UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MUZAKARAH PAKAR IKIM MALAYSIA: KEMELUT NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR 19 Februari 2013

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

dalam kes Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad v Emcee Corporation Sdn (2003) 2 AMR 177 saya berkata:

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

KE ARAH PENUBUHAN BADAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA 1

Apakah isu-isu yang dibangkitkan mengenai Islam?

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

SENARAI KES BICARA YANG DIKENDALIKAN OLEH TPR / PKP DI UNIT PERBICARAAN BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN APRIL 2011 SIVIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

Transcription:

1 UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017 ARTIKEL 121 (1A): SEJAUH MANAKAH IANYA MENYELESAIKAN KONFLIK BIDANG KUASA ANTARA MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Saya telah menambah perkataan bidang kuasa kepada tajuk yang diberi. Ini kerana konflik itu bukanlah antara dua mahkamah itu, tetapi, ia adalah konflik bidang kuasa di antara kedua-dua mahkamah itu. Terlentang di atas katil dan tidak boleh bergerak sendiri walau seinci pun dalam tahun 2017, saya merasa sedih kerana, 25 tahun selepas saya menulis penghakiman saya yang pertama mengenai isu ini yang berakhir dengan pengeluaran buku saya Konflik dan Pengharmonian oleh IKIM pada 8 Disember 2016, kita masih mengadakan forum untuk membincangkan isu tersebut. Saya merasa seolah-olah, selepas 25 tahun, universiti-universiti dan institusi-institusi Islam masih berada di tempat yang sama, membincangkan isu yang sama, dan masih belum bergerak ke mana-mana. Harap saya silap. Pada masa yang sama, cadangan yang saya buat untuk mengatasi masalah itu dalam kes Lim Chan Seng v Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang [1996] 3 CLJ 231; [2004] 1 CLJ ISL 287; [1996] 2 SYA 8, dalam tahun 1996 (21 tahun dahulu) itu pun masih tinggal cadangan. Biar apa pun, saya menerima jemputan ini dengan harapan saya dapat menjelaskan kedudukannya sekali lagi, mungkin buat kali terakhir, moga-moga pihak yang berkenaan akan mendengarnya, satu perkara yang saya tidak fikir akan berlaku. Sebelum Merdeka, Semenanjung Tanah Melayu adalah sebuah Persekutuan, dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negerinya, lebih kurang sama seperti sekarang. Mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan bukan Islam dan bagi seluruh Persekutuan. Di kebanyakan negeri belum ada mahkamah syariah. Agama Islam dan hal-hal mengenainya diletak di bawah bidang kuasa Raja (Negeri). Maka Perlembagaan Persekutuan digubal, sesuai dengan terma rujukan yang diberi kepada Suruhanjaya Reid. Mahkamah sivil dijadikan Badan Kehakiman yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Bidang kuasanya meliputi seluruh negara dan semua orang tidak kira apa agamanya dan juga perbadanan dan syarikat yang diperbadankan. Undang-undang yang ditadbirkannya adalah semua undang-undang Persekutuan dan Negeri melainkan kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan.

2 Senarai Negeri juga memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi kuasa untuk menubuhkan mahkamah syariah yang mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang Islam dalan negeri masing-masing. Senarai Negeri juga membolehkan DUN mewujudkan kesalahan-kesalahan mengenai suruhan agama Islam (precepts of Islam), yang terpakai pada orang Islam sahaja? Saya percaya, pada masa itu, Lord Reid dan rakan-rakannya pun tidak terfikir bahawa akan berlaku konflik bidang kuasa di antara dua mahkamah itu. Mereka telah menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah mahkamah-mahkamah itu masing-masing. Bidang kuasa mahkamah syariah hanya ke atas orang Islam, manusia yang beragama Islam. Perlu disebut lebih awal bahawa sebahagian daripada apa yang dikatakan sebagai konflik bidang kuasa itu terbit daripada salah faham, tidak mahu menerima pembahagian bidang kuasa yang ditetapkan, hendak meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah atas nama Islam, malah ada negeri yang hendak mengambil alih bidang kuasa Persekutuan mengenai undang-undang jenayah. Sebagai misalan, Perlembagaan telah dengan jelas mengasingkan pengeluaran Surat kuasa Mentadbir (Letters of Administration) dan Probet (Probate) dan perintah pembahagian pusaka (vesting order) kepada mahkamah sivil, manakala penentuan hukum syarak yang berbangkit di dalamnya kepada mahkamah syariah, sehingga ke hari ini ada pihak yang masih tidah faham dan/atau tidak senang dengan susunan itu. Mereka menghendaki kesemua urusan pembahagian harta pusaka diletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan masih mengadakan seminar mengenainya lihat Pengurusan Harta Orang Islam: Konflik Bidang Kuasa Mahkamah dan Kesannya ka Atas Ekonomi Ummah (30 Mac 2016) dan lain-lain yang boleh didapati dalam laman-laman web saya. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) adalah misalan Kerajaan Negeri cuba untuk mengambil alih bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, tidak hairanlah jika peruntukan mengenai bidang kuasa mahkamah syariah yang hanya secebis dapada peruntukan Senarai Negeri itu, telah menjadi satu perkara yang sangat besar dalam politik negara. Sebabnya ialah kerana ia menyentuh sentimen agama dan dipolitikkan. Walau bagaimanapun, konflik bidang kuasa di antara kedua-dua mahkamah itu memang ada dan perlu ditangani. Misalan yang paling awal ialah kes Myriam v. Mohamed Ariff [1971] 1 MLJ 265. Dalam kes itu, hakim mahkamah sivil yang selama ini mempunyai bidang kuasa dalam hal jagaan anak, tidak kira Islam atau bukan Islam, berpendapat bahawa mahkamah sivil masih mempunyai bidang kuasa itu walaupun bidang kuasa itu, mengenai orang-orang Islam, telah diberi kepada mahkamah syariah.

3 Akibat daripada penghakiman ini, Perkara 121 dipinda dengan memasuki klausa (1A). Ringkasnya, apa yang dikatakan oleh klausa (1A ) ialah: (Mahkamah sivil).tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah. (Ditambah oleh Akta A704, s e k s y e n 8, b e r k u a t k u a s a m u l a i 10-06-1988. Tujuannya, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim dalam artikelnya bertajuk The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution : Its Effect on the Administration of Islamic Law [1989] 2 MLJ xvii, adalah untuk mengatasi masalah seperti yang berbangkit dalam kes Myriam v. Mohamed Ariff itu. Pindaan itu hanya tertumpu kepada apa-apa perkara ( any matter ) dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Jika perkara itu terletak dalam bidang kuasa mahkamah syariah seperti hak jagaan anak dalam kes itu, mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mengenainya. Mungkin ahli-ahli akademik yang mencadangkannya dan penggubalnya pun tidak terfikir keadaan-keadaan seperti yang saya hadapi kemudiannya, yang akan dibincangkan dalam artikel ini. Perlu disebut pindaan itu menggunakan perkataan perkara ( matter ). Ia tentu merujuk kepada hal perkara (subject matter) sesuatu kes, misalnya, dalam kes Myriam v Mohamed Ariff, jagaan anak. Jika Hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes Md Hakim Lee v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [1997] 4 CLJ Supp 419 dan Mahkamah Agung yang membicarakan kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang v. Isa Abdul Rahman & Yang Lain [1992] 2 MLJ 244) merujuk kapada Perkara 121(1A), mereka tentu tidak akan menggunakan ujian jenis perintah yang dipohon (prayer) untuk menentukan sama ada sesuatu kes iru terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah atau tidak. Anehnya, saya yang mengetengahkan ujian subject matter dalam kes Abdul Shaik Md Ibrahim v Hussein Ibrahim [1993] 3 CLJ 539 dan Mahkamah Persekutuan yang bersetuju dengannya, juga terlepas pandang, tetapi membuat keputusan yang selaras dengan peruntukan itu. Apa yang mendukacitakan ialah selepas tiga tahun pindaan itu dibuat pun, Hakim Edgar Joseph Jr. masih berkata: My research into the authorities (not cited to the court) compels me to the conclusion although the Administration of Muslim Law Enactmene, 1959, Penang does expressly confer general civil jurisdiction on the Court of a Kathi Besar to hear and determine proceedings where the parties profess the Muslim religion and which relate, inter alia, to the guardianship or custody of infants, such jurisdiction is not exclusive. Shahamin Faizul Kung bin Abdullah v. Asma bt. Haji Junus [1991] 3 CLJ 2220 (5).

4 Tidak pula disebutnya authority mana yang diikutinya dan tidak pula dikemukakan hujah-hujahnya mengapa beliau berkata demikian. Biar apa pun itu adalah suara sumbang seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang dilenyapkan oleh penghakimanpenghakiman mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi selepas itu. Banyak orang beranggapan bahawa pindaan itu telah menyelesaikan semua masalah percanggahan bidang kuasa antara dua mahkamah itu. Sebenarnya anggapan itu tidak betul. Tetapi, ia berlaku bukan kerana mahkamah sivil tidak mahu melepaskan bidang kuasa mengenai sesuatu perkara. Di peringkat awal, ia adalah kerana belum ada penghakiman-penghakiman Mahkamah Agung (pada masa itu) untuk menjadi panduan mahkamah yang lebih rendah. Di samping itu, ia didesak oleh keadaan. Misalnya, dalam tahun 1991, saya terpaksa memutuskan kes Dalip Kaur w/o Gurbox Singh v. Ketua Polis (OCPD) Balai Polis Daerah Bukit Mertajam Pulau Pinang (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Saman Pemula No. 24-795-91) 1. Kes itu adalah antara kes murtad yang paling awal dibawa ke mahkamah sivil. Dalam kes itu seorang pemuda Punjabi telah memeluk agam Islam. Tidak lama selepas itu dia mati dibunuh. Ibunya, seorang bukan Islam menuntut mayatnya yang berada di bilik mayat hospital Bukit Mertajam. Dia memohon perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi bahawa anaknya telah keluar dari agama Islam sebelum kematiannya. Saya menyedari wujudnya masalah bidang kuasa dalam kes itu. Pertama, isu yang perlu diputuskan ialah isu syariah yang sepatutnya diputuskan oleh mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, pemohon, seorang bukan Islam, berada di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Jadi, apabila perbicaraan bermula, saya bertanya kepada Penasihat Undang-undang Negeri yang hadir bagi pihak responden sama ada beliau mempunyai apa-apa bantahan atas alasan bidang kuasa. Beliau berkata "Tidak". Saya tahu bahawa persetujuannya tidak memberikan bidang kuasa kepada mahkamah, bagaimanapun semua orang menyedari bahawa kes itu perlu diputuskan dengan segera (mayat masih berada dalam rumah mayat) dan pada masa itu, tidak ada suatu penghakiman mana-mana mahkamah di Malaysia mengenai isu itu. Maka, saya mendengar kes itu dan membuat keputusan berdasarkan meritnya. Saya membuat keputusan berdasarkan fakta. Walaupun kes itu naik ke Mahkamah Agung dua kali, mahkamah itu, sekurang-kurangnya majoriti, tidak mengatakan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya. Sesungguhnya Mahkamah Agung mendengar dan memutuskan kes itu dua kali atas dasar bahawa ia mempunyai bidang kuasa. Jika tidak, bagaimana ia hendak mendengar dan membuat keputusan berdasarkan fakta kes itu. 1 Tidak dilaporkan, boleh didapati dalam laman web saya.

5 Mohd. Yusoff Mohamed HMA menulis penghakiman berasingan. Dengan hormat, penghakimannya sukar difahami. Di satu pihak beliau berkata bahawa: 1. Perkara 121(1A) yang baru, telah mengakibatkan isu dalam kes ini sebagai satu perkara yang termasuk dalam bidang kuasa mahkamah syariah; dan 2. Seksyen 37(4) Enakmen Kedah telah digantikan oleh Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, permohonan Peguam perayu supaya Mahkamah Agung mengarah Pesuruhjaya Kehakiman untuk merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen yang dicabar itu tidak boleh dipertahankan. Selepas itu beliau berkata pula bahawa, dengan persetujuan semua pihak, mahkamah (termasuk beliau) mengarahkan soalan mengenai isu syariah dirujuk kepada Jawatankuasa Negeri Kedah; keputusan jawatankuasa itu hendaklah diikuti. Beliau bersama-sama dengan dua orang hakim lagi menolak rayuan itu. Beberapa persoalan berbangkit daripada penghakimannya itu. Pertama, beliau berkata bahawa Perkara 121(1A) telah pun meletakkan isu dalam kes itu ke dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Itu memang betul. Tetapi beliau tidak berkata bahawa kes itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah. Beliau juga tidak menyebut sama ada mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan pemohon, seorang bukan Islam. Kedua, walaupun beliau berkata bahawa Seksyen 37(4) Enakmen Kedah telah digantikan oleh Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, beliau turut bersetuju rujukan dibuat, kerana ia dipersetujui oleh semua pihak dan memutuskan bahawa fatwanya hendaklah dikuti. Pihak-pihak kepada sesuatu prosiding tidak boleh memberi bidang kuasa kepada mahkamah. Ketiga, walau apa pun yang dikatakan beliau sebaliknya, beliau turut menolak rayuan itu atas meritnya, ertinya atas asas Mahkamah Agung mempunyai bidang kuasa. Nampaknya, beliau berada dalam kemelut yang sama dengan yang saya hadapi. Bezanya, saya tidak berkata sesuatu dan memutuskan kes sebalikya. Kerana keperluan, saya mendengar dan memutuskan kes itu untuk disahkan oleh Mahkamah Agung (mahkamah yang paling tinggi) atau sebaliknya sambil menyatakan kedudukan undang-undang dengan jelas. Nampaknya Mahkamah Agung pun tidak berupaya berbuat demikian. Selepas itu saya mendengar beberapa kes yang melibatkan harta wakaf. Antaranya G Rethinasamy v Majlis Ugama Islam Pulau Pinang [1993] 1 AMR 839; [1993] 2 MLJ 166, Tan Kim Luan v Sabariah Md Noor [1995] 1 CLJ 323 dan Isa Abdul Rahman v. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (1996) 1 CLJ 283. Dalam kesemua kes itu, sekurang-kurangnya salah satu pihak adalah orang yang bukan beragama Islam. Itu belum lagi mengambil kira sama ada Ketua Polis (OCPD) Balai Polis Daerah Bukit Mertajam Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang itu orang yang menganut agama Islam atau tidak. Dalam kes-kes itu juga, jika tidak kesemuanya

6 pun, terdapat juga isu-isu yang terletak di bawah bidang kuasa mahkamah sivil dan juga yang terletak di di bawah bidang kuasa mahkamah syariah. Penggubal Perkara 121(1A) tidak menduga keadaan seperti itu akan berlaku. Ia digubal atas asas dalam sesuatu kes cuma ada isu undang-undang sivil ATAU isuisu hukum syarak dan orang bukan Islam (termasuh perbadanan) tidak terlibat dalam kes yang di dalamnya terdapat isu-su syariah. Ia juga tidak menduga bahawa dalam kes di mahkamah syariah, mungkin timbul isu keperlembagaan seperti dalam kes Jumaaton Awang & Satu Lagi lwn. Raja Hizaruddin Nong Chik [2004] 1 CLJ (Sya) 100; [1998] 6 MLJ 556, sedangkan bidang kuasa mentafsir Perlembagaan terletak di bawah mahkamah sivil. Maka, adalah jelas bahawa Perkara 121(1A) hanya menyelesaikan isu bidang kuasa dalam kes-kes di mana semua pihak adalah orang yang beragama Islam dan hanya isu yang berbangkit dalam kes itu adalah isu hukum syarak dalam perkara yang terletak di bawah Senarai Negeri. Maka, dalam keadaan itu, kes itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mengenainya. Itu memang betul. Tetapi, bagaimana dengan keadaan-keadaan yang saya sebut di atas? Jadi, masalah bidang kuasa ini belum selesai dan tidak boleh diselesaikan oleh mahkamah, baik mahkamah sivil atau mahkamah syariah, sebab mahkamah bukan Parlimen. Mahkamah tidak boleh membuat undang-undang. Itu tugas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Semenjak tahun 1996 lagi (21 tahun dahulu), semasa saya baru menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, saya telah mencadangkan bagaimana kita hendak mengatasi masalah bidang kuasa ini. Ini saya lakukan dalam penghakiman saya dalam kes Lim Chan Seng v Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang [1996] 3 CLJ 231. Saya mencadangkan bahawa untuk mengatasi masalah ini, dua cara boleh dilakukan. Pertama, di mana terdapat isu syariah dalam kes di mahkamah sivil, hakim mahkamah sivil hendaklah bersidang bersama-sama seorang hakim syar ie. Kedua, cantumkan kedua-dua mahkamah itu. Malangnya, hingga ke hari ini, ia masih tinggal cadangan. Hari ini, setelah saya menjadi Ketua Hakim Negara dan bersara, setelah saya melihat apa yang berlaku dalam tempoh 21 tahun selepas itu, saya ingin mangambil kesempatan ini untuk mengulangi cadangan saya itu, mungkin buat kali terakhir. Diharapkan pemimpin-pemimpin politik Islam dan bukan Islam akan dapat berfikir dengan waras demi untuk kepentingan bersama. Jika mereka tidak dapat bersetuju dalam hal-hal lain kerana kepentingan politik parti masing-masing pun, saya harap dalam hal ini mereka semua boleh bersetuju, sekali pun cukuplah dan sama-sama menyokong cadangan ini. Dalam keadaan perwakilan di Parlimen hari ini, untuk mendapat undi dua per tiga, sokongan pembangkang adalah perlu. Inilah masanya untuk semua parti politik, Islam atau bukan Islam, Melayu atau bukan Melayu, mengetepikan politik masing-masing dan bersatu, walaupun hanya sekali dan sekejap untuk melakukan suatu yang positif dengan menyokong cadangan ini kerana ia akan menyelesaikan masalah yang melibatkan orang Islam dan bukan

7 Islam. Percayalah bahawa isu ini adalah lebih penting daripada isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dihebohkan itu. Kali ini saya akan tumpukan khas kepada salah satu pilihannya kerana ianya paling mudah, tidak merugikan sesiapa dan akan dapat menyelesaikan satu masalah yang besar yang menghantui mahkamah sivil dan mahkamah syariah selama ini. Ia adalah cadangan bahawa jika terdapat isu-isu syariah dalam sesuatu kes di mahkamah sivil yang mana kes tersebut terletak di luar bidang kuasa mahkamah syariah kerana: i. salah satu atau kesemua pihak di dalam kes tersebut bukan orang yang beragama Islam; atau ii. terdapat isu-isu keperlembagaan; atau iii. terdapat isu-isu undang-undang sivil (misalnya undang-undang tanah, undang-undang syarikat atau prinsip-prinsip common law) di samping isu syariah seperti wakaf, maka mahkamah sivil itu hendaklah bersidang bersama-sama seorang hakim mahkamah syariah. Jika kes itu kes Mahkamah Tinggi, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah dipinjam. Jika kes itu di Mahkamah Rayuan atau di Mahkamah Persekutuan, kita boleh pinjam seorang Ketua Hakim Syarie di mana mahkamah itu bersidang. Peranan hakim syar ie itu ialah untuk menasihat hakim-hakim mahkamah sivil itu mengenai sesuatu isu syariah. Hakim mahkamah sivil akan menerima pakai keputusan hakim syar'ie mengenai isu syariah itu dalam membuat keputusan kes berkenaan. Peraturan ini tidak termasuk kes-kes perbankan dan kewangan Islam dan takaful, kerana isu-isu syariah yang timbul dalam kes-kes tersebut akan dirujukkan kepada Majlis Penasihat Syariah. Ini telah pun diperuntukkan dalam undang-undang kita. (Untuk mengetahui hal ini lebih lanjut sila baca rencana-rencana saya mengenainya dalam laman web saya http://www.tunabdulhamid.my Kita tidak perlu mewujudkan jawatan baru. Hakim-hakim syar ie yang sedia ada boleh dipinjam. Kes-kes seperti itu amat jarang timbul, mungkin hanya beberapa kali setahun. Ia tidak akan melibatkan pengurangan bidang kuasa mahkamah syariah kerana kes-kes itu memang terletak di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Malah ia akan menambah kuasa hakim-hakim syarie dan akan memberi pendedahan kepada hakim mahkamah syariah kepada pengalaman bersidang di mahkamah sivil. Kerajaan-kerajaan Negeri tidak perlu bimbang kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan bidang kuasa mahkamah syariah, malah menambah kuasa hakimhakim syar ie. Kerajaan Persekutuan juga tidak rugi apa-apa. Semua parti-parti politik sepatutnya menyokong kerana tidak ada politik dalam hal ini dan ia akan menyelesaikan masalah yang selama ini tidak dapat diatasi di samping menguntungkan semua pihak. Orang Islam dan bukan Islam akan mendapat manfaat daripada peraturan ini. Jika dahulu orang-orang bukan Islam (termasuk Majlis Agama Islam) tidak mempunyai avenue untuk didengar di mahkamah jika isu yang melibatkan mereka adalah isu

8 syariah kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan mereka tidak beragama Islam dan tidak boleh hadir di mahkakah tersebut, hari ini kes itu akan didengar di mahkamah sivil yang dibantu oleh hakim mahkamah syariah. Sebagai misalan, katakanlah kes G.Rethinasamy atau kes Dalip Kaur timbul semula. Kes-kes itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah kerana pihak-pihak yang terlibat bukannya orang yang menganut agama Islam dan isu-isu yang berbangkit (khususnya dalam kes G. Rethinasamy) melibatkan undangundang tanah dan prinsip-prinsip common law yang terletak di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Dengan adanya peraturan ini semua isu-isu yang berbangkit, sama ada isu undang-undang sivil, common law dan syariah akan dapat diputuskan oleh mahkamah sivil yang bersidang bersama-sama hakim mahkamah syariah. Semua pihak terlibat, tidak kira agama mereka, boleh hadir. Hanya sedikit pindaan sahaja yang perlu di buat kepada Perlembagaan dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Peraturan ini juga tidak akan melibatkan apa-apa perbelanjaan tambahan. Cadangan ini adalah satu-satunya jalan yang paling mudah untuk kita mengatasi masalah yang telah kita hadapi semenjak Merdeka itu. Pindaan kepada Perkara 121(1)(A) perlembagaan telah memperbaiki sedikit keadaan tetapi masalah yang disebut ini dihadapi berterusan. Selagi kita tidak melakukan pindaan ini, masalah ini akan berterusan. Saya harap ahli-ahli akademik juga menyokong cadangan ini. 20 Mac 2017 tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me