AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Similar documents
AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

APLIKASI PRINSIP KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KES HADANAH

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

NUR SARAH TAJUL URUS 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Latifah Abdul Aziz, Tarikh: 2 Mac 2012

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

TEKANAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN DAN PENYELESAIANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Plat Kaca Terma & Syarat

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

Transcription:

30 KANUN (1) 397 AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976 Najibah Mohd. Zin Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. PENDAHULUAN Pindaan Akta 164 yang melibatkan pindaan beberapa peruntukan undang-undang mendapat perhatian masyarakat bukan Islam di Malaysia sejak sekian lamanya, terutama perkara yang berkaitan dengan pertukaran agama salah satu pihak dalam perkahwinan bukan Islam kepada agama Islam. Kemelut tentang pertukaran agama salah satu pihak dalam perkahwinan bukan Islam akhirnya mendapat persetujuan di parlimen untuk diluluskan demi mengatasi masalah bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah untuk mendengar permohonan pembubaran perkahwinan yang melibatkan perbezaan agama. Di samping meminda beberapa peruntukan yang berkaitan dengan pertukaran agama, Akta 164 juga turut meminda peruntukan tentang tempoh had umur anak yang berhak mendapat nafkah daripada bapa. Penambahbaikan juga dilihat dalam isu harta sepencarian dengan memberikan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap konsep sumbangan yang menjadi faktor utama untuk menentukan pembahagian harta sepencarian. PINDAAN SEKSYEN 3 DAN SEKSYEN 51 TENTANG PERTUKARAN AGAMA SEBAGAI CARA MEMBUBARKAN PERKAHWINAN Pindaan dibuat terhadap seksyen 3 Akta 164 disebabkan pemakaiannya yang terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan seksyen ini tidak terpakai kepada mereka yang memeluk Islam. Tafsiran ini pernah ulasan perundangan pdf.indd 397

398 KANUN (Januari 2018) diputuskan dalam kes Letchumy lwn Ramadason 1 apabila pihak isteri menuntut cerai atas alasan suaminya meninggalkannya dalam suatu tempoh yang berterusan. 2 Setelah mendapat dekri nisi, pihak isteri membuat tuntutan nafkah dan perkara ini dibawa kepada Pesuruhjaya Kehakiman untuk mendapatkan keputusan. Pihak suami memohon supaya tuntutan tersebut diketepikan kerana Undang-undang Membaharui 1976 tidak terpakai ke atas beliau setelah memeluk Islam. Atas alasan tersebut, mahkamah menolak permohonan isteri atas alasan seksyen 3(3) Akta 1976 tidak terpakai kepada orang Islam (termasuk yang memeluk Islam). Tambahan pula, pembubaran perkahwinan berlaku bukan atas alasan memeluk Islam tetapi atas alasan meninggalkan isteri dalam suatu tempoh yang berterusan mengikut seksyen 53 Akta 1976. Oleh itu, bidang kuasa yang diberikan kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah nafkah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 51(2) Akta 1976 tidak terpakai. Keputusan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan ada pihak yang mempersoalkan bahawa pemelukan Islam boleh dijadikan sebagai jalan keluar untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum memeluk Islam. 3 Persoalan yang sama dikemukakan dalam kes Tang Soon Mooi lwn Too Miew Kim 4 apabila isterinya memohon untuk membubarkan perkahwinan selepas mereka tidak tinggal bersama lebih dari enam tahun. 5 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membubarkan perkahwinan tersebut dan dalam tempoh tiga bulan sebelum dekri nisi menjadi mutlak, pihak isteri membuat permohonan kepada responden (suami) untuk mendapatkan perintah pembahagian aset perkahwinan dan nafkah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 76 dan 77 Akta 1976. Pihak responden membangkitkan isu bahawa Mahkamah 1 [1984] 1 MLJ 143. 2 Lihat S.54 (I) (c) Akta 1976. 3 Muhammad Altaf Hussain Alhangar, Effects of Change of Religion on Marriage and Maintenance Obligation: Judicial Responses in Malaysia, Kertas kerja ini telah dibentangkan di Kuliah Umum, Kulliyyah Undang, Universiti Islam Antarabangsa pada 10Oktober 1995. 4 [1994] 3 MLJ 117. 5 Alasan tersebut terkandung dalam seksyen 53 Akta 1976. ulasan perundangan pdf.indd 398

Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976 30 KANUN (1) Najibah Mohd. Zin 399 Tinggi Kuala Lumpur tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya berkaitan dengan relief sampingan yang wujud akibat perceraian kerana beliau memeluk Islam. Jika alasan tersebut diterima, maka isteri responden tidak mempunyai remedi di sisi undang-undang kerana beliau tidak berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah. Atas alasan itu juga, pihak isteri mempersoalkan seksyen 3(3) Akta 1976 sebagai tidak mengikut perlembagaan kerana menghalang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada membuat perintah. Konflik tersebut dirujuk kepada mahkamah agung untuk mendapatkan penjelasan. Mahkamah agung dalam keputusannya menegaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut kerana pembubaran perkahwinan berlaku sebelum pihak yang satu lagi memeluk Islam. Tambahan pula, tuntutan sampingan yang diperuntukkan di bawah seksyen 51(2) Akta 1976 bertujuan memberikan relief sampingan kepada pasangan dan kanak-kanak yang bukan beragama Islam jika sebelah pihak yang lain memeluk Islam. Mahkamah agung juga menyentuh isu ketidakadilan jika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak diberikan bidang kuasa kerana pihak yang tidak memeluk Islam tidak dapat dirujuk ke mahkamah syariah yang bidang kuasanya terhad kepada orang Islam sahaja. Pendekatan tersebut juga tidak bercanggah dengan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang mengehadkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perkara yang melibatkan undang-undang Islam di Malaysia. 6 Tambahan pula, seksyen 24 Akta Mahkamah-mahkamah 1964 memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur termasuk dalam perkara yang berkaitan dengan pembubaran perkahwinan. Keputusan tersebut juga menunjukkan bahawa perkahwinan antara plaintif dengan defendan masih wujud selagi tidak ada pembubaran perkahwinan dibuat oleh pihak yang tidak memeluk Islam. Pindaan seksyen 3 Akta 164 memperluas kuasa mahkamah untuk mendengar permohonan perceraian yang melibatkan pertukaran agama sama ada menggunakan peruntukan seksyen 51 atau seksyen 6 [1994] 3 MLJ 117 ulasan perundangan pdf.indd 399

400 KANUN (Januari 2018) lain yang bertujuan membubarkan perkahwinan melalui persetujuan bersama atau pecah-belah perkahwinan masing-masing di bawah seksyen 52 dan juga seksyen 53. Pindaan ini juga membenarkan mahkamah sivil mendengar tuntutan lain yang berkaitan dengan perceraian seperti harta sepencarian dan juga hak jagaan anak. Ekoran pindaan seksyen 3 Akta 164, pindaan juga dibuat pada seksyen 51 Akta 164 yang merupakan peruntukan yang sangat penting dipinda dalam Akta 164 bagi menangani kemelut bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil dalam kes pertukaran agama pasangan bukan Islam yang berkahwin. 7 Pindaan tersebut membolehkan pihak yang memeluk Islam atau yang tidak memeluk Islam mengemukakan petisyen perceraian melalui manamana cara yang munasabah seperti pertukaran agama di bawah seksyen 51, iaitu petisyen boleh dibuat selepas tiga bulan dari tempoh memeluk Islam. Pemohon juga boleh membuat petisyen perceraian melalui persetujuan bersama di bawah seksyen 52 dan juga kepecahbelahan perkahwinan di bawah seksyen 53. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut hanya boleh dibuat selepas dua tahun perkahwinan. Pindaan tersebut dibuat untuk memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk membuat petisyen perceraian selepas tiga bulan dari tarikh memeluk Islam. Hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan fakta bahawa apabila salah satu pihak memeluk Islam, keadaan tersebut menunjukkan bahawa berlakunya pecah-belah dalam perkahwinan (irretrievably broken down) yang tidak dapat dipulihkan lagi seperti yang dihujahkan dalam kes Tey Siew Choo lwn. Teo Eng Hua 8 apabila permohonan perceraian dibuat mengikut seksyen 54(1)(d) Akta 164 berdasarkan kes yang dibincangkan 7 Lihat Ahmad Ibrahim, Dissolution on ground of conversion to Islam, kertas kerja ini telah dibentangkan di Conference on reform of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, di Universiti Islam Antarabangsa, 2 4 Disember 1992, m.s 12. Kertas kerja ini diterbitkan semula dalam Malaysian Law News, March 1993, ms. 29-34. 8 [1999] 6 CLJ308. ulasan perundangan pdf.indd 400

Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976 30 KANUN (1) Najibah Mohd. Zin 401 sebelum ini 9. Kedua-dua pihak tidak lagi tinggal bersama disebabkan berlainan kepercayaan dan cara hidup. Oleh itu, menjadi suatu 9 Pedley v. Majlis Ugama Islam Pulau Pinang & Anor[1990] 2 MLJ 307; Ng Siew Pian lwn. Abdul Wahid bin Abu Hassan, Kadi Daerah Bukit Mertajam & Satu yang lain[1992] 2 MLJ 425.. ulasan perundangan pdf.indd 401

402 KANUN (Januari 2018) keperluan meminda undang-undang supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah boleh membuat petisyen perceraian dan tuntutan lain. Cadangan ini bukan sahaja dapat memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah tetapi juga, dapat menyelesaikan konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah. Konflik yang timbul akibat pertukaran agama ialah suatu perkara yang serius, terutama terhadap status perkahwinan dan juga tuntutan relief sampingan yang berkaitan dengan perceraian. Ketiadaan remedi kepada pihak yang memeluk Islam dalam Akta 1976 seolaholah menjadikan pertukaran agama sebagai penalti (hukuman) terhadap pihak yang memeluk Islam. Walaupun kepincangan ini disuarakan pada peringkat perbahasan rang undang-undang Akta 1976 di parlimen pada suatu ketika dahulu, tidak ada suatu usaha untuk menyelesaikan masalah ini sebelum akta ini diluluskan dan dilaksanakan pada tahun 1982. Ternyata, konflik ini timbul disebabkan ketiadaan undang-undang yang jelas merangkumi keduadua pihak yang terlibat dalam perkahwinan tersebut. Ketidakjelasan ini membawa pelbagai inte-pretasi undang-undang, terutama terhadap bidang kuasa mahkamah syariah. Keadaan ini menjelaskan lagi bahawa suatu pindaan undang-undang perlu disegerakan kerana bukan hanya melibatkan penentuan status perkahwinan tetapi juga tuntutan lain yang berkaitan dengan pembubaran perkahwinan. Konflik ini menjadi lebih serius jika melibatkan hak penjagaan anak dan menentukan agama anak selepas perceraian. Hal ini dinyatakan lagi dalam keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray & Other Appeals 10 bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan status perkahwinan bukan Islam dan perkara sampingan walaupun salah satu pihak memeluk agama Islam. Oleh itu, pindaan terhadap seksyen 51(1) Akta 1976 perlu dan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan hendaklah diperjelas. Dalam kes Indira Gandhi a/p Mutho lwn Patmanathan a/l 10 [2008] 2 MLJ 147 ulasan perundangan pdf.indd 402

Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976 30 KANUN (1) Najibah Mohd. Zin 403 Krishnan (anyone having and control over prasana diksa) 11, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh berhujah bahawa berdasarkan seksyen 3(3) difahami bahawa tidak terpakai kepada orang Islam yang tidak boleh berkahwin di bawah akta ini, namun pada masa yang sama tidak bermaksud akta ini tidak terpakai kepada pihak yang berkahwin di bawah akta tersebut yang kemudiannya memeluk agama Islam. Jika seksyen 3(3) diinterpretasikan sebaliknya akan membawa ketidakseragaman dengan seksyen 51, iaitu mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk memberikan perintah penjagaan anak walaupun salah satu pihak memeluk agama Islam. Jelaslah bahawa seksyen 51 menunjukkan pemakaian akta ini sebenarnya terpakai dalam semua urusan perceraian dan relief sampingan, seperti penjagaan anak daripada perkahwinan yang didaftarkan di bawah akta ini, tidak kira sama ada berlakunya pertukaran agama oleh salah satu pihak selepas perkahwinan. Pindaan juga menyebabkan berlakunya penambahan peruntukan terhadap seksyen 51a Akta 164 yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membuat perintah pembahagian harta perkahwinan, jika pihak yang memeluk Islam mati sebelum dibubarkan perkahwinan. Pembahagian akan dibuat berdasarkan tahap sumbangan satu pihak dalam perkahwinan kepada pihak yang satu lagi. Pembahagian ini juga meliputi hak anak dalam perkahwinan, serta hutang si mati dan juga ibu bapa si mati. Walaupun isu tentang pembahagian harta sepencarian tidak menjadi halangan disebabkan pertukaran agama, penambahan peruntukan baharu ini menjelaskan lagi kuasa mahkamah dan hak pihak yang berkepentingan sebelum pembubaran perkahwinan berlaku dan pihak yang memeluk Islam meninggal dunia. PINDAAN TENTANG TEMPOH BAYARAN NAFKAH UNTUK ANAK Tujuan pindaan seksyen 95 Akta 164 adalah untuk memanjangkan tempoh nafkah anak yang masih meneruskan pengajian pada 11 [2014] MLJU 547 ulasan perundangan pdf.indd 403

404 KANUN (Januari 2018) peringkat yang lebih tinggi. Pindaan ini dibuat berikutan peruntukan undang-undang di bawah seksyen yang sama hanya memberikan hak kepada seorang anak untuk mendapat nafkah daripada bapanya sehingga mencapai umur 18 tahun atau mengalami kecacatan fizikal atau mental, walhal tempoh pembelajaran pada peringkat pengajian tinggi bermula selepas umur 18 tahun. Keadaan ini menyebabkan kehidupan anak yang masih belajar selepas umur 18 tahun menjadi sukar kerana memerlukan duit untuk membayar yuran pengajian dan juga sara hidup. Hal ini ditimbulkan dalam kes Ching Seng Woah lwn Lim Shook Lin 12 apabila mahkamah rayuan memutuskan bahawa ketidakupayaan kewangan juga termasuk dalam maksud ketidakupayaan fizikal. Oleh sebab itu, mahkamah memerintahkan bapa perayu membayar yuran pengajian sehingga beliau tamat pengajian pada peringkat ijazah. Mahkamah rayuan juga memutuskan sedemikian dalam kes Punithambigai a/p Ponniah lwn Karunairajah a/l Rasiah 13. Bapanya bertanggungjawab membayar yuran pengajian anaknya sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut diubah pada peringkat mahkamah persekutuan 14 apabila mahkamah memilih untuk memakai tafsiran secara literal dan memutuskan bahawa ketidakupayaan kewangan tidak termasuk dalam tafsiran ketidakupayaan fizikal. Jelasnya pindaan seksyen 95 Akta 164 menghapuskan ketidakjelasan undang-undang tentang tanggungjawab bapa untuk melaksanakan tanggungjawab menyara anak yang masih belajar sehingga tamat pengajian yang lebih tinggi. Selepas tamat pengajian, diharapkan anak tersebut mampu mencari pekerjaan dan menyara diri. PINDAAN TENTANG ELEMEN SUMBANGAN DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PERKAHWINAN SELEPAS PEM- BUBARAN PERKAHWINAN Pindaan seksyen 76 Akta 164 memperlihatkan kuasa mahkamah 12 [1997] 1 MLJ 109 13 [2003] 2 MLJ 529 14 [2004] 2 MLJ 401 ulasan perundangan pdf.indd 404

Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976 30 KANUN (1) Najibah Mohd. Zin 405 yang lebih luas untuk membuat pembahagian harta perkahwinan. Pindaan ini menghapuskan konsep sumbangan harta perkahwinan berdasarkan usaha sama ataupun usaha tunggal salah satu pihak dalam perkahwinan. Pindaan ini memberikan ruang kepada mahkamah untuk membuat penilaian secara menyeluruh (broad brush principle) terhadap perolehan aset perkahwinan dengan mengambil kira sumbangan secara langsung atau tidak langsung, termasuklah memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan rumah tangga sebagai suatu pekerjaan dan boleh diterima pakai untuk tujuan pembahagian aset perkahwinan selepas perceraian. Kelangsungan tempoh perkahwinan juga dimasukkan sebagai salah satu faktor yang mesti diambil kira oleh mahkamah semasa membuat pembahagian harta perkahwinan. Sebelum pindaan, 15 jika ada permohonan pembahagian harta sepencarian, mahkamah akan melihat sama ada pihak atau setiap individu dalam perkahwinan ada menyumbang untuk memperoleh aset tersebut. Penilaian seterusnya ialah mengenal pasti sama ada perolehan aset itu diperoleh secara usaha sama atau hanya usaha tunggal. Jika kedua-dua pihak, iaitu suami dan isteri menyumbang dalam perolehan aset tersebut secara usaha sama, maka sangkaan undang-undang ialah kedua-duanya akan mendapat pembahagian yang sama rata, iaitu satu perdua bahagian. Jika hanya salah seorang sahaja yang menyumbang, maka pihak yang tidak menyumbang akan mendapat jumlah yang kurang atau secara umumnya, satu pertiga daripada keseluruhan aset perkahwinan. Dalam kebanyakan kes, seorang suri rumah yang menguruskan rumah tangga dan keluarga mendapat jumlah yang kurang walaupun pada hakikatnya menguruskan rumah tangga juga merupakan suatu pekerjaan. Dalam keadaan yang lain juga, ukuran sumbangan selalunya dibuat dalam bentuk kewangan atau harta fizikal dan tidak memberikan penekanan yang sama dalam bentuk sumbangan yang lain, seperti kerja (labour) atau apa-apa bentuk pengorbanan suami atau isteri untuk kebajikan keluarga yang selalunya agak sukar untuk 15 See Akta Undang-undang Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) seksyen 76. ulasan perundangan pdf.indd 405

406 KANUN (Januari 2018) dibuat pengiraan. Dengan kata lain, seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama menguruskan rumah tangga tidak mendapat perhatian sewajarnya dalam undang-undang sebelum ini. 16 Oleh itu, justifikasi yang menuntut pindaan ini dibuat ialah undang-undang yang melibatkan kekeluargaan hendaklah selari dengan perubahan sosial, iaitu selari dengan kehendak masyarakat untuk memenuhi keperluan semasa, termasuklah undang-undang tentang harta perkahwinan. Pelibatan wanita yang meluas dalam pelbagai bidang memerlukan penilaian yang berbeza supaya undangundang yang dipakai dapat memberikan keadilan kepada pihak terbabit, terutama selepas berlakunya pembubaran perkahwinan atau kematian untuk menjaga kebajikan keluarga, terutama jika pihak tersebut mempunyai anak. Oleh itu, undang-undang yang menjurus kepada sumbangan semata-mata hendaklah diperluas dengan mengambil kira apa-apa jua bentuk sumbangan suami dan isteri semasa mereka masih sebagai suami isteri. Perkara ini disebutkan dalam kes Yow Mee Lan lwn Chen Kai Buan 17 apabila hakim di sebuah mahkamah di Singapura memutuskan bahawa kehidupan berkeluarga mestilah dibezakan dengan aktiviti yang lain kerana suami dan isteri bekerjasama untuk menjaga kesejahteraan keluarga mengikut usaha dan keupayaan masing-masing. Perbezaan dari aspek usaha dan keupayaan ini tidak boleh dijadikan sebab untuk mereka mendapat habuan yang berbeza, apatah lagi jika sumbangan tersebut dibuat secara berterusan sepanjang tempoh perkahwinan. Undang-undang di Singapura mengguna pakai prinsip yang lebih luas untuk mencapai keadilan dalam pembahagian harta perkahwinan dengan mentafsirkan konsep sumbangan dalam konteks yang lebih luas. 16 Lihat Norliah Ibrahim, Masalah Tuntutan Harta Sepencharian dalam Najibah Mohd Zin (ed)(2009) Siri Pengembangan Undang-undang Keluarga Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009 vol.14, 24. Lihat juga Noorul Huda Sahari, Division of Harta Sepencharian in the Malaysian Civil Courts; An Analysis of Judicial Approaches, (Thesis) Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia, 2016. 17 [2000] 4 SLR 466 (kes di Singapura) ulasan perundangan pdf.indd 406

Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976 30 KANUN (1) Najibah Mohd. Zin 407 PENENTUAN AGAMA ANAK DALAM KES PEMELUKAN ISLAM SALAH SATU PIHAK DALAM PERKAHWINAN BUKAN ISLAM Isu menentukan agama anak dalam kes pemelukan Islam salah satu pihak daripada perkahwinan bukan Islam mendapat perhatian dalam pindaan Akta 164 pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, kemasukan seksyen tambahan ini ditarik balik disebabkan oleh kedudukan undang-undang yang meletakkan agama anak tersebut kekal status agamanya sebelum berlakunya pembubaran perkahwinan sehingga anak tersebut mencapai umur 18 tahun dan mereka boleh memilih agama yang hendak dianuti. Pengecualian diberikan jika kedua-dua ibu bapa anak tersebut bersetuju memeluk agama Islam. Jika pendekatan ini diterima pakai didapati pindaan tersebut bertentangan dengan prinsip kebajikan kanak-kanak (the best interest of the child) seperti yang terkandung dalam Konvensyen Hak Kanakkanak dan juga undang-undang yang terpakai untuk menentukan jagaan anak selepas berlaku perceraian. Anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun ditentukan hak penjagaan selepas perceraian melalui perintah mahkamah, kecuali jika terdapat persetujuan pihak ibu bapa. Walau bagaimanapun, persetujuan tersebut juga tertakluk pada prinsip memelihara kebajikan kanak-kanak. Kekangan dalam undang-undang yang sedia ada ialah wujudnya pengislaman anak daripada perkahwinan berlainan agama sehingga menimbulkan keresahan dan ketidakadilan kepada pihak yang satu lagi, sama ada ibu atau bapa yang tidak memeluk Islam. 18 Hujah yang diberikan adalah berdasarkan peruntukan dalam artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyebut ibu atau bapa sahaja yang berhak menentukan agama anak mereka. Namun hakikatnya, peruntukan ini tidak memberikan masalah kepada keluarga yang normal. 18 Lihat kes-kes Genga Devi a/p Chelliah v Santanam a/l Damodaram(2001) 1 MLJ 526; Chang Ah Mee v Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Ugama Islam Sabah & Ors, 2003 5 MLJ 106; Nedunchelian v Uthiradam v Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors(2005) 2 CLJ 306; Shamala Sathiyaseelan v Dr. Jeyaganesh C Mogarajah (2004) 3 CLJ 516); Subashini Rajasingam v Saravanan Thangathoray & Other Appeals (2008) 2 CLJ 1. ulasan perundangan pdf.indd 407

408 KANUN (Januari 2018) Persoalannya adakah peruntukan ini boleh dterima pakai atau tidak dalam keadaan anak yang masih di bawah umur dan ibu bapanya sudah berpisah. Penentuan agama anak akibat perceraian hendaklah mengambil kira peruntukan dalam undang-undang keluarga yang memberikan hak kepada pihak yang mendapat hak jagaan untuk menentukan kebajikan anak dari aspek pembelajaran dan pendidikan yang merangkumi semua aspek tumbesaran, termasuklah keperluan spiritual. 19 Oleh itu, dalam kes berbeza agama, sesiapa yang diberikan hak penjagaan anak hendaklah juga menentukan hal spiritual anak tersebut. Keputusan meletakkan penjaga dan anaknya dalam situasi berbeza agama adalah tidak praktikal dan boleh mencetus kekeliruan. Pendekatan ini juga diputuskan dalam kes Strum lwn Strum bahawa untuk menentukan agama anak antara pasangan yang berlainan agama, mahkamah tidak berkuasa untuk memutuskannya tetapi terpulang kepada pihak yang mendapat hak jagaan anak. 20 Mahkamah dalam kes ini memakai prinsip kemanusiaan untuk memahami realiti semasa yang melibatkan hubungan yang sangat rapat antara ibu bapa dengan anak. Prinsip ini juga boleh diterima pakai dalam undang-undang Islam meskipun terdapat perbezaan pandangan ulama Islam tentang hak penjagaan kanak-kanak selepas berlakunya perceraian yang melibatkan pasangan ibu bapa berlainan agama. 21 Bagi mencari penyelesaian terbaik, prinsip kebajikan kanak-kanak hendaklah menjadi keutamaan supaya dapat memandu mahkamah menentukan 19 Lihat Akta 164 seksyen 89(1) 20 Lihat Strum v Strum (1969) 14 F.L.R 284. Dipetik dari Mehrun Siraj and Haji Sulaiman Abdullah, Islamic law and Civil law in Malaysia: Constitutional Confusion and Curial Curiosities, artikel ini diterbitkan oleh INSAF, 9 th Malaysian Law Conference, 10 12 Oct 1991, Kuala Lumpur Malaysia. 21 Lihat contoh, lihat Mohd Zin, N., 2012. Legal Disputes in Determining the Religion of the Child whenone Parent Converts to Islam under Malaysian Law. Australian Journal of Basic Applied Sciences, 6(11): 66 73. Ibn Qudamah, Al Mughni, wa al Sharh al Kabeer,Vol.10, Dar al Kutub al Arabi, p. 96. See also Badran Abu al Ainaini Badran, Al Alaqah al Ijtimaiyyah baina al-muslimin wa Ghairi al Muslimin,Dar al Nahdhah al Arabiyyah, p.165 ulasan perundangan pdf.indd 408 29/12/2017 9:37:33 PM

Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976 30 KANUN (1) Najibah Mohd. Zin 409 hak jagaan dan seterusnya menentukan agama anak mereka. Faktor agama tidak menjadi faktor utama untuk menentukan hak jagaan dalam keadaan konflik rumah tangga yang melibatkan perbezaan agama, jika kedua-dua pihak tidak dapat menyelesaikan kes melalui persetujuan bersama. Pendekatan tersebut tidak memerlukan pindaan mana-mana undang-undang, terutamanya Perlembagaan Persekutuan kerana dalam kes perceraian hanya satu pihak sahaja yang akan diperintahkan oleh mahkamah untuk mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan anak tersebut. Pada hakikatnya, kedua-dua ibu bapanya mesti bertanggungjawab memberikan kasih sayang kepada anak mereka tanpa mengambil kira batasan agama. PENUTUP Pindaan Akta 164 boleh dilihat sebagai suatu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap terhadap saranan yang dibuat beberapa tahun lalu untuk menyelesaikan masalah pertindanan bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil. Kedua-dua pihak perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik melalui forum, dan mahkamah boleh membuat apa- apa perintah yang berkaitan dengan pembubaran perkahwinan tersebut. Oleh sebab perundangan di negara ini tidak membenarkan perkahwinan berlainan agama, termasuk yang memeluk Islam, maka pindaan ini memakai prinsip penyelesaian di satu mahkamah (one court solution), termasuk mengguna pakai prinsip pengantara (mediation) untuk menyelesaikan konflik keluarga. Keputusan ini juga memberikan ruang kepada mahkamah mengembangkan prinsip perundangan sama ada dari aspek sivil dan syariah, serta meluaskan pendekatan harmonisasi undang-undang dalam perkara yang melibatkan konflik agama. ulasan perundangan pdf.indd 409 29/12/2017 9:37:33 PM