HUBUNGAN POLITIK ANTARA SELANGOR DENGAN PERAK, Ahmad Farhan bin Universiti Kebangsaan Malaysia

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. Syed Othman Syed Omar, Rejimen Askar Melayu Diraja , Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm., ix.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Vol. 12, No. 3 (2017), 020 ISSN: x

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

International Memory of the World Register

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Malayan Union dan Persekutuan Oleh. Dr Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Pengaruh Strategi Ketenteraan Rom dalam Ketenteraan Uthmaniah : Perspektif British

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Perkembangan Identiti Kaum Peranakan Samsam Islam: Satu Kajian Kes Seorang Dalang Wayang Gedek di Kedah

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

PENINGKATAN KAWALAN BRITISH MELALUI PERJANJIAN PERLIS-BRITISH 1930 DAN PENGUKUHAN KUASA ELIT MELAYU

Kedaulatan Kesultanan Selangor Dari Perspektif Sejarah Perundangan

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

Transcription:

HUBUNGAN POLITIK ANTARA SELANGOR DENGAN PERAK, 1804-1825 Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia manuskrip_lama@yahoo.com Abstrak Selangor dan Perak merupakan sebuah entiti politik tersendiri di Tanah Melayu. Kerajaan dinyatakan mempunyai hubungan politik baik antara satu sama lain tetapi menjadi keruh setelah Selangor menyerang dan menguasai Perak pada 1804. Walaupun begitu, hubungan politik ini kembali dipulihkan secara beransur-ansur setelah termetarai Perjanjian Anderson 1825. Makalah ini bertujuan membuktikan bahawa Selangor menggunakan perang sebagai metod sah dan mutlak untuk menguasai Perak pada 1804 yang menyebabkan hubungan politik menjadi renggang. J. M. Gullick (1998), Mohd Yusoff Haji Hashim (2001) dan Abdullah Zakaria Ghazali (2005) kurang meneliti perkara dinyatakan menyebabkan berlaku salah faham mengenai hubungan tersebut. Makalah ini akan: mengenal pasti struktur pentadbiran Selangor dan Perak; menganalisis terhadap hubungan politik dan peperangan dinyatakan; dan menilai sama ada perang sesuai ditempatkan sebagai metod sah serta mutlak untuk menguasai sesebuah kerajaan di Tanah Melayu atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO), Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR), Rekod Pusat Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Factory Record; SSFR) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) digunakan untuk menjawab perkara dikemukakan. Secara keseluruhannya, Selangor berjaya menguasai Perak dengan menggunakan perang sebagai metod penguasaan dan perluasan kuasa sesebuah kerajaan secara sah serta mutlak. Di samping itu, hubungan politik antara kerajaan dinyatakan pada awalnya baik menjadi renggang sejak 1804 hingga dipulihkan secara perlahan-lahan setelah termetarai Perjanjian Anderson 1825. Sehubungan itu, Selangor dan Perak kekal menjadi sebuah entiti politik tersendiri pada 1825 dan tetap menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain hingga kini (2016). Kata Kunci: Hubungan Politik, Selangor, Perak, Perang, Perjanjian Anderson 1825. 1

HUBUNGAN POLITIK ANTARA SELANGOR DENGAN PERAK, 1804-1825 1 PENDAHULUAN Selangor dan Perak merupakan sebuah entiti politik berbeza di Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-dua negeri ini masih kekal berdiri sebagai sebuah entiti politik tersendiri pada konteks kini (2016). Perak merupakan kerajaan awal dibentuk secara daulat pada 1528 jika dibandingkan dengan pula pada 1766. Walaupun tarikh pembentukannya berbeza, hubungan antara Selangor dengan Perak telah dijalinkan pada abad kelapan belas setelah Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Muhammad Shah (Sultan Perak; 1765-1773) mengiktirafkan Raja Lumu ibni Daeng Chelak sebagai Sultan Selangor pertama pada November 1766 (Raja Chulan ibn Raja Hamid, 2015, p. 182). Kemudian, hubungan ini menjadi keruh pada abad kesembilan belas. Namun begitu, hubungan ini kembali dipulihkan menjadi baik secara perlahan-lahan sejak termeterainya khususnya Perjanjian Anderson 1825 serta Perjanjian Low 1826 dan kekal hingga kini. Makalah ini membincangkan mengenai hubungan politik antara Selangor dengan Perak pada 1804 hingga 1825. Mengapakah tajuk ini menempatkan Selangor terlebih dahulu bukannya Perak walaupun Perak dibentuk lebih awal jika dibandingkan dengan Selangor? Ini disebabkan Selangor yang mula menyerang Perak sehingga berjaya menguasai Perak secara menyeluruh pada 1804. Berdasarkan pandangan ini wajar mendahulukan Selangor dalam judul makalah ini. Tarikh 1804 dipilih sebagai pembuka kajian kerana Selangor menyerang dan berjaya menguasai Perak pada tahun dinyatakan. Tarikh 1825 dipilih sebagai penutup kajian kerana perselisihan faham antara kedua-dua kerajaan dinyatakan dipulihkan dan menjadi semakin baik dari masa ke masa setelah termetarainya khususnya Perjanjian Anderson 1825. Makalah ini bertujuan membuktikan bahawa Selangor menggunakan perang sebagai metod sah dan mutlak untuk menguasai Perak pada 1804 yang menyebabkan hubungan politik antara satu sama lain menjadi renggang. J. M. Gullick (1998), Mohd Yusoff Haji 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. 2

Hashim (2001), Abdullah Zakaria Ghazali (2005), R. O. Windstedt dan R. J. Wilkinson (1974) serta Walter F. Vella (1957) kurang meneliti perkara dinyatakan menyebabkan berlaku salah faham mengenai hubungan tersebut. Perkara ini penting dikaji kerana berdasarkan Sumber Primer: Pertama, Kesultanan Selangor menyerang dan berjaya menguasai Kesultanan Perak pada 1804 hingga 1825. Kedua, hubungan politik antara Kesultanan Selangor dan Kesultanan Perak daripada jernih menjadi keruh akibat peperangan tersebut. Oleh itu, kajian ini perlu dikaji dengan lebih lanjut supaya memaklumkan perkara sebenar fakta sejarah yang berlaku khususnya hubungan politik antara Selangor dan Perak pada 1804 hingga 1825 yang kurang didendangkan. Makalah ini akan: mengenal pasti struktur pentadbiran Selangor dan Perak; menganalisis terhadap hubungan politik dan peperangan dinyatakan; dan menilai sama ada perang sesuai ditempatkan sebagai metod sah serta mutlak untuk menguasai sesebuah kerajaan di Tanah Melayu atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO), Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK), The Burney Papers, The Crawfurd Papers dan Sumber Sekunder digunakan untuk menjawab perkara dikemukakan. Struktur Pentadbiran Selangor dan Perak Struktur pentadbiran Selangor dan Perak mempunyai persamaan antara satu sama lain. Persamaannnya adalah memiliki dua pendekatan pentadbiran. 1 Pendekatan pentadbiran pertama adalah pentadbiran istana. Pendekatan pentadbiran kedua pula adalah pendekatan kerajaan/negeri. Pendekatan dinyatakan mempunyai perubahan dari masa ke masa berdasarkan tompok kepimpinan baginda Sultan masing-masing. Pendekatan pentadbiran pertama iaitu pentadbiran istana. Selangor dan Perak memiliki persamaan dari aspek dua kategori utama iaitu berdasarkan sudut Mobiliti Sosial: pertama, Raja Bergelar; dan kedua, Orang Besar. Namun begitu, sekiranya meneliti secara mendalam, kedua-dua kerajaan/negeri dinyatakan kurang mempunyai persamaan dari segi Strafikasi Sosial Raja Bergelar dan Orang Besar. Walaupun begitu, J. M. Gullick (1998), Mohd Yusoff Haji Hashim (2001), Abdullah Zakaria Ghazali (2005), Barbara Watson Andaya (1979) dan Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria (2013) sependapat menyatakan 3

ciri-cirinya masih memiliki persamaan antara satu sama lain khususnya dari sudut jawatan Raja Bergelar seperti Sultan, Raja Muda dan Orang Besar seperti Pembesar Daerah. Pendekatan pentadbiran kedua iaitu pentadbiran kerajaan/negeri. Selangor dan Perak memiliki persamaan dari sudut Strafikasi Sosial sekiranya didasarkan secara umum. Persamaannya adalah: Hierarki pertama adalah Sultan merujuk kepada Ketua Kerajaan/Negeri. Hierarki kedua adalah Pembesar Daerah merujuk kepada Ketua Jajahan/Daerah. Hierarki ketiga adalah Penghulu merujuk sebagai Ketua Mukim. Sekiranya dikaji secara mendalam, menurut Winstedt dan Wilkinson (1974) serta Ahmad Farhan (2013) menjelaskan Perak mempunyai Strafikasi Sosial dikenali sebagai Sistem Pembesar Lipatan merangkumi Pembesar Empat, Pembesar Lapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua manakala Selangor pula menggunakan sistem Pembesar Major dan Minor. Sistem ini jelas menunjukkan terdapat perbezaan antara Kesultanan Perak dengan Selangor hingga kini. Bagaimanakah pula dengan persempadanan jajahan Selangor dan Perak sebelum hubungan politik antara satu sama lain menjadi retak? Secara umumnya, persempadanan tanah jajahan Perak adalah dari Sungai Kerian hingga Sungai Bernam dan menjadikan Banjaran Titiwangsa sebagai garis persempadanan antara Perak dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang (J. F. A. McNair 1972, p. 8 dan 18). Ahmad Farhan (2013) pula menyatakan persempadanan tanah jajahan Selangor dari Sungai Bernam hingga Sungai Linggi serta Pengkalan Kempas dan turut menggunakan Banjaran Titiwangsa (Genting Bidai, Bukit Sepam dan Genting Himpun) sebagai garis persempadanan antara Selangor dengan Pahang, Sungai Ujong serta Jelebu. Punca Keretakan Hubungan Politik dan Peperangan Gullick (1998), Mohd Yusoff (2001), Abdullah Zakaria (2005), Winstedt dan Wilkinson (1974) serta Walter F. Vella (1957) kurang meneliti mengenai punca keretakan hubungan politik antara Selangor dengan Perang hingga menyebabkan peperangan pada 1804. Sememangnya jelas aspek ekonomi iaitu perdagangan bijih timah merupakan punca utama keretakan hubungan politik antara Selangor dan Perak menjadi retak. Namun begitu, sekiranya mengkaji dengan lebih teliti, punca utama keretakan kedua-dua hubungan politik 4

ini adalah dari aspek pentadbiran iaitu sistem persempadanan yang kurang jelas. Perkara sistem persempadanan kurang jelas diakui oleh Tunku Dhiauddin bin Sultan Zainal Rashid Shah (Wizurai Selangor; 1868-1874). Mengapakan aspek pentadbiran bukannya ekonomi dijadikan punca utama keretakan hubungan tersebut? Sekiranya memiliki sistem pentadbiran khususnya mengenai garis persempadanan yang jelas pasti tidak akan berlaku dalam perebutan ekonomi antara kerajaan/negeri masing-masing. Namun begitu, adakah garis persempadanan dinyatakan tidak jelas? Kesultanan di Tanah Melayu mempunyai garis persempadanan yang jelas kerana dicatatkan dalam Surat Watikah. Oleh itu, Pembesar yang ditetapkan akan mengetahui dengan jelas garis persempadanan masing-masing. Walaupun begitu, adakah Pembesar Jajahan/Daerah itu akan memaklumkan kepada masyarakatnya? Secara teori, Pembesar Jajahan/Daerah pasti akan memaklumkan hal itu kepada Penghulunya. Namun begitu, adakah Penghulu itu akan memaklumkan kepada masyarakatnya? Penghulu itu pasti juga akan memaklumkan kepada masyarakatnya tetapi sejauh manakah pengaplikasian sistem garis persempadanan itu dipakai oleh mereka yang dinyatakan itu? Akibatnya, sistem pewartaan dilakukan bagi menunjukkan sesuatu perkara itu sah dari sudut undang-undang ketika era Kolonial British. Perak dan Selangor mula mengamalkan sistem ini pada akhir 1880-an. Pegawai British juga akan mengarahkan Penghulu masingmasing untuk menghebohkan garis persempadanan antara negeri dengan negeri, mukim dengan mukim dan kampung dengan kampung kepada masyarakat setempat. Tujuannya supaya penduduk tempatan mengetahui batas garis persempadanan negeri masing-masing agar tidak berlaku perselisihan faham kelak. Bilakah perselisihan faham antara Selangor dengan Perak bermula? Apakah sebabnya yang mengheret kedua-dua kerajaan/negeri ini berselisih faham antara satu sama lain? Perselisihan faham ini berlaku pada 1804. Walaupun sudah dinyatakan punca utamanya disebabkan garis persempadanan yang kurang jelas tetapi isu bijih timahlah yang mengheret kedua-dua kerajaan dinyatakan berkelahi antara satu sama lain. Sultan Selangor dan Sultan Perak masing-masing berlumba untuk menjadi pengeluar komiditi utama pada ketika itu iaitu bijih timah. Komiditi ini menjadi permintaan tinggi kepada negara Eropah seperti British dan Belanda pada abad kelapan belas hingga kedua puluh. 5

Perang sebagai Metod Sah serta Mutlak untuk Menguasai Sesebuah Kerajaan di Tanah Melayu Adakah perang sebagai metod sah serta mutlak untuk Selangor menguasai Perak? Ya, perang dianggap sebagai metod sah dan mutlak untuk menguasai sesebuah kerajaan lain. Perkara ini perlu diakui walaupun perit untuk diterima dalam konteks kini. Namun begitu, konsep ini sudah diaplikasikan di seluruh dunia sejak sebelum masihi lagi. Walaupun begitu, konsep ini sukar untuk diterima pakai sejak abad kedua puluh kerana dunia secara politikal mempunyai badan yang mampu mengharmonikan negara di seluruh bumi iaitu Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu. Walaupun begitu, perang tidak akan berlaku sekiranya tidak mempunyai kepentingan atau punca yang menyebabkan peperangan itu. Dalam konteks makalah ini, Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin (Sultan Selangor; 1782-1826) memiliki dua sebab untuk menguasai Perak pada 1804. Gullick (1998), Mohd Yusoff (2001), Abdullah Zakaria (2005) serta Winstedt dan Wilkinson (1974) kurang memberikan pendapat mengenai sebab Sultan Ibrahim menyerang Perak pada 1804. Sebab pertama adalah baginda berhasrat menjadikan Selangor sebagai pengeluar bijih timah tersohor dan terkaya berbanding Perak. Sebab kedua pula adalah baginda tidak berpuas hati dengan Kesultanan Perak akibat pemungutan cukai di sekitar Lembangan Sungai Bernam. Berdasarkan dua sebab ini, Sultan Ibrahim menyerang dan berjaya menguasai Perak pada 1804. Kejayaan Sultan Ibrahim dalam peperangan itu membawa kesan positif kerana berjaya menguasai Perak manakala memberi impak negatif kepada Sultan Perak yang kalah dalam perang tersebut. Seramai tiga kerabat raja Perak memainkan peranan sebagai Sultan Perak ketika berselisih faham dengan Sultan Ibrahim pada 1804 hingga 1825. Pertama, Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhammad Shah (1786-1806). Kedua, Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Sultan Ahmaddin Shah (1806-1825). Ketiga, Sultan Abdullah Muazzam Shah ibni Sultan Abdul Malik Mansur Shah (1825-1830). Berdasarkan metod dinyatakan, Perak secara sahnya di bawah pentadbiran Selangor sejak 1804. Namun begitu, Sultan Perak tidak mengakui tuntutan itu dan berperang dengan Selangor sejak 1804 hingga 1825. Walaupun begitu, Perak sememangnya di bawah Selangor pada 1804 hingga terdapatnya satu episod baharu iaitu Rama II (Raja Thai Dinasti Chakri; 1809-1824) menitahkan Kedah untuk menyerang dan menguasai Perak pada 1818. 6

Perak mengalami sebanyak tiga ancaman daripada kuasa luar pada awal abad kesembilan. Pertama, Selangor. Kedua, Kedah. Ketiga, Thai Dinasti Chakri. Begitu juga dengan Kedah, turut mengalami sebanyak dua ancaman daripada kuasa luar iaitu: pertama, Thai Dinasti Chakri; dan kedua, Burma. Bagaimanakah dengan Selangor pula? Selangor hanya menghadapi ancaman daripada Belanda. Berdasarkan pandangan dikemukakan ini, Perak merupakan sebuah kerajaan/negeri yang teraniaya, terhimpit dan sukar melaksanakan pentadbirannya dengan baik sejak 1804 hingga termetarainya Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Burney 1826 dan Perjanjian Low 1826. Sebanyak dua episod dapat dibincangkan mengenai hubungan politik antara Selangor dengan Perak setelah Sultan Ibrahim berjaya menguasai Perak pada 1804. Episod pertama berlaku ketika Perak secara jelas di bawah pentadbiran Selangor pada 1804 hingga 1818. Sebanyak dua bahagian boleh dibincangkan dalam episod ini. Bahagian pertama, Sultan Ibrahim menyatakan bahawa seluruh sungai terdapat dalam jajahan Perak dan Pulau Pangkor adalah miliknya. 2 Baginda hanya menyerahkan kawasan Rantau Panjang hingga ke Lumut kepada baginda Sultan Perak. Walaupun begitu, Kesultanan Perak tidak mengiktirafkan tuntutan tersebut. Akibatnya perselisihan faham sering berlaku antara satu sama lain yang menyebabkan peperangan berlaku sepanjang tempoh dinyatakan. Bahagian kedua, disebabkan perselisihan faham dan peperangan masih berlaku, Sultan Ibrahim tidak lagi berhasrat untuk berperang lagi. Baginda mengutuskan surat kepada Sultan Abdul Malik Mansur Shah bahawa tanah jajahan Selangor adalah dari Kuala Sungai Perak hingga Sungai Bidor (Hilir dan Hulu Sungai Bidor). Namun begitu, Sultan Abdul Malik Mansur Shah menolak usulan Sultan Ibrahim itu. Sehubungan itu, perselisihan faham yang membawa peperangan masih berlaku akibat keputusan baginda Sultan Perak. Sultan Ibrahim juga tidak mempedulikan tuntutan Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan bertindak menempatkan seorang tokoh aristokrat Melayu berstatuskan kerabat raja Selangor bernama Raja Hassan bin Raja Nala sebagai Pembesar Jajahan/Daerah Sungai Perak yang berpusat di Pulau Talang dan kemudiannya, Bidor. Pada masa sama, Raja Hassan dikahwinkan dengan puteri kerabat raja Perak. Kesan perkahwinan ini memperkuatkan lagi tuntutan Sultan Ibrahim bahawa dari Kuala Sungai Perak hingga Sungai Bidor adalah milik Kesultanan Selangor bukannya Perak. 7

Episod kedua pula berlaku ketika Raja Thai Dinasti Chakri menitahkan kuasanya kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah; 1803-1821 dan 1842-1845) untuk menyerang dan menguasai Perak pada 1818. 3 Mengapakah Kedah perlu mengikut arahan Raja Thai Dinasti Chakri? Sebanyak dua pandangan dilontarkan untuk menjawab perkara ini. Pandangan pertama, sekiranya didasarkan pendapat Kobkua Suwannathat-Pian (1988), beliau menyatakan Kesultanan Kedah di bawah pentadbiran Thai Dinasti Chakri. Pandangan kedua, menurut Ahmad Farhan (2012), Sultan Kedah takut kerajaannya diserang oleh Thai Dinasti Chakri. Mengapakah Sultan Kedah takut diserang oleh Thai Dinasti Chakri? Ini disebabkan Thai Dinasti Chakri tidak pernah menyerang dan menguasai Kedah secara langsung sebelum ini. Thai Dinasti Chakri menuntut Kedah di bawahnya berdasarkan pemberian ufti Bunga Emas dan Perak sebanyak sekali sepanjang tiga tahun. Berikutan itu, Raja Thai Dinasti Chakri memberi gelar Phraya kepada Sultan Kedah bagi menunjukkan hubungan penguasaan itu ada. Namun begitu, bagi pihak Kedah, pemberian ini menunjukkan hubungan Kedah dengan Thai Dinasti Chakri sebagai Sahabat Baik sahaja tidak lebih daripada itu. Oleh itu, Kedah adalah sebuah kerajaan/negeri merdeka yang bukannya di bawah Thai Dinasti Chakri. Namun begitu, Kedah pernah secara jelas dan langsung menjadi salah sebuah jajahan dalam pentadbiran Thai Dinasti Chakri pada 1821. 4 Perkara ini berlaku kerana Rama II menitahkan kuasanya kepada Ligor untuk menyerang dan menguasai Kedah kerana sifat cemburu Chao Phraya Ligor terhadap Sultan Kedah. Titah itu berlaku setelah Chao Phraya Ligor memfitnah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah bersepakat dengan Burma untuk menyerang Thai Dinasti Chakri. Akibatnya, Perak di bawah jajahan Kedah dimasukkan ke dalam monthon Ligor pada 1821 hingga 1826. Mengapakah Chao Phraya Ligor cemburu terhadap Sultan Kedah? Kobkua (1988 dan 1991) dan Vella (1957) kurang membincangkan perkara ini dengan teliti dan sependapat menyatakan pandangan bahawa Kedah menyerang Perak berdasarkan titah Rama II. Sifat ini lahir setelah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah menyerang dan berjaya menguasai Perak pada 1818. Akibat kemenangan itu, Rama II menaikkan status Mobiliti Sosial dan Strafikasi Sosial Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah sebagai Chao Phraya yang lebih tinggi kedudukannya jika dibandingkan dengan Phraya (Tej Bunnag 1977, p. 7 dan 21 dan Ahmad Farhan 2012, p. 160). 8

Kenaikan taraf ini menyebabkan kedudukan Sultan Kedah berada dalam posisi terbaik dalam pentadbiran Thai Dinasti Chakri pada 1818 hingga 1821. Pertama, kedudukan Sultan Kedah atau Chao Phraya Kedah/Saiburi setara dengan Chao Phraya Ligor yang berkuasa terhadap kerajaan-kerajaan Melayu di sebelah selatan sejak abad kelapan belas lagi (Chaophraya Thiphakorawong 1978, p. 73). Kedua, Sultan Kedah memiliki monthon atau jajahan tersendiri seperti dinikmati oleh Chao Phraya Ligor. Kerajaan manakah di bawah monthon Kedah pada ketika itu? Kerajaan itu adalah Perak. Berikutan itu, Perak dikehendaki mengutuskan ufti Bunga Emas dan Perak kepada Raja Thai Dinasti Chakri sebanyak sekali dalam tempoh tiga tahun. 5 Chao Phraya Ligor bertindak sedemikian kerana takut kuasanya di Selatan-selatan Tanah Melayu tergugat kerana sekiranya, Rama II masih meneruskan cita-citanya untuk menguasai seluruh Tanah Melayu melalui Chao Phraya Kedah menyebabkan Kesultanan Kedah akan menguasai Negeri-negeri Melayu di Semanjung Tanah Melayu bukannya Ligor. Oleh itu, Chao Phraya Ligor perlu bertindak supaya perkara ini tidak berlaku lalu membuat fitnah bahawa Kedah berkomplot dengan Burma untuk menyerang Thai Dinasti Chakri menyebabkan Rama II murka serta menitahkan Chao Phraya Ligor menakluk Kedah pada 1821. Akhirnya, Chao Phraya Ligor berjaya dalam permainan ini dan kekal sebagai Penguasa Selatan-selatan Tanah Melayu bagi Thai Dinasti Chakri. Ekoran itu, Sultan Ibrahim tidak berpuas hati terhadap penyerangan dan penguasaan Kedah serta Ligor kerana Perak adalah milik baginda sejak dikuasainya pada 1804. Rata-rata pengkaji menyatakan Selangor membantu menentang Kedah dan Thai Dinasti Chakri. Adakah itu benar? Sekiranya secara umum dan tidak dikaji dengan teliti, perihal membantu ini amat baik dari sudut hubungan politik kedua-dua kerajaan ini. Namun begitu, sekiranya dikaji dengan teliti, perihal sebenarnya adalah Selangor bertindak sedemikian kerana Perak adalah miliknya dan tidak menjadi kesalahan dalam menentang Kedah dan Thai Dinasti Chakri pada ketika itu. Walaupun Kedah menguasai Perak pada 1818 dan Ligor pula pada 1821, Sultan Ibrahim tetap tidak berhasrat melucutkan jawatan Raja Hassan sebagai Orang Besar Jajahan Daerah Perak/Bidor kerana baginda tetap menuntut Perak adalah milik Kesultanan Selangor. Baginda masih mengekalkan jawatan itu sehingga terpaksa dilucutkan berkuat kuasa Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Selangor-Ligor 1825 dan dikuatkan lagi dengan 9

penguatkuasaan Perjanjian Low 1826 serta Perjanjian Burney 1826. 6 Berikutan itu, Raja Hassan tidak lagi memainkan peranan sebagai Orang Besar Jajahan/Daerah Perak/Bidor tetapi Sultan Muhammad ibni Sultan Ibrahim (Sultan Selangor; 1826-1857) melantik beliau sebagai Orang Besar Jajahan/Daerah Lukut pada 1826. Hubungan politik antara Selangor dengan Perak semakin keruh akibat penguasaan Kedah dan Ligor sepanjang 1818 hingga 1825. Perkara ini terjadi kerana Sultan Ibrahim tetap menuntut bahawa Perak perlu menundukkan taat setianya kepada Selangor tetapi ditolak oleh Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan Sultan Abdullah Muazzam Shah. Sultan Perak bertindak sedemikian kerana baginda menundukkan taat setianya kepada Thai Dinasti Chakri kerana takut dengan kekuatan tentera Raja Thai Dinasti Chakri. Berikutan itu, Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dengan keputusan baginda Sultan Perak dan berhasrat menentang Ligor. 7 Persediaan kedua-dua belah pihak sudah dibuat tetapi tergendala kerana British mencampuri peperangan itu. Sekiranya British tidak mencampuri pertempuran itu, keputusan peperangan itu sukar dirumuskan kerana ia tidak berlaku. Adakah Selangor boleh mengalahkan Ligor atau sebaliknya? Jawapan ini boleh dikemukakan secara teori. Dari sudut kekuatan tentera Selangor tidak kuat dan ramai jika dibandingkan dengan tentera Thai Dinasti Chakri. Oleh itu, pasti Selangor akan jatuh ke dalam monthon Ligor. Namun begitu, sekiranya, Selangor, Kedah serta Perak bersatu dan dibantu oleh kerajaan Burma dan Melayu lain seperti Johor, Patani, Kelantan, Terengganu serta Pahang menentang Ligor, berkemungkinan Ligor boleh dikalahkan. Walaupun begitu, pendapat dinyatakan ini hanya sebuah teori kerana peperangan itu tidak berlaku dalam lipatan sejarah. Mengapakah British mencampuri peperangan antara Selangor dengan Ligor? Ini disebabkan British sudah mengetahui kekuatan tentera Thai Dinasti Chakri yang begitu kuat dan ramai kerana memiliki tanah jajahan yang begitu luas di sekitar Tanah Besar. Malahan, Thai Dinasti Chakri memiliki pengalaman perang yang besar dan banyak jika dibandingkan dengan perang di Negeri-negeri Melayu (H. G. Quaritch Wales 1965, p. 135-164). British juga sudah menjalinkan hubungan dan bersahabat baik dengan sebanyak dua Dinasti Thai iaitu Dinasti Ayutia dan Dinasti Chakri sejak abad ketujuh belas lagi. Oleh itu, British pasti mengetahui selok belok kekuatan tentera Thai dengan jelas jika dibandingkan dengan Negerinegeri Melayu yang kecil dari sudut ketenteraan dan keluasan tanah jajahan. 10

Kehadiran British pada abad kesembilan belas memberi impak positif kepada Perak kerana berjaya mengekalkan identiti sebuah politik entiti tersendiri hingga kini. British berjaya mendamaikan perselisihan faham yang berlaku dengan mengadakan Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Selangor-Ligor 1825, Perjanjian Low 1826 dan Perjanjian Burney 1826 untuk mengekalkan kedaulatan Negeri-negeri Melayu supaya tidak jatuh ke tangan Thai Dinasti Chakri yang begitu bersemangat dan berhasrat untuk menguasai seluruh Negerinegeri Melayu di Tanah Melayu pada ketika itu (Chayachoke Chulasiriwongs 1980, p. 32 dan 34 dan Ahmad Farhan 2013, p. 44-45). Berikutan itu, hubungan politik antara Selangor dan Perak dipulihkan dari masa ke masa dan menjadi semakin baik ketika era Kolonial British. Hubungan ini kekal baik hingga kini. KESIMPULAN Secara keseluruhannya jelas membuktikan bahawa perang sangat sesuai dijadikan sebagai metod sah serta mutlak untuk menguasai sesebuah kerajaan di Tanah Melayu berdasarkan judul makalah ini. Akibatnya, hubungan politik antara Selangor dan Perak sebelum ini jernih menjadi keruh akibat kesalahan Sultan Perak dan hasrat tinggi Sultan Ibrahim untuk menjadi Pengusaha Pelombong Bijih Timah tersohor dan terkaya di Tanah Melayu. Ancaman lain seperti Kedah dan Thai Dinasti Chakri menyebabkan kedua-dua hubungan politik ini semakin keruh. Namun begitu, hubungan politik antara Selangor dengan Perak dapat dipulihkan secara beransur-ansur setelah British berjaya mengadakan Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Selangor-Ligor 1825, Perjanjian Low 1826 dan Perjanjian Burney 1826 antara Perak, Selangor dan Kedah dengan Thai Dinasti Chakri. Hubungan politik antara kesemua Negeri-negeri Melayu dinyatakan amat baik hingga kini. Nota * Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria adalah pelajar Doktor Falsafah di Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO) 438/5, Laporan Tahunan Perak 1934 dan CO 439/4, Laporan Tahunan Selangor 1935. 2 Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR) B. 6, W. E. Philips kepada Syarikat Hindia Inggeris Kompeni, 1 Julai 1819. 3 SSR F. 1, Raja Kedah kepada Gabenor Inggeris, 10 Mac 1818 dan SSR F.1, Raja Kedah kepada Gabenor, 12 September 1818. 11

4 The Crawfurd Papers (TCP), Hasting, Jas Stuart dan John Fendall kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris, 26 Januari 1822. 5 SSR A. 18 Terjemahan Surat daripada Chao Phraya Ligor kepada Gabenor Pulau Pinang, 2 Jun 1825. 6 CO 882/2, Surat 1 dalam Nombor 84, Perjanjian Lama Selangor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) CS 2282/86, Perjanjian Selangor 1825. 7 The Burney Papers (TBP) Volume II, Part I, Terjemahan Surat daripada Chao Phraya Ligor kepada Gabenor Pulau Pinang, 6 Jun 1825. RUJUKAN Sumber Primer Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO) 438, Laporan Tahunan Perak Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO) 439, Laporan Tahunan Selangor Pejabat Kolonial (Colonial Office; CO) 882, Cetakan Sulit: Timur 1847-1952 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR) Perbincangan-perbincangan Pinang, 1806-1830. (Kod Nombor A) Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR) Surat-surat dari Penang ke London, 1805-1830. (Kod Nombor B) Rekod Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Record; SSR) Surat Menyurat daripada Pemerintah Melayu, 1817-1874. (Kod Nombor F) The Burney Papers (TBP) The Crawfurd Papers (TCP) Sumber Sekunder Abdullah Zakaria bin Ghazali (2005). Kesultanan. Abdullah Zakaria Ghazali (editor), Sejarah Negeri Selangor: Dari Zaman Prasejarah Hingga Kemerdekaan. Shah Alam: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor. Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria (2012). Kedah, Perak, Selangor dan Siam: Menjejaki Peristiwa Utama ke Arah Termeterai Perjanjian 1826. Abdullah Zakaria Ghazali dan Mardiana Nordin (editor), Kedah Warisan dan Sejarah. Bangi: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia d/a Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Malaya. (2013). Menyelusuri Jawatan Raja Bergelar dan Orang Besar Selangor dalam Pentadbiran Raja Selangor, 1766-1942. Purba 32. Persatuan Muzium Malaysia. (2013). Pentadbiran Mukim di Kuala Lumpur, 1874-1942: Penelitian terhadap Penglibatan Penghulu dalam Pentadbiran Selangor. Malaysia dari Segi Sejarah 41. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia. (2013). Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895. Ma. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Andaya, Barbara Watson (1979). Perak: The Abode of Grace A Study of an Eighteenth Century Malay State. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Chaophraya Thiphakorawong (1978). Thadeus and Chadin Flood (translated and edited), The Dynastic Chronicles Bangkok Era The First Reign. Tokyo: The Centre for East Asian Cultural Studies. 12

Chayachoke Chulasiriwongs (1980). Thai-British Relations Concerning the Southern Malay States, 1880-1899. PhD. Faculty of the College of Arts and Sciences of Ohio University. Gullick, J. M. (1998). A History of Selangor 1766-1939. Kuala Lumpur: Falcon Press. Kobkua Suwannathat-Pian (1988). Thai-Malay Relations Traditional Intra-regional Relations from the Seventeenth to the Early Twentieth Centuries. Singapore: Oxford University Press. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. McNair, J. F. A. (1972). Perak and the Malays. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Mohd. Yusoff Hashim (2001). Dari Luwu ke Darul Ehsan: Kesultanan Selangor, Melaka: Surya Sdn. Bhd. Quaritch Wales, H. G. (1965). Ancient Siamese Government and Administration. New York: Paragon Book Reprint Corp. Raja Chulan Raja Abdul Hamid (1994). Misa Melayu. Yayasan Penataran Ilmu. Tej Bunnag (1977). The Provincial Administration of Siam 1892-1915 The Ministry of the Interior under Prince Damrong Rajanubhab. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Vella, Walter F. (1957). Siam Under Rama III 1824-1851. New York: J. J. Augustin Incorporated Publisher. Windstet, R. O. dan R. J. Wilkinson, R. J. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 13