Sensitiviti Agama Dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERSEPSI MASYARAKAT NON-MUSLIM TERHADAP DAKWAH ISLAM DI MALAYSIA

16 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ulasan Buku / Book Review

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN.

Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ANALISIS KONSEP PERPADUAN KAUM DALAM NOVEL TERPILIH ABDULLAH HUSSAIN ROSLI B IBRAHIM

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Autoriti Agama di Malaysia: Kedudukan dan Kritikan

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.my Sensitiviti Agama Dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam Institut Penyelidikan Produk & Ketamaduan Melayu Islam (INSPIRE) sitikhatijahy@yahoo.com fadzliadam@unisza.edu.my Abstrak: Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan sensitiviti agama dalam perpaduan kaum di Malaysia. Kepelbagaian kaum dan etnik yang wujud sudah semestinya mempunyai pegangan agama yang tersendiri dan berfungsi memandu kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Agama yang dianuti mereka dipelihara dan dijaga kesuciannya tanpa ada penindasan dan penghinaan oleh mana-mana agama lain sehingga boleh membawa kepada sensitiviti terhadap agama. Namun sejak akhir ini, elemen agama sering menjadi instrumen yang membawa perpecahan dan konflik antara kaum. Isu agama yang timbul sememangnya memberi impak negatif walaupun sifat al-tasa muh (toleransi) agama dalam budaya telah berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Sensitiviti agama yang timbul sedikit sebanyak akan menyebabkan kerapuhan hubungan antara kaum jika agama yang diamalkan mereka dihina dan dipermainmainkan oleh penganut lain. Objektif dalam artikel ini juga akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan hubungan sensitiviti agama dengan isu perpaduan kaum yang timbul dalam kalangan masyarakat. Kajian ini juga akan menganalisis berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu berhubung isu-isu sensitiviti agama yang ditimbulkan seperti isu Kalimah Allah, rumah ibadat, agama rasmi negara dan sebagainya. Hal sedemikian menjadi sensitif sehingga mencetuskan kontroversi dan penghinaan terhadap agama. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah analisis dokumen. Hasil kajian ini mendapati banyak isu-isu sensitiviti agama yang ditimbulkan sehingga mendatangkan konflik perpaduan kaum dalam masyarakat di Malaysia. Kata Kunci: Sensitiviti Agama, Perpaduan Kaum, Kepelbagaian Agama PENGENALAN Artikel ini membincangkan tentang sensitiviti agama yang membawa kepada konflik perpaduan kaum dalam masyarakat di Malaysia. Agama ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberi perlindungan. Hubungan suci ini akan melahirkan manusia untuk lebih tunduk kepada penciptanya (Shamsul Amri, 2012). Dari perspektif antropologi, Geertz melihat agama adalah sistem kebudayaan yang dilambangkan dengan simbol-simbol yang menonjolkan citra keagamaan sesebuah masyarakat beragama (Yusri, 2012). Penghayatan agama dalam kehidupan secara komprehensif ialah dengan mengamalkan ajaran agama dalam segenap dimensi seperti dalam cara berfikir, bertindak, berkomunikasi selaras dengan pengetahuan dan kefahaman agama. Menurut Ramli Awang (2008), agama membawa maksud menjalankan suatu peraturan bersifat moral untuk menghindari kekacauan dalam hidup yang tujuannya untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagian. Agama merupakan kepercayaan yang dijadikan pegangan bagi setiap manusia dan mereka akan memelihara kesucian agama yang dianuti daripada anasir yang membawa kepada penghinaan dan penindasan. KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Kepelbagaian agama, perbezaan bahasa, pengkhususan ekonomi, seni bina kediaman, hala tuju politik dan sebagainya merupakan lambang pengenalan kepelbagaian kumpulan etnik yang terdapat di Malaysia. Mengikut pandangan Furnivall (1948), konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Beliau menjelaskan bahawa mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegang kepada 17

agama, budaya, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Mengikut beliau sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya dipasar semasa membeli dan menjual. Walaupun sejarah Islam telah membuktikan kepada semua umat Islam tentang pergaulan dan perhubungan sesama manusia yang melarang persengketaan antara Islam dan bukan Islam, namun masih menunjukkan satu suasana hubungan yang tidak baik dalam masyarakat. Islam sangat komited dan menghormati kepercayaan agama lain dan jelas dibuktikan hubungan baik dengan agama Yahudi dan Nasrani (Ismail al-faruqi, 2009). Pelbagai inisiatif yang diambil pihak kerajaan dengan melaksanakan banyak program dan kempen integrasi antara kaum dalam rangka meminimumkan jurang heterogeniti antara kaum. AGAMA DAN KONFLIK PERPADUAN KAUM Kewujudan kepelbagaian agama merupakan satu fitrah yang perlu diterima oleh semua makhluk ciptaannya serta ini adalah sebahagian daripada lambang Malaysia sebagai negara yang mengamalkan masyarakat majmuk. Menurut Golam W. Choudhury (1993) mengatakan elemen agama sendiri bukan penyelesaian masalah kepada kepelbagaian agama dan bangsa dalam sesebuah negara sebagaimana sesebuah masyarakat daripada jahil kepada lebih bertamadun. Ini dibuktikan dalam sejarah kegemilangan tamadun Islam itu sendiri. Malah peranan agama dimanfaatkan seperti negara China dalam memajukan dinasti mereka. Bagi Khoo (2007), beliau menegaskan bahawa agama tetap merupakan faktor yang sedikit sebanyak merenggangkan hubungan antara etnik. Justeru itu, agama tetap merupakan suatu aspek kehidupan penduduk Malaysia yang sangat sensitif. Isu negara Islam, hukum hudud, laungan azan, penggunaan nama Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, tanda halal pada makanan dan premis perniagaan, perebutan mayat saudara baru dan sebagainya memberi impak yang berpanjangan terhadap perspektif dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Sejarah Malaysia menunjukkan aspek politik dan isu ekonomi yang menjadi asas kepada konflik antara Melayu dan bukan Melayu dalam masyarakat di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini melihat sensitiviti agama merupakan satu faktor yang mempengaruhi berlakunya konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum khususnya di negara kita Malaysia. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Halimahton, Hua dan Raman (2006), Yong dan Md Sidin (2010), Yang dan Md Sidin (2011), Dafrizal, Fauziah Ahmad dan Faridah Ibrahim (2011) dan Yang dan Md Sidin (2012) yang mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada konflik yang berlaku dan daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas menunjukkan isu agama pada 10 tahun kebelakangan ini amat serius untuk diperbincangkan (Mansor, 2006). Namun kini, agama menjadi perintis utama sebagai isu yang besar tentang perpaduan kaum di semenanjung Malaysia. Jadual 1.1 : Kontroversi Kaum di Malaysia TAHUN ISU 1950-1960 1960-1970 1970-1980 1990 - millennium Isu Kewarganegaraan & Kontrak Sosial Isu Bahasa Isu Kuota & Urbanisasi Isu Agama Sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Nazri Muslim (2012) yang menunjukkan kontroversi kaum yang berlaku di Malaysia dan dijelaskan dalam jadual 1.1. Fasa yang bermula dari tahun 1950-an, isu kewarganegaraan dan kontrak sosial mendominasi hubungan kaum. Pada tahun 1960-an pula, isu bahasa menjadi isu yang membawa kontroversi kepada masyarakat pada ketika itu manakala isu kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan etnik sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Selain itu, Jadual 1.1 pula menunjukkan pada tahun 1990-an dan millennium, isu-isu agama dilihat mempunyai pengaruh besar dalam hubungan etnik berbanding isu-isu lain dan begitu kritikal impaknya dalam masyarakat khususnya Malaysia. SENSITIVITI AGAMA YANG DIBANGKITKAN DALAM MASYARAKAT Sensitiviti agama yang dibangkitkan dalam masyarakat pada masa kini amat dibimbangi oleh semua kaum kerana konflik atau isu-isu yang menyentuh kesucian agama terutama agama Islam boleh mendatangkan perbalahan antara mereka. Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menggariskan bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah Islam. Namun, penganut agama yang lain dibenarkan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam kesejahteraan dan keharmonian. Selain itu, Perkara 11 juga menyatakan bahawa setiap warganegara adalah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Seharusnya dengan wujudnya perkara 3 dan perkara 11, konflik antara penganut berlainan agama tidak akan berlaku 18

dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Namun, walaupun telah digariskan dalam perlembagaan, konflik antara agama turut berlaku dalam masyarakat tidak kira isu yang dibawa oleh penganut bukan Islam mahupun penganut Islam sekalipun. Jika melihat kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji mendapati konflik agama yang menyentuh sensitiviti agama seperti mana bagi pandangan Khoo (2007), beliau menegaskan bahawa agama tetap merupakan faktor yang sedikit sebanyak merenggangkan hubungan antara etnik. Justeru itu, agama tetap merupakan suatu aspek kehidupan penduduk Malaysia yang sangat sensitif. Isu negara Islam, hukum hudud, laungan azan, penggunaan nama Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, tanda halal pada makanan dan premis perniagaan, perubutan mayat saudara baru dan sebagainya memberi impak yang berpanjangan terhadap perspektif dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Daripada pandangan yang dikemukakan oleh Khoo dapat diperkukuhkan lagi dari pandangan Mohamed Azam (2000) iaitu sikap beberapa aktivis agama bukan Islam yang turut mempersoalkan dan mengapi-apikan isu pertukaran agama Islam dalam kalangan kaum bukan bumiputera. Ini dilihat bagaimana hegemoni yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi dan menghasut semata-mata untuk menimbulkan pertelingkahan dan pertengkaran antara kaum. Dalam konteks yang lain juga, beberapa isu yang membabitkan insiden sensitiviti agama seperti murtad dan pengislaman orang bukan Islam (Ann Wan Seng, 2009; Sheng, 2008; Abdul Aziz, 2005; Osman Chua, 2005) turut memberi kesan terhadap nama baik agama Islam. Daripada kajian yang dilakukan sebelumnya, ini menampakkan bahawa sentimen agama sering dicemari dengan anasir-anasir yang sengaja menjadikan bahan agama sebagai modal untuk memecah belah keamanan dan keharmonian kaum yang wujud dalam negara dan kajian yang dijalankan ini amatlah sesuai bagi melihat dengan lebih mendalam lagi konflik perpaduan kaum dalam dimensi agama. Selain itu, tidak hairanlah isu kontroversi operasi JAIS terhadap Gereja DUMC ini mendapat liputan yang begitu meluas oleh pihak media apabila dikatakan terdapat 12 orang muslim cuba dimurtadkan pada majlis tersebut. Kejadian yang berlaku pada bulan Ramadhan, 3 Ogos 2011 telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam media arus perdana, (Utusan Malaysia, 5 Ogos 2011). Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan Thanksgiving Dinner Program Itenary dan tindakan diambil berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan agam Islam dipandang hina. Kes-kes yang menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penganut agama sering muncul. Kita tidak dapat memisahkan ekstermisme agama dengan budaya di mana agama tersebut muncul (Kahmad, 2002). Malah kita tidak dapat menghapuskan ekstremisme tanpa mengubah budaya tersebut. Isu konflik yang timbul antara kaum berlaku dalam pelbagai sudut dan hal yang sedemikian bagi pandangan Femandez (2004) yang mengatakan punca utama konflik antara agama ialah pandangan yang berbeza antara penganut dan setiap agama mengajar penganutnya supaya menjadi insan yang baik, bertolak ansur serta menghormati agama lain. Namun demikian agama berbeza antara penganutnya menyebabkan berlakunya konflik antara agama lain dan mereka menganggap ajaran agama merekalah benar serta tidak mahu menerima pandangan agama lain (Kahmad,2002). Persepsi sebegini perlu dihindarkan dalam konteks ruang pemikiran masyarakat supaya lahirnya nilai toleransi dan kasih sayang antara agama dapat disemai dan dipupuk dalam kehidupan masyarakat majmuk. Tindakan orang bukan Islam terhadap agama Islam sering menimbulkan permasalahan dan campur tangan keatas kesucian agama Islam yang terdiri dari aspek perundangan dan hukum-hukum Islam. Ini dibuktikan lagi dengan pandangan Rahimin Affandi (2003) iaitu yang berkenaan dengan Jawatankuasa Teknikal Syariah dan Sivil (JTSS) yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan proses review dan perubahan terhadap sistem perundangan Islam dan sivil agar kedua-duanya lebih bersifat Malaysia sering dianggap secara negetif oleh penganut agama bukan Islam. Hal ini telah menyebabkan proses reviewing ini dijalankan secara low profile bagi mengelakkan bantahan golongan bukan Islam. Pada 4 januari 2014, The Malaysian Insider melaporkan tentang kenyataan Andrew dengan jelas mengkritik titah DYMM Sultan Selangor dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat bukan Islam adalah suatu yang tidak berperlembagaan dan tiada nilai undangundang ke atas pihak berkuasa agama. Seperti yang disedia maklum, kes penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam masih lagi di peringkat perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya masih lagi terpakai. Sebagai pengamal undang-undang, beliau sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan kedudukan kes ini. Tindakan beliau ini jelas bercanggah dengan peruntukan seksyen 298A(1) Kanun Kesiksaan. Ini telah membangkitkan kekeliruan dan kegelisahan rakyat yang berbilang agama khususnya umat Islam di Malaysia. Salah seorang ahli Parlimen, Lim Kit Siang turut mempersoalkan aspek yang berkaitan dengan negara Islam ini. Beliau menyatakan Malaysia tidak boleh dijadikan negara Islam kerana kurang dari 60% penduduk di Malaysia yang beragama Islam, dan beliau tetap berpenderian Malaysia adalah negara sekular dengan 19

Islam sebagai agama rasmi. Beliau turut menyentuh berkaitan negara Indonesia dengan penduduk Islam terbesar di dunia melebihi 200 juta penganut Islam adalah sebuah republik sekular dengan lima agama yang diiktiraf secara rasmi. Selain itu, baginya tiada prasyarat bahawa sebuah negara yang menjadi tuan rumah kepada OIC semestinya sebuah negara Islam dan fakta bahawa Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak OIC ke-10 tidak bererti bahawa Malaysia adalah negara Islam (Thock Ker Pong, 2005). Jika dilihat dalam pandangan yang diutarakan oleh beberapa orang pengkaji mendapati kebanyakkan konflik yang berlaku antara kaum bukan sahaja datang dari kalangan kaum Cina dan India semata-mata, namun hakikatnya kaum Melayu juga tidak terkecuali penyebab berlakunya konflik dalam masyarakat terhadap kaum-kaum lain yang sehingga mencetuskan perbalahan antara kaum seperti pencerobohan kuil, penghinaan terhadap agama yang dianuti kaum Cina dan India, toleransi kaum dan sebagainya. Apa yang jelas dapat dilihat berdasarkan pandangan yang dikatakan oleh Sofwan Fathy (2010), beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor yang berlaku pada 15 November 2007 iaitu telah menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India. Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid (penghapusan etnik) dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa peristiwa kampung medan dan propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India. Menurut Dawi (2010) menyatakan bahawa cabar mencabar dalam agama bukan sahaja melalui hujahan awam dan di mahkamah malahan juga ditonjolkan dalam aktiviti perkauman jalanan seperti peristiwa pelontaran anggota babi di masjid, perarakan kepala lembu serta pembakaran gereja dan surau. Salah satu faktor berlakunya konflik ini adalah disebabkan kurangnya kefahaman dan pengetahuan tentang budaya dan agama masyarakat lain. Dengan menyedari betapa berharganya nilai keamanan dan keharmonian ini, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan bagi mewujudkan sikap saling memahami dan bekerjasama antara satu sama lain. Isu-isu yang berkaitan dengan masalah hukum, amalan dan praktis masyarakat Islam turut dipersoalkan oleh masyarakat Islam sendiri seperti konsep negara Islam, emansipasi wanita, poligami, hukum hudud, hukum jenayah, hukum menutup aurat dan termasuklah perkara-perkara kurafat (Syed Husin, 2008). Malah sejak sedekad yang lalu, muncul kelompok Islam Liberal yang sering mempertikai dan mempolemik isu-isu poligami, emansipasi wanita, kebebasan beragama dan pluralism agama (Mohammad Kamil et al., 2006). Selain itu, munculnya pelbagai bentuk ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, nabi Melayu dan amalanamalan khurafat serta bida ah sedikit sebanyak menyebabkan agama Islam di mata orang bukan Islam tercalar (Mohammad Kamil et al., 2006; Mohammad, 2000). Ekoran daripada beberapa isu dan permasalahan yang melanda ini, orang bukan Islam khususnya orang Cina khususnya DAP, berani bersuara dan sekali gus tidak mengikhtiraf bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam (Mohd Ridhuan Tee, 2010; Mohd Yusuf, 2003; Lee & Heng, 2000) dan tetap menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Liberal-sekular (Lee & Heng, 2000). Kajian yang dijalankan oleh Aminuddin (2006) menunjukkan perspektif pelajar Cina di UTM terhadap agama Islam bercampur baur. Sebahagian daripada responden bepersepsi positif, manakala sebahagian yang lain pula berpersepsi negetif terhadap agama Islam. HUBUNGAN SENSITIVITI AGAMA DENGAN ISU PERPADUAN KAUM Jadual 2 : Nilai Kekuatan Hubungan Sensitiviti Agama dengan Isu Perpaduan Kaum Kolerasi Sensitiviti Agama Isu Perpaduan Kaum Sensitiviti Agama Pearson Correlation 1.626 ** Sig. (2-tailed).000 N 362 362 Isu Perpaduan Kaum Pearson Correlation.626 ** 1 Sig. (2-tailed).000 N 362 362 **. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 level (2-tailed). Kajian ini juga melihat sejauhmana kekuatan hubungan sensitiviti agama dengan isu-isu perpaduan kaum yang ditimbulkan. Sampel kajian telah diambil dalam kalangan belia Universiti Awam di tiga Universiti yang dipilih di kawasan Pantai Timur iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) seramai 362 pelajar. Hasil yang didapati menunjukkan sensitiviti agama mempunyai hubungan positif dengan isu perpaduan kaum dengan mencatatkan dengan nilai 20

r=0.626, p<0.01. Ini menunjukkan semakin tinggi sensitiviti agama yang ditimbulkan semakin tinggi isu perpaduan kaum yang ditimbulkan dalam masyarakat. KESIMPULAN Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan ini menunjukkan agama merupakan satu cabang yang membawa perpaduan dan permasalahan antara tiga kaum terbesar di Malaysia. Bagi Benneth (2008), konflik agama merupakan masalah yang kompleks dan apabila ini berlaku tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puas hati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu. Ini bermakna konflik agama cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatif sahaja. Kesan buruk boleh diketagori sebagai kesan sosial, kesan ekonomi dan kesan kepada imej negara (Kahmad, 2002). Seharusnya, warna warni kehidupan masyarakat akan lebih bertambah utuh dan harmoni dengan kewujudan pelbagai agama yang sama-sama mengamalkan sikap toleransi dan nilai kasih sayang demi kesatuan dan pembangunan insan yang lebih proaktif dalam menyemarakkan lagi misi dan visi ke arah transformasi negara. Agama perlu dijaga dan dipelihara oleh penganutnya dan setiap mereka harus mengikis sikap penghinaan terhadap agama seangkatannya agar lahirnya rasa hormat-menghormati dalam sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian agama dan pasti ini merupakan salah satu nilai yang dipupuk oleh setiap agama. RUJUKAN Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Intel Multimedia Publication Ahmad Mohamed Ibrahim.1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), m.s 523. Aminuddin Ruskam al-dawamy. 2006. Perspektif Pelajar Cina UTM Terhadap Agama Islam di Malaysia. Dalam Wan Abd Hamid Wan The dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran dalam masyarakat Global: Malaysia dan China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ann Wan Seng. 2009. Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: MustrRead. Azman Amin Hassan. 2005. Solving conflicts in a multicultural society: The case of Kampung Medan. In Muhammad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hassan. Reading on Ethnic Relations in a Multicultural Society. Serdang: Penerbit UPM Chandra Muzaffar (2011). Exploring Religion in Our Time. Pulau Pinang; Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Dafrizal, Faridah Ibrahim & Fauziah Ahmad. 2011. Framig of Controversial Caricatures of Prophet Muhammad : A Story of Two Malaysian Mainstream Newspapers. Jurnal Komunikasi, Jilid 27(2): 77-95. Dawi, A.H. 2010. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakt Malaysia. Persidangan Antrabangsa Minoriti dan Majoriti: Bahasa, Budaya dan Identiti. 23-24 November 2010, Kuching, Sarawak Furnivall, John S. 1948. Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma and Netherlands India, New York University Press. Golam W.Choudhury. 1993. Islam and The Modern Muslim World. Essex England: Scorpion Publishing Ltd. Halimahton S, Hua N.T & Raman. 2006. Covering race and religion: the Moorthy and Nyonya Tahir cases in Four Malaysian Newspapers. Kajian Malaysia. Vol. XXIV, No.1&2, pp.185-201. Ismail al-faruqi. 2009. Islam dan Kepercayaan Lain. (terj: Zulkiple Abd. Ghani). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kahmad, H.2002. Sosiologi Agama. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya Khoo & Kay Kim. 2007. The Making of Malaya, 1946-1955: The Fruits of Ethnic Cooperation.Dalam Voon Phing Keong (Ed). Malaysian Chinese and Nation Building: Before Merdeka and Fifty Years After. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies. Lee, Kam Hing & Heng, Pek Koon.2000. The Chinese in the Malaysia Political System. Dalam Lee Kam Hing & Tan Chee Beng. The Chinese in Malaysia. New York: Oxford University Press Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman & Ainuddin.2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall Malaysia Mohd Kamil Abd. Majid et.al. 2006. Islam Liberal: Tafsiran Agama yang Kian Terpesong. Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd 21

Mohd Ridhuan Tee Abdullah.2010. Nasib Malayu di Bumi Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohd Yusuf Ahmad. 2003. Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Osman Chua Abdullah. 2005. Preaching to The Non-Muslim Chinese in Malaysia. Gombak: Research Centre IIUM Rahimin Affandi Abd.Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal. 2011. Dialog Antara Agama :Realiti dan Prospek di Malaysia.Universiti Sains Malaysia. Ramli Awang. 2008. Dialog Antara Agama dari Perspektif Al-Quran. Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn. Bhd Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik, Institut Kajian Etnik. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, Selangor Sheng, Ye Lin.2008. The Chinese Dilemma. Australia: EastWest Publishing Pty Ltd. Sue Bennett, Karl Maton & Lisa Kervin. 2008. The digital natives debate: A critical review of the evidence. British Journal of Education Technology, Vol 39 5 2008 Syed Huisn Ali. 2008. Ethnic Relations in Malaysia: Harmony & Conflict. Kuala Lumpur: SIRD. Utusan Malaysia. 5 Ogos 2011 Yang Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. 2011. Framing Religious Dispute: A Comparative Analysis of the Lina Joy Controversy by Malaysian Newspapers. The Journal of the South East Asia Research Centre for Communication and Humanities. Vol.3, Issue 2, September, 21-38. Yang Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. 2012. Framing Interethnic Conflict in Malaysia: A Comparative Analysis of Newspaper Coverage on The Hindu Rights Action Force (Hindraf). International Journal of Communication. 6, 166-189. Yong Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak.2010. Covering Religious Conflict in Malaysia: HowSin Chew Daily Framed the Lina Joy Controversy. Malaysian Journal of Media Studies, Vol.12, No.2, Pages 11-22. Yusri Mohamad Ramli. 2012. Agama dalam Tentukur Antropologi Simbolik Clifford Geertz. International Journal of Islamic Thought Vol. 1 : (June) 2012 22