Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

HIBAH HARTANAH: ISU DAN KONFLIK DALAM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

Transcription:

KAJIAN KES TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM LWN BANK ISLAM (M) BERHAD MENGENAI ISU PENENTUAN KEPUTUSAN OLEH MAHKAMAH ATAU MAJLIS PENASIHAT SHARIAH DALAM HAL-HAL KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak Majlis Penasihat Shariah (SAC) telah ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia bagi tujuan menyelaras prinsip-prinsip Islam di dalam isu-isu kewangan dan merupakan badan rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan kewangan Islam di dalam negara. Walaubagaimanapun, pindaan Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memberi kesan kepada keputusan SAC berkaitan isu kewangan Islam apabila SAC dapat mengikat mahkamah sivil untuk mengikutnya di dalam keputusan sesuatu kes. Berikutan masalah ini, kuasa SAC telah dilihat bertentangan dengan semangat perlembagaan melalui hak kesamarataan dan hak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan mana-mana badan. Pindaan yang dibuat di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 melalui beberapa peruntukan juga dianggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan (unconstitutional). Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kajian perbandingan (comparative study) yang melibatkan perbandingan beberapa akta dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan persekutuan. Kertas kerja ini juga mencadangkan agar kedudukan SAC diperkemaskan melalui kewujudan akta baru iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan peranan SAC dapat diperkukuhkan demi kemaslahatan perbankan dan kewangan Islam. Kata kunci: Majlis Penasihat Shariah (SAC), Institusi Perbankan dan Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Undang-Undang Perlembagaan Shariah Advisory Council (SAC) is established under the Bank Negara Malaysia for the purpose of coordinating the Islamic * Pensyarah, Pusat Pengajian Undang-Undang, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. 169

principles in financial issues and act as the main referee in cases relating to Islamic finance in the country. However, amendments to the Bank Act, 2009, has made an impact on the SAC decision on the issue of Islamic finance as SAC can bind the civil court to follow its decision. Following this, the power of SAC is seen as going against the spirit of the constitution through equality and the right of the court to make a decision without being bound by any body. The amendments to some provisions in the Bank Negara Malaysia Act, 2009 are also considered to be in conflict with the Constitution (unconstitutional). This paper will use the comparative method involving comparative study of the provisions several Acts and the Federal Constitution. This paper suggests that the SAC s position is streamlined through the creation of the Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA) and the role of the SAC will be strengthened for the ourpose of Islamic banking and finance. Latarbelakang Kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lwn Bank Islam (M) Berhad [2013] 3 Mlj 269 Tan Sri Khalid Ibrahim (TS Khalid) yang merupakan perayu bagi kes ini telah membuat rayuan terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), yang merupakan responden dalam penghakiman yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi YA Datuk Zawawi Saleh mengenai kemudahan kewangan Islam (kemudahan) iaitu Bay Bithaman Ajil (BBA) yang telah diberikan oleh BIMB kepada TS Khalid. Kemudahan BBA ini telah diberikan pada tahun 2001 kepada TS Khalid dan pada tahun 2007, TS Khalid telah memfailkan saman terhadap BIMB dengan hujah bahawa BIMB tiada lesen untuk mengeluarkan kemudahan BBA di bawah Akta Bank Islam 1984 (IBA), dan bahawa kemudahan BBA merupakan kemudahan yang bertentangan dengan agama Islam selaras dengan kehendak Seksyen 3 IBA. Walaubagaimanapun, pada 24 Mei 2007 BIMB telah memfailkan saman Mahkamah Tinggi yang berasingan terhadap TS Khalid kerana melanggar syarat-syarat kemudahan BBA dan menuntut kembali wang semasa dan tertunggak dari TS Khalid. Pada 15 Mei 2008, saman TS Khalid dan saman BIMB telah disatukan (consolidated). Ketika kes tersebut disatukan, TS Khalid dianggap sebagai plaintiff dan BIMB sebagai defendan. BIMB kemudiannya pada 13 Jun 2011 telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk merujuk SAC mengenai persoalanpersoalan Shariah yang berbangkit dalam kes yang telah disatukan 170

ini. TS Khalid membantah atas alasan bahawa Seksyen 56 dan Seksyen 57 berkaitan kuasa SAC untuk mengikat mahkamah dalam persoalan-persoalan Shariah adalah tidak berperlembagaan. Mahkamah Tinggi telah merujuk kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan apabila soalan yang diajukan itu berkaitan dengan perlembagaan. 1 Sungguhpun begitu, Mahkamah Persekutuan enggan berbuat demikian kerana Mahkamah Tinggi belum lagi membuat keputusan sama ada wujud sebarang persoalan Shariah dalam kes tersebut. Oleh itu, pada 18 November 2011, Hakim Datuk Zawawi Salleh berpendapat bahawa terdapat persoalan Shariah dan SAC perlu dirujuk bagi membuat ketetapan. Oleh yang demikian, TS Khalid telah membuat rayuan segera dan kes telah diputuskan pada 14 Mei 2012. Isu-Isu: 1. Sama ada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 tidak berperlembagaan? 2. Sama ada syarat yang mengkehendaki mahkamah mengikut nasihat SAC berkaitan persoalan shariah tentang isu kewangan Islam melampaui bidang kuasa mahkamah? 3. Sama ada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 bersifat diskriminasi dan bertentangan dengan perkara 8 Perlembagaan Persekutuan? 4. Sama ada kedua-dua seksyen tersebut mempunyai kesan retrospektif? Samada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 Tidak Berperlembagaan? TS Khalid menganggap bahawa Hakim Datuk Zawawi Salleh terkhilaf apabila gagal untuk menghargai Seksyen 56 dan Seksyen 57 yang bertentangan dengan perlembagaan dalam Perkara 8 dan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, apabila SAC dikatakan telah merampas fungsi mahkamah dalam menentukan undangundang Islam. Perkara 74 (1) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan (Senarai 1), atau Senarai Bersama (Senarai 3), Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 (k) Senarai 1 dengan jelas memperuntukkan 1 Seksyen 84 Akta Kuasa Kehakiman Mahkamah 1964. 171

bahawa Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan: 4. Undang-undang sivil dan jenayah dan prosedur dan pentadbiran keadilan, termasuk (k) penentuan undang-undang Islam dan undang-undang diri yang lain bagi tujuan undang-undang persekutuan Perbankan merupakan salah satu perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan, IBA (ketika itu) dan CBMA. Oleh itu, Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal Seksyen 56 dan Seksyen 57. Hakim-hakim mahkamah rayuan iaitu Hakim Datuk Low Hop Bing, Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Datuk Aziah Ali telah berpendapat bahawa Seksyen 56 dan Seksyen 57 adalah sah dan berperlembagaan. Perkara 74(1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengubal undangundang berkaitan apa-apa perkara yang disebut di dalam Senarai Persekutuan (Senarai 1) atau Senarai Bersama (Senarai 3) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Parlimen mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang berkaitan undang-undang sivil dan jenayah serta pentadbiran keadilan termasuk memastikan undang-undang Islam dan undang-undang persendirian lain untuk tujuan undang-undang persekutuan. 2 Perbankan adalah perkara dalam Senarai Persekutuan 3 dan tertakluk kepada akta-akta lain 4 yang jelas adalah undang-undang persekutuan. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa desakan melalui beberapa kajian 5 bahawa terdapat keperluan untuk memberikan kuasa kepada 2 Item 4(k) Senarai 1 Perlembagaan Persekutuan 3 Sila rujuk Senarai Persekutuan Item 7 berkaitan kewangan termasuk (j) perbankan, pemberi pinjaman wang, gadaian dan kawalan kredit. 4 Akta Bank Islam 1983 (ketika itu) dan kini digantikan oleh IFSA 2013 dan Akta Bank Negara Malaysia 1958 (ketika itu) dan kini digantikan oleh CBMA 2009 5 Antaranya Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Constraints and Opportunities in Harmonisation of Civil Law And Shariah in the Islamic Financial Services Industry [2008] 4 MLJ I, Norhashimah Yassin. (2003). Legal Aspects of Islamic Banking: Malaysian Experience Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on Islamic Banking and Finance., dan Solehuddin Shuib dan Muhammad Hafiz Badarulzaman. Halangan Undang-Undang dan Transformasi Institusi Perbankan dan Kewangan di Malaysia. (Sintok: UUM Press, 2011). 172

mahkamah shariah untuk mendengar kes-kes perbankan Islam. 6 Apabila mahkamah shariah mendengar kes-kes tersebut, tiada lagi isu yang dipertikaikan kerana hakim yang mendengar kes tersebut adalah hakim yang layak. Namun untuk merealisasikan impian ini, beberapa peruntukan seperti Seksyen 5 dan Seksyen 6 7 perlu dimansuhkan kerana seksyen-seksyen tersebut dengan jelas menyatakan isu berkaitan kewangan perlu didengari oleh mahkamah sivil. 8 Samada Syarat yang Mengkehendaki Mahkamah Mengikut Nasihat SAC Berkaitan Persoalan Shariah Tentang Isu Kewangan Islam Melampaui Bidang Kuasa Mahkamah? Peguam bagi TS Khalid telah berpendapat bahawa Hakim Datuk Zawawi Salleh telah gagal menghargai kuasa mahkamah apabila merujuk kepada SAC tentang persoalan Shariah sepertimana yang telah diputuskan Hakim Datuk Rohana Yusuf dalam kes Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim lwn Bank Islam (M) Bhd dan lainlain 9. Tindakan tersebut seolah menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi bersikap functus officio. Peguam bagi pihak responden pula berpendapat Hakim Datuk Zawawi Salleh bertindak betul dengan membuat rujukan kepada penghakiman Hakim Datuk Rohana Yusuf tentang kuasa SAC seperti yang termaktub dalam Seksyen16B (9) 10 : (9) Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah menurut rujukan yang dibuat di bawah perenggan (8) (b) hendaklah, bagi maksud prosiding yang berkenaan yang rujukan telah dibuat - (A) Jika rujukan itu dibuat oleh mahkamah, diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusan; (B) Jika rujukan itu dibuat oleh penimbang tara, mengikat penimbang tara. 6 Solehuddin Shuib dan Muhammad Hafiz Badarulzaman. Halangan Undang-Undang dan Transformasi Institusi Perbankan dan Kewangan di Malaysia. (Sintok: UUM Press, 2011) 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 8 Norhashimah Yassin. (2003). Legal Aspects of Islamic Banking: Malaysian Experience. Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on Islamic Banking and Finance. 9 [2009] 6 MLJ 416 10 Seksyen 16B (ketika itu) Akta Bank Negara Malaysia 1958 173

Tindakan mahkamah bukanlah memohon SAC untuk membuat keputusan penghakiman tetapi sekadar permintaan untuk mendapatkan maklumat untuk memastikan samada terdapat manamana ketetapan yang sedia ada oleh SAC berkenaan pembiayaan Islam (BBA). Mahkamah rayuan berpendapat bahawa perkataan merujuk bukanlah bermaksud penentuan oleh SAC dengan membuat keputusan atas persoalan tertentu berkaitan Shariah. Oleh itu, Mahkamah Tinggi tidak boleh dikatakan functus officio atau telah memberikan kuasa untuk membuat keputusan kepada SAC. Mahkamah masih mempunyai kuasa membuat keputusan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan bahawa kuasa kehakiman di mahkamah ialah membuat keputusan di bawah undangundang persekutuan. Peruntukan perlembagaan persekutuan tersebut adalah berkaitan tentang bidang kuasa mahkamah sepertimana yang dinyatakan seperti berikut 11 : (1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu (a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri- Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh Yang di-pertuan Agong; dan (b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang di-pertuan Agong; (c) (Dimansuhkan), dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan dan Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahan itu hendaklah 11 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan 174

mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undangundang persekutuan. Isu dan hal berkaitan dengan kewangan, perniagaan dan perbankan Islam adalah di bawah undang-undang persekutuan dan hanya mahkamah sivil yang layak membuat keputusan. 12 Seterusnya, kewajipan berkanun dan fungsi SAC adalah hanya untuk memastikan hal-hal berkaitan kewangan dan perniagaan Islam selari dengan prinsip Shariah. Ia tidak mendengar keterangan (evidence) atau membuat keputusan kes. Seksyen 57 adalah seperti berikut: Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah menurutrujukan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah mengikat institusi kewangan Islam di bawah seksyen 55 dan mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan di bawah seksyen 56. Seksyen 56 dan Seksyen 57 mengandungi peruntukan jelas yang bermaksud sebarang persoalan shariah yang timbul dalam manamana prosiding mahkamah tentang perniagaan dan kewangan Islam, maka mahkamah perlu merujuk kepada SAC. SAC akan bertindak dalam memberikan penentuan undang-undang Islam mengenai hal kewangan atau perniagaan Islam dan bukan membuat keputusan sesuatu kes. Fungsi mahkamah masih lagi sebagai badan yang membuat keputusan dalam mana-mana kes. Keterikatan mahkamah dengan pandangan SAC di bawah Seksyen 57 tidak menjejaskan fungsi-fungsi dan tugas-tugas kehakiman dalam menyediakan keputusan terhadap mana-mana pertelingkahan. Mahkamah juga berfungsi untuk mendengar bukti-bukti pakar untuk membantu melicinkan suatu kes. SAC juga boleh dianggap sebagai bukti pakar seperti yang tersingkap dalam Seksyen 45 Akta Keterangan 1950. Bukti pakar diperlukan bagi membantu mahkamah membuat keputusan dalam kes-kes yang antaranya melibatkan undang-undang asing (Foreign Law). 13 Undang-undang asing ini termasuklah undang-undang Islam. Ini diputuskan di dalam kes Viswalingam 12 Senarai Persekutuan Item 7 (j) Perlembagaan Persekutuan 13 Rafiah Salim, Evidence in Malaysia and Singapore. (Butterworth Asia,1994). 175

lwn Viswalingam 14 di mana mahkamah telah memutuskan untuk mendapatkan bukti pakar tentang isu-isu dan persoalan undangundang keluarga Islam. Sekiranya dalam kes keluarga Islam mahkamah mahu mendapatkan penjelasan pakar, maka perlu juga dalam kes perbankan Islam mahkamah mendapat nasihat dari SAC sebagai pakar. Oleh itu, SAC yang juga seperti bukti pakar lain tidak melakukan apa-apa fungsi kehakiman dalam menentukan keputusan muktamad mahkamah dan tidak boleh dikatakan melakukan tugastugas mahkamah. Di samping itu, mahkamah perlu memastikan bahawa hakim yang akan mendengar kes-kes berkaitan dengan perbankan Islam adalah layak. Kelayakan seseorang hakim itu bergantung kepada pengetahuannya dalam isu dan aplikasi prinsip shariah dalam perbankan Islam. Ini bagi mengelak anggapan bahawa SAC yang membuat keputusan penghakiman walhal SAC hanya membantu mahkamah dan tugas kehakiman. Peranan menyediakan keputusan penghakiman masih terletak pada badan kehakiman. Tindakan badan kehakiman yang mewujudkan mahkamah dagang muamalat juga harus dipuji 15 dan menunjukan bahawa badan kehakiman bersedia mendengar kes-kes yang berkaitan perbankan dengan menyediakan hakim yang layak. Samada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 Bersifat Diskriminasi dan Bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan? Fungsi-fungsi mahkamah tidak diambil alih oleh SAC. Fakta yang menyatakan mahkamah adalah terikat dengan nasihat dan perintah SAC di bawah seksyen 57 tidak mengurangkan fungsi dan tugas mahkamah dalam membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian. Apabila mahkamah menggunapakai nasihat dan perintah SAC, fungsi-fungsi mahkamah untuk mendengar dan menentukan keputusan bagi sebarang pertikaian kekal dan tidak dicabuli. SAC tidak menjalankan apa-apa fungsi kehakiman dalam menentukan keputusan terakhir litigasi di mahkamah tetapi hanya sekadar 14 [1980] 1 MLJ 10 15 Adnan Trakic, Dispute Resolution Of Islamic Banking Cases In Malaysia With Reference To Muamalat Division Of The High Court And The Shariah Advisory Council [2013] 3 MLJ lxvii 176

memberikan pandangan dalam menentukan sesuatu hal kewangan dan perniagaan Islam itu patuh Shariah. Seksyen 56 dan seksyen 57 adalah terpakai tanpa diskriminasi kepada semua pihak dan tidak boleh dikatakan telah melanggar Perkara 8 tentang hak kesamarataan dan kesaksamaan di sisi undang-undang. Hak kesamarataan ini diberikan kepada semua orang sama ada warganegara atau sebaliknya. Perlu difahami bahawa hujah dan tindakan TS Khalid yang menganggap Seksyen 56 dan Seksyen 57 bertentangan hak kesamarataan adalah tidak munasabah. Hal ini kerana hak kesamarataan adalah bersifat tidak mutlak. Hak kesamarataan ini perlu dibaca bersama dengan beberapa peruntukan perlembagaan dan akta-akta lain. Ini dapat dilihat melalui peruntukan berkaitan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Secara tidak langsung, peruntukan tersebut menunjukkan bahawa hak kesamarataan bersifat tidak mutlak. Malah ini dikuatkan lagi menerusi kes Datuk Haji Harun bin Haji Idris lwn Pendakwaraya 16 apabila mahkamah memutuskan bahawa hak kesamarataan bersifat tidak mutlak dan itu tidak bermaksud bahawa semua undang-undang perlu diseragamkan dan diaplikasikan kepada semua rakyat Malaysia. Pengecualian hak kesamarataan ini terpakai kepada undang-undang persendirian 17 termasuklah persoalan shariah dalam perbankan Islam. Justeru, Perkara 8 ini tidak perlu dibangkitkan sebagai hujah untuk menjadikan Seksyen 56 dan Seksyen 57 bertentangan dengan perlembagaan. Samada Kedua-Dua Seksyen tersebut Mempunyai Kesan Retrospektif? Seksyen 56 dan seksyen 57 tidak boleh mempunyai kesan retrospektif jika terdapat rampasan dan penindasan hak terhadap TS Khalid. Peguam bagi TS Khalid mendakwa apabila SAC membuat ketetapan bagi persoalan Shariah dalam hal-hal berkaitan perbankan dan kewangan Islam dan ketetapan itu mengikat mahkamah maka akan berlaku penindasan hak dari sudut penafian kuasa mahkamah dalam membuat keputusan. Namun di dalam kes rayuan ini hak 16 [1977] 2 MLJ 155 17 Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, (Kuala Lumpur: The Other Press, 2003) 177

TS Khalid tidak tertindas kerana hakim telah berpandapat bahawa mahkamah masih lagi menjalankan tanggungjawab membuat keputusan dan mendengar ketetapan SAC sebagai bukti pakar. Seharusnya TS Khalid tidak membangkitkan isu penafian haknya kerana pengguna dan pelanggan produk perbankan Islam hanyalah bergantung kepada pengetahuan mereka yang terhad dalam memilih produk dan pembiayaan yang menepati dan mematuhi kehendak syarak. 18 Pihak yang berkuasa dalam menentukan suatu produk dan pembiayaan itu patuh-shariah ialah SAC. Oleh itu, seksyen 56 dan seksyen 57 hanya digunakan sebagai prosedur apabila persoalan Shariah timbul dalam hal-hal perbankan dan kewangan Islam. Di bawah CBMA 1958 (ketika itu), tugas statutori dan kuasa SAC sedia wujud sebelum pindaan seksyen 56 dan Seksyen 57 iaitu menentukan undang-undang Islam tentang hal-hal kewangan dan perniagaan Islam. Perkataan yang digunakan (ketika itu) adalah boleh. Ini membawa maksud mahkamah boleh memilih samada untuk mendapatkan nasihat ataupun tidak daripada SAC. Beberapa kes dapat menjadi tanda aras bahawa mahkamah tidak terikat untuk mengikut nasihat SAC sebelum pindaan dibuat pada 2009. Dalam kes Affin Bank Bhd lwn Zulkifli Abdullah 19, Hakim Datuk Wahab Patail telah membuat kesimpulan berdasarkan kepada penghakiman dalam kes Emcee bahawa disebabkan kes yang berlaku berkaitan tafsiran dokumen-dokumen kontrak antara pihak-pihak dan keputusan mahkamah, maka tiada keperluan untuk membuat rujukan kepada forum lain (SAC) kerana baginya ia bukan persoalan undang-undang shariah. Jelaslah di sini bahawa SAC tidak mengikat mahkamah dan mahkamah boleh memilih untuk mengikut pandangan SAC atau tidak. 20 Begitu juga halnya dalam kes Arab-Malaysian Finance Bhd lwn Taman Ihsan Jaya Sdn Bhd & Ors, 21 kenyataan Hakim Datuk Wahab 18 Muhammad Hafiz Badarulzaman. (2013) Kuasa Majlis Penasihat Syariah Terhadap Hak Kepenggunaan Dalam Institusi Perbankan Malaysia. Fakulti Undang-Undang UKM: Bangi 19 [2006] 1 CLJ 438 20 Muhammad Hafiz Badarulzaman. Majlis Penasihat Syariah: Implikasi Sebelum dan Selepas Pindaan Akta Bank Negara 2009. Kertas Kerja telah dibentangkan di International Conference on Multidisciplinary Research, Pulau Pinang, 1-3 November 2012 21 [2008] 5 MLJ 631 178

Patail dalam kes ini bahawa mahkamah sivil berfungsi secara tegas sebagai mahkamah sivil dan tidak menjadi Mahkamah Shariah serta menyatakan fungsi mahkamah sivil sebagai memberikan keputusan yang dipertimbangkan secara kehakiman menurut undangundang dan bukan mengaplikasikan undang-undang Islam seperti Mahkamah Shariah menunjukkan pandangan SAC tidak mengikat (binding) terhadap keputusan mahkamah sivil dan mahkamah sivil berhak untuk tidak merujuk kepada SAC kerana Seksyen 16B tidak bertindak sedemikian. Walaubagaimanapun mulai 25 November 2009, kuasa budi bicara mahkamah telah dipinda dan telah menjadi mandatori kepada mahkamah untuk membuat rujukan dan mengikat mahkamah. Pemakaian peruntukan undang-undang baru ini telah diuji buat pertama kali di dalam kes Mohd Alias 22. Melalui kes ini, H a k i m Datuk Zawawi Salleh dilihat telah menghargai peruntukan baru yang mengiktiraf kewujudan dan fungsi SAC. Beliau menegaskan adalah menjadi kewajipan (mandatori) untuk mengikuti ketetapan yang diberikan oleh SAC kerana SAC adalah pihak berkuasa tertinggi untuk menasihati mahkamah tentang isu-isu yang berkaitan perbankan dan kewangan Islam. Mahkamah telah berpendapat bahawa peruntukan baru ini bukanlah bermaksud memberi kuasa kepada SAC untuk memutuskan kes-kes perbankan dan kewangan Islam tetapi SAC diiktiraf sebagai satu badan penasihat yang akan memberikan penerangan dan penjelasan kepada isu-isu perbankan dan kewangan Islam yang terlibat di dalam kes-kes kewangan Islam. Justeru, mahkamah rayuan dalam kes ini berpendapat Mahkamah Tinggi adalah betul dalam memutuskan seksyen 56 dan seksyen 57 mempunyai kesan retrospektif. TS Khalid tidak dinafikan hak-hak sedia adanya. Di bawah Akta Bank Negara 1958 yang sebelumnya, tugas-tugas statutori SAC sedia wujud sebelum pindaan seksyen 56 dan Seksyen 57 iaitu menentukan undangundang Islam tentang hal-hal kewangan dan perniagaan Islam. Mahkamah boleh memilih samada untuk mendapatkan nasihat SAC ataupun tidak. Walaubagaimanapun, dengan pindaan Seksyen 56 dan Seksyen 57, SAC telah dilihat sebagai badan tertinggi berkaitan perbankan Islam dan mampu menasihatkan mahkamah. Secara 22 Mohd Alias bin Ibrahim lwn RHB Bank Bhd & Anor [2011] 3 MLJ 26 179

tidak langsung, keterikatan penghakiman melalui SAC mengatasi keputusan-keputusan yang lepas. Oleh itu, seksyen-seksyen tersebut mempunyai kesan retrospektif. Kuasa Jawatankuasa Shariah (SC) dan SAC selepas Kewujudan IFSA 2013 Secara asasnya, Jawatankuasa Shariah (SC) merupakan sebuah badan yang wajib ditubuhkan oleh setiap bank yang akan melaksanakan operasi perniagaan dan perbankan Islam. 23 Kewujudan Akta Kewangan dan Perkhidmatan Islam 2013 (IFSA) setelah disatukan (consolidated) dengan beberapa akta menunjukkan kematangan institusi perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dalam memastikan transaksi, kemudahan dan produk itu bertepatan dengan kehendak shariah. Seksyen 30 hingga Seksyen 38 IFSA telah dikhususkan tentang pentadbiran shariah dalam institusi tersebut. Untuk memastikan bahawa operasi perniagaan perbankan bank Islam adalah selaras dengan agama Islam, Seksyen 30(1) 24 memperuntukkan bahawa suatu institusi yang berlesen perlu melantik satu jawatankuasa penasihat shariah dalam memastikan aktiviti perniagaan tersebut menepati kehendak shariah. Oleh itu, ia adalah satu keperluan bagi mana-mana bank Islam untuk menubuhkan suatu SC untuk menasihatkan bank dan untuk memastikan operasi perniagaan perbankannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang bercanggah dengan agama Islam. Apabila setiap bank mempunyai SC tersendiri, maka setiap ahli jawatankuasa shariah bertanggungjawab kepada sebuah badan utama penasihat untuk mengesahkan penetapan yang dibuat oleh SC milik bank-bank Islam. 25 Isu ini diperkuatkan lagi apabila pada tahun 2003SAC telah ditubuhkan melalui pindaan Akta Bank Negara Malaysia 1958 26. Dengan pindaan itu, SAC menjadi pihak berkuasa bagi penentuan undang-undang Islam untuk tujuan perniagaan 23 Solehuddin Shuib dan Muhammad Hafiz Badarulzaman. Halangan Undang-Undang dan Transformasi Institusi Perbankan dan Kewangan di Malaysia. (Sintok: UUM Press: Sintok) 24 Akta Kewangan dan Perkhidmatan Islam 2013 25 Hamid Sultan Abu Backer, Critical Thoughts: Legislative Intervention Imperative To Support Islamic Financing On A Global Scale [2009] 1 MLJ lxiv 26 Seksyen 16B Akta Bank Negara Malaysia 1958 (ketika itu) dan kini telah digantikan dengan Seksyen 51 CBMA 2009. 180

perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan pembiayaan Islam, pembangunan Islam perniagaan kewangan atau apa-apa perniagaan lain yang berasaskan pada prinsip-prinsip Shariah. Ini juga akan memastikan pematuhan Shariah sentiasa diteliti dan dipatuhi oleh bank-bank Islam dengan nasihat SAC. Hubungan antara SAC dan bank juga boleh memudahkan pengesahan apa-apa produk baru dalam Institusi kewangan dan perbankan dalam jangka masa singkat. 27 Kewujudan IFSA sendiri turut mengiktiraf kuasa SAC. SAC telah ditakrifkan dalam Seksyen 2 IFSA sebagai Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan tentang kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah Seksyen 51 CBMA 1958. Malahan setiap institusi perlu memastikan operasi dan aktiviti perniagaan mereka patuh syariah dan mengikut ketetapan SAC. 28 Seksyen 28(3) pula menyatakan bahawa apabila terdapat operasi yang tidak patuh shariah, SAC akan memaklumkan kepada SC, supaya menghentikan operasi perniagaan terbabit dan sekiranya melepasi waktu yang telah ditetapkan, SAC akan melaporkan kepada Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli-ahli SC sekiranya didapati memberikan nasihat salah kepada institusi perbankan dan kewangan Islam yang membolehkan ahli-ahli SC dikenakan penjara tidak melebihi 8 tahun dan denda tidak melebihi RM25,000,000.00 atau kedua-duanya sekali. 29 Berdasarkan kepada peruntukkan tersebut, IFSA telah menunjukkan ketegasan bahawa setiap ketetapan, perintah dan nasihat yang diberikan oleh SAC terutamanya SC mempunyai merit yang tinggi dan mahkamah perlu merujuk dan membuat keputusan berdasarkan kepada penentuan oleh SAC dan SC. Sekiranya didapati nasihat tersebut adalah salah maka pihak yang mengeluarkan nasihat boleh didakwa. Kesimpulan Secara kesimpulannya, SAC dilihat sebagai satu badan yang sangat penting dan berfungsi sebagai tempat rujukan paling utama dalam isu-isu kewangan Islam. Sebagai badan penasihat kewangan Islam, 27 Engku Rabiah Adawiah Engku Ali. Constraints and Opportunities in Harmonisation of Civil Law And Shariah in the Islamic Financial Services Industry [2008] 4 MLJ i 28 Seksyen 28(2) Akta Kewangan dan Perkhidmatan Islam 2013 29 Seksyen 28(5) IFSA 2013 181

badan ini haruslah dihormati kerana badan ini bertanggungjawab menjaga pengaplikasian prinsip-prinsip Islam dalam urusan perbankan dan kewangan. Seksyen 56 dan Seksyen 57 CBMA yang memberi kuasa SAC membuat ketetapan dan mengikat mahkamah adalah tepat dan berperlembagaan. Keputusan dan penjelasan badan ini seharusnya diikut bagi memastikan prinsip Shariah dalam perbankan Islam terpelihara. Justeru, dakwaan yang mengatakan bahawa tugas mahkamah dalam membuat keputusan dinafikan harus ditolak kerana mahkamah masih berperanan membuat keputusan dalam suatu pertikaian. Penetapan prinsip shariah dalam hal-hal perbankan Islam oleh SAC hanya dijadikan bukti pakar oleh mahkamah dan tidak menjejas kredibiliti mahkamah. Walaupunbegitu, hakim berhak memilih untuk menerimanya atau tidak. Ini selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan yang menyatakan bahawa mahkamah adalah saluran yang betul untuk mentafsir undang-undang dan membuat keputusan terhadap sebarang bentuk pertelingkahan. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa dengan kewujudan IFSA, segala tindak tanduk SC dinilai dan kesalahan memberi nasihat oleh ahli-ahli SC juga boleh didakwa. Ini menunjukkan bahawa penasihatan shariah mempunyai merit yang tinggi demi menjaga kemaslahatan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia ketika ini. Rujukan Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, (Kuala Lumpur: The Other Press, 2003). Adnan Trakic, Dispute Resolution Of Islamic Banking Cases In Malaysia With Reference To Muamalat Division Of The High Court And The Shariah Advisory Council [2013] 3 MLJ lxvii. Engku Rabiah Adawiah Bt Engku Ali, Constraints And Opportunities In Harmonisation Of Civil Law And Shariah In The Islamic Financial Services Industry [2008] 4 MLJ i. Hamid Sultan Abu Backer, Critical Thoughts: Legislative Intervention Imperative To Support Islamic Financing On A Global Scale [2009] 1 MLJ lxiv. 182

Muhammad Hafiz Badarulzaman. Majlis Penasihat Syariah: Implikasi Sebelum dan Selepas Pindaan Akta Bank Negara 2009. Kertas Kerja telah dibentangkan di International Conference on Multidisciplinary Research, Pulau Pinang, 1-3 November 2012. Muhammad Hafiz Badarulzaman. (2013) Kuasa Majlis Penasihat Syariah Terhadap Hak Kepenggunaan Dalam Institusi Perbankan Malaysia. Fakulti Undang-Undang UKM: Bangi. Norhashimah Yassin. (2003). Legal Aspects of Islamic Banking: Malaysian Experience. Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on Islamic Banking and Finance. Rafiah Salim. Evidence in Malaysia and Singapore. (Butterworth Asia. 1994). Solehuddin Shuib dan Muhammad Hafiz Badarulzaman. Halangan Undang-Undang dan Transformasi Institusi Perbankan dan Kewangan di Malaysia. (Sintok: UUM Press: 2011). 183