PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Similar documents
HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KEMANTAPAN TILAWAH ASAS KOMPETENSI IMAM: KAJIAN IMAM-IMAM MASJID DAERAH MELAKA TENGAH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

Transcription:

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib 1, Abdul Hadi Awang 2, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 3, Mohd Rasyidi Ali 4, Mohd Shairawi Mohd Noor 5 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) faizmukmin@kuis.edu.my ABSTRAK Surah al-fatihah merupakan nadi utama al-quran kerana surah ini wajib dibaca ketika dalam setiap solat. Solat yang tidak disertakan dengan bacaan surah al-fatihah yang betul boleh merosakkan solat itu sendiri. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis persepsi Mahasiswa Pusat Asasi KUIS terhadap keupayaan membaca surah al-fatihah. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dengan kaedah soal selidik. Kajian awal mendapati bahawa keyakinan diri yang didokong dengan latar belakang pengajian merupakan persepsi utama terhadap keupayaan diri membaca Surah al-fatihah. Dapatan kajian ini boleh digunakan dalam memilih kaedah paling baik untuk mengajar membaca surah al-fatihah dan al-quran secara umum. Kata kunci: surah al-fatihah, persepsi keupayaan diri, mahasiswa asasi. 219

PENGENALAN Mengandungi tujuh ayat dan ia adalah surah pertama yang terdapat dalam al- Quran. Surah Al-Fatihah merupakan surah yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia salah satu rukun (qawli) yang menentukan kesahihan solat seseorang. Menurut kitab al Fiqh al-muyassar menyatakan bahawa tertinggal satu Shiddah (sabdu) di dalam surah al-fatihah akan membawa kepada tidak sahnya sesuatu solat (Ahmad Isa Asyur, 2003). Berdasarkan metod Usul al-fiqh barang yang tidak sempurna wajib itu melainkan dengannya maka ia dikira wajib (Muhamad Sidqi bin Ahmad al- Bawruno, 1989), dalam kata lain, tidak dikira solat seoseorang itu sekiranya dia tidak membaca Surah al-fatihah. Nabi SAW telah bersabda: ال ص ال ة ل م ن ل م ي ق ر أ ب ف ات ح ة ال ك ت اب Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-fatihah. (Hadith Riwayat al-bukhari dan Muslim) Selain sebagai tunjang kepada solat, surah al-fatihah juga merupakan surah yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Surah al-fatihah adalah terapi meditasi terbaik dalam menangani masalah kaunseling terutama remaja masa kini berbanding penggunaan melodi muzik semata-mata (Norizan Yusof et.al, 2016). Mohd Zaki (2016) menyatakan di dalamnya terkandung beberapa prinsip penting tentang nilai tauhid yang menyentuh tentang konsep dan dasar akidah Islam yang sebenar. Surah al-fatihah juga diangkat sebagai nadi kepada al-quran yang mempunyai prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang mampu menyediakan sistem terbaik dalam pentadbiran dan pengurusan yang dikehendaki oleh Islam (Abdul Hakim Abdullah et.al, 2016) Tanggal 4 November 2013 Akhbar Utusan Malaysia Online melaporkan bahawa ramai masyarakat Islam buta huruf Al-Quran dan lemah dari aspek bacaan tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf hijaiyyah dengan lafaz makhraj yang tepat. Fakta ini merujuk kajian Imran (2010) yang menemukan 31.3% jemaah masjid di Hulu Langat, Selangor lemah dalam bacaan surah al-fatihah. Selain itu, dapatan kajian Saidi (2006) yang menyimpulkan 38.1% murid tingkatan satu mempunyai gred sangat lemah dalam bacaan al-quran. Justeru itu, kajian persepsi ini penting untuk melihat apakah elemen utama yang menyumbang kepada kebolehan para pelajar membaca surah al-fatihah dengan baik. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi-persepsi di kalangan Mahasiswa Pusat Asasi KUIS terhadap keupayaan membaca surah al-fatihah. Kajian persepsi ini sangat penting bagi menilai kaedah terbaik dalam proses pembelajaran terutama dalam pembelajaran pengajian al-quran. 220

3.0 METODOLOGI KAJIAN Kertas kerja ini membincangkan persepsi-persepsi di kalangan Mahasiswa Pusat Asasi KUIS terhadap keupayaan membaca surah al-fatihah dengan menggunakan kaedah soal selidik. Persampelan diambil secara rawak tetapi jumlah sampel adalah sama banyak mengikut bidang pengajian bagi mendapatkan data yang seimbang dalam kajian ini. 4.0 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pusat Asasi menawarkan lima program asas pada tahun 2016/2017. Programprogram tersebut ialah program asas Pengajian Islam, Pengurusan, Bahasa Arab, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Rajah di bawah menunjukkan taburan respondan kajian. Jadual 1: Taburan Kekerapan Responden Berdasarkan Program Kekerapan Peratus (%) Pengajian Islam 40 20.0 Pengurusan 40 20.0 Bahasa Arab 40 20.0 Komunikasi 40 20.0 Teknologi Maklumat 40 20.0 Jumlah 200 100 Rajah 1: Taburan Kekerapan Respondan Berdasarkan Program Taburan Kekerapan Respondan Pengajian Islam 20% Pengurusan 20% Bahasa Arab 20% Komunikasi 20% Teknologi Maklumat 20% Merujuk kepada Jadual 1, sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 200 orang di mana sebanyak 20 peratus respondan diambil daripada setiap program yang mewakili 40 orang bagi setiap program. Pemilihan respondan yang sama rata ini adalah bagi mendapatkan data yang seimbang dalam kajian ini. 221

Analisis purata bagi setiap bahagian dijalankan untuk mendapatkan purata keseluruhan bagi setiap bidang dan purata keseluruhan responden (n=200). Perwakilan bagi setiap bidang adalah seperti di bawah: Perwakilan Bidang 1 Bidang Pengajian Islam 2 Bidang Bahasa Arab 3 Bidang Pengurusan 4 Bidang Komunikasi 5 Bidang Teknologi Maklumat Persepsi Terhadap Keupayaan Diri Membaca Surah Al-Fatihah. Analisis purata bagi setiap item bagi bahagian ini dijalankan untuk mendapatkan purata tahap persepsi terhadap keupayaan diri membaca surah Al-Fatihah. Jadual 2: Nilai Purata (Min) bagi Persepsi Terhadap Keupayaan Diri Membaca Surah Al-Fatihah Mengikut Bidang. Bil Item Pemboleh Ubah Purata Keseluruhan 1 2 3 4 5 1. Saya boleh menyebut huruf-huruf 4.35 4.18 4.15 4.25 3.97 dalam surah al-fatihah dengan baik. 2. Saya boleh menyebut kalimah-kalimah 4.45 4.17 4.10 4.23 4.07 dalam Surah al-fatihah dengan baik. 3. Saya mengenali waqaf (tempat 4.50 4.30 4.00 4.08 3.90 berhenti) dan ibtida (tempat mula) dalam Surah al-fatihah. 4. Saya mengetahui hukum-hukum 4.17 4.10 3.90 3.55 3.90 tajwid yang terdapat dalam Surah al- Fatihah. 5. Saya boleh membaca surah al-fatihah 4.23 4.00 3.93 3.60 3.90 mengikut hukum tajwid dengan baik. 6. Saya mempunyai pengetahuan tentang 3.32 3.18 3.40 3.03 3.45 alunan suara dan tarannum dalam bacaan Surah al-fatihah. 7. Saya mampu membaca Surah al- 3.05 3.08 3.20 3.05 3.10 Fatihah dengan alunan suara dan tarannum dengan baik. 8. Saya mampu membaca Surah al- 4.53 4.38 4.33 4.18 3.95 Fatihah dengan lancar dan fasih. Purata Keseluruhan 4.08 3.92 3.87 3.74 3.78 Berdasarkan jadual 2, Pengajian Islam mendapat purata keseluruhan 4.08 bagi persepsi terhadap keupayaan diri membaca Surah Al-Fatihah diikuti oleh Bahasa Arab dengan 3.92, Pengurusan dengan 3.87, Teknologi 222

Maklumat dengan 3.78 dan Komunikasi dengan 3.74. Hasil purata keseluruhan mengikut bidang pada jadual di atas, dapat dilihat bahawa purata keseluruhan bagi persepsi terhadap keupayaan diri membaca surah al-fatihah bagi bidang Bahasa Arab, Pengurusan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat adalah berada pada julat 3.00 sehingga 4.00. Ini bermakna persepsi responden bagi keempat-empat bidang ini adalah neutral berbanding dengan persepsi responden bagi bidang Pengajian Islam yang mempunyai purata 4.08 iaitu positif. Majoriti pengajian mempunyai tren yang sama dalam persepsi terhadap keupayaan diri membaca Surah Al-Fatihah iaitu persepsi yang tinggi dalam membaca Surah al-fatihah dengan lancar dan fasih kecuali bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat, masing-masing mempunyai persepsi boleh menyebut huruf-huruf dan kalimah-kalimah dalam surah al-fatihah dengan baik. Selain itu, persepsi yang paling minima terhadap keupayaan diri membaca Surah Al-Fatihah pelajar Pusat Asasi KUIS ialah mampu membaca Surah al-fatihah dengan alunan suara dan tarannum dengan baik. Namun, faktor ini masih pada tahap yang baik kerana kesemua bidang pengajian mencatatkan julat antara 3.00 sehingga 4.00. Jadual 3: Nilai Purata (Min) bagi Persepsi Terhadap Keupayaan Diri Membaca Surah Al-Fatihah Bil Item Pemboleh Ubah Purata Keseluruhan (n=200) 1. Saya boleh menyebut huruf-huruf dalam surah al-fatihah 4.18 dengan baik. 2. Saya boleh menyebut kalimah-kalimah dalam Surah al- 4.19 Fatihah dengan baik. 3. Saya mengenali waqaf (tempat berhenti) dan ibtida (tempat 4.16 mula) dalam Surah al-fatihah. 4. Saya mengetahui hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam 3.93 Surah al-fatihah. 5. Saya boleh membaca surah al-fatihah mengikut hukum 3.93 tajwid dengan baik. 6. Saya mempunyai pengetahuan tentang alunan suara dan 3.28 tarannum dalam bacaan Surah al-fatihah. 7. Saya mampu membaca Surah al-fatihah dengan alunan suara 3.10 dan tarannum dengan baik. 8. Saya mampu membaca Surah al-fatihah dengan lancar dan 4.27 fasih. Purata Keseluruhan 3.88 Berdasarkan hasil purata keseluruhan pada jadual 3 di atas, dapat dilihat purata keseluruhan bagi persepsi terhadap keupayaan diri membaca surah al-fatihah adalah 3.88. Ini menunjukkan bahawa responden tidak pasti 223

keupayaan diri membaca surah al-fatihah namun ianya menghampiri 4.00. Dapat juga dilihat item 4 sehingga item 7 mempunyai purata diantara 3.00 sehingga 4.00 yang menyumbang kepada persepsi keseluruhan iaitu 3.88 walaupun item 1, 2, 3 dan item 8 mempunyai purata di atas 4.00. Tambahan lagi, item 7 juga mempunyai purata yang paling rendah iaitu 3.10 iaitu sangat menghampiri skala tidak pasti. Oleh hal yang demikian, secara keseluruhannya, analisis yang dijalankan mendapati bahawa responden mempunyai persepsi yang sederhana terhadap keupayaan diri mereka dalam membaca surah Al-Fatihah. Oleh itu kertas kerja ini dapat merumuskan bahawa persepsi terhadap keupayaan diri membaca Surah Al-Fatihah di kalangan pelajar Pusat Asasi KUIS adalah seperti berikut: i. Menunjukkan pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membaca Surah al-fatihah dengan lancar dan fasih. ii. Menunjukkan pelajar kurang kesedaran dan penguasaan untuk mendalami ilmu tajwid dalam membaca Surah Al-Fatihah, sedangkan setiap orang Islam wajib mempelajari hukum tajwid seperti dalam firman Allah S.W.T.: Bacalah Al Quran itu dengan tartil (bertajwid) (Al-Muzammil: 4) Daripada firman tersebut, menunjukkan bahawa Allah memerintahkan Nabi s.a.w. membaca al-quran yang diturunkan kepadanya itu dengan Tartil, iaitu mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, yakni membacanya secara bertajwid. iii. Menunjukkan pelajar kurang kesedaran dan penguasaan untuk mendalami ilmu alunan suara dan tarannum dengan baik dalam membaca Surah Al-Fatihah. 5.0 KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan bahawa persepsi Mahasiswa Pusat Asasi KUIS terhadap keupayaan diri membaca Surah Al-Fatihah berada pada tahap yang sedarhana. Pelajar-pelajar perlu diberi sokongan dari semasa ke semasa demi memastikan ianya sentiasa pada tahap tinggi. Dengan itu, pencapaian pelajarpelajar dalam membaca Surah Al-Fatihah dapat ditingkatkan lagi. Kegagalan Mahasiswa Pusat Asasi KUIS terhadap keupayaan diri membaca Surah Al- Fatihah bukan sahaja boleh menjejaskan pembacaan al-quran semata-mata malah turut memberi kesan dalam ibadat. Sebagai contoh, bacaan surah al- Fatihah merupakan rukun di dalam solat, maka sebarang kecacatan dalam 224

pembacaan sudah tentu akan memberi kesan kepada solat secara keseluruhannya. Selain itu, pada dasarnya mempelajari ilmu tajwid hanyalah fardhu kifayah tetapi kerana tuntutan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardhu ain bagi setiap pembacaan Al-Quran, maka mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Justeru itu, mahasiswa Pusat Asasi KUIS perlu memupuk dalam diri bahawa ilmu tajwid adalah ilmu yang wajib dipelajari bukan hanya memberi tumpuan kepada ilmu dunia sahaja. RUJUKAN Norizan Yusof & Muhammad Nubli Abd Wahab. 2016. Kesan Terapi Meditasi Surah Al-Fatihah Melalui Ujian Biofeedback Dalam Mengurangkan Tekanan Remaja Bermasalah Di Institut Latihan Teknikal. Proceeding 2 nd International Social Development Conference 2016. 666-672. Mohd Zaki Ahmad & Muhd Zulkifli Ismail. 2016. Nilai Tauhid Dalam Ruqyah Al-Fatihah: Analisis Pragmatik. Proceeding International Conference on Aqidah, Dakwah & Syariah 2016. 1906-1916. Abdul Hakim Abdullah, Ahmad Azrin Adnan, Rohaizan Baru & Ahmad Amirul Ihsan Che Zahari. 2016. Principles of Islamic Management Based On Surah al-fatihah. The Social Sciences @ Medwell Journals. 5467-5476. Muhamad Sidqi bin Ahmad al-bawruno. 1989. Al-Wajiz fi Idah Qawa id al- Fiqh al-kuliyyah cet 2. Riyadh: Maktabah al-ma arif Ahmad Isa Asyur. 2003. Al-Fiqh al-muyassar Beirut: Dar al-khayr Imran Kamal Basah. (2010). Kemahiran bacaan al-fatihah dalam kalangan jemaah masjid: Kajian di masjidmasjid Daerah Hulu Langat, Selangor. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Saidi Mohd. (2006). Keupayaan bacaan al-quran di kalangan pelajar tingkatan empat di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. (Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 225