UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Similar documents
PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MALAYSIA. Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY RANG UNDANG-UNDANG

MALAYSIA. Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA DITERBITKAN DENGAN KUASA RANG UNDANG-UNDANG

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Plat Kaca Terma & Syarat

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Please click here to access Circular No 097/2014, and here to access Circular No 272/2014.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pemandu Bas Terma & Syarat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Kecurian Terma & Syarat

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

M E M O R A N D U M 80

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Pelaksanaan Perwakilan Kuasa Pendaftar PP

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PA Care Terma & Syarat

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

MUZAKARAH PAKAR IKIM MALAYSIA: KEMELUT NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR 19 Februari 2013

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Transcription:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Tajuk ringkas dan pemakaian [31hb Disember 1951] 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951. (2) Akta ini hendaklah dipakai di Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- Menteri ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hari kelepasan am dan hari kelepasan bank; Semenanjung Malaysia mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan; hari kelepasan mingguan ertinya hari Ahad atau, di Negeri-Negeri di mana hari Jumaat diterima sebagai hari kelepasan mingguan, hari Jumaat. Hari kelepasan am 3. Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Pertama hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menjadi hari kelepasan am: Dengan syarat bahawa, kecuali dan melainkan jika- (a) Pihak Berkuasa Negeri dalam hal mana-mana Negeri; atau

(b) Menteri dalam hal Wilayah Persekutuan, melalui pemberitahuan dalam Warta memperuntukkan selainnya, jika manamana hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari kelepasan mingguan dalam mana-mana negeri atau dalam Wilayah Persekutuan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am dan jika hari berikut adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am. Pengecualian daripada hari kelepasan am 4. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuatkuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dan pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja pejabat atau jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepasan am seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am menurut kuasa Akta ini. Hari kelepasan bank *5. Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Kedua hendaklah diterima sebagai hari kelepasan tutup bagi semua bank di Malaysia Barat dan kemudian daripada ini disebut sebagai hari kelepasan bank. 6. Pengecualian daripada hari kelepasan bank Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuatkuasa Akta ini mana-mana bank, dan sesudah itu, tertakluk daripada kuatkuasa Akta ini mana-mana bank, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturanperaturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan bank tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepasan bank seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank menurut kuasa Akta ini. *CATATAN- Semua bank di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kuatkuasa seksyen 5 dan Jadual Kedua Lihat F.L.N. 346/1963.

Pembayaran, dsb. pada hari kelepasan am atau hari kelepasan bank 7. (1) Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau melalui kontrak bertulis, tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan am dipaksa membuat apa-apa pembayaran di bawah, atau melakukan apa-apa perbuatan dalam melaksanakan, sesuatu kontrak: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah mana seseorang itu diambil bekerja. (2) Tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan bank dipaksa membuat apa-apa pembayaran di dalam atau di sesuatu bank atau melakukan di dalam atau di sesuatu bank apa-apa perbuatan yang memerlukan perkhidmatan bank. (3) Obligasi untuk membuat pembayaran sedemikian atau untuk melakukan perbuatan tersebut hendaklah terpakai bagi hari yang berikutan hari kelepasan am atau hari kelepasan bank tersebut yang bukannya hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am atau hari kelepasan bank. (4) Pembayaran sedemikian yang dibuat dan perbuatan yang dilakukan pada hari berikutnya itu adalah sama dengan pembayaran wang atau pelaksanaan perbuatan itu pada hari kelepasan tersebut. Menteri boleh menetapkan hari-hari khas untuk diterima sebagai hari kelepasan bank atau hari kelepasan am 8. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkan patut, menetapkan, berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan atau, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan sesuatu Negeri, suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am atau hari kelepasan bank sebagai tambahan kepada, atau untuk menggantikan, mana-mana hari yang tersebut dalam Jadual-Jadual dan sesudah itu Akta ini hendaklah, dalam Semenanjung Malaysia, atau dalam Wilayah Persekutuan, atau dalam Negeri yang berkenaan dengannya suatu hari telah ditetapkan untuk diterima sebagai hari kelepasan seperti yang disebut terdahulu, terpakai bagi hari itu dengan cara yang sama seolah-olah hari tersebut telah disebut dalam Jadual Pertama atau Jadual Kedua, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Hari kelepasan am Negeri dan Wilayah Persekutuan 9. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkan patut, menetapkan suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am Negeri dalam mana-mana Negeri itu, dan hari tersebut hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, diterima sebagai hari kelepasan am dalam Negeri tersebut. (2) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am Wilayah Persekutuan dalam Wilayah Persekutuan, dan hari tersebut hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, diterima sebagai hari kelepasan am dalam Wilayah Persekutuan. (3) Seksyen 7 hendaklah terpakai (a) bagi Negeri itu berkenaan dengan hari kelepasan am Negeri tersebut; dan (b) bagi Wilayah Persekutuan berkenaan dengan hari kelepasan am Wilayah Persekutuan tersebut, sebagaimana ianya terpakai dalam Semenanjung Malaysia berkenaan dengan hari kelepasan am yang ditetapkan di bawah seksyen 3. (4) Dalam seksyen ini sebutan mengenai sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana pecah bahagian yang diiktiraf bagi sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan. Pengecualian daripada hari kelepasan am Negeri dan Wilayah Persekutuan 10. Pihak Berkuasa Negeri boleh berkenaan dengan mana-mana hari kelepasan am Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen 9, dan Menteri boleh berkenaan dengan mana-mana hari kelepasan am Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan di bawah seksyen 9, membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada kuatkuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dalam Negeri tersebut atau dalam Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pegawaipegawai dan pekerja-pekerja pejabat atau jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturanperaturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan dalam Negeri tersebut atau Wilayah Persekutuan pada sebarang hari kelepasan am Negeri atau

sebarang hari kelepasan am Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am Negeri atau hari kelepasan am Wilayah Persekutuan menurut kuasa Akta ini. Kuasa untuk menutup mahkamah, pejabat awam, dsb 10A. (1) Bagi maksud memudahkan mengadakan apa-apa pilihanraya di bawah Akta Pilihanraya 1958 [Akta 19], Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, berkenaan dengan mana-mana Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, atau berkenaan dengan Wilayah Persekutuan, mengarahkan penutupan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan sebagaimana yang difikirkannya patut pada mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah itu, dan sesudah itu perintah tersebut hendaklah berkuatkuasa dalam mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Bagi maksud memudahkan mengadakan apa-apa pilihanraya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang untuk menjadi ahli-ahli Dewan Undangan, Pihak Berkuasa Negeri selepas berunding dengan Menteri, boleh, melalui perintah dalam Warta atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya, mengarahkan penutupan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan sebagaimana yang difikirkannya patut pada mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah itu dan sesudah itu perintah tersebut hendaklah berkuatkuasa dalam Negeri itu. (3) Seksyen 7 hendaklah terpakai berkenaan dengan segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan yang ditutup mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini seolah-olah mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah tersebut adalah hari kelepasan am yang ditetapkan di bawah seksyen 3. (4) Dalam seksyen ini sebutan mengenai sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana pecah bahagian yang diiktiraf bagi sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan.

JADUAL PERTAMA [Seksyen 3] HARI KELEPASAN AM Hari Keputeraan Muhammad (s.a.w). Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan. Tahun Baru Cina (satu hari bagi Negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, dua hari bagi Negeri-Negeri lain). Hari Wesak. Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong. Hari Raya Puasa (2 hari). Hari Raya Haji (dua hari bagi Negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, satu hari bagi Negeri-Negeri lain). Hari Deepavali. Hari Christmas. Hari Pekerja [P.U. (B) 414/1972] berkuat kuasa pada 12 Oktober 1972. Awal Muharram [P.U. (B) 363/2005] berkuat kuasa pada 1 Januari 1995. Hari Malaysia [Mas. P.U.(B) 491/2009] JADUAL KEDUA [Seksyen 5] HARI KELEPASAN BANK 1 Januari (atau hari berikutnya jika 1 Januari jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan). 1 Julai (atau hari berikutnya jika 1 Julai jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 SENARAI PINDAAN Undang-Undang yang meminda Tajuk Ringkas Berkuatkuasa dari LN 124/1952 LN 335/1952 Notification under section 8 of the Holidays Ordinance 1951 Notification under section 8 of the Holiday Ordinance 1951 20-3-1952 18-6-1952 FM Ord. 18/1955 Holidays (Amendment) Ordinance 1955 20-4-1955 FM Ord. 60/1955 LN (NS) 53/1957 LN 332/1958 LN 135/1960 PU (A) 278/1974 PU (A) 511/2005 P.U.(B) 491/2009 Settlements Nominated Council (Change of Title) Ordinance 1956 Notification under section 8 of the Holidays Ordinance 1951 Federal Constitution (Modification of Laws) (Ordinances and Proclamations) Order 1958 Notification under section 8 of the Holidays Ordinance 1951 Federal Territory (Modification of Holidays Ordinance) Order 1974 Federal Territory of Labuan (Extension and Modification of Holidays Act 1951) Order 2005 Notification under Section 8 of the Holidays Act 1951 1-9-1956 31-10-1957 13-11-1958 23-6-1960 1-2-1974 1.1.2006 From year 2010 SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI No. Tajuk FM Ord. 55 of 1951 Holidays Ordinance 1951 PU (A) 278/1974 Schedule to Federal Territory (Modification of Holidays Ordinance) Order 1974