Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

Similar documents
KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN DERMA SUSU ABSTRAK

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN ISU-ISU SEMASA DALAM PENYUSUAN

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN SEBAGAI HAK DAN KEWAJIPAN IBU

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM BERKAITAN HUKUM-HUKUM PENYUSUAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN KESAN PENYUSUAN TERHADAP ANAK SUSUAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

ISU BERKAITAN HUKUM PENYUSUAN DALAM ISLAM: SATU SOROTAN LITERATUR

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU KAJIAN RINTIS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

ANALISIS LATARBELAKANG DAN SIKAP BELIA TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

SIKAP BELIA TERHADAP PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

Transcription:

168 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ - SSH) Volume 3, Issue 3, June 2018 e-issn : 2504-8562 Journal home page: Kesedaran Hukum Derma Susu: Kajian di kalangan Masyarakat Islam di Selangor Norita Kamaruddin 1, Nora'inan Bahari 1, Zanariah Dimon 1, Nurhayati Abd Ghani 1 1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Corrrespondence: Norita Kamaruddin (norita@kuis.edu.my) Abstrak Kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan pemahaman berkaitan penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam perlu dititikberatkan bagi menggalakkan penyusuan susu ibu dapat dilaksanakan dengan baik. Ini terbukti bahawa susu ibu merupakan makanan utama selepas kelahiran dan seorang ibu perlu mengetahui hak dan kewajipan penyusuan yang dilakukan itu perlu selaras mengikut acuan syarak. Artikel ini bertujuan membincangkan berkaitan tahap kesedaran masyarakat Islam di Selangor berkaitan derma susu. Kajian ini dilakukan secara lapangan dan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 400 orang responden yang melibatkan tiga lokasi di negeri Selangor iaitu di zon utara (daerah Hulu Selangor), zon tengah (daerah Klang) dan zon selatan (daerah Sepang). Dapatan kajian menunjukkan para responden mempunyai tahap kesedaran sederhana berkaitan hukum derma susu dengan purata nilai min 3.26. Dapatan ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Selangor mengambil berat dan prihatin mengenai hak dan kewajipan ibu terhadap penyusuan. Kata kunci: kesedaran masyarakat, derma susu, penyusuan, hukum agama The Awareness of the Religious Laws Regarding Breast Milk Donation: A Study Conducted Among the Muslim Community in Selangor Abstract The awareness of the Muslim community on the importance of understanding breastfeeding according to Islamic perspective needs to be emphasized in promoting the implementation of breastfeeding in the best way. This proved that breast milk is the major food after birth and a mother should know the right and the regulation of breastfeeding in order to be in line with Islamic law. This article aims to discuss the level of awareness among the Muslim community in Selangor regarding breast milk donation. Data were collected through a questionnaire distributed to 400 respondents involving three locations in Selangor, namely in the northern zone (Hulu Selangor district), central zone (Klang district) and southern zone (Sepang district). The findings showed that the respondents had a moderate level of awareness regarding milk donation laws with average mean value of 3.26. This finding shows that the Muslim community in Selangor are concerned about the rights and the regulation of breastfeeding. Key words: community awareness, breast milk donation, breastfeeding, religious laws

169 Pengenalan Pola peningkatan kehidupan masyarakat sentiasa berubah seiring dengan peredaran masa dan pembangunan teknologi yang memperlihatkan bahawa umat Islam sedang berada di bawah penguasaan materialisme atau fahaman kebendaan. Segenap sektor kehidupan manusia kelihatan ditunjangi oleh unsur-unsur dan budaya luar sehinggakan perkara yang dianggap penting juga dipandang ringan. Perkara yang sama terjadi kepada kesedaran masyarakat Islam berkaitan hukum-hukum penyusuan. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji sejauhmana kesedaran responden dalam kalangan masyarakat Islam di Selangor daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan sosial mengenai hukum-hukum penyusuan dalam Islam. Pemilihan responden yang terdiri daripada masyarakat Islam merangkumi lelaki dan perempuan sama ada yang bujang mahupun yang sudah berkahwin sangat sesuai memandangkan mereka mempunyai latar belakang pendidikan dan sosial yang pelbagai. Antara perkara yang menjadi perhatian penyelidik dalam kajian ini ialah kesedaran mereka dari sudut hukum penyusuan, hak anak terhadap susuan, hak dan kewajipan bapa dalam penyusuan anak, kesan penyusuan terhadap anak susuan dan isu-isu semasa berkaitan penyusuan seperti derma susu dan menyusukan anak di khalayak awam (nursing in public). Walau bagaimanapun, fokus kertas kerja ini adalah mengenai hasil dapatan kesedaran masyarakat Islam di Selangor berkaitan derma susu. Metod Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada 400 orang responden. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS 22.0. Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi menentukan tahap kesedaran masyarakat Islam. Semua dapatan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan perbincangan. Negeri Selangor dipilih sebagai lokasi kajian dan dibahagikan kepada daerah mengikut zon utara, tengah dan selatan. Bagi zon utara, penyelidik memilih daerah Hulu Selangor. Bagi zon tengah, penyelidik memilih daerah Klang. Manakala daerah Sepang dipilih untuk mewakili zon selatan. Pemilihan lokasi ini bertepatan dengan pendapat Neuman (2006), Marohaini Yusof (2004) dan Sidek Mohd. Noah (2002) yang mencadangkan empat faktor untuk ditimbangkan dalam pemilihan tapak atau lokasi kajian; kaya dengan data, ketidakbiasaan (unfamiliarity), sesuai dan mempunyai rangkaian sosial yang baik. Pemilihan lokasi ini adalah melibatkan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai alat utama dalam pengumpulan data. Kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih sampel dalam kajian ini adalah kaedah persampelan secara rawak. Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap ahli mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini (Ary et al, 1996). Melalui kaedah ini juga penyelidik berupaya melakukan inferens secara statistik daripada sampel kepada populasi kajian (Berenson & Levine, 1992). Dalam kajian ini, pemilihan jumlah sampel ini mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan (1970) dan Uma Sekaran (2003) berkenaan bilangan dan formula pemilihan sampel serta mendapati jumlah sampel yang telah dipilih adalah yang terbesar. Berikut adalah jadual pemilihan sampel kajian: Jadual 1: Pensampelan kajian sebenar Bil Lokasi Populasi Persampelan 1 Zon Utara Hulu Selangor 198,132 penduduk 100 sampel 2 Zon Tengah Klang 861,189 penduduk 200 sampel 3 Zon Selatan Sepang 211,361 penduduk 100 sampel

170 Dapatan Kajian Jadual 2 menunjukkan tentang kesedaran mengenai derma susu. Derma susu dibolehkan dalam Islam (Min = 3.77, SP = 0.99), seorang bayi dibolehkan menyusu daripada seorang ibu susuan sahaja (Min = 2.88, SP = 1.10), pemberian susu formula diharuskan (Min = 3.69, SP = 0.98), isteri boleh mendermakan susu tanpa kebenaran suami (Min = 2.42, SP = 1.05). Saya bersedia menerima air susu yang didemakan kepada anak saya (Min = 3.11, SP = 1.04), saya mengambil berat tentang sumber susu yang didermakan kepada anak saya (Min = 3.98, SP = 1.07), orang Islam boleh menerima susu yang didermakan oleh orang yang bukan Islam (Min = 2.73, SP = 1.17), dan seorang yang bukan Islam boleh menerima susu yang didermakan oleh orang Islam (Min = 3.52, SP = 1.07). Jadual 2: B1 Kesedaran berkaitan penyusuan sebagai hak dan kewajipan ibu Item Kekerapan & Peratus Min & STS TS TP S SS SP Derma susu dibolehkan dalam 6 33 120 128 113 3.77 Islam (1.5) (8.3) (30.0) (32.0) (28.3) (0.99) Bayi boleh menyusu daripada 62 58 173 80 27 2.88 seorang ibu susuan sahaja (15.5) (14.5) (43.3) (20.0) (6.8) (1.10) Pemberian susu formula diharuskan dalam Islam 11 (2.8) 36 (9.0) 100 (25.0) 170 (42.5) 83 (20.8) 3.69 (0.98) Isteri boleh mendermakan susu tanpa kebenaran suami 102 (25.5) 88 (22.0) 163 (40.8) 34 (8.5) 13 (3.3) 2.42 (1.05) Saya bersedia menerima susu yang didemakan 28 (7.0) 73 (18.3) 162 (40.5) 98 (24.5) 39 (9.8) 3.11 (1.04) Saya ambil berat sumber susu yg didermakan kepada anak 15 (3.8) 21 (5.3) 81 (20.3) 121 (30.3) 162 (40.5) 3.98 (1.07) Orang Islam boleh terima susu daripada non-muslim 78 (19.5) 69 (17.3) 177 (44.3) 34 (8.5) 42 (10.5) 2.73 (1.17) Non-Muslim boleh terima susu orang Islam 23 (5.8) 20 (5.0) 172 (43.0) 94 (23.5) 91 (22.8) 3.52 (1.07) Jumlah 400 3.26 Hasil dapatan item berkenaan kesedaran hukum derma susu juga mencatatkan varian yang berbeza. 1. Derma susu dibolehkan dalam Islam (S: 128 32%), 2. Bayi boleh menyusu daripada seorang ibu susuan sahaja (TP: 173 43.3%), 3. Pemberian susu formula diharuskan dalam Islam (S: 170 42.5%), 4. Isteri boleh mendermakan susu tanpa kebenaran suami (TP: 163 40.8%), 5. Saya bersedia menerima susu yang didemakan (TP: 162 40.5%), 6. Saya mengambil berat sumber susu yang didermakan kepada anak saya (SS: 162 40.5%), 7. Orang Islam boleh menerima susu daripada orang bukan Islam (TP: 177 44.3%), 8. Orang bukan Islam boleh menerima susu daripada orang Islam (TP: 172 43%). Saya bersedia menerima air susu yang didemakan kepada anak saya (Min = 3.11, SP = 1.04), saya mengambil berat tentang sumber susu yang didermakan kepada anak saya (Min = 3.98, SP = 1.07), orang Islam boleh menerima susu yang didermakan oleh orang yang bukan Islam (Min = 2.73, SP = 1.17), dan seorang yang bukan Islam boleh menerima susu yang didermakan oleh orang Islam (Min = 3.52, SP = 1.07). Walau bagaimanapun, majoriti jawapan responden menunjukkan tahap ketidakpastian yang tinggi berkaitan hukum derma susu. Sebagai contoh, 44.3% menjawab tidak pasti tentang hukum menerima susu daripada orang bukan Islam. Oleh itu masyarakat Islam di Selangor perlu memahami hukumhukum berkaitan derma susu.

171 Perbincangan Kesedaran mengenai kepentingan penyusuan kini semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman di mana tahap kesihatan bukan menjadi suatu yang dibahaskan secara saintifik. Pada masa dahulu, isu-isu berbangkit tidak berlaku kerana masyarakat pada ketika itu masih menjaga ibu susuan dan anak yang disusui. Berbanding dengan masa sekarang, pelbagai isu timbul kerana tahap kesedaran terhadap kesihatan bayi yang disusui meningkat. Di barat aktiviti pendermaan susu menjadi tren di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah lebihan susu badan. Sesetengah ibu memilih untuk tidak mendermakan susu kerana tempoh berkabung, manakala sekelompok ibu yang lain berusaha untuk mendermakan susu mereka kerana sedar akan kepentingan susu badan kepada bayi sama ada mereka masih mempunyai bayi ataupun kehilangan bayi akibat kematian pramatang. Di Australia, kempen pendermaan susu ibu menjadi perbincangan hangat antara penggubal polisi. Hal ini kerana berlaku percanggahan di antara nilai aspek kemanusiaan iaitu menghormati ibu yang sedang berkabung akibat kematian bayi dengan aspek kesihatan iaitu susu ibu yang sangat bernilai. Namun begitu, pembuat dasar merumuskan bahawa susu ibu yang kematian bayi adalah amat bernilai tetapi pada masa yang sama perlu menghormati ibu yang sedang berkabung akibat kematian anak (Carroll Katherine et al, 2014). Kerajaan Australia memutuskan untuk menubuhkan bank susu dengan tujuan penyimpanan secara sistematik apabila stok simpanan susu yang diterima semakin banyak. Fenomena tersebut berlaku kerana pada masa tersebut susu tiruan dan susu formula masih lagi tidak diformulasi secara besarbesaran (Jording,2006). Selain itu isu yang berbangkit dalam fenomena pendermaan susu adalah tahap kesihatan para ibu yang menderma susu. Hal ini dikhuatiri ibu yang menderma susu terdiri daripada pesakit yang mempunyai penyakit AIDS, HIV, Sifilis, Hepatetis B serta lain-lain penyakit berbahaya. Kajian yang dijalankan di California oleh Ronald S Cohen et al (2010) menunjukkan bahawa 33% ibu yang menderma susu mempunyai HIV positif. Malah hanya 3% daripada penderma susu yang disaring daripada aspek kesihatan yang ketat dikelompokkan sebagai penderma yang berisiko rendah, selebihnya digolongkan sebagai penderma berisiko tinggi. Oleh itu beliau dalam kajiannya mencadangkan supaya aspek saringan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan dengan lebih teliti bagi memastikan bekalan susu yang diterima terdiri daripada susu yang benar-benar bersih daripada sebarang agen patogen dan bakteria berbahaya. Isu pendermaan susu atau bank susu juga dibahaskan dalam kalangan sarjana Islam. Umumnya, Islam menggalakkan pendermaan susu sebagai satu manfaat untuk ummah kerana kematian bayi pramatang akibat kekurangan susu memberi kemudaratan yang besar berbanding pengumpulan susu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa garis panduan yang perlu disediakan dan diberikan perhatian teliti pihak bertanggungjawab. Hal ini adalah kerana susu yang diberikan akan menjadi darah daging kepada bayi. Kajian yang dijalankan oleh Noraida Ramli et al (2010) mengesyorkan bahawa setiap penderma dan bayi yang mendapat susu tersebut harus direkodkan secara teliti. Seterusnya pihak yang menderma susu serta ibu bapa bayi yang mendapat susu melalui bank susuan perlu dimaklumkan dan diberikan maklumat secara terperinci. Di samping itu, kajian mereka mengesyorkan seorang bayi hanya mendapat susu daripada satu sumber sahaja untuk mengelakkan percampuran dua ibu susuan atau lebih. Ini bertujuan mengurangkan risiko bayi susuan daripada ibu yang sama. Amalan ini bersesuaian dengan konsep fiqh dharurat dalam Islam. Seterusnya mendasari konsep dharuriyat al-khams yang memberi keutamaan kepada agama, jiwa, akal, harta dan keturunan. Mengelakkan kematian bayi termasuk dalam menjaga darurat kehilangan jiwa. Justeru, menurut perspektif Islam, pemberian susu yang bukan daripada susu badan ibu adalah diharuskan (Irwan Mohd Subri, 2016).

172 Manakala hasil kajian yang dijalankan di Turki bagi melihat pandangan sarjana mengenai hukum penubuhan bank susu mendapati ia sejajar dengan hukum syarak yang menjaga nyawa manusia. Oleh itu, Turki bersedia dalam menubuhkan bank susu sekiranya keadaan darurat menyebabkan bekalan susu sukar diperolehi berdasarkan beberapa peraturan tertentu (R Ozdemir Mak, 2015). Peraturanperaturan yang dibuat adalah selari dengan kehendak dan tuntutan maqasid syariah bagi menjaga nasab manusia. Kesimpulan Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan para responden mempunyai pengetahuan dan tahap kesedaran yang sangat baik berkenaan hukum-hukum penyusuan. Namun demikian, tahap kesedaran berkaitan dengan derma susu masih berada di tahap sederhana di kalangan masyarakat Islam Selangor. Justeru pemahaman yang sahih dalam isu ini perlu kepada kedua-dua pihak ibu dan bapa terutamanya agar hak anak ini dapat dipenuhi. Rujukan Ary, D, Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (1996). Introduction to Research in Education. Orlando, Florida: Harcourt Brace College Publishers. Berenson, M. L. & Levine, D. M. (1992). Basic Business Statistics: Concepts and Applications. Ed. Ke-5. New Jersey: Prentice Hall. Carroll Katherine, Bryden S Lenne, Kerri Mcgan. (2014). Breast milk donation after neonatal death in Australia: a report. International Breastfeeding Journal 9(23). London: BioMed Central. Irwan Mohd Subri. (2016). Pencegahan penyakit melalui kaedah pelalian menurut perspektif islam. Jurnal Ulum Islamiyyah 17. 57 77. Nilai: USIM Press Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30. 607-610. California: Sage Journal US Kerlinger, Fred N. (1973). Foundations of Behavioral Research. 2nd Ed. New York: Rinchart and Winston. Neuman, W. Lawrence. (2006). Social Research Methods. Ed. Ke- 5. New York:Pearson Education Inc. Noraida Ramli, Nor Roshidah Ibrahim, Van Rostenberghe Han. (2010). Human milk banks the benefits and issues in an Islamic setting. Eastern Journal of Medicine 15. 163 167. Turki: Yuzuncu Yil University Rosyln L Jording. (2006). A review of human milk banking and public health policy in Australia. Breastfeeding Review 14(3) 21 30. Melbourne: Australian Breastfeeding Association R Ozdemir Mak, M Karatas A Ozer DG Dogan, A Karadag. (2015). Human milk banking and milk kinship: perspectives of religious officers in a Muslim country. Journal of Perinatology 35. 137 141. New York: Springer Nature.