III

Similar documents
JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Takrifan Etika ethos

Transcription:

DS 35.77 T889 1997

Pusat Khidmat Makiumat Akademik universiti MALAYSIA SARAWAK KEBERKESANAN PERANAN OIC DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA-NEGARA ISLAM P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS iliii 111111111111 11111III 1000246015 TUAN HASMUNEE ZULIATI BTE TUAN HASSAN Latihan Ilmiah mi dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Program Kajian Antarabangsa (FSS) FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 1997

Pusat Khidmat Makiumat Akademik UN7VERSITi MALAYSIA SARAWAK KANDUNGAN PENGHARGAAN... i ABSTRAK... ii ABSTRACT... iii BAB I... 1 PENGENALAN... 1 1.1. Pendahuluan 1... 1.2. Kenyataan Masalah 4...... 1.3. Tujuan Kajian 5... 1.4. Skop Kajian 8... 1.5. Metodologi Kajian 9... 1.6. Kajian Lepas 10... BAB 11... 18 LATAR BELAKANG PENUBUHAN OIC... 18 2.1. Sejarah Penubuhan OIC 18... 2.2. Objektif Penubuhan 23... 2.3. Keanggotaan OIC 26... 2.4. Struktur Organisasi 28... BAB III... 32 ANTARA AZAM DAN PERLAKSANAAN OIC... 32 3.1. Persidangan Lepas OIC (1969-1996)... 32 3.2. Analisis Ringkas Persidangan Lepas OIC... 59

BAB IV... 70 PUNCA KELEMAHAN OIC... 70 4.1. Faktor Dalaman... 70 4.2. Faktor Luaran... 82 BAB V... 91 KESIMPULAN... 91 BIBLIOGRAFI... 102 LAMPIRAN... 107

PENGHARGAAN Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih saya kepada pensyarah yang juga merupakan penyelia saya. Segala tunjuk ajar, panduan serta nasihat yang diberikan adalah amat dihargai : Dr. Rashid Abdullah jasa Dr. Rashid - akan tetap dikenang. Tidak lupa juga kepada Dr. Othman Yatim, Cik Suceela dan Cik Wan yang sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Kajian Antarabangsa yang telah memberi inspirasi dan bimbingan sepanjang pengajian saya di UNIMAS ini. Begitu juga kepada semua rakan-rakan khususnya Norasmah, terima kasih kerana sering menghulurkan bantuan dan sokongan. Khas kepada Aton yang membantu printkan tesis ini. Akhir sekali buat tersayang Abah, Nik, Kak Long, Ayu, dan Noor, doa dan restu dari kalian amat dihargai. SEKIAN Tn. Hasmunee Zuliati Bte Tn. Hassan Fakulti Sains Sosial Kajian Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak 1997 i

ABSTRAK Ramai yang mempertikaikan keupayaan dan peranan Pertubu. han Islam : Organization Islamic Conference (OIC) dalam mempertahankan hak asasi dan kebebasan umat Islam. Masyarakat dunia beranggapan bahawa OIC tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak umat dan negara Islam dalam menyelesaikan setiap pergeseran dan perggolakan yang mencabul keharmonian dan kedaulatan umat Islam. Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana benarnya kenyataan tersebut. Kajian ini juga mendalami sejauh manakah keberkesanan peranan OIC dalam mempertahankan hak asasi dan kebebasan umat Islam seluruhnya. la juga meninjau apakah sebenarnya masalah yang wujud dalam OIC sehingga membantutkan dan melemahkan perjanjian pertubuhan tersebut dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelindung negara-negara Islam. Selain itu, kajian ini juga secara tidak langsung menganalisis apakah strategi yang sewajarnya diambil oleh OIC dalam menangani masalahnya dan berjuang menaikkan semula nama dan imejnya di mata dunia. Melalui pendekatan penyelidikan perpustakaan, kajian ini dapat dirumuskan bahawa selama perjuangan OIC semenjak penubuhannya (1969-1996) masih terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan digubal oleh OIC untuk menjayakan matlamatnya sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa yang mewakili seluruh umat Islam di dunia ini. Kelemahan-kelemahan lalu perlu dijadikan sebagai tauladan untuk mengorak langkah seterusnya agar kegagalan lalu tridak berulang dalam sejarah OIC di masa hadapan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada azam dalam persidangan-persidangan OIC yang lepas, dapat dilihat adanya usaha yang cuba dilaksanakan oleh OIC dalam membantu umat Islam, namun ia terbantut disebabkan beberapa halangan dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh OIC. Namun hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa setiap kegagalan OIC adalah bukan satu kegagalan yang teruk dan setiap kejayaan OIC bukanlah satu kejayaan yang cemerlang. Untuk OIC bangkit semula sebagai sebuah pertubuhan dunia Islam yang boleh dibanggakan beberapa perkara dan strategi baru perlu diwujudkan dan OIC masih memiliki peluang ini sekiranya bersikap lebih aktif dalam menghadapi percaturan politik dunia khususnya Barat yang semakin global ini. ii

ABSTRACT Many argued about the Organisation Islamic Conference (OIC) capability and it's role in defending Islamic rights and freedom. The world society assume that OIC is not serious in fighting the Islamic rights and states in solving any conflicts and disputes that disturbed the peace and sovereignty of the muslims. So, this research purpose is to see how true is these statements. It's also search deeply the effectiveness of OIC's role in defending the Islamic rights and the occurred in OIC which caused weaknesses in OIC and analyse the strategies taken by OIC in order to solve its problems and striggle to increase it's prestige and image in world society. To achieve these, the methodology of library research is used and can be concluded that OIC's efforts since its establishment (1969-1996) still need a few things to be done in order to acheve its goals. It's past weaknesses should be a notable example to build new history in future. In OIC's past constancy, it can be said that there's efforts have been done to help the muslime, but it stunt because of some internal and external barries. From this research, can be concluded that every failure of OIC is not a worst failure and the success of OIC is not an excellent success. If OIC wanted to build up its organisation as a better one, some new strategies need to be established and it still have this opportunity if it involve more active in world political order especially in Western political which is more globalize nowadays. iii

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) ditubuhkan pada Mei 1971 dan kini beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi dan diketuai oleh seorang Setiusaha Agong. Jawatan itu kini dipegang oleh Dr. Hamid Al-Gabid dari Niger. Beliau dibantu oleh empat orang penolong Setiausaha Agong. OIC wujud adalah hasil daripada Persidangan Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Islam di Rabat, Magribi pada 1969 dan disokong pada Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam di Jeddah pada Mac 1970 dan di Karachi pada September 1970. Sejumlah 52 buah negara Islam menjadi anggota pertubuhan ini. Perjuangan OIC adalah berlandaskan semangat ukwah Islamiah, di mana objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negara anggota, mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan saintifik untuk kepentingan bersama. la juga merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang berusaha untuk mewujudkan keamanan. Bagaimanapun perkara utama yang ditekankan dalam kerjasama tersebut ialah memperkukuhkan perjuangan orang-orang Islam dengan tujuan menjaga maruah, kebebasan serta hak asasi dari sebarang pencabulan asing. Walau bagaimanapun prestij OIC semakin lama semakin tergugat, masyarakat antarabangsa kini tidak lagi memandangnya sebagai sebuah pertubuhan yang dapat membantu dan menjadi pelindung kepada negara-negara Islam yang menghadapi tekanan politik daripada negara-negara luar, khususnya tekanan daripada I

2 kuasa Barat. Masyarakat dunia memandang OIC dengan perasaan sinis dan melemparkan kritikan-kritikan yang mengakibatkan pertubuhan ini menghadapi dilemma yang sukar ditafsirkan. Peranan OIC dikatakan tidak berkesan disebabkan kekaburan dan kelemahan peranannya dalam membendung pertelingkahan dikalangan negara-negara ahli, contohnya sehingga membawa kepada peperangan Iraq dan Kuwait pada 1990 serta wujudnya pertelagahan dan pertelingkahan di dalam kepimpinan Arab sendiri. Dalam persengketaan antara Iraq dan Kuwait itu, ada dikalangan negara anggota yang berpaling tadah demi kepentingan diri telah merestui pegeboman ke atas rakyat Iraq dan ini mengakibatkan hampir keseluruhan telaga minyak di Kuwait terbakar dan mengorbankan beratus ribu rakyat Iraq yang tidak berdosa. Kes yang paling hangat diperkatakan tentang kelemahan yang amat ketara dalam peranan OIC ialah masalah konflik di Bosnia-Herzegovina. Seorang tokoh akedemik bidang teologi dari Universiti Leeds, Britain, Prof. Adrian Hastings, berkata "OIC jelas tidak mempunyai taring dan hanya mampu melaungkan ancaman kosong dalam menyelesaikan kes Bosnia-Herzegovina, OIC hanya berlagak seolah-olah mereka berbuat sesuatu sedangkan tiada usaha berkesan yang dilaksanakan ". ' Berdasarkan kenyataan inilah, kajian ini dibuat iaitu untuk mengkaji sejauh mana benarnya kenyataan yang dibuat oleh Prof. Adrian itu terhadap pendirian sebenar pertubuhan OIC ini. Adakah OIC benar- benar tidak melakukan sebarang tindakan dan hanya berlagak sebagai pemerhati sahaja terhadap kes Bosnia-Herzegovina ini atau sebaliknya. Jika negara-negara Islam sendiri, khususnya negara Arab bersengketa sehingga ke tahap beratus ribu nyawa terkorban, bagaimana mereka yang menjadi pucuk ' Berita Harian. 29hb September 1993.

3 pimpinan pertubuhan ini boleh menganjurkan perdamaian?. Keadaan ini meletakkan OIC yang dianggotai oleh negara-negara Arab, berada di persimpangan dilemma yang tidak ketahuan. Sejak ditubuhkan sehingga kini tiada sebuah pun negara anggota OIC yang benar-benar boleh dianggap sebagai maju. Sehubungan dengan itu, negara- negara Islam dengan sendirinya menjadi tidak mampu untuk menyuarakan pendapatnya di persada politik dan ekonomi antarabangsa. Negara kuasa besar terus meminggirkan dunia Islam dan ini menyebabkan negara Islam terus terhimpit dengan kemelut kekuasaan Barat yang sering berusaha untuk menindas dan menghapuskan Islam. Namun demikian, kita tidak boleh bersikap berat sebelah dengan menyalahkan pertubuhan ini sebagai gagal dan bersikap lembab dalam menjalankan kewajipannya. Seharusnya perlu dinilai secara lebih kritis apakah masalah yang wujud ini benar-benar berpunca daripada kelemahan dan sikap sambil lewa pertubuhan ini atau disebabkan oleh faktor lain yang menjadi dalang kepada kemajuan pertubuhan ini. Keseluruhannya dalam menganalisa peranan OIC semenjak kelahirannya, apa yang ketara dilihat adalah boleh dikatakan seluruh dunia menganggap pertubuhan ini sebagai sebuah pertubuhan yang lemah dan tidak efektif dalam melaksanakan tanggungjawabya malah ada yang menggelar OIC sebagai sleeping organization. Ternyata kritikan-kritikan ini memberi kesan buruk kepada pertubuhan itu dan sekaligus menjatuhkan prestijnya di kacamata dunia Barat khususnya yang sering berusaha untuk memporak perandakan negara- negara Islam demi kepentingannya. Atas sebab inilah kajian ini ingin dilakukan untuk menilai sejauh manakah OIC sebagai sebuah organisasi negara-negara Islam dapat menegakkan kedudukan dan kedaulatan sesebuah negara Islam dari segi keutuhan politik, ekonomi dan sosialnya.

4 1.2 KENYATAAN MASALAH Walaupun Pertubuhan persidangan negara-negara Islam (OIC) kini telah mencapai usia 27 tahun, namun ia masih dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak menampakkan apa-apa hasil dalam menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam terutamanya ketika negara-negara Islam menghadapi tekanan dan kengkangan politik. Malah masih ramai yang mempertikaikan keupayaannya dan peranannya turnt disangsi oleh masyarakat dunia. Masyarakat dunia beranggapan bahawa pertubuhan ini hanya melepaskan batuk ditangga dalam menyelesaikan pergeseran dan perpecahan di kalangan negara-negara Islam sendiri, sedangkan sebagai penaung negara-negara Islam, OIC seharusnya menjadi sebuah organisasi yang teguh, matang, berkesan dan mampu menghadapi segala cabaran yang dihadapi oleh negara-negara Islam sedunia. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh persalahkan kegagalan OIC semata- mata. Seharusnya perlu satu penilaian yang lebih mendalam, apakah OIC ini benar- benar bersikap tidak serius dalam memperjuangkan hak bangsa dan negara Islam sedunia. Sekira ditinjau secara keseluruhan melalui media massa boleh dikatakan semua pihak telah menyalahkan OIC dan mempertikaikan keupayaannya dalam menangani isu-isu semasa. Sebenarnya, harus diteliti dan dikaji sedalam-dalamnya apakah benar pertubuhan ini mengambil sikap sambil lewa dalam menjalankan kewajipannya atau OIC sebenarnya telah berusaha sedaya yang termampu olehnya, tetapi ia gagal di sebabkan oleb faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan olehnya. Berdasarkan kepada rujukan-rujukan melalui bahan-bahan bacaan di dapati kebanyakkan penulisan hanya berkisar kepada kelemahan dan kegagalan OIC dalam bertindak mengikut kehendak suara-suara negara anggotanya dalam mempertahankan

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNNERSIT[ MALAYSIA SARAWAK 5 kepentingan negara dan bangsa Islam. Tetapi sekira dikaji dan diteliti berdasarkan kepada persidangan-persidangan yang lepas secara logiknya pertubuhan ini berkemungkinan dapat menjadi sebuah pertubuhan yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam. Malah, ia dapat menandingi pertubuhan antarabangsa yang lain sekiranya pergerakan dan perlaksaannya sering mendapat sokongan yang jitu dan padu oleh negara-negara anggota. Contohnya, baru-baru ini berkenaan dengan perdamaian di Filipina Selatan. Selama beberapa dekad ini, bangsa Moro Islam memang sudah lama menderita kerana apa yang diimpikan menerusi perang tidak pernah tercapai akibat pelbagai tekanan dari kerajaan pusat Filipina. Kejayaan OIC terserlah melalui kemampuannya menonjolkan diri dalam memainkan peranan utama yang berkesan sekali dalam usaha perdamaian antara pemimpin pejuang Islam MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari dengan Fidel Ramos bagi menamatkan sengketa di Mindanao. Di sini kita dapat lihat kemampuan pertubuhan ini sebagai orang tengah dalam menghapuskan persengketaan tersebut walaupun sebelum ini peranannya agak lemah dalam menangani isu-isu yang lepas. Jadi berdasarkan kepada fakta ini, telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk mengkaji dengan lebih mendalam faktor-faktor lain yang boleh mengilap semula cahaya OIC dikaca mata dunia terutamanya negara Barat yang sering berusaha untuk menghapuskan Islam. 1.3 TUJUAN KAJIAN Tujuan utama penulisan latihan ilmiah ini adalah untuk mengkaji adakah benar OIC lemah dalam memainkan perananya sebagai penyelamat maruah, kebebasan dan melindungi hak asasi bangsa Islam dan benarkah OIC bersikap endah tak endah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

6 Penulisan latihan ilmiah ini juga adalah bertujuan untuk meninjau dan melihat apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pertubuhan ini sehingga ia diberi jolokan sebagai sleeping organization oleh masyarakat dunia. Prospek lainnya adakah pertubuhan ini masih memiliki peluang yang cerah untuk menggilap semula namanya di mata dunia, khususnya di kaca mata Barat. Apakah perlaksanaan yang perlu digubal oleh pertubuhan ini dalam usahanya untuk mempertingkat dan menaikkan semula imejnya sebagai sebuah pertubuhan yang membela dan melindungi maruah, kebebasan dan mempertahankan hak asasi bangsa Islam dari sebarang pencabulan. Sekiranya diimbas kembali kepada sejarah lalu, OIC tidak ketinggalan dalam melibatkan dirinya dalam pergolakan dunia, khususnya dalam kes-kes pencabulan ke atas bangsa Islam. Contohnya, semasa ia di bawah pimpinan Almarhum Raja Al-Malik Faisal di awal tahun 1970 an, pertubuhan ini sering melibatkan diri dalam membela nasib orang-orang Islam dan dikatakan berada pada tahap kecermelangan yang tinggi khususnya dalam percaturan politik dunia. OIC telah melibatkan diri dalam menggesa pengunduran Israel dari wilayah-wilayah Arab dan mengiktiraf hak rakyat Palestin (PLO) sebagai wakil pertubuhan ini yang sah. Pertubuhan ini juga melibatkan diri dalam membantu pembebasan Baitulmaqdis dan wilayah-wilayah yang ditakluki oleh Israel melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan pada 1981, di mana OIC telah mengistiharkan jihad di kalangan negara-negara Islam lain untuk membebaskan Baitulmaqdis dan lain-lain wilayah yang ditakluk Israel. Secara keseluruhannya, OIC ada melibatkan diri dalam menentang segala bentuk ancaman dan tekanan luar ke atas negara-negara Islam, terutamanya campurtangan dalam kes pencabulan yang berlaku di Afghanistan. OIC telah mendesak pengunduran segera tentera Soviet dari Afghanistan. Kes-kes lainnya ia juga turut

7 terlibat secara langsung dalam usaha perdamaian menamatkan konflik di Bosnia- Herzegovina, konflik Iran-Iraq, persengketaan yang berlaku di Kashmir, Filipina dan sebagainya yang berkaitan dengan pencabulan dan penindasan kedaulatan bangsa Islam. Jadi, secara realitinya peranan-peranan lalu yang dimainkan oleh pertubuhan ini jelas melihatkan ia ada inisiatif untuk membantu masyarakat Islam sedunia, cuma ketidakaktifannya secara menyeluruh dan kemungkinan terdapatnya faktor-faktor lain yang menghalang haluannya menyebabkan ia lembab dan lemah untuk menjalankan tanggung jawabnya dengan berkesan dan sempurna. Pergeseran dan kegoncangan yang melanda dunia Arab sendiri berkemungkinan merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kelemahan pertubuhan ini, bak kata pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Begitulah yang boleh diandaikan kepada dilemma yang menghimpit kemajuan dan keagresifan OIC sebagai badan pelindung yang berkesan. Demikian antara lain persoalan yang cuba dibincangkan di dalam latihan ilmiah ini. Memandangkan kini ramai yang telah mengkritik peranan sebenar OIC dalam konsep perjuangannya yang sebenar dan punca kelemahannya yang masih kabur jadi kajian ini diharap akan dapat membantu memperlihatkan dengan lebih mendalam dan terperinci apakah sebenarnya yang menyebabkan timbulnya kritikan-kritikan ini dan sejauh manakah perana OIC di sepanjang abad kelahirannya, apakah pemasalahan sebenar yang menyebabkan ia berada dipersimpangan dilemma yang tidak tentu haluannya dan apakah masa depannya masih cerah untuk memperlihatkan dirinya setaraf dengan pertubuhan antarabangsa lain seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menarik semula kepercayaan dunia terhadap keupayaannya.

8 1.4 SKOP KAJIAN Pemerhatian kajian ini difokaskan daripada peringkat awal pertubuhan OIC hingga masa kini. la bertujuan untuk mengkaji dan melihat secara terperinci setiap peranannya atau penglibatannya semenjak ia dilahirkan hingga peranannya di masa kini, sejauh mana ia melibatkan dirinya dan sejauhmanakah keberkesanan peranannya dalam menyelesaikan dan membendung pergolakan dunia. Dalam jangka masa tersebut dapat juga dinilai apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pertubuhan ini sepanjang kewujudannya itu. Sepanjang kewujudannya pertubuhan ini telah menghadapi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya yang melibatkan kedaulatan bangsa dan negara Islam. Jadi, sudah menjadi kewajipannya untuk menangani dan menyelesaikan pergolakan tersebut atas dasar-dasar serta objektifiiya sebagai pelindung dan penaung negara-negara Islam. Namun yang menjadi masalahnya adalah ramai yang mempertikaikan keupayaannya sebagai sebuah badan pelindung dunia Islam atas sebab-sebab kelemahannya dalam menangani masalah yang wujud seperti penyelesaian konflik Iran-Iraq, Penindasan Palestin oleh Israel, Penghapusan etnik di Bosnia, dan sebagainya. Jadi jangka masa ini dapat membantu memperlihatkan dengan lebih jelas dan tepat kedudukan sebenar pertubuhan ini dan apakah ia benar-benar sebuah organisasi yang lembab atau sebaliknya. Hasil daripada kajian dalam jangka masa ini juga dapat dibuat beberapa saranan yang seharusnya digubal bagi memperbaiki prestij OIC setanding dengan pertubuhan-pertubuhan dunia lainnya.

9 1.5 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini secara keseluruhannya adalah berasaskan kepada penyelidikan perpustakaan. Kajian ini lebih merujuk kepada isu-isu semasa khususnya berkaitan dengan pergolakan dunia Islam. Kaedah atau metod lainnya seperti wawancara dan soal selidik tidak diperlukan kerana ia tidak sesuai digunakan dalam kajian ini yang sepenuhnya menumpukan kepada kajian lepas. Oleh itu, kajian ilmiah ini hanya memberi tumpuan kepada penyelidikan perpustakaan untuk mendapatkan data-data dan maklumat-maklumat yang diperlukan daripada bahan rujukan seperti buku-buku kajian lepas, artikel-artikel dari jurnal dan majalah terbitan tempatan dan juga luar negara. Jurnal yang menjadi tumpuan adalah seperti Asian Survey, Foreign Affairs, Conflict Studies dan Third World Quarterly. Manakala, majalah-majalah yang menjadi rujukan adalah seperti Dewan Siswa, Asia Week, Times, Impact International, News Week dan Pembaharu. Sebagai rujukan tambahan untuk memperolehi maklumat dan data dengan lebih detail, tidak ketinggalan merujuk kepada suratkhabar tempatan seperti New Strait Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Penyelidikan perpustakaan yang dijalankan adalah tidak terhad kepada penyelidikan perpustakaan di dalam satu perpustakaan sahaja. Selain daripda Perpustakaan UNIMAS, kajian ini turut dilakukan di Perpustakaan UM, UKM dan IDHL (Institut Dasar Hubungan Luar) di Kuala Lumpur. Selain itu kajian dirujuk juga kepada sistem maklumat elektronik seperti Internet dan CD-Rom.

10 1.6 KAMAN LEPAS Pada masa ini tidak terdapat satu kajian lepas yang benar-benar membincangkan mengenai faktor-faktor yang memperlihatkan sama ada benar atau tidak OIC dianggap sebagai sleeping organisation disepanjang abad penubuhannya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa artikel dari majalah dan jurnal tempatan yang membincangkan sedikit sebanyak berkenaan peranan dan sumbangan OIC di sepanjang abad penubuhannya itu. Salah satu antaranya adalah hasil penulisan dari Akmar Annuwar Ali (1994) di dalam artikel beliau bertajuk OIC Pertaruhkan Maruah Islam. Di mana dalam artikel tersebut sedikit sebanyak beliau telah membincangkan tentang sekiranya OIC mempunyai keberanian dan semangat yang kuat untuk bertindak, maka seluruh umat Islam pastinya akan berdiri teguh di belakang OIC. Menurut beliau, secara umumnya dengan peningkatan usianya, seharusnya OIC lebih bersikap dewasa dan matang dalam memainkan peranannya di persada dunia. Namun apa yang mengecewakan OIC dilihat masih gagal dalam menonjolkan dirinya sebagai sebuah pertubuhan yang kuat, mantap dan disegani. Menurut beliau lagi keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh berlakunya pergolakan demi pergolakan dalaman atas alasan perebutan kuasa, ketidakstabilan politik dan kemunduran ekonomi, khususnya dalam komuniti di negara-negara Islam. Keadaan ini membawa kesukaran kepada OIC untuk membawa haluannya sebagai penaung negara-negara Islam. Ramai yang menaruh harapan agar OIC mampu bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan besar dunia yang lain seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pakatan Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) yang dianggap sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar mantap, agresif dan berkesan serta memonopoli kepolisian dan ekonomi dunia. Penyataan ini jelas membuktikan bahawa pertubuhan OIC masih

11 diperlukan oleh masyarakat dunia Islam, malah ia menjadi satu harapan besar kepada negara-negara Islam yang kecil dan sering menjadi mangsa penindasan Barat. Menurut beliau lagi, OIC seharusnya memikul tanggung jawab membela dan melindungi maruah dan kehormatan negara Islam dan keselamatan rakyatnya jika berlaku kes pencabulan hak asasi ke atas komuniti negara-negara anggota. Beliau telah mengkritik pertubuhan OIC yang gagal menghentikan penderitaan rakyat Palestin walaupun setengah abad telah berlalu namun pergolakan ini masih berterusan, malah semakin parah. Beliau mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh OIC yang kononnya mewakili lebih satu billion umat Islam, dan behau juga telah mempersoalkan dengan suara satu billion itu, adakah masih tidak cukup kuat untuk menyakinkan kuasa Barat terhadap kemampuan dan kekuatan OIC untuk bertindak. Pada pandangan beliau, sememangnya OIC tidak berani atau boleh diibaratkan sebagai pengecut untuk bertindak, sememangnya ia lebih banyak menggunakan mulut daripada bertindak. OIC hanya mampu untuk mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan, perbuatan yang melanggar batas-batas hak kemanusiaan dan kedaulatan negara anggotanya. Kewibawaan OIC sekali lagi tercabar apabila ia kelihatan lembab dalam menangani masalah konflik di Bosnia yang diperlakukan tanpa rasa perikemanusiaan oleh puak Serb atas tujuan untuk mewujudkan serbia Agung. Dari sudut pandangan Akmar Annuwar Ali, jeritan dan laungan meminta tolong daripada kerajaan Bosnia kepada OIC boleh dübaratkan sebagai mencurah air ke daun keladi. Sekian lama rakyat Islam Bosnia hidup dalam ketakutan dan sengsara, tetapi OIC masih belum dapat mencari perdamaian. Walaupun kini Bosnia-Herzegovina telah kembali pulih, namun Saat menunggu keamanan tersebut memakan masa yang panjang lebih kurang hampir empat tahun itupun masih belum pulih sepenuhnya.

12 Satu lagi penghormatan tercabar apabila Rusia menunjukkan belangnya dengan memberi amaran melalui tindakannya ke atas penindasan rakyat Islam Chechnya. Rusia menyerang Chechnya sewaktu OIC sedang sibuk bermesyuarat untuk mendamaikan Bosnia-Herzegovina. Amaran ini jelas ditunjukkan oleh kuasa Barat yang melihat pertubuhan ini sebagai satu organisasi yang lemah dan kerdil oleh mana-mana kuasa besar dan tidak gentar dengan sebarang tindak balas yang akan diterima daripada pertubuhan OIC ini. Perbincangan ini jelas menonjolkan bagaimana tanggapan dan sikap Barat terhadap Islam dan ini memperlihatkan sejauh mana pertubuhan OIC ini mendapat penghormatan dari Barat. Atas alasan inilah kajian ini ingin memperlihatkan apakah punca sebenar kelemahan OIC sehingga Barat memandangnya hanya dengan sebelah mata sahaja. Berdasarkan faktor ini juga kajian ini akan melihat bagaimana seharusnya OIC mengilap semula namanya agar menjadi sebuah pertubuhan yang benar-benar efektif dan dihormati. Akmar Annuwar All menyifatkan OIC sebagai sebuah pertubuhan yang tidak mampu untuk menjadi tempat pergantungan dan tempat perlindungan yang selamat, memandangkan ia sendiri tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah negara anggotanya apatah lagi untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tambahan pula negara-negara Arab sendiri sering berselisih faham dan bersengketa sesama sendiri dan terdapatnya tindakan dan perlakuan yang tidak relevan, di mana wujudnya sikap angkuh, sombong dan ego antara sesama sendiri terutamanya di kalangan negara anggota yang tarafiiya lebih tinggi, kaya dan lebih berpengaruh sehingga lupa terhadap kewajipannya ke atas negara Islam lain dalam menegakkan maruah, bangsa dan dunia Islam.

13 Selain daripada faktor politik, Akmar Annuwar Ah turnt membincangkan tentang kedudukan ekonomi negara anggota OIC. Di mana menurut behau, faktor ekonomi merupakan agenda utama yang harus dipentingkan dalam perbincangan OIC agar segala manfaat daripada kekuatan ekonomi komuniti negara-negara Islam dapat dikecapi bersama. Ini berdasarkan kepada pengaruh dan kekuatan Barat, di mana tanpa kekuatan ekonomi, suara OIC tidak akan dilayan oleh gergasi ekonomi Barat sebagai aktor berbisa dalam putaran dunia mengikut kepentingannya. Antara kelemahan ekonomi negara-negara anggota OIC yang dibincangkan adalah :- " Terpaksa membeli kelengkapan perang dari pihak musuh sendiri akibat daripada kekurangan teknologi sendiri. " Terdapatnya jurang perbezaan yang luas dalam pembangunan di negara-negara anggota. " Wujudnya pelbagai cabaran dan saingan dalam ekonomi dunia. Di sebabkan oleh faktor-faktor inilah menurut Akmar Annuwar Ali seharusnya negara-negara anggota perlu bersatu dalam membangunkan negara mereka khususnya dunia Islam dengan saling bantu membantu, terutamanya yang kaya harus membantu yang miskin dan sekiranya keadaan ini tercapai pastinya kuasa Barat akan lebih hormat dan gerun untuk menindas Islam. Seorang lagi penulis adalah Abdullah AI-Ahsan (1991) dalam bukunya bertajuk Ummah On Nation Identity In Contemporary Muslim Society. membincangkan tentang idea terhadap identiti ummah dalam masyarakat muslim selepas pembentukkan kemerdekaan di negara-negara muslim. Menurut behau, krisis merupakan keputusan

14 kepada tecetusnya konflik antara citizen nations dengan kesedaran kepada identiti ummah. Menurut Abdullah, selepas kewujudan majoriti negara-negara Muslim sebagai negara yang merdeka dan kedaulatan unit politiknya adalah berdasarkan kepada Perang Dunia Kedua menyebabkan timbulnya idea dalam mewujudkan pertubuhan OIC ini. Namun demikian disebabkan berlakunya kekurangan terhadap kepentingan kepada perwakilan kerajaan maka OIC tidak dapat wujud sebagai sebuah organisasi yang berkesan. Walau bagaimanapun, seluruh rakyat Islam masih berkeinginan untuk bergantung harap kepada OIC sebagai unit bantuan. Ini kerana pada asasnya penubuhan OIC adalah berdasarkan kepada sovereign status yang berpandukan konsep ummah yang menjadi pegangan masyarakat Islam sejak zaman tradisi lagi di mana semua umat Islam adalah sama tanpa mengira bangsa. Menurut Abdullah lagi, sejak penubuhannya OIC secara tidak langsung telah memainkan peranan penting dalam memajukan negara-negara anggota, ini termasuklah perlaksanaan pelbagai projek yang bukan sahaja bersifat ekonomi, politik dan sosial tetapi sebagai alternatif yang baik dalam usaha mempertemukan semua pemimpin Islam di seluruh dunia di satu meja persidangan bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara anggota. Namun apa yang menyedihkan terdapat faktor-faktor negetif yang menghalang kejayaannya. OIC bertanggung jawab menjaga kepentingan umat Islam secara universal dan taat pada konsep ummah serta fatwa Islam demi menjamin keharmonian bangsa daripada sebarang ancaman dan pencabulan. Atas konsep persefahaman negara-negara Islam seharusnya bergabung dalam usaha mempromosi antara mereka dengan mengadakan hubungan yang lebih rapat, kerjasama yang lebih aktif dan saling membantu dalam bidang ekonomi, saintifik, budaya dan bidang spiritual melalui penekanan berdasarkan sunnah dan fatwa Islam.

15 Melalui persidangan ini juga membawa kepada persidangan antara Menteri-Menteri Luar negara-negara Islam berbincang dan mengambil tindakan yang bersesuaian dalam melaksanakan keputusan yang membawa kepada kepentingan bersama. Jadi secara tidak langsung, dengan wujudnya OIC sebagai wakil kepada masyarakat muslim telah membawa kepada peringkat atau fasa baru dalam corak identiti krisis mereka. Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menghalang perlaksanaan konsep ini dengan berkesan. Berlainan ideologi dan prinsip merupakan salah satu faktor penting yang diketengahkan oleh Abdullah sebagai faktor kelemahan perlaksanaan pertubuhan ini. Di kalangan negara-negara Islam ada yang Republik Islam, Monarki, Militari Diktatorship, demokrasi national, Republik demokrasi sosialis, Republik saintifik sosial dan Republik rakyat demokratik. Kebanyakkan mereka terpengaruh dengan idea sekular Eropah seperti nationalism, sosialism, saintism dan demokrasi. Jadi agak mustahil multi-ideolologi ini dapat diimplimentasikan di bawah satu payung bernama rumpun negara-negara Islam dalam memperjuangkan jihad yang sama atas dasar kepentingan bersama. Jelasnya apa yang berlaku, multi-ideologi inilah yang menyebabkan wujudnya perpecahan dan ketidaksetiaan antara negara anggota. Abdullah juga memberi komen berkenaan kelembapan pertubuhan ini dalam menangani masalah dunia seperti pencerobohan ke atas Palestin oleh Israel, penindasan yang berlaku ke atas penduduk Islam di Chehnya, peperangan sivil yang berlaku di Afghanistan, konflik di Kashmir, konflik Azeri-Armenia, dan termasuk juga kelemahannya dalam mencari perdamaian dengan segera ke atas penyeksaan yang dilakukan oleh puak Serbia ke atas puak Islam di Bosnia-Herzegovina. Dalam hal ini ramai sarjana menyifatkan bahawa kegagalan OIC memainkan peranannya dalam

16 menangani isu-isu antarabangsa dunia Islam adalah disebabkan dasar luarnya dibayangi oleh fahaman dan ideologi serta semangat assabiyah yang terlalu kuat di kalangan negara-negara Arab yang menjadi pucuk pimpinan pertubuhan ini. Atas dasar pengamalan inilah negara-negara Islam sentiasa bertelagah antara satu sama lain. Contohnya, kes yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin dunia Arab iaitu Jamal Sabdul Nasir. Beliau tidak pernah menghadiri atau mewakilkan dirinya dalam setiap persidangan yang diadakan oleh OIC dan yang paling menyedihkan beliau lebih cenderung memihak kepada pertubuhan yang dianjurkan oleh negara Barat seperti pertubuhan Non-Alingment Movement sebagai rangkaian dalam menyampaikan suaranya. Fenomena lain yang telah menggugat dan memporak-perandakan pertubuhan ini adalah percaturan politik Barat. Di mana negara Barat bimbang bahawa kekuatan Arab adalah lambang kepada kekuatan Islam, di sebabkan itulah, Eropah berusaha melaga-lagakan negara-negara Arab atas motif untuk melemahkan dan seterusnya menghancurkan Islam, manakala yang menjadi dalang penting dalam menyekat tumbulmya persatuan Arab yang boleh mengugat kedudukan kuasa Barat sebagai Big Boss di mata dunia. Secara keseluruhannya, kedua-dua hasil karya ini lebih menumpukan kepada aspek faktor penubuhan OIC, tujuan penubuhannya dan tidak ketinggalan membincangkan tentang faktor yang membawa kepada kegelapan dunia OIC yang disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang kabur dan lemah. Secara rawangnya memang ada perkaitan dengan kajian latihan ilmiah ini, tetapi berdasarkan kepada kedua-dua hasil karya tersebut masih belum mencukupi faktanya sebagai kajian yang khusus mengenai keberkesanan peranan OIC sepanjang abad ke 21 ini dan faktor

17 lainnya di sebalik berlakunya kelemahan dalam penyelenggaraan pertubuhan ini. Kajian mi juga akan memperlihatkan sekiranya terdapat faktor-faktor yang berkesan yang boleh membantu OIC dalam menaikkan semula prestijnya di mata dunia dan mengembalikan semula kepercayaan dunia Islam atas keupayaan pertubuhan ini sekiranya pertubuhan ini di beri peluang sekali lagi untuk memperbaiki kesilapannya yang lalu. Sebagai rumusan daripada artikel Akmar Annuwar Ali dan penulisan Abdullah, secara jelas dapat kita lihat kedua-dua penulis ini lebih bersetuju memperkatakan tentang kelemahan dan ketidakupayaan OIC sebagai pertubuhan kepada pelindung dunia Islam. Malah beliau lebih melihat OIC sebagai sebuah pertubuhan yang gagal dan lembab dalam melaksanakan tugasnya. Walau bagaimanapun, artikel dan buku ini kurang menyentuh tentang kajian sebenar yang hendak diselidiki. Penulis tidak membincangkan tentang keberkesanan peranan OIC secara keseluruhan dan kurang membincangkan tentang masalah-masalah dalaman dan luaran yang menjadi tekanan kepada pertubuhan ini dan penulis juga tidak membincangkan tentang prospek masa depan pertubuhan ini. Jadi, inilah faktor utama yang mendorong kajian ilmiah ini untuk mendalami topik ini agar dapat memperluaskan lagi pengetahuan mengenai status dan keupayaan pertubuhan ini secara lebih menyeluruh. Oleh itu, kajian yang akan dibuat akan lebih mendalami dari sudut aspek kenapa OIC tidak aktif dan apakah masalah- masalah yang sebenarnya dihadapi oleh pertubuhan ini dan apakah prospek yang membolehkan pertubuhan ini bernadi semula sebagai satu pertubuhan yang gemilang dan dihormati.