KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

Similar documents
Nasab anak luar nikah. Mafsadah

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

MENGANDUNG ANAK TAK SAH TARAF: KAJIAN KES DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ANALISIS TERHADAP PERUNTUKAN KESALAHAN TATASUSILA DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

PENGETAHUAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH DI DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN ALYASAK BIN BERHAN 1 WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL 2

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Transcription:

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN? TERENGGANU SHARIAH HIGH COURT DECISION ON ILLEGITIMATE CHILD: LEGAL CRISIS? Irwan Mohd Subri i Zulkifli Hassan ii & Lukman Abdul Mutalib iii i (Corresponding author). Prof. Madya & Pengarah, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia. irwan@usim.edu.my ii Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. zulkiflih@usim.edu.my iii Prof. Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. lukman@usim.edu.my Abstrak Isu anak tak sah taraf antara perkara yang dibincangkan di Malaysia sama ada dari sudut fiqah atau undang-undang. Artikel ini menganalisa beberapa keputusan Mahkamah Syariah Tinggi Terengganu tentang anak tak sah taraf. Ia dikaji dari sudut sama ada ia bertentangan dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu atau tidak. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual bersama mantan Ketua Hakim Syarie Terengganu dan analisis dokumen terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Tinggi Terengganu, fatwa-fatwa dan juga buku-buku berkaitan anak tak sah taraf. Hasil kajian mendapati bahawa fatwa yang diwartakan yang melarang anak tak sah taraf dinasabkan kepada ayah biologi terlalu umum. Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Syariah Tinggi Terengganu tentang anak tak sah taraf tidak berlawanan dengan fatwa yang telah diwartakan itu. Kata kunci: Anak tak sah taraf, mahkamah, syariah, fatwa, fiqah. Abstract Issue of illegitimate child is among matters discussed in Malaysia whether from the point of fiqh or law. This article analyzes some of the Terengganu Shariah High Court decisions concerning illegitimate child. The decisions are studied from the point of whether it is contrary to the fatwa of State Fatwa Committee or not. This article uses qualitative methods through interview with former Syarie Chief Judge of Terengganu and document analysis of the results of the Terengganu Syariah High Court, fatwas and also books related to illegitimate child. The study found that the gazetted fatwa prohibiting illegitimate child to use name of his/her biological father is too general. Therefore, the decision of Terengganu Shariah High Court concerning illegitimate child does not contradict with that gazetted fatwa. Keywords: Illegitimate child, court, shariah, fatwa, fiqh. PENDAHULUAN Anak tak sah taraf adalah satu istilah moden yang menggambarkan seorang anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang sah dari segi syarak. Kebiasaannya dalam kitab-kitab fiqh, anak tak sah taraf disebut sebagai anak zina. Dr. Ramadan c Aliyy al-sayyid al- Sharanbasiyy (2002) mendefinisikan anak zina sebagai: ولد الزنا هو ولد غري شرعي جاء من سفاح كما هو معروف Maksudnya, Anak zina ialah anak tidak syarie yang terhasil daripada perbuatan keji (zina) seperti yang diketahui. Manakala Dr. Jum c ah Muhammad Muhammad Barraj (1999) mendefinisikan anak zina sebagai: 1

ولد الزنا هو الولد الذي جييء نتيجة اتصال الرجل باملرأة بغري زواج شرعي أي ما كان بطريق السفاح أو هو مثرة العالقة اآلمثة بني الرجل واملرأة ويسمى بالولد غري الشرعي Maksudnya, Anak zina ialah anak yang terhasil akibat perhubungan jenis lelaki dengan perempuan, tanpa perkahwinan syarie, yakni dengan cara keji (zina), atau akibat hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan dan dia dinamakan anak tak sah taraf. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: a. Anak Tak Sah Taraf ialah: i. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. ii. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh) (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwakebangsaan/anak-tak-sah-taraf). Artikel ini cuba membincangkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu tentang pengesahan nasab anak tak sah taraf dari sudut perundangan. Setakat ini hanya Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang membolehkan anak tak sah taraf dibinkan kepada ayah biologi. Dari satu segi, pada zahirnya ia kelihatan bercanggah dengan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Seksyen 12, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 memperuntukkan: Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Negeri Terengganu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. Jadi, adakah keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu tentang pengesahan nasab anak tak sah taraf menyebabkan krisis perundangan khususnya di Terengganu? METODOLOGI KAJIAN Bagi memastikan dapatan kajian melalui analisa kes ini dibuat secara komperehensif dan tepat, penulis menggunakan kaedah temubual semi struktur. Penulis bukan sahaja telah meneliti kes bahkan telah menemubual sendiri mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu, Dato Haji Ismail bin Yahya yang telah memutuskan beberapa kes dan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan atau dinasabkan kepada bapa biologinya. Temubual diadakan pada 21 Oktober 2012 di kamar Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu sendiri. Informan terpilih untuk ditemubual kerana hanya Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang membolehkan anak tak sah taraf dibinkan kepada ayah biologi di Malaysia. Informanlah yang mengetuai perbicaraan kes-kes tersebut dan memutuskan bahawa anak tak sah taraf boleh dinasabkan kepada ayah biologi yang menyebabkan kelahirannya. 2

DAPATAN KAJIAN Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Tentang Anak Tak Sah Taraf Berikut ialah kes-kes yang telah diputuskan di mana Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu 1 yang telah membenarkan permohonan pengesahtarafan anak tak sah taraf. Kes-kes ini boleh dibahagikan kepada empat situasi iaitu: i. Kesahtarafan anak yang lahir kurang enam bulan daripada tarikh perkahwinan. ii. Kesahtarafan anak yang lahir lebih enam bulan daripada tarikh perkahwinan. iii. Kesahtarafan anak yang lahir setelah berlakunya penceraian. iv. Kesahtarafan anak dalam kes watie syubhah. Kesahtarafan Anak yang Lahir Kurang Enam Bulan Daripada Tarikh Perkahwinan Dalam kes Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini binti Nasron Kes No: 11300-006-0033-2012 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang diputuskan pada 7 Ogos 2012. Kes ini merujuk kepada permohonan oleh Zafrin Zulhilmi bin Pauzi, pemohon, supaya Mahkamah membuat sabitan bahawa bayi perempuan, Nur Damia Aqilla binti Abdullah adalah anak sah taraf mengikut hukum syarak bagi pasangan Noor Aini binti Nasron dengan pemohon. Merujuk kepada sijil kelahiran, bayi perempuan tersebut telah dilahirkan pada 3 September 2010. Pemohon telah diakadnikahkan dengan Noor Aini binti Nasron, Responden pada 16 April 2010. Responden tidak pernah membantah permohonan pemohon, malah turut menyokong permohonan supaya Nur Damia Aqilla disabitkan sebagai anak sah taraf mengikut hukum syarak kepada Zafrin Zulhilmi bin Pauzi, Pemohon. Bayi perempuan tersebut, Nur Damia Aqilla dilahirkan kurang dari enam bulan daripada tarikh akad nikah perkahwinan iaitu hanya selama empat bulan dua puluh empat hari. Setelah meneliti fakta dan keterangan, Mahkamah telah membuat keputusan bahawa bayi bernama Nur Damia Aqilla binti Abdullah hendaklah dinasabkan kepada kepada pemohon, Zafrin Zulhilmi bin Pauzi. Mahkamah berpandangan bahawa anak tak sah taraf boleh dinasabkan kepada bapa walaupun anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan tarikh akad nikah. Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan bahawa pemohon tidak boleh menjadi wali kepada bayi tersebut dan juga tidak boleh saling mempusakai. Kesahtarafan Anak Yang Lahir Lebih Enam Bulan Daripada Tarikh Perkahwinan Merujuk kepada kes Wan Khairi Wan Azmi v Farah Nurliliana Jauhari [2011] 1 CLJ (Sya) 344 yang melibatkan permohonan oleh suami (pemohon) supaya Mahkamah membuat sabitan bahawa bayi lelaki yang telah dilahirkan oleh isterinya, Farah Nurliliana binti Jauhari, pada 7 Disember 2010 jam 9.20 pagi adalah anak sah taraf mengikut hukum syarak. Dalam kes ini Mahkamah telah membuat sabitan bahawa seorang bayi lelaki yang telah dilahirkan oleh Farah Nurliliana binti Jauhari pada 7 Disember 2010 adalah anak sah taraf mengikut hukum syarak dan perlu dinasabkan kepada Wan Khairi bin Wan Azmi. Setelah meneliti fakta dan keterangan kes, Mahkamah mensabitkan bahawa bayi lelaki yang telah dilahirkan oleh Farah Nurliliana binti Jauhari pada 7 Disember 2010 adalah mengikut hukum syarak dan hendaklah dinasabkan (dibinkan) kepada Wan Khairi bin Wan Azmi. Menurut perkiraan hakim, anak tersebut telah dilahirkan enam bulan empat hari selepas tarikh perkahwinan ibubapanya. Walaupun diragui status kesahtarafan anak tersebut berdasarkan tempoh kelahirannya, Hakim mendapati bahawa Responden telah melahirkan bayi lelaki berkenaan itu dalam tempoh melebihi enam bulan dua saat (lahzah) daripada tarikh akad nikah perkahwinannya dengan pemohon. 1 Temubual bersama Dato Haji Ismail bin Yahya. Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu, 21 Oktober 2012. Kamar Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. 3

Kesahtarafan Anak Yang Lahir Setelah Berlakunya Penceraian Dalam kes Fatimah binti Abdullah dan Zainal Abidin bin Mat Zin v Mat Zin Bin Kassim, kes No: 41-012-1-99 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang diputuskan pada 26 ogos 1999. Dalam kes ini Fatimah binti Abdullah dan Zainal Abidin bin Mat Zin telah membuat permohonan untuk mensabitkan bahawa Zainal Abidin bin Mat Zin adalah anak Mat Zin bin Kassim. Fatimah binti Abdullah telah berkahwin dengan Mat Zin bin Kassim pada 1 November 1976 dan telah bercerai pada 12 Disember 1976. Plaintif Kedua iaitu Zainal Abidin telah dilahirkan pada 26 November 1977 iaitu 350 hari iaitu kira-kira 11 bulan setelah berlakunya penceraian. Setelah meneliti semua keterangan, Mahkamah memutuskan untuk mensabitkan bahawa Zainal Abidin bin Mat Zin yang dilahirkan pada 26 November 1977 adalah anak yang sah kepada Mat Zin bin Kassim. Mahkamah mendapati Defendan, Mat Zin bin Kassim tidak membuat penafian di mana-mana Mahkamah Syariah untuk menafikan Zainal Abidin bin Mat Zin yang dilahirkan pada 26 November 1977 itu adalah bukan anaknya. Berdasarkan kepada pandangan fuqaha, hakim memutuskan bahawa sekiranya seseorang suami menceraikan isterinya dan isterinya itu tidak berkahwin lain, kemudian lahir anak oleh isteri tersebut dalam tempoh kurang daripada empat tahun daripada tarikh talaq itu, maka anak tersebut adalah dinasabkan kepada suami itu. Kesahtarafan Anak Dalam Kes Watie Syubhah Dalam kes Mohamad Kamil Hassan v Salmiah Hussein, Kes No: 11300-054-0007-2010 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang diputuskan pada 16 Mei 2010. Kes ini sebenarnya merujuk kepada permohonan untuk mengesahkan perceraian antara pemohon dengan responden. Persoalan mengenai status kesahtarafan anak yang dilahirkan pada 22 Januari 2010 melalui persetubuhan syubhah adalah isu sampingan yang dibicarakan dalam kes ini. Merujuk kepada keputusan Mahkamah pada isu kesahtarafan anak yang dilahirkan daripada persetubuhan syubhah antara pemohon dengan responden, hakim telah menetapkan bahawa anak tersebut adalah anak kepada Mohd Kamil bin Hassan iaitu ayahnya dan dengan itu anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada beliau. FATWA TERENGGANU BERKAITAN ANAK TAK SAH TARAF Berikut ialah fatwa yang diwartakan di Terengganu berkenaan anak tak sah taraf. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti berikut: Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwanegeri/anak-tak-sah-taraf-4). Berdasarkan fatwa di atas, ia menjelaskan bahawa anak tak sah taraf (tidak syarie) tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut. Selain daripada itu, anak tersebut tidak boleh mewarisi harta pusaka lelaki tersebut, tidak boleh mahram dan wali serta tidak menjadi tanggungjawab lelaki itu menyediakan nafkah kepada anak tersebut. Keputusan fatwa ini telah bersidang pada 19 Disember 2004 dan telah diwartakan bertarikh 6 Januari 2005. Nombor Rujukan keputusan tersebut adalah SUK. Tr. 700/254(26); PUN. Tr. 4

Manakala fatwa berkaitan iaitu berkahwin dengan perempuan yang mengandung sebagaimana yang telah diajukan oleh masyarakat iaitu: Apakah hukum orang yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung, umur kandungannya ialah 6 bulan, apakah sah atau tidak perkahwinan tersebut dalam Islam. Hasil daripada perkahwinan tersebut anaknya lahir lebih kurang 3 bulan sahaja selepas mereka berkahwin. Kepada siapakah anak itu hendak dibinkan. Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: 1. Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan. 2. Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya. Keputusan tersebut tidak diwartakan dan telah diputuskan pada 5 Disember 1995 dibawah tajuk munakahat (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/berkahwin-denganperempuan-yang-mengandung-0). PERBINCANGAN Setelah meneliti alasan penghakiman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, penulis mendapati bahawa Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu telah mengambil pandangan yang membenarkan anak tak sah taraf dinasabkan dan dibinkan kepada bapa biologinya hatta kepada sesiapa yang mengahwini ibu kepada anak tak sah taraf tersebut dengan syarat tertentu. Dengan merujuk kepada pandangan Dr. c Abd al-karim Zaydan berdasarkan kepada nas dan hadis berkaitan, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu mengambil pendirian bahawa seseorang anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dari waktu akad nikah perkahwinan boleh dinasabkan kepada si lelaki yang mengahwini ibu yang mengandung dan melahirkan anak itu mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan keduniaan, dan dengan syarat lelaki itu tidak menyatakan yang anak itu adalah anak dari perbuatan zinanya. Kes-kes di atas juga menunjukkan bahawa peruntukan undang-undang seperti yang terkandung di bawah seksyen 13 dan 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 memberi ruang seseorang anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan daripada waktu akad nikah perkahwinan boleh dinasabkan kepada si lelaki yang mengahwini ibu yang mengandung dan melahirkan anak itu dengan syarat ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak itu membuat permintaan bersama, dan orang itu hendaklah dalam hal sedemikian menandatangani daftar itu bersama dengan ibu itu. Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 memperuntukkan: Walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan terdahulu di dalam Akta ini, dalam hal anak tidak sah taraf, tiada seorang pun sebagai bapa kepada kanak-kanak itu dikehendaki memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu, dan Pendaftar hendaklah tidak mencatatkan ke dalam daftar nama mana-mana orang sebagai bapa kanak-kanak itu kecuali atas permintaan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak itu, dan orang itu hendaklah dalam hal sedemikian menandatangani daftar itu bersama dengan ibu itu. Manakala seksyen 13A (1 & 2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 pula memperuntukkan: (1) Nama keluarga, jika ada, yang hendak dicatatkan berkenaan dengan anak sah taraf hendaklah secara biasanya menjadikan nama bapa sebagai nama keluarganya, jika ada. (2) Nama keluarga, jika ada, yang hendaklah dicatatkan berkenaan dengan anak tidak sah taraf boleh jika ibunya adalah pemberitahu dan secara sukarela memberi maklumat itu, menjadikan nama ibunya sebagai nama keluarganya; dengan syarat 5

bahawa jika orang yang mengaku dirinya menjadi bapa kanak-kanak itu mengikut peruntukan seksyen 13 meminta sedemikian, maka nama keluarga bolehlah diletak atas nama keluarga orang itu. Walaupun Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan untuk membenarkan permohonan untuk menasabkan dan membinkan seseorang anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dari waktu akad nikah perkahwinan, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu berpandangan bahawa anak tersebut dan bapanya tidak boleh saling mempusakai dan bapa juga tidak boleh menjadi wali kepada anak tersebut. Hakim merumuskan bahawa persoalan kewalian dan kepusakaan bukanlah dikategorikan sebagai ahkam al-dunya di mana anak tersebut hanya boleh dibinkan kepada bapa biologinya tetapi penasaban ini tidak mengubah kedudukan dari sudut pewalian dan kepusakaan. Selain itu, dalam kes Fatimah binti Abdullah dan Zainal Abidin bin Mat Zin v Mat Zin Bin Kassim dan Wan Azmi v Nik Salwani, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu telah memutuskan untuk membenarkan pemohon untuk menasabkan anak yang lahir setelah berlakunya penceraian. Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu memutuskan bahawa sekiranya seseorang suami telah bercerai dengan isterinya dan isterinya itu tidak berkahwin lain, kemudian lahir anak oleh isteri tersebut dalam tempoh kurang dari empat tahun dari tarikh penceraian, maka anak tersebut adalah dinasabkan kepada suami itu. Sekiranya suami itu ingin membuat penafian nasab anak, maka sebarang penafian mestilah dibuat segera. Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu mendapati bahawa penafian yang dibuat oleh suami itu antaranya adalah disebabkan untuk mengelakkan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak tersebut. Namun begitu, setelah diteliti kes yang diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu yang membenarkan permohonan pengesahtarafan anak tak sah taraf, pemerhatian penulis dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama Bagi penghakiman yang membenarkan permohonan anak tak sah taraf dalam kes kesahtarafan anak yang lahir lebih enam bulan qamariah daripada tarikh perkahwinan, kesahtarafan anak dalam kes suami menghilangkan diri, kesahtarafan anak yang lahir setelah berlaku penceraian dalam masa empat tahun dan kesahtarafan anak dalam kes watie syubhah: Penulis mendapati bahawa berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Negeri Terengganu 1985, Mahkamah berbidangkuasa dan boleh untuk membenarkan permohonan pengesahtarafan anak tak sah taraf. Di samping itu, fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang diwartakan juga tidak menyebut atau melarang sesiapa untuk menasabkan anak tak sah taraf dalam kes di atas. Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah, keputusan yang telah dibuat oleh hakim adalah selari dengan peruntukan undang-undang dan tidak berlawanan dengan keputusan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Kedua Bagi penghakiman yang membenarkan permohonan pengesahtarafan anak tak sah taraf yang lahir kurang enam bulan qamariah daripada tarikh perkahwinan: Setelah meneliti peruntukan undang-undang sedia ada termasuk fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu, penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan khususnya kes Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini Binti Nasron Kes No: 11300-006-0033-2012 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang diputuskan pada 7 Ogos 2012. Dalam kes ini, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu telah membuat keputusan bahawa bayi bernama Nur Damia Aqilla binti Abdullah hendaklah dinasabkan kepada kepada Pemohon, Zafrin Zulhilmi bin Pauzi. Mahkamah berpandangan bahawa anak tak sah taraf boleh dinasabkan kepada bapa walaupun anak tersebut dilahirkan hanya dalam empat bulan 24 hari daripada tarikh perkahwinan. Walaupun begitu, 6

Mahkamah memutuskan bahawa pemohon tidak boleh menjadi wali kepada bayi tersebut dan juga tidak boleh saling mempusakai. Walaupun secara umumnya, tiada peruntukan khusus dan jelas yang melarang atau menghalang Mahkamah Syariah untuk membenarkan permohonan pengesahtarafan anak tak sah taraf yang lahir kurang enam bulan qamariah daripada tarikh perkahwinan, setelah dirujuk fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu, penulis mendapati bahawa keputusan mahkamah ini perlu disemak semula. Ini berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang diwartakan pada 6 Januari 2005. Selain Terengganu, negeri Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka juga telah mewartakan pandangan yang sama. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu secara umumnya memutuskan bahawa "anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak". Merujuk kepada fatwa di atas, Mahkamah juga terikat dengan fatwa yang diwartakan ini iaitu tidak dibenarkan menasabkan anak zina kepada lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut. Selain daripada itu, anak tersebut tidak boleh mewarisi harta pusaka lelaki tersebut, tidak boleh mahram dan wali serta tidak menjadi tanggungjawab lelaki itu menyediakan nafkah kepada anak tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya diteliti maksud dan kandungan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu di atas, ia adalah terlalu umum. Fatwa yang diwartakan adalah tidak terperinci untuk melarang mana-mana pihak untuk menasabkan anak tak sah taraf yang kurang atau lebih enam bulan daripada tarikh perkahwinan. Fatwa tersebut hanya menyebut larangan penasaban anak tak sah taraf tanpa memperincikan hukumnya. Walaupun terdapat keputusan Fatwa yang menyebut secara jelas bahawa anak tak sah taraf itu mesti dibinkan kepada ibunya atau Abdullah bukan ayahnya dalam kes kelahiran kurang enam bulan qamariah daripada tarikh perkahwinan, fatwa bertarikh 5 Disember 1995 itu tidak diwartakan dan seterusnya menjadikan Mahkamah Syariah tidak terikat dengan fatwa tersebut. PENUTUP Berdasarkan kepada beberapa persoalan dan isu yang dibincangkan di atas, penulis berpandangan bahawa kes Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini binti Nasron perlu dibuat semakan. Ini tidak bermakna hakim telah membuat kesilapan undang-undang dan penghakiman di dalam kes ini, tetapi penyelidik mendapati bahawa isu yang melibatkan penasaban anak tak sah taraf yang lahir kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan di Negeri Terengganu memerlukan ketetapan yang lebih jelas dari sudut undang-undang. Semakan kes ini pasti boleh membantu untuk menentukan kedudukan undang-undang dan ketetapan Mahkamah Syariah dalam kes seumpama ini. 7

RUJUKAN Buku Jum c ah Muhammad Muhammad Barraj. 1999. Ahkam al-mirath Fi al-shari c at al-islamiyyah. al-ashrafiyyah: Dar Yafa al- c Ilmiyyah. al-sharanbasiyy, Ramadan c Aliyy al-sayyid. 2002. Ahkam al-mirath Bayna al-shari c ah Wa al-qanun. al-iskandariyyah: Mansha at al-ma c arif. Akta/Enakmen Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001. Internet Anak Tak Sah Taraf. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf (diakses pada 31 November 2012). Anak Tak Sah Taraf. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-tak-sah-taraf-4 (diakses pada 1 Oktober 2012). Berkahwin Dengan Perempuan Yang Mengandung. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwanegeri/berkahwin-dengan-perempuan-yang-mengandung-0 (diakses pada akses 8 Oktober 2012. Temubual Dato Haji Ismail bin Yahya. Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. 21 Oktober 2012. Kes Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini binti Nasron. Wan Khairi Wan Azmi v Farah Nurliliana Jauhari. Fatimah binti Abdullah dan Zainal Abidin bin Mat Zin v Mat Zin bin Kassim. Mohamad Kamil Hassan v Salmiah Hussein. 8