BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

Amar Makruf Nahi Mungkar

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Implikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

Takrifan Etika ethos

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

Ulasan Buku / Book Review

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

l _,i '" e UNIVERSITI PENDIOIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2) 2. Menghuraikan sumber-sumber ilmu dalam Islam dengan tepat. (PLO3, P2) 3. Mengaplikasikan konsep kesepaduan ilmu dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian. (PLO3, A3) ISI KANDUNGAN 1.0 Definisi Ilmu Dalam Islam Secara etimologinya, perkataan ilmu berasal dari perkataan bahasa arab alima, ya lamu, ilman. Ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja alima yang meletakkannya antara alim (mengetahui) dengan ma lum (yang diketahui). Menurut bahasa Inggeris ilmu diertikan sebagai sains (science) yang bermaksud pengetahuan (knowledge). Dalam pengertian Barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. 1

Menurut tradisi kefahaman Islam, ilmu membawa kepada sebuah pengertian yang lebih luas dan dalam dari segi makna dan tafsirannya. Definasi ilmu yang paling masyhur adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Profesor Muhammad Naquib al-attas iaitu kedatangan makna sesuatu atau objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu. Dalam pengertian kedua pula bermaksud sampainya jiwa kepada makna sesuatu atau objek ilmu. Ilmu dalam konteks falsafah Islam adalah sesuatu yang ada hubungannya dengan Tuhan sekalian alam. Ilmu mempunyai ikatan tauhid yang tidak terputus dengan Khalik-Nya. Ilmu merupakan segala sesuatu yang datang dari Allah S.W.T yang diturunkan kepada rasul-rasul-nya dan alam ciptaan-nya termasuklah manusia. Kesimpulannya, ilmu dalam kefahaman Islam adalah merangkumi aspek lahiriah dan batiniah. 2.0 Ciri-Ciri Ilmu Dalam Islam 1. Ilmu adalah milik Allah Ilmu yang sempurna adalah milik Allah. Terdapat lebih kurang 30 kali dinyatakan perihal pemilikan ilmu dalam al-qur an. Kehebatan ilmu yang dimiliki oleh Allah S.W.T meliputi segala sesuatu di langit, di bumi serta segala rahsia-rahsianya. 2. Penekanan Tentang Kebenaran (al-haqq) dan Keyakinan (al-yakin) Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Tuhan. Oleh yang demikian ilmu yang benar adalah ilmu yang selari dengan apa yang dinyatakan oleh wahyu. Seterusnya terdapat tiga tahap keyakinan iaitu pengetahuan yang yakin ( ilm al-yakin), penglihatan yang yakin ( ain alyakin) dan keyakinan yang mutlak (haqq al-yakin). Sesuatu yang bertentangan dengannya adalah palsu (batil) atau berprasangka sematamata (zann). 2

3. Kesepaduan Ilmu Kewujudan Allah yang Maha Esa yang merupakan sumber segala ilmu pengetahuan telah memberikan implikasi terhadap kesatuan dan kesepaduan ilmu serta sumber-sumbernya. Ciri kesepaduan ilmu ini telah dinyatakan oleh al-ghazali dalam kitabnya iaitu Kitab Jawahir al-qur an. Menurut al-ghazali, ayat-ayat al-qur an yang menyatakan perihal bintang atau kesihatan hanya akan dapat difahami dengan ilmu astronomi atau ilmu perubatan yang lengkap. 4. Perhubungan antara Ilmu dan Amal Ilmu seharusnya diikuti dengan amal salih. Alim ialah kata nama yang bukan sahaja bermakna seseorang yang memiliki ilmu tetapi dalam bentuk nahunya bermakna seseorang yang bertindak bersesuaian dengan ilmunya. Inilah yang menjadi titik perbezaan utama antara konsep ilmu Islam dengan konsep ilmu Cina yang lebih menitikberatkan amalan daripada ilmu atau konsep ilmu India yang terlalu tertumpu kepada pemikiran abstrak sehingga mengetepikan amalan. 5. Ketidakterbatasan Ilmu Keluasan ilmu milik Allah S.W.T dinyatakan dengan jelas oleh al Qur an menerusi surah Yusof ayat 76 iaitu: Ciri ketidakterbatasan ilmu Allah ini turut dinyatakan dalam surah al-kahfi ayat 109 iaitu: Kefahaman tentang keluasan keseluruhan ilmu Allah yang mana manusia hanya diberi sedikit sahaja daripadanya akan membuatkan manusia berasa kurang angkuh kerana memahami bahawa ilmu yang mereka miliki tidak mempunyai kebenaran yang mutlak. Sebaliknya huraian-huraian dan hasil penemuan mereka patut dinilai secara 3

berterusan berdasarkan bukti-bukti dan maklumat-maklumat baru yang diperolehi. 3.0 Pembahagian Ilmu dalam Islam Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para cendikiawan Islam terdahulu, ilmu dalam Islam dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu: (a) Dari aspek kewajipan menuntut ilmu. Dalam aspek ini al-ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu: i. Ilmu Fardhu Ain Iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh dan berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajib atau kepercayaan (Aqidah). Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan dan perbuatan yang mesti dilakukan atau ditinggalkan. ii. Ilmu Fardhu Kifayah Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat Islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu Kedoktoran, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajib ke atas mereka kerana 4

ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara mereka. (b) Dari aspek hubungan dengan Syariat Dari sudut ini juga, al-ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua cabang utama iaitu: i. Ilmu Syariat yang merangkumi ilmu usul iaitu al-qur an, al-sunnah, Ijmak atau qias. Ia turut merangkumi ilmu furu iaitu ilmu yang diluaskan daripada ilmu usul seperti ilmu fiqh, ilmu faraidh, ilmu munakahat, ilmu jinayat dan sebagainya. Selain daripada itu terkandung di dalam bahagian ini juga ialah ilmu muqaddimah iaitu ilu yang berupa alat untuk memahami al-qur an dan as-sunnah seperti mempelajari bahasa Arab dan tulisan jawi. ii. Ilmu aqliyah yang dibahagikan kepada dua cabang besar iaitu ilmu yang terpuji yang menyamai ilmu fardhu kifayah seperti ilmu matematik, sains, fizik, kimia, kejuruteraan perubatan dan sebagainya. Manakala cabang yang kedua pula ialah ilmu yang tercela iaitu ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan, kemusnahan kepada manusia dan kemurkaan Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya. (c) Dari aspek Kaedah Memperolehi Ilmu Ia boleh dibahagikan kepada dua segi iaitu: i. Ilmu kasbi iaitu ilmu yang diperolehi daripada usaha atau melalui proses pembelajaran seperti ilmu matematik, sains, perakaunan, farmasi dan sebagainya 5

ii. Ilmu ladunni atau wahbi iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah S.W.T sama ada melalui ilham atau wahyu. Contohnya ilmu para nabi dan rasul. (d) Dari aspek Sumber Ilmu i. Ilmu Aqli Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal seperti ilmu geografi, fizik, kimia, matematik dan sebagainya. ii. Ilmu Naqli Ilmu yang diperolehi melalui wahyu seperi al-qur an. 4.0 Sumber Ilmu Dalam Islam 1. Wahyu Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hamba-nya yang dipilih di kalangan hamba-nya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia. 2. Pancaindera Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan sumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya 6

selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya. 3. Akal Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya supaya dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al- Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah supaya manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki. 4. Intuisi atau Ilham Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah dan sedang menumpukan pemikirannya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba mendapat jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama. 7

5.0 Kesepaduan Ilmu Konsep kesepaduan ilmu adalah sebuah idea yang lahir daripada Gagasan Pengislaman ilmu (Islamization of Knowledge)yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh pemikir dan cendikiawan Islam seperti Muhammad Iqbal, Allahyarham Profesor Fazlur Rahman, Profesor Ismail al-faruqi, Profesor Syed Muhammad Naquib al-attas serta beberapa orang tokoh lain yang menyokong idea ini. Secara mudahnya kosep kesepaduan ilmu ini terbit dari satu kenyataan iaitu Allah S.W.T sebagai sumber Ilmu. Apabila kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya sumber kepada keseluruhan ilmu yang ada ini bermakna setiap satu daripada bidang ilmu tersebut pasti mempunyai elemen saling keterkaitan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Corak perkaitan antara bidang-bidang ilmu ini boleh berlaku secara zahiri dan kemudiannya diikuti secara maknawi. Secara zahir, misalnya bagi memahami lebih lanjut tentang kesan racun serangga ke atas tumbuh-tumbuhan maka seseorang pengkaji itu perlu memahami beberapa bidang ilmu selain daripada pengetahuannya tentang racun. Si pengkaji perlu memahami ilmu tentang haiwaan (zoologi) dan tumbuh-tumbuhan (botani) bagi membolehkannya menjadi seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Fenomena saling keterkaitan ini jika diteliti sehingga ke akar umbinya akan membawa sipengkaji kepada satu titik pemahaman yang total iaitu semuanya itu adalah merupakan tanda-tnda kebesaran dan kekuasaan Allah. Akhirnya akan timbul rasa tawadhuk dan seterusnya akan meningkatkan keimannya kepada Allah S.W.T. Inilah yang dimaksudkan dengan perkaitan dari segi maknawi yang mampu mejelaskan maksud konsep kesepaduan ilmu yang sedang dibincangkan. Sejarah keagungan zaman keintelektualan Islam zaman silam telah menjadi saksi di mana tokoh-tokoh ilmuan tersohor pada ketika itu telah berjaya menguasai lebih daripada satu bidang disiplin ilmu. Tokoh ilmu 8

perubatan termasyhur iaitu Ibnu Sina misalnya, turut menguasai bidangbidang ilmu lain selain daripada perubatan seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, biologi dan sains politik. Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Sebagai contoh, menurut pandangan sains Barat moden bidang ilmu kejuruteraan adalah suatu kajian berkenaan teori tentang fakta, kebenaran atau prinsip-prinsipyang diperolehi hasil daripada kajian, penyelidikan, pemerhatian, pengalaman atau laporan mengenai aplikasi sains dan matematik dalam bentuk pembinaan, perancangan dan pengurusan sumbersumber alam supaya ia boleh dimanfaatkan ke tahap yang paling optimum bagi kepent ingan manusia sejagat. Manakala dari sudut perspektif Islam ilmu kejuruteraan adalah suatu teori mengenai hakikat ilmu yang merujuk kepada Allah S.W.T sebagai sumber kepada segala ilmu dan pengetahuan terhadap pemahaman makna berkaitan salah satu cabang ilmu matematik dan sains tentang pengiraan garisan dan bentuk-bentuk geometri yang terdiri daripada dimensi, permukaan, sudut, kuantiti dan ukuran dari pelbagai segi dan hubungannya antara satu sama lain. Daripada kedua-dua contoh yang diberikan, jelas memberikan suatu gambaran tentang titik perbezaan yang wujud antara kedua-dua pandangan iaitu antara Islam dan Barat. Kita akan dapati bahawa wujud kesepaduan ilmu dari segi zahiri dalam kedua-dua pandangan terhadap ilmu kejuruteraan. Walaubagaimanapun kesepaduan dalam bentuk zahiri dan maknawi hanya berlaku apabila kita menilai ilmu kejuruteraan dari sudut pandangan Islam yang dikaitkan terus dengan Allah S.W.T. Bagi mencapai maksud ini, disiplin ilmu kejuruteraan yang dipelajari perlu seiring dengan beberapa disiplin ilmu lain seperti al-qur an, al-sunnah, 9

fiqh, usul fiqh, tasawuf serta akhlak bagi memastikan perlaksanaan ilmu ini selari dengan tiga tunggak utama Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Natijah daripada kesepaduan ilmu dalam bentuk ini akan menghasilkan ilmu pengetahuan yang sarat nilai serta para jurutera yang tawadhuk, berintegriti, serta mengamalkan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. 6.0 Kepentingan Ilmu Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda dimana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa. Ia juga terbukti dalam ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-quran dan Al-Sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat mendekatkan dirinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagiaan di akhirat. Antara kepentingan-kepentingan ilmu ialah : a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al- 10

Quran yang bermaksud " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu" (al-fath:ayat 28) b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-zumar : 9) c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-mujadalah : 11 ) d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi. AKTIVITI 1. Pelajar-pelajar diminta membincangkan bidang-bidang kepakaran yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ilmuwan Islam tersohor untuk membuktikan tentang kebenaran dan kepentingan teori kesepaduan ilmu. Rujukan 1. Ahmad Suad. 1985. Konsep Tauhid Ilmiah. Kuala Lumpur:Alharamain.[BP166.2.A35 1985] 2. Franz Rosenthal. 1992. Keagungan Ilmu. (terj) Syed Muhammad Dawilah al- Edrus. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. [B745.K53.R67 1993] 11

3. Halimi bt Mohd. Khalid. 2011. Kajian Perbandingan Falsafah Ilmu Kejuruteraan Menurut Mandala Islam dan Barat. Tesis Doktor Falsafah. Universiti kebangsaan Malaysia. 4. Ismail al-faruqi. 1997. Islamaization of Knowledge:General Principles and Work Plan. (ed) Dr Abdul Hamid Abu Sulayman. (3 rd Edition). USA:ISTAC. 5. Wan Mohd. Nor Wan Daud.1994. Konsep Ilmu Dalam Islam. (terj) Rosnani Hashim. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. [B745.K53 W362 19934] 12