S3 :Siapakah penulis terawal yang mengupas dan mengetengahkan idea pengajian ketamadunan? AFarid Wajdi BJurji Zaydan CIbnu haldun DMuhammad Abduh

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

"\tf! \tj. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I sesr 201U2012 TAMADUN ISLAM DAN TAMADLN ASIA 1 BFF/BPD/PPG 2 BBV/BFF 3 BBV/BEE/BFF 4 BEE/BPA.

${ n o" LH3. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 20rll20r2 MAC 2OT2

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Takrifan Etika ethos

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA LANGKAH- LANGKAH MENGATASINYA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Malaysia: Sumbangan Terhadap Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosial

Vol. 12, No. 3 (2017), 020 ISSN: x

1. Mukaddimah I.MALAYSIA DARI PERSPEKTIF KETAMADUNAN: SEBUAH INSPIRASI DARI IBNU KTIALDUN. Abstract

l _,i '" e UNIVERSITI PENDIOIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

Minggu 3: BAB 2 PANDANGAN SEMESTA MELAYU: WARISAN PRA ISLAM DAN ISLAM Dr. Amini Amir

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UniKL MITEC COURSE LEARNING PLAN

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)


PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Vol. 12, No. 3 (2017), 022 ISSN: x

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) ARAHAN: A) JAWAB SEMUA SOALAN DALAM BORANG OMR YANG DISEDIAKAN B) DILARANG MEMBAWA KERTAS SOALAN INI KELUAR DARI DEWAN S1: Dalam bahasa Arab, istilah tamaddun yang berasal daripada perkataan madana dan kata sifat madani adalah berasal dari perkataan A al-din B al-dunya C al-mudun D al-adab S2: Apakah aspek utama yang ditekankan dalam pengertian perkataan tamadun? A. Kemajuan sains dan kecanggihan teknologi B. Kehalusan kesenian dan ketinggian kebudayaan C. Kehalusan budi pekerti dan kesopanan tata susila D.Kemajuan dalam perlakuan, pemikiran dan pembangunan perbandaran S3 :Siapakah penulis terawal yang mengupas dan mengetengahkan idea pengajian ketamadunan? AFarid Wajdi BJurji Zaydan CIbnu haldun DMuhammad Abduh S4 Istilah Tamadun Islam diperkenalkan secara khusus bagi pengajian ini oleh Jurji Zaidan; Apakah nama buku beliau? A Tarikh al-tamaddun al-islam B Al-Hadarah al-islamiyah C Al-Tamadun al-islamiyah D Al-Islamiyyah S5 Apakah penanda aras yang digunakan oleh Barat untuk menggambarkan maksud tamadun (civilization)? IPenempatan di kawasan perbandaran IIPencapaian dalam bidang ilmu dan teknologi IIIPencapaian dalam aktiviti perekonomian IVPenyusunan struktur politik dan kemasyarakatan AI dan II BIII dan IV CI, II dan IV DSemua di atas S6 Apakah ciri ketamadunan yang paling utama? A Wujudnya sistem kepercayaan dan agama B Peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi C Kewujudan sistem perundangan yang teratur D Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial

S7 Di bawah ini beberapa faktor pendorong kepada kemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum ini, kecuali: A kedudukan yang strategik B rangsangan keagamaan dan kerohanian C pembangunan ilmu dan penghayatan nilai D peningkatan keimanan S8 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai hubungan antara tamadun dan budaya. A Semua yang bertamadun adalah berbudaya B Budaya terbatas kepada kawasan geografi dan bangsa C Semua unsur dan amalan budaya boleh dianggap sebagai bertamadun D Tamadun dan budaya berkait rapat walaupun maksud kedua-duanya berbeza S9 Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut: I agama II teologi III epistemologi IV etika B II dan III C I, II dan III D II, III dan IV S10 Perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun adalah: I peperangan yang berpanjangan II pemerintahan yang zalim III nilai-nilai moral yang rapuh IV penghijrahan manusia B II dan III C I,II dan III D I, II dan IV S11 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan antara tamadun? I Peperangan II Perdagangan III Penghijrahan IV Penterjemahan A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

S12 Teori kitaran yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun mengenai perkembangan sesebuah tamadun mengandungi tiga fasa utama iaitu I tahap awal kelahiran II tahap kehidupan yang menetap III tahap lemah atau kejatuhan IV tahap pasca-tamadun B I,II dan III C II,III dan IV D I, II dan IV S13 Apakah asas utama dalam konsep dan pandangan semesta Tamadun Islam? A Menilai mana yang baik dan boleh diikuti B Memelihara, memperbaiki dan menghormati hak-hak yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-nya di dunia C Mencari makna kebenaran dalam kehidupan D Meningkatkan kesejahteraan manusia sejagat S14 Tiga bentuk hubungan penting yang perlu dipelihara dalam Tamadun Islam ialah: A manusia, Allah dan alam sekitar B Allah, malaikat dan alam akhirat C Allah, alam sekitar dan malaikat D manusia, malaikat dan alam sekitar S15 Berikut adalah kenyataan paling tepat mengenai kepentingan akhlak dalam menjamin kesinambungan sesebuah tamadun. A Akhlak penting kerana agama menganggapnya enting B Nilai akhlak boleh berubah-ubanh mengikut kesesuaian akal manusia C Akhlak yang buruk tidak memberikan sebarang implikasi kepada tamadun D Kemantapan akhlak menyebabkan tamadun manusia seimbang dari aspek fizikal dan spiritual S16 Perbezaan ketara antara Tamadun Islam dengan bukan Islam adalah A Tamadun Islam terbina melalui pencapaian manusia yang dihasilkan oleh manifestasi keimanan kepada Allah, sedangkan tamadun bukan Islam tidak sedemikian B Tamadun Islam berpusat di kota, sedangkan tamadun bukan Islam berpusat kepada material C asas Tamadun Islam merupakan manusia, sedangkan tamadun bukan Islam adalah menusia yang beriman D Tamadun Islam mementingkan pencapaian teknologi sebagai alat, manakala tamadun Islam mementingkan teknologi sebagai matlamat S17 Mengapakah Islam dinyatakan sebagai teras kepada sebuah tamadun agung? A Islam tidak memisahkan urusan keduniaan dan urusan keagamaan B Islam mementingkan perdamaian C Islam mementingkan keperluan kerohanian D Islam menekankan kehidupan spiritual S18 Apakah sumbangan terbesar agama Islam terhadap Tamadun

Melayu? A Menyediakan panduan ke arah kejayaan dalam aspek material B Memberi jiwa dan rupa terhadap kemajuan yang sebenar C Memastikan kehidupan sosial yang harmoni D Menekankan kepentingan pendidikan S19 Apakah yang dimaksudkan dengan ciri umum dan sejagat dalam Tamadun Islam? I Mencakupi seluruh aspek kehidupan II Seruan keadilan untuk semua insan III Mempunyai kesesuaian pada semua tempat dan masa IV Menekankan peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia AI, II dan III B I, III dan IV CII, III dan I DSemua di atas S20 Berikut adalah benar mengenai bentuk-bentuk kebebasan yang dibawa oleh Islam I Kebebasan beragama dan kepercayaan II Kebebasan rohani & hawa nafsu III Kebebasan mutlak daripada perhambaan IV Kebebasan berpolitik, bersuara dan memberi pendapat AI, II dan III BI, II dan IV C I, III dan IV DSemua di atas S21 Kenyataan berikut adalah benar mengenai teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Tanah Arab kecuali A pengaruh pakaian masyarakat Arab B penemuan batu bersurat di Terengganu C hubungan perdagangan dengan Asia barat D peranan ulama Arab dalam proses pengislaman S22 Asas Utama Tamadun Islam adalah melibatkan komponen A akidah, syariat dan ibadat B akidah, syariat dan akhlak C akidah, akhlak dan siyasah D akidah, akhalak dan hadarah S23 Berikut ini merupakan konsep Tamadun Islam,kecuali? A pengabdian diri kepada Allah SWT B berorganisasi atas asas akidah C berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan bukan sikap kebinatangan D toleransi terhadap tamadun dan budaya lain S24 Pilih dasar-dasar Tamadun Islam yang berikut mengikut keutamaannya. A Memelihara akal, nyawa, agama, maruah dan harta B Memelihara agama, akal, nyawa, harta dan maruah

C Memelihara agama, nyawa, akal, harta dan maruah D Memelihara akal, agama, nyawa, maruah dan harta S25 Berikut adalah sifat-sifat Tamadun Islam kecuali A kesatuan dalam kepelbagaian B toleransi terhadap kesilapan umatnya C keseimbangan antara rohani dan jasmani D sempurna dan menyeluruh S26 Salah satu sifat-sifat tamadun Islam adalah sesuai sepanjang zaman. Antara yang berikut yang manakah bukan sifat- sifat tamadun Islam? A Keseimbangan antara rohani dan jasmani B Toleransi terhadap tamadun lain C Kerjasama terhadap tamadun- tamadun lain D Idealistik dan realistik S27 Manakah kenyataan yang tidak tepat berkaitan dengan hak asasi dalam Islam? A Hak asasi sebahagian daripada ajaran Islam B Hak asasi perlu disesuaikan dengan suasana setempat dan masyarakat C Hak asasi ditentukan oleh Allah D Hak asasi bersifat tetap, tidak boleh sama sekali dihapuskan atau diubah oleh mana-mana pihak S28 Terdapat banyak faktor-faktor kemerosotan dalam Tamadun Islam. Salah satunya ialah kelemahan sistem pemerintahan. Apakah yang dimaksudkan dengan kelemahan sistem pemerintahan? I Berlaku tidak kestabilan dan kekacauan dalam negara II Melemahkan kuasa politik III Hilang halatuju dan matlamat sesebuah negara IV Terdedah kepada campur tangan pihak luar B II dan IV C I dan III D I, II dan III S29 Menurut catatan China, Islam tersebar ke Kepulauan Melayu, melalui: A Sumatera B Pattani C Melaka D acheh S30 Mengapakah Islam dinyatakan sebagai teras kepada sebuah tamadun agung? A Islam mementingkan perdamaian B Islam tidak memisahkan urusan keduniaan dan urusan keagamaan C Islam mementingkan keperluan kerohanian D Islam menekankan kehidupan spiritual

S31 Berikut adalah kesan pengaruh Tamadun Islam yang terdapat dalam masyarakat Melayu kecuali A tersebarnya agama Islam B pengaruh Arab dan Parsi dalam seni bina masjid C bahasa Arab digunakan sebagai bahasa pertuturan D penterjemahan buku-buku Arab ke dalam Bahasa Melayu S32 Perkembangan Islam di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut I perlumbaan penyebaran agama II penaklukan dan politik III penyebaran agama kristian IV peranan ahli sejarah B I dan IV C I, II dan IV D I, III, dan IV S33 Kesan peranan agama Islam dalam pembinaan dan perkembangan tamadun India sejak abad ke- 7 Masehi meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat India kecuali A kebebasan menganut kepercayaan B kesejahteraan kehidupan C kesopanan dan kesusilaan D kerohanian dan kebendaan S34 Sumbangan Islam dalam tamadun India terbahagi kepada beberapa aspek iaitu I keagamaan II sosial dan budaya III ekonomi IV pendidikan B I, II dan III C II, III dan IV S35 Pencapaian Tamadun India dalam meliputi pelbagai bidang termasuk I kesenian II sains III kebudayaan IV teknologi B II, III dan IV C I, II dan IV S36 Agama Islam mula bertapak di India pada awal abad ke-8 apabila Muhammad al- Qasim berjaya menguasai wilayah Sind pada tahun 706 M (87 H). Pada pringkat awal, Islam tersebar ke India melalui: A. dakwah, perdagangan dan perkahwinan B. dakwah, perdagangan dan hubungan diplomatik C. perdagangan, perkahwinan dan hubungan diplomatik D. perkahwinan, peranan kaum sufi dan hubungan diplomatik.

S37 Di manakah bermulanya Tamadun Indo-Arya? A Lembah Ganges B Sungai Gangga C Wilayah Sind D Sungai Indus S38 Nyatakan peranan yang dimainkan oleh orang-orang India sewaktu penghijrahan mereka ke Asia Tenggara A Sebagai pedagang dan buruh perladangan B Sebagai tentera dan mubaligh agama C Sebagai pedagang dan pelajar D Sebagai pentadbir dan tentera S39 Bilakah kuasa Islam mula bertapak dalam Tamadun India? A Zaman Awal B Zaman Vedik C Zaman Pertengahan D Zaman Penjajahan Barat S40 Pilih kenyataan yang benar mengenai kesan pengaruh Tamadun India yang terdapat dalam masyarakat Melayu. A Karya Hikayat Panji Semerang B Pemakaian sari untuk wanita C Penggunaan warna kuning untuk keluarga diraja D Penerimaan perkataan Sanskrit seperti kerusi, almari, paya dalam bahasa Melayu S41 Pilih kenyataan yang benar mengenai sumbangan kerajaan Islam daripada Dinasti Mughal dalam Tamadun India. A Membina kuil besar-besaran B Memudahkan perkembangan sastera Tamil C Memulihkan pergerakan Bhakti dalam mazhab Saiva dan Vaisnava D Menggabungkan unsur-unsur Islam dan Hindu dalam aspek bahasa, kesusasteraan, perubatan, astronomi, senibina dan sebagainya S42 Tinggalan senibina pemerintahan Islam yang diiktiraf oleh dunia sehingga ke hari ini dalam sejarah Tamadun India ialah A Menara Qutb-Minar B Bangunan Masjid di Agra C Taj Mahal D Kota Agra S43 Antara dinasti di bawah ini, yang manakah dinasti yang paling agung dalam sejarah Tamadun China: A Dinasti Song B Dinasti Han C Dinasti Sui

D Dinasti Chin S44 Pencapaian Tamadun China meliputi dalam pelbagai bidang, termasuk I bidang sains dan teknologi II bidang ilmu sains dan pengetahuan III bidang Kesenian IV bidang Pertanian A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV S45 Sumbangan terbesar Tamadun China terhadap perkembangan teknologi dunia ialah I pembuatan kertas II percetakan III bahan letupan IV kompas B II dan III C III dan IV S46 Berikut merupakan pengertian kepada konsep Dao yang menjadi asas kepada pandangan semesta tamadun Cina kecuali A konsep Dao bermaksud jalan (the way) B dao adalah prinsip agung yang mutlak serta asal usul semua makhluk C dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka D Dao adalah sifat mulia yang tidak melampaui batas sama ada yang terlebih atau terkurang S47 Kemuncak kegemilangan Islam di China adalah pada zaman A Dinasti Yuan ( 1271-1368 ) B Dinasti Han ( 206 SM-220 SM ) C Dinasti Ming (1368-1644 ) D Dinasti Qin ( 221 SM-207 SM ) S48 Berikut adalah antara tujuan utama jihad dalam Islam kecuali A memperbanyakkan negara dan jajahan takluk pemerintahan Islam di muka bumi ini B meluaskan syiar Islam C membela kepentingan orang-orang Islam daripada kezaliman pihak musuh D mempertahankan Islam dan ajarannya S49 Apakah yang dimaksudkan dengan jihad nafsu? A Jihad di medan peperangan B Jihad dalaman iaitu apabila terlaksana jihad ini maka sempurnalah konsep jihad keseluruhannya C Jihad mentaati Allah, tunduk dan patuh kepada-nya DJihad untuk meningkatkan penguasaan ekonomi

S50 Manakah kenyataan yang paling tepat mengenai konsep Jihad dalam Islam? A Ajaran mementingkan kehidupan dunia tanpa mengambil kira kehidupan akhirat B Tindakan menceroboh negara bukan Islam satu kewajipan C Kedudukan kaum wanita ditentukan oleh kaum lelaki D Jihad tidak hanya berkaitan dengan peperangan bersenjata S51 Sekularisme dalam pandangan Tamadun Islam adalah merujuk kepada A pengasingan ajaran Islam dari kehidupan seharian B masa sekarang atau kini atau masa yang akan datang C proses pengasingan urusan dunia dari ajaran agama D amalan cara hidup yang mementingkan urusan dunia S52 Semua kenyataan berikut berkaitan dengan tuntutan dan pengisian jihad dalam Islam seperti yang dibuktikan pada zaman kegemilangan tamadun Islam,kecuali A tuntutan jihad pada hakikatnya berkaitan dengan proses memantapkan minda dan keperbadian diri B mengangkat martabat keintelektualan insaniah yang maksimum C mengangkat martabat diri dengan memutuskan hubungan keduniaan secara total D mengisi tuntutan Jihad ke arah mempertahankan martabat kemuliaan insan(karamah insaniah) S53 Yang manakah di antara berikut merupakan perkara yang merujuk kepada peristilahan Melayu? A Ras (genetik atau biologi), kebudayaan dan bahasa B Pakaian, kebudayaan dan bahasa C Kebudayaan, iklim dan bahasa D Pemikiran, kebudayaan dan iklim S54 Berikut adalah nama-nama yang merujuk kepada wilayah yang didiami oleh orang-orang Melayu di Asia Tenggara kecuali A gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago) B gugusan Kepulauan Melayu- Indonesia C semenanjung D alam Melayu, dan Tanah Jawa S55 Apakah takrif orang Melayu menurut perkara 160 Perlembagaan Persekutuan? I Berbahasa Melayu II Mengamalkan adat istiadat Melayu III Beragama Islam IV Tinggal di pesisir pantai B II dan III C I, II dan III S56 Apakah dua perkara penting yang mewarnai pembentukan Tamadun Melayu? A Bahasa Melayu dan Agama Islam B Bahasa dan interaksi antara tamadun

C Kepelbagaian etnik dan agama Islam D Bahasa dan kepelbagaian etnik S57 Sebutkan dua Empayar Melayu terawal yang merupakan asas kepada pembentukan asal-usul Tamadun Melayu. A Empayar Funan dan Empayar Majapahit B Empayar Funan dan Empayar Sri Langka C Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya D Empayar Funan dan Empayar Demak S58 Apakah pernyataan yang salah tentang kepercayaan masyarakat Melayu sebelum kedatangan agama Islam di Tanah Melayu? A Primitif dan animisme B Percaya kepada ajaran nenek moyang C Percaya kepada hyang D Percaya kepada Allah S59 Apakah perubahan bentuk kepercayaan dan corak kehidupan masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam? A Kepercayaan kepada Allah dan Rasulnya bertukar kepada Dewa dan Animisme B Kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan kepada Allah s.w.t. C Kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan kepada animisme D Kepercayaan kepada Allah dan Rasulnya bertukar kepada kepercayaan kepada banyak tuhan S60 Nyatakan pembahagian konsep tauhid? A Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah B Tauhid Ubudiyah dan Tauhid Rabbaniyah C Tauhid Imaniyah dan Tauhid Rasmaniyah D Tauhid Islamiyah dan Tauhid Risaliyah S61 Manakah antara kenyataan di bawah merupakan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu? A Perdagangan, perkahwinan, pertanian, perlumbaan penyebaran agama, keunggulan dan kebijaksanaan pendakwah B Perdagangan, perkahwinan, pengislaman pemerintah, perlumbaan penyebaran agama, keunggulan dan kebijaksanaan pendakwah C Perdagangan, perkahwinan, perlumbaan penyebaran agama, keunggulan dan kebijaksanaan pendakwah serta aktiviti perikanan D Perdagangan, perkahwinan, peperangan, perlumbaan penyebaran agama serta keunggulan dan kebijaksanaan pendakwah S62 Nyatakan laluan kedatangan Islam ke Alam Melayu A Tanah Arab, India, Pakistan dan China. B Tanah Arab, Pakistan, India dan Champa C Tanah Arab, India, China dan al-jazair D Tanah Arab, India, China dan Champa

S63 Apakah kesan daripada pertembungan Tamadun Barat dengan Tamadun Islam? A Tidak menghilangkan ciri-ciri jati diri bagi seseorang Islam atau seseorang Asia B Dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemoni. C Globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta oleh dunia barat sama sekali tidak memberi kesan kepada Tamadun Islam dan Asia D Jatidiri Tamadun Islam dan jatidiri Tamadun Asia tetap utuh dan teguh sebagaimana mulanya S64 Nyatakan kesan daripada pengaruh penjajahan dan dominasi barat terhadap dunia Islam dan Asia? A Rasa rendah diri yang berpanjangan B Rasa bangga diri yang berpanjangan C Rasa tinggi diri yang berpanjangan D Rasa megah diri yang berpanjangan S65 Negara-negara berikut mempunyai kuasa veto yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) kecuali A Amerika Syarikat B China C Rusia D Jerman S66 Apakah faktor yang menyebabkan Amerika Syarikat menganggap dirinya sebagai sebuah kuasa politik global? A Negara-negara lain memberi pengiktirafan akan kekuatan pengaruhnya B Kekuatan ketenteraan dan militarinya C Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa bersatu melantiknya sebagai polis dunia D Tidak ada negara-negara lain yang ingin menyaingi kekuatan pengaruh dan kehebatan ketenteraannya S67 Manakah antara institusi-institusi global berikut yang tidak terlibat dalam mencorakkan bentuk ekonomi global dunia? AI nternational Monetary Fund (IMF) BW orld Trade Organisation (WTO) C World Health Organization (WHO) D Pertubuhan Negara-Negara G8 S68 Antara kenyataan berikut yang manakah bukan merupakan kesan positif hasil daripada interaksi Tamadun Barat terhadap Tamadun Islam dan Asia A Meningkatkan perkembangan sains dan teknologi dan memberi manfaat kepada dunia Islam dan Asia B Membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan membawa keselesaan material kepada masyarakat Asia C Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara dunia D Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Asia dan dunia amnya

S69 Manakah antara berikut merupakan kesan pengaruh kuasa Barat terhadap sistem pemerintahan dan politik di negara-negara Islam dan Asia? A Sistem politik dan pemerintahan negara-negara Islam dan Asia kesemuanya dipengaruhi oleh sistem pemerintahan dan politik Barat B Tersebar luasnya semangat demokrasi di dalam sistem politik global termasuk di dunia Islam dan Asia C Negara-negara Islam dan Asia bebas untuk menentukan nasib dan hak bersuara mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kuasa D Mana-mana negara yang tidak sealiran dan bertentangan dengan dasar dan Tamdun Barat diberi kebebasan oleh kuasa besar Barat untuk menentukan polisi dan dasar masing-masing S70 Kenyataan yang berikut adalah merupakan asas kepada Teori Pertembungan Tamadun sepertimana yang dikemukakan oleh Samuel Hungtington kecuali A teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun B selepas era perang dingin, perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi berkaitan ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya C dunia akan menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme D tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun S71 Apakah yang dimaksudkan dengan Unipolar? A Negara tanpa imbangan kuasa B Negara pengeluar senjata C Gabungan kuasa negara-negara besar D Negara tanpa kuasa S72 Apakah cabaran berikut yang paling dominan terhadap pertembungan antara peradaban dan tamadun? A Proses globalisasi B Kepelbagaian tamadun C Perbezaan matawang D Persaingan senjata nuklear S73 Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan pendekatan Islam Hadhari bermatlamat untuk mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka? A Rakyat yang merdeka dari cengkaman penjajah B Rakyat yang boleh hidup bebas tanpa kongkongan undang-undang C Rakyat yang berjiwa bebas dan sanggup melakukan apa sahaja atas nama negara D Rakyat berjiwa bebas dari belenggu nafsu dan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika S74 Manakah antara kenyataan berikut yang tidak berkaitan dengan dialog antara tamadun? A Manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi

nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia B Tamadun Islam dan Tamadun Asia sentiasa menekankan penerimaan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri C Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan D Setiap bidang dalam masyarakat menurut pendirian Islam dan Tamduntamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral S75 Apakah pandangan Barat terhadap Islam selepas peristiwa 11 September 2001? A Islam semakin gah di Barat B Islam dilabel sebagai pengganas C Kedudukan umat Islam semakin terancam D Islam semakin dihormati dan disanjungi S76 Apakah kesan besar peristiwa 11 September 2001 kepada umat Islam? A Presiden Amerika selalu menziarahi negara-negara Islam B Golongan minoriti Islam di Barat sering diberikan perhatian C Islam semakin diterima oleh masyarakat Barat D Dialog antara golongan Islam Minoriti dan golongan Islam Majoriti semakin meningkat S77 Manakah antara berikut merupakan isu-isu utama yang dibincangkan dalam dialog antara tamadun? I Keganasan dan ketidakadilan II Perebutan kuasa politik dan ekonomi III Kejahilan tentang tamadun lain IV Pencapaian cemerlang dalam bidang sains dan teknologi B I, II dan III C II dan IV S78 Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam mengadakan dialog antara tamadun di Malaysia kecuali A persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai budaya dan tamdun sepunya B Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia C mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamdun di Malaysia D jumlah penguasaan ekonomi setiap bangsa di Malaysia S79 Apakah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam konteks dialog antara peradaban yang melibatkan Tamadun Islam dan Asia dengan Tamadun Barat? I Nilai-nilai sepunya II Menghormati realiti dunia berbilang tamadun III Saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan IV Memahami isu-isu yang memisahkan antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia A I, II dan III B II, III dan IV C I, III dan IV

S80 Apakah cabaran globalisasi yang dihadapi oleh dunia yang berbilang tamadun pada masa kini? I Dominasi Budaya Kebendaan Barat II Dominasi Politik oleh Barat III Dominasi Ekonomi oleh Barat IV Dominasi Media oleh Barat B II dan III C II, III dan IV