PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010
iii DEDIKASI Pujian bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat-mu yang tak terkira, Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Untuk mama, Semoga rahmat-nya sentiasa bersamamu. Untuk arwah papa, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Untuk ahli-ahli keluarga, Semoga Allah memberkati hidup kamu semua. Buat sahabat-sahabat yang dikasihi, Terima kasih atas segala pertolongan yang diberi. Juga tidak dilupakan buat Ustaz Ahmad Kilani, Terima kasih kerana memberi teguran, bimbingan dan tunjuk ajar. Jutaan terima kasih buat semua, Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan semua kaum Muslimin yang mendapat petunjuk hingga ke hari akhirat. Kepada Ilahi dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan hidayahnya dapat saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Kilani selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.
v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentukbentuk tabarruj dalam kalangan siswi Islam UTM. Sampel kajian ini adalah pelajar lelaki SPI Universiti Teknologi Malaysia, Skudai iaitu seramai 30 orang. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu A, B dan C. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α=0.897. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memahami konsep tabarruj dan bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi Islam UTM dengan nilai min masingmasing ialah 4.02 dan 4.17.
vi ABSTRACT The purpose of this study was to determine the level of understanding SPI male students for the concept of tabarruj in Islam. It was also determine the perception of SPI male students about a types of tabarruj among Islamic female students in UTM. The sampel of this research is 30 SPI male students, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. The instrument for this study was a set of questionnaire, which was divided into three parts, namely part A, B and C. The data obtained was analyzed descriptively using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 14.0 software, with the focus on the frequency, percentage and the mean of the data. The reliability of the questionnaire is α=0.897. Overall, outcome of the research showed that most the respondents understand the concept of tabarruj and types of tabarruj among UTM Islamic female students with mean 4.02 and 4.17 each other.
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 6
viii 1.8 Definisi / Istilah 7 1.8.1 Persepsi 7 1.8.2 Pelajar 7 1.8.3 Tabarruj 7 1.8.4 Siswi 8 1.9 Kesimpulan 8 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9 2.2 Konsep Tabarruj 11 2.3 Hukum Amalan Tabarruj 14 2.4 Bentuk-Bentuk Tabarruj 16 2.4.1 Mencukur Alis Mata 16 2.4.2 Memakai Minyak Wangi 18 2.4.3 Menyambung Rambut 20 2.4.4 Memanjangkan Kuku 21 2.4.5 Mewarnakan Kuku 23 2.4.6 Pemakaian Alat Solek 24 2.4.7 Cara Berjalan 25 2.4.8 Batas Pergaulan 26
ix 2.4.9 Fesyen Pakaian 27 2.4.10 Perhiasan Diri 31 2.5 Faktor-Faktor Bertabarruj 33 2.5.1 Faktor Diri Sendiri 33 2.5.2 Faktor Keluarga 33 2.5.3 Faktor Media Massa 34 2.5.4 Faktor Rakan Sebaya 35 2.6 Kajian Lepas 36 2.7 Kesimpulan 38 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 39 3.2 Rekabentuk Kajian 40 3.3 Tempat Kajian 40 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41 3.5 Instrumen Kajian 41 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 42 3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 44 3.6 Kajian Rintis 44 3.7 Analisis Data 45
x 3.8 Kesimpulan 45 BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 46 4.2 Analisis Data (Bahagian A) 47 4.2.1 Umur 47 4.2.2 Tahun Pengajian 48 4.2.3 Latar Belakang Pendidikan (SPM) 48 4.2.4 Kelayakan Pendidikan 49 4.3 Analisis Data (Bahagian B) 49 4.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar Lelaki SPI Terhadap Konsep Tabarruj Dalam Islam 50 4.3.2 Analisis Keseluruhan Bagi Item Bahagian B 55 4.4 Analisis Data (Bahagian C) 57 4.4.1 Persepsi Pelajar Lelaki SPI Terhadap Bentuk-Bentuk Tabarruj Dalam Kalangan Siswi Islam UTM 57 4.4.2 Analisis Keseluruhan Bagi Item Bahagian C 64 4.6 Analisis Keseluruhan Nilai Min Bagi Bahagian B Dan C 65
xi 4.7 Kesimpulan 66 Bab V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 67 5.2 Perbincangan 67 5.2.1 Latar Belakang Responden 68 5.2.2 Tahap Kefahaman Pelajar Lelaki SPI Terhadap Konsep Tabarruj Dalam Islam 69 5.2.3 Persepsi Pelajar Lelaki SPI Terhadap Bentuk-Bentuk Tabarruj Dalam Kalangan Siswi Islam UTM 71 5.3 Rumusan 73 5.4 Cadangan 74 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76 5.6 Kesimpulan 76 BIBLIOGRAFI 77 LAMPIRAN 81
xii SENARAI JADUAL NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.1 Jadual Pengkelasan Skala Likert 43 3.2 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Skala Likert Kepada Dua Tahap Persepsi 43 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47 4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 48 4.3 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Pendidikan (SPM) 48 4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan 49 4.5 Taburan Skor Item 1 50 4.6 Taburan Skor Item 2 51 4.7 Taburan Skor Item 3 51 4.8 Taburan Skor Item 4 52 4.9 Taburan Skor Item 5 52 4.10 Taburan Skor Item 6 53 4.11 Taburan Skor Item 7 53 4.12 Taburan Skor Item 8 54 4.13 Taburan Skor Item 9 54 4.14 Taburan Skor Item 10 55 4.15 Taburan Min Bagi Item Bahagian B 56 4.16 Taburan Skor Item 11 57 4.17 Taburan Skor Item 12 58 4.18 Taburan Skor Item 13 58
xiii 4.19 Taburan Skor Item 14 59 4.20 Taburan Skor Item 15 59 4.21 Taburan Skor Item 16 60 4.22 Taburan Skor Item 17 60 4.23 Taburan Skor Item 18 61 4.24 Taburan Skor Item 19 61 4.25 Taburan Skor Item 20 62 4.26 Taburan Skor Item 21 62 4.27 Taburan Skor Item 22 63 4.28 Taburan Skor Item 23 63 4.29 Taburan Min Bagi Item Bahagian C 64 4.30 Nilai Min Bagi Bahagian B Dan C 66
xiv SENARAI SINGKATAN HEP H.R IPT IPTA IPTS KS PSM PSZ r.a saw SPI SRIH SWT SPSS SS S STS TS UTM Hal Ehwal Pelajar Hadis Riwayat Institusi Pengajian Tinggi Institusi Pengajian Tinggi Awam Institusi Pengajian Tinggi Swasta Kurang Setuju Penyelidikan Sarjana Muda Perpustakaan Sultanah Zanariah Radhiallahu anhu / Radhiallahu anha Sallallahu alaihi wasallam Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam Sekolah Rendah Islam Hidayah Subhanahu Wa Taala Statiscal Package For Social Sciencese Sangat Setuju Setuju Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia
xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA A B Borang Soal Selidik Nilai Alpha Kajian Rintis
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT sama ada rezeki dari aspek kesihatan diri, kecantikan, zuriat, harta dan sebagainya. Segala rezeki yang telah Allah berikan kepada manusia adalah semata-mata untuk kesenangan dan keselesaan hambanya semasa di dunia. Setiap manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk berfikir maka sebagai manusia yang berakal, perlulah menggunakan anugerah yang telah diberikan itu dengan sebaik-baiknya. Kecantikan juga merupakan salah satu rezeki atau anugerah yang Allah berikan kepada hamba-hambanya. Pakaian dan perhiasan juga adalah anugerah daripada Allah. Ia merupakan perhiasan yang diberikan untuk manusia gunakan dengan sebaiknya. Ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya:
( 2 3 uθø) G9$# â $t7ï9uρ $W± Í uρ öνä3ï? u öθy Í uθム$U $t7ï9 ö/ä3ø n=tæ $uζø9t Ρr& ô s% tπyš#u û Í_t6 tƒ tβρã. tƒ óοßγ =yès9 «!$# ÏM tƒ#u ô ÏΒ š Ï9 sœ 4 ö yz y7ï9 sœ Maksudnya: Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (Al-A raaf, 7: 26) Islam telah memberi pelbagai panduan kepada kaum wanita supaya melaksanakan perintah Allah iaitu dengan memakai pakaian yang sesuai dan sopan seiring dengan syariat Islam supaya kehidupan kaum wanita lebih terjamin berbanding dengan memakai pakaian yang diharamkan oleh Islam. Setiap sesuatu yang telah ditetapkan oleh Islam mempunyai kebaikan dan hikmah disebaliknya. Dengan ini, kaum wanita seharusnya menjaga maruah diri dengan menjaga diri supaya tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa serta mendorong diri kepada tabarruj kerana sesungguhnya amalan tabarruj itu di larang di dalam agama Islam. Menurut Abdullah (2000:23), tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan perhiasan dan kecantikannya yang diwajibkan oleh syara supaya menutupnya kepada lelaki asing yang bukan mahramnya iaitu wanita yang mendedahkan dan menampakkan perhiasan dan daya penariknya seperti memakai pakaian yang mendedahkan aurat, yang mendedahkan bahagian tangan, dua betis, dada, leher serta wajah yang bersolek secara berlebihan.
3 1.2 Latar Belakang Masalah Jika dilihat hari ini di dalam internet, berita-berita di televisyen dan akhbarakhbar sering melaporkan tentang masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat khususnya terhadap wanita. Banyak kes yang melibatkan wanita sama ada diragut, diperkosa, dibunuh dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak mengira usia sama ada kepada kanak-kanak, remaja mahupun orang tua. Selain itu, telah banyak berlakunya masalah sosial dikalangan pelajar dan masyarakat. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2000 hingga 2003 mendapati 5004 kes rogol telah dicatatkan di seluruh negara. (Harian Metro, 15 Januari 2010). Antara salah satu punca berlakunya masalah sosial pada hari ini adalah dari aspek penampilan diri. Ini dimana masyarakat kurang menitik beratkan soal penampilan diri yang sopan. Ini adalah merangkumi cara berpakaian, pergaulan, komunikasi dan perhiasan diri seseorang itu terutamanya golongan wanita. Wanita yang berhias secara lebih-lebihan disebut tabarruj. Menurut Fariza, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, peningkatan kes-kes rogol di negara ini mempunyai kaitan dengan gejala menonton filem-filem lucah. Ada lelaki yang tidak boleh melepaskan nafsu kepada pelakon-pelakon filem lucah tersebut menjadikan wanita lain sebagai mangsa. (www.mail-achieve.com/ alternatifnet@yahoo groups. com, 15Januari 2010). Seorang wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada yang bukan mahram juga dinamakan tabarruj. Perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai tabarruj adalah seperti memakai pakaian yang boleh menampakkan bentuk tubuh wanita seperti pakaian yang nipis atau ketat. Selain itu, cara pergaulan dan cara berjalan seseorang wanita yang tidak selari dengan kehendak Islam juga boleh menjadi
4 tabarruj seperti jalan berlenggang-lenggok, melembut-lembutkan suara apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahramnya. 1.3 Pernyataan Masalah Sudah menjadi lumrah bahawa wanita adalah insan yang menyukai kecantikan dan keindahan. Ini boleh diibaratkan, wanita dan kecantikan diri tidak dapat dipisahkan. Ramai wanita yang sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang berlebihan sematamata untuk memenuhi kepuasan diri mereka sehingga mereka tidak menyedari yang mereka telah melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan atau mendorong mereka untuk melanggar batasan agama. Contohnya, seorang wanita sanggup mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk membeli pakaian yang pada mata mereka cantik tetapi pada hakikatnya pakaian itu jarang, nipis dan pakaian sebegini adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana boleh menampakkan warna kulit serta boleh mendedahkan aurat wanita. Ini juga dinamakan tabarruj. Jika dilihat pada hari ini, kebanyakan kaum lelaki tidak mengetahui tabarruj dengan mendalam. Ini terjadi kerana mereka kurang terdedah kepada perkara-perkara sebegini. Ini adalah disebabkan masalah tabarruj ini hanya berlaku kepada kaum wanita. Walaupun tabarruj lebih menjurus kepada wanita tetapi lelaki juga berperanan mendalami serta memahami konsep dan bentuk-bentuk tabarruj dalam Islam. Kaum lelaki berperanan untuk membimbing wanita kearah kebenaran sekiranya wanita telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Ini adalah kerana lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Ini dapat dilihat berdasarkan maksud firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 34 yang mengatakan kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.
5 Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengkaji mengenai tahap kefahaman pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj dan persepsi mereka terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi UTM. 1.4 Objektif Kajian 1. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj dalam Islam. 2. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi Islam UTM. 1.5 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap kefahaman pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj dalam Islam? 2. Apakah persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi Islam UTM?