Model Warisan Ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-muluk bi Ta dil al-suluk

Similar documents
وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Kedaulatan Kesultanan Selangor Dari Perspektif Sejarah Perundangan

UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU, 1911 DAN PENGEKALAN STATUS MELAYU ISLAM TERENGGANU

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

The Role of Fatwa as A Medium for Information Dissemination in Tackling Muslim Community s Religious Issues in Terengganu

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

COLLECTION OF MANUSCRIPTS FROM MALACCA KEPT IN LONDON WITH SPECIAL EMPHASIS ON ADAT RAJA-RAJA MELAYU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

KONSEP KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MENURUT KERANGKA PERIBUMI

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Islam Agama bagi Persekutuan: Satu Kajian Sejarah Perundangan

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

KONSEP KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MENURUT KERANGKA PERIBUMI

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

Transcription:

Article BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Model Warisan Ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-muluk bi Ta dil al-suluk : 001-007 The Author(s) 2018 e-issn: 2600-9080 http://www.bitarajournal.com Hanif Md Lateh 1 Abstrak Perlembagaan Terengganu 1911 ialah teks bertulis kedua yang disifatkan berada dalam konteks ketatanegaraan di Tanah Melayu. Teks ini terhasil selepas penggubalan Perlembagaan Johor 1895. Bagaimanapun, kelahiran teks ini ketika era campur tangan British di Terengganu menjadi asas kepada keperluan kajian ini. Kedudukannya pada era tersebut menimbulkan persoalan, adakah ia menetapi unsur Islam-Melayu yang telah sedia menjadi amalan di Alam Melayu? Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menilai kewujudan fasal dalam teks perlembagaan tersebut yang berteraskan parameter ketatanegaraan Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi reka bentuk kajian sejarah. Pengumpulan data dibuat melalui dokumen sumber pertama, iaitu salinan teks bersama dengan interpretasi dokumen sekunder. Kajian dianalisis dengan tatacara komparatif antara teks primer dengan parameter yang ditetapkan. Kajian mendapati bahawa unsur Islam-Melayu sebagaimana dalam parameter tersebut jelas diadun dalam teks. Selain itu, keberadaan ini menjadi pemangkin kepada kelangsungan warisan ketatanegaraan Melayu. Justeru, kajian menyimpulkan keberadaan teks ini menongkah arus kehendak era campur tangan British. Selain itu, kajian turut melihat keperluan untuk melakukan penelitian lanjutan dalam setiap undang-undang tubuh kerajaan, seterusnya kepada penggubalan perlembagaan berasaskan model warisan ketatanegaraan Islam-Melayu. Kata Kunci Perlembagaan Terengganu 1911, ketatanegaraan, Itqan al-muluk bi Ta dil al-suluk Cite This Article: Hanif Md Lateh. 2018. Model warisan ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-muluk bi Ta dil al-suluk. BITARA International Journal of Civlizational Studies and Humanities 1(1): 1-7. Pengenalan Legasi Perundangan di Terengganu bermula dengan penemuan Batu Bersurat bertarikh 4 Rejab 702H (bersamaan 22 Februari 1303M) di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu pada tahun 1887. Kajian sarjana terhadap Batu Bersurat Terengganu menunjukkan bahawa Islam telah diangkat sebagai satu daripada unsur pengisiannya. Unsur Islam diimplementasi menerusi kaitannya dengan agamawan Islam yang dikenali sebagai ulama. Sebagai contoh, kajian Izziah Suryani merumuskan bahawa idea kepimpinan Islam telah disebarkan di Terengganu ketika itu (Izziah Suryani 2009). Sementara itu, kajian Rahimin Affandi et al. (2010) merumuskan Batu Bersurat Terengganu merupakan legasi warisan karya ulama Melayu-Islam berasaskan elemen pemikiran dan kefahaman Melayu 1 Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia. Corresponding Author: Hanid Md Lateh, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia. E-mail: hanifjunid@unisza.edu.my 1

tradisi yang dipahat. Penemuan Batu Bersurat yang telah ditafsir ramai sarjana terdahulu memberikan pelbagai penemuan berbeza mengikut aspek yang diimbas. Dua kajian terdahulu yang dinyatakan sebelum ini merupakan contoh imbasan yang dibuat ke atas Batu Bersurat berdasarkan elemen ulama dan Islam dalam Batu Bersurat Terengganu. Oleh itu, jelaslah bahawa tiada penafian keberadaan prinsip dan unsur Islam melalui gagasan ulama Melayu yang telah dicerminkan melalui Batu Bersurat. Ulama Melayu dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu telah digolongkan sebagai third element in the Terengganu rulling class (Shaharil 1977). Kedudukan ulama adalah pada hierarki ketiga selepas kerabat diraja dan kerabat am (aristokrat) di tempat pertama dan kedua. Peranan golongan ulama secara khusus dalam perundangan sukar dibuktikan secara langsung. Hubung kait tersebut boleh dilihat melalui peranan sebagai: penasihat sultan, pelaksana perundangan syariah dan sebagainya. Sementara itu, dalam konteks kepelbagaian pula, ulama di Terengganu bercirikan Melayu-Islam dan Arab-Islam yang sering dinamakan sebagai Arab Hadrami atau Syed. Terengganu secara khususnya telah menerima pengaruh sehingga 1911 melalui tiga orang ulama berketurunan Syed iaitu Syed Ahmad (Tuk ku Melaka), Syed Muhammad (Tok Ku Tuan Besar) dan Syed Abdul Rahman (Tok Ku Paloh) (Aladin 2013). Selain itu, sultan Terengganu juga merupakan jurai yang berasal daripada keturunan Ahl al-bayt yang dikaitkan dengan Hadrami dan Syed. Hal ini boleh dikesan melalui jurai Tun Habib Abdul Majid yang berasal daripada Hadramaut berketurunan Syed Aidrus (Mohamed Anwar & Nik Anuar 2009). Seterusnya, Terengganu melalui fasa pembentukan kerajaan semasa adalah melalui era kerajaan Sultan Zainal Abidin Shah adalah dipengaruhi Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan wujud pertalian yang rapat dengan Melaka, Johor dan Patani (Mohamed Anwar & Nik Anuar 2009). Justeru adalah jelas bahawa baginda meneruskan perlaksanaan perundangan Islam dan menerima pakai Hukum Kanun Melaka sebagai perlembagaan. Meskipun Kerajaan Melayu Patani dan Kerajaan Melayu Johor sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin Shah Terengganu sudah pun memiliki perlembagaan walaupun asas dan dasar tersebut adalah dari Hukum Kanun Melaka (Liaw 2003). Keadaan ini merupakan faktor rantaian hubungan institusi raja dan ulama berkait rapat dalam sejarah Terengganu. Secara keseluruhan, ulama yang berperanan dalam sejarah kerajaan Terengganu dalam tempoh pengasasan hingga penggubalan perlembagaan Terengganu adalah seperti berikut (senarai ini ialah ekstrak daripada Azmah 2008): 1. Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (1650-1736), Tok Pulau Manis 2. Syed Muhammad bin Zainal Abidin al-idrus(1795-1878), Tok Ku Tuan Besar. 3. Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim (?-1864). 4. Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohammad Amin (1802-1889), Tok Sheikh Duyong. 5. Tuan Guru Haji Hussein (?-1917). 6. Syed Abdul Rahman al-idrus (1817-1917), Tok Ku Paloh. 7. Haji Abdul Rahman Limbong (1868-?). 8. Dato Seri Amar Diraja Haji Ngah @ Muhammad bin Yusuf (1878-1940). 9. Tuan Guru Haji Muhammad (1880-1971). 2

Warisan Ketatanegaraan menerusi Itqan al-muluk bi Ta dil al-suluk Legasi perundangan di Terengganu semenjak penubuhannya dianggap mencapai tahap ulung melalui penggubalan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Penulisan dokumen seumpama ini sebagai perlembagaan negeri merupakan hasil peradaban penting sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan Johor pada tahun 1895 (Hanif et al. 2014). Penggubalan perlembagaan di Johor secara prinsipnya telah memberi kesan pada penggubalan perlembagaan Terengganu walaupun perlembagaan ini secara spesifik telah memberi penekanan pada prinsip Kerajaan Islamiyyah al-malayuwiyah (Ahmad Fawzi 1999). Perlembagaan negeri Terengganu yang dinamakan sebagai Undang-undang Bagi Kerajaan Terengganu atau Itqan al-muluk bi al-ta dil al-suluk (Nama rasmi iaitu Itqan al- Muluk bi al-ta dil al-suluk boleh dikenal pasti melalui muka hadapan yang berbunyi: maka telah kita namakan ia Itqan al-muluk bi al-ta dil al-suluk, yang melengkapi di dalamnya satu mukadimah dan 52 fasal dan satu khatimah. Lihat, Muqaddimah Itqan al-muluk bi al-ta dil al-suluk, Arkib Negara Malaysia, disalin pada 15 Mac 2009) telah dimasyhurkan serta ditandatangani pada 2 November 1911 antara Sultan Zainal Abidin dengan pembesar kerajaan. Penggubalan perlembagaan ini pada asasnya adalah reaksi pada proses penjajahan Inggeris di negeri tersebut (Jelani 2015). Proses ke arah pembentukan perlembagaan tersebut telah melibatkan golongan ulama atau elit agamawan (Mini Walek 2008). Antara ulama yang terlibat dengan penggubalan UBDKT adalah Engku Syed (Syed Abdul Rahman) bin Muhammad al-idrus (Tok Ku Paloh), dan Tuan Dalam (Syed Mustafa) bin Muhammad al-idrus (Nik Haslinda 2014). Tok Ku Paloh dalam era penggubalan perlembagaan tersebut dilantik Sultan Zainal Abidin III sebagai Shaikh al-islam (Azmah 2008), sementara itu Tuan Dalam diiktiraf sebagai ulama yang ditafsirkan sebagai Aladin Mamat sebagai mufti (Aladin 2013). Menurut kajian Selain dua orang tokoh tersebut, penglibatan penggubal yang mahir tentang Islam adalah Sultan Zainal Abidin, Haji Wan Mohd Salleh Muhammad, Haji Wan Mohd Salleh Ismail, Haji Wan Sulaiman Daud dan Haji Ngah bin Mohd Yusof (Datuk Seri Amar Diraja) (Tuan Ruhani 1985). Penginstitusian perlembagaan Terengganu dalam bentuk moden, iaitu Itqan al-muluk mempunyai pelbagai matlamat, antaranya: 1. Benteng untuk menangani campur tangan British dan kuasa asing dalam pemerintahan Terengganu. 2. Menetapkan Islam sebagai agama negeri dan Terengganu sebagai kerajaan Melayu. 3. Menetapkan susur galur keturunan Sultan Zainal Abidin III sebagai sultan dan pemerintah kerajaan Terengganu. 4. Mempertahankan kedaulatan Kerajaan Melayu Terengganu. 5. Penegasan pada konsep kedaulatan watan dalam pemerintahan Terengganu (Wan Ahmad Fauzi 2017). 6. Merakamkan asas-asas kerajaan Terengganu yang tidak boleh dimusnahkan atau dipinda (Mohamed Anwar & Nik Anuar 2009). 3

Selain itu, sebagai refleksi pada penggubalan perlembagaan yang berkait dengan golongan agamawan, terdapat dua posisi penting yang telah diterjemahkan melaluinya iaitu posisi Islam dan Melayu (Islamiyyah al-malayuwiyyah). Peranan posisi Islam sebagai undang-undang Watan (law of the land) bagi Kerajaan Melayu Terengganu. Fasal 51 Itqan al- Muluk menegaskan seperti berikut: Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah yang dikatakan ugama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang ugama lain dijadi atau disebut ugama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan ugama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu. Selain itu, Islam turut diberikan posisi penting dalam hampir setiap aspek-aspek penting perlembagaan tersebut. Frasa ini merujuk pada unsur Islam yang dimasukkan secara langsung berasaskan perbandingan perlembagaan Johor 1895 dan Terengganu 1911 (Ahmad Fawzi 1999). Menerusi komparatif yang menunjukkan persamaan tinggi, parameter Arab-Islam yang mendominasi perlembagaan Johor 1895 turut terpakai bagi perlembagaan Terengganu adalah: 1. Sistem pewarisan 2. Konsep setia (wa d) 3. Limitasi kuasa raja/sultan 4. Sistem agihan atau kuasa (sistem pembesar) 5. Persyaratan calon raja/pembesar 6. Sistem gelaran raja/pembesar 7. Hak bersuara dan kebebasan beragama (Parameter Arab-Islam yang telah dikenal pasti dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (Hanif 2017). Penetapan Islam-Melayu merupakan konklusi senada seperti mana diungkapkan dalam kajian Hashim Musa melalui frasa, Undang-Undang Terengganu is an admixture of Malay traditional statecraft with heavy Islamic influences (Hashim 2012). Keadaan ini membuktikan bahawa keberadaan ulama telah menjamin posisi Islam dan Melayu menerusi kedudukan sebagai pembesar dan barisan penggubal teks perlembagaan Terengganu. Penetapan posisi ini boleh dilihat dalam banyak bahagian Perlembagaan Terengganu 1911, antaranya: Fasal yang kedua (Pada menyatakan syarat-syarat raja): Maka hendaklah raja yang memerintah kerajaan Terengganu selama-lamanya ada ia berugama Islam dan daripada bangsa Melayu dan darah daging keturunan sultansultan yang memerintah kerajaan Terengganu dan laki-laki sebagaimana tertib dan syarat-syarat yang tersebut fasal 3, 4, 5 dan seperti demikian itu juga yang dikatakan waris-waris ganti itu dan sekalian waris-waris. 4

Fasal yang ketiga puluh tujuh (mesyuarat kerajaan): Adapun mesyuarat kerajaan itu ialah dikatakan timbalan yang am bagi raja maksudnya membantu akan raja dan Jemaah Menteri pada mentadbirkan negeri dan rakyat seperti membuat-meminda-atau menambahkan undang-undang dan peraturan melainkan ugama dan hukum syara, dan memikirkan hal membukakan negeri dan mengimarahkan dan memberi ikhtiar yang baik pada menerbitkan hasil dan membanyakkan perniagaan dan membanyakkan akan hal kedudukan rakyat serta mengadakan syor bagi mengekalkan aman di dalam negeri dan daerah takluk jajahan Terengganu dan memeliharakan mahabbah persahabatan dan perdamaian dengan lain-lain kerajaan. Fasal yang kelima puluh satu (Ugama negeri dan ugama lain): Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah, Malayuwiyyah ialah yang dikatakan ugama negeri dan kerajaaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang ugama lain dijadi atau disebut ugama negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan ugama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu. Menerusi tiga fasa yang dipetik di atas, jelas dapat dilihat posisi Islam dan Melayu dimuatkan dengan jelas. Kedudukan dan masukan sebegini berkemungkinan besar bergantung pada sumbang saran agamawan atau ulama yang terlibat dalam proses pembentukan. Kedudukan ini ditambah dengan kemahiran agama Islam yang dimiliki oleh Sultan Zainal Abidin III. Selain itu, kajian turut menelah wujudnya unsur persamaan dan rujukan daripada Perlembagaan Terengganu 1911 kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Kesimpulan Kedudukan Terengganu yang menerima proses campur tangan British ke atas pemerintahan pada awal abad ke-20-an ialah asas utama kajian ini. Seterusnya, kebergantungan pada parameter Arab-Islam yang dinyatakan dalam perbincangan tidak bersifat statik dan boleh disesuaikan dengan penemuan baru. Kajian ini menunjukkan terdapat warisan mendalam dalam Perlembagaan Terengganu 1911 dalam konteks ketatanegaraan yang bercirikan Melayu dan Arab-Islam. Oleh itu, penemuan ini wajar sentiasa diangkat sebagai teras utama dalam pembinaan kerajaan Terengganu. Selain itu, penekanan wajar diberikan dalam bentuk pemeliharaan dan seterusnya menjadi asas pembentukan jati diri dan faham sebenar kewujudan sistem pemerintahan Terengganu dan Melayu. 5

Rujukan A. Samad Ahmad (pngr.). 2015. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud (pnyt.). Warisan Persuratan Johor II, hlm. 383-410. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Aladin Mamat. 2013. Ulama golongan Syed di Terengganu: Peranan dan sumbangan dalam perkembangan Islam. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Azmah Abdul Manaf. 2008. History of Terengganu 1942-1973: With special reference to Islam, Politics and Socio-Economic Development. Tesis Doktor Falsafah, Charles Darwin University. Buyong Adil. 1974. Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chao, Ju Kua. 1967. His Work on The Chinese and Arab trade in the Twelth and Thirteenth Centuries. Terj. Friedrich, H. (1845-1927) & Rockhill, W.W. (1854-1927). Taipei: Cheng Wen Pub. Hanif Md Lateh @ Junid, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Ahmad Saiful Abdul Manaf. 2014. Peranan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) terhadap sosio-politik Kerajaan Johor. Jurnal al-sirat 14(Jun): 60-67. Hanif Md Lateh @ Junid. 2017. Implikasi hubungan luar Sultan Abu Bakar (1862-1895) terhadap penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312(1895). Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hashim Musa. 2012. The Terengganu state legal text of 1911: Analysis of Islamic influence and the authority of the ruler in a Malay state. Pertanika: Journal of Social Science and Humanities 20(3): 683-694. Itqan al-muluk bi al-ta dil al-suluk, Arkib Negara Malaysia (Disalin pada 15 Mac 2009). Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2009. Konsep al-khilafah al-islamiyyah pada Batu Bersurat Terengganu. Dlm. Kaseh Abu Bakar, Ermy Azziaty Rozali, Ezad Azraai Jamsari, Hakim Zainal, Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad, Maheram Ahmad, Md. Nor Abdullah, Salmah Ahmad, Zamri Arifin & Zulkarnain Mohamed (pnyt.). Peradaban Arab-Islam dan Masyarakat Melayu, hlm. 331-344. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Jelani Harun. 2015. Syair Tawarikh Zainal Abidin yang Ketiga sebuah karya agung Terengganu. Iman: International Journal of The Malay World and Civilisation 3(2): 3-15. Kassim Ahmad (pnys.). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw, Yock Fang (pngr.). 2003. Undang-undang Melaka. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Mini Walek @ Khairil Khalid Jusoh. 2008. Peranan golongan elit agama di Terengganu dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan politik 1910-1961. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia. Mohamed Anwar Omar Din & Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan. Mohd Safri Ali & Mohd Fauzi Hamat. 2011. Penghayatan akidah di Terengganu. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 4(Julai): 121-136. Muhammad Abu Bakar. 1991. Sejarah dan Kebangkitan Ulama Terengganu. Kuala Terengganu: Utusan Publications and Distributors & Jawatankuasa Koleksi Terengganu. Nik Haslinda Nik Hussain. 2014. Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu, 1911 dan pengekalan status Melayu Islam Terengganu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 7(1): 41-59. Rahimin Affandi Abd Rahim, Paizah Ismail, Mohd Kamil Abd Majid & Nor Hayati Md Dahlal. 2010. Batu Bersurat Terengganu: Satu tafsiran terhadap pelaksanaan Syariah Islam. Jurnal of Fiqh 7: 107-148. Shaharil Talib Robert. 1977. The Terengganu ruling class in the late nineteeth century. Journal of Malaysian Branch Royal Asiatic Society 50(2): 25-47. Tuan Ruhani Tuan Shariff. 1985. Pentadbiran agama Islam di Terengganu dari tahun 1911 hingga 1930-an. Jebat 13: 121. 6

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2017. Konsep kedaulatan watan Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut sejarah perundangan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Zulkifli Wan Hasan, Azizi Umar, Luqman Abdullah, Sidek Abdullah, Jamsari Alias & Hasnan Kasan. 2012. The role of the Malay archipelago scholars in Terengganu in the development of Shafi i sect. Journal of Applied Sciences Research 8(11): 5333-5341. 7