Kejelasan dan Kekaburan Makna Kosa Kata Arab dalam Mahabbah Karya Shahnon Ahmad

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Amar Makruf Nahi Mungkar

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Ulasan Buku / Book Review

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Transcription:

ISLAMIYYAT 37(1) 2015: 68-75 Kejelasan dan Kekaburan Makna Kosa Kata Arab dalam Mahabbah Karya Shahnon Ahmad Clarity and Ambiguity of the Meanings of Arabic Words in Mahabbah by Shahnon Ahmad Mohd Shahrizal Nasir ABSTRAK Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan aspek kepercayaan, malah turut meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu merupakan antara perubahan positif yang menjadi penyumbang ke arah perkembangan bahasa Melayu. Namun, pemanfaatan kosa kata bahasa Arab perlu selari dengan konteks ayat bahasa Melayu. Dengan kata lain, pemanfaatan tersebut perlu bersesuaian antara makna asal dalam bahasa Arab dengan makna yang ingin dijelaskan dalam bahasa Melayu mengikut konteks ayat. Bertolak daripada pemahaman ini, makalah ini menganalisis beberapa kosa kata bahasa Arab yang digunakan dalam novel Mahabbah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Selain itu, terdapat kosa kata bahasa Arab yang digunakan merupakan ambilan daripada perkataan yang terdapat dalam al-qur an. Hal ini sejajar dengan kandungan novel yang membicarakan nilai-nilai Islam seperti persaudaraan, kasih sayang, permuafakatan dan kemaafan. Tujuan utama analisis ini adalah untuk meneliti ketepatan pemanfaatan kosa kata Arab mengikut konteks ayat dalam novel Mahabbah. Berdasarkan dapatan analisis, terdapat kosa kata Arab yang digunakan dalam novel tidak bertepatan dengan konteks ayat. Di samping itu, penggunaan kosa kata Arab tidak menyumbang kepada pemahaman makna bagi sesuatu ayat. Analisis turut menunjukkan pemanfaatan kosa kata Arab dalam novel Mahabbah tidak memberi penjelasan yang signifikan terhadap jalan cerita Mahabbah, malah pada sesetengah keadaan ia mungkin merumitkan pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Kata kunci: Mahabbah; kosa kata Arab; bahasa Arab; makna; karya sastera ABSTRACT The arrival of Islam in the Malay world has brought a great change in the life of the Malay community. These changes not only include the faith aspect, but also to the culture, arts, community, education, economy and others. The utilization of Arabic words in Malay vocabulary is one of the positive changes that contribute to the advancement of the Malay language. However, the utilization of Arabic words should be in line with the context of Malay sentences. In other words, the utilization should be compatible between the original meaning of words in Arabic with the meaning to be used in the Malay language according to the context of the sentence. Based on this understanding, this article analyzes some Arabic words used in the literary work of the National Laureate, Shahnon Ahmad entitled Mahabbah. Besides, several Arabic words used is the novel are also among the words found in the Qur an. This is in line with the content of the novel that deals with Islamic values such as brotherhood, compassion, collaboration, forgiveness and others. The main purpose of this analysis is to identify the accuracy of Arabic words utilization based on the sentence contexts in Mahabbah. Based on the findings from the analysis, there are Arabic words used in the novel that do coincide with the context of the sentences. In addition, the use of Arabic words did not contribute to the understanding of the meaning of the sentence. The analysis also showed that the utilization of Arabic words in Mahabbah does not by significantly explain the storyline in Mahabbah, but in some circumstances it may complicate the reader to understand the message conveyed. Keywords: Mahabbah; Arabic word; Arabic language; meaning; literary work PENDAHULUAN Bahasa Arab dipilih sebagai bahasa yang membawa mesej Islam kepada umatnya. Kitab panduan umat Islam, iaitu al-qur an al-karim menggunakan bahasa Arab, malah sumber kedua dalam Islam, iaitu al-hadith turut menggunakan bahasa Arab memandangkan Rasulullah SAW merupakan antara rasul yang dilantik dalam kalangan masyarakat Arab. Hal ini menjadi titik tolak asas bagi menyerlahkan kaitan bahasa Arab dengan Islam. Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-qur an mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan umat Islam terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan bahasa. Antara kelebihan Bab 7.indd 68 12/30/2015 10:24:31 AM

Kejelasan dan Kekaburan Makna Kosa Kata Arab dalam Mahabbah Karya Shahnon Ahmad 69 pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-qur an ialah ia mampu mengajak umat manusia untuk berfikir tentang sesuatu perkara atau hukum yang dinyatakan dalam al-qur an. Firman Allah SWT dalam al-qur an yang mafhumnya: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai al-qur an yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (surah Yusuf 12:2). Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa fungsi bahasa Arab amat besar dalam membawa mesej Ilahi kepada umat manusia. Selain itu, ia turut menjelaskan peranan akal dalam memahami inti pati kandungan ayat al-qur an yang menggunakan bahasa Arab dengan kelebihan struktur ayat dan maknanya. Perkataan ta qilun pada akhir ayat tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan akal menjelaskan antara sebab pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam Islam bagi dimanfaatkan oleh seluruh umat daripada pelbagai keturunan, etnik dan bahasa. Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman yang mafhumnya: Dan demikianlah Kami menurunkan al-qur an sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh daripada Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (daripada perkara-perkara yang tidak diingini) (surah ar-ra d, 13:37). Seperti mana yang diketahui umum, Islam menjadi pegangan hidup bagi majoriti masyarakat Melayu. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu membawa bersamanya pengaruh masyarakat Arab memandangkan para pendakwah berasal daripada keturunan Arab. Para pendakwah ini merupakan mereka yang mahir dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa ibunda mereka. Hal ini disebabkan wahyu Ilahi, iaitu al-qur an diturunkan oleh Allah SWT dalam bahasa Arab kepada Rasulullah SAW yang juga berketurunan Arab. Pengaruh yang dibawa oleh para pendakwah ini meliputi segenap aspek cara hidup, termasuk bahasa. Inilah antara sebab utama berlakunya proses pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu. Pemanfaatan seperti ini amat membantu masyarakat Melayu dalam proses memahami agama Islam, lalu kosa kata tersebut menjadi sebati dalam penggunaan seharian dan akhirnya diterima pakai dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Dunia kesusasteraan Melayu turut menerima pengaruh bahasa Arab. Daripada sastera yang hanya tertumpu kepada sastera lisan, ia mula menerima perubahan dalam bentuk tulisan dengan kewujudan tulisan Jawi selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang secara jelas dipengaruhi oleh tulisan Arab (Zuber 1978: 5). Perkataan yang digunakan dalam karya sastera Melayu turut mengalami perubahan dengan kemunculan istilah-istilah bahasa Arab yang secara khusus mempunyai kaitan dengan Islam dan nilai-nilai murni dalam Islam. Situasi inilah yang akhirnya mencetuskan fenomena Sastera Islam dalam dunia kesusasteraan Melayu. Menurut Ungku Maimunah (1989), fenomena ini mula kelihatan sekitar tahun 1970-an yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan dakwah di Malaysia. Fenomena ini membuatkan ramai kalangan penggiat sastera bersaing antara satu sama lain bagi memperhebatkan penghasilan karya kreatif yang bertunjangkan Sastera Islam. Tidak kurang bagi mereka yang ingin melibatkan diri dalam ruang fenomena ini, lalu memasukkan unsur-unsur Islam dalam karya masing-masing. Hasilnya, keislaman karya diperagakan dengan penggunaan ayat-ayat al-qur an, nama-nama pejuang Islam yang terpahat dalam lipatan sejarah Islam, penggunaan istilahistilah Arab seperti muqaddimah, kamil, shumul, wasatiyyah, khatimah, natijah, batil dan penggunaan kaligrafi pada kulit-kulit buku. Namun, sebenarnya keadaan-keadaan ini hanya tertumpu pada aspek permukaan dan tidak bertunjangkan sesuatu yang lebih bersifat konkrit tentang Sastera Islam. HUBUNGAN ANTARA BAHASA ARAB DAN MELAYU Seperti mana yang dijelaskan dalam bahagian pendahuluan, sejarah perkembangan bahasa Arab di Malaysia telah mula terpahat di Alam Melayu sejak kurun pertama Hijrah, iaitu selaras dengan penerimaan masyarakat Melayu terhadap agama Islam (Fatimi 1963: 99). Selari dengan proses penyebaran agama Islam di Alam Melayu oleh para pedagang Arab dan Parsi, banyak perubahan telah berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu ketika itu meliputi aspek kepercayaan, politik, pendidikan, kebudayaan dan kemasyarakatan. Perubahan ini turut melibatkan proses pembelajaran bahasa Arab. Bahasa Arab telah berkembang secara aktif sebagai bahasa kepada agama Islam. Ia merupakan bahasa untuk memahami Islam dan menunaikan ibadah (Rosni 2009: 1). Selain itu, pengaruh bahasa Arab telah mampu memartabatkan bahasa Melayu sehingga mencapai status bahasa ilmu (Mohd Shahrizal & Kamarul Shukri 2012: 2). Antara Bab 7.indd 69 12/30/2015 10:24:31 AM

70 Islamiyyat 37(1) contoh paling jelas bagi membuktikan pengaruh besar bahasa Arab dalam bahasa Melayu ialah peminjaman kosa kata Arab yang seterusnya diterima pakai dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Pemanfaatan kosa kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu tidak tertumpu pada bidang agama sahaja, malah ia mencakupi pelbagai bidang. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan sifat bahasa Arab yang universal, dan ia turut membantu proses pengantarabangsaan bahasa Melayu, serta mengembalikan statusnya sebagai lingua franca. Antara bidang yang terlibat dalam pemanfaatan kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu ialah: 1. Agama: baligh, doa, hadis, haji, imam, kiblat, mufti, munafik, murtad, nabi, rasul, zakat, tarekat, tasawuf, tauhid, umrah, wali, ajal, bilal, fardu, fikah, hidayah, iktikad, makmum, masjid, sujud, tahlil, zikir. 2. Ilmu: ahli, ayat, falak, fasal, falsafah, hikayat, hisab, ilmu, jawab, kalam, kamus, khatam, kitab, makrifat, riwayat, sejarah, soal, takwim, tarikh, ulama, arif, jahil, loghat, jumlah, madrasah, nahu. 3. Hukum: adil, batal, fatwa, halal, haram, hakim, hukum, kadi, mahkamah, makruh, mansuh, sah, tertib, wajib, wakaf, wakil, wilayah, zalim, qada, usul, tafsir, kaedah, wazir, amir, sultan, ijtihad, khalifah. 4. Adat: akad, fakir, fitnah, hormat, kafilah, karib, kaum, kerabat, maaf, maruah, musafir, nasab, nikah, salam, sedekah, tahniah, takziah, umat, waris, ziarah, adat, azimat, darjat, ghaib, maulud, mastautin. 5. Kejadian dan Perbuatan: alam, dunia, haiwan, insan, jasad, nur, roh, wajah, wujud, nahas, wabak, sahur, kuat, kubah, lazat, salji, sifat. 6. Perasaan dan Fikiran: aman, faham, fikir, hajat, ikhlas, ilham, insaf, kalbu, khuatir, maksud, mustahil, nafsu, nasihat, niat, yakin, ajaib, asyik, bahas, dahsyat, hawa, takjub, muhibah, nasib, syak, waham, musykil. Semua contoh di atas memberi petunjuk bahawa pemanfaatan bahasa Arab dalam bahasa Melayu tidak hanya melibatkan perkara-perkara berkaitan agama, tetapi mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia. Jika dilihat secara lebih luas, pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu tidak hanya tertumpu pada aspek kosa kata, malah turut melibatkan aspek sebutan dan tulisan. Pengaruh bahasa Arab dan Islam itu sendiri telah memberi kesan yang besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Hal ini sedikit sebanyak didorong melalui amalan membaca al-qur an yang merupakan satu kemestian bagi masyarakat Islam, tambahan pula ia dikira sebagai satu ibadah. Namun, perlu menjadi ingatan bahawa tidak semua kosa kata bahasa Arab yang diterima pakai dalam bahasa Melayu membawa konotasi makna yang sama. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, perkataan fitnah ditakrifkan sebagai satu bentuk tuduhan yang diada-adakan untuk tujuan memburukkan seseorang (Noresah 2010: 412). Manakala dalam bahasa Arab, perkataan fitnah membawa pengertian cubaan dan ujian (Ibn Manzur 2003 7:18). Dari sini dapat dilihat perbezaan yang ketara antara makna fitnah dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Fitnah dalam bahawa Melayu secara jelas merujuk kepada satu perkara yang negatif, sebaliknya dalam bahasa Arab, ia merujuk kepada situasi atau keadaan yang dihadapi oleh insan, sama ada kesan akhirnya boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan. Manakala dalam al-qur an, perkataan fitnah membawa beberapa konotasi makna seperti pembunuhan (surah al-nisa, 4:101), azab (surah al- Ankabut 29:10), gila (surah al-qalam 68:6), dan syirik (surah al-baqarah 2:191). Hal ini memberi petunjuk jelas bahawa sesuatu perkataan itu mampu memberikan makna yang pelbagai menurut konteks penggunaannya dalam ayat. Pemahaman makna perkataan secara harfiah tanpa melihat konteks ayat akan menyebabkan kesalahan dan kekhilafan berlaku dalam memahami makna sebenar perkataan tersebut. Dalam konteks penggunaan perkataan fitnah misalnya, ramai dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam termasuk sesetengah golongan agamawan yang apabila membicarakan soal fitnah, mereka menggunakan dalil ayat 191 daripada surah al-baqarah yang menyatakan dosa bagi orang yang mencipta dan menyebar fitnah lebih berat daripada dosa membunuh. Perkara ini dilihat sebagai tidak tepat kerana ayat tersebut membicarakan dosa fitnah yang dirujuk sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-qur an, yang mafhumnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan golongan yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah (syirik) itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid al-haram Bab 7.indd 70 12/30/2015 10:24:31 AM

Kejelasan dan Kekaburan Makna Kosa Kata Arab dalam Mahabbah Karya Shahnon Ahmad 71 sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu, kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi golongan yang kafir (surah al-baqarah, 2:191-192). Dari aspek penulisan pula, bahasa Arab telah menyumbang kepada kelahiran tulisan Jawi yang telah diguna pakai dalam kehidupan masyarakat Melayu satu ketika dahulu sebelum sistem pendidikan Malaysia mengubah penggunaan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi. Para sejarawan menyatakan masyarakat Melayu telah menggunakan tulisan Jawi sejak kurun ketujuh Masihi seperti mana yang dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu (Ismail 1986: 34). Selain itu, faktor kesesuaian tulisan Arab dengan ejaan perkataan dalam bahasa Melayu berbanding tulisan Hindu lama menyebabkan tulisan Jawi menjadi pilihan masyarakat Melayu (Asmah 1992: 153). Tidak dapat dinafikan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan dan sosial masyarakat Melayu satu ketika dahulu amat membantu mereka dalam membaca al-qur an. Secara umumnya, kemasukan pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu membawa faedah yang besar kepada masyarakat Melayu. Hal ini bukan membawa pengertian bahawa bahasa Melayu bersifat lemah kerana bergantung kepada bahasa lain, sebaliknya ia menunjukkan bahasa Melayu ialah sebuah bahasa yang hidup sehingga mampu menerima proses perkembangan khazanah perbendaharaan kata daripada bahasa lain. Apatah lagi sifat bahasa Arab yang amat signifikan dengan Islam, yang merupakan pegangan hidup majoriti masyarakat Melayu di Nusantara. Pemanfaatan sejumlah besar kosa kata Arab dalam bahasa Melayu menunjukkan bahasa Arab mempunyai kaitan amat rapat dengan sejarah dan tamadun masyarakat Melayu. ANALISIS KOSA KATA ARAB DALAM MAHABBAH Meskipun pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu dilihat sebagai satu fenomena yang positif bagi tujuan memperkayakan bahasa Melayu. Pemanfaatan tersebut mesti mempunyai fungsi yang signifikan serta tidak menjejaskan ketepatan makna asal sesuatu perkataan dalam bahasa Arab dan perlu ada kesesuaian dalam konteks ayat bahasa Melayu. Perkara ini perlu diperhalusi agar tidak timbul istilah bahasa rojak bagi bahasa Melayu. Menurut Awang (2005), bahasa rojak merupakan satu bentuk keracunan bahasa dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa. Awang (2004) turut menjelaskan bahasa rojak merupakan satu fenomena bahasa yang tidak keruan, percampurannya tidak teratur dan tidak sistematik. Justeru, bagi mengelakkan berlakunya fenomena bahasa rojak secara berterusan dalam bahasa Melayu yang melibatkan kosa kata Arab, makalah ini akan mengkaji penggunaan kosa kata Arab dalam novel Mahabbah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Novel ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2007. Pada tahun 2011, novel ini telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Institut Buku dan Terjemahan Negara (ITBM). Novel ini merupakan pemenang ketiga bagi Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, selain telah memenangi hadiah dalam Sayembara Penulisan Novel Kemerdekaan 50 Tahun. Novel Mahabbah menyingkap sebuah cerita yang tertumpu pada perjalanan minda seorang lelaki tua bernama Endar yang mengalami serangan penyakit Myasthenia Gravis. Akibat daripada serangan penyakit ini, anggota tubuh badannya menjadi lumpuh dan hanya terlantar di perbaringan. Namun, Endar masih berupaya menggerakkan mindanya bagi memikir dan menyelesaikan dua persoalan utama yang diketengahkan dalam cerita ini. Persoalan utama itu mengenai bangsanya yang berpecah dan bertelagah yang diwakili oleh sikap kedua orang anaknya yang tidak sehaluan. Manakala persoalan kedua berkaitan dirinya sendiri yang telah bersedia untuk meninggalkan alam fana dan berpindah ke alam barzakh. Keinginan Endar untuk meninggal dunia dalam keadaan husn al-khatimah menyebabkan fikirannya sentiasa berada dalam kecelaruan dengan dibayangi peristiwa-peristiwa masa lalu dan masa depan yang hadir daripada bisikan syaitan dan iblis sebagai antara penghalang utama perjalanannya mencapai husn al-khatimah. Novel Mahabbah serta kandungannya membawa beberapa pengertian dan nilai murni seperti kasih sayang, kasihan belas, kemaafan, keakraban persahabatan, jalinan ukhuwwah, hubungan kekeluargaan, keteguhan patriotisme, solidariti kebangsaan dan keutuhan akidah Islamiah. Oleh kerana novel ini membicarakan soal kematian dengan hasrat watak utamanya ingin mencapai husn al-khatimah, terdapat banyak istilah Arab berkaitan agama yang dimuatkan dalam novel ini. Keadaan ini menyerlahkan keinginan novelis untuk mengetengahkan mesej Islam dalam novelnya. Selain itu, ia juga mengesahkan hasrat novelis untuk menjadikan novel ini sebagai satu daripada karya Islami. Hal ini diperkukuhkan dengan pemanfaatan Bab 7.indd 71

72 Islamiyyat 37(1) ayat al-qur an dan hadith yang diletakkan pada halaman pertama novel Mahabbah. Novel Mahabbah dimulakan dengan mafhum firman Allah SWT dalam al-qur an: Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara; kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat (surah al-hujurat, 49:10). Manakala sabda Rasulullah yang dimuatkan pada permulaan novel Mahabbah bermafhum: Barang siapa melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak ada kuasa hendak mencegah dengan tangannya, hendaklah dia mencegah dengan lidahnya. Dan sekiranya juga dia tidak ada kuasa dengan lidahnya, hendaklah dia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian ini adalah selemah-lemah iman (riwayat Imam Muslim). Dalam novel Mahabbah, terdapat 62 patah perkataan atau istilah Arab yang belum diterima pakai dalam bahasa Melayu secara rasmi. Semua perkataan ini dimuatkan dalam novel Mahabbah dengan tulisan italic (condong). Bagi tujuan analisis perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam novel Mahabbah, hanya beberapa perkataan akan dibincangkan dalam bahagian ini. Antara perkataan tersebut ialah: YASTABSHIR Dan, ini mencakupi julukan-julukan atas sebutan berbagai wajah pula: Kegagalan, kekecewaan, keputusasaan, darurah, ujian, uruf, tuah dan celaka, bahagia dan sengsara, sedih pilu dan rawan hiba, istihzak, istiqamah, sakinah, ghobra, yastabshir, duka nestapa, dan sebagainya sehingga tidak ada penamatannya dalam perjalanan yang jauh itu, selain keabadian yang dijanjikan-nya kelak apabila tiba pada detik keabadian yang tidak dapat tidak pasti tiba (Shahnon 2007: 3). Dalam bahasa Arab, perkataan yastabshir termasuk dalam kategori kata kerja (fi l al-mudari ). Dalam al-mu jam al- Arabi al-asasi, perkataan ini membawa maksud perbuatan gembira atau bergembira atau berseronok (hlm. 156). Meskipun makna perkataan yastabshir dilihat sesuai dalam konteks ayat tersebut, namun perkataan yastabshir yang merupakan kata kerja dalam bahasa Arab tidak wajar untuk disenaraikan bersama kategori kata nama yang terdapat pada ayat. Perkataan yastabshir juga terdapat dalam al- Qur an, iaitu pada ayat 171 daripada surah Al Imran. Dalam ilmu tatabahasa Arab, pengkelasan perkataan amat dititikberatkan kerana jika ia diletakkan dalam keadaan bercampur dengan kategori yang berbeza, ia akan mempengaruhi laras bahasa sesuatu ayat. Perkataan farh yang bermaksud kegembiraan merupakan antara perkataan yang lebih sesuai diletakkan dalam ayat tersebut. AFLAHA Dan, antara titik mula dengan akhiran di muara itulah sebenarnya mujahadahnya membara siang dan malam, turun-temurun, zaman-berzaman, menempuh segala bala bencana, mencipta pula saluran-saluran baru, ujian yang serba satu serta detik-detik yang mampu mencetuskan yastabshir, sulhu, as-salaam, dan aflaha (Shahnon 2007: 8). Dalam bahasa Arab, perkataan aflaha termasuk dalam kategori al-fi l al-madi (kata kerja yang telah dilakukan). Dalam al-mu jam al- Arabi al-asasi, perkataan ini membawa maksud berjaya (hlm. 949). Sama seperti perkataan yastabshir, penggunaan perkataan aflaha dalam ayat ini tidak menepati konteks ayat. Perkataan aflaha termasuk dalam kategori kata kerja dalam bahasa Arab dan ia tidak wajar untuk disenaraikan bersama kategori kata nama yang terdapat pada ayat. Perkataan aflaha juga terdapat dalam al-qur an, iaitu pada ayat 1 daripada surah al-mu minun. Perkataan al-falah yang bermaksud kejayaan merupakan antara perkataan yang lebih sesuai diletakkan dalam ayat tersebut. MUQALLID Sesiapa boleh berikrar dan beriktikad dengan hujah naqli, dan akal; bukan hanya bermuqallid kerana memang Dia ialah perbendaharaan yang tersembunyi dan ghaib selama ini (Shahnon 2007: 12). Penggunaan perkataan muqallid dalam ayat ini amat canggung. Dalam bahasa Arab, perkataan muqallid merujuk kepada pelaku sesuatu kata kerja atau disebut fa il. Ia bukan dalam kategori kata kerja sehingga boleh ditambah dengan imbuhan ber. Perkataan muqallid bermaksud individu yang menjadi pengikut sesuatu tanpa penelitian dan hujah sendiri yang kukuh (hlm. 1003). Justeru, penggunaan perkataan muqallid dalam ayat tersebut tidak tepat, manakala penggunaan yang tepat ialah bertaqlid. AHSAN TAQWIM Terhenti separuh perjalanannya dengan su ul alkhatimah penuh kehinaan, bertakahkan saf-saf asfala Bab 7.indd 72

Kejelasan dan Kekaburan Makna Kosa Kata Arab dalam Mahabbah Karya Shahnon Ahmad 73 al-safilin; bukan tamat dengan husn al-khatimah bertakahkan ahsan taqwim (Shahnon 2007: 42). Dalam ayat ini, novelis cuba membuat perbandingan antara dua keadaan, iaitu golongan yang memperoleh pengakhiran hidup yang buruk, iaitu su al-khatimah. Manakala golongan kedua yang memperoleh pengakhiran hidup yang baik, iaitu husn al-khatimah. Bagi menjelaskan kedua-dua golongan ini, novelis memberi sedikit perincian, iaitu bagi mereka yang menerima su al-khatimah, lantas mereka digambarkan sebagai golongan yang bakal tinggal dalam tingkatan paling bawah dalam neraka atau disebut sebagai asfala al-safilin. Manakala bagi golongan yang menerima husn al-khatimah, mereka dikenali sebagai golongan yang terbaik penciptaannya atau ahsan taqwim. Dalam hal ini, novelis telah menggunakan istilah ahsan taqwim dengan makna yang salah pada konteks ayat tersebut. Istilah ahsan taqwim merujuk kepada semua manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dengan penciptaan yang paling baik berbanding dengan penciptaan makhluk-makhluk lain. Ini bermakna, semua manusia dicipta oleh Allah SWT dalam keadaan ahsan taqwim, iaitu sebelum mereka layak dinilai dosa dan pahala atas setiap perbuatan yang dilakukan. Novelis dalam konteks ayat mengarah kepada pemahaman makna bahawa manusia yang baik akan mendapat ganjaran husn al-khatimah. Namun hal ini tidak mempunyai kaitan secara dekat dengan istilah ahsan taqwim. Dalam al-qur an, Allah SWT menggunakan istilah ini menerusi firman- Nya, yang mafhumnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (ahsan taqwim) (surah at-tin, 95:4). QULHU Dan, apabila tiba musim walimatulurus, mereka sama melapah kerbau, lembu dan apabila tibanya kematian di mana-mana, tidak kira siapa dan daripada saf mana, mereka sama-sama pula bertahlil dan berqulhu (hlm. 83). Umum mengetahui bahawa perkataan qulhu diambil daripada permulaan tiga surah dalam al- Qur an, iaitu surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas. Ketiga-tiga surah ini merupakan antara bacaan yang sering dibaca semasa majlis bacaan doa selamat dan tahlil dalam masyarakat Melayu. Justeru, terdapat sebahagian masyarakat Melayu di beberapa tempat menggunakan istilah qulhu bagi merujuk kepada majlis berbentuk keagamaan seperti bacaan doa selamat dan tahlil. Berdasarkan ayat ini, novelis telah menggunakan istilah berqulhu bagi merujuk kepada penggunaan yang lazimnya digunakan oleh masyarakat Melayu. Namun, istilah ini bukan merupakan istilah yang diiktiraf oleh DBP. Meskipun perkataan ini berasal daripada bahasa Arab, namun masyarakat Arab tidak menggunakan istilah ini dengan makna seperti mana yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu. Justeru, perkataan berqulhu tidak dikira sebagai satu daripada perkataan bahasa Arab yang dimanfaatkan dalam bahasa Melayu. Ia hanya satu istilah yang dicipta oleh sebahagian masyarakat Melayu bagi membawa maksud seperti mana yang dijelaskan. Dalam hal ini, novelis dilihat telah mencampuradukkan penggunaan perkataan bahasa Melayu, bahasa Arab dan perkataan yang tidak termasuk dalam kategori perkataan, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab. IQTARABA Inilah permohonannya setiap kali dia berbashirah, setiap kali dia terasa didekati iqtaraba. Yang lain diserahkan seluruhnya kepada-nya (Shahnon 2007: 202). Perkataan iqtaraba merupakan perkataan yang termasuk dalam kategori kata kerja (al-fi l al-madi). Dalam al-mu jam al- Arabi al-asasi, perkataan ini membawa maksud telah hampir (hlm. 976). Berdasarkan makna ini, kelihatan sesuatu yang amat janggal apabila novelis menggunakan perkataan iqtaraba dalam ayat tersebut. Ia sama sekali tidak membawa makna yang signifikan dalam konteks ayat. Malah penggunaan perkataan iqtaraba dilihat bertindih dengan fungsi makna perkataan didekati dalam ayat tersebut. Dalam al-qur an, perkataan iqtaraba digunakan dalam beberapa ayat, antaranya firman Allah SWT yang mafhumnya: Telah hampir (iqtaraba) datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya (surah al-anbiya, 21:1). Berdasarkan enam contoh analisis bagi perkataan atau istilah bahasa Arab yang terdapat dalam novel Mahabbah, terdapat beberapa kekeliruan dan kesalahan dalam penggunaan istilah yang diambil secara terus daripada bahasa Arab. Perkara ini perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh pakar dalam bidang bahasa Arab dan bahasa Melayu kerana sekiranya kecelaruan ini disahkan berlaku, adalah wajar sekiranya dikatakan terdapat fenomena bahasa rojak dalam novel Mahabbah. Sebenarnya penggunaan perkataan Arab amat banyak digunakan dalam novel Mahabbah, meskipun Bab 7.indd 73

74 Islamiyyat 37(1) novelis tidak menulisnya dengan tulisan italic (condong). Selain itu, kebanyakan perkataan Arab yang digunakan dalam novel Mahabbah dijangkakan sukar untuk difahami oleh orang awam kerana ia melibatkan istilah al-qur an dan agama. Antara perkataan atau istilah tersebut ialah al-hutamah (Shahnon 2007: 2), illiyyun (Shahnon 2007: 2, 4, 11, 12, 17), sijjin (Shahnon 2007: 2, 5, 12), istihzak (Shahnon 2007: 3), mashaqqah (Shahnon 2007: 4), ghibah (Shahnon 2007: 4), hayah tayyibah (Shahnon 2007: 9), raja (Shahnon 2007: 15, 16, 151), shaja ah (Shahnon 2007: 16, 98, 151, 211), tawazun (Shahnon 2007: 24, 27, 55, 312), istidraj (Shahnon 2007: 53), tahalli (Shahnon 2007: 53), shawq (Shahnon 2007: 211) dan tartil (Shahnon 2007: 251). Perkataan-perkataan seperti ini memerlukan bantuan kamus dan kitab tafsir untuk difahami maknanya secara literal, kemudian dilihat kesesuaiannya dengan konteks ayat, sebelum pembaca memahami makna sebenar perkataan tersebut. Novelis juga dilihat sekadar menyenaraikan perkataan-perkataan Arab dalam sesuatu ayat tanpa sebarang penjelasan lanjut. Senarai itu pula tidak dikelaskan mengikut kategori tertentu seperti perkataan yang membawa konotasi makna positif dan konotasi makna negatif, sebaliknya dirangkumkan keduanya. Keadaan ini dilihat hanya sebagai satu permainan perkataan dan istilah tanpa perkataanperkataan tersebut membawa pemahaman tertentu dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh pada ayat berikut: Dan, ini mencakupi julukan-julukan atas sebutan berbagai wajah pula: Kegagalan, kekecewaan, keputusasaan, darurah, ujian, uruf, tuah dan celaka, bahagia dan sengsara, sedih pilu dan rawan hiba, istihzak, istiqamah, sakinah, ghabra, yastabshir, duka nestapa, dan sebagainya sehingga tidak ada penamatannya dalam perjalanan yang jauh itu, selain keabadian yang dijanjikan-nya kelak apabila tiba pada detik keabadian yang tidak dapat tidak pasti tiba (Shahnon 2007: 3). Ini pun termasuk sifat-sifat qanaah, hubbuddunya, merongrong ketenangan, hasad dengki, kesementaraan, laghwun, mashaqqah, ketawa dan tangisan, fahishah, ghibah, anakanak, harta benda, dan segala sorak-sorai dan kegemerencingan duniawi (Shahnon 2007: 4). Selain itu, penggunaan perkataan dan istilah bahasa Arab yang diambil daripada al-qur an secara langsung perlu dilihat dan dinilai secara terperinci lebih-lebih lagi bagi perkataan yang mengubah makna asal sepertimana yang dimaksudkan oleh al- Qur an. Semua perkara ini mengundang keperluan untuk novel Mahabbah dibincang dan dibahas oleh ahli bahasa dan ahli agama agar ia tidak membawa kepada pemahaman yang salah terhadap agama Islam, khususnya yang melibatkan al-mawt atau kematian. KESIMPULAN Perbincangan di atas jelas menunjukkan penggunaan perbendaharaan kata bahasa Arab dalam novel Mahabbah mempunyai kaitan dengan hasrat novelis yang ingin menghuraikan persoalan berkenaan dengan hakikat kematian dan ukhuwwah persaudaraan dalam ruang lingkup Islam. Dapat ditemui secara jelas bahawa terjemahan ayat al-qur an, matan hadith, nama para rasul, perkataan-perkataan yang terdapat dalam al-qur an telah dimanfaatkan oleh novelis sebagai identity marker yang cukup ampuh bagi mendukung mesej yang ingin disampaikan. Pemanfaatan perbendaharaan kata Arab yang banyak dalam novel Mahabbah menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang tujuan novelis berbuat demikian. Pemanfaatan bahasa Arab dalam penulisan bahasa Melayu secara tanpa kawalan dan tanpa signifikan yang wajar hanya akan terus mencetuskan fenomena bahasa rojak dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat perbendaharaan kata atau istilah Arab yang dimuatkan dalam novel tidak bersesuaian dalam konteks ayat, malah pemilihan kosa kata Arab dilihat tidak meraikan kategori kalimah (perkataan) dalam bahasa Arab. Analisis turut menunjukkan pemanfaatan perbendaharaan kata Arab dalam novel Mahabbah tidak memberi penjelasan yang signifikan terhadap jalan cerita Mahabbah, malah pada sesetengah keadaan ia merumitkan pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. RUJUKAN Asmah Omar. 1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 2004. Sekitar Isu Bahasa Rojak: Punca, Kesan dan Kaedah Menangani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 2005. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Persatuan Linguistik Malaysia. Fatimi, S. Q. 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute LTD. Bab 7.indd 74

Kejelasan dan Kekaburan Makna Kosa Kata Arab dalam Mahabbah Karya Shahnon Ahmad 75 Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukarram ibn Ali ibn Ahmad. 2003. Lisan al- Arab. al-qahirah: Dar al- Hadith. Ismail Hussein. 1986. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jama at min Kibar al-lughawiyyin al- Arab. 1999. al- Mu jam al- Arabi al-asasi. t.tp.: al-munazzamah al- Arabiyyah li at-tarbiyah wa al-thaqafah wa al- Ulum. Kamus Dewan. Edisi 4. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Shahrizal Nasir & Kamarul Shukri Mat Teh. 2012. Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik. Kertas kerja International Conference on Social Sciences and Humanities, anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, 12-13 Disember. Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Shahnon Ahmad. 2007. Mahabbah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 1989. The notion of dakwah and its perceptions in Malaysia s Islamic literature of the 1970s and 80s. Journal of Southeast Asian Studies 20(2): 288-297. Zuber Osman. 1978. Kesusasteraan Lama Indonesia. t.tp.: Abbas Bandong. Mohd Shahrizal Nasir Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak 21300 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman MALAYSIA mohdshahrizal@unisza.edu.my Bab 7.indd 75