Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association) Perutusan Pengerusi MARPA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdullillah, setinggi kesyukuran kerana Buletin MARPA dapat dikeluarkan mengikut jadual justeru saya dengan sukacita merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa MARPA di atas penerbitan Buletin MARPA Isu No. 12, 2016 ini. Dengan penerbitan buletin ini, adalah diharapkan ahli MARPA dan rakyat Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan teknologi sinaran dan perlindungan sinaran di Malaysia. MARPA sentiasa komited untuk berubah selaras dengan kepesatan teknologi semasa. Sehubungan dengan itu, MARPA mengambil inisiatif mengemaskini antaramuka (interface) laman web rasmi MARPA supaya lebih interaktif. Laman Facebook MARPA juga diwujudkan bagi membolehkan perkongsian umum berkaitan perlindungan sinaran dan hebahan program MARPA dapat dikongsi kepada ahli-ahli dan masyarakat umum. Kedua-dua laman ini boleh diakses melalui h ttp ://w ww.mar p a. or g.my/ dan h ttp s://www.fac eb ook.co m/marpa.my/ AJK Penerbita n Buletin MARPA 2014/2016 Dr. Wan Saffiey bin Wan Abdullah (Agensi Nuklear Malaysia) Norhasfalina binti Saidin (LPTA) Norhayati binti Abdullah (Agensi Nuklear Malaysia) Di peringkat antarabangsa pula, MARPA sesungguhnya bertuah kerana terpilih sebagai Pengerusi Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP) bagi tempoh bermula dari Mei 2014 hingga tahun 2018. Sempena Persidangan International Radiation Protection Association kali ke-14 (IRPA-14) di Cape Town, Afrika Selatan yang telah diadakan pada 9 Mei 2016, Presiden MARPA telah mempengerusikan Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7 bagi membincangkan persiapan penganjuran AOCRP-5 di Melbourne, Australia pada tahun 2018. Saya berharapan tinggi agar penyertaan yang menggalakkan daripada Malaysia terutamanya ahli MARPA pada program AOCRP-5 2018 nanti. Kandungan Perutusan pengerusi Ahli Lembaga MARPA 2016/2018 1 2 Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli MARPA yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) yang telah diadakan pada 30 September 2016. Syabas dan tahniah di atas pelantikan ahli Lembaga MARPA sesi 2016-2018. Kepada ahli Lembaga MARPA sesi 2014-2016, jutaan terima kasih di atas sumbangan anda semua. In syaa Allah dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ahli, MARPA akan terus memberi impak yang lebih besar dalam perkembangan perlindungan sinaran di Malaysia. Info semasa agensi 2 latihan [CEP] Program kerjasama MARPA 2014-2015 3 Akhir kata, saya mewakili MARPA sentiasa mengalu-alukan dan menghargai sumbangan daripada ahli dalam bentuk pengalaman atau perkongsian ilmu secara langsung atau tidak dalam menjayakan program MARPA. Dengan keahlian terkini melebihi 300 orang meliputi bidang perubatan dan bukan perubatan, sesungguhnya MARPA akan terus menjadi organisasi yang sentiasa relevan kepada pihak industri, kerajaan dan orang awam dalam bidang perlindungan sinaran di Malaysia. 1 Selamat maju jaya. Terima kasih. Prof. Dr. Amran bin Ab Majid Presiden MARPA Program kerjasama MARPA 2016 Galeri aktiviti 2016 Program MARPA Lawatan ke Lynas Mengenai MARPA (i) AORP (ii) Hubungi kami 4 4 5 6
AHLI LEMBAGA MARPA 2016/2018 1. Prof. Dr. Amran bin Ab Majid Presiden 2. Dr. Wan Saffiey bin Wan Abdullah Naib Presiden 3. En. Norfaizal bin Mohamed Setiausaha 4. Dr. Noraishah binti Othman Bendahari AJK 1. En. Mohd Sidek bin Othman 2. Pn. Norhasfalina binti Saidin 3. En. Iberahim bin Ali 4. En. Ravintheran Karuppannan 5. En. Mohd Fazlie bin Abdul Rashid 6. Cik Norhayati binti Abdullah INFO SEMASA: SENARAI AGENSI LATIHAN 2 Sumber: portal AELB
Program kerjasama MARPA dan Agensi Nuklear Malaysia (2014) Program kerjasama MARPA dan Agensi Nuklear Malaysia (2015) 3
Program kerjasama MARPA dan Agensi Nuklear Malaysia (2016) PROGRAM TARIKH & TEMPAT Seminar Penulisan & Penerbitan 24 26 Mei 2016 Saintifik Dan Bengkel Ipoh, Perak World Nuclear University (WNU) 30 Mei 03 Jun 2016 Short Course Pulau Pinang Persidangan Sinaran Tidak Mengion 27-28 September 2016 Pulau Pinang Seminar Keutuhan Bahan 28-29 September 2016 Pulau Pinang Persidangan Perlindungan Sinaran Johor Bahru 29 Nov 01 Disember 2016 dan Bengkel GALERI AKTIVITI 2016 Mesyuarat agung Tahunan MARPA ke-15 30 Sept 2016 Mesyuarat di antara MARPA dan Pusat Latihan Agensi Nuklear Malaysia 4
Isu No. 12, 2016 AKTIVITI MARPA 2016 Lawatan ke Lynas Malaysia Sdn Bhd Lawatan ke Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang anjuran Jawatankuasa Kecil Kemudahan Utama (JKKU), Agensi Nuklear Malaysia dan Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) lalu. telah julung kalinya diadakan pada 26 Mei 2016 yang Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai aktiviti pemprosesan industri nadir bumi di Malaysia. Seramai 26 orang ahli MARPA yang terdiri daripada golongan profesional dari pelbagai badan kerajaan dan wakil dari industri menyertai lawatan ini. Setibanya di Lynas, pihak syarikat Lynas yang diwakili oleh Prof. Dr. Ismail bin Bahari, Pengurus Besar Keselamatannya memberikan taklimat berkaitan keselamatan dan perlindungan sinaran yang dipraktikkan di premis kepada semua peserta lawatan. Di akhir sesi taklimat, para peserta berpeluang membincangkan isu pengurusan sisa radioaktif dan bertukar pandangan mengenai kerjasama kajian di antara Agensi Nuklear Malaysia dan Lynas pada masa akan datang. Seterusnya program lawatan ini dilengkapkan dengan sesi bergambar dan lawatan berpandu di sekitar tapak kilang. Diharapkan program lawatan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama dan penyertaan semua pihak termasuklah ahli MARPA. 5
Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7 Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP) HUBUNGI KAMI Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association) Peti Surat 00002, Pos Malaysia Bandar Baru Bangi JKR 208 A, Jalan 6C/9 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia 603-8928 2961 603-8911 2156 Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP) telah menganjurkan Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7 di Pusat Persidangan Antarabangsa Cape Town di Cape Town, Afrika Selatan pada 9 Mei 2016. Mesyuarat EC kali ini telah dipengerusikan oleh Presiden MARPA iaitu Prof Dr Amran Ab Majid. Ini memandangkan MARPA merupakan Pengerusi AOARP bagi tempoh bermula dari Mei 2014 hingga tahun 2018. Mesyuarat ini telah diadakan bersempena dengan Persidangan International Radiation Protection Association kali ke-14 (IRPA-14). AOARP dianggotai oleh Persatuan Perlindungan Sinaran dari Negara Jepun, Korea, China, Malaysia, India, Filipina dan Australia. Dalam mesyuarat tersebut, MARPA membentangkan laporan tentang penganjuran Asian Oceanic Congress on Radiation Protection (AOCRP) kali ke-4 yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala lumpur pada 12-16 Mei 2014. Kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dari segi penganjuran dan pengurusan kewangan MARPA dalam menganjurkan AOCRP-4 tersebut. Mesyuarat juga membincangkan tentang persiapan penganjuran AOCRP-5 di Melbourne, Australia pada tahun 2018. malaysianradiationprotection@gmail.co m http://www.marpa.org.my/ https://www.facebook.com/marpa.my Search: Malaysian Radiation Protection Association 6