Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Similar documents
PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

Latifah Abdul Aziz, Tarikh: 2 Mac 2012

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PENGHARGAAN. Undang-undang, terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. moga Allah s.w.t membalas segalanya dengan syurga yang kekal abadi.

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

merupakan santapan terbaik untuk kalbu manusia yang menjalani kehidupan di muka

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

NUR SARAH TAJUL URUS 1

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

APLIKASI PRINSIP KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KES HADANAH

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

Transcription:

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam Mohd Al Adib Samuri, Pensyarah Kanan, Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam & Felo Bersekutu, Institut Islam Hadhari. Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia. al_adib@ukm.edu.my ABSTRACT Pemelukan Islam di Malaysia memberikan implikasi terhadap status perkahwinan sivil mualaf. Isu ini menjadi lebih kritikal kerana melibatkan dua mahkamah, sivil dan syariah, yang berbeza bidangkuasa dalam membubarkan perkahwinan sivil tersebut. Lebih malang lagi, sebahagian mualaf terpaksa memilih untuk membubarkan perkahwinan tersebut setelah pasangannya enggan untuk memeluk Islam setelah tamat tempoh yang diberikan. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang peruntukan undang-undang sivil dan Islam tentang pembubaran perkahwinan akibat pemelukan Islam, terutamanya pada era sebelum pindaan Akta 164 pada tahun 2017. Kajian mendapati bahawa undang-undang Malaysia telah secara jelas memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil untuk membubarkan perkahwinan sivil yang mendaftar di bawah Akta 164. Sehubungan itu, selepas pindaan Akta 164 pada 2017, undang-undang Islam di negeri-negeri perlu dipinda agar mualaf tidak lagi memfailkan kes mereka ke mahkamah Syariah. Kajian ini penting untuk mencadangkan pindaan kepada undang-undang Islam di negeri-negeri tentang peruntukan pembubaran perkahwinan sivil dalam Enakmen Keluarga Islam. Keywords: Mualaf, Saudara baru, Undang-undang Islam di Malaysia, Pemelukan Islam, Implikasi Perundangan, Perkahwinan Sivil Pengenalan Malaysia mengamalkan sistem undang-undang yang majmuk (legal pluralism) iaitu undangundang sivil, Islam dan adat. Undang-undang sivil yang mengikut English common law terpakai secara umum kepada semua individu di Malaysia dengan mengecualikan orang Islam dalam perkara undang-undang diri (personal law) yang ditadbir secara khusus oleh Mahkamah Syariah. Di samping itu, undang-undang adat turut terpakai kepada beberapa komuniti di Malaysia seperti Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan komuniti Hindu. Perlembagaan Persekutuan menerusi Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri menetapkan bahawa Undang-undang Islam adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri yang meliputi undang-undang peribadi untuk orang Islam dan kesalahan berkaitan hukum Islam pula terpakai kepada penganut agama Islam sahaja seperti perkahwinan, perceraian, jagaan dan penjagaan anak, kesahtarafan anak, nafkah keluarga, 104

pembahagian harta perkahwinan, undang-undang pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, dan pentadbiran pusaka. Sebelum pindaan Akta 164 pada tahun 2017, mualaf seperti ini mengalami kekeliruan dalam mencari platform untuk membubarkan perkahwinan sivil mereka, serta mendapatkan hak dan menyelesaikan tuntutan-tuntutan (ancillary reliefs). Ini kerana menerusi peruntukan Akta 164 sebelum itu, pihak yang memeluk Islam terhalang daripada membuat permohonan perceraian di mahkamah sivil, di samping mahkamah syariah pula tidak berbidang kuasa untuk mendengar tuntutan daripada pihak bukan Islam. Sehubungan itu, sebahagian mualaf bertindak membubarkan perkahwinan sivil di mahkamah syariah yang pada hakikatnya tidak membatalkan ikatan perkahwinan tersebut di sisi undang-undang sivil di Malaysia. Masalah akan bertambah rumit jika pasangan tersebut mempunyai anak di bawah umur dan ingin menukar agama anak serta mendapatkan hak jagaan dan penjagaan anak. Undang-undang Sivil Berkaitan Pembubaran Perkahwinan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 adalah Akta yang terpakai kepada semua orang bukan Islam dalam Malaysia dan bagi semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi bermastautin di luar Malaysia dan tidak terpakai kepada orang Islam atau bagi orang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak. Akta 164 ini memperuntukkan beberapa perkara berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, pembubaran perkahwinan dan juga kesannya. Biarpun Akta ini mengkhususkan kepada perkahwinan non-muslim, namun terdapat peruntukan khusus yang baru (selepas pindaan tahun 2017) iaitu seksyen 51 untuk individu yang memeluk untuk membubarkan perkahwinan sivil mereka atas dasar pertukaran agama kepada Islam. Sebelum tahun 2017, seksyen ini hanya memberikan pilihan kepada pasangan convert yang tidak memeluk Islam untuk pergi ke mahkamah sivil untuk membubarkan perkahwinan sivil mereka. Seksyen 51 Akta 164 (sebelum pindaan tahun 2017): (1) Di mana satu pihak kepada suatu perkahwinan memeluk Islam, pihak yang satu lagi yang tidak memeluk Islam boleh mempetisyenkan untuk bercerai; dengan syarat petisyen tersebut tidak dikemukakan sebelum tamat 3 bulan dari tarikh pemelukan Islam itu. (2) Mahkamah semasa membubarkan perkahwinan tersebut boleh membuat peruntukan untuk isteri atau suami dan untuk nafkah, kawalan dan jagaan anak-anak dari perkahwinan tersebut, jika ada, dan boleh meletakkan apa-apa syarat kepada dikri pembubaran tersebut jika dirasakan sesuai. Peruntukan di atas ini direkabentuk sedemikian kerana mualaf yang telah memeluk Islam dipercayai tidak tertakluk kepada Akta 164 sebagaimana yang dinyatakan dalam s. 3(3), iaitu Akta ini tidak boleh terpakai bagi seseorang yang beragama Islam atau yang berkahwin di bawah hukum syarak. Ini bermakna, sebelum 2017, mualaf tidak boleh memohon ke mahkamah sivil untuk membubarkan perkahwinan sivilnya kerana s. 51 hanya memberikan pilihan itu kepada pasangannya yang tidak memeluk Islam dengan syarat ia dikemukakan selepas tamat tempoh tiga bulan dari tarikh pemelukan Islam itu (Shamsuddin Sukor 2011:123). Jika pasangan bukan 105

Islam tidak mengemukakan petisyen perceraian, perkahwinan sivil tersebut akan berterusan dan dianggap tidak pernah bercerai. Terdapat beberapa implikasi undang-undang jika perkahwinan sivil ini berterusan. Pertama, individu yang memeluk Islam tidak boleh berkahwin lain di bawah undnag-undang Islam, melainkan mereka memohon untuk membubarkan perkahwinan sivil mereka di mahkamah Syariah di bawah peruntukan undang-undang keluarga Islam negeri, yang mana peruntukan ini seringkali menimbulkan konflik bidangkuasa antara mahkamah sivil dan syariah. Kedua, jika mualaf itu tetap berkahwin, dia boleh dikenakan caj di bawah kesalahan bigami di bawah Kanun Keseksaan. Ketiga, tanggungjawab perkahwinan sivil mereka masih berjalan seperti kewajipan membayar nafkah untuk isteri dan anak, dan jika mualaf itu mati, pasangan bukan Islamnya boleh menuntut pencen dan harta pusaka. Jika permohonan pembubaran perkahwinan berjaya menerusi dikri perceraian yang sah, individu mualaf tersebut tetap perlu bertanggungjawab dengan perkahwinan sivil mereka, dan sebagaimana dalam Seksyen 51(2), mahkamah sivil boleh memerintahkan pasangan Muslim untuk terus membayar nafkah kepada pasangan bukan Islam (Zuliza 1999). Seksyen 51(2) hendaklah dibaca bersama dengan Seksyen 92 Akta 164 yang memperuntukan sebagaimana berikut: Maka adalah menjadi kewajipan seseorang ibu bapa menanggung atau memberi sumbangan terhadap nafkah anak-anaknya, sama ada anak-anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang yang lain. Oleh yang demikian, jika pasangan bukan Islam tidak mengemukakan petisyen untuk membubarkan perkahwinan, kedua-dua pihak tidak dapat menuntut relif-relif sampingan seperti hak nafkah dan harta perkahwinan (Khairani, Mohd Al Adib & Mohd Zamro 2016). Tujuan asal Seksyen 51 adalah untuk melindungi kebajikan anak dan isteri yang tidak memeluk Islam, bagaimana pun ia tidak mengambil kira situasi jika yang memeluk Islam itu adalah pihak isteri, sebagaimana yang dihujahkan oleh Nurasiyah Chua (2004). Jika pihak isteri yang memeluk Islam, selagi pihak suami tidak mengemukakan petisyen untuk membubarkan perkahwinan, pihak isteri tidak dapat berkahwin lain kerana masih terikat dengan perkahwinan sivil tersebut. Secara umumnya Seksyen 51 ini adalah satu peruntukan yang berat sebelah apabila hak pihak yang memeluk Islam untuk memfailkan kes pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil adalah terhalang. Ahmad Ibrahim (1997) berpandangan bahawa seksyen 51 menjadikan pihak yang memeluk Islam dianggap telah melakukan kesalahan matrimonial yang membolehkan pihak yang tidak memeluk Islam untuk memohon untuk pembubaran. Beliau telah mencadangkan agar seksyen 51 ini dipinda dengan diberikan hak kepada kedua-dua pihak dalam perkahwinan untuk mengemukakan petisyen perceraian sama ada yang memeluk Islam ataupun tidak. Selepas lebih dua puluh tahun cadangan ini dikemukakan, akhirnya pada 10 Ogos 2017, Rang Undang-Undang (RUU) 164 diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat. Matan undang-undang yang terkini sebagaimana berikut: Seksyen 51: (1) Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam 106

(a) salah satu pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen ini atau seksyen 53; atau (b) kedua-dua pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen 52. (2) Mahkamah boleh, apabila membubarkan perkahwinan itu, atau pada bila-bila masa, membuat peruntukan untuk isteri atau suami, dan untuk nafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII dan boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas dekri pembubaran itu sebagaimana yang difikirkannya patut. (3) Seksyen 50 tidak terpakai bagi sesuatu petisyen untuk perceraian jika satu pihak telah masuk Islam. Dengan lulusnya pindaan Akta 164 ini, hak diberikan kepada mana-mana individu yang memeluk agama Islam bagi memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil mengikut peruntukan Seksyen 51(1) Akta 164. Peruntukan pindaan undang-undang ini juga akan menyelesaikan isu penentuan hak jagaan anak dan pembahagian harta perkahwinan bersama bekas pasangannya dan harta lain yang dipunyai atau diperoleh oleh mualaf itu sebelum dia memeluk agama Islam (Rohaniza et al. 2017). Walaupun pindaan ini suatu yang agak baik kerana sebelum ini pasangan Muslim langsung tidak boleh ke mahkamah sivil, tetapi ia masih tidak menyelesaikan masalah secara total kerana pindaan ini tidak menghalang pihak Muslim dari pergi mengemukakan petisyen pembubaran di mahkamah syariah seperti sebelum pindaan. Mohamed Hanipa Maidin (2017) menyatakan: Pindaan Seksyen 51 tersebut tidak menjadikan suatu yang mandatori untuk pasangan yang masuk Islam wajib mengemukakan petisyen penceraian di mahkamah sivil dan dengan kata lain tidak memberikan hak eksklusif hanya kepada mahkamah sivil untuk dengar kes petisyen penceraian atas alasan suatu pihak sudah masuk Islam. Undang-undang Islam Negeri berkaitan Pembubaran Perkahwinan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (AUKI) adalah undangundang yang menjadi rujukan utama berkenaan dengan perkahwinan dan perceraian bagi orang Islam di di Wilayah Persekutuan dan kebanyakan negeri lain mempunyai peruntukan yang hampir serupa. Peruntukan undang-undang Islam di negeri-negeri secara jelas memperutukkan peraturan perkahwinan orang Islam dan, secara tersirat, melarang sebarang perkahwinan antara orang Islam dengan penganut agama lain. Contohnya, Seksyen 10 AUKI jelas dinyatakan larangan bagi seorang Muslim untuk berkahwin dengan pasangan non-muslim kecuali perempuan al-kitabiyah, sebagaimana berikut: (1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah. (2) Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam. 107

Biarpun peruntukan wanita Kitabiyyah ini dimasukkan namun, penggubal undang-undang memasukkan definisi perempuan kitabiyah menurut pandangan mazhab al-shafii yang spesifik merujuk kepada ciri-ciri berikut, suatu yang tidak lagi boleh dijumpai di kalangan wanita Kristian dan Yahudi pada hari ini: Kitabiyah ertinya (a) seorang perempuan dari keturunan Bani Ya qub; atau (b) seorang perempuan Nasrani dari keturunan orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau (c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul; Implikasinya, semua orang Islam di Malaysia tidak boleh berkahwin dengan mana-mana penganut Kristian dan Yahudi yang tidak termasuk dalam kategori di atas. Tambahan itu lagi, Muslim juga tidak boleh langsung berkahwin dengan penganut agama selain Ahli Kitab seperti Hindu, Buddha dan atheist. Justeru, apabila seseorang mualaf memeluk Islam, dan pasangannya adalah seorang Kristian yang tidak mahu memeluk Islam, mereka perlu membubarkan perkahwinan tersebut kerana versi Kristian pasangannya tidak diiktiraf oleh undang-undang Islam negeri. Berkenaan dengan kes pemelukan Islam salah seorang pasangan dari perkahwinan sivil pula, Seksyen 46 (2) AUKI WP menyatakan seperti berikut: Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Agama Islam, maka perbuatan yang sedemikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah. Ini bermakna, peruntukan undang-undang di atas menghadkan pemakaian hukum syarak dengan mensyaratkan semua mualaf untuk memohon membubarkan perkahwinan mereka di mahkamah Syariah. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, timbul persoalan konflik bidangkuasa dalam perkara ini kerana mahkamah syariah tidak boleh membicarakan kes pembubaran perkahwinan sivil kerana perkara itu terletak di bawah bidangkuasa mahkamah Sivil. Konflik ini berpanjangan apabila keputusan mahkamah Syariah membubarkan perkahwinan sivil dalam kes mualaf atas alasan pertukaran agama tidak dapat dikuatkuasakan di mahkamah sivil (Najibah Mohd Zain 2016). Selain itu, tiada peruntukan undang-undang mengenai nafkah bagi pasangan dan anak yang tidak beragama Islam dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri (Khairani, Mohd Al Adib & Mohd Zamro 2016). Analisis Kes Mahkamah Berkaitan Pembubaran Perkahwinan sivil Sebelum pindaan Akta 164 pada tahun 2017, perkahwinan sivil hanya boleh dibubarkan di mahkamah sivil menerusi tindakan pasangan yang tidak memeluk Islam, sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Pedley v Majlis Agama Islam Pulau Pinang & Anor ([1990] 2 MLJ 307), kes Ng Siew Pian v Abdul Wahid bin Abu Hassan, Kadi Daerah Bukit Mertajam & Satu 108

lagi ([1992] 2 MLJ 425; [1993] CLJ 392), dan kes Shamala Sathiyaseelan v Dr Jayaganesh C Mogarajah [2004] 1 CLJ ISL 520. Di dalam kes Pedley, plantif yang merupakan seorang penganut agama Kristian telah berkahwin dengan isterinya, Oliven @ Olwen Patricia Pedley nee Newman yang juga merupakan penganut agama Kristian pada tahun 1966 mengikut undang-undang sivil di Pulau Pinang. Kemudian pada 12 Januari 1987, pihak isteri telah memeluk Islam di Jabatan Hal Ehwal Ugama, Lebuh Downing, Pulau Pinang tanpa pengetahuan suami dan menggunakan nama baru iaitu Mahani Newman binti Abdullah. Sehubungan dengan pemelukan Islam tersebut, pihak Kadi Besar Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan notis memaklumkan kepada pihak suami tentang pemelukan Islam si isteri dan menasihatkan pihak suami untuk memeluk Islam sebelum tamat tempoh 90 hari dari tarikh pemelukan Islam si isteri atau hubungan perkahwinan mereka akan terputus mengikut undang-undang Islam. Seterusnya plantif telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi mengisytiharkan perkahwinan sivil masih kekal walaupun setelah pihak isteri memeluk Islam. Mahkamah telah memutuskan bahawa perkahwinan sivil mereka kekal disebabkan pihak yang bukan Islam tidak pernah mengemukakan permohonan untuk membubarkan perkahwinan disebabkan pemelukan Islam salah seorang pasangan menerusi seksyen 51 (1) Akta 164. Di dalam kes Ng Siew Pian pula, plaintif (isteri) dan defendan kedua (suami) merupakan penganut agama Buddha sewaktu berkahwin mengikut Ordinan Perkahwinan Sivil 1952. Pihak suami (defendan kedua) kemudiannya telah memeluk agama Islam dan memohon kepada Mahkamah Kadi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk membubarkan perkahwinan sivil atas alasan isterinya enggan turut memeluk Islam. Satu notis telah disampaikan kepada pihak isteri oleh pihak Kadi (defendan pertama) memaklumkan bahawa plantif perlu hadir ke mahkamah syariah untuk mendengar permohonan perceraian tersebut. Kemudian defendan pertama telah membubarkan perkahwinan tersebut, tanpa kehadiran plantif, atas alasan plaintif menolak untuk mengikut suaminya memeluk agama Islam. Susulan keputusan tersebut, pihak isteri telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa defendan pertama tidak mempunyai bidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan sivil dan perintah pembubaran yang dikeluarkan pada 12 Mei 1991 adalah tidak sah. Pihak plaintif mendakwa dia berhak dan diberi kebebasan untuk mempetisyen perceraian menerusi seksyen 51 Akta 164 atas alasan pemelukan Islam suaminya. Berdasarkan permohonan ini, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Mahkamah Kadi, Daerah Bukit Mertajam tidak mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan perkahwinan sivil tersebut kerana salah seorang daripada pasangan dalam perkahwinan tersebut bukan beragama Islam dan mahkamah itu hanya berbidang kuasa jika kedua-dua pihak beragama Islam. Setelah lebih sedekad, di dalam kes Shamala pada tahun 2004, Hakim mengisytiharkan keputusan yang sama bahawa perkahwinan sivil di bawah Akta 164 antara plaintif dan defendan masih kekal walaupun defendan telah memeluk Islam kerana plaintif tidak mempetisyen pembubaran atas alasan pemelukan Islam defendan di mahkamah sivil. Justeru, dapat disimpulkan bahawa pemelukan Islam tidak akan menyebabkan perkahwinan sivil terbubar sehingga pihak bukan Islam mempetisyen pembubaran di mahkamah sivil menerusi sekysen 51(1) Akta 164 dan mahkamah syariah tidak berbidang kuasa untuk membatalkan perkahwinan sivil. 109

Analisis Kes Mahkamah Berkaitan Tuntutan nafkah pihak bukan Islam Keputusan mahkamah berkenaan tuntutan nafkah pihak isteri setelah pihak suami memeluk Islam boleh dilihat di dalam kes Letchumi v Ramadason [1984] 1 CLJ 265, Tang Sung Mooi v Too Miew Kim [1994] 3 MLJ 117, Kung Lim Siw Wan (P) v Choong Chee Kuan [2003] 3 MLJ 482 dan Shamala Sathiyaseelan v Dr Jayaganesh C Mogarajah [2004] 2 MLJ 241. Di dalam kes Letchumi, plaintif telah membuat permohonan untuk bercerai dengan tuntutan nafkah atas alasan peninggalan langsung defendan terhadap plaintif. Walaupun mahkamah telah mengarahkan pihak suami membayar nafkah sebanyak RM 200.00 setiap bulan bermula daripada 1 Januari 1982, namun rekod menunjukkan bahawa pihak suami tidak patuh kepada arahan mahkamah untuk membayar nafkah dan pihak suami telah memohon untuk mengetepikan perintah mahkamah tersebut dengan alasan beliau telah memeluk Islam dan isterinya tidak berhak ke atas nafkah menurut undang-undang Islam kerana tidak turut sama memeluk Islam. Mahkamah di dalam kes ini telah mengetepikan permohonan isteri untuk nafkah dengan alasan suami tertakluk kepada undang-undang Islam dan seksyen 3(3) Akta 164 menyatakan bahawa akta ini tidak terpakai kepada penganut agama Islam melainkan jika petisyen perceraian dilakukan menerusi seksyen 51(1). Berdasarkan keputusan ini, jelas bahawa suami yang telah memeluk Islam tetap terikat untuk membayar nafkah jika isteri mempetisyen perceraian menerusi seksyen 51(1) Akta 164 atas alasan pemelukan Islam salah seorang pasangan. Walau bagaimanapun, di dalam kes Tang Sung Mooi, plaintif memfailkan perceraian melalui seksyen 53, hakim Mahkamah Agong telah memutuskan bahawa walaupun seksyen 3(3) Akta 164 menyatakan bahawa akta tersebut tidak terpakai kepada penganut agama Islam, pihak yang memeluk Islam terhalang daripada menggunakan alasan pemelukan Islam bagi mengelakkan tanggungjawab membayar nafkah di bawah Akta 164. Mahkamah Agong berhujah bahawa ketidakadilan yang serius akan berlaku terhadap pasangan bukan Islam dan anak-anak mereka kerana remedi tunggal mereka adalah di dalam mahkamah sivil dan mahkamah syariah tidak berbidang kuasa terhadap orang yang tidak menganut agama Islam. Perkara yang sama diputuskan di dalam kes Kung Lim Siw Wan dan kes Shamala. Kesimpulan Kajian mendapati terdapat beberapa implikasi perundangan yang timbul terhadap pembubaran perkahwinan sivil. Pasca pindaan Akta 164 pada 2017, jika pasangan mualaf enggan untuk memeluk Islam dalam tempoh masa yang ditetapkan, mualaf boleh memfailkan kes di Mahkamah Sivil untuk membubarkan perkahwinan tersebut. Namun, peruntukan undang-undnag keluarga Islam di negeri-negeri yang membenarkan mualaf membubarkan perkahwinan sivil di mahkamah Syariah masih belum dipinda. Pindaan itu adalah perlu agar tiada lagi kes konflik undang-undang antara mahkamah sivil dan Syariah. Apabila mualaf, pasanganya yang bukan Islam dan keluarga boleh mendapatkan semua relief di mahkamah sivil, maka matlamat untuk mendapatkan keadilan akan tercapai. 110

Rujukan Ahmad Ibrahim. 1997. Kesan pertukaran agama di bawah undang-undang Islam. Dlm. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Khairani Husin, Mohd Al Adib & Mohd Zamro Muda. 2016. Selepas syahadah: kewajipan pemakluman pemelukan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Hanipa Maidin. 2017. Isu pindaan akta 164. 11 Ogos. Diaskes pada 10 Disember 2017 - https://www.facebook.com/amanahnegara/posts/1631500973561268 Najibah Mohd Zain. 2016. Pertukaran ugama: kesan terhadap status perkahwinan dan tuntutan relief sampingan. 20 Disember. Kertas kerja yang dibentangkan di dalam temu bual kumpulan berfokus. Puri Pujangga, UKM. Nurasiyah Chua Abdullah. 2004. Conversion to Islam effect on status of marriages and ancillary reliefs. Selangor: International Law Book Services. Rohaniza Idris, Ahmad Suhael Adnan dan Azzman Abdul Jamal. 2017. Pindaan Akta 164 Lulus. 10 Ogos. Diakses pada 15 November 2017. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/310562/pindaan-akta-164-lulus Shamsuddin Sukor. 2011. Panduan akta membaharui undang-undang perkahwinan dan perceraian 1976 (akta 164). edisi kedua. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Zuliza Mohd Kusrin. 1999. Kebebasan beragama dan implikasinya terhadap pemelukan Islam di Malaysia. Tesis Sarjana, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia. 111