DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Similar documents
AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

SENARAI KES BICARA YANG DIKENDALIKAN OLEH TPR / PKP DI UNIT PERBICARAAN BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN APRIL 2011 SIVIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

Plat Kaca Terma & Syarat

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

NUR SARAH TAJUL URUS 1

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

PERMOHONAN PERTUKARAN MAJIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA 1. ISHAK BIN CHE DIN 2. OSMAN BIN IBRAHIM 3. RAMELAN @ RAMLAN BIN ISHAK 4. RAZAK BIN ISHAK - PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. CHE NORIAH BINTI YEOP 2. NOR RIZAN BIN JAAFAR 3. YUSOF BIN SHAFIE - DEFENDAN-DEFENDAN DAN JASNI BIN YEOP - PENCELAH PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 1. Ini merupakan permohonan pihak Pencelah di dalam Lampiran 96 untuk satu perintah supaya Saman Pemula Terpinda dan 1

Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif, Afidavit Tambahan Plaintif- Plaintif, Afidavit Tambahan (2) Plaintif-Plaintif dan Afidavit Tambahan (3) Plaintif-Plaintif diketepikan atau dibatalkan menurut Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b), (c) atau (d) KKM 2012 atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan, menjejaskan atau melengahkan perbicaraan tindakan ini dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan sekiranya permohonan ini dibenarkan, maka Penghakiman Persetujuan bertarikh 9.8.2016 yang dimasukkan di antara wakil-wakil diri Defendan Pertama dan Defendan Kedua dengan keempat-empat Plaintif diketepikan. KERTAS KUASA 2. 1) Notis Permohonan - Lampiran 96 2) Afidavit Sokongan - Lampiran 97 3) Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif - Lampiran 98 4) Afidavit Balasan - Lampiran 99 5) Afidavit Jawapan Kepada - Lampiran 100 Afidavit Balasan 6) Notis Niat Menggunakan Afidavit - Lampiran 101 7) Afidavit Jawapan Defendan 3 - Lampiran 102 8) Afidavit Balasan - Lampiran 106 FAKTA KES 3. Plaintif telah memfailkan satu Saman Pemula untuk mengenepikan 3 perintah perletakan hak bagi hartanah GM 204 Lot 268, GM 264 Lot 429, GM 265 Lot 430, GM 626 Lot 1630, 2

GM 626 Lot 1631, GM 413 Lot 452 dan ½ bahagian GM 187 Lot 70 dan GM 173 Lot 4 dan diletak hak kembali kepada nama pemegang amanah berdaftar SHAIK MADAR BIN KADEER PEECHAY sebagai pemegang amanah seumur hidup. 4. Pada 9.8.2016, wakil-wakil diri Defendan 1 dan 2 telah merekodkan Penghakiman Persetujuan dengan Plaintif-Plaintif di mana kesemua hartanah tersebut telah diletak hak kembali kepada nama pemegang amanah yang berdaftar iaitu SHAIK MADAR BIN KADEER PEECHAY. Maka dengan itu Defendan 1 dan 2 tidak lagi merupakan pemilik berdaftar hartanah-hartanah tersebut. 5. Satu permohonan dari peguam Defendan 3 telah difailkan pada 19.2.2016 di mana Yusof bin Shafie telah dilantik sebagai wakil diri kepada harta pusaka Shafie bin Mat. Mahkamah telah membenarkan permohonan lanjutan masa dan memerintahkan Defendan 3 menjawab kepada Afidavit-Afidavit yang telah difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif dalam masa 14 hari, tetapi sehingga hari ini wakil diri Defendan 3 tidak memfailkan apa-apa Afidavit bagi menjawab Afidavit yang telah difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif. PENGHUJAHAN PLAINTIF-PLAINTIF 6. Di antara lain penghujahan Plaintif-Plaintif adalah seperti berikut (a) Permohonan Pencelah untuk mengetepikan Penghakiman Persetujuan bertarikh 9.8.2016 adalah salah dari segi 3

undang-undang kerana ia merupakan Penghakiman Persetujuan yang direkodkan antara wakil diri Defendan Pertama dan Kedua. Pencelah bukanlah pihak di dalam penghakiman tersebut. (b) Permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 dibuat oleh Pencelah sendiri dan bukan oleh wakil-wakil diri Defendan 1, 2 atau 3. Malah sehingga kini Defendan 3 masih gagal menjawab kepada Afidavit-Afidavit Plaintif seperti diarahkan oleh Mahkamah pada 19.2.2016. Memandangkan Pencelah membuat permohonan ini atas kapasiti beliau sendiri, maka dengan itu sebarang keputusan Mahkamah terhadap Pencelah tidak mengikat Defendan 1, 2 atau 3. (c) Plaintif merujuk kepada kes Khaw Poh Chhuan v Ng Gaik Peng [1996] 1 MLJ 761 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa satu Perintah Persetujuan yang telah didaftarkan dengan sempurna hanya boleh diketepikan dalam tindakan baru yang difailkan untuk tujuan itu dan ianya boleh diketepikan atas alasan yagn sama seperti suatu perjanjian. PENGHUJAHAN PENCELAH 7. Di antara lain adalah seperti berikut (a) Terdapat pertikaian fakta yang berbeza-beza dan substantial dan dengan itu tidak sesuai untuk dimulakan dengan Saman Pemula. 4

(b) Pembuktian wujudnya penyelewengan atau fraud di dalam kes ini seharusnya dibuat melalui proses perbicaraan dengan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan. (c) Kewujudan Duplicity of Proceedings di mana Plaintif- Plaintif telah memulakan dua tindakan yang lain untuk membatalkan tiga perintah yang sama di mana Plaintif- Plaintif telah memilih untuk memulakan tindakan-tindakan tersebut dengan writ sedangkan tindakan di hadapan Mahkamah ini dimulakan pula dengan Saman Pemula. DAPATAN MAHKAMAH TINGGI 8. 1) Sama Ada Kes Ini Melibatkan Pertikaian Fakta Yang Substantial? Plaintif-Plaintif telah memohon untuk mengenepikan 3 Perintah Perletakan Hak ke atas hartanah-hartanah bagi Lot-Lot 268, 429, 430, 1631, 1630, 452, 70 dan 4 yang telah diletakkan hak kepada Defendan-Defendan melalui Perintah-Perintah yang tidak sah kerana menggunakan dokumen-dokumen sokongan palsu yang kononnya telah dikeluarkan oleh tiga agensi kerajaan yang berlainan. Ketiga-tiga Perintah yang hendak diketepikan oleh Plaintif- Plaintif tersebut adalah seperti berikut (a) Perintah bertarikh 9.1.2013 melalui Saman Pemula Ex-Parte No : 24-2034-11/2012; 5

(b) Pindaan Perintah bertarikh 9.1.2013 melalui Saman Pemula Ex-Parte No : 24NCVC-35-01/2013; dan (c) Perintah bertarikh 23.7.2013 melalui Saman Pemula Ex-Parte No : 24NCVC-791-07/2013. Melalui semakan dokumen yang dibuat, ketiga-tiga agensi tersebut telah mengesahkan bahawa tiada sebarang permohonan atau dokumen yang berkaitan perkara tersebut yang telah dikeluarkan oleh agensi-agensi ini. Permohonan Plaintif-Plaintif untuk meletakkan hak kembali kepada pemegang amanah yang berdaftar iaitu Shaik Madar bin Kadeer Peechay sebagai pemegang amanah seumur hidup melalui Conveyance bertarikh 23.12.1895 telah dibenarkan oleh Mahkamah ini pada 9.8.2016 bila wakil-wakil diri Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah bersetuju untuk merekodkan Penghakiman Persetujuan dengan Plaintif-Plaintif. Maka dengan persetujuan tersebut, Defendan Pertama dan Defendan Kedua kini tidak lagi merupakan pemilik berdaftar ke atas keenam-enam lot hartanah iaitu Lot-Lot 268, 1631, 1630, 452, 70 dan 4. Salinan termeterai Perintah-Perintah bertarikh 9.8.2016 tersebut telah sempurna didaftarkan di Pejabat Tanah dan Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 19.8.2016. Kaveat Pendaftar juga telah didaftarkan ke atas keenam-enam lot hartanah tersebut pada 26.8.2016. 6

Berdasarkan kepada rentetan peristiwa yang berlaku ini, adalah jelas pada hemat saya bahawa isu utama yang menjadi subjek pertikaian kedua-dua pihak adalah sama ada berlakunya penipuan, penyelewengan dan penggunaan dokumen-dokumen palsu dan sebagainya sehingga membolehkan Defendan-Defendan ini mendapat perletakan hak milik melalui ketiga-tiga Perintah Mahkamah ke atas 8 lot hartanah tersebut iaitu Lot-Lot 268, 429, 430, 1631,1630, 452, 70 dan 4. Penentuan berkaitan isu ini hanya dapat ditentukan melalui proses perbicaraan di mana saksi-saksi daripada ketiga-tiga agensi ini akan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kesahihan dan pengesahan beberapa dokumen-dokumen yang diekshibitkan oleh Defendan-Defendan yang dikatakan dikeluarkan oleh agensi-agensi tersebut. Dokumendokumen yang dimaksudkan ini adalah seperti Sijil-Sijil Faraid, Borang-Borang F Pemberian Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Kecil, Geran Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Pulau Pinang. Tindakan melalui Saman Pemula ini adalah sama sekali tidak sesuai untuk memutuskan isu yang sebegini rupa kerana ianya melibatkan substantial dispute of fact. Dengan itu prosiding sewajarnya dimulakan dengan writ. Beban pembuktian terletak di bahu Plaintif-Plaintif untuk membuktikan alegasi mereka ini. 7

2) Menyentuh berkaitan Penghakiman-Penghakiman Persetujuan yang telah direkodkan pada 9.8.2016 tersebut yang mana telah dihujahkan oleh peguam Plaintif-Plaintif sebagai telah disempurnakan / has been extracted and perfected dan telah pun didaftarkan di Pejabat Tanah berkaitan Lot-Lot 268, 1631, 1630, 452, 70 dan 4, Mahkamah ini sedar bahawa when a judgment in High Court has been perfected, a party to the judgment cannot re-open the matter finalised in the judgment by seeking to alter it or amend it for the court would be functus officio by virtue of the ratio of Hock Hua Bank v Sahari bin Murid [1981] 1 MLJ 143. But one apply to set aside an order of a superior court only in direct proceeding on valid ground, but without doing so, one cannot attack its invalidity laterally by raising an objection in any other proceedings, without filing proceedings for applying to have it set aside first. (Sila lihat kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 2 CLJ 75). Dengan hormatnya, kes Badiaddin ini harus seharusnya dibezakan. Ini adalah kerana di dalam kes Badiaddin, prosiding telah selesai sedangkan di dalam kes di hadapan saya ini prosiding masih belum selesai sepenuhnya dan oleh kerana itu tidak terlewat untuk pihak Pencelah mencelah di dalam tindakan ini. Di atas dasar itu juga permohonan Pencelah untuk mencelah telah dibenarkan oleh Mahkamah ini. Maka dengan itu isu yang berbangkit bahawa Mahkamah ini telah functus officio dan Penghakiman telah disempurnakan sebelum Pencelah 8

dibenarkan untuk mencelah adalah tidak mempunyai merit. Malah Mahkamah ini boleh mengenepikan atau membatalkan sesuatu Perintah yang telah diberikan sebelum ini seandainya dapat dibuktikan terdapatnya fraud di dalam Perintah tersebut. Di dalam konteks kes di hadapan saya ini, isu fraud hanyalah dapat dibuktikan melalui satu proses perbicaraan sahaja. 3) Berkaitan itu bahawa Pencelah bukanlah pihak di dalam Penghakiman-Penghakiman Persetujuan tersebut dan Pencelah telah bertindak di atas kapasitinya sendiri dan beliau bukannya wakil kepada Defendan Pertama, Kedua atau Ketiga dan keputusan Mahkamah terhadap Pencelah ini tidak mengikat ketiga-tiga Defendan, Mahkamah ini berpandangan Pencelah sememangnya mempunyai kepentingan kerana beliau merupakan waris yang sah kepada Defendan Pertama. Pastinyalah beliau had been adversely affected by the said judgment of which he was not a party. Lebih ketara lagi bila beliau di Lampiran 80 para 9 menyatakan bahawa sesungguhnya saya mempunyai kepentingan di dalam kes ini kerana saya dan adik beradik saya yang lain adalah waris-waris yang sah kepada Defendan Pertama dan malah kami tidak tahu dan tidak bersetuju dengan perlantikan Noriah binti Yeop sebagai wakil diri Defendan Pertama. Pada hemat saya, Penghakiman-Penghakiman Persetujuan yang direkodkan di antara Defendan Pertama dengan Plaintif-Plaintif tanpa pengetahuan dan persetujuan waris- 9

waris yang sah kepada Defendan Pertama pastinya telah memprejudiskan waris-waris ini termasuklah pihak Pencelah dan kepentingan mereka ke atas hartanah juga akan tergugat kerana Lot 429 dan 430 telahpun berpindah milik kepada pihak ketiga. Adalah sesuatu yang nyata bahawa Penghakiman- Penghakiman Persetujuan ini telah diperolehi dengan izin in breach of the rules of natural justice. In such circumstances the person affected by such judgment is entitled ex debito justitiae to have the Consent Order be set aside and the court may exercise its inherent power to strike out the order without the need to file an appeal or fresh suit even though the intervener was not a party to the Consent Order. Therefore the principle of functus officio does not apply where the intervener has no knowledge of the proceeding and the order of the court that was obtained. The Consent Order is null and void as it has cause injustice to the intervener. 4) Berkaitan itu kewujudan duplicity of proceeding seperti mana yang dibangkitkan oleh peguam Pencelah, Mahkamah ini bersetuju dengan peguam Pencelah dan saya mendapati sememangnya terdapat dua tindakan lain berkaitan perkara yang sama iaitu 22NCVC-23-02/2016 dan 22NCVC-24-02/2016 di mana ianya melibatkan permohonan Plaintif untuk membatalkan Perintah-Perintah yang sama seperti mana Saman Pemula ini khususnya untuk hartanah Lot 429 dan 430 dan kedua-dua tindakan ini 10

dibuat melalui Writ. Berdasarkan kepada faktor ini, adalah juga wajar tindakan di hadapan saya ini juga dibuat melalui writ dan bukan melalui Saman Pemula Terpinda ini. 5) Saya tidak berhasrat untuk menyentuh perkara-perkara lain yang dibangkitkan kerana memadailah setakat isu-isu serta kupasan yang telah saya perjelaskan seperti mana di atas. KESIMPULAN 9. Berdasarkan kepada penghujahan lisan dan bertulis serta Afidavit-Afidavit yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan Lampiran 96. Penghakiman-Penghakiman Persetujuan dengan ini diketepikan / dibatalkan. Kos sebanyak RM 4,000.00 hendaklah dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Pencelah.... ( DATO AZMI BIN ARIFFIN ) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang. Bertarikh : 4 Ogos 2017. Peguamcara : Tetuan Hazmi & Co. bagi pihak plaintif-plaintif. Tetuan Rosli Ismail & Co. bagi pihak pencelah. Tetuan Roshidah Osman & Partners bagi pihak defendan-defendan. 11