KOPETRO KEKAL KOPERASI TERBAIK. To be a leading Cooperative with excellent business growth. volume

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KOPETRO LIMA KOPERASI TERBAIK. volume OKTOBER FORUM PERNIAGAAN KOPERASI, INDONESIA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KSRK 2017 KOPETRO HEALTH SCREENING

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Kemudahan asas PWTC dibaik pulih

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROFIL KORPORAT. Corporate Profile

JABATAN PENGAJIAN AM. Laporan Jabatan Pengajian Am

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JABATAN KEJURUTERAAN STRUKTUR & BAHAN DIARI JKSB. Edisi ke-2 / APRIL JUN 2017 STRUCTURING EFFORTS, MATERIALIZING GOALS. Fkaas.uthm.edu.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO' DR

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

e-buletin UTMSPACE EDISI 34 / 2015 BARISAN LEMBAGA PENGARAH UTMSPACE 2015

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

LAPORAN PENYERTAAN STAFF DAN PELAJAR PSIS DI THAILAND ULTIMATE CHEF CHALLENGE, THAIFEX 2017, BANGKOK, THAILAND

ftåuâàtç Hari Koperasi Negara 2010 MTCP 2010 cari: Majlis Berbuka Puasa Ulang tahun MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA Pusat Latihan Koperasi No.

Ketua Editor SIDANG REDAKSI DIMENSI KOOP BIL.54. Hajah Rahimah Abdul Samad. Dari Meja

EKSKLUSIF PERSPEKTIF JARINGAN 10 INFO KANDUNGAN. Seminar Meneroka Potensi Industri Halal: Peluang dan Cabaran Bagi Koperasi

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA UniMAP MAC 2010

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Kandungan Laporan Tahunan 2017

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

ULASAN LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH 2014

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN PUSAT PERUBATAN UKM Kata-kata aluan Pengarang... Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Dari Meja Ketua Editor

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MKM - Bank Rakyat dan MKM PNS. Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat. Peluang Koperasi dalam Krisis Ekonomi Kini

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

Chairman s Statement. Pernyataan Pengerusi. Dear Shareholders, Pemegang Saham yang dihormati,

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Transcription:

KOPETRO KEKAL KOPERASI TERBAIK Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) sekali lagi mendapat pengiktirafan koperasi terbaik apabila dianugerahkan Koperasi Keenam Terbaik di peringkat Wilayah Persekutuan. [berita penuh di muka 4] vision To be a leading Cooperative with excellent business growth PELANCARAN BUDAYA BERPACUKAN PRESTASI LAWATAN ASEAN COOPERATIVES ORGANIZATION KE KOPETRO MENGUJI KEKUATAN MENTAL PENGERUSI KOPETRO BERAKSI ACARA PING PONG APRIL 2017 volume 08 6 8 13 15

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah. Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izinnya saya diberi peluang dan ruang sekali lagi untuk berkongsi pandangan dengan warga KOPETRO dan mengabadikan kata-kata aluan dalam Buletin KOPETRO Vol 8. KOPETRO adalah salah sebuah koperasi yang berdaya saing, berdaya maju dan berjaya. Baru-baru ini KOPETRO telah sekali lagi mendapat pengiktirafan antara 10 buah Koperasi Terbaik daripada lebih 12,000 buah Koperasi yang didaftarkan di Malaysia. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana limpah dan kurnianya, KOPETRO terus kekal terbaik. Saya mengucapkan tahniah kepada ALK, JAD, perwakilan, anggotaanggota KOPETRO dan pihak Pengurusan yang sentiasa bekerja keras untuk kejayaan KOPETRO. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Semoga kejayaan ini terus lestari untuk memastikan KOPETRO terus relevan dan kekal terbaik. Pada 13 Mei 2017 ini, KOPETRO akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPETRO kali ke 34. Selaku Pengerusi KOPETRO, saya berharap mesyuarat berjalan dengan lancar dan saya menyeru marilah bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita sebagai ALK, JAD, perwakilan dan Pengurusan untuk kejayaan KOPETRO pada masa kini dan akan datang. Sekian, terima kasih. Salam ikhlas dan telus. Sidang Redaksi PENAUNG Khairu Najhan bin Zainuddin Pengerusi KOPETRO khairunajhan@kopetro.com.my KETUA EDITOR Abdol Alim bin Yaacob Ketua Pegawai Eksekutif abdolalimy@kopetro.com.my EDITOR Ridzuan bin Zainal Abidin Pengurus Hal Ehwal Korporat ridzuanz@kopetro.com.my PENOLONG EDITOR Nur Khairani binti Mohamad Hariri Muhammad Hafidz bin Selamat Eksekutif Hal Ehwal Korporat khairani.hariri@kopetro.com.my

3 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya Buletin KOPETRO dapat diterbitkan untuk penerbitan ke 8 yang melibatkan aktiviti KOPETRO bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2017. Pada 10 Mac 2017 yang lalu kita telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Performance Driven Culture (PDC) atau Budaya Berpacukan Prestasi buat kali yang pertama. Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengerusi KOPETRO yang dapat meluangkan masa di sebalik kesibukan jadual dan tugasan di PETRONAS, akhirnya beliau dapat bersama-sama kakitangan KOPETRO menyempurnakan Majlis Pelancaran PDC. Tujuan KOPETRO mengadakan majlis tersebut ialah memberi taklimat dan penerangan mengenai PDC. Oleh itu, saya berharap semua kakitangan dapat menghayati, mempelajari, memahami dan menekuni prinsip-prinsip dan budaya PDC. Mulai detik ini, marilah sama-sama kita mengubah sikap yang lebih positif. Secara ringkasnya kita telah memahami bahawa PDC ialah satu proses untuk mengubah sikap dan tingkah laku setiap individu untuk bekerja dengan lebih baik dimana ia akan didorong oleh penilaian prestasi dan penonjolan pengurusan bakat yang efektif untuk meningkatkan tahap prestasi pekerja sejajar dengan matlamat syarikat. Hidupkan Budaya Berpacukan Prestasi!! Salam hormat.

4 KOPETRO KEKAL KOPERASI TERBAIK Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) sekali lagi mendapat pengiktirafan koperasi terbaik apabila dianugerahkan Koperasi Keenam Terbaik di peringkat Wilayah Persekutuan. Pengiktirafan tersebut diperolehi di Majlis Penyerahan Sijil dan Plak 100 Koperasi Terbaik anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 22 Februari 2017 di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur. Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO mewakili KOPETRO untuk menerima Anugerah Koperasi Keenam Terbaik Peringkat Wilayah Persekutuan. Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO turut hadir.

5 Hadiah telah disampaikan oleh Dato Haji Abdullah bin Mahmood, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan. Beliau juga telah merasmikan Seminar Pembiayaan Koperasi yang diadakan sebelum Majlis Penyerahan Sijil dan Plak 100 Koperasi Terbaik di hotel yang sama. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

6 PELANCARAN BUDAYA BERPACUKAN PRESTASI Majlis Pelancaran Performance Driven Culture (PDC) atau Budaya Berpacukan Prestasi telah diadakan pada 10 Mac 2017 di Lembaga Getah Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tujuan program ini diadakan untuk melancarkan Performance Driven Culture (PDC) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mewujudkan budaya berprestasi di KOPETRO. Program ini telah dihadiri seramai 264 orang kakitangan yang bertugas di sekitar Kuala Lumpur. Program tersebut disempurnakan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Manakala Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO menyampaikan ucapan aluan bagi mewakili Pengurusan KOPETRO. Anggota Lembaga yang turut hadir ialah Datuk Haji Abdul Razak bin Husain, Setiau saha KOPETRO, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO, Encik Zulkifli bin Hamzah, Encik Johari Idham bin Amiruddin, Encik Md. Noor bin Ismail, Puan Hajjah Riguan binti Rashidi, Puan Hajjah Hafida binti Hassan dan Tuan Haji Idris bin Mohamed Yusof. Taklimat PDC disampaikan oleh Encik Ahmad Hazil bin Abd. Lateff, Pengurus Kanan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran. Menurut Encik Khairu Najhan, Organisasi yang berjaya dan pemimpin yang bijak akan berusaha untuk mewujudkan Budaya Berpacukan Prestasi, di mana kakitangan akan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam corak perniagaan. Ini seterusnya akan memacu perubahan dalam tingkah laku operasi pengurusan dan kakitangan semua peringkat.

7

8 LAWATAN ASEAN COOPERATIVES ORGANIZATION KE KOPETRO Lawatan ASEAN Cooperatives Organization (ACO) telah diadakan pada 27 Februari 2017 di KOPETRO. Objektif lawatan ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada delagasi terhadap kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran KOPETRO sebagai koperasi yang berjaya. Selain itu, tujuan lawatan ini merangkumi aspek pengurusan dalam koperasi serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan koperasi bagi kegunaan delegasi yang hadir. Di samping itu, tujuan lawatan untuk memperkenalkan 3 perniagaan utama KOPETRO iaitu Travel & Tours, Food dan Catering yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Seramai 6 orang ahli ACO dari Filipna, Indonesia dan Kemboja yang hadir, termasuk 2 Pegawai Pengiring dari ANGKASA yang diketuai oleh Puan Rosmawati binti Zul, Penolong Pengurus ACO dan Cik Norhayati binti Khairudin, Pengurus Akaun ACO.

9 Yang turut hadir selaku wakil KOPETRO ialah Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO. Manakala Pengurusan KOPETRO diwakili oleh Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Mohd Shukor bin Mohd Hanafiah, Ketua Food Sdn Bhd, Encik Abdul Rahman bin Osman, COO KOPETRO Catering Sdn Bhd dan Encik Noor Azizi bin Borhan, Ketua KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd. Taklimat KOPETRO disampaikan oleh Encik Syafirul Ezwan bin Hishamuddin, Ketua Jabatan Perancangan Strategik dan Pembangunan Perniagaan KOPETRO. ACO sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada 2007 dianggotai oleh Koperasi Apex atau Koperasi Induk dari negara-negara ASEAN. ACO ditubuhkan bagi menerajui dan meningkatkan perhubungan strategik di kalangan pergerakan koperasi negara-negara ASEAN di samping melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak amnya dan koperasi khasnya. Di samping menjalinkan rangkaian kerjasama yang erat di antara ahli koperasi dari negara ASEAN, ACO turut memainkan peranan sebagai sebuah entiti yang mewakili pergerakan koperasi sama ada di peringkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha menyokong serta membantu merealisasikan objektif penubuhannya sejajar dengan matlamat ASEAN di dalam Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 bagi melahirkan kesamarataan di dalam visi, misi dan identiti ASEAN. Presiden ACO, Dato Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah telah dilantik pada Oktober 2014 hingga 2018.

10 BENGKEL AMALAN DI KOPETRO KOPETRO berjaya mengadakan Bengkel Amalan 5S di KOPETRO Food Sdn Bhd pada 16 Februari 2017 yang lalu. Bengkel ini diketuai oleh Encik Zulkilfi bin Hamzah, selaku Pengerusi Jawatankuasa 5S KOPETRO. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk melatih pekerja bagi menjadikan tempat kerja lebih selesa dan teratur melalui inisiatif di dalam 5S. Selain itu, ia adalah untuk meningkatkan produktiviti melalui aktiviti dan proses kerja yang lebih efisyen dan efektif; serta menepati keperluan dan permintaan pelanggan pada setiap masa.

5S merupakan aktiviti yang mengutamakan kebersihan, kesihatan, keselesaan, keselamatan dan kehidupan proaktif bagi semua orang di tempat kerja. Pelaksanaan semangat amalan 5S merupakan amalan yang baik. Ia bertujuan untuk mewujudkan tempat kerja yang bersih, selesa dan selamat. Selain itu, 5S juga bertujuan untuk penambaikan sistem dan proses kerja secara berterusan, mengurangkan aktiviti kerja yang tiada nilai tambah dan untuk penghasilan produk dalam masa yang singkat. 11

12 KOPETRO SERTAI KARNIVAL KOPETRO telah memeriahkan Kompleks Sukan Bukit Jalil dengan menyertai Karnival Jom Heboh 2017. Karnival ini telah diadakan di sekitar perkarangan Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil pada 25 hingga 26 Mac 2017 yang lalu. Objektif utama KOPETRO menyertai karnival ini adalah untuk mempromosikan produk dan servis yang dijalankan oleh koperasi kepada orang ramai. Buat julung-julung kalinya, subsidiari-subsidiari koperasi telah bergabung di bawah satu booth membawa jenama KOPETRO. Antara subsidiari yang terlibat termasuklah KOPETRO Food Sdn Bhd, KOPETRO Catering Sdn Bhd, KOPETRO Ventures Sdn Bhd, KOPETRO Travel & Tours, KOPETRO Retail Sdn Bhd dan Excel Training & Country Resort Sdn Bhd.

13 MENGUJI KEKUATAN MENTAL Sukan Dalaman seperti Karom, Catur dan Dam benar-benar menguji kekuatan mental peserta untuk bersaing di dalam pertandingan. Acara Sukan Dalaman memerlukan kebijaksanaan berfikir, ketahanan mental dan ketabahan di dalam perjuangan. Hanya peserta yang pintar menyusun strategi dan kebolehan bakat yang tersendiri sahaja boleh muncul sebagai johan acara Sukan Dalaman. Faktor psikologi dan keyakinan diri juga penting untuk menentukan kemenangan. Baru-baru ini Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi KOPETRO (KSRK) telah menganjurkan Kejohanan Karom Berpasukan, Dam Berpasukan dan Catur Berpasukan KOPETRO 2017 yang disertai oleh pelbagai peringkat jawatan dari kakitangan bawahan sehinggalah Pengurusan Kanan.

14 Kejohanan tersebut telah diadakan dengan jayanya pada bulan Februari 2017 yang lalu disertai 40 orang peserta dari Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Kuning dan Rumah Merah. Johan acara Karom Berpasukan KOPETRO 2017 dirangkul oleh Pasukan Biru. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Merah. Manakala Tempat Ketiga diraih oleh Pasukan Kuning. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Encik Shamsudin bin Haron, Ketua KOPETRO Retail Sdn Bhd selaku wakil pengurusan KOPETRO. Johan acara Dam Berpasukan KOPETRO 2017 dirangkul oleh Pasukan Kuning C. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Kuning A. Manakala Tempat Ketiga diraih oleh Pasukan Kuning B. Johan acara Catur Berpasukan KOPETRO 2017 dirangkul oleh Pasukan Kuning A. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Kuning B. Manakala Tempat Ketiga diraih oleh Pasukan Merah.

SUKAN 15 PENGERUSI KOPETRO BERAKSI ACARA PING PONG Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO turun beraksi untuk acara kegemarannya iaitu sukan ping pong. Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurusan KOPETRO terus memberi sokongan padu bagi menjayakan Kejohanan Sukan KOPETRO 2017 anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi KOPETRO (KSRK). Kejohanan Ping Pong KOPETRO 2017 telah diadakan pada 11 Februari 2017 yang lalu di Gelanggang Ping Pong, Center Mall Setapak, Kuala Lumpur. Antara ALK dan Pengurusan yang hadir bagi memeriahkan program ialah Encik Md. Noor bin Ismail, Encik Shamsudin bin Haron, Encik Hasnoal bin Haji Idris, Encik Husny bin Mustaffa dan Encik Alias bin Sukardi.

16 Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Di dalam kejohanan ini, 5 pasukan telah menyertai yang melibatkan 4 pemain sepasukan iaitu 2 acara perseorangan dan 1 acara bergu. Johan acara Ping Pong dirangkul oleh Pasukan Biru. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Kuning A. Manakala Tempat Ketiga diraih oleh Pasukan Kuning B.

SUKAN 17 ALK & PENGURUSAN MERIAHKAN MINI KARNIVAL SUKAN KOPETRO 2017 Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurusan KOPETRO memberi sokongan padu bagi menjayakan Mini Karnival Sukan KOPETRO 2017 yang telah diadakan pada 14 Januari 2017 yang lalu di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Antara ALK yang hadir bagi memeriahkan program ialah Encik Johari Idham bin Amiruddin, Puan Hajjah Hafida binti Hassan dan Encik Md. Noor bin Ismail. Manakala Pengurusan yang hadir ialah Encik Abdol Alim bin Yaacob, Encik Azizan bin Abd. Hamid, Encik Shamsudin bin Haron, Encik Hasnoal bin Haji Idris dan Encik Mohd Shukor bin Mohd Hanafiah. Majlis perasmian Mini Karnival Sukan KOPETRO 2017 telah disempurnakan oleh Encik Johari Idham bin Amiruddin, Anggota Lembaga Koperasi KOPETRO. Beliau juga mewakili pasukan badminton Rumah Biru. Majils Penyampaian Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO. Di dalam kejohanan ini, 2 acara sukan telah dilangsungkan iaitu bola jaring dan badminton berpasukan dengan kehadiran 100 orang peserta. Johan acara Bola Jaring dirangkul oleh Pasukan Merah C. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Biru. Manakala Tempat Ketiga diraih oleh Pasukan Merah A. Johan acara Badminton Berpasukan dirangkul oleh Biru B (Ahmad Ammar bin Ahmad Shobirin - Perseorangan, Ahmad Hazil bin Abd. Lateff dan Aswad bin Mohsin - Bergu Lelaki, Mohd Farhan bin Su aib dan Noor Fareeza bin Zamri - Bergu Campuran). Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Hijau A (Mohd Azmeer bin Zahari Perseorangan, Mohd. Faza bin Ayub dan Ahmad Johari bin Yusof Bergu Lelaki, Muhammad bin Rusly dan Nurul Syazana binti Adnan Bergu Campuran). Manakala Tempat Ketiga diraih oleh Pasukan Kuning A (Hasbonlah bin Hassan Perseorangan, Akmal bin Ramlan dan Arif bin Mohamad Liki - Bergu Lelaki, Ridzuan bin Zainal Abidin dan Farina binti Abdul Aziz Bergu Campuran).

18

19