - Keuntungan Modal (selepas AD) => Dilupuskan + Dividen (sebelum atau pada AD) - Dividen (selepas AD) + Keuntungan Modal (sebelum atau pada AD) - Keuntungan Modal (selepas AD) Harga Pasaran < Kos Pelaburan => Dipegang 1. Sehingga Kos Pelaburan termasuk Dividen + Harga Pasaran 2. Sebaik sahaja pemulihan Kos Pelaburan dicapai - pegangan dilupuskan 3. Tempoh maksima - tidak berkenaan 4. Dibenarkan untuk melanggan sebarang manfaat yang berkaitan Nota: AD Tarikh senarai kemas kini Sekuriti Patuh Syariah berkuatkuasa + boleh disimpan - wajar disalurkan kepada baitulmal dan/ atau badan-badan kebajikan 16

Lampiran 3:Pengendalian sekuriti yang telah diklasifikasikan semula (ilustrasi) HARGA SAHAM TIDAK PATUH SYARIAH Pada hari kuatkuasa Harga > Kos pelaburan asal Dilupuskan serta merta Sebarang keuntungan model daripada pelupusan saham boleh disimpan oleh pelabur Harga < Kos pelaburan asal Dipegang sehingga harga saham bersamaan dengan kos pelaburan asal Dividen yang diterima boleh diambil untuk mempercepatkan pelupusan saham Selepas hari kuatkuasa Harga > Kos pelaburan asal Dilupuskan serta merta Keuntungan (perbezaan antara kos pelaburan asal dan harga penutup pada hari kuatkuasa) - boleh disimpan Keuntungan (perbezaan antara pelupusan saham dan harga penutup pada hari kuatkuasa) - disalurkan ke baitul mal dan/atau badan-badan kebajikan Harga < Kos pelaburan asal Dipegang sehingga harga saham bersamaan dengan kos pelaburan asal Dividen yang diterima boleh diambil untuk mempercepatkan pelupusan saham Nota: > lebih daripada < kurang daripada 17

PENAFIAN/PERNYATAAN Risalah ini disediakan sebagai rujukan umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalamnya bukan merupakan sebarang nasihat undang-undang, kewangan, dagangan dan/atau pelaburan serta ia juga tidak menyarankan atau menyokong produk yang disebutkan di sini. Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dalam risalah ini, Bursa Malaysia tidak membuat sebarang waranti atau representasi berkenaan ketepatan atau kelengkapan maklumat dalam risalah ini. Bursa Malaysia tidak akan menanggung sebarang liabiliti termasuk liabiliti yang bertimbul akibat keputusan dagangan atau pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat dalam risalah ini. Anda dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat bebas dan/atau merujuk undang-undang dan peraturan-peraturan yang relevan sebelum melaksanakan dagangan atau pelaburan. 18

19

Hidup Berhemah Labur Berhemah Labur Syariah BURSA MALAYSIA BERHAD (30632-P) Exchange Square, Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +(603) 2034 7000 Fax : +(603) 2072 4261 Email: icm@bursamalaysia.com www.bursamalaysia.com 20