ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN Sahlawati Abu Bakar Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sahlawati@kuis.edu.my ABSTRAK Kajian ini akan menganalisis secara tematik kalimah masjid yang terdapat di dalam al- Quran dengan menggunakan metode analisis kalimah secara maudhu i. Metode yang digunakan ialah analisis dokumen yang dibuat secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perkataan masjid disebut sebanyak 22 kali dalam bentuk tunggal dan 6 kali dalam bentuk jama di dalam al-quran. Daripada 22 kali kalimah masjid dalam bentuk tunggal majoritinya menyebut Masjidil Haram iaitu sebanyak 15 kali, sekali Masjid al-aqsa dan baki 6 kali masjid secara umum. Manakala kalimah masjid dalam bentuk jama mempunyai dua aspek iaitu pertama sebagai tempat menyebut nama Allah SWT dan kedua tanggungjawab Muslim mengimarahkan masjid. Katakunci: Masjid, Al-Quran, Tematik, Metode Analisis Kalimah. (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA309
1.0 PENGENALAN Masjid merupakan tempat orang-orang Islam beribadah umumnya dan solat khususnya. Selain itu masjid juga merupakan pusat pendidikan dan sosio budaya. Sejarah telah menunjukkan peranan yang besar dimainkan oleh masjid dalam mengembangkan ajaran Islam. Kertas ini akan mengupas kalimah masjid yang terdapat dalam al-quran dalam konteks yang pelbagai. 2.0 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan metode analisis kalimah secara mawdhu i yang dikemukakan oleh Dr. Salah Abd al-fattah al-khalidy (1997). Kerangka kajian Metode Tematik (Kalimah) Tanggungjawab mengimarahkan masjid Tempat Solat MASJID Masjidil Haram Masjid al-aqsa Tempat menyebut nama Allah SWT 3.0 MAKNA KALIMAH MASJID Kalimah masjid berasal dari perkataan.(سجد) Ia membawa beberapa maksud menurut mu jam berikut: i. Lisan al-arab (Ibnu Manzur,2003) Masjid boleh membawa maksud semua tempat yang digunakan untuk tujuan beribadah. Juga bermaksud tempat sujud kepada Allah SWT. (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA310
ii. Mu jam al-wasit (Al-Raghib al-asfahani,1997) Rumah untuk solat dan ibadah bagi orang Muslim. Juga tempat untuk solat secara berjemaah. Tempat untuk sujud dan tempat untuk berhenti untuk ibadah dan solat. 4.0 KALIMAH MASJID DALAM AL-QURAN Perkataan masjid disebut sebanyak 22 kali dalam bentuk tunggal dan 6 kali dalam bentuk jama di dalam al-quran. i. Dalam bentuk tunggal: 1. Surah al-baqarah 2:144 2. Surah al-baqarah 2:149 3. Surah al-baqarah 2: 150 4. Surah al-baqarah 2: 191 5. Surah al-baqarah 2: 196 6. Surah al-baqarah 2: 217 7. Surah al-maidah 5: 2 8. Surah al-a raf 7:29 9. Surah al-a raf 7:31 (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA311
10. Surah al-anfal 8:34 11. Surah al-taubah: 9:7 12. Surah al-taubah: 9:19 13. Surah al-taubah: 9:28 14. Surah al-taubah: 9:108 15. Surah al-isra 17:1 16. Surah al-isra 17:1 17. Surah al-isra 17:7 18. Surah al-hajj 22:25 19. Surah al-fath 48:25 (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA312
20. Surah al-fath 48:27 21. Surah al-taubah 9:107 22. Surah al-kahf 18:21 ii. Dalam bentuk jamak: 1. Surah al-baqarah 2:114 2. Surah al-baqarah 2:187 3. Surah al-taubah 9:17 4. Surah al-taubah 9:18 5. Surah al-hajj 22:40 (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA313
6. Surah al-jin 72:18 5.0 ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DALAM AL-QURAN Perkataan masjid disebut sebanyak 22 kali dalam bentuk tunggal dan 6 kali dalam bentuk jama di dalam al-quran. Daripada 22 kali kalimah masjid dalam bentuk tunggal majoritinya menyebut Masjidil Haram iaitu sebanyak 15 kali, sekali masjid al-aqsa dan baki 6 kali masjid secara umum. Antara ayat yang menyebut kalimah Masjidil Haram ialah ayat: 1. Surah al-baqarah 2:144 2. Surah al-baqarah 2:149 3. Surah al-baqarah 2: 150 Ketiga-tiga ayat ini menyatakan mengenai arah kiblat umat Islam yang ditukarkan dari Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram. Nabi SAW sentiasa mendongakkan wajahnya ke langit mengharap kan wahyu memerintahkan pertukaran arah kiblat. Menurut satu pendapat Nabi SAW solat menghadap ke Baitulmaqdis dan Kaabah secara serentak iaitu dengan berdiri di bahagian selatan Kaabah dan menghadap ke utara iaitu arah Baitulmaqdis. Ini kerana Baginda lebih suka menghadap ke kiblat Nabi Ibrahim AS iaitu kaabah (Pembendaharaan Al-Quran 2009). Sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat ini diulang tiga kali kerana hubungkaitnya dalam tiga perkara. Pertama ayat yang pertama ialah sebagai memakbulkan permohonan Nabi SAW yang mahu arah kiblat diubah dari Baitulmaqdis ke arah Kaabah di Mekah. Kedua ialah penegasan perintah pertukaran kiblat adalah daripada (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA314
Allah SWT bukan daripada Nabi SAW. Ketiga ialah melawan hujah golongan yang membantah pertukaran kiblat iaiatu golongan Yahudi(al-Qurtubi 1993). Banyaknya ayat-ayat yang menyebut mengenai Masjidil Haram dalam al-quran menunjukkan kuatnya perintah Allah SWT supaya menghadap ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Ahli Kitab sukar menerima perintah pertukaran arah kiblat ini menyebabkan perintah ini diulang tiga kali dalam surah yang sama. Ini menunjukkan bahawa pentingnya peringatan mengenai pertukaran arah kiblat ke Kaabah. Manakala kalimah masjid dalam bentuk jama mempunyai dua aspek iaitu pertama sebagai tempat menyebut nama Allah SWT dan kedua tanggungjawab Muslim mengimarahkan masjid. Masjid sebagai tempat menyembah Allah dinyatakan dalam ayat: 1. Surah al-baqarah 2:114 2. Surah al-hajj 22:40 3. Surah al-jin 72:18 Manakala ayat-ayat yang menyebut tanggungjawab Muslim mengimarahkan masjid ialah: 1. Surah al-baqarah 2:187 2. Surah al-taubah 9:17 3. Surah al-taubah 9:18 (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA315
6.0 KESIMPULAN Berdasarkan kesemua ayat-ayat al-quran yang terdapat di dalamnya kalimah masjid jelas menunjukkan kepentingan masjid sebagai tempat sujud dan beribadah hanya kerana Allah SWT. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dijadikan untukku bumi sebagai tempat sujud dan suci. Ulama berpendapat bahawa merobohkan masjid, menjual dan menutupnya adalah tidak harus. Sebarang usaha untuk membina masjid tidak boleh dihalang kecuali jika ia membawa kepada pertelingkahan dan perpecahan antara umat Islam. RUJUKAN Al-Ba albaqi, Ruhi. 2001. Al-Mawrid. Beirut: Dar al- Ilm li al-malayiin. Al-Baqi, Muhammad Fuad Abd. 1994. Mu jam mufahhras li alfaz al-quran. Beirut: Dar al-ma rifah. Al-Jazairi, Abu Bakar Jabir. 2000. Aysar al-tafasir. Madinah: Maktabah al- Ulum wa al- Hikam. Al-Khalidi, Salah 'Abd al-fattah. 1997. Al-Tafsir al-maudhu i:bayna al-nazhariyah wa al- Tatbiq. Amman: Dar al-nafais. Al-Qardawi, Yusuf. 1993. Malamih al-mujtama al-muslim. Kaherah: Maktabah Wahbah. Al-Qurtubi, Abdullah ibn Ahmad. 1993. Al-Jami li ahkam al-quran. Beirut: Dar al-kitab al- Alamiyah. Al-Razi. 1995. Tafsir al-razi. Beirut: Dar al-fikr. Al-Tabari, Abi Ja'far Muhammad ibn Jarir. 1987. Jami al-bayan fi tafsir al-quran. Beirut: Dar al-ma rifah. Ibn Faris, Ahmad. 1994. Mu jam Maqayis fi al-lughah. Beirut: Dar al-fikr. Ibn Kathir, Ismail ibn Umar. 1993. Tafsir al-quran al- Azim. Beirut: Dar al-ma rifah. (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA316
Raghib al-asfahani. 1997. Mufradat al-faz al-quran. Damsyik: Dar al-qalam. (IMAF-2017) (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA317