RUKUN-RUKUN AL-BAY DAN AL-IJARAH DALAM KITAB SULLAM AL-MUBTADI KARANGAN SYEIKH DAUD AL-FATANI : ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL- SYARIAH

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Analisis Pandangan Ulama Fiqh Mengenai Kesan Kematian (Al-Maut) Terhadap Akad Jual Beli

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Makalah Khas/Special Articles Maqasid Pengharaman Pembiayaan Peribadi Berlandaskan Bay al- Inah di Malaysia

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

WA c D BI AL-TANA>ZUL DALAM SAHAM KEUTAMAAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

SAHAM KEUTAMAAN DALAM ISLAM

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisis Pemilikan Bermanfaat dalam Kewangan Islam Berdasarkan Kaedah Tarjih Bayn al-asl wa al-zahir

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Parameter Syariah Dalam Produk Berstruktur Islam

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Transcription:

VOL 6 DECEMBER 2017 ISSN : 1985-7454 E-ISSN : 2590-4396 RUKUN-RUKUN AL-BAY DAN AL-IJARAH DALAM KITAB SULLAM AL-MUBTADI KARANGAN SYEIKH DAUD AL-FATANI : ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL- SYARIAH Principles of Al-Bay And Al-Ijarah In The book Sullam Al- Mubtadi Written by Syeikh Daud Al-Fatani: An Analysis within the Perspective of Maqasid Al-Syariah i Mohd. Faisal Mohamed, ii Mualimin Mochammad Sahid, iii Mohamad Zaharuddin Zakaria i (Corresponding Author) Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM mohdfaisal@usim.edu.my ii Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM mualimin.sahid@usim.edu.my iii Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM zaharuddin@usim.edu.my ABSTRAK Perkembangan perbincangan mengenai fiqh muamalah bermula sejak perutusan Nabi Muhammad s.a.w. kerana salah satu aspek yang terkandung dalam al-quran dan al-sunnah ialah mengenai aspek-aspek perekonomian dan muamalah. Dengan berkembangnya tamadun Islam maka perbincangan mengenainya turut berkembang, terutamanya dengan kemunculan ahli-ahli fiqh dan mazhab-mazhab fiqh. Ahli-ahli fiqh adalah antara golongan yang telah memainkan peranan penting dalam mengemukakan idea berdasarkan dalil-dalil naqli mahupun aqli dan menyusun perbincangan mengenai fiqh muamalah dan ekonomi (Muhammad Nejatullah Siddiqi (1981). Ulama-ulama tradisi di Nusantara juga seperti Syeikh Daud al- Fatani tidak ketinggalan dalam memainkan peranan tersebut di Alam Melayu. Salah satu bahagian yang utama dalam 178

perbincangan fiqh muamalah adalah mengenai al-bay (jualbeli) dan al-ijarah (sewa-menyewa). Sehubungan dengan itu, isu berkaitan yang timbul adalah mengenai prinsip-prinsip Maqasid al-syariah yang melatari perbincangan tersebut. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip Maqasid al- Syariah yang terkandung dalam Rukun al-bay dan al-ijarah dengan tumpuan terhadap salah satu karya beliau iaitu kitab Sullam al-mubtadi dengan menggunapakai kaedah Content Analysis. Kata Kunci: al-bay, al-ijarah, Syeikh Daud al-fatani, kitab jawi dan Maqasid al-syariah. ABSTRACT The development of discussion on Fiqh Muamalat began since the Prophet Muhammad SAW. This is because one of the aspects contained in the Qur'an and al-sunnah is about the aspects of economy and muamalat. With the development of Islamic civilization, the discussion of it also flourished, especially with the emergence of fiqh scholars and fiqh schools of thought (mazhab). The scholars of fiqh are among those who have played an important role in introducing ideas based on the naqli and aqli evidences and they conducted discussions on fiqh muamalat and economy. Traditional scholars in the archipelago such as Sheikh Daud al-fatani are considered among those who played the role in the Malay World. One of the major issues discussed in fiqh muamalat is al-bay' (sale and purchase) and al-ijarah (rents). In this regard, the related issues arise as to the principles of Maqasid al-syariah which lead to the discussion. Based of the mentioned fact, this study aims to analyze the principles of Maqasid al-syariah contained in Rukun (principle) of al-bay 'and al-ijarah with a focus on one of Syeikh Daud works namely the book Sullam al-mubtadi by adopting Content Analysis' method. Keywords: fiqh, muamalat, syeik daud al-fathani, sale, purchase, rents, al-bay, al-ijarah 179

1.0. PENGENALAN Prinsip Bay dan Ijarah diklasifikasikan sebagai prinsip yang berlandaskan konsep Mu awadhah (Ibn al-qudamah al-maqdisi (2004)). Kedua dua prinsip tersebut mempunyai persamaan dari segi rukun-rukun, cuma terdapat beberapa terma dan istilah yang digunakan bagi dua pihak yang berakad berlainan. Majoriti ulama mengklasifikasikan kontrak al-ijarah adalah sebenarnya merupakan kontrak al-bay kerana hakikatnya al-ijarah adalah kontrak penjualan dan pembelian manfaat. Justeru, sebahagian besar perbincangan mengenai rukun al-ijarah tercakup dalam perbincangan mengenai rukun al-bay tanpa perlu dibezakan dan diulang kembali. Dalam prinsip al-bay dua pihak yang berakad secara khususnya dikenali sebagai Bai iaitu penjual dan Musytari iaitu pembeli (Daud bin Abdullah al-fatani. t.th.). Manakala dalam prinsip al-ijarah pula bagi dua pihak yang berakad ialah penyewa yang dikenali sebagai mustakjir dan yang pemberi sewa dikenali sebagai muajjir (Muhammad Nur, t. th). Namun hakikat kedua dua pihak yang berkontrak dalam prinsip al-bay dan al-ijarah adalah sama kerana al-ijarah juga dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak al-bay. Cuma perbezaannya, dalam kontrak al-bay subjek jualan adalah berbentuk barangan manakala subjek jualan bagi al-ijarah pula adalah berbentuk manfaat. Oleh sebab itu didapati kedua dua prinsip ini mempunyai rukun-rukun yang hampir sama. Menurut Syeikh Daud Al-Fatani dalam kitabnya, terdapat tiga rukun bagi kontrak al-bay dan begitu juga bagi kontrak al-ijarah. Rukun-rukun tersebut ialah lafaz kontrak (sighah), dua pihak yang berkontrak ( aqidayn),subjek jualan (thaman dan muthman). (Daud bin Abdullah Al-Fatani, t.th.). Menurut Syeikh Daud perbahasan mengenai syarat-syarat pihak yang berkontrak dalam prinsip al-bay adalah sama dengan perbahasan mengenai syarat-syarat dua pihak yang berkontrak dalam prinsip al-ijarah. Oleh sebab itu perbahasan syarat-syarat bagi pihak yang berkontrak tidak dinyatakan secara jelas dalam prinsip al-ijarah kerana perbahasan syarat-syarat tersebut adalah sama dengan syarat dalam prinsip al-bay. 180

2.0 ANALISIS RUKUN PERTAMA AL-BAY (SIGHAH) Rukun yang pertama menurut Syeikh Daud Al-Fatani mengenai kontrak al-bay ( jual beli ) seperti yang dinyatakan ialah : Syarat kontrak al-bay ialah sighah iaitu lafaz kontrak Ijab dan Qabul, lafaz Ijab seperti aku jual kepada engkau atau aku pemilikkan kepada engkau dan lafaz Qabul seperti aku beli atau aku terima atau aku telah memiliki dari engkau. Tetapi lafaz bagi kontrak Ijarah, Syeikh Daud tidak menyebutkan secara jelas dalam kitabnya. Dan ia dapat dijelaskan melalui syarah kitabnya iaitu Kifayatul Muhtadi. Lafaz kontrak Ijarah adalah seperti aku sewa barang ini kepada engkau selama satu bulan maka penyewa berkata aku terima atau aku sewa (Muhammad Nur, t.th). Disini dapat diketahui mengenai hubungan lafaz kontrak al-bay dan al-ijarah adalah berbeza ketika memeterai kontrak, maka penggunaan lafaz ketika berlaku kontrak Ijarah tidak boleh digunakan lafaz kontrak al-bay. Berdasarkan pernyataan tersebut mengenai rukun pertama al-bay mahupun al-ijarah adalah tidak sah kontrak tanpa lafaz Ijab dan Qabul kerana ia percakapan yang menunjukkan keredhaan berkontrak. Dan sah jual beli jika didahului dengan lafaz Qabul seperti engkau jualkan kepada aku barang ini, maka lafaz Ijab adalah seperti aku jual kepada engkau dengan harga sekian maka sah jual belinya. Di syaratkan lafaz Ijab dan Qabul tidak boleh diselangi antara keduanya dengan perkataan yang lain atau yang tiada kaitan dengan jual beli atau diam yang panjang tanpa menunjukkan seseorang itu hendak membeli. (Muhammad Nur, t.th) Maka dapat diketahui bahawa lafaz Ijab dan Qabul mesti dilafazkan kerana perlu wujud kejelasan dalam memeterai kontrak dan menghindari kesamaran yang merupakan unsur asas Maqasid al-syari ah yang penting dalam fiqh muamalat. Oleh itu, berdasarkan pernyataan ini yang berkaitan dengan kontrak Bay, Syeikh Daud berpandangan selari dengan apa yang disebut dalam kitab Syarah Minhaj al-tholibin bahawa kontrak yang tidak mempunyai lafaz Ijab dan Qabul adalah tidak sah. Walaupun begitu segolongan al-syafi i mempunyai pandangan lain yang bertentangan seperti yang dinyatakan Dan menurut satu pendapat lain termeterai kontrak dengan Bay al-mu athoh 181

pada barang yang kecil seperti sebuku roti dan seikat sayuran iaitu barangan asasi, tidak kepada barang-barang seperti binatang ternakan dan tanah. Pendapat ini selari dengan pendapat Imam an-nawawi dalam kitab Rawdhah al- Tholibin. (Nawawi, 2002) 3.0 ANALISIS RUKUN KEDUA AL-BAY (PIHAK YANG BERKONTRAK) Rukun yang kedua menurut Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani ialah dua pihak yang berkontrak ( aqidayn). Maka terdapat beberapa syarat bagi kedua belah pihak yang memeterai kontrak. Syarat bagi penjual ialah mestilah seorang yang berakal, yang kedua mestilah dia seorang yang telah baligh, ketiga ialah yang mempunyai kecerdikan akal, dan seterusnya ada pemilikan ke atas barang yang dijualnya. Maka tidak sah bagi kanak-kanak, orang gila dan bukan barang jualan miliknya. Demikian pula syarat bagi pembeli ialah yang sihat akalnya, boleh melihat dan Islam bagi beberapa jenis barangan. Maka tidak sah bagi orang yang buta, begitu juga orang kafir pada pembelian mushaf al- Quran atau senjata perang dan juga kitab-kitab hadis yang berkaitan dengan agama (Daud Fatani, t.th). Berdasarkan pernyataan tersebut didapati bahawa ketidaksahan kontrak tersebut adalah kerana hal keadaan orang yang tidak memenuhi syarat tersebut tidak mampu menjaga kemaslahatan agama dan hartanya kerana memenuhi syarat adalah perkara penting dalam menentukan kesahihan kontrakkontrak yang dimeterai antara dua belah pihak. Hal ini sangat penting bagi menjaga maslahah pihak-pihak yang berkontrak kerana apabila seseorang yang tidak cukup syarat atau kapasiti kebiasaanya ia tidak mempunyai pertimbangan yang baik untuk menjaga kemaslahatan dirinya, hartanya dan agamanya. Justeru itu, dia akan terdedah kepada unsur unsur penipuan, penindasan, kesamaran, ketidakjelasan dan sebagainya yang boleh memudaratkan kepentingan dan haknya. Maka berdasarkan prinsip al-qawaid al-fiqhiyyah menggariskan kaedah bahawa mudarat perlu dihilangkan berasaskan kepada prinsip Maqasid al-syari ah yang menetapkan pemeliharaan terhadap harta, agama dan sebagainya (Suyuti, t.th). Dalam beberapa syarat lain yang digariskan oleh Syeikh Daud mengenai individu yang berkontrak, prinsip Maqasid al- 182

Syari ah dilihat diberi penekanan penting. Dalam beberapa situasi tertentu, kontrak al-bay tidak diperbolehkan walaupun kapasiti pihak yang berkontrak telah mencukupi. Ini adalah kerana kedapatan unsur lain yang mengundang kemudaratan kepada agama, nyawa, akal, maruah dan harta walaupun dari segi kapasiti individu yang berkontrak dia dilihat tidak bermasalah. Prinsip ini dinamakan Maqasid al-syari ah al- Dharuriyyah. Makna Maqasid al-syari ah ialah objektif Syariah atau hikmah dan rahsia sesuatu hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Makna al-dharuriyyah ialah perkara yang tidak dapat tidak mesti wujud untuk mendirikan kehidupan asas manusia sama ada dari aspek dunia mahupun agama (ukhrawi). Perkara-perkara tersebut ada lima berdasarkan susunan keutamaan iaitu pertama memelihara kemaslahatan agama, kedua nyawa, ketiga akal, keempat keturunan dan kelima maruah. Sebagai contoh, Islam menetapkan hukum untuk memelihara kemaslahatan agama seperti hukuman murtad, memelihara kemaslahatan nyawa seperti hukuman Qisas, memelihara kemaslahatan akal seperti hukuman keatas peminum arak, memelihara kemaslahatan keturunan hukuman zina dan memelihara kemaslahatan maruah seperti hukuman Qazaf. (Syatibi, 1991). Sebagai contoh Syeikh Daud menegah urusniaga mushaf al-quran kepada orang bukan Islam dan penjualan senjata kepada kafir Harbi. (Daud al-fathoni, t.th). 4.0 ANALISIS RUKUN KETIGA AL-BAY (SUBJEK JUALAN ATAU AL-MA QUD ALAYH) Rukun ketiga menurut Syeikh Daud Al-Fatani ialah subjek jualan iaitu harga dan barang. Perbincangan rukun inilah yang membezakan antara prinsip al-bay dan prinsip al-ijarah walaupun kedua-duanya adalah dibawah satu konsep yang sama iaitu dalam kontrak Mu awadhah. Subjek jualan bagi prinsip al- Bay menurut Syeikh Daud adalah mengenai sesuatu yang berbentuk barangan fizikal. Manakala subjek jualan bagi prinsip al-ijarah pula dikhususkan kepada sesuatu yang berbentuk manfaat seperti yang telah dinyatakan al-ijarah adalah setiap sesuatu yang dapat diambil manfaat ke atas sesuatu yang disewanya (Daud Al-Fathani, t.th). Dalam memperkatakan tentang subjek jualan bagi al-bay, Syeikh Daud telah 183

mengemukakan lima syarat utama mengenainya iaitu suci, penjual memiliki barangan jualan, bermanfaat, mampu diserahkan, dan barangan jualan diketahui spesifikasinya. Manakala, dalam kontrak al-ijarah, Syeikh Daud mengemukakan tiga syarat utama bagi manfaat yang dipermilikkan iaitu bernilai, mampu diserahkan dan manfaat diketahui secara spesifik. Jika dibanding dan diperincikan antara syarat subjek jualan bagi al- Bay dengan syarat subjek jualan bagi al-ijarah didapati keduanya tidak mempunyai perbezaan yang ketara, sebaliknya tiga syarat subjek jualan bagi al-ijarah turut tercakup dalam lima syarat subjek jualan bagi al-bay. Syarat pertama bagi subjek jualan menurut Syeikh Daud Al-Fatani ialah barangan jualan tersebut mestilah sesuatu yang bermanfaat dan bernilai. Syarat ini terdapat di dalam kedua-dua kontrak al-bay dan al-ijarah. Dalam memperkatakan mengenai sesuatu yang bermanfaat dalam konteks kontrak al-bay, al- Syafi iyyah telah menjelaskan hubungan sesuatu yang bermanfaat dengan harta seperti yang dinyatakan Yang kedua daripada syarat-syarat barang jualan ialah bermanfaat, maka sesuatu yang tidak bermanfaat ia bukanlah dikira sebagai harta... (Mahalli, t.th). Penyataan ringkas tersebut membawa makna yang terperinci sekaligus menjelaskan pendirian al- Syafi iyyah mengenai masalah barang jualan yang tidak wujud tetapi diiktiraf sebagai hak milik yang bermanfaat. Berdasarkan penyataan tersebut dapat difahami bahawa sesuatu yang tidak bermanfaat itu tidak boleh dikira sebagai harta, maka mafhum mukhalafah iaitu kefahaman sebaliknya yang dapat difahami daripada penyataan tersebut ialah sesuatu yang bermanfaat dapat dikira sebagai harta. Al-Syafi iyyah tidak pernah menyebutkan secara jelas pandangan mengenai sesuatu yang tidak wujud tetapi diiktiraf sebagai satu hak pemilikan.justeru dalam hal ini dapat dianggarkan bahawa pendirian al-syafieiyyah ialah barangan jualan yang tidak wujud tetapi diiktiraf sebagai hak milik yang bermanfaat boleh dianggap sebagai harta berdasarkan mafhum mukhalafah penyataan beliau tadi. Ini memberi makna bahawa isu yang penting dalam menentukan dan mengiktiraf sesuatu itu sebagai harta ialah manfaat sesuatu yang dijual. Maka dalam hal ini isu kewujudan barang jualan bukanlah menjadi pokok utama, tetapi yang lebih 184

diutamakan ialah apakah sesuatu yang dijual itu bermanfaat ataupun tidak. Selaras dengan pentakrifan tersebut sesuatu yang bermanfaat itu dapat dihitung sebagai harta, barangan jualan yang tidak wujud tetapi bermanfaat dan diiktiraf hak pemilikannya boleh diiktiraf sebagai barangan jualan yang sah diurusniagakan. Hal ini bersesuaian dengan realiti kini. Maka berdasarkan prinsip Maqasid al-syariah adalah menjadi satu kesulitan sekiranya sesuatu yang tidak wujud itu walaupun bermanfaat dan diiktiraf sebagai hak pemilikan, tidak diperbolehkan untuk dijadikan barang jualan dengan alasan ianya tidak wujud secara hakiki. Dalam konteks semasa, terdapat banyak kontrak yang melibatkan barangan jualan yang tidak wujud tetapi bermanfaat dan dianggap sebagai hak pemilikan seperti hak pemilikan saham syarikat, hak cipta, hak langganan saham boleh pindah dan sebagainya. Hak-hak ini boleh diurusniagakan dan bertukar tangan hak pemilikannya. Bagi hak pemilikan saham syarikat, ia adalah hak seseorang terhadap bahagian sesebuah syarikat. Pemegang saham tersebut mempunyai hak-hak tertentu terhadap syarikat seperti hak untuk mendapat keuntungan daripada kegiatan yang dijalankan oleh syarikat tersebut, hak untuk menyuarakan pendapat terhadap pengurusan syarikat tersebut, hak menentukan halatuju syarikat tersebut, hak memastikan kelicinan pentadbiran syarikat tersebut dan lain-lain lagi. (Sakhawi, 2004). Saham syarikat itu boleh bertukar tangan dengan cara urusniaga, pemberian percuma dan sebagainya seterusnya hak-hak yang dimiliki oleh pemilik terdahulu berpindah kepada pemilik seterusnya. Disamping itu berasaskan pandangan ini juga, Suruhanjaya Sekuriti menerbitkan Hak Langganan Boleh Pindah. Ini adalah satu hak yang diberikan kepada seseorang untuk diutamakan bagi membeli saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat tertentu. Dan hak ini juga boleh ditukar tangan secara urusniaga dan sebagai. (Faridah Ali, 1997). Syarat kedua bagi subjek jualan kontrak al-bay menurut Syeikh Daud ialah barang jualan tersebut mestilah sesuatu yang mampu diserah oleh penjual kepada pembeli. Justeru, tidak sah jual beli barang yang tidak mampu diserahkan kepada pembeli seperti yang dinyatakan : 185

antara syarat syarat barangan yang dijual beli ialah berkemampuan untuk menyerahkannya, maka tidak sah menjual bagi hamba kerana tiada kuasa ke atas dirinya, dan yang lari atau yang susah untuk mendapatkannya dan yang dirampas kerana ketidakmampuan untuk menyerahkan barang ketika itu, dan tidak sah juga menjual sesuatu yang di udara. Daripada syarat-syarat barangan yang dijual beli ialah berkemampuan untuk menyerahkannya, dengan bahawa penjual berkeupayaan memastikan kedapatan barangan jualan tersebut kerana dia adalah orang yang dipercayai dapat menghasilkan penukaran tersebut. Maka tidak sah menjual sesuatu yang sesat dan yang lari dan yang dirampas kerana ketidakmampuan untuk menyerahkannya ketika itu. Maka jika seseorang menjual sesuatu yang dirampas kepada seseorang yang berkeupayaan untuk mendapatkannya balik dalam masa yang sama penjual itu tidak berkeupayaan untuk mendapatkannya balik sah jual-beli tersebut berdasarkan pendapat yang qadim kerana melihat kepada kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang jualan tersebut, dan berdasarkan pendapat kedua tidak sah jual-beli tersebut kerana melihat kepada ketidakmampuan penjual itu sendiri menyerahkan barangan tersebut. Dan sekiranya penjual tersebut berkemampuan untuk mendapatkan barangan jualan yang dirampas tersebut sah jual-beli tersebut secara putus. Dan sekiranya penjual tersebut menjual barangan tersebut kepada orang yang merampasnya sah jual-beli tersebut secara putus. Dan sekiranya seseorang menjual sesuatu yang lari yang mudah baginya untuk mendapatkannya maka terdapat dua pendapat mengenai masalah ini seperti yang terdapat dalam masalah sesuatu yang dirampas. Begitu juga dikatakan pada masalah sesuatu yang sesat... (Muhammad Nur, t.th) Terdapat beberapa jenis kontrak al-bay yang dilihat mempunyai unsur-unsur ketidakmampuan untuk menyerahkan barangan jualan seperti kontrak Bay al-dayn iaitu penjualan hutang. Kontrak Bay al-dayn ini berlaku apabila penjual menjualkan hutang yang berhak dia tuntuti daripada seseorang kepada pembeli dengan harga tertentu. (Zuhayli, 2006). Kontrak ini dilihat jelas mengandungi unsur-unsur ketidakmampuan 186

serahan kerana penjual sebagai pemiutang yang mempunyai hak tuntutan hutang ke atas seseorang tidak boleh meyakini dan memberi jaminan bahawa penghutang tersebut pasti membayar hutang tersebut kepada pembeli hutang. Dalam mempertimbangkan mengenai keharaman Bay al-dayn beberapa senario perlu dilihat. Seperti mana yang dimaklumi bahawa unsur-unsur ketidakmampuan untuk penyerahan adalah antara alasan utama ketidakharusan kontrak ini.namun berdasarkan perkembangan masa kini, dengan kemajuan sistem maklumat dan perundangan maka unsusr-unsur ketidakmampuan untuk menyerahkan barangan jualan dapat diminimumkan.justeru, risiko keengganan penghutang membayar hutang kepada pembeli hutang yang membelinya daripada pemiutang adalah minimum, malah dengan sistem perundangan yang semakin sistematik dan global penghutang boleh dipaksa dan tidak boleh mengelakkan diri daripada membayar hutang tersebut. Berdasarkan implimentasi semasa, Bay al-dayn yang dimaksudkan ialah jualan hak mengutip hutang yang harganya dibayar dengan wang. (Nor Mohamed Yakcop, 1996). Maka dapat difahami bahawa Bay al-dayn ialah jualan hak mengutip hutang oleh pemiutang yang bakal menerima bayaran hutang pada masa akan datang dengan harga yang dibayar oleh pembeli hutang secara terus tanpa bertangguh dalam bentuk wang. Jika dilihat secara terperinci, walaupun kontrak ini dilihat sebagai pertukaran dan penjualan wang dengan hak, tetapi pada hakikatnya ia adalah satu kontrak pertukaran dan penjualan hutang dengan wang. Justeru, apabila diklasifikasikan sebagai satu kontrak pertukaran dan penjualan hutang dengan wang terdapat dua unsur yang dilihat jelas bertentangan secara langsung dengan prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh Syeikh Daud. Pertama unsur jual-beli barang yang tidak mampu untuk diserahkan, dan kedua jual-beli yang berunsurkan riba. Jika diamati secara terperinci, prinsip Bay al-dayn yang dipraktikkan dalam konteks semasa adalah pertukaran wang dengan wang iaitu hutang dengan harga hutang tersebut.wang termasuk sebagai barangan ribawi. Justeru, untuk menukarkan wang dengan wang, ia perlu menetapi dua syarat. Pertama bersamaan kuantitinya dan kedua urusniaga dilakukan tanpa 187

bertangguh. Hal ini telah disebutkan dalam kitab Syarah Minhaj al-tholibin. (Mahalli, t.th: 2/283). Dalam praktik urusniaga instrumen semasa yang melibatkan prinsip Bay al-dayn, kebiasaannya hak mengutip hutang tersebut dijual dengan harga tunai dan pembeli hanya memperoleh dan boleh menuntut hutang tersebut pada masa akan datang yang telah ditetapkan. Selain itu, harga jualan hutang tersebut kebiasaannya berbeza kerana ia melalui proses pendiskaunan dimana harga jualan adalah lebih rendah daripada jumlah hutang tersebut. (Nor Mohamed Yakcop, 1996). Justeru, kedua-dua syarat dalam pertukaran dan urusniaga barang ribawi yang telah diperkatakan oleh al- Syafi iyyah dilihat tidak dipenuhi sekaligus menjadikan Bay al- Dayn adalah urusniaga riba dan diharamkan berdasarkan pemikiran al-syafi iyyah.maka, perlaksanaan instrumen yang melibatkan prinsip Bay al-dayn bercanggah dan tidak selari dengan pendapat al-syafi iyyah.walaupun begitu, Majlis Penasihat Syariah meluluskan penggunaan prinsip Bay al-dayn mengikut pendapat beberapa mazhab seperti Ibn Taymiyah dan Ibn al-qayyim. (Suruhanjaya Sekuriti, 2006: 18-21). Walaupun begitu, keharusan kontrak Bay al-dayn dilihat masih boleh disandarkan terhadap pendapat yang mengatakan bahawa kontrak yang berlaku dalam prinsip ini ialah kontrak pertukaran dan penjualan hak mengutip hutang dengan harganya dalam bentuk wang. Justeru, dua unsur yang dilarang dalam urusniaga jual-beli iaitu jual-beli barang yang tidak mampu untuk diserahkan dan jual-beli yang berunsurkan riba tidak berlaku. Ini adalah kerana pertukaran wang dengan hak tidak termasuk dalam kategori urusniaga barangan ribawi dan hak untuk mengutip hutang mampu diserahkan terus dalam kontrak tersebut melalui penyerahan bukti pemilikan hak mengutip hutang seperti sijil dan sebagainya. Syarat ketiga yang dinyatakan oleh Syeikh Daud ialah subjek jualan itu sama ada berbentuk manfaat ataupun barang fizikal mestilah diketahui spesifikasinya sama ada dari segi kadar, sifat, ciri-ciri, dan sebagainya. (Daud Al-Fatani, t.th). Maka tidak sah menjual barang yang tidak diketahui atau yang tiada kerana subjek jualan yang diakadkan dengan tidak 188

ditentukan spesifikasinya akan mengandungi unsur gharar iaitu ketidakpastian dan kesamaran. Berdasarkan syarat ini, Syeikh Daud telah menyatakan beberapa jenis urusniaga yang diharamkan kerana mengandungi unsur-unsur gharar atau kesamaran. Antaranya, seperti urusniaga yang tidak menentukan barangan jualan secara spesifik seperti yang dinyatakan Maka penjualan salah satu daripada dua baju atau dua orang hamba, sebagai contoh, adalah batal.... Al- Syafi iyyah mengemukakan misal untuk memperhalusi lagi maksud yang dikehendaki dengan penyataan tersebut seperti yang dinyatakan Aku jual kepada engkau dengan harga dua puluh ringgit salah satu daripada dua baju tersebut, maka nyata kontrak ini mengandungi unsur kesamaran. Antara syarat khusus bagi subjek jualan untuk kontrak Bay yang melibatkan barangan fizikal menurut Syeikh Daud ialah barang jualan tersebut mestilah bersih dan suci. Syeikh Daud memberi contoh bahawa penjualan arak, anjing dan seumpamanya adalah tidak sah. Walaupun begitu, terdapat kelonggaran terhadap syarat ini. Sesuatu yang suci tetapi menjadi najis kerana sebab-sebab tertentu dan mungkin disucikan dengan cara-cara tertentu harus dijadikan barangan jualan. Alasan syarat ini ditetapkan adalah berkait rapat dengan syarat bahawa barangan jualan perlu bermanfaat. Najis dilihat bukanlah sesuatu yang bermanfaat dari perspektif syara. Justeru syarat barangan jualan itu mesti sesuatu yang suci hanyalah memperincikan lagi syarat barangan jualan mesti sesuatu yang bermanfaat. Dalam beberapa situasi syarat ini memerlukan penelitian. Dalam sesetengah isu beberapa persoalan timbul seperti sekiranya seekor anjing yang dianggap bermanfaat untuk menjaga kebun dan rumah, apakah ia tidak boleh ditukar milik melalui kontrak jual beli kerana ia adalah najis? Dan apakah tahi kelawar yang najis tidak boleh dijual untuk dibuat baja? Dalam merungkai isu ini penulis berpendapat bahawa beberapa alternatif dapat digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.dalam situasi pertama, kontrak Jua lah dapat digunakan. Sekiranya anjing tersebut dikira-kirakan berharga lima ratus ringgit, pembeli menetapkan tawaran kepada penjual sekiranya penjual dapat mendatangkan kepadanya seekor anjing untuk 189

dimanfaatkan pembeli akan membayar komisyen kepadanya lima ratus ringgit. Dalam situasi kedua kontrak Ujrah dapat digunakan. Sekiranya baja tersebut dikira-kirakan berharga lima puluh ringgit, pembeli menetapkan pekerjaan kepada penjual untuk mencari tahi kelawar yang ingin dibuat baja dengan upah sebanyak lima puluh ringgit. Kedua-dua kontrak ini turut disebutkan oleh as-syafi iyyah dan dapat dijadikan alternatif untuk membolehkan perkara-perkara tersebut ditransaksikan bagi manfaat-manfaat tertentu. (Mahalli, t.th: 3/103, 201). Satu lagi syarat subjek jualan yang dikhususkan untuk kontrak al-bay menurut Syeikh Daud ialah barangan tersebut mesti telah dimiliki oleh penjual. Maka tidak sah jika barang jualan bukan dimiliki oleh penjual. Walaupun ia ditetapkan sebagai satu syarat dalam kontrak al-bay tetapi dalam beberapa kontrak yang berlaku syarat ini tidak dipenuhi. Sebagai contoh dalam kontrak Bay al-salam, barangan jualan tidak dimiliki oleh penjual malah ianya masih belum wujud. Walaupun konsep Bay al-salam dilihat bercanggah dengan syarat barangan jualan yang telah dikemukakan oleh Syeikh Daud, adalah sangat wajar dikecualikan kontrak tersebut daripada tertakluk di bawah syarat barangan jualan mesti dimiliki oleh penjual ketika memeterai kontrak. Ini adalah kerana berdasarkan realiti yang berlaku, masyarakat berhajat menggunakan kontrak Bay al-salam dalam banyak situasi. Maka berdasarkan prinsip Maqasid al-syari ah dan kaedah fiqh kesulitan membawa kepada kemudahan (Suyuti, t.th: 160-162.) keharusan kontrak Bay al-salam adalah wajar. 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan analisis yang telah dibuat didapati keseluruhan perbincangan rukun-rukun al-bay dan al-ijarah dalam kitab Sullam al-mubtadi karangan Syeikh Daud al-fatani adalah berlandaskan prinsip-prinsip Maqasid al-syari ah yang mana menitikberatkan kemaslahatan yang mampu dicapai dan ditanggapi oleh akal. Hal ini adalah bersesuaian dengan asas perbincangan fiqh muamalah secara keseluruhannya yang berkonsepkan kemaslahatan umum berbanding hukum ta abbudi yang menjadi teras sebahagian hukum-hukum terutama dalam fiqh ibadah. Ini mengukuhkan lagi metodologi penetapan 190

hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh muamalah yang sangat perlu mengambil kira kemaslahatan dan realiti keadaan semasa. Apa yang dilihat dan didapati dalam kajian ini, idea-idea yang terkandung dalam kitab tersebut masih relevan dengan realiti masa kini sekaligus memperlihatkan relevensinya kitabkitab jawi seperti Sullam al-mubtadi untuk dijadikan rujukan pada masa kini. RUJUKAN Ab. Mumin Ab. Ghani. (1994). Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM. Abdul Rahman Abdullah. (2002). Sejarah Tamadun Islam. Batu Caves: Pustaka Ilmi. Afzal-Ul-Rahman. (1994). Doktrin Ekonomi Islam. Terj. Zaharah Salleh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Hidayat Buang. (2000). Studies in The Islamic Law of Contract : The Prohibition of Gharar. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Al-Bujairimi, Sulayman. (1950). Hasyiyah al-bujairimi ala al- Manhaj. Kaherah : Maktabah Mustafa al-babi al-halabi. Al-Haytami, MuÍammad bin Ahmad Ibn Hajar. (2001). Tuhfah al-muhtaj. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Al-Mahalli, Jalal al-din. (t.th.). Kanz al-raghibin. Kaherah: Al- Maktabah al-tawfiqiyyah. Al-Maqdisi, Ibn al-qudamah. (2004). Al-Mughni. Lubnan: Bayt al-afkar al-dawliyyah. Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya. (2002). Rawdhah al- Tholibin. Beirut: Dar Ibn Hazm. Al-Ramli, Syams al-din Muhammad bin Ahmad. (1984). Nihayah al-muhtaj ma a Hasyiyah al-syubramulusi wa Hasyiyah Rasyidi. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Al-Suyuti, Jalal al-din. (t.th.). Asybah wa al-nazhoir fi Qawaid wa Furu Fiqh al-syafie yah. Kaherah: Dar al-bayan al- Araba. Al-Syafi i, Muhammad bin Idris. (t.th.). al-umm. Beirut: Dar al- Fikr. 191

Al-Syarbini, Syams al-din MuÍammad al-khatib. (2006). Mughni al-muhtaj. Kaherah: Dar al-hadith. Anas Zarqa. (1989). Islamic Economics : An Approach to Human Welfare. Petaling Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Asmadi Mohamed Naim. (2003). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Daud bin Abdullah al-fatani. (t.th.). Sullam al-mubtadi. Pulau Pinang: Dar al-ma arif. Hafiz Khalil al-sakhawi. (2004). al-bursah fi al-fiqh al-islami al-mua sir. Daqahliyah, Mesir: Al-Jami ah al-azhar. Khurshid Ahmad. (1989). Problems of Research in Islamic Economics. Petaling Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. M. Manzoor Alam. (1996). Perspectives on Islamic Economics. New Delhi: Qazi Publishers & Distributors. Mat Saad Abd. Rahman. (1983). Penulisan Fiqh al-shafi i : Pertumbuhan dan Perkembangannya. Bangi: Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Abdul Mannan. (1986). Islamic Economics : Theory and Practice. Cambridge: Hodder and Stoughton. Muhammad Akram Khan. (1983). Issues in Islamic Economics. Lahore: Islamic Publications Limited. Muhammad Nur bin Muhammad al-fatani. (t.th.). Kifayah al- Muhtadi Syarh Sullam Mubtadi. Pulau Pinang: Dar Ma arif. Muhammad Nejatullah Siddiqi. (1981). Muslim Economic Thinking. Leicester: The Islamic Foundation.. (1989). Pemikiran Ekonomi Islam : Satu Tinjauan Penulisan Semasa. Mohd. Amin bin Abdullah (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Mohamed Yakcop. (1996). Sistem Kewangan Islam di Malaysia : Teori, Amalan dan Prospek. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Ole R. Holsti. (1969). Content Analysis for The Social Sciences and Humanities. California: Addison-Wesley Publishing Company. 192

Raihanah Abdullah. (2010). Pendekatan Kualitatif dalam Bidang Pengajian Islam (Kertas Kerja Bengkel Penyelidikan Pengajian Tinggi di Auditorium Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 28 September 2010). Robert Philip Weber. (1990). Basic Content Analysis. London: Sage Publications. Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. C. 2. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti. Wahbah al-zuhayli. (2006). Al-Mu amalah Al-Maliyyah al- Mu asarah. C. 3. Beirut: Dar al-fikr. Zaharuddin Abd Rahman. (2008). Wang, Anda dan Islam. Kelana Jaya: Truewea 193